|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 22

Allahku, mengapa kau tinggalkan aku? (Mazmur 22:1 32)

1 Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar.
Mazmur Daud.

2 Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?
Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku.

3 Allaku, aku berseru-seru pada waktu siang,
tetapi Engkau tidak menjawab,
dan pada waktu malam, tetapi tidak juga aku tenang.

4 Padahal Engkaulah Yang Kudus yang bersemayam
di atas puji-pujian orang Israel.

5 Kepada-Mu nenek moyang kami percaya ;
mereka percaya, dan Engkau meluputkan mereka.

6 Kepada-Mu mereka berseru-seru, dan mereka terluput;
kepada-Mu mereka percaya, dan mereka tidak mendapat malu.

7 Tetapi aku ini ulat dan bukan orang,
cela bagi manusia, dihina oleh orang banyak.

8 Semua yang melihat aku mengolok-olok aku,
mereka mencibirkan bibirnya, menggelengkan kepalanya:

9 ” Ia menyerah kepada TUHAN; biarlah Dia yang meluputkannya,
biarlah Dia yang melepaskannya! Bukankah Dia berkenan kepadanya?”

10 Ya, Engkau yang mengeluarkan aku dari kandungan;
Engkau yang membuat aku aman pada dada ibuku.

11 Kepada-Mu aku diserahkan sejak aku lahir,
sejak dalam kandungan ibuku Engkaulah Allahku.

12 Janganlah jauh dari padaku,
sebab kesusahan telah dekat,
dan tidak ada yang menolong.

13 Banyak lembu jantan mengerumuni aku;
banteng-banteng dari Basan mengepung aku;

14 mereka mengangakan mulutnya terhadap aku
seperti singa yang menerkam dan mengaum.

15 Seperti air aku tercurah,
dan segala tulangku terlepas dari sendinya;
hatiku menjadi seperti lilin,
hancur luluh di dalam dadaku;

16 kekuatanku kering seperti beling,
lidahku melekat pada langit-langit mulutku;
dan dalam debu maut Kauletakkan aku.

17 Sebab anjing-anjing mengerumuni aku,
gerombolan penjahat mengepung aku,
mereka menusuk tangan dan kakiku.

18 Segala tulangku dapat kuhitung,
mereka menonton, mereka memandangi aku.

19 Mereka membagi-bagi pakaianku di antara mereka,
dan mereka membuang undi atas jubahku.

20 Tetapi Engkau, TUHAN, janganlah jauh;
ya kekuatanku, segeralah menolong aku!

21 Lepaskanlah aku dari pedang,
dan nyawaku dari cengkeraman anjing.

22 Selamatkanlah aku dari mulut singa,
dan dari tanduk banteng.
Engkau telah menjawab aku!

23 Aku akan memasyhurkan nama-Mu kepada
saudara-saudaraku
dan memuji-muji Engkau di tengah-tengah jemaah:

24 kamu yang takut akan TUHAN, pujilah Dia,
hai genap anak cucu Yakub, muliakanlah Dia,
dan gentarlah terhadap Dia, hai segenap anak cucu Israel!

25 Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik
kesengsaraan orang yang tertindas,
dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu,
dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.

26 Kerana Engkau aku memuji-muji dalam jemaah yang besar;
nazarku akan kubayar di depan mereka yang takut akan Dia.

27 Orang yang rendah hati akan makan dan kenyang,
orang yang mencari TUHAN akan memuji-muji Dia;
biarlah hatimu hidup untuk selamanya!

28 Segala ujung bumi akan mengingatnya
dan berbalik kepada TUHAN;
dan segala kaum dari bangsa-bangsa
akan sujud menyembah di hadapan-Nya.

29 Sebab TUHANlah yang empunya kerajaan,
Dialah yang memerintah atas bangsa-bangsa.

30 Ya, kepada-Nya akan sujud menyembah semua orang
sombong di bumi,
di hadapan-Nya akan berlutut semua orang yang turun ke
dalam debu,
dan orang yang tidak dapat menyambung hidup.

31 Anak-anak cucu akan beribadah kepada-Nya,
dan akan menceritakan tentang TUHAN
kepada angkatan yang akan datang.

32 Mereka akan memberitakan keadilan-Nya
kepada bangsa yang akan lahir nanti,
sebab Ia telah melakukannya.

Tajuk:
Doa dan Puji-Pujian Iman

Tema:
Setelah seruan permohonan di dalam waktu penderitaan, pujangga kini beroleh pengalaman bernilai di dalam kemenangan iman kepercayaan.

Latar Belakang:
1. Fasal ini adalah keadaan terseksa Daud, sewaktu melarikan diri pemburuan dan sedang berada di padang gurun Maon (1 Sam fasal 23).

2. Terdapat orang yang berpendapat fasal ini juga menghuraikan tentang penderitaan yang menimpa sama ada Yesaya ataupun Yeremia; keluahan yang diluahkan Daud sewaktu di dalam penderitaan. Dia terasa seolah-olah Allah telah meninggalkan tetapi pada akhirnya dia mendapat kesusahan yang baik. Justeru itu, dia meluahkan puji-pujian dan kesyukuran.

3. Ada juga pihak yang berkata bahwa fasal ini menyimbolkan bagaimana umat Israel dianiaya bangsa asing dan kira-kira mereka ditimpa penderitaan sedemikian disebabkan mereka meninggalkan Tuhan. Dan disebabkan pusat pemikiran Mzm 22:23-32 adalah serba bersamaan dengan kitab Zakharia maka gasal ini dianggap sebagai suatu hasil pengarangan selepas ditawan.

Kategori:
Nyanyian Mesias, yang bernubuat tentang Mesias menderita dan kemudian beroleh kemuliaan. Tergolong sebagai ratapan dan nyanyian pujian peribadi.

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
1. Ayat-ayat suci fasal ini telah tergenap pada diri Tuhan Yesus ialah:
Ayat 2 :
Doa permohonan di atas kayu salib (Mat 27:46; Mrk 15:34)

Ayat 8:
Mengolok-olok Tuhan ( Mrk 15:29)

Ayat 9:
Ada iman Elia (Mat 27:43)

Ayat 10 – 11:
Hati yang percaya dan bersandar (Luk 23:26)

Ayat 16:
Aku haus (Yoh 19:28)

Ayat 17:
Anjing-anjing (Yoh 19:34)

Ayat 19:
Membagi-bagi jubah (Mat 27:35; Mrk 15:24; Luk 23: 34; Yoh 19:23-24)

Ayat 23:
Pujian (Ibr 2:12)

Ayat 32:
Sudah Selesai (Ia telah melakukannya) (Yoh 19:30)

2. Fasal ini mempunyai 2 kelainan dengan fasal-fasal Mazmur lain di dalam hal berkenaan keseksaan:
a. Fasal ini menyentuh tentang kelemahan sifat manusia, namun bukan aspek menyesali, meratapi ataupun mengakui dosa.

b. Fasal ini tidak menyentuh tentang kutukan ke atas orang yang menyebabkan kesiksaan ataupun memohon Allah menghukum orang yang menimpakan kesiksaan; melainkan fasal ini menghuraikan penderitaan Yang Mahakudus, yang tak berdosa. Begitulah sebabnya mengapa Kristus sendiri pernah juga menggunakan ayat 2 dalam fasal ini.

Garis kasar:
~ ‘Menurut lagu: Rusa di kala fajar’ ~ ada yang menjelaskannya bahwa Kristus lemah lembut umpama rusa, tetapi dikejar dan diburu sehingga ditimpa perbuatan ganas dan kejam. Dia bangkit menerima kemuliaan, juga umpama rusa yang keluar melompat-lompat pada waktu fajar menyinsing (Kid 2:8-9)

I. Doa dalam keseksaan (2-3)
1. Seruan kesepian dan keseksaan
a. Mengapa meninggalkan
b. Mengapa tidak menolong
c. Mengapa tidak menjawab

2, Seruan terjaga-jaga siang dan malam

II. Dasar Jaminan berdoa (4-11)
1. Pengalaman iman nenek -moyang (4-6)
a. Allah adalah kudus ~ sebab puji-pujian umat Israel semenjak dahulu kala hingga sekarang
b, Allah boleh dipercayai ~ nenek moyang pernah diselamat-tebuskan
c. Allah ialah maha pengasih ~ sikap yang berseru tidak akan mendapat malu

2. Pengalaman iman peribadi (7-9)
(1) Walaupun aku ini ulat
a. Cela bagi manusia
b. Dihina orang banyak
c. Diolok – olok

(2) Aku tetap berserah
~ Sebabb Allah berkenan kepadaku

3. Pengalaman ibubapa (10-11)
(1) Iman sejak dalam kandungan ibu
~ Aku bersandar kandungan ibu

(2) Iman setelah lahir
~ Engkaulah Allahku

III. Doa yang meluahkan isi hati (12-23)
1. Menceritakan keadaan terseksa (12-19)
a. Ditinggalkan teman-teman
b. Dikepungkan musuh-musuh
c. Tubuh dan batin kering
d. Dicemooh tak terhingga

2. Isi kandungan permohonan (20-22a)
a. Memohon jangan menjauh
b. Memohon Engkau menolong aku
c. Memohon Engkau melepaskan aku

3. Doa penuh keyakinan (22b)
~ Engkau telah menjawab aku

4. Doa penuh puji-pujian (23)
1. Memasyhurkan namaMu kepada saudara-saudara
2. Memuji-muji Engkau di tengah-tengah jemaah

IV. Puji-puji bersyukur atas penyelamatkan Tuhan (23-32)
1. Saudara-saudara memuji Engkau di tengah-tengah jemaah (23)
2. Yang takut akan Tuhan memuji Allah (24-25)
3. Puji-pujian jemaah (26-27)
4. Puji-pujian bangsa-bangsa (28-30a)
5. Puji-pujian di dalam alam maut (30b)
6. Puji-pujian angkatan yang akan datang (31-32)

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 21

Nyanyian syukur kerana kemenangan raja (Mazmur 21: 1-14)

1 Untuk pemimpin biduan, Mazmur Daud.

2 TUHAN, kerana kuasa-Mulah raja bersukacita;
betapa besar kegirangannya kerana kemenangan yang daripada-Mu!

3 Apa yang menjadi keinginan hatinya telah Kaukaruniakan kepadanya,
dan permintaan bibirnya tidak Kautolak.

4 Sebab Engkau menyambut dia dengan berkat melimpah;
Engkau menaruh mahkota dari emas tua di atas kepalanya.

5 Hidup dimintanya daripada-Mu; Engkau memberikannya
kepadanya,
dan umur panjang untuk seterusnya dan selama-lamamnya.

6 Besar kemuliaannya kerana kemenangan yang daripada-Mu;
keagungan dan semarak telah Kaukaruniakan kepadanya.

7 Ya, Engkau membuat dia menjadi berkat untuk seterusnya;
Engkau memenuhi dia dengan sukacita di hadapan-Mu.

8 Sebab raja percaya kepada TUHAN,
dan kerana kasih setia Yang Mahatinggi ia tidak goyang.

9 Tangan-Mu akan menjangkau semua musuh-Mu;
tangan kanan-Mu akan menjangkau orang-orang yang membenci Engkau.

10 Engkau akan membuat mereka seperti perapian yang menyala-nyala,
pada waktu Engkau menampakkan Diri, ya TUHAN.
Murka TUHAN akan menelan mereka,
dan api akan memakan mereka.

11 Keturunan mereka akan Kaubinasakan dari muka bumi,
dan anak cucu mereka dari antara anak-anak manusia.

12 Apabila mereka hendak mendatangkan malapetaka atasmu,
merancangkan tipu muslihat, mereka tidak berdaya.

13 Ya, Engkau akan membuat mereka melarikan diri,
dengan tali busur-Mu Engkau membidik muka mereka.

14 Bangkitlah, ya TUHAN, di dalam kuasa-Mu!
kami mau menyanyikan dan memazmurkan keperkasaan-Mu.

Tajuk :
Betapa Besarnya Kebesaran Tuhan

Tema :
Kemenangan tertakluk kepada bersandar kepada kekuatan kuasa Tuhan

Latar Belakang:
1. Fasal ini dan fasal sebelumnya adalah sama-sama Nyanyian Perang. Cuma fasal terdahulu ialah doa sebelum maju berperang dan fasal ini ialah nynayian syukur kerana kemenangan. Fasal terdahulu ialah ramalan berkat akan mendapat kemenangan dan fasal ini ialah ucapan berkat tahniah sudah mendapat kemenangan.

2. Peperangan kali tersebut ialah berperang menentang bangsa asing dan bukanlah percangkahan dalaman umat Israel. Kita akan memahaminya kalau kita bandingkan Mzm 21:10-11 dengan Bil 21:2-3 dan 33:52-53.

3. Janji Tuhan kepada Daud tentang mengaruniakan usia panjang dan kerajaannya tidak akan goyah, turut dicatatkan di dalam fasal ini (II Sam 7:12-13) dan ianya juga mempunyai latar belakang II Sam fasal 8-11

4. Fasal ini dibahagikan kepada 2 bahagian: ayat 2-8 imam menyanyi sebagai wakil Daud; ayat 9-14 sahutan jawaban jemaah kepada raja Daud.

Kategori:
Tergolong sebagai nyanyian rajani, nyanyian perang dan nyanyian yang bernubuat tentang Mesias.

Hubungan dengan gulungan kitab lain :
Sama-sama adalah nyanyian perang dengan fasal 20 (II Sam fasal 8-10). Secara lahiriahnya ianya ditujukan kepada Daud, tetapi hakekatnya ialah nubuat tentang Tuhan Yesus beroleh kemenangan menjadi Raja (Mat 22:44; I Kor 15:25; Why 20:10; 21:8)

Garis kasar:
I. Allahlah yang menggenapkan kehendak hati raja (2-3)

1. Bersukacita kerana kuasa Allah (2a)
2. Bergirang kerana kemenangan dari Allah (2b)
3. Kerana Allah mengaruniakan keinginan hati (3a)
4. Kerana Allah mengabulkan permintaan (3b)

II. Sebab Allah memberikan kemuliaan kepada raja (4-8)
1. Berkat
2. Mahkota
3. Umur Panjang
4. Kemuliaan
5. Keagungan dan semarak
6. Menjadi berkat untuk seterusnya
7. Sukacita
8. Selamanya tidak goyang

III. Kerana Allah memukul kalah musuh (9-13)
1. Allah membinasakan musuh (9-11)
a. TanganMu menjangkau semua musuh
b. Membinasakan musuh dengan murka
c. Membinasakan keturunan musuh

2. Allah mengalahkan tipu muslihat musuh (12-13)
a. Musuh hendaklah mendatangkan malapetaka atas Tuhan
~ Tidak berdaya

b. Allah pasti menang
~ Tali busur Engkau membidik muka mereka

IV. Menyanyi memuji keperkasaan Tuhan (14)
~ Sebab kuasaNya telah nyata

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 20

Doa mohon kemenangan bagi raja (Mazmur 20:1-10)

1 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud.

2 Kiranya TUHAN menjawab engkau pada waktu kesesakan!
Kiranya nama Allah Yakub membentengi engkau!

3 Kiranya dikirmkan-Nya bantuan kepadamu dari tempat kudus
dan disokong-Nya engkau dari Sion.

4 Kiranya diingat-Nya segalam korban persembahanmu,
dan disukai-Nya korban bakaranmu.

5 Kiranya diberikan-Nya kepadamu apa yang kaukehendaki
dan dijadikan-Nya berhasil apa yang kaurancangkan.

6 Kami mau bersorak-sorai tentang kemenanganmu
dan mengangkat panji-panji demi nama Allah kita;
kiranya TUHAN memenuhi segala permintaanmu.

7 Sekarang aku tahu, bahwa TUHAN memberi kemenangan kepada orang yang diurapi-Nya
dan menjawabnya dari sorga-Nya yang kudus
dengan kemenangan yang gilang-gemilang oleh tangan kanan-Nya.

8 Orang ini memegahkan kereta dan orang itu memegahkan kuda,
tetapi kita bermegah dalam nama TUHAN, Allah kita.

9 Mereka rebah dan jatuh,
tetapi ktia bangun berdiri dan tetap tegak.

10 Ya TUHAN, berikanlah kemenangan kepada raja!
Jawablah kiranya kami pada waktu kami berseru!

Tajuk : Aku akan berperang sekarang

Tema : Semoga Tuhan menggenapkan setiap yang diminta. Seluruh rakyat berdoa untuk raja yang maju berperang dan mendapat kemenangan.

Latar belakang :
1. Fasal ini ialah berkenaan sebelum raja membawa tentera ke medan pertempuran, ia pertama-tamanya pergi ke Baik Suci mempersembahkan korban, seluruh jemaah berdoa untuk raja, memohon Tuhan memberikan dia kemenangan demi kemenangan.

2. Bilakah nyanyian ini dibuat dan ianya berkenaan berperang dengan siapa, tidak dapat diketahui dengan teliti. Namun demikian, kelihatan isi kandungannya bukan hanya tertuju kepada Daud, melainkan mempunyai maksud nubuat berkenaan Mesias.

3. Ada sesetengah orang membuat tekaan bahawa fasal ini mempunyai latar belakang catatan tentang waktu Daud berperang dengan orang-orang Amon dan Aram (II Sam fasal 10)

Kategori: Nyanyian rajani, nyanyian perang

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Bersambungan dengan nyanyian perang fasal 21, sebabnya ialah:
1. Pada waktu itu Kemah pertemuan telahpun dibina di Bukit Sion (Mzm 20:3)

2. Peperangan tersebut adalah pertempuran melawan dengan bangsa asing (Mzm 21:10-11, boleh bandingkan dengan Bil 21:2-3; 33:52-55)

3. Peperangan tersebut melibatkan banyak sekali kuda (Mzm 20:8; II Sam 9:18). Fasal ini adalah nyanyian sebelum mengerahkan tentera maju berperang, justeru itu isi kandungan penuh dengan ‘kiranya’ dan ‘keyakinan’ manakala fasal 21 adalah dinyanyikan selepas mengalahkan musuh di mana isi kandungannya penuh dengan ‘puji-pujian’.

Garis Kasar:
I. Kehendak hati doa jemaah (2-6)
~ Api dan asap korban membumbung ke atas dan orang Lewi menyanyi secara solo
1. Kiranya Tuhan menjawab engkau (2a)
~ Pada waktu kesesakan

2. Kiranya Tuhan membentengi engkau (2b)
~ Yang disebut Allah Yakub

3. Kiranya dikirimkanNya bantuan kepadamu (3)
~ yang datang dari Sion

4. Kiranya diingatNya (4-5)
~ Menjawab dari Syurga persembahanmu
~ Mengingat segala yang Kaurancangankan

5. Kiranya Tuhan memenuhi segala permintaanmu (6)
1. Bersorak – sorai kerana kemenanganmu
2. Mengangkat panji-panji demi nama Allah

II. Pengistiharan yakin akan menang (7-9)
~ Raja dan imam beroleh iman dan terdorong oleh doa umat
1. Memohon Tuhan menyelamat dan melindungi orang yang diurapiNya (7)
(1) Menjawab dari syurga yang kudus
(2) Menopangnya dengan kekuatan tangan kanan

2. Kita bermegah dalam Tuhan (8)
~ Musuh bermegah dalam kereta dan kuda

3. Kita bangun berdiri, tetap tegak (9)
~ Musuh rebah dan jatuh

III. Doa yang sehati sejiwa (10)
~ Jemaah, raja dan imam-imam menyanyi dengan sehati
1. Memohon Tuhan memberi kemenangan
2. Menjawab pada waktu kami berseru

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 19

Kemuliaan TUHAN dalam pekerjaan tangan-Nya dan dalam Taurat-Nya (Mazmur 19:1-15)

1 Untuk pemimpin biduan. Mazmur Daud.

2. Langit menceritakan kemuliaan Allah,
dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya;

3 hari meneruskan berita itu kepada hari,
dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam.

4 Tidak ada berita dan tidak ada kata,
suara mereka tidak terdengar;

5 tetapi gema mereka terpencar ke seluruh dunia,
dan perkataan mereka sampai ke ujung bumi.
Ia memasang kemah di langit untuk matahari.

6 yang keluar bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari kamarnya,
girang bagaikan pahlawan yang hendak melakukan perjalanannya.

7 Dari ujung langit ia terbit,
dan ia beredar sampai ke ujung yang lain;
tidak ada yang terlindung dari panas sinarnya.

8 Taurat TUHAN itu sempurna,
menyegarkan jiwa;
peraturan TUHAN itu teguh,
memberikan hikmat kepada orang yang tak berpengalaman.

9 Titah TUHAN itu tepat,
menyukakan hati;
perintah TUHAN itu murni,
membuat mata bercahaya.

10 Takut akan TUHAN itu suci,
tetap ada untuk selamanya;
hukum-hukum TUHAN itu benar,
adil semuanya.

11 Lebih indah dari pada emas,
bahkan dari pada banyak emas tua;
dan lebih manis dari pada madu,
bahkan dari pada madu tetesan dari sarang lebah.

12 Lagipula hamba-Mu diperingatkan oleh semuanya itu,
dan orang yang berpegang padanya mendapat upah yang besar.

13 Siapakah yang dapat mengetahui kesesatan?
Bebaskanlah aku dari apa yang tidak kusadari.

14 Lindungilah hamba-Mu, juga terhadap orang yang kurang ajar;
jangalah mereka menguasai aku!
Maka aku menjadi tak bercela
dan bebas dari pelanggan besar.

15 Mudah-mudahan Engkau berkenan akan ucapan mulutku dan renungan hatiku, ya TUHAN,
gunung batuku dan penebusan.

Tajuk:
Ciptaan Tuhan Penuh Keajaiban

Tema:
Bapa Syurga memberitakan keajaiban perbuatan Allah melalui penciptaan, firman perkataan dan penebusan.

Latar belakang:
1. Fasal ini ditulis setelah Daud berbuat dosa dengan Batsyeba (II Sam 12), tahun 990 BC

2. Sebuah karangan mazmur yang indah, persembahan korban waktu fajar menyinsing, khasnya di sebelah timur.

3. Fasal ini jelas kelihatan dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama adalah perihal penciptaan, dimana pujangga memuji Allah Pencipta. Bahagian kedua adalah perihal Kitab Suci (Hukum Taurat) di mana pujangga menyanyi memberitakan Tuhan

4. Penggunaan perkataan ‘Allah’ di dalam kedua-dua bahagian juga berlainan. Bahagian pertama, ayat 2 hingga 7 menggunakan perkataan EL [Allah] yang mempunyai maksud kekuasaan dan keadilan; bahagian kedua menggunakan perkataan JEHOVAH [Tuhan] yang mempunyai maksud Allah mengikat perjanjian dengan manusia dan merahmati. Justeru itu, bahagian pertama menghurai tentang ‘tindakan’ Allah manakala bahagian kedua menghuraikan ‘hati’ Allah, di mana firmanNya ialah suara hatiNya. Tambahannya hukum Taurat dan perkataan dan firman Allah untuk menyampaikan keinginan hati Tuhan.

5. Daripada fasal ini boleh diketahui Tuhan bukan hanya Allah kepada bangsa Yahudi, melainkan adalah Allah atas seluruh alam semesta kerana langit dan bumi adalah diciptakanNya.

Kategori :
Nyanyian alam semulajadi (2-7); Nyanyian firman kudus (8-15)

Hubungan dengan gulungan kitab lain :
1. Fasal 8 menggambarkan bulan purnama waktu malam manakala fasal ini mengambarkan matahari terbit waktu pagi.
2. Di kitab Roma 10:17-18, Paulus memetik-gunakan Mzm 19:5 untuk mejelaskan kemuliaan kesaksiaan Tuhan adalah jelas ternyata dan meliputi manusia sejagat.

Garis kasar:
1. Keajaiban segala – sesuatu menyatakan kehendak TUhan (2-7)
a. Alam semesta memanifestasikan penciptaan Tuhan (2-3)
1) Menceritakan sifat keilahian gambar rupa Allah [kemuliaan]
2) Memberitakan kekuatan kuasa Tuhan [kaedah/medium]

b. Waktu pagi dan malam tidak henti-henti bersaksi
1) Pagi menyampaikan kekuasan, kekuatan dan kasih karunia Allah [perkataan/firman]
2) Malam menyebarkan rahsia, kemisterian dan ketertiban/susunan [pengetahuan]

c. Suara tidak terdengar tetapi gema mereka terpencar ke hujung bumi
1) Suara jelas boleh kedengaran
~ Hanyalah yang miskin di hadapan Allah dapat mendengarnya secara tenang

2) Terus menerus bersaksi sampai ke hujung bumi

d. Matahari memberitakannya dengan setia

1) Allah memasang kemah untuknya
~ Ada kasih karunia dan kemuliaan di antaranya

2) Bagaikan pengantin laki-laki yang keluar dari kamarnya
~ Penuh kekuatan dan kegirangan

3) Dari ujung langit ini sampai ke ujung yang lain
~ Karunia meliputi segala -sesuatu

2. Oleh firman Tuhan, manusia beroleh manfaat / kebaikan (8-12)
a. khasiat firman Tuhan (8-10)
1) Taurat itu sempurna ( The Law)
~ Menyegarkan jiwa

2) Peraturan teguh (the testimony)
~ memberikan hikmat kepada orang yang tak berpengalaman

3) Titah itu tepat (The precepts)
~ Menyukakan hati

4) Perintah murni (The commandment)
~ Tetap ada untuk selamanya

5) Takut akan Tuhan itu suci ( The fear of the Lord)
~ Hukum-hukum itu benar (The ordinaces)

b. NIlai Firman Tuhan (11-12)
1) Lebih indah daripada emas tua

2) Lebih manis daripada madu
~ Madu titisan dari sarang lebah

3) Memberi upah yang besar
~ Setiap orang diperingatkan

3. Kerana kasih Allah, manusia menjadi sempurna (13-15)
a. Mengampuni kesalahan tersembunyi dan yang tidak disedari
b. Melindungi dari pelanggaran besar
c. Menebus manusia sehingga menjadi berkenan kepada Tuhan

Nota:
1. Taurat : Wahyu, perkataan untuk mendidik, justeru ini ialah pengajaran

2. Pertuturan : Segala ketetapan sewaktu beribadah kepada Tuhan (upacara persembahan korban, bahan-bahan korban, mempersembahkan korban, imam …)

3. Titah: Peraturan-peraturan kehidupan pertubuhan masyarakat

4. Perintah : Kesaksian praktikal

5. Firman : Kaedah dan araj jalan yang harus diambil

6. Hukum : Kesepuluh Firman

7. Pengajaran : Ketertiban, susunan, tatasusila

8. Court Verdict: Perkataan amaran di dalam undang-undang

9. Perkataan: Janji

10. Nasihat: Hukum Taurat

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 18

Nyanyian Syukur Daud (Mazmur 18:1-51)

1 Untuk pemimpin biduan. Dari hamba TUHAN, yakni Daud
yang menyampaikan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN,
pada waktu TUHAN telah melepaskan dia dari cengkeraman
semua musuhnya dan dari tangan Saul.

2 Ia berkata:
“Aku mengasihi Engkau, ya TUHAN, kekuatanku!

3 Ya TUHAN, bukit batuku,
Kubu pertahananku dan penyelamatanku,
Allahku, gunung batuku, tempat aku berlindung,
perisaiku, tanduk keselamatanku, kota bentengku!

4 Terpujilah TUHAN, seruku:
maka aku pun selamat daripada musuhku.

5 Tali-tali maut telah meliliti aku,
dan banjir-banjir jahanam telah menimpa aku,

6 Tali-tali dunia orang mati telah membelit aku,
perangkap-perangkap maut terpasang di depanku.

7 Ketika aku dalam kesesakan,
aku berseru kepada TUHAN,
kepada Allahku aku berteriak minta tolong.
Ia mendengar suaraku dari bait-Nya.
teriakku minta tolong kepada-Nya sampai ke telinga-Nya.

8 Lalu goyang dan goncanglah bumi,
dan dasar-dasar gunung gementar dan goyang,
oleh kerana menyala-nyala murka-Nya.

9 Asap membubung dari hidung-Nya,
api menjilat keluar dari mulut-Nya,
bara menyala keluar daripada-Nya.

10 Ia menekukkan langit, lalu turun,
kekelaman ada di bawah kaki-Nya.

11 Ia mengendarai kerub,
lalu terbang dan melayang di atas sayap angin.

12 Ia membuat kegelapan di sekeliling-Nya menjadi
persembunyian-Nya,
ya, menjadi pondok-Nya:
air hujan yang gelap, awan yang tebal.

13 Kerana sinar di hadapan-Nya hilanglah awan-awan-Nya
bersama hujan es dan bara api.

14 Maka Tuhan mengguntur di langit,
Yang Mahatinggi memperdengarkan suara-Nya.

15 Dilepaskan-Nya panah-panah-Nya,
sehingga diserakkan-Nya mereka,
kilat bertubi-tubi, sehingga dikacaukanNya mereka,

16 Lalu kelihatanlah dasar-dasar lautan,
dan tersingkaplah alas-alas dunia
kerana hardik-Mu, ya Tuhan,
karena hembusan nafas dari hidung-Mu.

17 Ia menjangkau dari tempat tinggi,
mengambil aku, menarik aku dari banjir.

18 Ia melepaskan aku dari musuhku yang gagah
dan dari orang-orang yang membenci aku,
kerana mereka terlalu kuat bagiku.

19 Mereka menghadang aku pada hari sialku,
tetapi TUHAN menjadi sandaran bagiku;

20 Ia membawa aku ke luar ke tempat lapang,
Ia menyelamatkan aku, kerana Ia berkenan kepadaku.

21 TUHAN memperlakukan aku sesuaui dengan kebenaranku,
Ia membalas kepadaku sesuai dengan kesucian tanganku,

22 sebab aku tetap mengikuti jalan TUHAN
dan tidak berlaku fasik terhadap Allahku.

23 Sebab segala hukum-Nya kuperhatikan,
dan ketetapan-Nya tidaklah kujauhkan daripadaku;

24 aku berlaku tidak bercela di hadapan-Nya,
dan menjaga diri terhadap kesalahan.

25 Kerana itu TUHAN membalas kepadaku sesuai dengan kebenaranku,
sesuai dengan kesucian tanganku di depan mata-Nya.

26 Terhadap orang yang setia Engkau berlaku setia,
terhadap orang yang tidak bercela Engkau berlaku tidak bercela,

27 terhadap orang yang suci Engkau berlaku suci,
tetapi terhadap orang yang bengkok Engkau berlaku belat-belit.

28 Kerana Engkaulah yang menyelamatkan bangsa yang tertindas,
tetapi orang yang memandang dengan congkak Kaurendahkan.

29 Kerana Engkaulah yang membuat pelitaku bercahaya:
TUHAN, Allahku, menyinari kegelapanku.

30 Kerana dengan Engkau aku berani menghadapi gerombolan,
dan dengan Allahku aku berani melompati tembok.

31 Adapun Allah, jalan-nya sempurna;
janji TUHAN adalah murni;
Dia menjadi perisai bagi semua orang
yang berlindung pada-Nya.

32 Sebab siapakah Allah selain dari TUHAN,
dan siapakah gunung batu kecuali Allah kita?

33 Allah, Dialah yang mengikat pinggangku
dengan keperkasaan dan membuat jalanku rata;

34 yang membuat kakiku seperti kaki rusa
dan membuat aku berdiri di bukit;

35 yang mengajar tanganku berperang,
sehingga lenganku dapat melenturkan busur tembaga.

36 Kauberikan kepadaku perisai keselamatan-Mu,
tangan Kanan-Mu menyokong aku
kemurahan-Mu membuat aku besar.

37 Kauberikan tempat lapang untuk langkahku,
dan mata kakiku tidak goyah.

38 Aku mengejar musuhku sampai kutangkap mereka,
dan tidak berbalik sebelum mereka kehabisan;

39 aku meremukkan mereka, sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi;
mereka rebah di bawah kakiku.

40 Engkau telah mengikat pinggangku dengan keperkasaan untuk berperang;
Engkau tundukkan ke bawah kuasaku orang yang bangkit melawan aku.

41 Kaubuat musuhku lari dari padaku,
dan orang-orang yang membenci aku kubinasakan.

42 Mereka berteriak minta tolong, tetapi tidak ada yang
menyelamatkan,
mereka berteriak kepada TUHAN,
tetapi Ia tidak menjawab mereka.

43 Aku menggiling mereka halus-halus seperti debu di depan angin,
mencampakkan mereka seperti lumpur di jalan.

44 Engkau meluputkan aku dari perbantahan rakyat;
Engkau mengangkat aku menjadi kepala atas bangsa-bangsa;
bangsa yang tidak kukenal mejadi hambaku;

45 baru saja telinga mereka mendengar,
mereka taat kepadaku;
orang-orang asing tunduk menjilat aku.

46 Orang-orang asing pucat layu
dan keluar dari kota kubunya dengan gementar.

47 TUHAN hidup! Terpujilah gunung batuku,
dan mulialah Allah Penyelamatku.

48 Allah, telah mengadakan pembalasan bagiku,
yang telah menaklukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasaku,

49 yang telah meluputkan aku dari pada musuhku.
Bahkan, Engkau telah meninggikan aku mengatasi mereka yang bangkit melawan aku;
Engkau telah melepaskan aku dari orang yang melakukan kelaliman.

50 Sebab itu aku mau menyanyikan syukur bagi-Mu di antara bangsa-bangsa, ya TUHAN,
dan aku mau menyanyikan mazmur bagi nama-Mu.

51 Ia mengaruniakan keselamatan yang besar kepada raja yang diangkatNya,
dan menunjukkan kasih setia kepada orang yang diurapi-Nya,
yaitu Daud dan kepada anak cucunya untuk selamanya. ”

Tajuk : 
Lagu Kemenangan Dikaruniai [Allah Ialah Kekuatanku ataupun Lagu Kemenangan Keselamatan]

Tema:
Daud diselamat-lepaskan oleh Allah dari tangan segala musuh dan Saul.

Latar belakang:
1. Secara amnya dianggap fasal ini ditulis Daud pada peringkat permulaan dia dinobat menjadi raja, ditulisnya sebelum dia berbuat dosa. Hujah sedemikian agak logik kalau dirujuk kepada catatan ayat 21-25 (ruj: II Sam fasal 7-8)

2. Seperti yang tertulis pada kata pembuka fasal ini : Dari hamba Tuhan, yakni Daud yang menyampaikan perkataan nyanyian ini kepada Tuhan, pada waktu Tuhan telah melepaskan dia dari cengkeraman semua musuhnya dan dari tangan Saul (ruj : II Sam 22:1). Waktunya kira-kira 1010 BC

3. Mengikut sumber maklumat di atas, boleh dipastikan ini adalah hasil pengarangan Daud memperingati bagaimana dirinya terluput dari bahaya, dinobatkan dan dihasilkan sebelum dia berbuat dosa.

Kategori:
Fasal ini dikategorikan sebagai nyanyian pujian peribadi. Berdasarkan isi kandungannya ianya juga boleh dikategorikan sebagai nyanyian nubuat [berdasarkan latar belakang sejarah kata pembuka nyanyian ini]

Hubungan dengan gulungan kitab lain :
1. Latar belakang fasal ini ialah II Sam fasal 7-8 dan 22
2. Bahagian terakhir fasal ini adalah bahagian nubuat yang berkaitan dengan Kristus/Mesias (Yes 55:5; Rm 15:9-12; Ibr 1:8-9; Mzm 89:28-37)

Garis kasar:
1. Pengistiharan diselamatkan (2-4)
1) Tuhan Allahlah yang kukasihi
~ Kasihanilah Allah, berseru kepada Dia dan memujiNya

2) Terpujilah Tuhan Allah
(1) Kekuatanku – kekuatan material
(2) Bukti batuku – kekuatan material
(3) Kubu pertahananku – kekuatan Allah
(4) Penyelamatku – kekuatan Allah
(5) Allahku – kekuatan Allah
(6) Gunung batuku – kekuatan Allah
(7) Perisaiku – kekuatan manusia
(8) Tanduk keselamatanku – kekuatan manusia
(9) Kota bentengku – kekuatan manusia

3) Percaya dengan yakin bahwa Dia pasti menyelamatkan aku
~ Aku mau berseru

2. Berseru sewaktu dalam penderitaan (5-20)
(1) Seruan iman (5-7)
1. Allah ketahui akan kesesakanku (5-6)
a. Tali-tali maut meliliti aku
b. Banjir-banjir jahanam telah menimpa aku

2. Allah mendengar seruanku (7)

(2) Allah segera mendengar (8-16)
~ Menyala-nyala murka Allah (8-9)
a) Goyang dan goncanglah langit dan bumi (8)
b) Asap membumbung (9)

~ Allah menampakkan kewibawaanNya (10-14)
a) Kerub terbang dan melayang (10-11)
b) Awan yang tebal menjadi tempat persembunyian (12)
c) Menampakkan kekuatan kuasa di dalam sinar kemuliaan (13-14)

3. Penyelamatan Allah (16-20)
~ Melawan musuh (15-16)
a) Guntur, hujan es, bara api
b) Panah-panah, kilat, menghardik

~ Terlepas daripada bencana

~ Membuat aku berhasil

3. Sebab – musabab diselamatkan (21-28)
(1) Sebab aku tidak bersalah (21-25)
a. Hati benar (21a)
b. Tangan suci (21b)
c. Kaki mengikuti jalan Tuhan (22)
d. menjauhi dosa kejahatan (23-24)
e. Mendapat ganjaran (25)

(2) Sebab Allah adalah adil (26-28)
a. Terhadap orang setiap Engkau berbuat setia (26a)
b. Terhadap orang tidak bercela Engkau berlaku tidak bercela (26b)
c. Terhadap orang yang suci Engkau berlaku suci (27a)
d. Terhadap orang yang bengkok Engkau berlaku belat-belit (27b)
e. Menyelamatkan bangsa yang tertindas (28a) o Melawan orang yang congkok (29-37)

(3) Hanyalah Tuhan satu-satunya sandaran (26-37)
1. Dia bercahaya (29)
2. Dia berkuat kuasa (30)
3. Dia ada kesetiaan (31)
4. Dia ialah Allah yang benar (32-33)
5. Dia ada hikmat (34-35)
6. Dia ada kemurahan (36-37)

4. Mengalahkan musuh (28-46)
a. Allah menumpaskan musuh (38-39)
b. Allah menunjukkan kekuatan kuasa meneguhkan aku (40-43)
c. Allah menjadikan segala bangsa kepunyaan aku (44-46)

5. Memuji karunia mendapat kemenangan (47-51)
1. Allah ialah Allah yang hidup
a. Teguh, boleh dipercayai
b. Penuh belas kasihan
c. Penuh kuasa

2. Setiap insan harus memuji
a. Dia mengaruniakan keselamatan
b. Dia menunjukkan kasih setia
c. Dia setia benar untuk selama-lamanya

|

Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 17

Diburu dengan tak bersalah (Mazmur 17:1-15)

1 Doa Daud,
Dengarkanlah TUHAN, perkara yang benar,
perhatikanlah seruanku;
berilah telinga akan doaku,
dari bibir yang tidak menipu.

2 Dari pada-Mulah kiranya datang penghakiman:
mata-Mu kiranya melihat apa yang benar.

3 Bila Engkau menguji hatiku,
memeriksanya pada waktu malam,
dan menyelidiki aku,
maka Engkau tidak akan menemui sesuatu kejahatan;
mulutku tidak terlanjur.

4 Tentang perbuatan manusia,
sesuai dengan firman yang Engkau ucapkan, aku
telah menjaga diriku terhadap jalan orang-orang yang
melakukan kekerasan;

5 Langkahku tetap mengikuti jejak-Mu,
kakiku tidak goyang.

6 Aku berseru kepada-Mu, kerana Engkau menjawab aku,
ya Allah;
sendengkanlah telinga-Mu kepadaku, dengarkanlah perkataanku.

7 Tunjukkanlah kasih setia-Mu yang ajaib,
ya Engkau, yang menyelamatkan orang-orang yang berlindung
pada tangan kanan-Mu terhadap pemberontak.

8 Peliharalah aku seperti biji mata,
sembunyikanlah aku dalam naungan sayap-Mu

9 terhadap orang-orang fasik yang menggagahi aku,
terhadap musuh nyawaku yang mengepung aku.

10 Mereka tidak menunjukkan belas kasihan,
mereka membual;

11 mereka mengikuti langkah-langkahku, mereka sekarang
mengerumuni aku,
mata mereka diarahkan untuk menghempaskan aku ke bumi.

12 Rupa mereka seperti singa, yang bernafsu untuk menerkam,
seperti singa muda, yang mengendap di tempat yang tersembunyi.

13 Bangunlah, TUHAN, hadapilah mereka, rebahkanlah mereka,
luputkanlah aku dengan pedang-Mu daripada orang fasik.

14 Luputkanlah aku, ya TUHAN, dengan tangan-Mu,
dari orang-orang dunia ini yang bagiannya adalah dalam hidup ini;
biarlah perut mereka dikenyangkan dengan apa yang Engkau simpan,
sehingga anak-anak mereka menjadi puas,
dan sisanya mereka tinggalkan untuk bayi-bayi mereka.

15 Tetapi aku, dalam kebenaran akan kupandang wajah-Mu,
dan pada waktu bangun aku akan menjadi puas dengan rupa-Mu.

Tajuk: Hatiku Mengekar Kekudusan

Tema:
Sewaktu dalam kesesakan, Daud berusaha mengejar kemenangan keadilan.

Latar Belakang:
Sewaktu Daud melarikan diri daripada pemburuan Saul, dia pernah dibantu oleh Ahimelekh, seorang imam di Nob. Namun, hal ini diketahui oleh Saul lalu menyuruh Doeg, orang Edom itu untuk membunuh kesemua imam, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak yang menyusu, lembu, keledai dan pedang (I Sam 21:1-22:19). Daud mulai menyalahkan diri sendiri (I Sam 22:22) dan berazam melindungi Abyatar yang berjaya melarikan diri. Ataupun ini adalah suatu hasil pengarangan Daud sewaktu melarikan diri sampai ke padang gurun Maon. Waktunya kira-kira tahun 1010 BC.

Kategori:
Fasal ini tergolong sebagai doa peribadi, juga kategori nyanyian ratapan peribadi. Pembuka Fasal ini: Doa Daud.

Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Adalah mazmur doa sama seperti fasal 86,90,102,142. Dan sama seperti fasal 16, yaitu mazmur memohon perlindungan Tuhan.

~ Setiap kali sewaktu jatuh ke dalam kesesakan Daud pasti berdoa kepada Tuhan ~ ianya sesuatu yang sewajarnya kita teladani.

Garis kasar:
1. Memohon Tuhan mendengar perkaraku yang benar (1-2)
a. Memohon supaya jangan menipu (1)
b. Dari Tuhan datang penghakiman (2)
c. Semoga Tuhan menguji dan mengawasi yang benar (2b)

2. Memohon Tuhan menguji ketidak-salahanku (3-5)
a. Hati tetap melalui pengujian (3a)
b. Pertuturan berazam tidak ada kesalahan (3b)
c. Kakiku tetap menjejaki jalan Tuhan (4-5)

3. Memohon Tuhan memerhati keadaan penderitaanku (6-12)
a. Permohonan iman (6-9)
1. Tuhan pasti menjawab aku (6)
2. Allah dapat menyelamatkan aku (7)
3. Allah dapat memelihara aku (8-9)
~ Menyelamatkan aku daripada orang-orang fasik

b. Mengadukan penindasan daripada musuh (10-13)
1. Mereka tidak menunjukkan belas kasihan (10-13)
~ Mereka berbual

2. Mereka mengikuti langkah-langkahku dan mengerumuniku (11)
~ Mata mereka diarahkan untuk menghempaskan aku ke bumi

3. Mereka mencelakai aku secara tersembunyi (`1)
~ Umpama singa yang bernafsu untuk menerkam

4. Memohon Tuhan memberikan kemenangan yang adil (13-15)
a. Memohon Tuhan maju menghadapi musuh (13)

b. Luputkan aku dari orang-orang bebal (14)
1. Yang hanya memohon bertambah-tambahnya kekayaan
2. Yang hanya memohon bertambah-tambahnya anak cucu

c. Percaya dengan yakin bahwa dalam kebenaran ia akan memandang wajah Tuhan (15)
~ Pada waktu bangun akan menjadi puas dengan rupaMu.