Views: 119

Jika Engkau Berbuat Baik

[Lai Yin Fu]

Prakata

Orang pertama di dalam Alkitab yang mempersembahkan korban, juga orang pertama yang tidak berkenan kepada Allah ialah anak sulung Adam, yaitu Kain. Sambil ia mempersembahkan korban, ia juga berbuat dosa dan ini adalah suatu perkara yang harus dijadikan peringatan untuk kita di dalam penyempurnaan rohani. Ia telah membunuh adiknya, Habel disebabkan dengki dan membencikannya (Kej 4:1-15).

[1]   Bahan Korban Bukanlah Sebab Tidak Berkenan Kepada Allah

  1. Yang Allah kehendaki ialah belas kasihan, bukan persembahan (Hos 6:6; Mat 12:7)
  2. Menghampiri untuk mendengar adalah lebih baik daripada persembahan korban orang bodoh (Pkh 4:19)
  3. Manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi Tuhan melihat hati (I Sam 16:7)
  4. Segala sesuatu adalah kepunyaan Allah, persembahkanlah syukur sebagai korban (Mzm 50:7-14)
  5. Tidak mungkin darah lembu dan domba menghapuskan dosa (Ibr 10:3-4)

Δ  Terbukti bahawa Kain persembahkan hasil tanah manakala Habel persembahkan domba, tidaklah berkaitan dengan samada berkenan atau tidak kepada Allah.

[2]   Sebab-Sebab Kain Tidak Berkenan Kepada Allah ~ Perbuatan Tidak Baik

i. Congkak dan egoistik (Kej 4:3-5)

Δ  Ia beranggapan ia sebagai abang sulung, maka ia berstatus lebih tinggi daripada orang lain lalu Allah pasti berkenan padanya.

Δ  Manusia yang berbuat kejahatan sekali-kali tidak dapat menawan hati Allah dengan korbanan. Oleh itu, walaupun mempersembahkan korban, namun tidak akan berkenan kepada Allah

Δ  Allah mengasihani orang yang rendah hati (Yak 4:6)

ii. Iri hati dan membenci (Kej 4:6,8)

Δ  Iri hati membusukkan tulang (Ams 14:30)

Δ  Membenci saudara bererti membunuh di dalam hati dan tidak akan beroleh hidup kekal (I Yoh 3:15)

Δ  Yang mengasihi saudara bererti sudah berpindah dari dalam maut ke dalam hidup (I Yoh 3:14, 16)

iii. Tidak mendengar nasihat (Kej 4:7)

Δ  Berbuat dengan sesuka hati, tidak rela mendengar nasihat (Rat 3:40)

Δ  Anak yang bijak mendengar didikan, tetapi seorang pencemooh tidak mendengarkan hardikan (Ams 13:1)

Δ  Suatu hardikan dapat menyedar-insafkan orang berpengertian (Ams 17:10)

iv. Licik dan pembunuh (Kej 4:8)

Δ  Kain penuh tipu daya muslihat, apabila mendapati tidak seorang  pun yang melihatnya, lalu ia membunuh Habel secara kejam (Ams 26:24)

Δ  Yoab membunuh Abner yang setia dan baik (II Sam 3:27)

Δ  Rancangan orang benar adalah adil, tujuan orang fasik memperdaya (Ams 12:5-6)

v. Tidak mahu mengakui dosa (Kej 4:9-10)

Δ  Berbahagialah orang yang diampuni pelanggarannya, yang dosanya ditutupi (Mzm 32:1, 5)

Δ  Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi siapa mengakuinya dan meninggalkannya akan disayangi (Ams 28:13, 14)

Δ  Yang dikehendaki Allah ialah jiwa yang hancur, hati yang patah dan remuk (Mzm 51:18, 19)

vi. Berkompromi mengampuni diri (Kej 4:11-15)

Δ  Dia telah berbuat salah dan takut dihukumi, namun tidak mendisiplinkan diri secara ketat

Δ  Yunus mengakui dosa dan rela mengorbankan diri demi keselamatan orang lain (Yun 1:9-12)

Δ  Hamba jahat yang dibelas kasihani tuannya namun tidak pula membelas kasihani orang lain, pasti Bapa Surga akan membalas padanya secara ketat dan serius (Mat 18:32-35)

Penutup

Semoga kita semua akan berbuat dengan baik, tetap mengerjakan keselamatan diri dengan takut dan gentar, agar kita menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela di tengah-tengah angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat, melainkan seperti bintang-bintang yang bercahaya (Flp 2:12-16).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *