Kitab Habakuk Fasal 1
| | |

Kitab Habakuk Fasal 1

Habakuk Fasal Satu: Sampai Bila

Prakata:  Habakuk fasal 1 ayat 1-17

[1]   Kali Pertama Nabi Menanyai Allah (1:1-4)

  1. Mengapa Tuhan tidak dengarkan (1:2; Ayb 30:20-21; Mzm 88:14, 15)
  2. Mengapa Tuhan tidak tolong (1:2; Ayb 21:5-16)
  3. Mengapa Tuhan bersabar terhadap dosa kejahatan (1:3; Mzm 73:3-17)
  4. Mengapa Tuhan tetap mendiamkan diri (1:3; Mzm 83:2)
  5. Menyebabkan hukum kehilangan kekuatan dan keadilan tunggang terbalik (1:4; Hos 8:1, 12; 13:2)

Δ        Berapa lama lagi orang-orang fasik beria-ria? (Mzm 94:3; 13:2)

[2]   Kali Pertama Jawapan Allah (1:5-11)

i. Membangitkan orang-orang Kasdim sebagai alat untuk menghukum (1:5-6)

Δ        Bernubuat bahawa umat Israel akan ditawan  (Yes 39:6; Yer 25:9-11)

ii. Sifat khusus orang Kasdim (1:6-11)

a)       Garang dan tangkas (6)

b)       Dahsyat dan menakutkan (7)

c)       Lebih ganas daripada serigala (8)

d)       Membinasa dan menangkap (9-10)

e)       Tinggi hati dan congkak (11)

Δ        Kemusnahan sudah dekat, bencana demi bencana  (Yeh 7:23-27; 21:1-7, 24-27)

[3]   Kali Kedua Nabi Menanyai Allah (1:12-17)

i. Tuhan kekal wujud

Δ        Mengapa menetapkan orang-orang jahat sebagai alat hukuman Allah (1:12)

Δ        Orang fasik dibuatkan Allah untuk hari malapetaka (Ams 16:4; Yes 10:5; Yer 43:10)

ii. Allah adalah maha kudus dan adil

Δ        Mengapa membiarkan orang fasik menelan orang yang lebih benar dari dia? (1:13)

Δ        Ya Tuhan, aku mau berbicara dengan Engkau tentang keadilan: mengapakah mujur hidup orang-orang fasik (Yer 12:1)

  1. Mengapa menjadikan manusia itu seperti ikan di laut, dijala dan dipotong (1:14-15)
  2. Mengapa membenarkan orang-orang Kasdim bertindak jahat meleluasa (1:16-17)

Δ        Mengapa Engkau berdiri jauh-jauh, ya Tuhan? Dan menyembunyikan diriMu? …… Menyembunyikan wajahMu dan tidak melihatnya untuk seterusnya? (Mzm 10.1, 11)

Kata Penutup

  1. Jauhlah dari pada Allah untuk melakukan kefasikan, dan dari Yang Mahakuasa untuk berbuat curang (Ayb 34:10)
  2. Jawab Ayub kepada Tuhan: “Aku tahu, bahawa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencanaMu yang gagal. FirmanMu: Siapakah ia yang menyelubungi keputusan tanpa pengetahuan? Itulah sebabnya, tanpa pengertian aku telah bercerita tentang hal-hal yang sangat ajaib bagiku dan yang tidak kuketahui. FirmanMu: Dengarlah, maka Akulah yang akan berfirman: Aku akan menanyai engkau supaya engkau memberitahu Aku” (Ayb 42:1-4; ruj: Dan 4:35)

Garis Panduan Pembacaan Kitab Habakuk
| | |

Garis Panduan Pembacaan Kitab Habakuk

Garis Panduan Pembacaan Kitab Habakuk

[Cher Fu Min]

[1]   Nama Kitab

Kitab Habakuk ialah kitab nabi kecil yang ke-8. Kitab ini dinamakan kitab ‘Habakuk’ mengikut nama nabi sendiri. Maksud Habakuk ialah ‘memeluk’, ‘pelukan kasih’, juga bermaksud: ‘mendekat pada Allah’ dan ‘memelukkan kehendak Allah’.

[2]   Pengarang

i. Kitab ini ditulis oleh nabi Habakuk. Dia tidak perkenalkan latarbelakang dirinya; cuma memperkenalkan diri sebagai nabi sebanyak dua kali (1:1, 3:1). Dia adalah nabi terakhir tanah Yehuda, Kerajaan Selatan. Seorang nabi yang sangat unik. Secara amnya nabi-nabi adalah wakil pembicara Allah untuk berfirman kepada manusia tetapi dia mewakili manusia untuk berkeluh kesah terhadap Allah, menyelidiki keresahan dan kemusyikilan tentang dosa kejahatan dan penderitaan. Dia juga mempunyai gelaran ‘Tomas Perjanjian Lama’ dan ‘Ayub antara nabi-nabi’.

ii. Dari kalimat di penghujung kitab ini yang berbunyi: ‘Untuk pemimpin biduan. Dengan permainan kecapi’ kita boleh membuat andaian dia berkemungkinan seorang imam atau orang Lewi yang bertugas dalam kumpulan penyanyi Bait Suci (ruj: I Taw 15:16). Daripada isi kandungan kitab dapat diketahui bahawa dia adalah seorang pujangga yang giat dalam doa dan mendekat pada Tuhan.

iii. Daripada kalimat fasal 2 ayat 4: ‘orang yang benar akan hidup oleh percayanya’, sesetengah orang beranggapan bahawa Habakuk adalah seorang tokoh reformasi ugama. Ini disebabkan Martin Luther beroleh kekuatan daripada teori yang disebarkan Paulus, yakni: ‘dibenarkan oleh iman’, manakala injil ‘dibenarkan oleh iman’ dari Paulus adalah wahyu yang diperolehinya dari kitab Habakuk.

iv. Mengikut lagenda orang-orang Yahudi, Habakuk adalah anak janda di Sunem yang dihidupkan kembali oleh Elisa (II Raj 4:27, 36, 37), namun buktinya tidak cukup kukuh untuk mengesahkannya.

[3]   Zaman

Nabi Habakuk muncul pada peringkat awal zaman pemerintahan Yoyakim, raja  Yehuda.   Pada  waktu  tersebut  Yehuda,   Kerajaan  Selatan hampir-hampir ditawan oleh kerajaan Babel (1:6-9, 3:16; II Raj 24:1-16), yakni kira-kira 620-610 sebelum masehi. Nabi-nabi yang sezaman dengan Habakuk ialah nabi Yeremia dan seorang lagi yang telah ditawan ke luar negara pada waktu yang sama, iaitu Daniel.

[4]   Lokasi

Ditulis di Yerusalem, tanah Yehuda (3:19); di situ ada urusan-urusan ibadah di Bait Suci, juga ada pemimpin biduan.

[5]   Latar Belakang

Pada waktu tersebut Yoyakim, raja Yehuda tidak menyembah kepada Allah, umat terjerumus dalam dosa, menyebabkan keadilan dan kebenaran tunggang terbalik, keadaan bertambah kecoh. Nabi melihat bencana akan menimpa negara lalu tidak henti-henti mengadu kepada Allah: mengapa Allah tidak bertindak menegakkan keadilan dan mengapa pula orang-orang jahat bukan saja terus hidup bahkan hidup dalam keadaan aman makmur? Mengapakah orang-orang jahat layak menumpaskan negara yang jauh lebih baik daripadanya? Apakah orang-orang Kasdim merupakan alat hukuman yang digunakan Allah? Kemusykilan dan keresahan yang bertubi-tubi terlintas di fikiran nabi membolehkan kita mengetahui akan latar belakang motif penulisan kitab ini.

[6]   Isi Kandungan

Kitab ini berlainan dengan kitab-kitab nabi yang lain, kerana ianya mencatatkan perbicaraan nabi dengan Allah yang disampaikan dalam bentuk dialog. Ilham dan mesej yang diterima nabi dalam fasal satu dan dua adalah dalam bentuk prosa, manakala fasal tiga adalah dalam bentuk lagu. Isi kandungannya berkenaan dosa kejahatan bangsa Yahudi dan orang-orang Kasdim, dan berkenaan hukuman yang pasti menimpa. Nabi sendiri bertolak daripada keadaan menanya-nanya dengan curiga kepada keadaan mengakui dengan yakin, daripada keadaan takut kepada bersandar dengan yakin, daripada keadaan terendah diangkat ke kemuncak tertinggi, dari dukacita kepada sukacita. Keseluruhan kitab bermula dengan pengakuan dosa dan hukuman, diakhiri dengan nyanyian pujian dan doa. Tujuan utama ialah menjelaskan bahawa Allah sekali-kali tidak membenarkan kewujudan dosa malahan pasti menjatuhkan hukuman pada waktu yang ditetapkan; tetapi orang yang benar akan hidup oleh percayanya. Atas belas kasihanNya sendiri, Allah pasti mengilhamkan kepada manusia kebenaran anugerah keselamatan yang dibenarkan oleh iman.

[7]   Keistimewaan

i. Profesion  nabi  ialah  menerima  perintah-perintah  Tuhan,   kemudian menyampaikannya kepada umat, berdiri di pihak Allah memberikan amaran kepada umat. Namun, Habakuk pula berdiri di pihak manusia, berseru kepada Tuhan, berbantah-bantah dengan Tuhan sambil memohon.

ii. Seperti Ayub, Habakuk juga berbantah-bantah dengan Tuhan dengan mempersoalkan berkenaan kehidupan yang menderita, cuma:

a)       Ayub berseru kepada Tuhan secara peribadi

b)       Habakuk berseru kepada Tuhan atas sebab dosa kejahatan umat dan keadaan yang akan menimpa negara.

iii. Kitab ini mempunyai persamaan dengan kitab Nahum, sama-sama membicarakan mesej tentang penghakiman yang menimpa musuh, di mana:

a)       Nahum menubuatkan kesudahan Asyur

b)       Habakuk menubuatkan kesudahan Kasdim

iv. Ayat ‘Tetapi orang yang benar itu akan hidup oleh percayanya’ di fasal 2 ayat 4, digunakan sebanyak tiga kali dalam Perjanjian Baru, namun setiap kalinya mempunyai titik fokus yang berlainan dan memainkan kedudukan yang penting dalam Perjanjian Baru

a)       Kitab Roma 1:17 menekankan ‘benar’

b)       Kitab Galatia 3:11 menekankan ‘percaya’

c)       Kitab Ibrani 10:38 menekankan ‘hidup’

v. Fasal tiga kitab ini ialah kidung yang dinyanyikan orang-orang Yahudi sewaktu sembahyang.

[8]   Tema

‘Orang benar itu akan hidup oleh percayanya’ (2:4)

[9]   Garis Kasar Penting

  1. Kata pendahuluan (1:1)
  2. Kali pertama persoalan nabi (1:2-4)
  3. Jawapan Allah (1:5-11)
  4. Kali kedua persoalan nabi (1:12 – 2:1)
  5. Jawapan Allah (2:2-4)
  6. Pengumuman lima kecelakaan orang-orang Kasdim (2:5-20)
  7. Doa dan nyanyian pujian nabi (3:1-19)

 

Kitab Efesus Fasal 4 Hingga Fasal 6
| | |

Kitab Efesus Fasal 4 Hingga Fasal 6

Efesus Fasal Empat Hingga Fasal Enam: Ajaran-Ajaran Kehidupan

[1]   Prinsip-Prinsip Kehidupan ~ Semangat Kesatuan (4:1-10)

i. Hidup berpadanan dengan panggilan Tuhan (4:1-3)

Δ        Rendah hati, lemah lembut dan sabar dalam segala hal (Kol 3:12)

Δ        Saling mengampuni di dalam kasih (Kol 3:13-14)

Δ        Hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang (Rm 12:18)

ii. Akui bersama tujuh faktor utama kesatuan (4:4-6)

Δ        Hanya satu Roh (I Kor 12:4,13)

Δ        Hanya satu tubuh (I Kor 12:12-13)

Δ        Satu pengharapan yang sama (I Tim 4:8-10)

Δ        Hanya satu Tuhan (I Kor 8:7; I Tim 2:5)

Δ        Kepercayaan yang sama (Gal 1:7-9)

Δ        Baptisan yang sama (Rm 6:3-4)

Δ        Hanya satu Allah (I Kor 8:6)

iii. Kenalpasti prinsip masing-masing dikaruniai (4:7-10)

Δ        Menurut karunia yang Kristus berikan kepada setiap orang (Rm 12:3-5)

Δ        Kristus lahir dalam rupa manusia (Flp 2:6-7)

Δ        Oleh kayu salib, Kristus mengalahkan musuh (Ibr 2:14)

Δ        Kristus bangkit dari maut, bangkit terangkat ke Sorga (Kis 2:30-36)

Δ        Kristus mengaruniakan Roh Kudus kepada orang-orang yang percaya (Yoh 16:7)

[2]   Kehidupan Gereja ~ Semangat Satu Tubuh (4:11-16)

i. Ada perbezaan dalam karunia (4:11)

Δ        Rasul: membangun dasar jemaat (I Kor 3:10-11)

Δ        Nabi: berkhotbah membangun jemaat (I Kor 14:1, 3)

Δ        Pemberita Injil: menginjil membawa orang kepada Tuhan (Kol 1:28-29)

Δ        Gembala: menggembala kawanan domba Tuhan (I Ptr 5:1-4)

Δ        Pengajar: mengajar orang mempelajari kebenaran (I Tim 2:7)

ii. Objektif yang sama (4:12-14)

Δ        Membangun tubuh Kristus (I Kor 3:6,8; I Ptr 4:10)

Δ        Mencapai kedewasaan penuh di dalam kebenaran (Ibr 5:14; 6:1)

Δ        Tidak disesatkan ajaran-ajaran sesat (Kol 2:2-4)

iii. Menjunjung Tuhan sebagai Kepala (4:15)

Δ        Kristus adalah Kepala Jemaat (Kol 1:18)

Δ        Saling membangun dengan kasih (Rm 15:2-3)

Δ        Bertumbuh di dalam segala hal (Kol 2:19)

iv. Rapih tersusun (4:16)

Δ        Kristus ialah Kepala Jemaat (I Kor 11:3)

Δ        Pemercaya ialah anggota-anggota tubuh Kristus (I Kor 12:27)

Δ        Masing-masing tunaikan pekerjaan pelayanan, saling membantu (Rm 12:4-8)

Δ        Tubuh semakin membesar (Lik 2:40,52)

Δ        Bangunkan diri di dalam kasih (I Kor 12:14-26)

[3]   Kehidupan Penyempurnaan Rohani ~ Semangat Kristiani (4:17-5:21)

i. Jangan seperti orang-orang yang tidak mengenal Allah (4:17-19)

Δ        Hidup terpisah dengan hidup Allah (Ef 2:1)

Δ        Fikiran sia-sia, hati bodoh dan keras (Rm 1:20-23)

Δ        Hati nurani menjadi tumpul akan melampiaskan nafsu (Rm 1:24, 26-32)

ii. Tanggalkan yang lama, kenakan yang baru (4:20-24)

Δ        Pelajari Kristus: mendengar firman, dididik dan pelajari kebenaran (II Tim 3:15-17)

Δ        Tanggalkan manusia lama: matikan anggota-anggota duniawi (Kol 3:5-9)

Δ        Perbaharui hati: tukarkan kepada hati yang baru (Yeh 36:26)

Δ        Kenakan manusia baru: mempunyai keadilan dan kekudusan kebenaran (Gal 5:16, 22)

iii. Jangan beri kesempatan kepada Iblis (4:25-28)

Δ        Buangkan segala dusta  (Mat 5:37)

Δ        Menjadi marah jangan sampai berbuat dosa (Yak 1:19-20)

Δ        Jangan matahari terbenam sebelum padam amarahmu (Kej 4:5,8)

Δ        Berusaha sungguh-sungguh melakukan pekerjaan yang baik (Tit 3:8)

iv. Jangan mendukakan Roh Kudus (4:29-32)

Δ        Roh Kudus ialah meterai kita beroleh penebusan (II Kor 1:22; 5:5)

Δ        Jadilah kudus dan baik hati (Ams 10:32; 11:9)

Δ        Hidup berdamai seorang dengan yang lain (Rm 12:17-21)

Δ        Saling mengasihi (Kol 3:13-14)

v. Jadilah seperti anak-anak yang kekasih (5:1-7)

Δ        Jadilah kudus sama seperti Allah adalah kudus (I Ptr 1:14-16)

Δ        Hiduplah di dalam kasih (I Kor 8:1; 16:14)

Δ        Pegangilah tradisi orang-orang kudus (Ef 5:3-7; Gal 5:19-21)

vi. Jadilah seperti anak-anak terang (5:8-14)

Δ        Di dalan Tuhan adalah terang (Yoh 8:12)

Δ        Hasilkanlah buah-buah terang – kebaikan, keadilan dan kesetiaan

Δ        Bedakan hal-hal yang berkenan kepada Tuhan Tuahn (Rm 12:2)

Δ        Harus disinari terang Tuhan (I Yoh 1:5-7)

vii. Jadilah seperti orang arif (5:15-21)

Δ        Awasi langkah kehidupan sendiri (Ams 14:15, 8)

Δ        Pergunakan waktu yang ada (Kol 4:5; Yoh 9:4-5)

Δ        Berusaha untuk mengertikan kehendak Tuhan (Kol 1:9-10)

Δ        Dipenuhi Roh Kudus (Ams 1:2, 3; Mzm 81:11)

Δ        Memuji Tuhan dengan segenap hati (Kol 3:16; Mzm 57:8-10)

Δ        Bersyukur kepada Allah di dalam nama Tuhan (Kol 3:17; I Ptr 4:11)

Δ        Takut akan Tuhan, tunduk seorang kepada yang lain (I Ptr 5:5)

[4]   Kehidupan Keluarga ~ Semangat Rohani (5:22-6:4)

i. Isteri tunduk kepada suami (5:22-24)

Δ        Suami ialah kepala isteri (I Ptr 2:1-6)

Δ        Sama seperti Kristus ialah Kepala Jemaat (I Kor 11:3)

Δ        Sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus (I Ptr 2:18-19)

ii. Suami harus mengasihi isteri (5:25-33)

Δ        Sama seperti Kristus mengasihi jemaat (5:25-26)

Δ        Sama seperti mengasihi tubuh sendiri (5:28-30)

Δ        Keduanya menjadi satu daging (Kej 2:23-25)

*  Suami mengasihi isteri; isteri menghormati suami (5:33; Ams 31:23, 28-31; Kol 3:12-19)

iii Anak-anak harus menghormati ayah dan ibu (6:1-3)

Δ        Taatilah orang tua di dalam Tuhan (Kol 3:20)

Δ        Hormatilah ayah dan ibu (Kel 20:12; Mat 15:4-6)

Δ        Diberkati sewaktu di dunia (Ams 4:1-3)

iv. Ibubapa harus memelihara anak-anak (6:4)

Δ        Jangan membangkitkan amarah di hati anak-anak (Kol 3:21)

Δ        Mendidik berdasarkan ajaran-ajaran Tuhan (Ul 4:9-10; 6:4-9)

*  Realisasikan keluarga kristiani

[5]   Kehidupan Masyarakat ~ Semangat Keimanan (6:5-9)

i. Perihal hamba-hamba melayani tuan (6:5-8)

Δ        Taati tuan dengan hati yang taat kepada Kristus (Kol 3:22; I Ptr 3:18)

Δ        Sama seperti hamba-hamba Kristus taat kepada kehendak Allah (I Ptr 2:13-16)

Δ        Pasti beroleh upah dari tuan setimpal dengan yang dilakukan (Kol 3:24)

ii. Perihal tuan-tuan melayani hamba (6:9)

Δ        Harus melayani hamba-hamba dengan hati yang takut akan Tuhan (Flm 16-17)

Δ        Jangan memerintah atas mereka (I Ptr 2:17)

Δ        Harus berlaku adil terhadap hamba-hamba; jangan memihak (Kol 4:1)

[6]   Kehidupan Rohani ~ Semangat Ketenteraan (6:10-20)

i. Jadilah orang kuat di dalam Tuhan (I Kor 16:13; Yos 1:6-9)
ii. Kenalpasti musuh-musuh rohani (6:12; I Ptr 5:8)
iii. Kenakan seluruh perlengkapan rohani (6:11)

Δ        Berikatpinggangkan kebenaran – taat pada Tuhan (Mat 11:29-30)

Δ        Berbajuzirahkan keadilan – berlaku adil (I Tim 5:21)

Δ        Berkasutkan kerelaan memberitakan Injil – menginjil (II Tim 4:1-5)

Δ        Pergunakan perisai iman – perbuatan baik (I Ptr 2:11-12)

Δ        Kenakan ketopong keselamatan – bersandarkan kayu salib (Rm 8:32-39)

Δ        Pegangkan pedang Roh – memahami Firman Kebenaran (Ibr 12:4; Mat 4:1-11)

iv. Berdoa setiap waku di dalam Roh (6:18-20)

Δ        Berdoa dalam segala hal (Rm 8:26-27)

Δ        Berjaga-jaga sambil berdoa dengan tidak putus-putus (Mat 26:41; Luk 21:36)

Δ        Memohon untuk segala orang kudus (Yak 5:16)

Δ        Berdoa untuk para penginjil (II Tes 3:1-1)

Kata Penutup

i. Memperkenalkan pembawa surat (6:21-22)

Δ        Tikhikus, saudara kekasih yang setia melayani Tuhan

Δ        Akan memberitahu tentang keadaan Paulus

Δ        Inginkan dia menghibur hati para pemercaya

ii. Ucapan berkat (6:23-24)

Δ        Kiranya Alalh mengaruniakan damai sejahtera, kasih dan iman – pemberkatan yang lengkap sempurna

Δ        Kasih karunia menyertai semua orang yang mengasihi Tuhan – harapan yang seikhlas-ikhlasnya

Kitab Efesus Fasal 3
| | |

Kitab Efesus Fasal 3

Efesus Fasal Tiga: Jemaat Ialah Kemuliaan Allah

[I]    Rahsia Di Dalam Kristus (3:1-13)

i. Allah mengaruniai Paulus (3:1-5)

Δ        Menjadi rasul untuk orang-orang yang tidak mengenal Allah (Kis 22:21; Gal 2:8)

Δ        Dipenjarakan kerana Injil (II Tim 1:8-12)

Δ        Diwahyukan sehingga mengerti akan rahsia Kristus (Gal 1:11-12)

ii. Bangsa-bangsa lain turut beroleh kasih kasih karunia Berita Injil (3:6)

Δ        Menjadi ahli waris (Gal 3:26; Rm 8:16-17)

Δ        Menjadi anggota tubuh (Gal 3:27; I Kor 12:13)

Δ        Menjadi peserta dalam janji (Gal 3:28; Kol 1:26-27)

iii. Paulus menjadi pelayan Injil (3:7-11)

Δ        Memberitakan kekayaan Kristus (Kol 1:27-29)

Δ        Menjelaskan rahsia yang tersembunyi (I Kor 2:6-10)

Δ        Menyatakan pelbagai ragam hikmat (I Ptr 1:12)

iv. Oleh iman kita beroleh keberanian dan jalan masuk kepada Allah (3:12-13)

Δ        Penuh keberanian masuk ke dalam tempat kudus (Ibr 10:19-23)

Δ        Tidak tawar hati kerana penderitaan (II Kor 4:16-17)

Δ        Menderita demi Tuhan adalah kemuliaan (Kis 5:41)

[2]   Kepenuhan Di Dalam Kristus (3:14-21)

i. Kepenuhan Roh Kudus Allah (3:14-16)

Δ        Oleh doa yang tekun dan sungguh-sungguh (Kis 4:24-31)

Δ        Oleh kekuatan kemuliaan Alalh (Kis 2:17-18)

Δ        Kekuatan batin diperkuatkan semula (Kis 4:8,13)

ii. Kepenuhan kasih Kristus (3:17-19)

Δ        Kristus diam di dalam hati (II Kor 13:5; Gal 2:20)

Δ        Kasih yang berdasar dan berbukti (II Kor 2:6-8)

Δ        Fahami akan kasih Kristus (Rm 5:6-11)

iii. Kepenuhan kekayaan Allah (3:20)

Δ        Oleh kekuatan kuasa Allah yang melayang-layang (Kej 1:2)

Δ        Mengenapkan apa yang diminta, bahkan melampaui segala akal (Flp 4:6-7)

Δ        Harus penuh iman (Ibr 10:22-23)

iv. Kepenuhan kemuliaan Allah (3:21)

Δ        Dalam jemaat (Ef 1:23.18)

Δ        Di dalam Kristus (Kol 2:9-10)

Δ        Untuk selama-lamanya (I Ptr 4:11)

Kitab Efesus Fasal 2
| | |

Kitab Efesus Fasal 2

Efesus Fasal Dua: Jemaat Ialah Bait Kudus Tuhan

[1]   Kasih Rahmat Di Dalam Krsitus (2:1-10)

i. Pada mulanya adalah orang-orang yang harus dimurkai (2:1-3)

Δ        Mati di dalam dosa pelanggaran (Rm 5:12)

Δ        Hidup mengikuti jalan dunia (Ul 18:9-14)

Δ        Hidup di dalam hawa nafsu daging (Rm 8:7-8)

ii. Menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus (2:4-5)

Δ        Oleh kasih Allah yang besar – rahmatNya yang kelimpahan (Tit 3:5)

Δ        Oleh permandian kelahian kembali (Rm 6:4-11)

Δ        Dosa tidak ditetapkan (Rm 8:1-4)

iii. Memberikan tempat bersama-sama dengan Kristus di Sorga (2:6-9)

Δ        Hidup kita tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah (Kol 3:1-4)

Δ        Memerintah sebagai raja bersama-sama Kristus (Why 20:6; Mat 19:18)

Δ        Beroleh kekuasaan rohani [raja] (Mat 28:18; Mrk 16:17)

iv. Agar kita melakukan pekerjaan baik (2:10)

Δ        Ceritakan kasih setia Alalh kepada angkatan yang kemudian (Mzm 78:4-7)

Δ        Lakukanlah kehendak Allah (I Ptr 2:13-15)

Δ        Jangan megahkan diri (Rm 11:17-20)

– Kita diselamatkan oleh kasih karunia, juga oleh iman.

[2]   Perdamaian Di Dalam Kristus (2:11-22)

i. Dahulu kita jauh dari Allah (2:11-12)

Δ        Tak bersunat – orang yang tidak suci bersih

Δ        Tanpa Kristus – tidak mendapat bagian dalam ketentuan-ketentuan yang dijanjikan (Rm 9:4)

Δ        Tidak mengenal Allah – tanpa pengharapan (I Tim 4:10)

ii. Sekarang menjadi dekat kepada Allah (2:13-16)

Δ        Oleh darah Kristus (Ibr 10:19-20)

Δ        Di atas kayu salib, Kristus melenyapkan perseteruan (Gal 3:13-14)

Δ        Mempersatukan kedua pihak (Gal 3:27-28)

iii. Menjadi anggota-anggota keluarga Allah (2:17-19)

Δ        Tergerak sama-sama oleh satu Roh (Yoh 6:44)

Δ        Sama kewargaaan dengan orang-orang kudus (Flp 3:20; I Ptr 2:9)

Δ        Memberitakan Injil Damai (II Kor 5:17-20)

iv. Dibangun menjadi bait Allah yang kudus (2:20-22)

Δ        Dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi (Gal 1:6-9; I Kor 3:10-11)

Δ        Dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru (I Ptr 2:5,7; II Yoh 9-11)

Δ        Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapih tersusun (I Ptr 1:10-13)

–  Menjadi tempat kediaman Allah, di dalam Roh (I Kor 6:19-20)

Kitab Efesus Fasal 1
| | |

Kitab Efesus Fasal 1

Efesus Fasal Satu : Jemaat Ialah Tubuh Kristus

[1]   Kebahagiaan Di Dalam Kristus (1:3-14)

i. Dipilih Tuhan (1:3-4)

Δ        Allah memilih Abraham dari segala bangsa (Kej 12:1-3)

Δ        Kita adalah bangsa yang terpilih (I Ptr 2:9-10)

Δ        Menjadikan kita kudus dan tidak bercela (Ef 5:26-27)

ii. Beroleh idendtiti sebagai anak-anak (1:5-6)

Δ        Percaya pada Yesus diberi hak menjadi anak-anak (Yoh 1:12)

Δ        Kita adalah anak-anak Allah kerana iman di dalam Yesus Kristus (Gal 3:26)

Δ        Roh bersaksi bersama-sama dengan roh kita (Rm 8:16)

iii. Ditebus beroleh pengampunan dosa (1:7-10)

Δ        Dibenarkan dengan cuma-cuma kerana penebusan dalam Kristus Yesus (Rm 3:23-24)

Δ        Berdasarkan darah Yesus oleh iman seseorang (Rm 3:25-26)

Δ        Dibaptis dalam nama Yesus Kristus untuk pengampunan dosa (Kis 2:38; I Yoh 5:6-8)

iv. Beroleh warisan sorgawi (1:11-14)

Δ        Beroleh pengharapan yang hidup (I Ptr 1:3-4)

Δ        Menerima bukti jaminan Roh Kudus (II Kor 1:21-22)

Δ        Menantikan kedatangan Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat (Flp 3:20-21)

[2]   Permohonan Di Dalam Kristus (1:15-22)

i. Mengenal Allah Bapa dengan benar

Δ        Roh Kudus memberikan hikmat rohani (I Kor 2:7-13)

Δ        Roh Kudus mencurahkan kasih Allah ke dalam hati manusia (Rm 5.5)

Δ        Roh Kudus membuktikan Allah diam di dalam manusia (I Yoh 3:24; 4:13)

ii. Ketahui pengharapan apakah yang terkandung dalam panggilanNya

Δ        Dipilih atas kehendak Allah (II Tim 1:9)

Δ        Menjadikan kita benar (Rm 3:21-22)

Δ        Agar kita beroleh kemuliaan (Rm 8:30, 24)

iii. Ketahui bahawa Allah ingin beroleh kemuliaan di dalam  jemaatNya

Δ        Agar terpuji kasih karuniaNya yang mulia (Ef 1:5-6)

Δ        Agar kemuliaanNya dipuji-puji melalui kita (Ef 1:12-13)

Δ        Lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah (I Kor 10:31)

iv. Ketahui betapa hebatnya kekuatan kuasa yang Allah nyatakan kepada kita (1:9-22)

Δ        Kekuatan kuasa pada diri Kristus (Ef 6:10)

Δ        Membangkitkan Kristus dari antara orang mati (Rm 1:4)

Δ        Mendudukkan Kristus di sebelah kananNya (Flp 2:9-11)

Δ        Dibaptis ialah mati dan bangkit bersama-sama Kristus (Rm 6:4, 5)

Δ        Pada hari kiamat, sewaktu kedatangan Kristus, tubuh akan berubah (Flp 3:20-21)

* Jemaat adalah tubuh Kristus, yaitu kepenuhan Dia yang memenuhi semua dan segala sesuatu ~ dipenuhi Roh Kudus