Views: 93

GEREJA RONGALIS

Gereja Rongalis telah ditubuhkan pada tahun 1941 dengan 87 anggota dari 14 buah keluarga.

Pemercaya-pemercaya yang pertama di Gereja Rongalis adalah sepasang suami isteri – Sdra Sungkai dan Sdri Kotu. Sebelum percaya kepada Gereja Benar Sdra Sungkai mengalami penyakit “ Pirai” yang mengakibatkan sakit kepala dan tulang sehingga menyebabkan tubuhnya lemah, manakala isterinya menghidap penyakit kulit.

Pasangan suami-isteri ini mendengar saksian Gereja Yesus Benar melalui isteri Dn John Chin. Mereka telah percaya dan dibaptiskan oleh Dn John Chin di Gereja Tanjung Tuaran. Setelah dibaptiskan kedua-duanya sembuh dari penyakit dengan beransur-ansur. Dari itu, ramai orang percaya disebabkan mujizat pertama ini.

Ketua Kampung, Sarakob, kemudian juga menjadi seorang pemercaya kerana dia telah sembuh dari penyakitnya dengan bantuan doa Dn John Chin dan Dn Simon Lasak. Mujizat lain seperti sembuhnya penyakit Gila Babi dan ibu-ibu yang selalunya kematian anak semasa dalam kandungan juga terhindar dari perkara tersebut setelah percaya.

Oleh kerana keperluan Gereja maka Sdri Kotu kemudiannya dilantik menjadi diakones. Oleh kerana hanya terdapat 21 orang pemercaya maka saudara-saudari di Rongalis tidak dapat mendirikan sebuah rumah doa. Akibatnya, mereka berhimpun untuk sembayang Hari Sabat di Tanjung Tuaran dan juga di Wangkod. Atas nasihat Dn John Chin, rumah Sdra Sarakob menjadi rumah doa yang pertama. Selepas kematiannya rumah doa dipindahkan ke rumah Sdri Lindo.

Pada tahun 1953 jemaat telah memutuskan untuk membina sebuah gereja berukuran 6.1m X 6.1m [ 20 kaki X 20 kaki ] dengan beratap zink, berdinding bambu dan berlantai papan. Pada tahun 1963 gereja pertama telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan baru berukuran yang sama tetapi bahan binaan lebih baik mutunya.

Pada tahun 1973 Dn Simon bersara sebagai seorang pendeta kerana lanjut usia. Sepasang suami isteri iaitu Sdra Singkul Kongkoring dan isterinya Bukoi Bari mengambilahli tugas Dn Simon sehingga Sdra Jinin Bacheh (anak Dn Simon) mengganti menjalankan pekerjaan suci ini.

Pada tahun 1981 di bawah pimpinan Sdra Jinin, jemaat Gereja Rongalis telah berjaya sekali lagi membina sebuah gereja berukuran 7.3m X 6.1m [ 24 kaki X 20 kaki ] dengan beratap zink, berdinding papan dan berlantaikan simen. Gereja ini didirikan dengan bantuan wang dari Ibu Gereja.

 

Selain daripada Hari Sabat, latihan nyanyian koir juga diadakan pada malam khamis. Pendidikan Agama terdiri daripada 5 kelas. Penguasa ialah Sdra Willbert Sinjus Goyong dan dibantu oleh Sdra Newman Bacheh. Ada sejumlah 8 orang guru agama. Pada masa sekarang, Jawatankuasa Gereja terdiri daripada yang berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           Jinin bin Bacheh

Hal Ehwal Am              :           Newman bin Bacheh; Jinin bin Bacheh [ pembantu ]

Bendahari                     :           Sinjus bin Goyong

Setiausaha                    :           Newman bin Bacheh; Sinjus bin Goyong [ Pembantu ]

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *