Sejarah Divisi Pendidikan Agama Sandakan
|

Sejarah Divisi Pendidikan Agama Sandakan

SEJARAH DIVISI PENDIDIKAN AGAMA SANDAKAN

 

Sejarah perkembangan Gereja Yesus Benar Sandakan, Sabah bermula pada tahun 1964. Atas permintaan Gereja Yesus Benar Sabah, Diaken John Yong dan Diaken Lim Fung San dari Taiwan datang ke Sabah dengan amanat serta membantu kerja-kerja suci di Sabah. Dalam masa lawatan, mereka telah berkunjung ke gereja Sandakan dan menitikberatkan kepentingan menubuhkan kelas pendidikan agama bagi tujuan mengajarkan doktrin-doktrin gereja ini serta pendidikan agama kepada para remaja dan belia. Pada masa tersebut, kelas kanak-kanak yang pertama didirikan. Penguasanya ialah Saudara Pang Fook Tshu. Kelas kanak-kanak ini lebih kurang seramai dua puluh orang. Guru-gurunya adalah Saudara Pang Fook Tshu, Saudara Pang Ming Todd ( Penguasa gereja masa kini, Diaken Timotius Pang ) dan Saudari Pang Fong Hang. Tempat kelas adalah di tepi gereja iaitu halaman rumah mendiang serentak dengan kebaktian hari Sabat.

Kelas belia ditubuhkan pada kali kedua lawatan Diaken Lim ke Sandakan pada tahun 1986. Penguasa kelas belia dijawat oleh Saudara Pang Fook Tshu dan kelas ini dimulakan sejurus selepas kebaktian hari Sabat. Penguasa kelas kanak-kanak dijawat oleh Saudara Pang Ming Todd. Sesudah itu, kelas kanak-kanak dibahagikan kepada kelas rendah bawah dan kelas rendah atas.

Pada tahun 1972 gereja dibina semula. Pada masa yang sama didirikan dua buah bilik sementara bagi menempatkan dua buah kelas kanak-kanak. Kelas belia masih mengadakan kelasnya selepas kebaktian hari Sabat.

Pada pertengahan tahun1977, sebuah bangunan pendidikan agama dua tingkat didirikan. Kemudahan termasuk enam buah bilik kelas serta sebuah bilik perpustakaan. Divisi pendidikan agama bermula dari kelas tadika ke kelas menengah bawah. Disebabkan bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1984 dua buah bilik kelas baru dibina. Pada masa yang sama jawatankuasa eksekutif gereja telah meluluskan pembelian tiga buah kereta begi mengambil dan menghantar kanak-kanak yang mengikuti kelas pendidikan agama. Kelas Bahasa Malaysia ditubuhkan pada tahun1986. Oleh sebab kekurangan guru-guru serta bilik-bilik kelas, kelas belia mengadakan kelas pada pukul 7.30 hingga ke 9.15 malam hari Sabat. Sementara kelas kanak-kanak mengadakan kelasnya pada 8.15 hingga ke 10.45 pagi hari Ahad. Setiap penghujung tahun akan diadakan Kebaktian akhir tahun. Tujuannya adalah supaya para ibu bapa memahami keadaan pemelajar anak-anak mereka sepanjang tahun tersebut. Gereja juga mengadakan Kebaktian Penyempurnaan Rohani kelas rendah atas dan kelas menengah bawah bagi tujuan membanguankan kerohanian murid-murid serta memberikan peluang kepada mereka mengambil bahagian dalam pekerjaan suci gereja.

Bersyukur kepada Tuhan! Asrama dan bilik-bilik kelas gereja Sibuga telah disiapkan pada tahun 1988. Kelas-kelas divisi pendidikan agama telah berpindah ke tempat baru ini. Bilik-bilik asrama serta kelas dibahagikan kepada dua tingkat. Terdapat sebanyak empat belas buah bilik kelas (tiga belas kelas bahasa cina, taiga kelas Bahasa Malaysia ), sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik muzik ( oleh sebab bilik kelas tidak mencukupi telah digunakan sebagai bilik kelas rendah atas ), sebuah bilik kraftangan ( tersedia kemudahan kraftangan serta lukisan bagi pendidikan agama ), sebuah bilik mesyuarat serta sebuah bilik pejabat. Divisi pendidikan agama telah menyediakan kemudahan yang serba lengkap serta suatu suasana yang baik dan bersistem bagi kanak-kanak serta belia mempelajari firman benar. Pada masa kini bilangan murid telah bertambah sehingga seramai 165 orang. Penguasa divisi dijawat oleh saudara Liau Zhung Zheng.

Bilangan guru lebih kurang seramai 37 orang dan pembantu guru seramai 15 orang. Walaupun demikian, divisi ini masih kekurangan guru. Oleh itu, guru-guru yang diagihkan ke setiap kelas satu hingga dua orang sahaja. Oleh sebab murid-murid semakin bertambah, bilangan kereta telah bertambah sehingga enam buah. Walau bagaimanapun, kereta-kerata yang mengambilhantar kanak-kanak masih tidak mencukupi. Oleh itu, pihak gereja menggalakkan para ibu bapa yang memiliki kereta membantu mengambilhantar anak-anak mereka masing-masing yang menghadiri kelas pendidikan agama. Masa pendidikan agama ialah pada setiap pagi hari Ahad jam 8.45 hingga 11.00. Demi tidak membazirkan masa ibu bapa yang menunggu tamatnya kelas pendidikan agama, gereja telah mengaturkan kelas mengkaji Alkitab supaya para ibubapa mempelajari firman benar. Persekutuan saudari yang pengasih menyediakan makanan pada pukul 10.00 pagi agar semua sama-sama menikmatinya.

Pada tahun 1994, gereja Sandakan telah mendirikan sebuah khemah doa serta pendidikan agama di Bukit Garam yang terletak sejauh 50 batu lebih dari Bandar Sandakan. Oleh sebab bilangan belia dan kanak-kanak kurang, mereka berkumpul dalam satu kelas. Para guru adalah guru-guru pendidikan gereja ini yang mengembara secara bergilir-gilir.Masa kelas adalah pada petang hari Sabat pukul 3.30 hingga 4.30 petang.
Bersyukur kepada Tuhan! Pendidikan agama Sandakan memulakan kelasnya 33 tahun yang lalu dari gereja yang serba usang dan ringkas berkembang maju sehingga hari ini. Bilik-bilik kelas yang mempunyai kemudahan serta kelengkapan yang serba lengkap sesuai digunakan untuk memperkembangkan pendidikan agama serta menganjurkan pelbagai kebaktian yang berpestij,.Semoga Tuhan memperingati pendidikan agama agar terus berkembang maju. Semoga semua kemuliaan diberikan kepada Tuhan di syurga.

Situasi Terkini Di Rumah Tumpangan Telupid
|

Situasi Terkini Di Rumah Tumpangan Telupid

SITUASI TERKINI DI RUMAH TUMPANGAN TELUPID

Telupid terletak di 135 km antara jalan Sandakan dan Ranau. Setiap kali semasa pendeta melawat ke khemah doa Penangah, mereka pasti akan melawati tempat ini.

Pada suatu ketika, semasa Pendeta Timotius melawat tempat beliau terjumpa dengan saudara Roy Wong lalu menasihatinya agar kembali ke gereja mendekati Tuhan. Seterusnya diadakan kebaktian Hari Sabat di rumahnya.

Demikianlah mulanya pekerjaan suci di Telupid. Setelah lapan bulan, sewaktu Pendeta kaleb menjalankan penggembalaan di situ, beliau terjumpa dengan saudara Jafali dan memberitahu bahawa adanya kebaktian di Telupid.

Demikianlah saudara Jafali membawa seisi keluarganya menghadiri kebaktian. Kebaktian akhirnya diadakan di rumah saudara Jafali. Pada masa itu, terdapat dua saudari menerima Roh Kudus.

Memohon Tuhan memimpin agar domba-dombaNya yang sesat dapat kembali ke pangkuanNya. Semoga Tuhan terus memberkati pekerjaan suci di rumah tumpangan Telupid agar InjilNya dapat disebarkan ke sekitar kawasan tersebut.

Situasi Terkini Di Khemah Doa Bukit Garam
|

Situasi Terkini Di Khemah Doa Bukit Garam

SITUASI TERKINI DI KHEMAH DOA BUKIT GARAM
Pada tahun 1992, saudari Sulia ingin menyebarkan kebenaran kepada adik perempuannya Saingoh yang tinggal di kampung Bukit Garam. Bersyukur kepada Tuhan kerana telah membukakan hati. Saingoh sehinggakan seisi keluarganya menerima kebenaran dengan sukacita. Pada masa yang sama, beliau menyediakan rumahnya sebagai tempat berkebaktian pada hari Sabat. Pada setiap minggu terdapat Diaken yang diutus oleh Gereja Sandakan untuk menjalankan penggembalaan di sini. Di samping itu, Ibu Gereja ada mengutus pendeta-pendeta untuk menjalankan penggembalaan di sini. Setelah dua tahun, jirannya juga menerima baptisan dan memeluk ke dalam nama Tuhan. Kini terdapat sejumlah 42 pemercaya, kebanyakannya berbangsa Sungai.

Kampung Bukit Garam terletak di 71 km antara jalan Sandakan dan Lahad Datu. Kawasan sekitarnya boleh disebarkan Injil. Semoga Tuhan memimpin agar pemercaya di Bukit Garam semakin bertambah.

Sejarah Gereja Penangah
|

Sejarah Gereja Penangah

SEJARAH GEREJA PENANGAH
Penangah terletak di bahagian tengah pedalaman Sabah, iaitu satu kawasan terpencil yang mengamalkan cara pertanian pindah. Penduduknya hidup bergantung kepada pemburuan dan penangkapan ikan. Bersyukur kepada Tuhan, pada awal tahun 1992, benih kebenaran Gereja benar buat pertama kalinya ditaburkan di Penangah, iaitu melalui permintaan saudari Suliah agar menyebarkan injil kebenaran kepada kedua-dua ibu bapanya. Pada bulan Mei tahun 1992, atas pimpinan Tuhan, Diaken Wai bersama dengan diaken, diakenis serta saudara-saudari menaiki tiga buah kereta berkuasa empat roda (four wheel drive) pergi ke tempat itu. Jarak perjalanan adalah 210 kilometer. Pada 15hb Ogos tahun yang sama, kali pertama membuka pintu anugerah pembaptisan,seramai 32 orang pencari injil telah menerima baptisan. Para pemercaya berkebaktian di rumah ( rumah kulit pokok ) saudara Lumambai. Akhirnya pemercaya semakin bertambah ramai sehinggakan rumah saudara Limambai tidak dapat menampung pemercaya seramai 60 lebih orang .Setelah mendapat persetujuan saudara Lumambai dengan memberikan rumahnya sebagai khemah doa, maka kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1995. Pada 20 Jun, khemah doa itu dipersembahkan untuk digunakan Tuhan. Bersyukur kepada Tuhan kerana sebuah khemah doa telah didirikan di Penangah. Buat masa kini, terdapat seramai 102 orang pemercaya. Berharap gereja-gereja tempatan akan membantu doa dalam aspek perkembangan kerja suci gereja ini. Kemuliaan dibagaikan kepada Tuhan.

Sejarah Gereja Elopura
|

Sejarah Gereja Elopura

SEJARAH GEREJA ELOPURA
Tapak asal Gereja Sandakan sebenarnya adalah tanah milik mendiang Saudara Lee Siak Lin. Keluasannya hanya setengah ekar. Ia terletak di atas bukit, di mana tempat letak keretanya tidak dapat menampung kereta-kereta yang ada. Setiap kali hujan lebat turun, air deras di belakang bukit akan mengalir dengan derasnya ke bawah parit di hadapan gereja menyebabkan tembok parit runtuh dan hakisan tanah berlaku. Pada masa yang sama tapak pembinaan gereja juga menampakan tanda-tanda tenggelam, di mana memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembaikan. Selain itu, tangga yang panjang dan tinggi menyusahkan seiman yang telah lanjut usia naik ke bait suci Tuhan beribadat kepada Tuhan di mana memerlukan tongkat untuk berjalan dan penat sekali. Memandangkan sebab-sebab ini, pihak Jawatankuasa eksekutif gereja membuat keputusan untuk mencari tapak pembinaan gereja yang lain. Bersyukur kepada Tuhan, pada tahun 1990, jawatankuasa eksekutif gereja berjaya membeli sebidang tanah dari Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar Sabah dengan keluasan 1.7 ekar berharga RM35,515.00 serta mendapat sumbangan jentera dari saudara keluarga Chung bagi menyiapkan kerja-kerja pembersihan rumput-rumpai, pokok-pokok, dan menimbus-ratakan serta memampatkan tanah tapak pembinaan, benar-benar ‘Tuhan yag menyediakan’.

Sejak kebelakangan ini, ekonomi Sandakan tidak memuaskan. Banyak keluarga pemercaya berpindah ke tempat lain mencari rezeki. Oleh itu, bilangan pemercaya semakin berkurangan begiu ketara sekali. Tetapi demi memuliakan Tuhan, semua pemercaya beriman dan memberikan persembahan secara ansuran bagi mengumpulkan jumlah biayaan pembinaan gereja. Seluruh projek pembinaan memerlukan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia 1.04 juta. Apabila jumlah persembahan pembinaan mencapai Ringgit Malaysia 500 ribu lebih, dengan serta-mertanya dibuka tendar pembinaan. Pembinaan ini dipertanggungjawabkan kepada Wing Fatt Contruction. Setelah pembinaan selama satu tahun, akhirnya gereja siap dibina dan ditetapkan untuk ditahbis pada 6hb hingga 11hb bulan Mei tahun 1997. Pada masa yang sama kebaktian penginjilan ulang tahun ke-70 di Sabah serta Kebaktian Kebangunan Rohani akan dilangsungkan.

Bersyukur kepada Tuhan, gereja baru ini terletak di tepi jalan utama. Jalan depannya adalah lebuh raya timur barat yang menghubungkan Sandakan dengan Kota Kinabalu. Terdapat bandar satelit serta perumahan di sekitarnya yang masih dalam pembinaan. Nama Tuhan telah dijunjung tinggi di sini, dipaparkan di depan umum. Ini adalah kemuliaan yang paling besar bagi Tuhan, semoga Tuhan berkenan.

Ucapan:Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong
|

Ucapan:Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong

GEREJA ELOPURA, SANDAKAN
Gereja Sandakan ditubuhkan pada awal tahun 1927 manakala Gereja Sibuga dicabangkan pada tahun 1987. Kini atas usaha para diaken, penguasa dan saudara saudari telah berjaya mencabangkan Gereja Elopura. Ini adalah sesuatu yang amat menggembirakan, tahniah! Saya dengan ikhlasnya mewakili pihak Ibu Gereja mengucapkan tahniah kepada semua saudara saudari yang memberi persembahan serta bertungkus lumus dalam kerja suci ini.

Semoga Tuhan mengingati kasih serta jerih payah anda semua. Semoga segala kemuliaan dibagikan kepada Tuhan Yesus.

Tujuh puluh tahun yang lalu, firman benar mula berkembang maju di Sandakan. Hari ini, tujuh puluh tahun kemudian, sebuah gereja baru lagi muncul di depan mata kita semua. Anugerah Tuhan tidak berhenti-henti menyertai para saudara saudari Sandakan, boleh dikatakan berkelimpahan dengan anugerah Tuhan. Oleh itu, selagi saudara saudari Sandakan mengetahui amanat masing-masing, semua bangsa bersatu hati, bersatu padu berusaha menyebarkan injil benar, Tuhan pasti sekali lagi menambahkan kekuatan demi kekuatan, anugerah demi anugerah, agar Gereja Sandakan lebih berkelimpahan dan maju. Dengan demikian terang benar akan menyinari Sandakan.

Mengikut perangkaan, populasi penduduk Sandakan adalah lebih kurang dua ratus dua puluh ribu orang. Bilangan pemercaya gereja ini adalah lebih kurang seribu tiga puluh dua orang. Oleh itu, gereja ini masih mempunyai ruang yang besar untuk terus berkembang. Boleh juga dikatakan melalui gereja ini, Tuhan memberikan kita amanat yang lebih besar. Diharapkan para saudara saudari akan menggunakan gereja yang serba indah ini serta peluang yang diberikan kepada kita dengan bijak, agar firman keselamatan Tuhan dapat disebarkan di tempat ini melalui kasih anda semua. Semoga Tuhan terus memimpin dan memberkati kerja-kerja suci Gereja Sandakan.

Semoga segala kemuliaan diberikan kepada nama kudus Tuhan Yesus.

Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong