|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 28

TUHAN, perisaiku (Mazmur 28:1-9)

1 Dari Daud,
Kepada-Mu, ya TUHAN, gunung batuku, aku berseru,
janganlah berdiam diri terhadap aku,
sebab jika Engkau tetap membisu terhadap aku,
aku menjadi seperti orang yang turun ke dalam liang kubur.

2 Dengarkanlah suara permohonanku,
apabila aku berteriak kepada-Mu minta tolong,
dan mengangkat tanganku
ke arah tempat-Mu yang maha kudus.

3 Janganlah menyeret aku bersama-sama dengan orang fasik
ataupun dengan orang yang melakukan kejahatan,
yang ramah dengan teman-temannya,
tetapi yang hatinya penuh kejahatan.

4 Ganjarilah mereka menurut perbuatan mereka
dan menurut kelakuan mereka yang jahat;
ganjarilah mereka setimpal dengan perbuatan tangan mereka,
balaslah kepada mereka apa yang mereka lakukan.

5 Karena mereka tidak mengindahkan pekerjaan TUHAN
dan perbuatan tangan-Nya;
Ia akan menjatuhkan mereka
dan tidak membangunkan mereka lagi.

6 Terpujilah TUHAN, kerana Ia telah mendengar
suara permohonanku.

7 TUHAN adalah kekuatanku dan perisaiku;
kepada-Nya hatiku percaya.
Aku tertolong sebab itu beria-ria hatiku,
dan dengan nyanyianku aku bersyukur kepada-Nya.

8 TUHAN adalah kekuatan umat-Nya
dan benteng keselamatan bagi orang yang diurapi-Nya!

9 Selamatkanlah kiranya umat-Mu
dan berkatilah milik-Mu sendiri,
gembalakanlah mereka dan dukunglah mereka untuk selama-lamanya.

Tajuk:
Kiranya melihat upah dan hukuman

Tema:
Memohon Tuhan menghukum dan memberkati menurut keadilan

Latar belakang:
Sewaktu negara Daud ditimpa bencana, dia memohon Tuhan membantu, menambahkan kekuatan untuk memukul kalah musuh.
1. Ada pihak beranggapan ini ialah sewaktu Absalom mengadakan pemberontakan.

2. Ada pihak beranggapan ini ialah sewaktu Daud terlalu yakin akan diri sendiri dan menghitungkan jumlah rakyat lalu TUhan menimpakan penyakit sampar (2 Taw 21)

Kategori:
Nyanyian ratapan kumpulan, bahagian pertama ialah nyanyian kutukan dan bahagian kedua ialah nyanyian pujian.

Garis kasar:
I. Berdoa memohon kepada Tuhan (1-2)
a. Memohon Tuhan jangan berdiam diri (1) ~ Supaya jangan aku mati
b. Dengarkanlah suara permohonanku (2)

II. Memohon Tuhan menghukum musuh (3-5)
(1) Kekejaman di sebalik kemanisan musuh (3)
a. Mulut berbicara secara ramah
b. Namun hati penuh kejahatan

(2)Memohon ganjari mereka (4)
a. Ganjari mereka menurut perbuatan mereka
b. Yang patut mereka terimakan

(3) Hapuskan mereka (5)
a. Kerana mereka tidak mengindahkan pekerjaan Tuhan
b. Mereka tidak akan dibangunkan lagi

III. Puji-pujian dikaruniai (6-7)
(1) Kerana Dia mendengar suara permohonan manusia
(2) Kerana Dialah sandaranku (7)
a. Adalah kekuatanku umat
b. Adalah perisaiku
c. Adalah pertolonganku

(3) Kerana Dialah sukacitaku

IV. Memohon Tuhan memberkati umat (8-9)
a. Menjadi kekuatan umat
b. Menjadi benteng keselamatan orang yang diurapi
c. Berdoa untuk umat
(1) Selamatkan
(2) Berkati
(3) Gembalakan
(4) Dukungan

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 27

Aman dalam perlindungan Allah (Mazmur 27:1-14)

1 Dari Daud,
TUHAN adalah terangku dan keselamatanku,
kepada siapakah aku harus takut?
TUHAN adalah benteng hidupku,
terhadap siapakah aku harus gementar?

2 Ketika penjahat-penjahat menyerang aku
untuk memakan dagingku,
yakni semua lawanku dan musuhku,
mereka sendirilah yang tergelincir dan jatuh.

3 Sekalipun tentera berkemah mengepung aku,
tidak takut hatiku;
sekalipun timbul peperangan melawan aku,
dalam hal itu pun aku tetap percaya.

4 Satu hal telah kuminta kepada TUHAN,
itulah yang kuingini;
diam di rumah TUHAN seumur hidupku,
menyaksikan kemurahan TUHAN
dan menikmati bait-Nya.

5 Sebab Ia melindungi aku dalam pondok-Nya
pada waktu bahaya;
Ia menyembunyikan aku dalam persembunyian di kemah-Nya,
Ia mengangkat aku ke gunung batu.

6 Maka sekarang tegaklah kepalaku,
mengatasi musuhku sekeliling aku;
dalam kemah-Nya aku mau mempersembahkan korban
dengan sorak-sorai;
aku mau menyanyi dan bermazmur bagi TUHAN.

7 Dengarlah, TUHAN, seruan yang kusampaikan,
kasihanilah aku dan jawablah aku!

8 Hatiku mengikuti firman-Mu:
“Carilah wajah-Ku”;
maka wajah-Mu kucari, ya TUHAN.

9 Janganlah menyembunyikan wajah-Mu kepadaku;
janganlah menolak hamba-Mu ini dengan murka;
Engkaulah pertolonganku,
janganlah membuang aku
dan janganlah meninggalkan aku,
ya Allah penyelamatanku!

10 Sekalipun ayahku dan ibuku meninggalkan aku,
namun TUHAN menyambut aku.

11 Tunjukkanlah jalan-Mu kepadaku, ya TUHAN,
dan tuntunlah aku di jalan yang rata oleh sebab seteruku.

12 Janganlah menyerahkan aku kepada nafsu lawanku,
sebab telah bangkit menyerang aku saksi-saksi dusta,
dan orang-orang yang bernafaskan kelaliman.

13 Sesungguhnya, aku percaya akan melihat kebaikan TUHAN
di negeri orang-orang yang hidup!

14 Nantikanlah TUHAN!
Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu!
Ya, nantikanlah TUHAN!

Tajuk:
Setiap yang percaya dengan yakin, tidak akan takut

Tema:
Setiap yang takut akan Allah dan bersandar kepadaNya tidak takut sesuatu apapun

Latar belakang:
1. Pembuka fasal ini berbunyi : “Dari Daud”. Di dalam kitab Septuagint Yunani ada ditambahkan “Sewaktu dia diurapi”. Justeru itu, dikatakan nyanyian ini dituliskan ketika Daud dianiayai Saul.

2. Di dalam fasal ini ada perkataan ‘rumah Tuhan / bait’, justeru ada orang beranggapan fasal ini bukan hasil tulisan Daud, melainkan hasil tulisan seorang pujangga yang kembali dari pembuangan di Babel.

3. Para cendekiawan zaman moden berkata di dalam fasal ini ayat 1-6 dan ayat 7-14 adalah bahagian yang mana nada penyampaiannya sama sekali berlainan. Justeru dikatakan kedua-duanya adalah dua nyanyian yang belainan. Namun, kalau mengikut pengalaman hidup secara amnya, di dalam apa jua keadaan hidup seseorang, tetap ada masa tersiksa dan kecewa, namun ada juga masa kuat dan teguh; kekadangnya penuh awan-awanan keraguan. Justeru itu, nyanyian ini telah memancarkan perasaan dan sentiment suasana sebenar seorang pujangga. Sekali-kali bukan suatu hasil pengarangan yang secara kebetulan.

Kategori:
Nyanyian pujian ratapan peribadi

Garis kasar:
I. Pengistiharan iman (1)
~ Aku tidak takut, disebabkan Allah ialah
a. Terangku
b. Keselamatanku
c. Benteng hidupku

II. Pengujian iman (2-10)
1. Sewaktu musuh datang menyerang (2-3)
a. Sewaktu musuh datang menyerang (2-3)
b. Aku tidak takut bahkan tetap percaya (3)

2. Sewaktu tertindas (4-6)
(1) Ingin diam di rumah Tuhan (4)
a. Menyaksikan kemurahan Tuhan
b. Memohon pertolongan

(2) Melindungi aku dalam waktu bahaya (5)
a. Menyembunyikan aku dalam persembunyian di kemahNya
b. Mengangkat aku ke atas gunung batu

(3) Tegaklah kepalaku (6)
a) Mengatasi persembahkan korban dengan sorak-sorai
b) Menyanyi dan bermazmur

3. Sewaktu berseru dan mencari (7-9)
(1) Jawablah aku (7)
a. Dengarlah aku
b. Kasihanilah aku

(2) Aku mau mencari Engkau (8)
a. Oleh kerana firmanMu
b. Aku mahu mengikutinya

(3) Janganlah meninggalkan aku (9)
a. Janganlah menyembunyikan wajahMu kepadaku
b. Janganlah menolak hambaMu ini dengan murka
c. Engkaulah pertolonganku

4. Sewaktu ayah dan ibu meninggalkan aku (10) : Tuhan Allah pasti memelihara

III. Hasil iman (11-14)
(1) Berjalan di atas jalan yang tepat (11)
a. Tunjukkanlah jalanMu kepadaku
b. Tuntunlah aku di jalan yang rata

(2) Jangan dicelakai musuh (12)
a. Jangan menyerahkan aku ke dalam tangan musuh
b. Walaupun orang fasik dan saksi dusta menyerang

(3) Akan melihat kebaikan Tuhan (13)
a. Percaya dengan yakin bahwa Allah adalah Tuhan orang-orang hidup
b. Selama-lamanya tidak takut

(4) Kuat dan teguh (14)
a. Nantikanlah Tuhan
b. Teguhkan iman

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 26

Doa mohon dibenarkan oleh TUHAN (Mazmur 26:1-12)

1 Dari Daud.
Berilah keadilan kepadaku, ya TUHAN,
sebab aku telah hidup dalam ketulusan;
kepada TUHAN aku percaya
dengan tidak ragu-ragu.

2 Ujilah aku, ya TUHAN, dan cobalah aku;
selidikilah batinku dan hatiku.

3 Sebab mataku tertuju pada kasih setia-Mu,
dan aku hidup dalam kebenaran-Mu.

4 Aku tidak duduk dengan penipu,
dan dengan orang munafik aku tidak bergaul;

5 aku benci kepada perkumpulan orang yang berbuat jahat,
dan dengan orang fasik aku tidak duduk.

6 Aku membasuh tanganku tanda tak bersalah,
lalu berjalan mengelilingi mezbah-Mu, ya TUHAN,

7 Sambil memperdengarkan nyanyian syukur dengan nyaring,
dan menceritakan segala perbuatan-Mu yang ajaib.

8 TUHAN, aku cinta pada rumah kediaman-Mu
dan pada tempat kemuliaan-Mu bersemayam.

9 Jangalah mencabut nyawaku bersama-sama orang berdosa,
atau hidupku bersama-sama orang penumpah darah,

10 yang pada tangannya melekat perbuatan mesum,
dan yang tangan kanannya menerima suapan.

11 Tetapi aku ini hidup dalam ketulusan;
bebaskanlah aku dan kasihanilah aku.

12 Kakiku berdiri di tanah yang rata;
aku mahu memuji TUHAN dalam jemaah.

Tajuk:
Ujilah Aku, Ya Tuhan

Tema:
Daud memohon Tuhan menghapuskan serangan tak bersebab dari musuh ke atasnya.

Latar belakang:
1. Latar belakang sejarah fasal ini kebanyakkannya catatan di dalam II Sam 4. Pada waktu tersebut ada sesetengah orang menyangka bahwa pembunuhan Abner [anak Ner, seorang panglima Saul] dan Isyboset [anak raja Saul] adalah komploton Daud lalu mereka menanggungkan dosa ini ke atas Daud, menuduh bahwa dia telah bertindak membelakangi moral hati nuraninya (II Sam 16:5-8; Mzm 7:5-6). Tatkala menghadapi serangan demikian, Daud memohon kepada Tuhan agar membela dirinya.

2. Ada juga orang menganggap fasal ini mempunyai latar belakang peristiwa pemberontakan Absalom dan Daud memohon Tuhan merahmati agar ia segera boleh kembali ke Sion, beribadah kepadaNya di Bait Suci.

Kategori:
Nyanyian ratapan peribadi

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Dalam keseluruhan fasal ini Daud mengakui dirinya tidak bersalah dan ia memohon Tuhan membela bagi pihaknya. Fasal yang sebelumnya (fasal 25) ialah doa Daud yang mengakui dosa dan menyesal sambil bertobat. Kedua-dua fasal ini adalah satu kontra yang sangat ketara.

Garis kata:
I. Hatiku tulus dan benar (1-3)
a. Hidup dalam ketulusan (1)
~ Percaya kepada Tuhan dengan tidak ragu-ragu

b. Boleh diuji (2)
~ Selidikilah batin dan hatiku

c. Hidup dalam kebenaran (3)
~ Oleh kerana kasih setiaMu

2. Hatiku membenci dosa kejahatan (4-5)
a. Tidak duduk dengan penipu
b. Tidak duduk dengan orang fasik

3. Hatiku suci (6-8)
a. Tanganku tak bersalah (6)
~ Barulah berani persembahankan korban

b. Mulutku memuji bersyukur (7)
~ Bersaksi tentang perbuatan Tuhan

c. Aku cinta pada Bait Suci (8)
~ Merindukan kemuliaan Tuhan

4. Memohon Tuhan menyelamatkan aku (9-12)
a. Memohon Tuhan membezakan antara baik dengan jahat (9-10)
~ Pada tangan orang fasik melekat perbuatan mesum dan mereka menerima suapan

b. Memohon TUhan mengasihani dan membebaskan (11)
~ Aku bertekad hidup dalam ketulusan

c. Aku mau memuji Tuhan (12)
~ Ketika aku berdiri di tanah yang rata

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 25

Doa mohon ampun dan perlindungan (Mazmur 25:1-22)

1 Dari Daud
Kepada-Mu, ya TUHAN, kuangkat jiwaku:

2 Allahku, kepada-Mu aku percaya;
janganlah kiranya aku mendapat malu;
janganlah musuh-musuhku beria-ria atas aku.

3 Ya, semua orang yang menantikan Engkau takkan mendapat malu;
yang mendapat malu ialah mereka yang berbuat khianat dengan tidak ada alasannya.

4 Beritahukanlah jalan-jalan-Mu kepadaku, ya TUHAN,
tunjukkanlah itu kepadaku.

5 Bawalah aku berjalan dalam kebenaran-Mu dan ajarlah aku,
sebab Engkaulah Allah yang menyelamatkan aku,
Engkau kunanti-nantikan sepanjang hari.

6 Ingatlah segala rahmat-Mu dan kasih setia-Mu, ya TUHAN,
sebab semuanya itu sudah ada sejak purbakala.

7 Dosa-dosaku pada waktu muda
dan pelanggaran-pelanggaranku janganlah Kauingat,
tetapi ingatlah kepadaku sesuai dengan kasih setia-Mu,
oleh kerana kebaikan-Mu, ya TUHAN.

8 TUHAN itu baik dan benar;
sebab itu Ia menunjukkan jaln kepada orang yang sesat.

9 Ia membimbing orang-orang yang rendah hati menurut hukum,
dan Ia mengajarkan jalan-Nya kepada orang-orang yang rendah hati.

10 Segala jalan TUHAN adalah kasih setia dan kebenaran
bagi orang yang berpegang pada perjanjian-Nya dan
peringatan-peringatan-Nya.

11 Oleh kerana nama-Mu, ya TUHAN,
ampunilah kesalahanku, sebab besar kesalahan itu.

12 Siapakah orang yang takut akan TUHAN?
Kepadanya TUHAN menunjukkan jalan yang harus dipilihnya.

13 Orang itu sendiri akan menetap dalam kebahagiaan
dan anak cucunya akan mewarisi bumi.

14 Tuhan bergaul karib dengan orang yang takut akan Dia,
dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka.

15 Mataku tetap terarah kepada TUHAN,
sebab Ia mengeluarkan kakiku dari jaring.

16 Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah aku,
sebab aku sebatang kara dan tertindas.

17 Lapangkanlah hatiku yang sesak
dan keluarkanlah aku dari kesulitanku!

18 Tiliklah sengsaraku dan kesukaranku,
dan ampunilah segala dosaku.

19 Lihatlah, betapa banyaknya musuhku,
dan bagaimana mereka membenci aku dengan sangat mendalam.

20 Jagalah kiranya jiwaku dan lepaskanlah aku;
Janganlah aku mendapat malu, sebab aku berlindung
pada-Mu.

21 Ketulusan dan kejujuran kiranya mengawal aku,
sebab aku menanti-nantikan Engkau.

22 Ya Allah, bebaskanlah orang Israel
dari segala kesesakannya!

Tajuk: Aku menantikan Engkau, Ya Tuhan

Tema: Sesudah berbuat dosa, Daud berharap Allah menunjukkan jalan yang tepat

Latar belakang:
1. Nyanyian doa kepada Tuhan sewaktu melarikan diri dari pemburuan Saul (I Sam fasal 9-20), tahun 1010 BC

2. Apakah yang didoakan Daud kepada Tuhan? Yang terutamanya ialah mengakui dosa. Daud menginsafi diri akan dosa sendiri (I Sam 20:1)

3. Meninjau keseluruhan fasal mazmur ini, kebanyakan besarnya adalah doa penyesalan dan pertobatan dari dosa sendiri. Di antaranya terdapat 13 kali perkataan ‘minta’ [Kitab Bahasa Cina]. Hanya dari butir ini cukup memperlihatkan kepada kita betapa pekat dan sesungguhnya perasaan pertobatan Daud dan fasal ini adalah kesaksian bukti yang terbaik bagaimana dia mengakui dosa di hadapan Tuhan dan memohon pengampunan Tuhan.

Kategori:
Nyanyian ratapan peribadi

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
1. I Sam 13:14 dan Kis 13:22 menyatakan bahwa Daud ialah seorang yang berkenan di hati Tuhan. Dan itu adalah disebabkan Daud tahu mengakui dosa dan memohon Tuhan mengampuni dosanya, di mana ini adalah tepat memenuhi kehendak hati Tuhan.

2. Nyanyian menyesali kehendak hati Tuhan

3. Nyanyian 49:9, 10, 25, 34, 37, 111, 119. 145

Garis kasar:
I. Engkau pasti menghapuskan segala yang memalukan padaku (1-7)
(1) Semua orang yang menantikan Engkau takkan mendapat malu (1-3)
a. KepadaMu, Kuangkat jiwaku
b. KepadaMu aku percaya
c. Percaya bahawa musuh akan mendapat malu

(2) Sebab Engkaulah yang menyelamatkan aku (4-5)
~ Beritahulah jalan-jalanMu kepadaku

(3) Sebab Engkaulah yang penuh rahmat dan kasih setia (6-7)
~ Ampunilah segala dosa dan pelanggaranku

II. Engkau pasti menuntun aku ke jalan yang benar (8-11)
(1) Engkau pasti menuntun orang dosa ke jalan yang benar (8)
~Engkau baik dan benar

(2) Engkau akan membimbing orang-orang yang rendah hati (9)
~ Membimbing mereka menurut hukum

(3) Engkau berlaku setia dan benar atas mereka (10-11)
~ Setiap yang berpegang kepada perjanjian dan peringatan
~ Ampunilah kesalahanku

III. Engkau akan berbuat baik ke atas setiap yang takut akan Allah (12-15)
a. Menunjukkan jalan yang harus dipilihNya (12)
b. Menetapkan dia dan anak cucunya dalam kebahagiaan (13)
c. PerjanjianNya diberitahukanNya kepada mereka (14)
d. Melepaskan aku dari jaring (15)

IV. Engkau pasti melepaskan aku dari setiap kesesakan (16-20)
(1) Sebab aku sebatang kara dan tertindas (16-18)
a. Kasihanilah aku
b. Keluarkanlah aku
c. Tiliklah [jagailah]

(2) Musuh membenci aku (19-20)
a. Lihatlah musuhku
b. Jagalah jiwaku

(3) Sebab aku menanti-nantikan Engkau (21-22)
a. Ketulusan dan kejujuran kiranya mengawal aku
b. Allah ialah Tuhan penyelamat umat Israel

Corak Nyanyian fasal ini adalah seperti berikut:
1. Doa (1-7) ~ 7 ayat
2. Renungan (8-10) ~ 3 ayat
3. Doa (11) ~ 1 ayat
4. Renungan (12-14) ~ 3 ayat
5. Doa (15) ~ 1 ayat
6. Doa (16-22) ~ 1 ayat

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 24

Kedatangan Raja Kemuliaan dalam Bait Allah (Mazmur 24:1-10)

1 TUHANlah yang empunya bumi serta segala isinya,
dan dunia serta yang diam di dalamnya.

2 Sebab Dialah yang mendasarkannya di atas lautan
dan menegakkannya di atas sungai-sungai.

3 “Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN?
Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?”

4 “Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya,
yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan,
dan yang tidak bersumpah palsu.

5 Dialah yang akan menerima berkat dari TUHAN
dan keadilan dari Allah yang menyelamatkan dia.

6 Itulah angkatan orang-orang yang menanyakan Dia,
yang mencari wajah-Mu, ya Allah Yakub”.

7 Angkatan kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,
dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,
supaya masuk Raja Kemuliaan!

8 “Siapakah itu Raja Kemuliaan?”
“TUHAN, jaya dan perkasa,
TUHAN, perkasa dalam peperangan!”

9 Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,
dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,
supaya masuk Raja Kemuliaan!

10 “Siapakah Dia itu Raja Kemuliaan?”
“TUHAN semesta alam,
Dialah Raja Kemuliaan!”

Tajuk:
Siapakah Raya yang mulia?

Tema:
Sewaktu menyambut tabut perjanjian yang mulia, Daud menyanyi memuji keperkasaan atau keagungan Tuhan

Latar belakang:
Fasal ini dikarang oleh Daud sewaktu menyambut kembali tabut perjanjian dari rumah Obed-Edom kembali ke Sion (II Sam 6:6-19). Pada waktu tersebut, kemungkinan terdapat satu kumpulan raksaksa penyanyi yang mengiringi sambil menyanyi membawa tabut perjanjian untuk disimpan ke tempat yang telah disediakan (ruj: I Taw 15:2-27)

Kategori:
Merupakan karangan mazmur sahut-menyahut ataupun kumpulan penyanyi imam dan orang Lewi menyoal manakala jemaah jawab menyahut. Dinyanyi unison secara bergilir-gilir. Cara sahut-menyahut nyanyi ini ialah:

I. Apabila tabut perjanjian tiba di kaki bukit Bait Suci (1-6)
a. Kumpulan koir menyanyi (1-2)
b. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (3)
c. Kumpulan koir menjawab soalan (4-5)
d. Jemaah menyanyi unison (6)

II. Apabila tabut perjanjian tiba di atas gunung dekat pintu Bait Suci dan bersedia diangkat ke dalam (7-11)
a. Kumpulan koir menyanyi (7)
b. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (8a)
c. Jemaah menyanyi menjawab soalan (8b)
d. Kumpulan koir menyanyi (9)
e. Pemimpin koir menyanyi solo mengajukan soalan (10a)
f. Jemaah menyanyi menjawab soalan (10b)

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
1. Fasal ini serba sama dengan fasal 15, iaitu fasal adik-beradik dan kedua-duanya ditulis pada masa yang sama.

2. Berkaitan secara langsung dengan fasal 22 dan 23. Fasal ini bernubuat tentang Kristus akan masuk ke dalam Kota Yerusalem dengan penuh kemuliaan. Kali pertama ialah sebelum Dia disiksa (Mat 21:1-11) dan kali kedua ialah sewaktu Dia datang kembali dari Sorga (Why 21:1-7), barulah demikian tergenapnya seluruh fasal ini (Flp 2:9-11)

3. Di dalam kitab Yunani dan Latin, pembuka fasal ini berbunyi: “Sehari sesudah hari Sabat. Mazmur Daud” menunjukkan ianya dinyanyikan pada hari Ahad.

Garis kasar:
I. Dia ialah pencipta (1-2)
1. Dialah yang empunya segala sesuatu (1)
a. Bumi serta segala isinya
b. Dunia serta yang diam di dalamnya

2. Yang diciptakan (2)
a. Dia yang mendasarkannya di atas lautan
b. Menegakkannya di atas sungai-sungai

II. Dia ialah penyelamat (3-6)
1. Kelayakkan untuk naik ke atas gunung Tuhan (4) ~ syarat-syarat
a. Tangan bersih, suci hati
b. Tidak menyerahkan diri kepada penipuan
c. Tidak bersumpah palsu

2. Kesudahan naik ke atas gunung Tuhan (5-6)
a. Menerima berkat daripada Tuhan
b. Menerima keadilan daripada TUhan
c. Adalah angkatan orang-orang yang menanyakan Tuhan
d. Adalah Yakub yang mencari wajah Tuhan
~ Dikenan-terima Tuhan

III. Dia iaiah pemerintah (7-10)
1. Diharap-nantikan segala bangsa
a. Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang
b. Terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad

2. Gambar rupa Raja Kemuliaan
a. Tuhan Allah yang maha perkasa
b. Tuhan Allah semesta alam

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 23

TUHAN, gembalaku yang baik (Mazmur 23:1-6)

2 TUHAN adalah gembalaku, takkan kekurangan aku.
Ia membaringkan aku di padang yang berumput hijau,
Ia membimbing aku ke air yang tenang;

3 Ia menyegarkan jiwaku.
Ia menuntun aku di jalan yang benar
oleh kerana nama-Nya.

4 Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman,
aku tidak takut bahaya,
sebab Engkau besertaku;
gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku.

5 Engkau menyediakan hidangan bagiku,
di hadapan lawanku;
Engkau mengurapi kepalaku dengan minyak;
pialaku penuh melimpah.

6 Kebajikan dan kemurahan belaka akan mengikuti aku,
seumur hidupku;
dan aku akan diam dalam rumah TUHAN
sepanjang masa.

Tajuk :
Tuhan adalah gembalaku

Tema:
Tuntunan dan perlindungan Tuhan

Latar Belakang:
Kemungkinan Daud menulis fasal mazmur ini sewaktu tinggal di dalam istananya sendiri, di mana dia mengimbas kembali waktu mudanya sampai ke usia tuanya. Hidupnya bermula daripada hidup menggembala domba-domba, melalui pelbagai pengujian hidup manusia dan kini ia sudah tua umpama matahari mulai terbenam. Namun, imbasannya tentang tahun-tahun yang telah berlalu, melihat waktu dari gembala muda sampai dinobatkan menjadi raja Israel, bukanlah sepanjang tempoh tersebut ia disertai jagaan dan pimpinan Tuhan. Walaupun sekarang ia tinggal di istana, namun ia tidak merasa cukup dan puas akan kebahagiaan dan kekayaan hidupnya melainkan setiap yang difikirnya adalah Bait Tuhan dan Rumah Tuhan dan setiap yang disaksikan adalah hubungan di antara dia dengan Tuhan.

Kategori:
tergolong sebagai nyanyian ratapan peribadi

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Begitu bermakna fasal ini diselitkan sedemikian di antara fasal 22 dengan fasal 24. Ketiga-tiga fasal ini menyentuh tentang kerja Tuhan waktu dulu, sekarang dan akan datang. Fasal 22 ialah Tuhan umpama domba terseksa, fasal 23 Tuhan menjadi Gembala yang baik kepada domba-domba dan fasal 24 ialah kemuliaan Tuhan menjadi Raja.

Garis kasar:
I. Adalah gembalaku (1-2) ~ Pengalaman hidup masa kini

~ Mewakili pengalaman peringkat hidup mudanya (I Sam 17:34-36)

(1) Takkan kekurangan aku (1)
~ Jiwaku tidak kekurangan (1) ~ tidak kekurangan pakaian dan makanan

(2) Padang berumput hijau (2)
~ Membesarkan jiwa rohaniku (2) ~ tidak kekurangan ketenangan

(3) Air yang tenang (2)

II. Adalah jaminanku (3-4) ~ pengalaman menjelang ajal
~ Mewakili pengalaman peringkat hidup tengah baya ( 1 Sam 21-27)
1. Menyegarkan jiwaku
~ Jiwaku gilang – gemilang (3) – tidak kekurangan pimpinan, tidak kekurangan teman

2. Menuntun aku di jalan yang benar

3. Agar aku beroleh damai sejahtera
~ Sekalipun berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya
~ Agar jiwaku berbahagia (4): Tidak kekurangan perlindungan, tidak kekurangan penghiburan

4. Agar aku beroleh penghiburan
~ Sebab gadaMu dan tongkatKu

III. Adalah perisaiku (5-6) ~ Kebahagiaan hidup akan datang
~ Mewakili pengalaman peringkat hidup usia tua (2 Sam 5:1-5)
1. Menyediakan hidangan bagiku
~ Di hadapan lawanku
~ Agar aku bermegah di dalam perjuangan rohaniku (5)
* Tidak kekurangan penyelamatan, tidak kekurangan kenikmatan, tidak kekurangan kemuliaan tidak kekurangan kebahagiaan.

2. Pialaku penuh melimpah
~ Mengurapi kepalaku dengan minyak

3. Kebajikan dan kemurahan mengikuti
~ Seumur hidup
~ Agar jiwaku tetap bertahan ~ Tidak kekurangan kasih setia, tidak kekurangan tempat kediaman kekal.

4. Diam di dalam rumah Tuhan
~ Sepanjang masa