Views: 100
Ayat Suci : Ams 16: 25; Yes 30 : 21
Pra Kata: Dunia angkatan zaman kini penuh dengan pelbagai kejahatan. Banyak bencana yang terjadi dimana-mana dan tidak tahu sama ada bencana ini akan menimpa kita. Contohnya: banjir, kebakaran, gempa bumi, angin taufan, ribut salji, kemalangan jalan raya, nahas kapal terbang, nahas kapal laut, pencemaran udara, bermacam-macam penyakit dan kes-kes jenayah seperti membunuh, merompak, merogol, hisap dadah, rasuah — tubuh dan nyawa manusia diancam. Dengan itu, banyak Syarikat Insurans yang timbul bertujuan menjamin keselamatan manusia.
Teutamanya si Iblis berjalan keliling pada akhir zaman, fikiran manusia sering tergoda menyebabkan manusia terjerumus dalam dosa. Dengan itu, manusia kehilangan kesejahteraan hidup, bahkan kerana dosa jiwa akan disiksa dalam neraka selepas meninggal dunia dan tidak dapat memasuki kerajaan Sorga. Alangkah malang sekali hidup manusia yang tidak mempunyai pengharapan, hidup yang akan binasa ini sangat memerlukan penyelamatan. Yesus adalah Juruselamatmu, Dia menyediakan Firman KeselamtanNya bagi mu!
(1) Definisi keselamataan. (2Tim 4: 18)
(I) Melepaskan dari setiap usaha yang jahat.
(i) Melepaskan dari segala malapetaka.
(ii) Menjauhkan diri dari kehidupan yang berbuat dosa.
(II)Memasuki Kerajaan SorgaNya : Jiwa akan memasuki ke Kerajaan Sorga yang bahagia selepas meninggal dunia.
(2) Bagaimanakah untuk diselamatkan?
- Mesti menyelesaikan masalah dosa.
(I) Setiap orang mempunyai dosa. (Pkh 7: 20; Rm 3: 10; Yoh 8: 1-11)
(II) Dosa apa? (1Yoh 3: 4)
(i) Melanggar undang-undang negara : Menjadi pesalah dalam negara ini dan akan menerima hukuman.
(ii) Melanggar hukum Sorgawi : Merupakan orang berdosa dalam dunia. Berdosa terhadap Tuhan, melanggar hukumNya, melanggar juga kesepuluhan firman dalam Alkitab. (Kel 20: 3-17; Pkh 12: 13-14)
(a) Melanggar hukum Allah. (1Yoh 3: 4)
(b) Melakukan ketidakadilan. ( 1Kor 6: 9-10; Gal 5: 19-21)
(c) Tidak berbuat baik. (Yak 4: 17)
- Gal 3: 22 Setiap orang mempunyai dosa, kerana dosa tidak ada yang akan diselamatkan.(Rm 6: 23)
(3) Bagaimanakah untuk menghapuskan dosa?
(I) Cara-cara lama bagi orang cina untuk menghapuskan dosa:
(i) Menyempurnakan kelakuan.
(ii) Tidak makan daging. (Vegetarian)
(iii) Sembayang.
(iv) Pendidikan. (Semua tidak berkesan)
- Terdapat dua jenis dosa manusia : (1) Dosa asal (dosa keturunan), (2) Dosa peribadi (dosa yang dilakukan sendiri).
(II) Cara-cara untuk menghapuskan dosa supaya selamat. (Kis 16: 30-31)
(i) Percaya Yesus sebagai Juruselamat yang Esa. ( Kis 4: 12)
(ii) Bertobat dan dibaptis. (Mrk 16: 16; Kis 2: 38)
(iii) Pembaharuan oleh Roh Kudus.(Tit 3: 5)
Kesimpulan : Hidup manusia bernilai, yang penting ialah keselamatan. Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya. (Yes 30: 21) Percayalah Yesus sebagai Juruselamatmu, Dia telah menumpahkan darah untuk menebuskan dosa-dosamu. Terimalah baptisan dan kejarlah pembaharuan Roh Kudus, maka anda akan menjadi orang yang diselamatkan.
