GEREJA SANDAKAN
Pada awal 1927, seorang peniaga dari Sandakan, Lee Siak Lin, menerima senaskah “ Majalah Roh Kudus” [ Holy Spirit Times ] daripada Encik Tsen En Fook. Selepas membacanya, ia berpendapat bahawa Gereja Yesus Benar mempunyai Injil Kebenaran, Roh Kudus dan mujizat. Kemudian pada malam sebelum Tahun Baru Cina beliau menaiki kapal laut ke Singapura untuk mencari Gereja Yesus Benar. Setelah beliau berjumpa Gereja Benar, beliau mulai mengkaji Kebenaran. Selepas memahami Kebenaran, beliau mjenerima baptisan dan dipenuhi Roh Kudus. Sekembalinya, dia ingin memberitakan Kebenaran dan injil kepada saudara-saudari dan sahabat-sahabat tempatan. Pada masa itu Pdt Tan Chien Sing dan Dn John Voon dan 2 orang ahli Gereja Singapura juga mempunyai keinginan yang sama dan oleh itu mereka menaiki kapal ke Sandakan pada 2 Februari 1927 [kalender orang cina]. Mereka memberitakan injil di rumah Sdra Lee. Lebih dari 40 orang mengkaji Kebenaran bersama-sama. Mereka berada disitu selama 10 hari dan mengadakan kebaktian setiap malam. Baptisan diadakan dan seramai 30 orang dibaptiskan. Setelah digerakkan pleh Roh Kudus, tiga orang tersebut iaitu Mark Chin, Philemon Ho dan Phoebe Kong diangkat sebagai diakon/diakones manakala Sdra Lee Siak Lin dilantik sebagai Setiausaha.
Pada masa itu, kebaktian diadakan setiap malam dan boleh dikatakan Gereja Sandakan berpesat dengan majunya. Oleh kerana karunia Tuhan yang melimpah,bilangan pemercaya terus bertambah dan pada suatu masa bilangan sampai ke 500 orang. Pada masa itu Gereja Sandakan menjadi Ibu Gereja.
Pada masa Perang Dunia Kedua, kebaktian berhenti sementara. Dalam tahun 1945 Sdra Lee dan Dn Luke Yap meninggal dunia. Gereja mengadakan kebaktian semula pada tahun 1946, tetapi malangnya kebaktian Sabat hanya dihadiri oleh lebih kurang 40 orang saja. Kekurangan bilangan pemercaya adalah satu kerugian besar.
Pada tahun 1952, Dn Joses Lo [Lo Soo Fook] dipindah bekerja di Jabatan Kerja Raya di Sandakan. Ia menyedari kelemahan gereja dan melaporkan keadaan ini ke Gereja Kota Kinabalu [ Jesselton pada masa itu ] lalu mencadangkan Gereja Kota Kinabalu dijadikan Pusat Pentadbiran di Sabah. Oleh itu pada tahun 1953, Dn John Chin dan Dn Titus Yong dihantar ke Sandakan untuk pekerjaan penggembalaan selama 2 minggu. Andrew Pang dan Anna Ho dilantik sebagai diakon/diakones. Dn Andrew Pang menanggung hal ehwal agama dan kerja setiausaha manakala dn Philip Lee menjalankan tugas kewangan.
Pada masa itu, ekonomi tidak begitu kuat dan bangunan gereja telah usang dan rosak. Syukur kepada Tuhan, di bawah pimpinan Roh Kudus gereja kian maju. Pemercaya yang menghadiri kebaktian setiap Hari Sabat berjumlah lebih kurang 200 orang. Gereja bercadang membangunkan sebuah gereja yang lebih besar lagi yang terletak di Sibuga di tapak seluas 0.7 hektar [ 1.75 ekar ] tanah. Ianya 29km dari pusat bandar dan dijadualkan akan siap pada 1987. Apabila siap kelak, Gereja ini merupakan bangunan gereja yang terbesar di Sabah.
Pendidikan Agama dimulakan pada tahun 1965. Syukur kepada Tuhan, kini guru berjumlah 48 orang, dengan 15 kelas dan murid seramai 150 orang. Penguasa Pendidikan Agama ialah Sdra Liau Zhung Zheng dan dibantu oleh Sdra Yong Yung.
Selain dari kebaktian Sabat, terdapat juga kebaktian pada malam Hari Ahad, Selasa, Khamis dan Jumaat.
Ahli-ahli Jawatankuasa gereja terdiri daripada berikut:-
Hal Ehwal Agama : Andrew Pang, Apollos Wai [ Timbalan ]
Hal Ehwal Am : Silas Yap, Pang Min Chee [ pembantu ]
Bendahari : Liau Loi Yu
Setiausaha : Timothy Pang [ Cina ], Chin Yun Henn [ Inggeris ], Silas Yap [Bahasa Malaysia ]