I. KELAHIRAN YESUS.
‘Yesus’ (bahasa Yunani) ~ nama ini diberikan oleh Allah (Luk 1:31, dalam bahasa Ibrani ‘Yosua’ ertinya: ‘Juru Selamat’ (Lihat: Mat 1:21). ‘Kristus’ (bahasa Yunani) dalam bahasa Ibrani ialah: ‘Mesias”, ertinya: ‘Yang diurapi’.
1. Kelahiran Kristus sudah dinubuatkan.
(1) Kristus akan dilahirkan oleh seorang dara (Yes 7:14), Dia adalah ‘Keturunan perempuan’ (Kej 3:15).
Δ Digenapi: perawan Maria mengandung dari Roh Kudus, melahirkan Yesus, Juruselamat (Mat 1:18-25).
(2) Dia akan keluar dari keturunan Daud (Yer 23:5; Yes 11:1; Mat 22:41, 42).
Δ Digenapi: menurut silsilah jasmani, Kristus adalah keturunan Daud (Mat 1:1, 20; Lihat: Mat 15:22; 9:27).
(3) Dia akan dilahirkan di Betlehem (Mi 5:2; Mat 2:4-6).
Δ Digenapi: Allah mengatur Maria pulang ke Betlehem untuk pendaftaran, dan melahirkan Juruselamat di sana (Luk 2:1-7).
2. Petunjuk Allah sebelum dan sesudah kelahiran.
(1) Allah mengutus malaikat memberitahukan Maria katanya: “Sesungguhnya engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus” (Luk 1:31, 26-38).
(2) Malaikat Tuhan berkata kepada Yusuf: “Janganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus” (Mat 1:20, 18-25).
(3) Pada malam kelahiran Tuhan Yesus malaikat menyatakan diri kepada gembala-gembala, mengabarkan berita kesukaan besar kepada mereka: “Hari ini telah lahir bagimu, Juru selamat” (Luk 2:8-20).
3. Kejadian setelah kelahiran.
(1) Nabi Simeon dan Hana melihat Yesus di Bait Allah, lalu berkata pada orang banyak bahawa Dia adalah Juru Selamat yang diharap-harapkan umat pilihan (Luk 2:22-29).
(2) Orang-orang majus dari Timur datang menyembahNya setelah melihat bintangNya (Mat 2:1-12).
(3) Raja Herodes ingin membunuhNya, maka melarikan diri ke Mesir, setelah Herodes meninggal baru pulang ke Nazaret, dan membesar di sana (Mat 2:3, 13-23).
II. PEKERJAAN YESUS
1. Memberitakan Injil Kerajaan Syurga (Mat 4:23; 9:35).
Δ Ketika Yesus memulakan pekerjaanNya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun (Luk 3:23).
Δ Pokok pemberitaan InjilNya adalah: “Bertobatlah, sebab Kerajaan Syurga sudah dekat” (Mat 4:17; Mrk 1:14,15). Kerana Dia mengabarkan kabar baik tentang kedatangan ‘Kerajaan Syurga’, maka kebenaranNya disebut ‘Injil’. Dia datang ke dunia untuk memberitakan Injil (Luk 4:43).
Δ KebenaranNya semua tertuju kepada manusia, keadaan di Syurga dan ajaran masuk ke dalam Syurga. Berikut adalah contoh-contoh yang ringkas:
(1) Adanya Kerajaan Syurga ~ Tuhan berkata: “Di rumah BapaKu banyak tempat tinggal” (Yoh 14:1-3; Lihat: Mat 25:34).
(2) Keadaan Syurga ~ Tuhan berkata: “Pada waktu kebangkitan, manusia tidak kawin dan dikawinkan seperti malaikat-malaikat di Syurga (Luk 20:35, 36; Lihat: Mat 25:46; 13.:43).
(3) Jalan ke Syurga ~ Tuhan berkata: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku (Yoh 14:6). Katanya pula: “Sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam kerajaan Allah” (Yoh 3:5).
(4) Hukum Syurgawi ~ Kata Tuhan: “Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi” (Yoh 13:34). Tuhan pernah menyimpulkan Hukum Allah menjadi dua: (a)Mengasihi Allah dengan segenap tenaga, (b)Mengasihi orang seperti diri sendiri (Mat 22:36-40), mengasihi orang di dalam Tuhan sama dengan mengasihi Allah, maka jika dapat mengasihi saudara dengan mencontohi kasih Tuhan, sempurnalah Hukum Syurgawi.
(5) Pahala Syurgawi ~ Kata Tuhan: “Dan setiap orang yang kerana namaKu meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki, atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal” (Mat 19:29). Dari sini dapat diketahui, bahawa berkorban demi pekerjaan Syurgawi mempunyai nilai yang tinggi (Lihat: Mat 25:19-23).
2. Melakukan berbagai tanda mujizat.
Δ Yesus melakukan tanda mujizat di mana-mana, supaya manusia terlepas dari kesengsaraan, menyelesaikan kesulitan mereka, juga membuktikan bahawa Dia adalah Juru Selamat, supaya manusia percaya padaNya (Lihat: Yoh 15:24; 11:41, 42, 45; 3:1-2). Berikut ini adalah tanda-tanda mujizat yang dilakukanNya:
(1) Menyembuhkan orang
Δ Menyembuhkan anak seorang pegawai istana (Yoh 4:46-54).
Δ Menyembuhkan pendarahan seorang perempuan (Mrk 5:25-34).
Δ Mencelikkan mata orang buta (Yoh 9:1-11).
Δ Menyembuhkan orang tuli dan bisu (Mrk 7:31-37).
Δ Menyembuhkan orang yang menderita busung air (Luk 14:1-6).
Δ Menyembuhkan telinga seorang hamba kepada imam (Luk 22:49-51).
Δ Menyembuhkan sepuluh penderita kusta (Luk 17:11-19).
Δ Menyembuhkan orang yang lumpuh (Mrk 2:1-12).
Δ Menyembuhkan orang yang mati tangannya (Luk 6:6-11).
Δ Menyembuhkan orang yang sakit tiga puluh lapan tahun (Yoh 5:1-9).
(2) Mengusir setan.
Δ Mengusir setan bisu (Mat 9:32, 33).
Δ Mengusir setan bisu dan tuli (Mrk 9:16-27).
Δ Mengusir roh jahat (Mrk 1:23-26).
Δ Mengusir setan Legion (Mrk 5:1-13).
Δ Mengusir setan penyakit (Luk 13:10-16).
(3) Membangkitkan orang mati.
Δ Membangkitkan anak perempuan Yairus (Mrk 5:35-43).
Δ Membangkitkan anak janda di kota Nain (Luk 7:11-15).
Δ Membangkitkan Lazarus yang telah mati empat hari (Yoh 11:39-44).
(4) Macam-macam tanda mujizat.
Δ Mengambil uang dari mulut ikan (Mat 17:24-27).
Δ Menyatakan kuasaNya sehingga Petrus mendapat ikan (Luk 5:1-11).
Δ Pohon ara yang tidak berbuah dikutuk dan layu (Mat 21:18-22).
Δ Mengubah air menjadi arak yang baik (Yoh 2:1-11).
Δ Mengenyangkan lima ribu orang dengan lima ketul roti dan dua ekor ikan (Mrk 6:32-44).
Δ Mengenyangkan empat ribu lebih orang dengan tujuh ketul roti dan beberapa ikan (Mrk 8:1-9).
Δ Meredakan ombak (Mrk 4:35-41).
Δ Berjalan di atas air (Mrk 6:35-42).
III. SIFAT YESUS
1. Maha kudus.
(1) Dalam Dia tidak ada dosa (Yoh 8:46).
Δ Yesus sendiri bersaksi bahawa Dia tidak ada dosa (Yoh 8:46).
Δ Pilatus membuktikan Dia tidak berdosa (Luk 23:4, 14, 22; Mat 27:3, 4).
Δ Yudas yang mengkhianatiNya berkata bahawa Ia tidak berdosa (Mat 27:3, 4)
(2) Mencintai keadilan dan membenci kefasikan (Ibr 1:9).
Δ Berbuat baik di mana-mana (Kis 10:38).
Δ Sering melakukan hal-hal yang diperkenan Allah (Yoh 8:24).
Δ Mencela orang yang munafik (Mat 6:2, 5, 16, 23).
(3) Menghendaki murid-muridNya kudus.
Δ Menasihati murid-murid supaya kudus dalam hati (Mat 5:21-28).
Δ Berdoa bagi kekudusan murid-murid (Yoh 17:17).
(4) Rela berkorban demi kekudusan manusia (Mat 20:28).
Δ Dia mati demi menebus dosa kita (I Ptr 2:21-24).
Δ Yang tidak berdosa menjadi berdosa kerana menggantikan kita (II Kor 5:21).
Δ Untuk menjadikan manusia kudus, Dia rela mengorbankan hidupNya, menyatakan Dia Maha Kudus
2. Maha pengasih dan baik.
(1) Kasih pada Bapa.
Δ Menuruti perintah Bapa di Syurga (I Yoh 5:3; Yoh 6:38).
Δ Taat pada kehendak Bapa di Syurga (Mat 26:39, 42; Flp 2:8).
Δ Hanya mencari kemuliaan Bapa di Syurga (Yoh 7:18; 17:4).
(2) Kasih pada manusia.
Δ Mengasihani yang susah dan sakit (Mat 8:17; Mrk 1:40-41).
Δ Baik terhadap orang jahat (Mat 5:43-48; Mat 26:49-50).
Δ Mengampuni kesalahan orang (Mat 5:44; Luk 23:24).
Δ Berkorban bagi manusia (Yoh 15:13; Mat 20:28).
3. Lemah-lembut dan rendah hati (Mat 11:29)
(1) Lemah-lembut.
Δ Tidak pemarah (Mat 5:22; Luk 9:51-56).
Δ Tidak berselisih dengan orang (Mat 26:62, 63; I Ptr 2:22, 23).
Δ Tahan hinaan (Mat 5:39; 26:67, 68; Yes 50:6).
(2) Rendah hati.
Δ Menerima orang berdosa (Luk 5:27-32; 15:1,2).
Δ Melayani orang (Mat 20:28; Yoh 13:12-17).
Δ Tidak memegahkan diri (Yoh 5:41; 8:50; Flp 2:6).
IV. PENDERITAAN YESUS.
1. Nubuat dan lambang dari kematian Tuhan.
(1) Nubuat Perjanjian Lama
Δ Dia akan dijual 30 uang perak oleh teman (Za 11:12, 13). Penggenapan: Mat 26:14-16; 27:3-10.
Δ Dia seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian (Yes 53:7) Penggenapan: Mat 27:12-14
Δ Ia terhitung di antara pemberontak-pemberontak (Yes 53:12). Penggenapan: Luk 23:33.
Δ Menderita dan mengalirkan darah di atas salib hingga mati (Mzm 22:13-18). Penggenapan: Yoh 19:17-24.
(2) Tuhan menyatakannya sebelumnya.
Δ “Tuhan menyatakan kepada murid-muridNya bahawa Ia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan dari pihak tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh dan dibangkitkan pada hari ketiga” (Mat 16:21; Lihat: Mat 17:22, 23).
Δ Kata Tuhan: “Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawaNya menjadi tebusan bagi banyak orang” (Mat 20:28).
(3) Lambang kematian.
Δ Kitab Keluaran fasal 12 tertulis, orang-orang Yahudi pada hari yang ke-14 bulan itu (hari ke-15 adalah hari Paskah, dan hari ke-14 adalah hari persiapan bagi hari raya itu), setiap keluarga harus menyembelih seekor domba, mati menggantikan anak sulung, dan darahnya dibubuhkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang atas, barulah dapat terhindar dari pembantaian malaikat yang membunuh anak sulung (Kel 12:6-14).
Δ Yesus menjadi Anak Domba Allah untuk menghapus dosa dunia (Yoh 1:29), oleh sebab itu, Dia mati pada hari ke-14 bulan ini, supaya barangsiapa yang dibaptis dalam darahNya dapat terhindar dari hukuman yang kekal.
2. Tujuan kematian Tuhan.
(1) Untuk menebus dosa manusia.
Δ Kematian Tuhan bukan kerana dosa sendiri (Yoh 19:6), melainkan mati untuk menebus dosa umat manusia (Rm 8:3; Mat 20:8; Ibr 9:28; I Kor 15:3).
(2) Untuk menggenapi hukum Taurat.
Δ Hampir segala sesuatu disucikan menurut hukum Taurat dengan darah, maka jika Yesus tidak mengalirkan darah, dosa manusia tidak dapat diampuni (Ibr 9:22; Im 17:11). Tuhan mati di kayu salib untuk menggenapi hukum Taurat (Mat 5:17; Ibr 10:1-10).
3. Khasiat kematian Tuhan.
(1) Khasiat bagi umumnya.
Δ Supaya semua orang kembali pada Allah (Yoh 12:32, 33).
Δ Menjadi pendamaian untuk manusia (I Yoh 2:2; Rm 3:25).
(2) Khasiat bagi umat beriman.
Δ Lepas dari kutukan hukum Taurat (Gal 3:13; Rm 7:1-6).
Δ Dosa diampuni (Ibr 9:13, 14; 10:10; Ef 1:7).
Δ Bebas dari kematian (Ibr 2:14, 15; Luk 1:74, 75).
Δ Berdamai dengan Allah (Ef 2:13; Rm 5:10).
Δ Dibenarkan (Rm 5:9; II Kor 5:21).
Δ Masuk ke dalam Syurga (Kol 13:14; Ef 2:19).
(3) Kesan terhadap Iblis.
Δ Memusnahkan Iblis (Ibr 2:14; I Kor 15:55-57).
Δ Mengusir Iblis (Yoh 12:31, 32).
Δ Mengalahkan musuh-musuh (Kol 2:14, 15).
V. KEBANGKITAN YESUS
1. Nubuat dan lambang kebangkitan.
(1) Nubuat dan lambang kebangkitan.
Δ “Engkau tidak menyerahkan Aku ke dunia orang mati, dan tidak membiarkan Orang KudusMu melihat kebinasaan” (Mzm 16:10; Lihat: Kis 2:31)
(2) Pernyataan Tuhan sebelumnya.
Δ Tuhan berkali-kali bernubuat kepada murid-murid, bahawa setelah mati, Dia akan bangkit pada hari ketiga (Mat 16:21; 17:23; 20:19; 26:32).
(3) Lambang dari Yunus.
Δ Yunus berada di perut ikan selama tiga hari tiga malam, kemudian dimuntahkan kembali; ini melambangkan bahawa setelah mati dan dikubur, Tuhan akan bangkit pada hari ketiga (Yun 1:17; Mat 12:40).
2. Kesaksian tentang kebangkitan Tuhan
(1) Kesaksian Maria Magdalena (Mat 28:1-10; Yoh 20:1, 2).
(2) Kesaksian Petrus (Yoh 20:3-8; Kis 2:24-32).
(3) Kesaksian malaikat (Mat 28:5, 7; Luk 24:5-8).
(4) Kesaksian penjaga (Mat 28:4, 11-15; Lihat: Mat 27:62-66).
(5) Kesaksian Paulus (II Tim 2:8; I Kor 15:3; Lihat: Kis 9:3-8).
3. Kesudahan kebangkitan Tuhan
(1) Membuktikan Dia adalah Anak Allah (Rm 1:4).
(2) Menghapus kematian dan menampakkan hidup kekal (I Kor 15:54, 55; II Tim 1:10; I Kor 15:22).
(3) Membuktikan penghakiman pasti datang (Kis 17:31; Lihat: Yoh 5:22, 27-29).
(4) Membuktikan bahawa umat yang beriman pasti akan bangkit (I Kor 15:13, 14; I Ptr 1:3, 4; I Tes 4:14).
VI. KEBERANGKATAN YESUS KE SYURGA.
1. Kenyataan-kenyataan keberangkatan Tuhan ke Syurga.
(1) Ia naik ke Syurga ketika mengangkat tanganNya dan memberkati murid-murid (Luk 24:50, 51).
(2) Ketika murid-murid sedang menatap ke langit waktu Ia naik, tiba-tiba berdirilah dua orang malaikat, membuktikan Dia telah terangkat ke Syurga (Kis 1:9-11).
(3) Yesus telah masuk ke Syurga dan segala kekuatan ditaklukkanNya (I Ptr 3:22; Ibr 4:14).
2. Kesudahan keberangkatan Tuhan ke Syurga.
(1) Agar manusia mengetahui kuasa Allah (Ef 1:18-21).
(2) Memegang segala kuasa di Syurga dan di bumi (Mat 28:18; Flp 2:9, 10).
(3) Menurunkan Roh Kudus yang dijanjikan – sepuluh hari setelah naik ke Syurga, Roh Kudus turun pertama kali pada hari Pentakosta (Kis 2:33; Yoh 7:39; 16:7; Kis 1:5; Yoh 14:16, 17).
Δ Tuhan Yesus yang telah naik ke Syurga akan datang lagi dalam kemuliaan bersama-sama para malaikat untuk menyambut umat suci dan menghakimi dunia (Why 22:12).
VII. YESUS ADALAH ALLAH.
1. Dia memiliki nama Allah.
(1) Adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Why 1:17; 2:8; 23:13; Lihat: Yoh 8:57, 58).
(2) Alfa, Omega (Why 1:8; 21:6; 22:13).
(3) Tuhan (Kis 2:36; 3:15; 10:36; Mat 22:43-45; Rm 10:12).
(4) Imanuel (Mat 1:23; Yes 7:14).
(5) Allah (Ibr 1:8; Yoh 20:28; Kis 20:28; Rm 9:5; I Tim 3:16; Tit 2:13; I Yoh 5:20; Yes 9:6; Lihat: Yoh 14:9-11, 18; 10:30).
2. Dia mempunyai sifat Allah.
(1) Maha kuasa.
Δ Menyembuhkan orang sakit (Mat 9:27-30; 14:14, 35, 36; Yoh 9:1-3, 6, 7).
Δ Membangkitkan orang mati (Luk 7:14, 15; 8:54, 55; Yoh 11:43, 44).
Δ Menakluki Iblis (Mat 8:14; 12:22; Luk 13:10-13).
Δ Mengatur segala sesuatu (Mat 8:26, 27; 14:24-32; 17:24-27; 21:18, 19).
Δ Menopang segala sesuatu (Ibr 1:3; Kol 1:17).
Δ Memegang kekuasaan (Mat 28:18; Yoh 3:35; Ef 1:20-22; Flp 2:9-11).
(2) Maha tahu.
Δ Tahu masa lampau manusia (Yoh 4:5-19; 1:47,48; 11:3-14).
Δ Tahu fikiran manusia (Mat 9:3, 4; Mrk 2:8; Luk 6:7, 8; Yoh 2:24, 25).
Δ Tahu perkara yang jauh (Yoh 1:48; Mrk 14:12-16).
Δ Dia adalah sumber hikmat dan pengetahuan (Kol 2:3; I Kor 1:24; 2:7).
(3) Maha berada
Δ Dia tetap berada di Syurga ketika di bumi (Yoh 3:13; 14:9-11; 17:21).
Δ Dia dapat berada bersama-sama murid-murid di mana saja (Mat 28:20; 18:19, 20; Kis 18:9, 10; 23:11).
Δ Tinggal di dalam orang yang beriman (Yoh 14:20; 17:21-23; II Kor 13:5).
Δ Memenuhi segala sesuatu (Ef 1:21-23; 4:10).
3. Dia mempunyai posisi Allah.
(1) Mencipta (Yoh 1:3; Kol 1:16; Ibr 1:2, 10).
(2) Mengampuni dosa (Mrk 2:5-10; Yoh 5:14; Luk 7:40-49).
(3) Menghakimi (II Tim 4:1; II Kor 5:10; Why 22:12).
(4) Membangkitkan orang mati dan mendapat kemuliaan (Yoh 6:39, 44; Flp 3:21; I Kor 15:52, 53).
4. Yesus adalah Jehovah pada Perjanjian Lama.
(1) Jehovah adalah Pencipta alam semesta (Kej 1:1; Yes 42:5; Neh 9:6).
Δ Yesus adalah Pencipta alam semesta (Yoh 1:1-3; Kol 1:16; Ibr 1:10).
(2) Jehovah adalah Juru Selamat (Yes 43:11; Hos 13:4).
Δ Yesus adalah Juru Selamat (Kis 4:12; Luk 2:11; Yud 24).
(3) Jehovah adalah Raja (Mzm 10:16; 96:10).
Δ Yesus adalah Raja (Why 11:15).
(4) Jehovah adalah Tuhan yang mulia (Mzm 24:10).
Δ Yesus adalah Tuhan yang mulia (I Kor 2:8).
(5) Jehovah adalah Allah di atas segala allah, Tuhan di atas segala tuhan (Ul 10:17; Dan 2:47).
Δ Yesus adalah Tuan di atas segala tuan, dan Raja di atas segala raja (Why 17:14; 19:16).
(6) Jehovah adalah Tuhan kehidupan (Ul 32:39; Yer 38:16).
Δ Yesus adalah Tuhan kehidupan (Yoh 1:4; 11:25; 14:6).
(7) Jehovah adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Yes 44:6; 48:12).
Δ Yesus adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Why 1:17; 22:13).