Halangan Dalam Doa
Pendahuluan: Doa dapat sampai ke hadapan Tuhan kerana tujuan doa kita (Why 8:4). Tuhan ialah pendengar doa (Mzm 65:3, 6:10), kenapa doa tidak kesampaian, kerana terdapat halangan.
- Tidak menumpukan perhatian: walaupun memejamkan mata, tetapi hati pula berselerak.
a) Kita biasa memikirkan hal duniawi, tidak merenungkan hal rohani.
b) Selalu merenungkan firman dan perbuatan Tuhan. (Mzm 1:2; 119:147-148)
c) Semasa berdoa, memohon bantuan Tuhan supaya menumpukan perhatian dalam doa.
- Iman tidak mencukupi.
a) Iman merupakan jalan berhubung dengan Tuhan.
b) Tidak mengenal Tuhan dengan jelas: tidak dapat menerima dan percaya dengan sepenuhnya terhadap mahakuasa, mahakasih serta keajaiban penembusan Tuhan.
c) Berdoa dengan meragui. (Yak 1:6-8)
- Tidak bermatlamat. (Flp 3:13-14; 1Kor 9:26-27)
a) Tidak tahu matlamat, tidak boleh maju.
b) Tidak kira bersyukur, berdoa, memohon, atau berhubung rohani meluahkan isi hati, harus bermatlamat.
- Hati berkeadaan huru-hara. (Luk 10:41-42)
a) Kesuntukan masa, melakukan dengan sebarangan.
b) Susah untuk mendalami, menjadi kebiasaan, akhirnya berasa tawar dalam doa.
- Tamak dan memohon dengan sebarangan. (Yak 4:2-4)
a) Inginkan dunia, hanya memohon hal duniawi. (Yer 45:5; 1Yoh 2:15; Flp 3:19)
b) Memohon perkara di atas, hal rohani. (Kol 3:1-4)
c) Memohon kepenuhan Roh Kudus dan penyertaan Tuhan. (Ef 5:18)
- Kelakuan tidak baik. (Am 15:29; 28:9)
a) Kelakuan biasa membelakangi kebenaran, tidak menyelidiki. (Rat 3:40-45)
b) Tidak mengakui dosa, walaupun doa bertaubat, Tuhan tidak mendengarnya. (Ams 1:23-31; 28:13)
Kesimpulan: Jika ingin doa sampai kepada Tuhan dan diingati, semasa berdoa, mesti berhati-hati dengan langkah kaki, menghapuskan segala halangan. (Yak 4:8; Ibr 12:14)
