Kemanisan Dan Kepahitan Naomi
| | |

Kemanisan Dan Kepahitan Naomi

Kemanisan Dan Kepahitan Naomi

[Chen Jin Rong]

Nas Kitab: Rut fasal 1

[1]   Kebaikan Personaliti Naomi

Naomi, isteri Elimelekh merupakan salah seorang tokoh penting di dalam Kitab Rut. ‘Naomi’ mempunyai maksud ‘manis’. Berdasarkan maksud namanya kita boleh mendapat gambaran bahawa Naomi pasti seorang perempuan yang baik hati, teramat manis dan disayangi.

i. Ia adalah seorang isteri baik yang manis

Δ  Mendirikan sebuah keluarga yang sangat bahagia manis dan indah (sebelum berangkat ke Moab)

ii. Personaliti sangat manis

Bersifat peramah dan lemah lembut

‚Penyayang dan penuh kasih

ƒTaat kepada suami dalam segala hal

iii. Mempunyai sifat yang manis

Mengasihi menantu perempuan

‚Mencari tempat perlindungan dan kediaman bagi menantu

ƒMengaturkan suatu kesudahan yang baik dan sempurna untuknya

iv. Tetap mengekalkan imannya

Δ  Bersandar pada Tuhan dengan segenap hati walaupun berada dalam kesengsaraan (sekembalinya ke Betlehem)

[2]   Kelemahan Personaliti Naomi

i. Tidak dapat memenangi suami (asyik tunduk kepada suami sehingga pergi ke Moab)
ii. Melalaikan didikan dua anak lelaki

Mahon ~ bermaksud ‘ada penyakit’

Kilyon ~ bermaksud ‘sekatkan’

[3]   Pengajarannya Kepada Kita

i. Tunduklah kepada suami sendiri (I Ptr 3:1-2)

Δ  Menangkannya dengan kelakuan baik (I Ptr 3:2; Ams 31:10-12)

ii. Perhiaskan diri dengan kelemah-lembutan dan ketenteraman yang tidak binasa (I Ptr 3:3-4; Ams 12:4a)

Δ  Pertengkaran seorang isteri adalah seperti tiris yang tidak henti-hentinya menitik (Ams 19:13)

iii. Hajarlah anak selama ada harapan (Ams 19:18; Ams 23:13-14)

iv. Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah (Ibr 11:6)

 

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan
| | |

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan

Akhan Punca Kecelakaan Sekumpulan

[Chang Jian Er]

Prakata

“…… kerana Akhan …… mengambil sesuatu dari barang-barang yang dikhususkan itu. Lalu bangkitlah murka Tuhan terhadap orang Israel” (Yos 7:1)

Kota Yerikho yang penuh sesak dengan penduduk berjaya dijatuhkan orang Israel tanpa mengeluarkan setitik tenaga pun, sebaliknya kota Ai yang kecil dan sedikit penduduknya telah memukul kalah orang Israel sehingga mereka menjadi sangat tawar hati. Punca-puncanya adalah wajar diselidiki dan direnungi sedalam-dalamnya:

[1]   Latar belakang Peribadi (Yos 7:1)

  1. Suku Yehuda
  2. Cicit Zerah
  3. Cucu Zabdi
  4. Anak Karmi
  5. Maksud asal Akhan ialah: pengacau, pencelaka.

[2]   Proses Dosanya (Yos 7:21)

i. Melihat : melihat di antara barang-barang jarahan (memberi kesempatan kepada Iblis)

Satu jubah yang indah (kemungkinan disulami)

‚ Dua ratus syikal perak (kira-kira 2 kg)

ƒ Sebatang emas lima puluh syikal beratnya (kira-kira setengah kg)

ii. Menginginnya : keinginan mata

iii. Ambil : motif berubah menjadi tindakan

iv. Disembunyikan : cuba  menutupi perbuatan salah sendiri “Tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui” (Luk 12:2)

[3]   Akibatnya

i. Melanggar serangkaian firman (Kel fasal 20)

Jangan membunuh [Firman ke-6] : membunuh secara tak langsung (Kel 20:13)

‚Jangan mencuri [Firman ke 8]

ƒJangan tamak [Firman ke 10] (Kel 20:17)

ii. Mencelakai sendiri : mati dilontari batu, semuanya dibakar dengan api dan di atasnya didirikan suatu timbunan batu yang besar.

iii. Mencelakai ahli keluarga : seisi keluarganya dan binatang ternakan, kesemua mati dilontari batu oleh jemaah.

iv. Mencelakai orang ramai : umat Israel terpukul kalah dalam peperangan dengan kota Ai menyebabkan tiga puluh enam pahlawan mereka terkorban.

[4]   Pengajaran

i. Akar segala kejahatan ialah tamak sebab ia menjadikan seseorang menyimpang dari iman (I Tim 6:9-10)

Δ  Dosa ketamakan adalah sama dengan dosa menyembah berhala (Ef 5:5)

ii. Anggota yang membawa kecelakaan turut menjejaskan seluruh jemaat (gereja ~ I Kor 12:26)

Δ Walaupun hanya Akhan seorang berbuat dosa, namun Alkitab berkata: “Tetapi orang Israel berubah setia dengan mengambil barang-barang yang dikhususkan itu” (Yos 7:1)

Harun, Imam Besar Yang Lemah
| | |

Harun, Imam Besar Yang Lemah

Harun, Imam Besar Yang Lemah

[Chang Jian Er]

Prakata

Walaupun Harun ditetapkan sebagai Imam Besar yang pertama, namun disebabkan ia tidak tahu akan taktik ‘menolak’, maka dalam seumur hidupnya ia hanya merempuh kegagalan; ini disebabkan ia hanya berjalan mengikut orang lain tanpa pendirian sendiri, berbuat dosa bersama orang lain, sehingga dicela.

[1]   Membuat Anak Lembu Emas (Kel fasal 32)

i. Sebab-musabab:

Musa mengundur-undur turun dari gunung Sinai (1)

‚Bangkit keinginan nafsu umat mahu menyembah berhala (1b)

ƒHarun tidak berani berkata ‘tidak boleh’ (2)

ii. Akibatnya:

Berdosa terhadap Tuhan (7-10)

‚Imam Allah telah menjadi imam anak lembu emas (5-6)

ƒUmat ditimpa hukuman Allah (35)

iii. Kesimpulan:

Δ  “Bukan memikirkan apa yang difikirkan Allah, melainkan apa yang difikirkan manusia” (Mat 16:23)

Δ  Mereka yang hanya mengetahui kebenaran dan tidak semestinya tahu berbuat menurut kebenaran.

[2]   Peristiwa Air Meriba (Bil 20:1-13)

i. Sebab-musabab:

Seluruh umat bersungut-sungut kerana tidak ada air (2-5)

‚Musa menjadi marah lalu memukul bukit batu; menunjukkan sifat tidak menghormati Tuhan (10-12)

ƒHarun tidak menjalankan tanggungjawab memperbaiki keadaan dengan memberi peringatan (tidak menampakkan sikap yang sepatutnya)

ii. Akibat:  Sama-sama dihukum dengan Musa tidak boleh masuk ke tanah Kanaan (12)

iii. Kesimpulan: “Orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat” (Mat 24:13)

[3]   Pengajaran

  1. Hanya dengan memikirkan apa yang difikirkan Roh Kudus sambil memohon kepada Allah agar berkenan, barulah dapat hidup menurut kebenaran.
  2. Kini terdapat terlalu banyak orang yang ‘berakal budi’ tetapi di manakah dicari orang yang benar dan lurus (Ams 5:13).

 

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus
| | |

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus

Rangkaian Fikiran Tentang Kematian Dan Kebangkitan Eutikhus

[Yeh Xiung Fu]

Nas Kitab: Kisah Para Rasul fasal 2o ayat 7-12

[1]   Mengapakah Eutikhus Mati?

(Kis 20:9) Disebabkan ia rasa letih lesu, mengantuk, tertidur lelap, jatuh ke bawah lalu mati; apakah pengaruhnya atas iman kepercayaan, seandainya pemercaya tertidup lelap jiwa rohaninya?

i. Simson berbaring pada paha perempuan menyebabkan:

Orang datang menangkapnya (Hak 16:21)

Kekuatan Allah meninggalkannya (Hak 16:20)

ii. Petrus dan murid-murid lain tertidur, menyebabkan:

Tidak sedar bahaya sudah datang (Mat 26:45-46)

Petrus menyangkal Tuhan Yesus (Mat 26:69-75)

Δ  Justeru itu, Tuhan berkata: “Bangunlah, hai kamu yang tidur” (Ef 5:14)

[2]   Mengapa Eutikhus Bangkit?

(Kis 20:10-12) Oleh nama Tuhan Yesus, Paulus membangkitkannya; begitu juga bagi kita, seandainya percaya dan bersandar kepada Tuhan Yesus, pasti akan bangkit (Yoh 11:25-26)

i. Elia membangkitkan anak lelaki janda Sarfat (I Raj 17:17-24)

Elia berseru kepada Tuhan (I Raj 17:21)

‚Janda percaya lalu menyerahkan anak sendiri ke dalam tangan Elia (I Raj 17:17-19, 24)

ii. Tuhan Yesus membangkitkan Lazarus yang telah mati empat hari (Yoh 11:41-46)

Δ  Kata Yesus: “Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepadaKu, ia tidak akan lapar lagi, tidak akan haus lagi” (Yoh 6:35)

Penutup

Haruslah kita lebih teliti memperhatikan firman yang telah kita dengar….. Janganlah menyia-yiakan kasih karunia yang telah kita terimakan (Ibr 2:1-4).

Jika Engkau Berbuat Baik
| | |

Jika Engkau Berbuat Baik

Jika Engkau Berbuat Baik

[Lai Yin Fu]

Prakata

Orang pertama di dalam Alkitab yang mempersembahkan korban, juga orang pertama yang tidak berkenan kepada Allah ialah anak sulung Adam, yaitu Kain. Sambil ia mempersembahkan korban, ia juga berbuat dosa dan ini adalah suatu perkara yang harus dijadikan peringatan untuk kita di dalam penyempurnaan rohani. Ia telah membunuh adiknya, Habel disebabkan dengki dan membencikannya (Kej 4:1-15).

[1]   Bahan Korban Bukanlah Sebab Tidak Berkenan Kepada Allah

  1. Yang Allah kehendaki ialah belas kasihan, bukan persembahan (Hos 6:6; Mat 12:7)
  2. Menghampiri untuk mendengar adalah lebih baik daripada persembahan korban orang bodoh (Pkh 4:19)
  3. Manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi Tuhan melihat hati (I Sam 16:7)
  4. Segala sesuatu adalah kepunyaan Allah, persembahkanlah syukur sebagai korban (Mzm 50:7-14)
  5. Tidak mungkin darah lembu dan domba menghapuskan dosa (Ibr 10:3-4)

Δ  Terbukti bahawa Kain persembahkan hasil tanah manakala Habel persembahkan domba, tidaklah berkaitan dengan samada berkenan atau tidak kepada Allah.

[2]   Sebab-Sebab Kain Tidak Berkenan Kepada Allah ~ Perbuatan Tidak Baik

i. Congkak dan egoistik (Kej 4:3-5)

Δ  Ia beranggapan ia sebagai abang sulung, maka ia berstatus lebih tinggi daripada orang lain lalu Allah pasti berkenan padanya.

Δ  Manusia yang berbuat kejahatan sekali-kali tidak dapat menawan hati Allah dengan korbanan. Oleh itu, walaupun mempersembahkan korban, namun tidak akan berkenan kepada Allah

Δ  Allah mengasihani orang yang rendah hati (Yak 4:6)

ii. Iri hati dan membenci (Kej 4:6,8)

Δ  Iri hati membusukkan tulang (Ams 14:30)

Δ  Membenci saudara bererti membunuh di dalam hati dan tidak akan beroleh hidup kekal (I Yoh 3:15)

Δ  Yang mengasihi saudara bererti sudah berpindah dari dalam maut ke dalam hidup (I Yoh 3:14, 16)

iii. Tidak mendengar nasihat (Kej 4:7)

Δ  Berbuat dengan sesuka hati, tidak rela mendengar nasihat (Rat 3:40)

Δ  Anak yang bijak mendengar didikan, tetapi seorang pencemooh tidak mendengarkan hardikan (Ams 13:1)

Δ  Suatu hardikan dapat menyedar-insafkan orang berpengertian (Ams 17:10)

iv. Licik dan pembunuh (Kej 4:8)

Δ  Kain penuh tipu daya muslihat, apabila mendapati tidak seorang  pun yang melihatnya, lalu ia membunuh Habel secara kejam (Ams 26:24)

Δ  Yoab membunuh Abner yang setia dan baik (II Sam 3:27)

Δ  Rancangan orang benar adalah adil, tujuan orang fasik memperdaya (Ams 12:5-6)

v. Tidak mahu mengakui dosa (Kej 4:9-10)

Δ  Berbahagialah orang yang diampuni pelanggarannya, yang dosanya ditutupi (Mzm 32:1, 5)

Δ  Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi siapa mengakuinya dan meninggalkannya akan disayangi (Ams 28:13, 14)

Δ  Yang dikehendaki Allah ialah jiwa yang hancur, hati yang patah dan remuk (Mzm 51:18, 19)

vi. Berkompromi mengampuni diri (Kej 4:11-15)

Δ  Dia telah berbuat salah dan takut dihukumi, namun tidak mendisiplinkan diri secara ketat

Δ  Yunus mengakui dosa dan rela mengorbankan diri demi keselamatan orang lain (Yun 1:9-12)

Δ  Hamba jahat yang dibelas kasihani tuannya namun tidak pula membelas kasihani orang lain, pasti Bapa Surga akan membalas padanya secara ketat dan serius (Mat 18:32-35)

Penutup

Semoga kita semua akan berbuat dengan baik, tetap mengerjakan keselamatan diri dengan takut dan gentar, agar kita menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela di tengah-tengah angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat, melainkan seperti bintang-bintang yang bercahaya (Flp 2:12-16).

Permintaan Allah Yang Rasional
| | |

Permintaan Allah Yang Rasional

Permintaan Allah Yang Rasional

[Lai Yin Fu]

Prakata

Manusia sememangnya mempunyai permintaan asas untuk meneruskan kehidupan dari segi makanan, pakaian, kediaman, pergerakan dan lain-lain. Namun permintaan yang tidak rasional dalam kehidupan akan mengakibatkan berbagai keresahan dan kekacauan. Paulus menasihatkan para pemercaya supaya mempersembahkan tubuh sebagai persembahan yang hidup serta melayani Allah dengan roh yang menyala-nyala (Rm 12:1, 11) ~ ini merupakan permintaan Allah terhadap manusia.

 [1]  Permintaan Allah Adalah Sangat Rasional

Prinsip permintaan Allah ialah “setiap orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut, dan kepada siapa yang banyak dipercayakan, dari padanya akan lebih banyak lagi dituntut” (Luk 12:48b)

i. Permintaan iman (Ibr 11:6)

Δ  Allah yang Mahakuasa menghendaki supaya manusia percaya akan kewujudanNya, kasih setia serta pemberianNya.

ii. Permintaan kebaikan (Mi 6:8)

Δ  Allah yang Maha sempurna menghendaki supaya manusia berlaku adil, mencintai kesetiaan dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allah.

iii. Permintaan kesempurnaan (Mat 5:48)

Δ  Allah mengaruniakan kebenaran dan Roh Kudus agar manusia mengejar untuk menjadi sempurna, sama seperti Bapa di Syurga adalah sempurna.

iv. Permintaan persembahan (Mal 3:10)

Δ  Segala-gala adalah diberikan Allah, persembahan persepuluhan adalah persembahan yang paling asas.

v. Permintaan karunia (Rm 12:5-8)

Δ  Layanilah seorang akan yang lain, sesuai dengan karunia yang telah diperoleh tiap-tiap orang sebagai pengurus yang baik dari kasih karunia Allah (I Ptr 4:10)

vi. Permintaan ketaatan (Ruj: Ayb 1:21)

Δ  Allah mengasihani orang yang rendah hati (Yak 4:6)

vii. Permintaan tahu merasa cukup (I Tim 6:6-8)

Δ  Manusia datang dan pergi dengan tidak membawa apa-apa, asal ada makanan dan pakaian yang diberikan Allah, cukuplah.

viii. Permintaan berbuat baik (I Tim 6:17-19)

Δ  Melakukan kebaikan berdasarkan apa yang ada pada kita, akan menjadi kaya dalam hal-hal yang baik (II Kor 8:12)

ix. Permintaan pengujian (I Kor 10:13)

Δ  Allah tidak akan membiarkan kita dicobai melampaui kekuatan kita; seandainya tidak dapat menanggungnya, Allah akan memberikan jalan ke luar.

x. Permintaan bekerja (Mat 26:14-17, 29)

Δ  Allah memberikan tanggungjawab berdasarkan kemahiran dan bakat, oleh itu, mereka yang berusaha dalam kerja pasti mendapat upah (II Yoh 8)

[2]   Permintaan Manusia Harus Juga Rasional

Prinsip permintaan manusia: Kuasai diri menurut ukuran iman, yang dikaruniakan Allah kepada kita masing-masing (Rm 12:3)

i. Terhadap diri sendiri: Orang yang murah hati berbuat baik kepada diri sendiri (Ams 11:17)

Δ  Demi kesihatan diri, janganlah asyik melakukan kerja tambahan siang dan malam sehingga menjejaskan tubuh, tidak perlu memaksa diri mengikut orang lain memberi persembahan yang terlalu banyak, ikutlah kemampuan diri; jangan memaksa diri mengerjakan kerja suci tertentu mengikut orang lain, ikutlah karunia yang ada pada diri sendiri; janganlah memaksa diri berpuasa seperti orang lain, berpuasa sahaja menurut tahap iman dengan hati yang suci.

ii. Terhadap orang lain: Mengikhtiarkan segalanya bagi orang-orang lain, dengan tujuan membangunkan mereka agar mendapat kebaikan (I Kor 9:22; 10:23, 24, 33)

Δ  Hubungan sesama manusia ~ antara bapa dengan anak, adik-beradik, suami-isteri, mertua-menantu, guru-murid, sahabat-sahabat dan lain-lain, seseorang itu harus meminta kepada yang lain secara rasional.

iii. Terhadap Allah: Allah telah mengaruniakan kepada kita Anak kekasihNya sendiri, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu yang kepada kita (Rm 8:32)? Justeru itu, permintaan kita kepada Allah haruslah secara rasional.

Δ  Asal sahaja bersesuaian dengan kehendak dan waktu Tuhan, kalau kita meminta kepada Allah berdasarkan keperluan sendiri, pasti Allah berikan.

Penutup

Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihiNya (Rm 8:28)