Orang Nazir
|

Orang Nazir

Nas Alkitab: Bil 6:1-12

Pengenalan:

“Nazir” bermakna “yang dibeza dan diasingkan”, “menjauhi duniawi”, “dimiliki Tuhan” iaitu “Orang yang dibezakan menjadi kudus dan menjadi milik Tuhan”. Imam pada masa perjanjian lama adalah orang yang ditentukan Tuhan untuk dibeza menjadi kudus dan bekerja sepenuh masa untuk melayani Tuhan, hanya keturunan Harun dari kaum Lewi yang boleh memegang jawatan ini. Tetapi, bagi orang Nazir pula ialah setiap orang Israel tidak kira lelaki, perempuan, tua ataupun muda, boleh dengan sukarela menjauhi duniawi dan dibeza menjadi kudus untuk mempersembahkan diri kepada Tuhan. Dalam tempoh masa menjadi orang Nazir, haruslah menuruti tiga larangan Tuhan, jika tidak, dia akan menjadi tidak kudus.

  1. Tidak boleh meminum anggur (Anggur, minuman yang memabukkan) (6:3).
  2. Tidak boleh mencukur kepala (6:5).
  3. Tidak boleh mendekati mayat orang (6:6).

Pada masa perjanjian baru, kita ialah imam, bertaubat dan dibaptis ialah dengan sukarela menjadi orang Nazir dan mempersembahkan diri kepada Tuhan, dibezakan menjadi kudus dan melayani Tuhan. Tiga larangan ini juga membawa ajaran rohani kepada kita.

1.     Menjauhi anggur dan minuman yang memabukkan (6:3)

  • Orang yang dimiliki Tuhan dan menjadi kudus, haruslah melatih hati sendiri untuk menjauhi segala kehidupan yang memboros, jangan mementingkan yang duniawi, kenikmatan dalam dosa. Anggur atau arak menimbulkan hawa nafsu, haruslah berusaha untuk mencapai kepenuhan roh kudus (Ef 5:18).

2.     Tidak boleh mencukur kepala (6:5)

  • Menyimpan rambut kepala dijadikan tanda dibezakan menjadi kudus.
  1. Umat Kristian ialah orang yang dibezakan menjadi kudus, harus mempunyai tanda. (Mat 5:14-16, Yoh 13:34-35)
  2. Melambangkan pengurapan kudus yang mulia, seperti mahkota kemuliaan di atas kepala imam. (Pkh 7:8, Im 8:9, Kel 39:30)
  3. Melambangkan pemeliharaan kekuatan dari atas. (1 Tes 5:19)
  4. Menunjukkan rendah hati dan taat. (1 Kor 11:10, 15)

3. Tidak boleh mendekati mayat orang (6:6)

▲ Tidak menyentuh tabiat buruk orang yang mati rohaninya.

  • 2 Kor 6:17-18 Jangan menjamah apa yang najis, maka Tuhan akan menerima kamu.
  • Why 18:4 Umat Tuhan harus keluar dari dunia.

Kesimpulan:

Tuhan adalah yang kudus, kerajaan syurga juga adalah yang kudus, tanpa kekudusan tiada seorangpun yang dapat melihat Tuhan – Tidak dapat masuk ke dalam kerajaan syurga.

Suara Kecil Di Atas Gunung Horeb
|

Suara Kecil Di Atas Gunung Horeb

Ayat Alkitab: 1 Raj 19:9-14

Perenggan ayat Alkitab ini mencatatkan nabi Elia turun dari Gunung Karmel dan mengalami jurang rohani yang dalam. Dia takut kepada ugutan orang jahat Izebel lalu melarikan diri demi keselamatan nyawanya, dia berputus asa dan memohon mati. Kemudian, setelah dua kali diberi makanan dan minuman oleh utusan Tuhan, dia menaiki Gunung Horeb, berjalan selama empat puluh hari dan malam sehingga sampai ke gunung Tuhan. Sebaik sahaja sampai ke puncak gunung, dia masuk ke dalam sebuah gua dan tinggal di dalam.

TUHAN memanggil dia keluar dan berdiri di atas gunung itu di hadapan Tuhan. Selepas mengalami angin besar dan kuat, yang membelah gunung-gunung dan memecahkan bukit-bukit batu, gempa bumi dan api, Tuhan menyatakan diri dengan “suara yang kecil”.

“Gunung Karmel” melambangkan pekerjaan di hadapan Tuhan, Tuhan melewati.

“Gunung Horeb” melambangkan penyempurnaan rohani di hadirat Tuhan, penyertaan Tuhan. Kerana selepas Elia menaiki Gunung Karmel, dia harus menaiki Gunung Horeb juga. Jika tidak, Tuhan telah meninggalkan tempat itu apabila kerja itu selesai dilakukan. Setelah turun dari Gunung Karmel, dia menjadi lemah… Tuhan nyatakan dengan suara yang kecil, apakah yang diwahyukan? Apakah yang dikatakan dengan suara yang kecil? Bukan saja Tuhan mengkehendaki Elia merenungkannya, tetapi juga kepada kita merenungkannya. Kerana apa yang tercatat dalam Alkitab, bukan untuk Elia sahaja, tetapi juga untuk kita (2 Tim 3:16, rujuk 1 Kor 10:11).

1. Apakah wahyu dari suara yang kecil?

(a) Menerima firman Tuhan dengan menggunakan roh dan hati yang takut.

(i) Menggunakan roh untuk mendengar dengan rasa hormat.

(ii) Merenungkan dengan teliti (Luk 1:29).

(iii) Mengingati sedalam-dalamnya: Itu merupakan suara dalam roh. Tuhan telah mengukir sepuluh firman di atas loh batu, lebih-lebih lagi ingin mengukir kata-kata kudus dan kehendakNya ke dalam roh kamu. Jika kita rela mengingati dengan hati dan roh, kita dapat mendengar suara kecil Tuhan yang selangkah lebih mendalam.

(b) Berusaha untuk menjadi rapat dengan Tuhan (Mzm 73:25, 42:1-2).

(i) Suara yang kecil melambangkan sangat rapat, tidak dapat mendengar jika tidak mendekat rapat.

(ii) Suara yang kecil menunjukkan kata-kata rahsia di dalam bilik rahsia, tidak dapat mendengar kata-kata rahsia jika tidak mempunyai pergaulan rohani dan hati yang memahaminya.

(iii) Bagaimana menjadi rapat:

* Elia bergiat dengan sungguh-sungguh demi Tuhan, berjalan selama empat puluh hari dan malam sampai ke gunung Tuhan yang kudus.

* Suka untuk berdoa, berkebaktian, mendengar firman, mendekati gereja — Gunung Tuhan.

* Merenungkan firman kebenaran Tuhan siang dan malam. (Mzm 1:2, 119:147-148)

* Merindukan Tuhan Penyelamat, menuruti kehendak Tuhan, dikenan Tuhan.

(c) Harus bekerja, dan juga menyempurnakan rohani (1 Kor 9:27, 1 Tim 4:16).

Gunung Karmel melambangkan pekerjaan, Gunung Horeb melambangkan penyempurnaan rohani. Gunung Karmel melambangkan Tuhan berserta dengan kerja anda, Gunung Horeb melambangkan Tuhan berserta dengan roh anda.

Elia turun dari gunung Karmel selepas menyelesaikan kerja, dia menjadi lemah setelah Roh Tuhan meninggalkannya. Dia perlu menaiki Gunung Horeb untuk penyempurnaan rohani. Jika tidak ada penyempurnaan rohani, walaupun mempunyai karunia untuk bekerja tetapi apabila kerja itu sudah selesai, bukan tubuh yang mengundur, tetapi roh yang mengundur.

* Mat 7:21-23: Zon kesilapan bagi keselamatan pekerja.

(i) Perlu bekerja dengan tenang (2 Tes 3:12).

Ruang hati harus tenang, jika tidak ada ketenangan, suara Tuhan yang kecil tidak dapat didengar.

1 Raj 19:11-12 “Angin besar dan kuat, yang membelah gunung-gunung dan memecahkan bukit-bukit batu, gempa dan api, tidak ada TUHAN dalam mereka” (Patut direnungkan). Inilah TUHAN melewati tempat itu. Rangkap ayat Alkitab ini adalah ringkasan bagi pengalaman Elia bekerja bersama-sama dengan Tuhan. Elia bekerja di atas Gunung Karmel dengan sangat giat. Tetapi disebabkan hati dalamannya tidak mempunyai ketenangan, pengistirehatan dan Tuhan tidak diam di dalam hatinya, hanya menyertai pekerjaannya. Pada masa itu, hatinya mempunyai kemarahan, pertuduhan (kerana dosa), mempunyai hati yang menginginkan kemuliaan yang palsu (selepas turun dari Gunung Karmel, dia terus pergi ke kota Yizreel) (1 Raj 18:46); mempunyai ketakutan (Izebel ingin membunuhnya, lalu dia takut dan melarikan diri), mempunyai sungutan dan tidak puas hati (Berputus asa dan memohon mati, 1 Raj 19:3-4) Tuhan mewahyukannya dengan suara yang kecil supaya dia menjadi tenang, sekarang dia telah melalui tiupan angin kuat, kegemparan gempa bumi, peleburan api daripada Tuhan, hatinya menjadi tenang seperti cermin (lautan kaca) di hadirat Tuhan. Rohnya telah mendengar kata-kata Tuhan yang rahsia dan yang memahami hatinya; Mendengar suara rahsia yang tidak dapat didengar oleh orang lain, seperti suara tersembunyi yang didengar Paulus di tingkat yang ketiga dari syurga. (2 Kor 12:2-4)

Ketenangan: bermaksud tidak mengira, tidak berselisihan, tidak iri hati, tidak marah, tidak memegahkan diri, tidak takut, tidak berputus asa.

(ii) Bekerja dengan rendah hati

* Tuhan yang begitu agung, berserta dengan manusia dengan rendah hati (Flp 2:6-8).

* Apabila Dia bersuara, langit dan bumi menjadi bergegar (Ayb 37:2-3).

* Menyata kepada Elia dengan suara yang kecil, supaya Elia mencontohi kerendahan hati Tuhan. Inilah latihan khas di atas Gunung Horeb yang Tuhan mahu Elia mempelajarinya. Elia yang tidak nampak dirinya sendiri, ialah seorang yang bagaimana?

* Menganggap dirinya benar: Dia yang sebenarnya sedang melarikan diri, masih menganggap dirinya sedang bergiat demi Tuhan; Tinggi diri: Tuhan sendiri yang meninggalkan tujuh ribu orang yang tidak menyembah berhala, tetapi Elia menganggap bahawa hanya tinggal “Aku seorang” (1 Raj 19:18, 10). Congkak: Iaitu hanya melihat kelebihan diri sendiri, tetapi tidak melihat kekurangan diri sendiri, hanya membandingkan kebaikan diri sendiri dengan kelemahan orang lain, lalu memandang ringan dan menolak orang lain. Sehingga menganggap dirinya dilayan buruk oleh Tuhan dengan tidak adil sebab melihat diri sendiri sebagai yang memuaskan.

Orang yang rendah hati dapat melihat kelebihan orang lain: Natanael: memandang ringan terhadap Tuhan Yesus oleh sebab Nazaret itu tempat kecil dan orang biasa akan berasa marah terhadapnya. Tetapi Tuhan pula berkata bahawa dia ialah seorang Israel yang sejati, sebab tidak ada kepalsuan di dalamnya (Yoh 1:45). Musa: Dengan rendah hati dan bersujud untuk menasihati kumpulan pemberontak Korah (Bil 16:1-5). Jadi semasa seorang yang rendah hati disalah fahamkan, dia tidak berselisih, tidak bersuara, hanya membiarkan Tuhan yang bersuara.

* Orang yang rendah hati bergaul dengan orang yang kekurangan dan miskin (Ams 16:19).

* Orang yang rendah hati baru dapat hidup bergaul dengan Tuhan (Mi 6:8).

* Rendah hati terhadap Tuhan, berasa diri sendiri tidak berpengetahuan, kecil, berdosa dan rendah diri (Flp 2:3)

(iii) Sikap yang lemah lembut, pertuturan yang harmonis.

* Suara yang kecil, adalah wahyu Tuhan: hati yang lemah-lembut, pertuturan yang membawa damai.

* Yang dapat menggentarkan hati manusia dan menggerakkan roh manusia ialah hati yang damai dan kata-kata yang lemah lembut.

* Perkataan yang pedas membangkitkan marah. (Ams 15:1)

* Lidah lemah lembut dapat menggerakkan hati manusia, mematahkan tulang (Ams 25:15).

* Semakin berlemah-lembut pertuturan, semakin sedap didengar, semakin mempunyai kekuatan.

* Segera sesudah Elia mendengar suara yang kecil, dia menyelubungi mukanya dengan jubahnya, lalu pergi ke luar dan berdiri di pintu gua itu. (1 Raj 19:13)

▲ Sesudah Elia menaiki Gunung Karmel, pekerjaannya mencapai kemuncak; sesudah Elia menaiki Gunung Horeb, penyempurnaan rohaninya mencapai kemuncak tertinggi; setelah melalui penapisan di Gunung Horeb, tubuh dan hati dibersihkan, akhirnya mendapat kenan Tuhan dan tubuhnya terangkat ke syurga dalam bentuk roh.

2. Apakah yang dikatakan oleh suara yang kecil?

…apakah kerjamu di sini (1 Raj 19:13b): Adakah Tuhan yang maha tahu masih perlu bertanya? Rupa-rupanya inilah persoalan yang Tuhan mengkehendaki manusia renungkan.

(a) Renungan Elia:

1. Itu merupakan tuduhan atau penyempurnaan rohani?

2. Itu merupakan bersara atau menerima perintah?

3. Itu merupakan melarikan diri atau meminta pertolongan?

(b) Ingin kita merenungkan

1. Apakah yang kamu lakukan di gereja (Gunung Horeb)?

2. Apakah yang kamu lakukan di rumah?

3. Apakah yang kamu lakukan di masyarakat?

▲ Ini merupakan persoalan yang patut direnungkan setiap hari.

Kesimpulan:

Suara kecil di atas Gunung Horeb, adalah wahyu Tuhan yang mengkehendaki kita menyempurnakan rohani. Kita suka menaiki Gununug Karmel untuk bekerja, lebih suka lagi menaiki Gunung Horeb untuk menyempurnakan rohani, untuk mengalami suara kecil Tuhan dan bergaul rapat dengan Tuhan selama-lamanya, serta dapat bersama-sama dengan Tuhan selama-lamanya.

Lima Batu yang Licin
|

Lima Batu yang Licin

Ayat Alkitab: 1 Sam 17:40

Menghuraikan proses Daud membunuh Goliat, musuh yang berbadan besar: Lima batu yang licin, memainkan peranan yang penting dalam menang atau kalah, ia juga mempunyai ajaran yang sangat baik dari segi kerohanian: Walaupun ada janji Roh Kudus, namun Tuhan mengalahkan musuh yang besar menerusi batu.

1. Lambang bagi batu

(a) Kristus ialah batu karang (1 Kor 10:4).

(b) Petrus ialah batu (bermaksud batu karang).

(c) Kita ialah kepingan batu yang kecil:

(i) Harus diukir untuk menjadi batu berharga bagi bait suci.

(ii) Harus berubah dalam roh untuk menjadi batu hidup dalam rumah rohani (I Ptr 2:4-5)

(iii) Harus dilatih untuk menjadi batu licin yang dapat mengalahkan musuh.

2. Pembentukan batu yang licin

(a) Bukan telur batu yang dilahirkan dari batu besar, “Telur batu” adalah gambaran.

(b) Rupa-rupanya ialah kepingan batu yang kecil:

i. Tidak dipandang penting oleh mata manusia: mewakili kehinaan dan tidak berguna.

ii. Banyak bucu tajam, tidak sesuai untuk digunakan.

(c) Dibentuk dalam sungai setelah jangka masa yang panjang:

i. Digosok dan dibasuh oleh aliran air dan air hidup dalam sungai. Melambangkan: Menerima baptisan air hidup Roh Kudus, kebenaran (tidak berhenti daripada kebaktian, mendengar firman, berdoa) dan diubah (mendekati Tuhan dalam tempoh masa yang panjang, hidup dalam kebenaran Roh Kudus) (Yoh 7:38-39; Yes 11:9; Mzm 1:2-3).

ii. Bergeseran sesama batu dalam air.

○ Walaupun Paulus dan Barnabas mempunyai perdebatan, tetapi mereka tidak berselisih (Rujuk Kis 15:36-41, Gal 2:1).

○ Petrus ditegur oleh Paulus secara terang-terang tetapi tidak menimbulkan percanggahan (Gal 2:11; 2 Ptr 3:15-16).

▲Bergeser di dalam air hidup yang mengalir:

i. Tidak ada bunyi: Tidak mempunyai pandangan yang membangkang

ii. Tidak mempunyai penghasilan api dan kemarahan: Tidak mengikut darah daging, supaya tidak memburukkan hubungan.

iii. Saling bergeser dan mengikis bucu yang tidak rata, supaya menjadi licin.

iv. Dikikis sebaik sahaja digeser: Dengan digosok air hidup, serbuk tidak dapat dilihat selepas dibasuh dan digosok. Yakni: tidak mempunyai komen atau pandangan, saling memahami dan memaafkan kerana kebenaran, kekurangan sendiri juga diperbetul dengan serta-merta.

v. Saling menanggung, membangun, supaya menjadi sempurna, dan menjadi batu licin yang sesuai digunakan Tuhan. Jika tidak bergeser dalam air (Air melambangkan kebenaran).

◎ Menghasilkan bunyi kuat, bunyi hentakan.

◎ Menghasilkan api: Marah, berdasarkan darah daging.

◎ Saling mencederakan, mencemarkan, dikotorkan oleh serbuk batu, serpihan batu yang terjatuh juga akan mencederakan orang yang berjalan — Mencelakakan orang yang mendengar.

◎ Jika tidak licin setelah bergeser, masing-masing akan menjadi barang untuk dibuang.

3. Batu licin yang sempurna (Telur Batu)(2 Tim 2:21)

(a) Diletakkan di atas tangan oleh pengguna dengan puas hati: Sesuai digunakan Tuhan.

(b) Tidak ada rintangan angin (kerana tiada bucu tajam) semasa digunakan: laju dan bertenaga.

(c) Terkena kepada sasaran dengan tepat dan tidak bersalah, menyatakan hikmat dan kemuliaan pengguna.

(d) Terkena kepada tempat yang penting dengan kuat dan bertenaga (Kepingan batu hanya dapat melukakan kulit, kerana ia mempunyai rintangan angin terhadap bucu tajam, tidak dapat menunjukkan kekuatan pengguna dengan sepenuhnya).

Lambang: Kemenangan yang berkelimpah (Orang yang sempurna dalam latihan rohani).

4. Wahyu dari lima batu yang licin (Mengapa memilih lima biji):

(a) Menewaskan lima orang gergasi yang besar (2 Sam 21:15-22).

(b) Menentang: “Lima orang gergasi” dalam tubuh daging: Iri hati, tamak, keinginan hawa nafsu, penting diri, congkak.

(c) Licin mewakili sempurna, taat, suci, terlatih, tapi bukan “licik”.

Kesimpulan:

Kita ialah sebiji kepingan batu kecil yang mempunyai banyak bucu tajam pada asalnya, yang tidak terpandang dan hina. Jika ingin menjadi perabot Tuhan yang mulia dan yang sesuai dipakai, haruslah menjadi rendah hati, senyap, menerima latihan dan ukiran Tuhan, dipukul dan dibasuh oleh “air yang hidup” dalam “aliran sungai” untuk tempoh masa yang panjang, supaya menjadi batu yang licin bagi memenangi musuh. Ataupun diukir menjadi “batu yang hidup”, dibina dan diletakkan di dalam rumah rohani dan bait suci (Rujuk 2 Tim 2:21; 1 Ptr 2:4-5).

Bunyi Derap Langkah di Puncak Pohon Kertau
|

Bunyi Derap Langkah di Puncak Pohon Kertau

Ayat Alkitab: 2 Sam 5:17-25

Baca ayat Alkitab, menerangkan isi kandungannya.

A. Daud bertanya kepada Tuhan dalam segala hal. (19,23)

(a) Mengapakah bertanya kepada Tuhan?

i. Sebab takut akan Tuhan, bersandar kepada Tuhan, harus bertanya kepada Tuhan.

ii. Demi menuruti kehendak Tuhan.

iii. Demi menjadi pemenang. (Rm 8:37)

(b) Bertanya kepada Tuhan dalam hal apa?

i. Semasa menghadapi kecemasan dan bahaya (17).

ii. Semasa membuat keputusan: semasa tubuh daging bercanggah dengan kerohanian, semasa digodai.

iii. Semasa berasa kabur.

(c) Bagaimanakah bertanya kepada Tuhan? (Ul 12:5)

i. Terus berdoa dengan bersungguh-sungguh, memohon dan bersyukur (Flp 4:6).

ii. Mendapat jawapan dari Tuhan menerusi pengkajian Alkitab, merenungkan ajaran Alkitab.

iii. Meminta tunjuk ajar dari pendeta (Luk 10:16).

▲ Tuhan mengizinkan Daud mendapat kemenangan (Mzm 91:15, 145:18).

B. Jangan bersandar kepada kebijaksanaan diri sendiri (23).

(a) Bukan bersandarkan keberanian sendiri untuk mendapat kemenangan (Mzm 33:16-17, 147:10).

(b) Bukan bersandarkan pengalaman sendiri untuk mendapat kemenangan.

(c) Bukan bersandarkan kebijaksanaan manusia untuk mendapat kemenangan (Ams 3:5-7).

C. Mendengar bunyi derap langkah di puncak pohon kertau (24).

(a) Apakah itu bunyi derap langkah di puncak pohon?

i. Ditujukan sebagai pimpinan dari atas (yang datang dari Tuhan, syurga).

ii. Bunyi derap langkah, adalah supaya diikuti oleh jejak langkah kita.

(b) Bagaimana Mendengar?

i. Berundur ke belakang, menyembunyikan sendiri (23b), mendengar dengan senyap.

ii. Harus menumpukan mata, hati dan telinga ke atas, barulah dapat mendengar.

iii. Jangan terbawa-bawa oleh “bunyi” di bumi.

1. Jangan dirangsang atau ditakut oleh “bunyi derap langkah musuh”.

2. Jangan diganggu oleh bunyi asing di sekeliling, sehingga tidak dapat mendengar bunyi dari atas.

iv. Mendengar dalam hal apa? (Bunyi derap langkah yang harus diikuti).

1. Semasa bertengkar — “Berilah tempat kepada murka Tuhan” (Rm 12:19).

2. Semasa memuji — “Janganlah memberi kemuliaan kepada kita” (Mzm 115:1; Luk 10:20).

3. Semasa gagal — “Maksud Tuhan adalah yang baik” (Kej 50:20).

4. Semasa menghadapi dilema — “Saya sudi memilih Kristus” (Mat 26:39; Flp 1:20-23).

5. Semasa diancam.— “Lebih banyak yang menyertai kita daripada yang menyertai dengan mereka” (2 Raj 6:15-17; Kis 18:10; Luk 10:19; Ibr 13:6).

6. Semasa difitnah dan dianiaya —.“Yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat” (Mat 24:13, 5:11-12).

7. Semasa berasa marah dan berkira.—.“Mengasihi musuh”, “Kasih itu tidak menyimpan kesalahan manusia” (Mat 5:44-45, 1 Kor 13:5).

8. Semasa sibuk.—.“Bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil daripadanya” (Luk 10:41-42).

9. Semasa mendapat halangan dalam hal melayani Tuhan.—.“Adakah aku untuk menyukakan manusia?” (Gal 1:10, 1 Tes 2:4).

(c) Maju dengan cepat (24).

1. Sebaik sahaja mendengar suara Tuhan, haruslah mengikuti dengan serta-merta (Yer 35:8, 14, 19).

2. Jika tidak mengikuti Tuhan dengan serta-merta akan berjauhan dengan Tuhan.

3. Jangan banyak berfikir, jangan lambat-lambat.

4. Jika lambat-lambat, gerakan roh akan dipadamkan (1 Tes 5:19).

5. Demi berjaya dalam iman kepercayaan, menang dalam peperangan rohani, haruslah mengikuti jejak langkah Tuhan dengan cepat-cepat.

Kesimpulan:

Bersandar kepada Tuhan dengan sepenuh hati, mendengar suara seruan Tuhan, mengikuti jejak langkah Tuhan, pasti dapat mencapai kemenangan demi kemenangan.

Di Atas Gunung Berubah Wajah
|

Di Atas Gunung Berubah Wajah

Nas Alkitab: Mat 17:1-8

Demi gereja masa depan, Tuhan Yesus telah melaksanakan amanat yang diberikan Bapa Syurga dengan sepenuhnya, menuruti kehendak Tuhan, menyatakan kekuasaan kerajaan Tuhan, mengenakan kemuliaan Tuhan (Why 12:1) dan memancarkan terang benar injil. Pada masa yang sama telah mencapai kerohanian pada tahap kesempurnaan yang tertinggi dan terindah (contoh tubuh Tuhan yang berubah rupa), dan juga menunjukkan murid-murid bagaimana menjadi orang yang sempurna, mempunyai rupa Tuhan, ada kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya. Lalu membawa soko guru gereja: Petrus, Yakobus, Yohanes naik ke atas gunung dengan diam-diam. Lalu Tuhan berubah wajah di depan mereka, wajah-Nya bercahaya seperti matahari dan pakaian-Nya menjadi putih bersinar seperti terang. Kemuliaan di atas gunung berubah wajah mengandungi banyak rahsia kebenaran. Di sini, akan dibincangkan 3 butir sebagai perkongsian bersama.

A. Doa di atas gunung berubah wajah

Semua kemuliaan yang berlaku di atas gunung berubah wajah, bukan tidak ada sebab yang awal. Tuhan Yesus telah menjadi teladan.

(a) Tuhan Yesus yang “sedang berdoa” (Luk 9:29).

  • “Sedang bedoa”: Pergaulan rohani yang sangat rapat dengan Tuhan dengan berterusan, mendalam, hati yang suci, lupa diri.
  • “Rupa berubah”: Inilah akibat yang disebabkan oleh berdoa.
  • “Wajah bercahaya seperti matahari”: Ruang hati dipenuhi oleh sinaran terang Tuhan sehingga berkilau-kilauan, mengeluarkan cahaya menerusi tubuh jasmani.
  • “Pakaian menjadi putih bersinar seperti terang” menyatakan rupa Tuhan, kebenaran dan kekudusan sesungguhnya, “matahari” melambangkan keadilan. (Mal 4:2)
  • “Sedang bedoa”: Wajah muka Tuhan yang penat, berubah menjadi wajah yang bercahaya seperti matahari, tubuh jasmani yang hina berubah menjadi tubuh rohani yang mulia.
  • “Sedang bedoa”: Bukan saja Tuhan Yesus berubah rupa, sehinggakan tempat berdoa (gunung tinggi) juga berubah rupa. Gunung Hermon berubah menjadi “Gunung Tuhan Penyelamat yang berubah rupa”, kaya dengan makna sejarah. Gunung biasa berubah menjadi “Gunung kudus”, kaya dengan makna rohani. (2 Ptr 1:17-18)

(b) Mendirikan gereja yang berdoa.

“Sedang berdoa” di atas gunung berubah rupa, mewahyukan bahawa kita harus mendirikan gereja yang berdoa (Orang yang berdoa).

Yes 56:7 Mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang kudus, dan akan Kuberi kesukaan di rumah doa-Ku…sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa. “Rumah” dirujuk kepada kepada gereja.

(i) Para rasul tahu menggunakan doa untuk membangunkan gereja (120 orang) (Kis 1:14-15; 2:1).

(ii) Penginjil memusatkan fikiran dalam doa (Kis 6:4).

(iii) Berdoa dengan sehati and sefikir apabila dianiaya (Kis 4:23-31).

(iv) Berdoa semasa menghadapi kesusahan dalam kerja penginjilan (Kis 16:25-34).

  • Jemaat para rasul adalah jemaat yang paling sempurna, mempunyai kekuatan, karunia roh, kelakuan rohani, sehati sepikir, kasih rohani, buah rohani. Salah satu keistimewaan yang paling penting – berdoa, membangunkan bait Tuhan untuk menjadi rumah doa bagi segala bangsa.
  • Gereja yang memandang ringan terhadap doa, bukan sahaja melanggari kehendak Tuhan dan Tuhan tidak turut bekerja, yang paling menakutkan ialah ia akan diduduki syaitan, di dalamnya dipenuhi dengan dosa dan kejahatan. (Yak 3:14-16)

(c) Mendirikan kehidupan berdoa peribadi.

(i) Musa dan Elia yang bersama-sama dengan Tuhan di atas gunung berubah rupa adalah tokoh-tokoh doa.

  • Musa: Sejak melihat Tuhan dalam api di semak duri di Gunung Sinai, dia menggunakan doa sebagai langkah permulaan bagi segala sesuatu, dan sebagai rahsia kemenangan.
  • Dia berdoa semasa laut teberau menghalangi perjalanan; berdoa semasa umat berasa lapar; berdoa semasa umat bersungut-sungut; berdoa semasa kumpulan pembangkang memberontak; berdoa semasa berperang dengan orang Amalek. Dia bergaul dalam roh dengan Tuhan di Gunung Sinai selama empat puluh hari dan malam, sehingga wajahnya bersinar terang tetapi dia masih tidak mengetahui. Dia berdoa untuk menyempurnakan amanat, melaksanakan kerja besar, memimpin umat Israel keluar dari Tanah Mesir dan membangunkan zaman hukum taurat.
  • Elia: Merupakan seorang nabi yang berdoa. Dia berdoa untuk menyempurnakan amanat , melakukan kerja yang besar demi Tuhan.
  • Dia berdoa supaya orang mati dibangkitkan (Anak bagi janda di Sarfat), berdoa memohon supaya api dari langit membakar musuh (50 orang pemimpin lima puluh orang), berdoa (Gunung Karmel) memohon memulihkan iman kepercayaan umat seluruh negara, berdoa (Musim kemarau tiga tahun setengah) memohon supaya hujan diturunkan, berdoa dan mendengar suara Tuhan yang kecil di atas Gunung Horeb.

(ii) Kini, dua orang tokoh doa bersama-sama dengan Tuhan di atas gunung berubah rupa. Ketiga-tiga ini mempunyai pengalaman melatih diri dan bergaul dalam roh dengan Tuhan selama empat puluh hari dan malam.

(iii) Kita harus memperkuatkan doa. Ramai orang dapat mengubah sikap panas baran mereka melalui berdoa.

B. “Mengantuk” di atas gunung berubah rupa

(a) Rasul yang mengantuk (Luk 9:32a).

(b) Walaupun bangun tetapi masih ingin tidur.

(i) Bercakap dalam mimpi (33a).

(ii) Namun tidak tahu apa yang diucapkan itu (Seperti perasaan bagi pengkhotbah yang tidak berdoa), tidak tahu untuk membezakan yang betul dan yang salah. Inilah pemercaya tertidur yang menjadi penginjil.

(iii) Memasuki awan tetapi sangat menakutkan (Luk 9:34, Mrk 9:6, Mat 17:6).

1. Masuk ke dalam awan, ialah masuk ke dalam kemuliaan Tuhan namun takut.

2. Tidak mencapai kesempurnaan dalam kasih (1 Yoh 4:8).

3. Berasa takut sebab ada bersalah dalam sesuatu hal (Tidak berdoa “Sedang mengantuk”), pertuturan yang tidak bersesuaian dengan kehendak Tuhan.

(c) Apa yang diucapkan?

1. “Guru, betapa bahagianya kami berada di tempat ini” (33a).

Setelah melihat gunung, menyangka gunung ini amat baik, kerana ada peristiwa mulia dinyatakan di sini. Adakah tempat ini baik ataupun Tuhan Yesus yang baik? (Jangan berfikiran objektif berdasarkan tempat)

2. “Boleh mendirikan tiga khemah” (33b).

Meningkatkan manusia sampai taraf yang sama dengan Tuhan. Tuhan yang melakukan kerja di atas tubuh Musa dan Elia untuk menyatakan Tuhan, mereka adalah utusan yang melayani Tuhan, yang tidak dapat setaraf dengan Tuhan serta dilayani.

Pada hari ini dapat melihat manusia yang disertai Tuhan, tidak ada melihat Tuhan yang menyertai manusia.

i. Memuja penatua, diaken dan pendeta yang berkarunia, dan tidak menghiraukan hamba Tuhan yang lain, melayani manusia dengan berat sebelah. Karunia dimiliki Tuhan, ia bertujuan untuk melayani, membangunkan gereja, melaksanakan amanat yang diberi, bukan supaya seseorang dipuja. Haruslah melihat Tuhan dari tubuh mereka yang berkarunia. Jangan melihat, mengagumi, memuji, menyanjung tinggi orang tertentu kerana karunia yang ada pada dia, sehingga membeza-bezakan gred dalam pasukan pekerja. Karunia ialah kaedah dan kekuasaan Tuhan, tidak ada perbezaan gred, tetapi penyempurnaan rohani ada grednya. Dengan itu, haruslah memahami bahawa kekuatan mereka datang dari Tuhan, supaya tidak menjadikan mereka berhala.

o Iman kepercayaan tidak menyimpang.

o Pihak lain tidak jatuh tersandung.

ii. Tidak boleh memegahkan dan memberitakan orang (1 Kor 3:4-15, 21-23).

o Memberitakan dan memegahkan orang yang dipuja, apabila orang yang disukai setiap orang tidak sama, maka perselisihan berlaku.

o Saya dibaptis oleh golongan siapa (Golongan Paulus atau Apolos).

▲ Oleh itu, barangsiapa memberitakan orang, ia mempunyai sifat memuja berhala, menggantikan tempat Tuhan Yesus, akan ada perselisihan.

“Satu untuk Engkau, satu untuk Musa dan satu untuk Elia” (33b).

Hal ini menyamakan Tuhan dengan manusia, melihat Tuhan dengan menggunakan pandangan yang sama untuk melihat manusia. Merendahkan status dan kehormatan Tuhan, iaitu masih belum mengenali Tuhan. (Di sini Petrus memanggil Tuhan sebagai “guru”, yakni “encik”, “guru” (ialah manusia) (Luk 9:33).

a. Belum mengenali Tuhan yang tidak terhingga (Yang melampaui segala sesuatu).

o Kewujudan yang tidak dapat melampaui masa dan ruang (manusia): Tuhan dalam gereja, tidak ada dalam rumah, jadi berlaku sembarangan di rumah.

o Kekuatan dan kasih setia yang terhad (Manusia): Tidak berani bersandar kepada Tuhan dengan sepenuhnya, tidak lega hati untuk berserah kepada Tuhan. Bersandar kepada Tuhan untuk hal yang kecil, menghulurkan tangan di hadirat Tuhan untuk hal yang besar. Memohon kepada Tuhan bagi penyakit kecil, mencari orang pakar bagi penyakit besar.

b. Belum mengenali kehormatan Tuhan (Yang melampaui segala sesuatu).

* Salah berdoa, tidak mempunyai sikap yang menghormati.

* Bersungut-sungut apabila permohonan tidak dikabulkan.

* Memberi sedikit ganjaran (Sedikit persembahan) apabila permohonan dikabulkan.

Menjadikan Tuhan sebagai peniaga, berurus-niaga dengan Tuhan, menggunakan kaedah perniagaan di atas medan perniagaan manusia iaitu ‘janji’ sewaktu memohon sesuatu yang baik: Ya Tuhan, jika Engkau memberi keuntungan sebanyak 100,000 dalam perniagaanku, aku akan memberiMu 20,000. Jika hal ini terjadi, kamu mendapat keuntungan sebanyak 80,000, tetapi Tuhan hanya mendapat 20,000, Tuhan telah ditipu oleh kamu, seolah-olah Tuhan bekerjasama dengan kamu demi mendapat wang 20,000, sesungguhnya sangat merendahkan kehormatan Tuhan.

C. Hanya melihat Tuhan Yesus di atas gunung berubah rupa (Luk 9:36; Mrk 9:8; Mat 17:8)

▲ Tuhan Bapa Syurga mengingatkan bahawa “Inilah Anak yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan, dengarkanlah Dia”.

▲ Suara itu sudah berhenti, ketika mengangkat kepala, mereka hanya melihat Yesus.

▲ Bagaimana hanya melihat Yesus?

(a) Hanya melihat Yesus dalam kasih (Yoh 21:15-17: Hanya mengasihi Yesus).

i. Tidak ada penyelamatan di bawah kolong langit, selain daripada Tuhan (Mzm 73:25; Why 22:20).

ii. Mengasihi Tuhan lebih daripada ahli keluarga, kewangan dan nyawa (Mat 10:37; Luk 14:25-26; 16:13).

iii. “Jalan susah” Paulus mengasihi Kristus (Rm 8:35-39).

(b) Hanya melihat Tuhan Yesus dalam hal yang baik.

i. Tuhan menyelidiki dalam kegelapan.

ii. Tidak meminta diketahui manusia, melainkan hanya diketahui Tuhan (Mat 6:1-4, 5-6).

(c) Hanya melihat Tuhan Yesus ketika dalam bahaya (Mat 14:22-31).

i. Petrus yang berada di atas kapal, hanya melihat Tuhan Yesus dapat berjalan di atas permukaan air laut.

ii. Petrus yang berada di atas permukaan air laut telah mengalihkan pandangannya, hanya melihat angin rebut dan ombak lalu tenggelam.

iii. Elia yang di atas Gunung Karmel hanya melihat Tuhan dan bukan manusia, memberanikan diri untuk berdoa dan menjalankan mujizat untuk memperbetulkan iman kepercayaan. Elia yang berada di kaki gunung yang hanya melihat keadaan pula tersungkur jatuh dan meminta mati. (1 Raj 18:– 19:3)

(d) Hanya melihat Tuhan Yesus dalam kesusahan (Ayb 1:13-22; 2:7-10).

i. Ayub berdepan dengan kesusahan besar: Kemusnahan harta, rumah, anak-anak dan tubuh.

ii. Tidak melihat orang, benda mahupun anak-anak. Hanya melihat Tuhan yang memberi dan mengambil, dan dengan itu membuka mulut memuji dan bersyukur kepada Tuhan.

(e) Hanya melihat Yesus ketika berada dalam penghinaan.

i. Yusuf melihat Tuhan dalam peristiwa dia dijual oleh saudara-saudaranya. (Kej 45:3-8; 50:20)

ii. Semasa Daud menghadapi kutukan dari Simei , dia tidak melihat seorang pun, melainkan hanya melihat Tuhan (2 Sam 16:5-10, 12)

iii. Semasa Stefanus diserang oleh kumpulan pembangkang, dia menatap ke langit, hanya melihat Yesus – Kemuliaan Tuhan (Kis 7:54)

iv. Kewujudan percanggahan, perselisihan, pertengkaran, cemburu, melanggar perintah baru, tidak dapat saling bermaafan dan bersatu hati adalah disebabkan hanya melihat orang, musuh dan kesalahan, tidak melihat kepada Yesus, hati mereka tidak ada Tuhan. Bukankah akan menjadi kucar-kacir?

Kita semua harus menaiki gunung berubah rupa, mencontohi Tuhan yang “sedang berdoa”, supaya kerohanian kita dapat mencapai tahap yang tertinggi dan terindah. Dengan ini barulah dapat “hanya melihat Yesus berubah rupa”, dan mempunyai rupa Tuhan.

Kesimpulan:

Di atas Gunung berubah rupa mempunyai banyak rahsia kebenaran, yang tidak habis diperolehi dan tidak habis digunakan. Di sini hanya mengemukakan tiga butir sebagai perkongsian. Semoga gunung berubah rupa memberi kepada kita wahyu yang tidak terpadam buat selama-lamanya, iaitu tiga perkataan “Sedang dalam doa”.

Mengapa Berdiri Melihat Ke Langit?
|

Mengapa Berdiri Melihat Ke Langit?

Nas Alkitab: Kis 1:11

Malaikat bertanya kepada murid-murid, juga bertanya kepada kita, satu soalan yang harus kita renungkan. Di bawah ini, kita akan menjawab, memahami, dan memberi respon.

Maksud pertanyaan ini:

(1) Tuhan Yesus telah berangkat ke syurga, masuk ke dalam kemuliaan dan duduk di sebelah kanan Yang Tertinggi. Mengapakah masih terpegun berdiri di sana melihat ke langit yang luas?

(2) Sekiranya mengharapkan kedatangan semula Tuhan untuk masuk ke dalam kemuliaanNya, mengapakah masih “berdiri” dengan tidak bergerak, bukankah harus cepat-cepat bertindak untuk persediaan mencari kehendak Tuhan.

Tidak sedikit umat Kristian pada hari ini mengharapkan kedatangan semula Tuhan pada zaman akhir ini. Mereka berharap dapat masuk ke dalam kerajaan syurga dan menikmati hidup kekal bersama dengan Tuhan. Tetapi masih berdiri di tahap yang belum sempurna, tidak rela meninggalkan “tempat asal” dengan serta merta, untuk mencari injil yang menyeluruh, dan masuk ke dalam kesempurnaan. Sesungguhnya, kamu orang-orang yang mengasihi Tuhan, mengapakah berdiri melihat ke langit”? Tidak rela meninggalkan tempat asal yang tidak sempurna? Sebab tempat asal sudah tidak dapat melihat Dia, maka berdiri melihat ke langit juga sia-sia melihat sahaja. (Kis 1:9)

1. Mengapakah berdiri melihat ke langit?

Ikatan perasaan jasmani: Tuhan terangkat ke syurga dalam tubuh jasmani, mereka sememangnya berasa tidak sampai hati dan kaki mereka juga tidak rela untuk meninggalkan tempat itu. Pada hari ini, orang-orang yang berbalik kepada Yang Benar juga ada yang lambat maju kerana ikatan perasaan. (Rujuk Luk 9:61-62)

Tidak dapat meninggalkan tempat yang ada kelebihan: Tuhan Yesus menjalankan tanda mukjizat di tempat ini (Terangkat ke syurga). Tempat ini pasti sangat ilahi, dan yang dikenan oleh Tuhan. Kini, pelbagai jenis demominasi agama juga ada tanda mukjizat. Jadi tidak boleh berdiri dan tidak bergerak, harus berusaha untuk mendengar kata-kata dari Alkitab, meninggalkan tempat asal dan masuk ke dalam kesempurnaan (Ibr 6:1-3).

Bukit Zaitun ialah tempat yang sering digunakan sebagai tempat kebaktian dan menyampaikan khotbah oleh Tuhan Yesus dan murid-muridNya sebelum terangkat ke syurga. Sudah tentu murid-murid akan berasa lebih biasa berkebaktian di sini daripada tempat yang lain. Tetapi Tuhan berkata: “Aku ada domba-domba yang lain, yang bukan dari kandang ini.” (Yoh 10:16, 27)

2. Apa yang harus saya lakukan?

(a) Kembali ke kota (Kis 1:12).

Sebab Tuhan pernah berpesan jangan meninggalkan Yerusalem, untuk menantikan apa yang dijanjikan Bapa (Kis 1:4-5).

* Iaitu kota memohon hujan (Roh kudus), ibu kota Raja (Za 14:17).

* Iaitu melambangkan khemah Tuhan bagi Yerusalem baru pada zaman akhir (Why 21:2-3).

Dengan itu, kita tahu Tuhan diam di dalam kita, sebab ada Roh Kudus (1 Yoh 3:24).

* Iaitu tempat untuk menegakkan nama Tuhan, tidak boleh sembarangan (Ul 12:5-7, 13).

Murid-murid mengetahui peringatan malaikat, kembali ke kota Yerusalem dan berkumpul dalam satu hati, berdoa dengan bersungguh-sungguh, menantikan penurunan Roh Kudus secara hidup, yang nyata, yang dapat dilihat dan dapat didengar. (Kis 1:12-14; 2:1, 33; 8:16-18; 18:44-47; 19:1-7).

Menerima firman kebenaran, karunia Roh, pembaptisan untuk pengampunan dosa (Kis 9:17-19, 22; 16).

Tuhan berkata kepada Saulus: Bangunlah, pergilah ke dalam kota Damsyik, di sana akan dikatakan kepadamu, apa yang harus kauperbuat. (Kis 9:6; 22:10) “Damsyik” bermaksud “Tuan yang menghakimi”, Roh kudus ialah tuan yang menghakimi (Yoh 16:8), iaitu masuk ke dalam gereja yang mempunyai Roh Kudus, menerima Roh Kudus dan pembaptisan untuk pengampunan dosa. (Rujuk Kis 9:17-19)

(b) Menjadi saksi (Kis 1:8).

(i) Kesaksian menerima kasih karunia.

(ii) Kesaksian firman kebenaran.

(iii) Kesaksian kedatangan kembali Tuhan.

(c) Bersedia menyambut Tuhan (Kis 1:11b)

(i) Sentiasa menambah minyak dalam pelita, pelita sentiasa menyala (Mat 25:1-10).

(ii) Harus selalu putih pakaianmu, jangan tidak ada minyak di atas kepalamu (Pkh 9:8), harus dipenuhi dengan Roh Kudus dan menjaga kekudusan (Why 3:4-5; 19:7-8; 22:12,14).

(iii) Berjaga-jaga, berusaha dalam pekerjaan (1Ptr 4:7-8), menuruti firman kebenaran, menjaga kekudusan (2 Ptr 3:8-11).

Kesimpulan:

Barangsiapa yang mengharapkan kedatangan kembali Tuhan, mengharapkan untuk masuk ke dalam syurga, janganlah berdiri dan melihat yang kosong. Harus berusaha mengejarkan kesempurnaan: iaitu kesempurnaan dari segi firman yang dipercayai, kesempurnaan kasih, iman, perbuatan, pertuturan dan kekudusan.