Ucapan: Penguasa Gereja – Timotius Pang
|

Ucapan: Penguasa Gereja – Timotius Pang

RENUNGAN ULANG TAHUN KETUJUH PULUH

 

Penguasa Gereja : Timotius Pang

 

Bersyukur ke atas berkat Tuhan kerana memelihara tunas awal pekerjaan suci bercampak, bertumbuh dengan subur dan teguh. Pada setiap hari, terdapat anugerah yang tidak berkesudahan. Tuhan menggenapkan kehendakNya yang indah agar kesyukuran, kehangatan, kesukacitaan yang menghiburkan memenuhi seluruh gereja.

Mengingatkan kembali ketika firman benar disebarkan masuk ke dalam negeri Sabah, kerja-kerja suci bergerak dengan lancar dan telah mendirikan gereja yang pertama iaitu benih pertama Gereja Yesus Benar di Sabah – Gereja Sandakan. Pada ketika itu, kesetiaan pemercaya berkenan kepada Tuhan, kasih mereka diberkati Tuhan. Berita baik ini disebarkan sehingga ke merata-rata tempat di seluruh negeri. Paulus berkata : “ melupakan apa yang di belakang, mengarahkan diri ke hadapan”. Kemunculan gereja hari ini adalah kerana pemeliharaan, perlindungan serta pimpinan Tuhan. Kita tidak boleh berpuas hati sekadar merenung ‘kejayaan’ yang lampau sehinggakan tidak ingin maju lagi. Sebaliknya harus lebih-lebih lagi berusaha memberikan persembahan dan mendisplinkan diri pada masa sekarang.

Gereja Elopura adalah gereja kedua di kawasan Sandakan. Oleh sebab keadaan ekonomi yang tidak memuaskan, ramai belia telah berpindah dan meninggalkan kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran atau mencari nafkah hidup di tempat lain. Oleh itu, pemercaya yang masih tinggal tidak ramai. Jawatankuasa Eksekutif gereja telah menetapkan masa tiga tahun bagi mengumpulkan persembahan bagi tabung pembinaan gereja. Bersyukur kepada Tuhan, para pemercaya berdasarkan hati yang mengasihi Tuhan telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembinaan gereja melalui persembahan secara sukarela dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1.04 juta. Setelah melalui belas bulan pembinaan, sebuah bangunan yang gagah telah berdiri di tepi lebuh raya yang sibuk menjunjung tinggi nama Tuhan.

Walaupun di kawasan Sandakan terdapat dua buah gerja, tidak lama kemudian akan mempunyai pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif yang berasingan. Diharapkan saudara saudari dalam Tuhan tahu melakukan serta berpegang teguh pada firman, mempunyai kelakuan serta nama yang baik, memelihara kekudusan agar orang dapat membezakan bahawa kita adalah pemercaya gereja benar dan nama Tuhan dapat dimuliakan. Kita harus memiliki semangat yang dapat bertahan dari awal hingga ke akhir, berusaha dengan gigih, sehati sejiwa mendirikan sebuah gereja mulia yang beriman, berpengharapan, mempunyai kasih dan dipenuhi dengan keharuman kristus. Semoga kemuliaan, kehormatan, puji-pujian diberikan kepada Bapa di syurga. Amin.

Mesej Daripada Penyunting
|

Mesej Daripada Penyunting

Mesej Daripada Penyunting

Bahagian Penyunting

Haleluyah! Bersyukur kepada Tuhan! Gereja Elopura ( dahulunya Gereja Sandakan ) dalam jangka masa tujuh puluh tahun ini telah mendapat perlindungan yang berterusan dari Tuhan dan berkembang dengan majunya di bawah anugerah Tuhan.

Selaras dengan perlangsungan kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh di negeri Sabah, gereja ini telah menubuhkan sebuah jawatankuasa “ Kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh”, melaluinya menerbitkan majalah peringatan sebagai kenang-kenangan. Isi kandungan majalah merangkumi pelbagai jenis foto yang bersejarah, proses pembinaan gereja, keadaan kepercayaan serta penginjilan pada ketika awal gereja ini, proses penubuhan persekutuan-persekutuan, liputan pelbagai aktiviti, dan beberapa saksian bagi mengimbas kembali anugerah Tuhan sepanjang tujuh puluh tahun ini. Pada masa yang sama juga memaparkan hasil usaha para seiman.

Majalah ini pasti akan menjadi salah satu sumber informasi terpenting mengenai sejarah gereja ini,ia juga dapat membolehkan seiman lebih memahami perkembangan serta perubahan dalam kerja-kerja suci gereja ini secara berperingkat. Bersyukur kepada Tuhan, majalah “Pentahbisan Gereja Elopura dan Penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh” dapat diterbitkan dengan lancarnya. Ini kerana adanya pimpinan Tuhan yang menggerakkan setiap seiman dengan kasih agar mengambil bahagian dengan tidak teragak-agak dalam menyumbangkan informasi-informasi yang berkenaan. Di samping itu, adanya sekumpulan seiman yang mengasihi Tuhan rajin tanpa mengira penat lelah mengumpul, menyunting bahan-bahan terbitan.

Mengimbas kembali masa silam, menghargai masa kini, berpengharapan terhadap masa depan, pada ketika menerbitkan majalah peringatan ini adalah kena pada masanya membuat persediaan bagi Gereja Elopura untuk menghadapi tujuh puluh tahun kedua yang akan datang, agar lebih maju lebih-lebih lagi dapat memuliakan Tuhan serta memberikan manfaat kepada manusia.

Acara Pentahbisan Gereja
|

Acara Pentahbisan Gereja

ACARA PENTAHBISAN GEREJA

 

Juruacara – Diaken Apolos Wai

Pemimpin Kebaktian – Diaken Simon Lee

Organis – Saudari Tang Nyuk Fong

Permulaan Pentahbisan Gereja – Diaken Simon Lee

Kidung Bilangan 113 – Diaken Simon Lee

Doa – Pendeta Stefanus Tham

Pembacaan Alkitab – Diaken Timotius Pang

Penyampaian Khotbah – Pendeta Filipus Chong

Lapuran – Saudara Chia Chi Keong

Pentahbisan Gereja – Pendeta Filipus Chong

Persembahan Kidung Kumpulan Koir

Ucapan Berkat – Pendeta Stefanus Tham

Kidung Berkat 115 – Diaken Simon Lee

Doa  – Pendeta Stefanus Tham

Tamat –  Diaken Simon Lee

Majalah Pentahbisan Gereja Elopura: Isi Kandungan
|

Majalah Pentahbisan Gereja Elopura: Isi Kandungan

Isi Kandungan
Upacara Pentahbisan Gereja

Peta Taburan Gereja-gereja Sabah

Panduan Alamat Gereja-gereja tempatan Sabah

Mesej Daripada Penyunting

Ucapan-Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah

Penguasa Bahagian Penggembalanan-penginjilan

-Penguasa Zon Pantai Timur Dan Pengetua Maktab Teologi

-Penguasa Gereja Sandakan
-Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan

Sejarah Gereja Elopura

Perkembangan Gereja Zon Sandakan

Sejarah gereja Penangah,Kemah Doa Bukit Garam / Telupid

Carta Organisasi Jawatankuasa Eksekutif Gereja Sandakan

Laporan Daripada Persekutuan dan Bahagian Jawatankuasa Eksekutif Gereja Sandakan

Divisi Pendidikan Agama

Persahabatan Belia

Persekutuan Saudari

Persekutuan Tengah Baya

Kumpulan Koir

Bahagian Penterjemahan

Bahagian Perpustakaan

Bahagian Pengangkutan

Bahagian Pengindahan

Jawatankuasa Pembinaan Gereja Elopura

Jawatankuasa Penyediaan Pentahbisan Gereja Elopura

Jawatankuasa Kecil badan penerbit majalah pentahbisan gereja Elopura

Laporan Kewangan Pembinaan

Pelan Gereja Elopura

Berita Dari Luar Negeri

Saksian