Krisis & Tindak Balas Umat Pilihan Zaman Akhir (2)
|

Krisis & Tindak Balas Umat Pilihan Zaman Akhir (2)

Bagaimanakah menghadapi Krisis Zaman Akhir?

 

Pada masa kini, kuasa menentang Tuhan, menganiaya gereja telahpun muncul. Ia sedang mengembangkan sempadannya, iblis akan mengambil kesempatan sebelum kedatangan hari kiamat, melancarkan peperangan yang terbesar, dan penganiayaan yang terhebat (Wah 6:3,4; 13:7). Yang melakukan Pembinasa keji pada akhir zaman telahpun muncul. Bagaimanakah umat pilihan Tuhan harus menghadapinya?

  • Orang-orang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan

Pada ketika ketibaan malapetaka besar zaman akhir, kita haruslah melarikah diri ke pegunungan Tuhan, iaitu Bukit Sion yang rohani, Gereja Tuhan (Yes 2:2-3). Di situlah tempat yang paling selamat, juga merupakan kota Tuhan yang hidup, iaitu Yerusalem Syurgawi, di situlah adanya beribu-ribu malaikat, adanya jemaat anak-anak sulung yang namanya terdaftar di syurga, dan Tuhan yang menghakimi semua orang, dan roh-roh orang-orang benar yang telah menjadi sempurna, dan Yesus, Pengantara perjanjian baru, dan darah pemercikan (Ibr 12:22-24). Oleh itu, sebelum malapetaka besar, hendaklah menerusi darah Yesus yang bernilai, yang menjadi pengantara antara Tuhan dan manusia, masuk ke dalam gereja benar agar dapat terpelihara.

  • Jangan mengasihi akan dunia (Mrk 13:15-16)

Orang yang sedang di peranginan di atas rumah “janganlah ia turun dan masuk” untuk mengambil sesuatu dari rumahnya, dan orang yang sedang di ladang “janganlah ia kembali” untuk mengambil pakaiannya. Ia adalah merujuk kepada sewaktu kedatangan malapetaka, ia adalah pantas, dan membinasakan, hendaklah segera mengambil peluang untuk melarikan diri, agar jangan kehilangan nyawa. Kini pada zaman akhir, dunia akan berlalu dengan pantas, jangan mengasihi akan segala sesuatu di dunia ini. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu. (I Yoh 2:15). Namun, memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa apa-apa ke luar. Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. Karena akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. (I Tim 6:6-10; Luk 21:34-36). Oleh itu, sebelum ketibaan malapetaka besar, hendaklah berjaga-jaga, jangan tersandung dalam material duniawi (Luk 17:29-32; Ibr 12:16-17)

  • Jangan menghamilkan nafsu (Mrk 13:17)

Pada hari-hari melarikan diri daripada malapetaka, celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu. Yang menghamil atau menyusu tidak dikira sebagai berdosa, cuma pada ketika hari kesukaran melarikan diri, adalah kesukaran atas kesukaran. Terhadap pengajaran rohani, ia adalah merujuk kepada penghamilan nafsu, tidak bertumbuh menjadi orang dewasa, maka tidak dapat berdepan dengan penganiayaan pada masa kelak (Yak 1:15; Rom 8:3; Gal 4:9; Ibr 5:12-13), kerana yang masih anak-anak, yang diombang-ambingkan oleh rupa-rupa angin pengajaran, oleh permainan palsu manusia dalam kelicikan mereka yang menyesatkan (Ef 4:14); bagaimanakah dapat berdiri teguh dalam penganiayaan besar? Dengan itu, kita hendaklah menanggalkan manusia lama dahulu yang menemui kebinasaannya oleh nafsunya yang menyesatkan. Mengenakan manusia baru yang menurut gambar rupa Tuhan, di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya (Ef 4:22-24), barulah tidak kehilangan dalam malapetaka besar. Hendaklah hati berkobar-kobar dalam melayani Tuhan (Mrk 13:18).

  • Percaya dengan mendalam bahawa pasti akan menerima belas kasihan Tuhan (Mrk 13:19-20)

“Pembinasa keji” dan “siksaan seperti yang belum pernah terjadi dan yang tidak akan terjadi lagi” adalah berkaitan. Sekiranya peperangan besar ini dilanjutnya masanya, maka tiada seorang manusia yang membawa tubuh jasmani dapat hidup. Ini adalah siksaan yang belum pernah terjadi dan tidak akan terjadi. Tetapi demi umat pilihan, Tuhan mempersingkat waktunya. Syukur Tuhan, Tuhan masih berbelas kasihan dalam amarahNya, tidak memperhentikan kasihNya terhadap pemercaya. Oleh itu, apabila kita terjatuh dalam penderitaan, hendaklah percaya dengan sedalam-dalamnya bahawa Tuhan kita akan menjaga, memelihara; seperti yang dikatakan oleh rasul Paulus yang merasainya: ” Tetapi Tuhan telah mendampingi aku dan menguatkan aku, supaya dengan perantaraanku Injil diberitakan dengan sepenuhnya dan semua orang bukan Yahudi mendengarkannya. Dengan demikian aku lepas dari mulut singa. Dan Tuhan akan melepaskan aku dari setiap usaha yang jahat. Dia akan menyelamatkan aku, sehingga aku masuk ke dalam Kerajaan-Nya di sorga. (II Tim 4:17-18)

  • Hendaklah memohon hikmat untuk membedakan alam rohaniah

Sebelum kedatangan Tuhan, dunia akan mengalami kekacauan yang besar, gereja akan dianiaya oleh iblis, dirosakkan teruk; umat pilihan menanti-nantikan kedatangan Tuhan siang dan malam, pada ketika itu, syaitan akan menpergunakan kebangkitan mesias palsu dan nabi palsu, untuk melakukan pelbagai tanda ajaib dan mujizat, dan segala perkara aneh yang palsu, bahkan di hadapan manusia, menyuruh api diturunkan dari langit ke bumi (II Tes 2:9; Wah 13:11-14). Pada waktu itu, manusia yang dalam penderitaan, demi mendapatkan sandaran, sekiranya tidak berwaspada, ataupun demi menyelamatkan nyawa diri sendiri, seperti orang yang terjatuh dalam lautan dan mencari kayu apung untuk menyelamatkan diri, dan terkena pada jerat si jahat. Dengan itu, hendaklah memohon kepada Tuhan supaya kita mempunyai hikmat untuk membedakan alam rohaniah, barulah dapat mencegah diri disesatkan.

Kedatangan semula Tuhan, seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, setiap mata akan melihat Dia, dan semua bangsa di bumi akan meratapi Dia, Dia datang secara terus terang. Bukan datang secara tersembunyi di sini atau di sana, atau di padang gurun atau di dalam rumah (Mat 24:24-27; Wah 1:7). Oleh itu, tidak kira sekarang atau kelak, sekiranya ada orang yang menggelar dirinya adalah Mesias, nabi palsu, gereja palsu yang muncul atau memberitakan injil yang berlainan daripada kebenaran Alkitab, tidak kira betapa besarnya tanda mujizat dan keajaiban yang dapat dilakukannya, jangan disesatkan dan percaya kepadanya (Gal 1:6-7; II Tes 2:4; II Kor 11:4).

Relakanlah Hatimu
|

Relakanlah Hatimu

 

“…sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah!” (Wah 3:19)

Walaupun setiap orang mempunyai motif yang berlainan sewaktu baru percaya kepada Tuhan, namun selepas menerima baptisan di dalam Tuhan dan menempuh masuk jalan ke Kerajaan Syurga, Syukur Tuhan ! Matlamat kita adalah sama — demi dapat masuk ke dalam Kerajaan Tuhan pada masa kelak. Melihat kembali kepada iman yang murni sewaktu baru percaya, menuruti kehendak Tuhan, kehidupan dipenuhi dengan damai sejahtera dan sukacita. Hati yang bersyukur sentiasa mengatakan: “Betapa baiknya dalam Tuhan!”

“Untuk masuk ke dalam Kerajaan Allah kita harus mengalami banyak sengsara.” (Kis 14:22), bagaimanakah sekarang? Dalam perjalanan kepercayaan, disebabkan mengalami pelbagai “kesukaran”, misalnya dugaan percintaan sebelum pernikahan, mengahwini orang yang tidak sama kepercayaan kerana kelemahan seketika, ataupun sesudah pernikahan, hubungan suami isteri tidak harmoni, keluarga tidak muhibbah, kerjaya tidak lancar… Kadang-kala sesungguhnya mengetahui bahawa ianya adalah tipu muslihat si iblis, memang sedar bahawa diri sendiri semakin berjauhan daripada Tuhan, kian hari kian mengasingkan diri, tetapi tidak dapat membangkitkan iman dan keberanian, dan mengakibatkan diri sendiri merantau di luar, berjalan di pinggir kepercayaan. Apabila kehilangan semangat, maka berkeluh: “Roh memang ingin, namun tubuh lemah.”

Sekiranya ini merupakan keadaan semasa anda, sila carikan kembali iman yang semula. Hendaklah kita perhatikan dan bertanya diri, mengapakah kaki kita tersandung pada batu? Mengapakah mengalami tamparan dalam kerjaya? Mengapakah keluarga ditimpa kemalangan yang tidak bernasib baik? Kita hendaklah siasat, apakah langkah kaki kita telah mencenderung kepada dunia? Ini berkemungkinan adalah hajaran daripada Tuhan, agar kita segera memusing kembali langkah kaki kita, supaya kita bertaubat, dan relakanlah hati kita.

Walaupun anda masih belum tersesat di dalam duniwia masyarakat, namun di gereja tidak menjejaki kesan tapak kaki anda. Sebenarnya pada ketika kita semakin melangkah jauh daripada Tuhan, kita juga tidak berdaya untuk menentang godaan dari luaran, iblis yang berjalan mengeliling akan semakin menghampiri kita. Ini amatlah bahaya. Oleh itu, relakanlah hati anda, jangan mendukakan Roh Kudus, jangan asyik meminta orang membantu doa untuk anda, tetapi diri sendiri tidak mengejarinya dengan bersungguh-sungguh.  Diri kita hendaklah lebih berwaspada dan berjaga-jaga, relakanlah hati. Marilah kita bangkit semula dan menjadi kuat, kuatkanlah tangan yang lemah dan lutut yang goyah (Ibr 12:12), berusaha sungguh untuk merangkak keluar dari lembah kepercayaan, kembalilah semula kepada pangkuan Bapa di Syurga yang murah kasih.

 Sila dengarlah seruan Tuhan: “Kembalilah!”

 

Domba yang Mengikuti Tuhan
|

Domba yang Mengikuti Tuhan

Di atas jalan desa, gembala domba muda berjalan perlahan memimpin domba. Ketika dilihat pelancong keadaan gembala muda yang relaks, maka berkata: Sekiranya tidak diikatkan tali pada domba, ia akan lari.

Setelah didengar gembala muda, maka dilepaskannya tali itu. Namun, domba masih tidak meninggalkannya. Gembala muda berkata: Saya memberikan ia air dan rumput, juga menjaga ia dengan teliti, maka ia sanggup mengikuti aku.

Seekor domba mengikuti tuannya, bukan kerana diikat oleh tali, tetapi kerana anugerah yang diberikan oleh tuannya.

Bagaimanakah kita yang mengikuti Tuhan? Bukan kerana diikat oleh Hukum Taurat Tuhan, tetapi digerakkan kita oleh anugerah-Nya. Anugerah ini amatlah besar, yang disediakan demi kita semenjak permulaan penciptaan dunia; juga merupakan anugerah penyelamatan dan penebusan oleh pengaliran darah.

Namun, walaupun dengan adanya penjagaan yang sedemikian teliti, masih ada anak domba yang nakal, meninggalkan “rumput hijau” yang amat berkualiti, untuk mencari sukaria daripada “rumput liar” dalam semak duri. Perlahan-lahan, ia kehilangan  arah tuju dalam rumpun semak duri, membawa tubuh yang letih dan lapar, membawa luka-luka yang berdarah akibat dicederakan onak duri, mengeluarkan suara ratapan nyawa-nyawa ikan. Kita sama sekali tidak boleh menjadi kambing domba yang sedemikian menderhaka.

Yohanes fasal 10 mengatakan: domba-domba mendengarkan suaranya dan ia memanggil domba-dombanya masing-masing menurut namanya dan menuntunnya ke luar. Jika semua dombanya telah dibawanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, kerana mereka mengenal suaranya.

Sebagai domba Tuhan, kita hendaklah memiliki tiga segi ini. Pertama, mengenal suara Gembala. Pada hari ini, terlalu banyak godaan, juga penyesatan. Kita juga terdedah kepada banyak firman yang seakan-akan benar, tetapi tidak. Oleh itu, kita hendaklah menbedakan, apakah suara Tuhan, yang merupakan kebenaran. Kedua, mengikuti Gembala. Jejak langkah Tuhan bagaikan tiang awan dan tiang api pada waktu umat Israel di padang gurun, memimpin mereka arah tuju di hadapan, maka mereka tidak akan menyimpang. Ketiga, sentiasa tetap terpelihara di dalam Tuhan, jangan cinta dan tamak akan dunia ini. Manusia, sekiranya mencintai dunia, maka hati yang mencintai Tuhan tidak ada dalamnya. Ketahuilah bahawa dunia akan membawa manusia ke dalam kebinasaan. Oleh itu, segeralah masuk ke dalam Bahtera akhir zaman !

Sekiranya Anda
|

Sekiranya Anda

Sekiranya anda tidak cukup kesabaran,

silakan duduk dan berbual dengan Ayub.

Sekiranya anda beriman lemah,

silakan menjengguk Elia di tepi Sungai Kerit.

Sekiranya anda tidak mempunyai nyanyian kidung puji-pujian dalam hati,

silakan dengar puji-pujian Daud di sebelah malam.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran dari semua pihak,

silakan minta tunjuk ajar daripada Musa di tepi Lautan Teberau.

Sekiranya anda banyak menerima ujian dan latihan,

silakan berkawan dengan Yusuf yang telah dijual.

Sekiranya anda adalah seorang pegawai kerajaan,

silakan meneliti kehidupan Daniel.

Sekiranya anda adalah seorang hamba Tuhan,

silakan baca kisah riwayat Paulus.

Sekiranya anda percaya bahawa Tuhan memahami anda sepenuhnya,

maka anda tidak usah menghiraukan salah faham daripada manusia.

Sekiranya anda tidak memiliki apa-apa dalam dunia ini,

silakan menaiki tangga Wahyu,

untuk meninjau sekilas kepada tanah indah nan mulia masa kelak.

Sekiranya anda tidak mempunyai damai sejahtera dalam hati,

silakan bersujud di depan Tuhan Yesus,

Dia pasti mencurahkan damai sejahtera yang tak terhingga, penghiburan yang sungguh besar, pengistirehatan yang manis.

Sekiranya anda sanggup masuk ke dalam bilik tertutup,

anda akan menatap wajah Tuhan yang lemah lembut.

Sekiranya anda sanggup bertenang,

anda akan mendengar penghiburan dan panggilan daripada Tuhan.

 

Melakukan Apa yang Dapat Dilakukan
|

Melakukan Apa yang Dapat Dilakukan

Ayat suci: Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya… (Markus 14:9)

Ketika Maria terfikir bahawa Tuhan akan menemui penderitaan, dengan segera dia “membawa suatu buli-buli pualam berisi minyak narwastu murni yang mahal harganya. Setelah dipecahkannya leher buli-buli itu, dicurahkannya minyak itu ke atas kepala Yesus.” Minyak narwastu itu adalah yang paling mahal, bernilai sekurang-kurang tiga ratus dinar lebih. Bagi dia, itu bukanlah satu jumlah nilai yang kecil. Kemungkinan adalah satu hasil penyimpanan bertahun-tahun.

Tetapi, asalkan ia ada sedikit kegunaan buat Tuhan, walaupun dipersembahkan kesemuanya, juga berbaloi. buli-buli itu adalah amat berharga, namun Tuhan lebih berharga. Tidaklah sayang kalau dipecahkan.

Rambut adalah “kemuliaannya”, namun dia menyeka kaki Tuhan dengan kemuliaannya, kerana dipandangnya layak untuk Tuhan. Dia mencurahkan keseluruhan kasihnya pada diri Tuhan! Oleh itu, Tuhan berkata: “Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya.”

Janda mempersembahkan kesemua wang simpanan untuk sara hidup. Musa mempersembahkan usia 40 tahun. Yesus mempersembahkan nyawa-Nya demi menyelamatkan manusia. Sahabat, apakah yang anda persembahkan untuk Tuhan?

Walaupun kita tidak setanding mereka, namun kita boleh menyerupai mereka dengan melakukan sedaya kemampuan diri. Permintaan Tuhan terhadap kita pada hari ini, adalah kita melakukan apa yang dapat diri kita lakukan. Dia tidak meminta apa yang melebihi kemampuan kita, atau yang tidak mungkin pada diri kita. Dia hanya meminta agar kita melakukan apa yang dapat dilakukan oleh kita. Lima talenta menguntungkan lima talenta, dua talenta menguntungkan dua talenta, menerima upah yang sama, kerana mereka masing-masing telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Seandainya, satu talenta juga dapat menguntungkan satu talenta, dia juga akan menerima upah, kerana dia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Maria telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Hati Tuhan dipuaskan.

Kawan, adakah kita telah melakukan apa yang dapat dilakukan?

Maria, mengambil kesempatan sebelum Tuhan meninggal dunia, telah melakukan apa yang dapat dilakukannya. Marilah kita, melakukan apa yang dapat dilakukan sebelum Tuhan datang!

 

Hati Kesyukuran
|

Hati Kesyukuran

Ada sekali, rumah bekas Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt telah mengalami kecurian, dan banyak benda telah dicuri. Setelah diketahui kawannya, maka segera diutuskan surat kepadanya untuk memberikan penghiburan, dan menasihatkannya agar jangan susah hati.

Dia membalaskan surat: “Sahabat yang dikasihi, saya berterima kasih atas suratmu yang menghiburkan saya. Saya kini amat tenteram. Syukur kepada Tuhan: Pertama, pencuri hanya mencuri barang saya, tidak mencederakan nyawa saya; kedua, pencuri hanya mencuri sebahagian barang saya sahaja, bukan kesemuanya; ketiga, yang paling disyukuri ialah, dialah yang menjadi pencuri, bukan saya.”

Kesyukuran, adalah sejenis cara hidup nyanyian, yang berasal daripada kasih dan harapan terhadap kehidupan.

Bersyukurlah dalam segala perkara, maka hidup bagaikan dipenuhi dengan cahaya matahari; bersungut-sungut terhadap Tuhan dan manusia, makan hidup bagaikan ditutupi dengan awan gelap. Perhitungkanlah segala kasih karunia, isikanlah perasaan hati dengan kesyukuran terhadap kehidupan, maka kita akan memelihara pemikiran hati yang sihat, personaliti yang sempurna dan semangat yang progresif.

Penulis England, William Makepeace Thackeray berkata: Kehidupan adalah sebuah cermin, kamu ketawa, dia juga ketawa; kamu menangis, dia juga menangis.