Bahagian Tiga:Setiap Tujuh Tahun,Harus Mengadakan Penghapusan Hutang (C)
| | | | | |

Bahagian Tiga:Setiap Tujuh Tahun,Harus Mengadakan Penghapusan Hutang (C)

Ayat Alkitab: UL 15:12-18

Pendahuluan:

Haruslah kauingat, bahawa engkau pun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau ditebus Tuhan, Allahmu; itulah sebabnya aku memberi perintah itu kepadamu pada hari ini. (UL 15:15)

1) Harus melepaskan budak Ibrani (hambamu) sebagai orang merdeka (UL 15:12)

  • Beginilah firman Tuhan, Allah Israel: Aku sendiri telah mengikat perjanjian dengan nenek moyangmu pada waktu Aku membawa mereka keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan, isinya: Pada akhir tujuh tahun haruslah kamu masing-masing melepaskan saudaranya bangsa Ibrani yang sudah menjual diri kepadamu; ia akan bekerja padamu enam tahun lamanya, kemudian haruslah engkau melepaskan dia sebagai orang mederka. (Yer 34:13-14)
  • Supaya kita sungguh-sungguh merdeka, Kristus telah memerdekakan kita. Kerana itu berdirilah teguh dan jangan mau lagi dikenakan kuk perhambaan. (Gal 5:1)

2) Harus melepaskan budak Ibrani dengan limpahnya  (UL 15:13, 18)

  • Memberi bekal daripada kambing domba.
  • Memberi bekal dari tempat pengirikan.
  • Memberi bekal dari tempat pemerasan.
  • Sebab enam tahun lamanya ia telah bekerja padamu dengan jasa dua kali upah seorang pekerja harian. (UL 15:18)

3) Membenarkan budak Ibrani yang rela hati untuk terus tinggal di tempatmu. (UL 15:16-17)

a) Dia mengasihi engkau dan keluargamu. (16)

b) Sebab baik keadaannya padamu. (16)

  • Dan kamu tuan-tuan, perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan jauhkanlah ancaman. (Ef 6:9)
  • Hai tuan-tuan, berlakulah adil dan jujur terhadap hambamu. (Kol 4:1)

Kesimpulan : (UL 15:18)

a) Janganlah merasa susah.

b) Tuhan akan memberkati.

 

Bahagian Dua:Setiap Tujuh Tahun,Harus Mengadakan Penghapusan Hutang (B)
| | | | | |

Bahagian Dua:Setiap Tujuh Tahun,Harus Mengadakan Penghapusan Hutang (B)

Ayat Alkitab: UL 15:7-11

Pendahuluan:
Hati-hatilah, supaya jangan timbul di dalam hatimu fikiran dursila, demikian: Sudah dekat tahun ketujuh, tahun penghapusan hutang, dan engkau menjadi kesal terhadap saudaramu yang miskin itu dan engkau tidak memberikan apa-apa kepadanya, maka ia berseru kepada Tuhan tentang engkau, dan hal itu menjadi dosa bagimu. (UL 15:9)

1) Jangan menegarkan hati ataupun menggenggam tangan terhadap saudaramu yang miskin (UL 15:7)

  • Harus membuka tangan lebar-lebar. (8)
  • Tetapi Abraham berkata: Anak, ingatlah, bahawa engkau telah menerima segala yang baik sewaktu hidupmu, sedangkan Lazarus segala yang buruk. Sekarang ia mendapat hiburan dan engkau sangat menderita. (Luk 16:19-25).

2) Jangan timbul di dalam hati fikiran dursila (UL 15:9)

  • Berkata sudah dekat tahun ketujuh, tahun penghapusan hutang. (9)
  • Siapa menaruh belas kasihan kepada orang yang lemah, memiutangi Tuhan, yang akan membalas perbuatannya itu. (Ams 19:17).

3) Janganlah menjadi kesal terhadap saudaramu yang miskin itu (UL 15:9)

  • Maka ia berseru kepada Tuhan. (9)
  • Sebab Tuhan mendengarkan orang-orang miskin, dan tidak memandang hina orang-orang-Nya dalam tahanan. (Mzm 69:34)

4) Janganlah  hati berdukacita (UL 15:10)

  • Tuhan akan memberkati engkau. (10)
  • Kebajikan Kornelius diingatkan oleh Tuhan. (Kis 10:1-2)
  • Membantu orang berdasarkan iman. (Rujuk 1 Raj 17:13)

Kesimpulan:  (UL 15: 11)

  • Orang-orang miskin tidak hentinya akan ada di dalam negeri itu.
  • Haruslah membuka tangan lebar-lebar.
  • Orang kaya dan orang miskin bertemu; yang membuat mereka semua ialah Tuhan. (Ams 22:2)

 

Taman Firdaus di Timur
| | | | |

Taman Firdaus di Timur

Nas Alkitab : Kej 2:8

1. Dalam bahasa Ibrani, Eden bermaksud sangat gembira dan berkenan.

2. Sion – Gereja ialah Taman Firdaus. (Yes 51:3)

3. Hati Manusia – Bait Tuhan adalah Taman Firdaus. (Yer 31:12b, I Kor 3:16)

4. Timur – Tempat terbitnya matahari (Why 7:2a), di Hemisfera Timur, Timur Jauh, Beijing China, didirikan Gereja Yesus Benar. (Yeh 43:2)

5. Tanda- diasaskan Roh Kudus. (Ef 1:13-14, II Kor 1:21-22, Yoh 20:22-23)

6. Hujan musim awal – hujan musim gugur – Roh Kudus dicurahkan pada Hari Pentakosta telah mendirikan jemaat rasul. (Yak 5:7-8, Kis 1:4-5,8 , 2:1-4,38-47)

7. Hujan musim akhir – Hujan Semi – Sebelum menuai Roh Kudus dicurahkan sekali lagi untuk mendirikan Gereja Yesus Benar – 1917 Tahun Masihi. (Zak 10:1; Yoel 2:23)

8. Dari Timur ke Barat (Mat 24:27) – Asia Tenggara, Benua Amerika, Eropah, Afrika, Australia.

Penutup: Injil disebarkan ke seluruh dunia. (Kis 1:8, Mrk 16:15)

Orang di dalam Taman Firdaus
| | | | |

Orang di dalam Taman Firdaus

Nas Aikitab : Kej 1:26 a, 27a, 28a, 5:1-2

A. Ada gambar dan rupa Tuhan (Kej 1:26a,27b, 5:1b)

B. Melihat orang seperti melihat Tuhan (Mzm 82:6)

Pepatah mengatakan, melihat anak seperti melihat ayahnya, anak seperti bapa, bukannya bapa seperti anak. Tuhan Yesus datang dalam rupa manusia, dia adalah orang yang paling piawai.

Jadi, Tuhan Yesus dengan yakin sepenuhnya berkata, “Melihat aku seperti telah melihat Bapa – Allah”. (Kol 1:15; Yoh 14:9, 12: 45)

C. Menyelidiki Diri

Setelah percaya Yesus, dibaptis, mendapat Roh Kudus, masuk ke dalam Taman Firdaus – Gereja Yesus Benar, adakah sama seperti manusia, seperti manusia seperti juga Tuhan (Ef 4:21-24)

D. Kesedaran Diri

Tujuan sebenar Tuhan mencipta manusia. (Yes 43:7)

E. Diberkati Tuhan (Kej 1:28 a, 5:2b)

Janji yang mulia dan besar, mendapat bahagian dalam keilahian Tuhan. (II Ptr 1:4; Kol 2:9-10a)

Kesimpulan:

Hargailah Kehormatan Manusia. (Kej 2:7; Mzm 49:20)

Dahulu hingga Kini
|

Dahulu hingga Kini

Nas Alkitab: Ef Fasal Ke-2

A. Dahulu

1. Mati di dalam pelanggaran dan dosa. (1)

2. Mengikuti jalan dunia ini, dikuasai iblis. (2)

3. Hidup di dalam hawa nafsu daging, menjadi orang yang harus dimurkai. (3)

  • Keinginan nafsu – dosa – maut. (Yak 1:15)

4. Tidak mendapat bahagian dalam Anugerah Keselamatan. (12)

  • Hidup tanpa pengharapan.
  • Jiwa roh tidak mendapat ketenangan.

B. Kini

1. Berdamai dan bersatu dengan Tuhan. (13)

  • Ada sandaran, ada pengharapan, ada kesukacitaan, ada ketenangan.

2. Menjadi manusia baru. (15)

  • Tidak lagi berdosa (I Yoh 3:9), tubuh, jiwa dan roh diperbaharui sepenuhnya.

3. Menjadi warga di dalam rumah. (19)

  • Mendapat kasih, mendapat seratus kali ganda dalam hidup masa kini. (Mat 19:29)
  • Ada rasa kepunyaan, rasa keselamatan, rasa keharmonian.

4. Menjadi tempat kediaman Roh Kudus. (22)

C. Apakah yang harus diperbuat

1. Carilah, sandarlah dan dekatilah Tuhan (Mat 7:7-8; Mzm 46:1)

  • Tuhan menggenapi anugerah keselamatan. Mengkehendaki semua orang diselamatkan. (I Tim 2:4-6)

2. Bersyukurlah kepada anugerah Tuhan, kerana setiap perubahan digenapi oleh Tuhan.(13-16, Rm5:6-11)

3. Pelihara identiti ini kerana sukar diperoleh. (I Kor 3:16-17, I Tes 4:3-4)

4. Menjadi warga yang  sejati dalam rumah Tuhan, prihatin terhadap jemaat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (19)

Petrus dan Penglihatan Kain Besar
|

Petrus dan Penglihatan Kain Besar

Nas Alkitab : Kis 10:9-16

A. Semasa Doa Pukul 12 Tengah Hari

1. Orang Yahudi mempunyai amalan doa 7 kali sehari.

2. Alkitab ada mencatatkan bahawa Petrus ada berdoa pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang.

3. Doa itu adalah berkomunikasi dengan Tuhan, komponen terpenting dalam penyempurnaan rohani.

4. Berdoa pada setiap waktu, memohon dan bersyukur. (Ef 6:18, Flp 4:6)

B. Langit terbuka

1. Langit terbuka, anugerah Tuhan melimpah kepada manusia, sejak itu terbukalah pintu penginjilan untuk bangsa kafir.

2. Berdoa sampai langit terbuka, Petrus pada ketika itu sedang memberitakan injil ke merata-rata tempat. (Kis 9 :32)

3. Murid-murid berdoa memohon Roh Kudus pada hari Pentakosta.

4. Petrus ditangkap, jemaat mendoakannya sehingga dia terselamat.

5. Elia berdoa memohon hujan.

6. Hizkia berdoa menumpaskan musuh.

C. Penglihatan datangnya dari langit

1. Petunjuk itu berasal dari Tuhan, disediakan oleh Tuhan.

2. Tuhan berhak penuh dalam soal pemilihan manusia. (Rm 9:15-16)

  • Seperti Ishak. (Kej 17:19-21)
  • Yakub. (Kej 25:23, Rm 9:10-13)

D. Kain itu mengikat 4 penjuru, di atasnya ada pelbagai binatang hidup

1. Orang yang dipilih Tuhan berasal dari segenap pelosok dunia.

2. Tuhan tidak membezakan lelaki dengan perempuan, tua dengan muda, hormat dengan hina, cantik dengan hodoh, kaya dengan miskin, hitam dengan putih.

3. Asalkan percaya kepada Tuhan, Tuhan menyukainya dan memilihnya. (Gal 3:26-29)

E. Apa yang ditahirkan Tuhan tidak boleh dianggap haram

1. Tidak boleh menghakimi orang. (Yak 4:11-12,3:9-10)

2. Tidak boleh memandang hina terhadap saudara. (Yak 2:1-7)

3. Cara Tuhan memilih orang sangat menghairankan.

  • Seperti Paulus, Kornelius, kepala penjara, Zakheus.