Situasi Terkini Di Khemah Doa Bukit Garam
|

Situasi Terkini Di Khemah Doa Bukit Garam

SITUASI TERKINI DI KHEMAH DOA BUKIT GARAM
Pada tahun 1992, saudari Sulia ingin menyebarkan kebenaran kepada adik perempuannya Saingoh yang tinggal di kampung Bukit Garam. Bersyukur kepada Tuhan kerana telah membukakan hati. Saingoh sehinggakan seisi keluarganya menerima kebenaran dengan sukacita. Pada masa yang sama, beliau menyediakan rumahnya sebagai tempat berkebaktian pada hari Sabat. Pada setiap minggu terdapat Diaken yang diutus oleh Gereja Sandakan untuk menjalankan penggembalaan di sini. Di samping itu, Ibu Gereja ada mengutus pendeta-pendeta untuk menjalankan penggembalaan di sini. Setelah dua tahun, jirannya juga menerima baptisan dan memeluk ke dalam nama Tuhan. Kini terdapat sejumlah 42 pemercaya, kebanyakannya berbangsa Sungai.

Kampung Bukit Garam terletak di 71 km antara jalan Sandakan dan Lahad Datu. Kawasan sekitarnya boleh disebarkan Injil. Semoga Tuhan memimpin agar pemercaya di Bukit Garam semakin bertambah.

Sejarah Gereja Penangah
|

Sejarah Gereja Penangah

SEJARAH GEREJA PENANGAH
Penangah terletak di bahagian tengah pedalaman Sabah, iaitu satu kawasan terpencil yang mengamalkan cara pertanian pindah. Penduduknya hidup bergantung kepada pemburuan dan penangkapan ikan. Bersyukur kepada Tuhan, pada awal tahun 1992, benih kebenaran Gereja benar buat pertama kalinya ditaburkan di Penangah, iaitu melalui permintaan saudari Suliah agar menyebarkan injil kebenaran kepada kedua-dua ibu bapanya. Pada bulan Mei tahun 1992, atas pimpinan Tuhan, Diaken Wai bersama dengan diaken, diakenis serta saudara-saudari menaiki tiga buah kereta berkuasa empat roda (four wheel drive) pergi ke tempat itu. Jarak perjalanan adalah 210 kilometer. Pada 15hb Ogos tahun yang sama, kali pertama membuka pintu anugerah pembaptisan,seramai 32 orang pencari injil telah menerima baptisan. Para pemercaya berkebaktian di rumah ( rumah kulit pokok ) saudara Lumambai. Akhirnya pemercaya semakin bertambah ramai sehinggakan rumah saudara Limambai tidak dapat menampung pemercaya seramai 60 lebih orang .Setelah mendapat persetujuan saudara Lumambai dengan memberikan rumahnya sebagai khemah doa, maka kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1995. Pada 20 Jun, khemah doa itu dipersembahkan untuk digunakan Tuhan. Bersyukur kepada Tuhan kerana sebuah khemah doa telah didirikan di Penangah. Buat masa kini, terdapat seramai 102 orang pemercaya. Berharap gereja-gereja tempatan akan membantu doa dalam aspek perkembangan kerja suci gereja ini. Kemuliaan dibagaikan kepada Tuhan.

Sejarah Gereja Elopura
|

Sejarah Gereja Elopura

SEJARAH GEREJA ELOPURA
Tapak asal Gereja Sandakan sebenarnya adalah tanah milik mendiang Saudara Lee Siak Lin. Keluasannya hanya setengah ekar. Ia terletak di atas bukit, di mana tempat letak keretanya tidak dapat menampung kereta-kereta yang ada. Setiap kali hujan lebat turun, air deras di belakang bukit akan mengalir dengan derasnya ke bawah parit di hadapan gereja menyebabkan tembok parit runtuh dan hakisan tanah berlaku. Pada masa yang sama tapak pembinaan gereja juga menampakan tanda-tanda tenggelam, di mana memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembaikan. Selain itu, tangga yang panjang dan tinggi menyusahkan seiman yang telah lanjut usia naik ke bait suci Tuhan beribadat kepada Tuhan di mana memerlukan tongkat untuk berjalan dan penat sekali. Memandangkan sebab-sebab ini, pihak Jawatankuasa eksekutif gereja membuat keputusan untuk mencari tapak pembinaan gereja yang lain. Bersyukur kepada Tuhan, pada tahun 1990, jawatankuasa eksekutif gereja berjaya membeli sebidang tanah dari Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar Sabah dengan keluasan 1.7 ekar berharga RM35,515.00 serta mendapat sumbangan jentera dari saudara keluarga Chung bagi menyiapkan kerja-kerja pembersihan rumput-rumpai, pokok-pokok, dan menimbus-ratakan serta memampatkan tanah tapak pembinaan, benar-benar ‘Tuhan yag menyediakan’.

Sejak kebelakangan ini, ekonomi Sandakan tidak memuaskan. Banyak keluarga pemercaya berpindah ke tempat lain mencari rezeki. Oleh itu, bilangan pemercaya semakin berkurangan begiu ketara sekali. Tetapi demi memuliakan Tuhan, semua pemercaya beriman dan memberikan persembahan secara ansuran bagi mengumpulkan jumlah biayaan pembinaan gereja. Seluruh projek pembinaan memerlukan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia 1.04 juta. Apabila jumlah persembahan pembinaan mencapai Ringgit Malaysia 500 ribu lebih, dengan serta-mertanya dibuka tendar pembinaan. Pembinaan ini dipertanggungjawabkan kepada Wing Fatt Contruction. Setelah pembinaan selama satu tahun, akhirnya gereja siap dibina dan ditetapkan untuk ditahbis pada 6hb hingga 11hb bulan Mei tahun 1997. Pada masa yang sama kebaktian penginjilan ulang tahun ke-70 di Sabah serta Kebaktian Kebangunan Rohani akan dilangsungkan.

Bersyukur kepada Tuhan, gereja baru ini terletak di tepi jalan utama. Jalan depannya adalah lebuh raya timur barat yang menghubungkan Sandakan dengan Kota Kinabalu. Terdapat bandar satelit serta perumahan di sekitarnya yang masih dalam pembinaan. Nama Tuhan telah dijunjung tinggi di sini, dipaparkan di depan umum. Ini adalah kemuliaan yang paling besar bagi Tuhan, semoga Tuhan berkenan.

Ucapan:Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong
|

Ucapan:Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong

GEREJA ELOPURA, SANDAKAN
Gereja Sandakan ditubuhkan pada awal tahun 1927 manakala Gereja Sibuga dicabangkan pada tahun 1987. Kini atas usaha para diaken, penguasa dan saudara saudari telah berjaya mencabangkan Gereja Elopura. Ini adalah sesuatu yang amat menggembirakan, tahniah! Saya dengan ikhlasnya mewakili pihak Ibu Gereja mengucapkan tahniah kepada semua saudara saudari yang memberi persembahan serta bertungkus lumus dalam kerja suci ini.

Semoga Tuhan mengingati kasih serta jerih payah anda semua. Semoga segala kemuliaan dibagikan kepada Tuhan Yesus.

Tujuh puluh tahun yang lalu, firman benar mula berkembang maju di Sandakan. Hari ini, tujuh puluh tahun kemudian, sebuah gereja baru lagi muncul di depan mata kita semua. Anugerah Tuhan tidak berhenti-henti menyertai para saudara saudari Sandakan, boleh dikatakan berkelimpahan dengan anugerah Tuhan. Oleh itu, selagi saudara saudari Sandakan mengetahui amanat masing-masing, semua bangsa bersatu hati, bersatu padu berusaha menyebarkan injil benar, Tuhan pasti sekali lagi menambahkan kekuatan demi kekuatan, anugerah demi anugerah, agar Gereja Sandakan lebih berkelimpahan dan maju. Dengan demikian terang benar akan menyinari Sandakan.

Mengikut perangkaan, populasi penduduk Sandakan adalah lebih kurang dua ratus dua puluh ribu orang. Bilangan pemercaya gereja ini adalah lebih kurang seribu tiga puluh dua orang. Oleh itu, gereja ini masih mempunyai ruang yang besar untuk terus berkembang. Boleh juga dikatakan melalui gereja ini, Tuhan memberikan kita amanat yang lebih besar. Diharapkan para saudara saudari akan menggunakan gereja yang serba indah ini serta peluang yang diberikan kepada kita dengan bijak, agar firman keselamatan Tuhan dapat disebarkan di tempat ini melalui kasih anda semua. Semoga Tuhan terus memimpin dan memberkati kerja-kerja suci Gereja Sandakan.

Semoga segala kemuliaan diberikan kepada nama kudus Tuhan Yesus.

Ketua Penguasa Ibu Gereja Sabah – Diaken John Wong

Ucapan: Penguasa Gereja – Timotius Pang
|

Ucapan: Penguasa Gereja – Timotius Pang

RENUNGAN ULANG TAHUN KETUJUH PULUH

 

Penguasa Gereja : Timotius Pang

 

Bersyukur ke atas berkat Tuhan kerana memelihara tunas awal pekerjaan suci bercampak, bertumbuh dengan subur dan teguh. Pada setiap hari, terdapat anugerah yang tidak berkesudahan. Tuhan menggenapkan kehendakNya yang indah agar kesyukuran, kehangatan, kesukacitaan yang menghiburkan memenuhi seluruh gereja.

Mengingatkan kembali ketika firman benar disebarkan masuk ke dalam negeri Sabah, kerja-kerja suci bergerak dengan lancar dan telah mendirikan gereja yang pertama iaitu benih pertama Gereja Yesus Benar di Sabah – Gereja Sandakan. Pada ketika itu, kesetiaan pemercaya berkenan kepada Tuhan, kasih mereka diberkati Tuhan. Berita baik ini disebarkan sehingga ke merata-rata tempat di seluruh negeri. Paulus berkata : “ melupakan apa yang di belakang, mengarahkan diri ke hadapan”. Kemunculan gereja hari ini adalah kerana pemeliharaan, perlindungan serta pimpinan Tuhan. Kita tidak boleh berpuas hati sekadar merenung ‘kejayaan’ yang lampau sehinggakan tidak ingin maju lagi. Sebaliknya harus lebih-lebih lagi berusaha memberikan persembahan dan mendisplinkan diri pada masa sekarang.

Gereja Elopura adalah gereja kedua di kawasan Sandakan. Oleh sebab keadaan ekonomi yang tidak memuaskan, ramai belia telah berpindah dan meninggalkan kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran atau mencari nafkah hidup di tempat lain. Oleh itu, pemercaya yang masih tinggal tidak ramai. Jawatankuasa Eksekutif gereja telah menetapkan masa tiga tahun bagi mengumpulkan persembahan bagi tabung pembinaan gereja. Bersyukur kepada Tuhan, para pemercaya berdasarkan hati yang mengasihi Tuhan telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembinaan gereja melalui persembahan secara sukarela dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 1.04 juta. Setelah melalui belas bulan pembinaan, sebuah bangunan yang gagah telah berdiri di tepi lebuh raya yang sibuk menjunjung tinggi nama Tuhan.

Walaupun di kawasan Sandakan terdapat dua buah gerja, tidak lama kemudian akan mempunyai pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif yang berasingan. Diharapkan saudara saudari dalam Tuhan tahu melakukan serta berpegang teguh pada firman, mempunyai kelakuan serta nama yang baik, memelihara kekudusan agar orang dapat membezakan bahawa kita adalah pemercaya gereja benar dan nama Tuhan dapat dimuliakan. Kita harus memiliki semangat yang dapat bertahan dari awal hingga ke akhir, berusaha dengan gigih, sehati sejiwa mendirikan sebuah gereja mulia yang beriman, berpengharapan, mempunyai kasih dan dipenuhi dengan keharuman kristus. Semoga kemuliaan, kehormatan, puji-pujian diberikan kepada Bapa di syurga. Amin.

Mesej Daripada Penyunting
|

Mesej Daripada Penyunting

Mesej Daripada Penyunting

Bahagian Penyunting

Haleluyah! Bersyukur kepada Tuhan! Gereja Elopura ( dahulunya Gereja Sandakan ) dalam jangka masa tujuh puluh tahun ini telah mendapat perlindungan yang berterusan dari Tuhan dan berkembang dengan majunya di bawah anugerah Tuhan.

Selaras dengan perlangsungan kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh di negeri Sabah, gereja ini telah menubuhkan sebuah jawatankuasa “ Kebaktian pentahbisan gereja dan penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh”, melaluinya menerbitkan majalah peringatan sebagai kenang-kenangan. Isi kandungan majalah merangkumi pelbagai jenis foto yang bersejarah, proses pembinaan gereja, keadaan kepercayaan serta penginjilan pada ketika awal gereja ini, proses penubuhan persekutuan-persekutuan, liputan pelbagai aktiviti, dan beberapa saksian bagi mengimbas kembali anugerah Tuhan sepanjang tujuh puluh tahun ini. Pada masa yang sama juga memaparkan hasil usaha para seiman.

Majalah ini pasti akan menjadi salah satu sumber informasi terpenting mengenai sejarah gereja ini,ia juga dapat membolehkan seiman lebih memahami perkembangan serta perubahan dalam kerja-kerja suci gereja ini secara berperingkat. Bersyukur kepada Tuhan, majalah “Pentahbisan Gereja Elopura dan Penginjilan sempena ulang tahun ketujuh puluh” dapat diterbitkan dengan lancarnya. Ini kerana adanya pimpinan Tuhan yang menggerakkan setiap seiman dengan kasih agar mengambil bahagian dengan tidak teragak-agak dalam menyumbangkan informasi-informasi yang berkenaan. Di samping itu, adanya sekumpulan seiman yang mengasihi Tuhan rajin tanpa mengira penat lelah mengumpul, menyunting bahan-bahan terbitan.

Mengimbas kembali masa silam, menghargai masa kini, berpengharapan terhadap masa depan, pada ketika menerbitkan majalah peringatan ini adalah kena pada masanya membuat persediaan bagi Gereja Elopura untuk menghadapi tujuh puluh tahun kedua yang akan datang, agar lebih maju lebih-lebih lagi dapat memuliakan Tuhan serta memberikan manfaat kepada manusia.