BAB 8 IMAN
|

BAB 8 IMAN

Alkitab tertulis: “Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah” (Ibr 11:6). Dan lagi: “Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman” (Rm 1:17). Oleh sebab itu ‘iman’ adalah sangat penting dalam keselamatan.

 

I.             PERCAYA APA?

1.      Percaya Allah (Yoh 14:1)

Δ        Percaya hanya ada satu Allah (Mrk 12:29; Yoh 17:3; I Kor 8:6).

Δ        Percaya bahawa segala sesuatu diciptakan olehNya (Ibr 11:3; 3:4; Kej 1:1).

Δ        Percaya bahawa hidup, mati, malang, bahagia berada di tangan Allah (I Sam 2:6, 7; Ul 32:39; Yes 45:7).

Δ        Percaya bahawa Dia adalah Allah yang Maha Tahu, Maha Kuasa dan berada di mana-mana (Rm 16:27; Mat 19:26; Ef 4:6).

Δ        Percaya bahawa Dia mengasihi umat manusia, baik pada umat (Yoh 3:16; Luk 6:35; Mzm 145:9).

2.      Percaya Yesus (Yoh 14:1).

Δ        Percaya bahawa Dia dilahirkan oleh perawan Maria dari Roh Kudus – Firman menjadi manusia, kemudian dipakukan di atas kayu salib demi dosa manusia dan dikuburkan dan seperti yang tertulis dalam Alkitab, Ia bangkit pada hari ketiga. 40 hari kemudian, diangkat ke Syurga. Pada suatu hari nanti, Dia akan datang lagi dari Syurga dan menghakimi manusia (Mat 1:18-23; Yoh 1:1, 2, 14; I Kor 15:1-4; Kis 1:3-9; I Ptr 3:22; Kis 17:31; Mat 25:31-34, 41, 46).

Δ        Percaya bahawa Dia adalah Juru Selamat yang tunggal, hanya melalui darahNya barulah dapat masuk ke hadirat Allah (Luk 2:11; Kis 4:12; Yoh 14:6; Ibr 10:19, 20).

Δ        Percaya bahawa Dia dan Bapa adalah satu, Dia adalah Allah (Yoh 10:30; Rm 9:5; Yes 9:6).

3.      Percaya Roh Kudus.

Δ        Percaya bahawa Roh Kudus adalah Roh Allah, yaitu Allah sendiri sebab Tuhan berkata: “Allah itu Roh” (Yoh 4:24; Mat 3:16).

Δ        Percaya bahawa Roh Kudus hanya satu, juga disebut Roh Bapa, Roh Yesus, sebab Bapa dan Yesus adalah satu (Ef 4:4; I Kor 12:4; Mat 10:26; Kis 16:7).

Δ        Percaya bahawa umat Kristen pasti menerimakan Roh Kudus yang dijanjikan Tuhan Yesus sebagai meterai (Yoh 7:37-39; Ef 1:13,14; Luk 11:13).

Δ        Percaya bahawa ketika Roh Kudus turun, kita akan berkata-kata dalam bahasa Roh (Kis 10:44-46; 19:6, 7; I Kor 14:2).

4.      Percaya Firman Allah – Alkitab.

Δ        Percaya bahawa Alkitab adalah diilhamkan oleh Allah (II Tim 3:16; II Ptr 1:21).

Δ        Percaya bahawa Firman Allah itu setia, dan setiap perkataannya mempunyai kuasa (Ams 30:5; Luk 1:37).

Δ        Percaya bahawa janji Allah pasti digenapi (Yes 46:10; Yeh 12:26-28; Rm 4:20, 21).

Δ        Percaya bahawa Allah akan menghakimi dunia menurut perkataanNya (Yak 2:12; Rm 3:19; Yoh 12:48).

Δ        Firman Allah tidak boleh ditambah atau dikurang (Ul 12:32; Why 22:18, 19).

5.      Percaya gereja benar yang didirikan oleh Allah.

Δ        Menuruti gereja sama dengan menuruti Kristus; meninggalkan gereja sama dengan meninggalkan Kristus (Luk 10:16; Mat 18:17).

Δ        Orang Yahudi zaman dahulu percaya pada Jehovah tetapi tidak percaya bahawa Yesus adalah Allah yang menjadi manusia, maka iman demikian tidak benar, sudah disesatkan oleh Iblis (Yoh 8:37-45).

Δ        Sekarang percaya Yesus, namun tidak percaya pada gereja yang didirikan oleh Roh KudusNya, iman demikian salah, siapa yang melawan gereja benar sama dengan melawan Yesus, sebab Gereja adalah tubuhNya (Kis 9:4,5; Ef 1:23).

Δ        Gereja Benar harus:  (1)Disertai Roh Kudus Kristus (Rm 8:9; I Kor 12:13);  (2)Disertai tanda mujizat (Mrk 16:17-20; Ibr 2:3, 4).  (3)Memberitakan kebenaran yang sesuai dengan Alkitab (Gal 1:6-9; II Kor 11:2-4; 4:6).

Δ        Gereja Benar adalah tempat di mana Tuhan melakukan pengampunan dan penetapan dosa melalui Roh Kudus (Yoh 20:21-23; Mat 18:17, 18).

 

II.          IMAN YANG BENAR

1.      Tunduk dari dalam hati (Mrk 11:22).

Δ        Percaya bahawa Firman Allah itu sungguh benar (Why 21:5; Yoh 4:50-53; Kej 15:5, 6).

Δ        Dari hati mengakui Firman Allah (Rm 10:9; I Tim 1:15; 4:8, 9).

Δ        Tidak ragu melainkan penuh keyakinan akan Firman Allah (Rm 4:20, 21).

2.      Taat sepenuhnya (Yoh 12:36).

Δ        Percaya tapi tidak taat, seperti: Naaman tidak taat pada Elisa (II Raj 5:10-19); pemuda kaya tidak taat pada perkataan Tuhan (Mat 29:21, 22).

Δ        Taat adalah perbuatan iman, seperti: ketaatan Abraham dan orang buta (Ibr 11:8, 17; Yoh 9:6, 7).

Δ        Iman tanpa perbuatan adalah mati (Yak 2:19-26).

3.      Berserah sepenuhnya.

Δ        Percaya namun tidak bersandar adalah kurang beriman (Mat 8:23-26; Mrk 4:35-40).

Δ        Harus percaya pemeliharaan Allah (Ibr 11:6; I Ptr 5:7; Mat 6:30-32; I Kor 10:13).

Δ        Serahkan semuanya pada Tuhan (Mzm 37:5; Flp 4:4-7; Yes 26:3).

 

III.       KHASIAT IMAN

1.      Diperkenan Allah.

Δ        Kerana iman, Habel memberi korban persembahan dan diperkenan Allah (Ibr 11:4).

Δ        Kerana iman, Henokh berjalan bersama Allah dan diperkenan Allah, sehingga diangkat ke Syurga (Ibr 11:5).

Δ        Tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah (Ibr 11:8).

2.      Dibenarkan.

Δ        Dibenarkan bukan kerana melakukan hukum Taurat (Rm 3:28; Gal 2:16).

Δ        Dibenarkan bukan kerana perbuatan baik (Ef 2:8,9; Rm 4:4-7).

Δ        Manusia dibenarkan kerana percaya pada penyelamatan Yesus (Rm 3:24, 25, 28; Kis 13:39; Gal 3:7).

3.      Roh diselamatkan.

Δ        Tujuan iman yaitu keselamatan jiwa (I Ptr 1:9).

Δ        Jalan Tuhan Allah ‘Jalan menyelamatkan jiwa’ (Yak 1:21).

Δ        Injil akan menyelamatkan orang yang percaya (Rm 1:16; Yoh 3:15, 16, 36).

4.      Melihat hal yang akan datang.

Δ        Kerana iman, maka Ishak sambil memandang jauh ke depan, memberikan berkatnya kepada Yakub dan Esau (Ibr 11:1, 20; Kej 27:27-29, 38-40).

Δ        Kerana iman, maka Yusuf menjelang matinya memberitakan tentang keluaran orang-orang Israel dari Mesir dan memberi wasiat pesan tentang tulang-belulangnya (Ibr 11:22; Kej 50:24, 25).

Δ        Kerana iman, maka kita mengetahui kesudahan segala sesuatu dan kemuliaan Syurga (II Ptr 3:8-13; I Kor 2:9; Rm 8:17, 18).

5.      Doanya diluluskan.

Δ        Tuhan berkata: “Apa saja yang kamu minta dalam doa dengan penuh kepercayaan, kamu akan menerimanya” (Mat 21:22; Mrk 11:24).

Δ        Doa yang penuh iman dapat menyembuhkan penyakit (Yak 5:14, 15; Mat 9:20-22).

Δ        Orang yang bimbang tidak akan menerima sesuatu dari Tuhan (Yak 1:6, 7).

6.      Dijaga Allah.

Δ        Kerana iman, maka Nuh menyiapkan bahtera sehingga sekeluarganya diselamatkan (Ibr 11:7; Kej 6:13-22; 7:17-23).

Δ        Kerana iman, maka orang Israel mengadakan hari Paskah, sehingga terhindar dari pembunuhan anak sulung (Ibr 11:28; Kel 12:1-13, 21-29).

Δ        Kerana iman, maka Rahab tidak turut binasa bersama-sama orang Yerikho, kerana ia telah menyambut pengintai-pengintai itu (Ibr 11:31; Yos 2:12-14, 17-21).

7.      Keluar dari jalan buntu.

Δ        Kerana iman, maka Sara beroleh anak, walaupun usianya sudah lewat (Ibr 11:11; Rm 4:19-21).

Δ        Kerana iman, maka Abraham mempersembahkan, Ishak, namun Allah menyelamatkannya dari kematian (Ibr 11:17-19; Kej 22:9-14).

Δ        Kerana iman, maka orang Israel telah melintasi Laut Merah sama seperti melintasi tanah kering sehingga terlepas dari kejaran tentara Mesir (Ibr 11:29; Kel 14:13-30).

8.      Menjadi berani.

Δ        Kerana iman, maka orang tua Musa tidak takut akan perintah raja dan menyembunyikannya selama tiga bulan (Ibr 11:23; Kel 1:22; 2:1, 2).

Δ        Kerana iman, maka Ezra tidak memohon pada raja supaya mengerahkan tentaranya untuk melindungi mereka melainkan bersandar pada Allah sepenuhnya, menempuh jalan yang bahaya selama empat bulan dan akhirnya sampai di Yerusalem dengan selamat (Ezr 8:21-23, 31, 32; 7:9).

Δ        Kerana iman maka umat Tuhan tidak takut akan hidup yang tidak menentu, atau menemui mara bahaya (Ibr 13:5, 6; Mzm 46:1-3; Kis 21:13).

9.      Memberi persembahan dengan setulus hati.

Δ        Kerana iman, maka Abraham mempersembahkan anaknya (Ibr 11:17, 18; Kej 22:15-17).

Δ        Kerana iman, maka janda di Sarfat menyambut Elia dengan makanan penyambung hidupnya (I Raj 17:8-16).

Δ        Kerana iman, maka umat suci zaman dulu mempersembahkan harta dan ladang untuk gereja (Kis 2:44, 45; 4:36, 37).

10.  Rela menderita.

Δ        Kerana iman, maka Musa rela meninggalkan kemewahan, menderita bersama-sama umat Allah (Ibr 11:24-26).

Δ        Kerana iman, maka umat suci sepanjang sejarah rela diolok-olok, dicambuk, dibelenggu, dipenjara, bahkan mengorbankan nyawa (Ibr 11:35-38).

Δ        Kerana iman, maka umat suci dahulu menganggap suatu kemuliaan dan sukacita jika menderita untuk Tuhan (Mat 5:10-12; I Ptr 4:12, 13; Rm 8:17, 18).

11.  Mengalahkan musuh.

Δ        Kerana iman, maka bani Israel mengelilingi kota Yerikho selama 7 hari, akhirnya roboh tembok kota (Ibr 11:30; Yos 6:11-20).

Δ        Kerana iman, maka Daud mengalahkan Goliat, pahlawan orang Filistin (I Sam 17:31-51).

Δ        Yang mengalahkan dunia adalah iman kita (I Yoh 5:4; I Ptr 5:9).

IV.   SUMBER IMAN.

1.      Datang dari mendengar Firman.

Δ        Paulus berkata: “Iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh Firman Kristus” (Rm 10:17).

Δ        Pada hari Pentakosta, tiga ribu orang percaya dan dibaptis kerana Firman yang didengar mengharukan hati (Kis 2:37-41).

Δ        Kebenaran Allah dapat menimbulkan iman (Yoh 20:30, 31; Rm 15:4; II Tim 3:15).

2.      Diberi oleh Allah.

Δ        Iman dikaruniakan Allah kepada kita masing-masing (Rm 12:3; I Kor 12:9; Kis 3:16).

Δ        “Iman bukan kerana hikmat manusia, melainkan kerana kuasa Allah” (I Kor 12:4,5; Ef 2:8).

Δ        Hendaklah memohon Tuhan menambahkan iman kita (Luk 17:5; Mrk 9:24).

3.      Bertambah kuat kerana mendapat ujian.

Δ        Iman yang mendapat ujian jauh lebih tinggi nilainya dari pada emas yang fana, yang diuji kemurniannya dengan api (I Ptr 1:7; Yak 1:2-4).

Δ        Melalui pengalaman mempersembahkan Ishak, maka Abraham mendapat iman yang kuat akan ‘Allah pasti menyediakannya’, menyuruh hamba tuanya pergi ke kampung halamannya untuk mencari menantu, kerana percaya bahawa Allah pasti akan menyediakannya (Kej 24:2-7, 40; Lihat: Kej 22:13, 14).

Δ        Iman Ayub bertambah teguh setelah mendapat pengujian (Ayb 23:10; 42:1-5).

 

V.   BAHAYA KETIDAKPERCAYAAN.

1.      Mendapat hukuman pada masa hidupnya.

Δ        Kerana tidak percaya maka bani Israel banyak yang tewas di padang gurun (Ibr 3:19; I Kor 10:5; Bil 14:11, 12, 26-30).

Δ        Perwira yang menjadi ajudan raja mati diinjak-injak kerana tidak percayakan perkataan nabi (II Raj 7:1, 2, 17).

Δ        Kerana tidak percaya pada petunjuk malaikat, maka Zakharia menjadi bisu (Luk 1:19, 20).

2.      Binasa setelah mati.

Δ        Barangsiapa yang tidak percaya pasti akan dihukum (Mrk 16:16; Yoh 3:18).

Δ        Dilempar ke dalam lautan api dan belerang (Why 21:8; 19:20).

Δ        Masuk dalam kebinasaan yang kekal (II Tes 1:8-9).

3.      Tak dapat berdiri teguh.

Δ        Berdiri teguh dalam kebenaran oleh iman (II Kor 1:24; Rm 11:20).

Δ        Maka janganlah menaruh setitik keraguan (Yak 1:6; Ibr 3:12).

Δ        Harus memegang iman yang penuh (Kol 2:2; I Tes 1:5).

BAB 7 ANUGERAH KESELAMATAN
|

BAB 7 ANUGERAH KESELAMATAN

I.   ISI ANUGERAH KESELAMATAN

1.      Dari segi pesimis

(1)     Menyelamatkan manusia lepas dari kematian.

Δ        Kerana manusia berdosa, maka rohnya telah mati (Kej 2:17; Ef 2:1; Luk 9:60).

Δ        Jika tidak diselamatkan pasti akan masuk ke dalam kematian yang kekal (Why 21:8; Mat 25:41, 46).

Δ        Tuhan boleh menyelamatkan kita lepas dari kematian (II Kor 1:10; Why 20:6).

Δ        Oleh kematianNya, Ia memusnahkan Iblis yang memegang kuasa maut (Ibr 2:14; I Kor 15:54-57).

(2)     Menyelamatkan manusia lepas dari dosa.

Δ        Maut berasal dari dosa, jikalau dosa tidak diampuni, maka tidak akan luput dari maut (Rm 6:23; 5:12).

Δ        Menurut hukum Taurat, dosa tidak akan diampuni tanpa penumpahan darah (Ibr 9:22).

Δ        Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa (I Tim 1:15; Mat 1:21).

Δ        Tuhan mati dan mengalirkan darahNya untuk menebus dosa manusia (Tit 2:14; Ibr 9:12-14).

(3)     Menyelamatkan manusia terlepas dari hukum Taurat.

Δ        Sengat maut ialah dosa dan kuasa dosa ialah hukum Taurat (I Kor 15:56; Rm 5:13).

Δ        Tuhan dilahirkan di bawah hukum Taurat untuk menebus orang-orang yang takluk kepada hukum Taurat (Gal 4:4, 5).

Δ        Yesus menerima kutukan demi  kita – dipakukan di salib untuk menebus kita lepas dari kutukan hukum Taurat (Gal 3:13; Kol 2:14, 16, 17).

Δ        Umat Kristen sudah ditebus sehingga tidak lagi berada di bawah hukum Taurat, dan lepas dari ikatan-ikatan hukum Taurat (Rm 6:14; 7:4, 6).

(4)     Menyelamatkan manusia lepas dari kuasa Iblis.

Δ        Iblis menggoda manusia berbuat dosa, adalah si jahat yang menjerumuskan manusia ke dalam maut (Yoh 8:44; Yak 3:14-16; Why 20:10).

Δ        Semua orang berada di tangan Iblis (I Yoh 5:19).

Δ        Tuhan telah mengalahkannya dalam segala hal (Yoh 16:33; Why 3:21; Ibr 2:14; 4:15).

Δ        Barangsiapa yang percaya kepada Tuhan, pasti akan lepas dari kuasa Iblis (Kis 26:18; I Yoh 5:4, 5, 18).

2.      Dari segi optimis

(1)     Menyelamatkan manusia masuk ke dalam Syurga.

Δ        Tuhan Yesus memberitakan ‘Injil Syurga’ (Mat 4:17).

Δ        Murid-muridnya juga memberitakan ‘Injil Syurga’ (Mat 10:7).

Δ        Barangsiapa percaya, Injil Tuhan pasti menyelamatkannya masuk ke Syurga (II Tim 4:18).

Δ        Roh Kudus adalah jaminan memperoleh Kerajaan Syurga (Ef 1:13, 14).

(2)     Memberikan hidup kekal.

Δ        Firman Tuhan adalah ‘Firman hidup kekal’ (Yoh 6:68; Kis 5:20).

Δ        Anugerah keselamatan juga disebut ‘kasih karunia kehidupan’ (I Ptr 3:7).

Δ        Tuhan berkorban untuk memberikan kita ‘hidup kekal’ (I Yoh 2:25; Rm 5:21; Yoh 3:16, 36).

Δ        Memperoleh hidup kekal kerana Roh Kudus yang diberikanNya (Yoh 4:14; Why 22:17; Yoh 7:37-39).

(3)     Memberikan kemuliaan.

Δ        Anugerah Allah tak terhingga, Dia bukan saja menguduskan orang-orang yang dipanggil olehNya, juga akan memberi mereka kemuliaan (Rm 8:30; Ibr 2:10).

Δ        Tuhan akan mengubah tubuh kita yang hina ini, sehingga serupa dengan tubuhNya yang mulia (Flp 3:21).

Δ        Memberikan warisan yang mulia, yang tersimpan di Syurga kepada murid-murid (I Ptr 1:4; Kol 3:24).

Δ        Memberikan mahkota mulia yang tidak dapat layu  (I Ptr 5:4, 10).

 

II.   RENCANA KESELAMATAN(Lihat: II Tim 1:9, 10; Ef 1:3-5).

1.      Kepastian Allah menyelamatkan manusia.

(1)   Manusia yang diam dalam maut, tidak akan dapat menolong diri sendiri

Δ        Seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat (I Yoh 5:19; Ef 2:1-3).

Δ        Dibelenggu dosa sehingga tak dapat melepaskan diri (Yer23:23; Rm 7:14, 15, 24).

Δ        Akhirnya dihakimi dan mendapat hukuman kekal (Rm 6:23; Why 21:8).

                    (2)   Allah itu kasih, Dia tidak akan membiarkan umat manusia binasa.

Δ        Allah sangat menghargai manusia yang diciptakanNya (Mzm 8:3,4; 144:3).

Δ        Allah tidak suka manusia yang diciptaNya binasa (Yeh 33:11; II Ptr 3:9).

Δ        Allah yang Pengasih pasti akan mengikhtiarkan cara penyelamatan untuk manusia yang akan binasa (I Yoh 4:8, 16; Yes 49:15; Mzm 103:13; Ams 24:11, 12).

2.      Janji Allah untuk menyelamatkan manusia.

(1)     Allah berkata pada Iblis, keturunan perempuan akan melukai kepalanya (Kej 3:15).

(2)     Allah berjanji pada Abraham, bapa leluhur umat pilihan, bahawa akan ada Juru Selamat keluar dari keturunannya, dan bangsa-bangsa memperoleh berkat oleh kerananya (Kej 22:18; 12:1-3; 17:1-6).

(3)     Allah berkali-kali menyatakan pada bani Israel akan janji yang memberikan mereka Juru Selamat.

Δ        Silo ‘Pemberi Damai Sejahtera’ pasti akan keluar dari Yehuda, semua bangsa-bangsa akan takluk padaNya (Kej 49:1).

Δ        Akan keluar seorang Nabi Israel untuk menyelamatkan mereka (Ul 18:15-19).

Δ        Raja Maha Tinggi di dunia pasti akan keluar dari keturunan Daud (Mzm 89:27-37; Yer 23:5, 6).

Δ        Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita, …. dan namanya disebutkan orang : “Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai” (Yes 9:6).

Δ        Bangsa segala ujung bumi melihat keselamatan yang dari Allah (Yes 52:10).

3.      Lambang Keselamatan.

(1)   Pakaian dari kulit (Kej 3:21).

Δ        Kerana Adam, Allah membunuh binatang yang tak bersalah, mengambil kulitnya untuk menutup ketelanjangan mereka; melambangkan demi orang berdosa, Kristus yang tak berdosa mati untuk kita, agar dosa kita diampuni olehNya, dan dibenarkan (Lihat: Yoh 1:29; I Ptr 3:18; II Kor 5:21; Gal 3:27).

(2)   Ular tembaga yang diangkat Musa (Bil 21:4).

Δ        Allah menyuruh Musa membuat ular tedung dan ditaruhkan pada sebuah tiang; maka setiap orang yang terpagut, jika ia percaya perkataan Allah, ia melihatnya, akan tetap hidup (Bil 21:4-9). Ini melambangkan bahawa Tuhan Yesus akan digantung di atas kayu salib demi umat manusia, agar setiap orang yang percaya kepadaNya beroleh hidup yang kekal (Lihat: Yoh 3:14, 15).

(3)   Musa diutus menyelamatkan bani Israel.

Δ        Allah mengutus Musa ke Mesir, menyelamatkan bani Israel lepas dari aniaya Firaun; melambangkan bahawa Kristus akan datang ke dunia, menyelamatkan umatNya terlepas dari tindasan dan aniaya Iblis (Lihat: Kis 3:22, 23; Ul 18:15-19). Berikut ini beberapa contoh perlambangan:

Δ        Musa mendapat penganiayaan Firaun ketika dilahirkan; melambangkan Kristus akan mendapat penganiayaan Herodes ketika dilahirkan (Lihat: Kel 1:15, 16, 22; Mat 2:16-18).

Δ        Musa meninggalkan kemuliaan dan kekayaan demi umat Allah; melambangkan Kristus akan meninggalkan kekayaan dan menjadi miskin demi kita (Lihat: Ibr 11:24-27; II Kor 8:9).

Δ        Musa memimpin bani Israel keluar dari Mesir, menyebarangi Laut Merah; melambangkan Kristus akan menyelamatkan kita terlepas dari dunia yang penuh dosa seperti Mesir, dan menjadi milikNya oleh baptisan (Lihat: Kel 14:23; I Kor 10:1, 2; Gal 3:27).

Δ        Musa membuat kemah bagi Allah; melambangkan Kristus akan mengorbankan diri untuk mendirikan Gereja Allah (Lihat: Kel 25:8, 9; Kis 20:28; Ibr 8:1, 2).

Δ        Musa setia dalam Rumah Allah; melambangkan Kristus akan setia sampai mati demi Rumah Allah – Gereja (Lihat : Ibr 3:5; Bil 12:7; Ibr 3:2; Flp 2:4-8).

 

III.   YESUS MENGGENAPI ANUGERAH KESELAMATAN

1.      Anugerah keselamatan dinyatakan oleh Yesus

Δ        Anugerah keselamatan dan kebenaran berasal dari Yesus Kristus (Yoh 1:15).

Δ        Anugerah keselamatan diberikan pada kita di dalam Yesus Kristus (II Tim 1:9, 10; Ef 2:7).

Δ        Keselamatan tiada di dalam siapapun selain di dalam Dia (Kis 4:12; Yoh 14:6).

Δ        Melihat Yesus sama dengan melihat anugerah keselamatan Allah (Luk 2:29-32; 3:6).

2.      Yesus mengalirkan darah untuk menggenapi anugerah keselamatan

Δ        Menurut hukum Taurat Allah: “Tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan” (Ibr 9:22). Tetapi darah domba dan lembu tidak dapat menghapus dosa manusia (Ibr 10:1-4), oleh sebab itu, Yesus harus berkorban mengalirkan darah untuk menggenapi anugerah keselamatan (Ibr 10:5-10). Khasiat darah Tuhan seperti berikut:-

(1)     Darah Tuhan sebagai tebusan.

Δ        Manusia telah dijual pada dosa, menjadi hamba dosa (Rm 7:14; Yoh 8:34).

Δ        Kalau mau ditebus, harus bersandar pada darah Kristus; kerana dalam darahNya ada hidup, sehingga dapat menebus dosa (I Ptr 1:18, 19; Ef 1:7; Mat 20:28; Im 17:11).

Δ        Umat Kristen dibeli oleh darah Tuhan sendiri (Kis 20:28; Why 5:9; I Kor 6:20).

(2)     Kerana darah Tuhan, dosa dapat diampuni.

Δ        Pada Perjanjian Lama persembahan korban dengan darah lembu dan domba hanyalah merupakan bayangan (Ibr 10:1-4).

Δ        Hanya darah Tuhan yang kudus dapat mencuci-bersihkan dosa manusia (Ibr 9:14; I Yoh 1:7; Why 1:5).

Δ        Darah Tuhan menghapuskan dosa manusia melalui baptisan (Rm 3:25; Kis 2:38; 22:16).

(3)     Manusia dapat melihat Allah oleh darah Tuhan.

Δ        Manusia terpisah dari Allah kerana dosa (Yes 59:2).

Δ        Darah Tuhan mendamaikan manusia dengan Allah, sehingga dapat mendekat pada Allah (Kol 1:20; Ef 2:13).

Δ        Dapat masuk ke tempat Maha Kudus melalui darah Tuhan (Ibr 10:19, 20; Lihat: Ibr 9:7-9; Mat 27:50, 51).

 

IV.   PEMBERIAN DAN PENERIMAAN ANUGERAH KESELAMATAN.

1.      Anugerah keselamatan Allah untuk seluruh dunia.

Δ        Allah menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang diselamatkan ( I Tim 2:4; II Ptr 3:9).

Δ        Allah kasih pada umat manusia, tidak membedakan suku bangsa (Yoh 3:16; Why 7:9; Gal 3:27, 28).

Δ        Tuhan menyuruh murid-murid memberitakan Injil pada semua manusia yang diciptaNya (Mrk 16:15; Mat 28:19; I Yoh 2:2).

Δ        Allah tidak menolong malaikat yang berdosa (Ibr 2:16; II Ptr 2:4).

2.      Anugerah keselamatan adalah pemberian Allah.

Δ        Diselamatkan bukan hasil usaha sendiri, tetapi pemberian Allah (Ef 2:8, 9).

Δ        Tuhan  yang memilih kita, bukan kita yang memilih Tuhan (Yoh 15:16; Ef 1:5, 6).

Δ        Allah akan bermurah hati kepada siapa Dia mau bermurah hati (Rm 9:14-18)

Δ        Allah mempunyai karunia yang tak terhingga (II Kor 9:15; Yoh 1:16).

3.      Anugerah keselamatan diberikan dengan cuma-cuma.

Δ        Orang mendapat upah kerana bekerja bukanlah anugerah (Rm 4:4, 5).

Δ        Diselamatkan bukan dari hasil usaha manusia (Ef 2:9; Rm 4:6, 7).

Δ        Bukan oleh melakukan hukum Taurat (Rm 3:28, 20).

Δ        Anugerah keselamatan diberikan Allah kepada umat manusia dengan cuma-cuma (Rm 3:24; Why 22:17).

4.      Harus menerimanya dengan iman.

Δ        Allah menyelamatkan manusia berdasarkan darah Yesus dan iman manusia (Rm 3:25; Ef 2:8).

Δ        Anugerah keselamatan akan diberikan pada orang yang percaya (Rm 1:16, 17; 10:13).

Δ        Orang benar akan hidup oleh iman (Rm 1:17; Ibr 11:6).

Δ        Iman yang benar pasti disertai perbuatan (Yak 2:20-26).

5.   Sekarang ini adalah masa penyelamatan.

Δ        Sekarang turun Roh Kudus hujan akhir, adalah masa Allah memperkenankan manusia (Yl 2:28, 29, 32; Za 10:1; Luk 4:18, 19).

Δ        Banjir belum melanda, hari penghakiman belum tiba (Mzm 32:6; 69:13).

Δ        Percaya Tuhan Yesus sekarang juga, agar tidak menyesal kemudian (Mzm 95:7; Ibr 2:1-3; Luk 16:22-31).

Δ        Lihatlah, hari ini adalah hari penyelamatan (II Kor 6:2; Yes 49:8; Ams 27:1).

BAB 6 YESUS
|

BAB 6 YESUS

I.  KELAHIRAN YESUS.

‘Yesus’ (bahasa Yunani) ~ nama ini diberikan oleh Allah (Luk 1:31, dalam bahasa Ibrani ‘Yosua’ ertinya: ‘Juru Selamat’ (Lihat: Mat 1:21). ‘Kristus’ (bahasa Yunani) dalam bahasa Ibrani ialah: ‘Mesias”, ertinya: ‘Yang diurapi’.

1.      Kelahiran Kristus sudah dinubuatkan.

(1)     Kristus akan dilahirkan oleh seorang dara (Yes 7:14), Dia adalah ‘Keturunan perempuan’ (Kej 3:15).

Δ        Digenapi: perawan Maria mengandung dari Roh Kudus, melahirkan Yesus, Juruselamat (Mat 1:18-25).

(2)     Dia akan keluar dari keturunan Daud (Yer 23:5; Yes 11:1; Mat 22:41, 42).

Δ        Digenapi: menurut silsilah jasmani, Kristus adalah keturunan Daud (Mat 1:1, 20; Lihat: Mat 15:22; 9:27).

(3)     Dia akan dilahirkan di Betlehem (Mi 5:2; Mat 2:4-6).

Δ        Digenapi: Allah mengatur Maria pulang ke Betlehem untuk pendaftaran, dan melahirkan Juruselamat di sana (Luk 2:1-7).

2.      Petunjuk Allah sebelum dan sesudah kelahiran.

(1)     Allah mengutus malaikat memberitahukan Maria katanya: “Sesungguhnya engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus” (Luk 1:31, 26-38).

(2)     Malaikat Tuhan berkata kepada Yusuf: “Janganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus” (Mat 1:20, 18-25).

(3)     Pada malam kelahiran Tuhan Yesus malaikat menyatakan diri kepada gembala-gembala, mengabarkan berita kesukaan besar kepada mereka: “Hari ini telah lahir bagimu, Juru selamat” (Luk 2:8-20).

3.      Kejadian setelah kelahiran.

(1)     Nabi Simeon dan Hana melihat Yesus di Bait Allah, lalu berkata pada orang banyak bahawa Dia adalah Juru Selamat yang diharap-harapkan umat pilihan (Luk 2:22-29).

(2)     Orang-orang majus dari Timur datang menyembahNya setelah melihat bintangNya (Mat 2:1-12).

(3)     Raja Herodes ingin membunuhNya, maka melarikan diri ke Mesir, setelah Herodes meninggal baru pulang ke Nazaret, dan membesar di sana (Mat 2:3, 13-23).

II.  PEKERJAAN YESUS

1.      Memberitakan Injil Kerajaan Syurga (Mat 4:23; 9:35).

Δ        Ketika Yesus memulakan pekerjaanNya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun (Luk 3:23).

Δ        Pokok pemberitaan InjilNya adalah: “Bertobatlah, sebab Kerajaan Syurga sudah dekat” (Mat 4:17; Mrk 1:14,15). Kerana Dia mengabarkan kabar baik tentang kedatangan ‘Kerajaan Syurga’, maka kebenaranNya disebut ‘Injil’. Dia datang ke dunia untuk memberitakan Injil (Luk 4:43).

Δ        KebenaranNya semua tertuju kepada manusia, keadaan di Syurga dan ajaran masuk ke dalam Syurga. Berikut adalah contoh-contoh yang ringkas:

(1)     Adanya Kerajaan Syurga ~ Tuhan berkata: “Di rumah BapaKu banyak tempat tinggal” (Yoh 14:1-3; Lihat: Mat 25:34).

(2)     Keadaan Syurga ~ Tuhan berkata: “Pada waktu kebangkitan, manusia tidak kawin dan dikawinkan seperti malaikat-malaikat di Syurga (Luk 20:35, 36; Lihat: Mat 25:46; 13.:43).

(3)     Jalan ke Syurga ~ Tuhan berkata: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku (Yoh 14:6). Katanya pula: “Sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam kerajaan Allah” (Yoh 3:5).

(4)     Hukum Syurgawi ~ Kata Tuhan: “Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi” (Yoh 13:34). Tuhan pernah menyimpulkan Hukum Allah menjadi dua:  (a)Mengasihi Allah dengan segenap tenaga, (b)Mengasihi orang seperti diri sendiri (Mat 22:36-40), mengasihi orang di dalam Tuhan sama dengan mengasihi Allah, maka jika dapat mengasihi saudara dengan mencontohi kasih Tuhan, sempurnalah Hukum Syurgawi.

(5)     Pahala Syurgawi ~ Kata Tuhan: “Dan setiap orang yang kerana namaKu meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki, atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal” (Mat 19:29). Dari sini dapat diketahui, bahawa berkorban demi pekerjaan Syurgawi mempunyai nilai yang tinggi (Lihat: Mat 25:19-23).

2.      Melakukan berbagai tanda mujizat.

Δ        Yesus melakukan tanda mujizat di mana-mana, supaya manusia terlepas dari kesengsaraan, menyelesaikan kesulitan mereka, juga membuktikan bahawa Dia adalah Juru Selamat, supaya manusia percaya padaNya (Lihat: Yoh 15:24; 11:41, 42, 45; 3:1-2).  Berikut ini adalah tanda-tanda mujizat yang dilakukanNya:

(1)     Menyembuhkan orang

Δ        Menyembuhkan anak seorang pegawai istana (Yoh 4:46-54).

Δ        Menyembuhkan pendarahan seorang perempuan (Mrk 5:25-34).

Δ        Mencelikkan mata orang buta (Yoh 9:1-11).

Δ        Menyembuhkan orang tuli dan bisu (Mrk 7:31-37).

Δ        Menyembuhkan orang yang menderita busung air (Luk 14:1-6).

Δ        Menyembuhkan telinga seorang hamba kepada imam (Luk 22:49-51).

Δ        Menyembuhkan sepuluh penderita kusta (Luk 17:11-19).

Δ        Menyembuhkan orang yang lumpuh (Mrk 2:1-12).

Δ        Menyembuhkan orang yang mati tangannya (Luk 6:6-11).

Δ        Menyembuhkan orang yang sakit tiga puluh lapan tahun (Yoh 5:1-9).

(2)   Mengusir setan.

Δ        Mengusir setan bisu (Mat 9:32, 33).

Δ        Mengusir setan bisu dan tuli (Mrk 9:16-27).

Δ        Mengusir roh jahat (Mrk 1:23-26).

Δ        Mengusir setan Legion (Mrk 5:1-13).

Δ        Mengusir setan penyakit (Luk 13:10-16).

(3)   Membangkitkan orang mati.

Δ        Membangkitkan anak perempuan Yairus (Mrk 5:35-43).

Δ        Membangkitkan anak janda di kota Nain (Luk 7:11-15).

Δ        Membangkitkan Lazarus yang telah mati empat hari (Yoh 11:39-44).

(4)   Macam-macam tanda mujizat.

Δ        Mengambil uang dari mulut ikan (Mat 17:24-27).

Δ        Menyatakan kuasaNya sehingga Petrus mendapat ikan (Luk 5:1-11).

Δ        Pohon ara yang tidak berbuah dikutuk dan layu (Mat 21:18-22).

Δ        Mengubah air menjadi arak yang baik (Yoh 2:1-11).

Δ        Mengenyangkan lima ribu orang dengan lima ketul roti dan dua ekor ikan (Mrk 6:32-44).

Δ        Mengenyangkan empat ribu lebih orang dengan tujuh ketul roti dan beberapa ikan (Mrk 8:1-9).

Δ        Meredakan ombak (Mrk 4:35-41).

Δ        Berjalan di atas air (Mrk 6:35-42).

III.  SIFAT YESUS

1.      Maha kudus.

(1)     Dalam Dia tidak ada dosa (Yoh 8:46).

Δ        Yesus sendiri bersaksi bahawa Dia tidak ada dosa (Yoh 8:46).

Δ        Pilatus membuktikan Dia tidak berdosa (Luk 23:4, 14, 22; Mat 27:3, 4).

Δ        Yudas yang mengkhianatiNya berkata bahawa Ia tidak berdosa (Mat 27:3, 4)

(2)     Mencintai keadilan dan membenci kefasikan (Ibr 1:9).

Δ        Berbuat baik di mana-mana (Kis 10:38).

Δ        Sering melakukan hal-hal yang diperkenan Allah (Yoh 8:24).

Δ        Mencela orang yang munafik (Mat 6:2, 5, 16, 23).

(3)     Menghendaki murid-muridNya kudus.

Δ        Menasihati murid-murid supaya kudus dalam hati (Mat 5:21-28).

Δ        Berdoa bagi kekudusan murid-murid (Yoh 17:17).

(4)     Rela berkorban demi kekudusan manusia (Mat 20:28).

Δ        Dia mati demi menebus dosa kita (I Ptr 2:21-24).

Δ        Yang tidak berdosa menjadi berdosa kerana menggantikan kita (II Kor 5:21).

Δ        Untuk menjadikan manusia kudus, Dia rela mengorbankan hidupNya, menyatakan Dia Maha Kudus

2.   Maha pengasih dan baik.

(1)   Kasih pada Bapa.

Δ        Menuruti perintah Bapa di Syurga (I Yoh 5:3; Yoh 6:38).

Δ        Taat pada kehendak Bapa di Syurga (Mat 26:39, 42; Flp 2:8).

Δ        Hanya mencari kemuliaan Bapa di Syurga (Yoh 7:18; 17:4).

(2)     Kasih pada manusia.

Δ        Mengasihani yang susah dan sakit (Mat 8:17; Mrk 1:40-41).

Δ        Baik terhadap orang jahat (Mat 5:43-48; Mat 26:49-50).

Δ        Mengampuni kesalahan orang (Mat 5:44; Luk 23:24).

Δ        Berkorban bagi manusia (Yoh 15:13; Mat 20:28).

3.      Lemah-lembut dan rendah hati (Mat 11:29)

(1)     Lemah-lembut.

Δ        Tidak pemarah (Mat 5:22; Luk 9:51-56).

Δ        Tidak berselisih dengan orang (Mat 26:62, 63; I Ptr 2:22, 23).

Δ        Tahan hinaan (Mat 5:39; 26:67, 68; Yes 50:6).

(2)     Rendah hati.

Δ        Menerima orang berdosa (Luk 5:27-32; 15:1,2).

Δ        Melayani orang (Mat 20:28; Yoh 13:12-17).

Δ        Tidak memegahkan diri (Yoh 5:41; 8:50; Flp 2:6).

IV.  PENDERITAAN YESUS.

1.      Nubuat dan lambang dari kematian Tuhan.

(1)     Nubuat Perjanjian Lama

Δ        Dia akan dijual 30 uang perak oleh teman (Za 11:12, 13). Penggenapan: Mat 26:14-16; 27:3-10.

Δ        Dia seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian (Yes 53:7) Penggenapan: Mat 27:12-14

Δ        Ia terhitung di antara pemberontak-pemberontak (Yes 53:12). Penggenapan: Luk 23:33.

Δ        Menderita dan mengalirkan darah di atas salib hingga mati (Mzm 22:13-18). Penggenapan: Yoh 19:17-24.

(2)     Tuhan menyatakannya sebelumnya.

Δ        “Tuhan menyatakan kepada murid-muridNya bahawa Ia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan dari pihak tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh dan dibangkitkan pada hari ketiga” (Mat 16:21; Lihat: Mat 17:22, 23).

Δ        Kata Tuhan: “Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawaNya menjadi tebusan bagi banyak orang” (Mat 20:28).

(3)     Lambang kematian.

Δ        Kitab Keluaran fasal 12 tertulis, orang-orang Yahudi pada hari yang ke-14 bulan itu (hari ke-15 adalah hari Paskah, dan hari ke-14 adalah hari persiapan bagi hari raya itu), setiap keluarga harus menyembelih seekor domba, mati menggantikan anak sulung, dan darahnya dibubuhkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang atas, barulah dapat terhindar dari pembantaian malaikat yang membunuh anak sulung (Kel 12:6-14).

Δ        Yesus menjadi Anak Domba Allah untuk menghapus dosa dunia (Yoh 1:29), oleh sebab itu, Dia mati pada hari ke-14 bulan ini, supaya barangsiapa yang dibaptis dalam darahNya dapat terhindar dari hukuman yang kekal.

2.      Tujuan kematian Tuhan.

(1)     Untuk menebus dosa manusia.

Δ        Kematian Tuhan bukan kerana dosa sendiri (Yoh 19:6), melainkan mati untuk menebus dosa umat manusia (Rm 8:3; Mat 20:8; Ibr 9:28; I Kor 15:3).

(2)     Untuk menggenapi hukum Taurat.

Δ        Hampir segala sesuatu disucikan menurut hukum Taurat dengan darah, maka jika Yesus tidak mengalirkan darah, dosa manusia tidak dapat diampuni (Ibr 9:22; Im 17:11). Tuhan mati di kayu salib untuk menggenapi hukum Taurat (Mat 5:17; Ibr 10:1-10).

3.      Khasiat kematian Tuhan.

(1)     Khasiat bagi umumnya.

Δ        Supaya semua orang kembali pada Allah (Yoh 12:32, 33).

Δ        Menjadi pendamaian untuk manusia (I Yoh 2:2; Rm 3:25).

(2)     Khasiat bagi umat beriman.

Δ        Lepas dari kutukan hukum Taurat (Gal 3:13; Rm 7:1-6).

Δ        Dosa diampuni (Ibr 9:13, 14; 10:10; Ef 1:7).

Δ        Bebas dari kematian (Ibr 2:14, 15; Luk 1:74, 75).

Δ        Berdamai dengan Allah (Ef 2:13; Rm 5:10).

Δ        Dibenarkan (Rm 5:9; II Kor 5:21).

Δ        Masuk ke dalam Syurga (Kol 13:14; Ef 2:19).

(3)     Kesan terhadap Iblis.

Δ        Memusnahkan Iblis (Ibr 2:14; I Kor 15:55-57).

Δ        Mengusir Iblis (Yoh 12:31, 32).

Δ        Mengalahkan musuh-musuh (Kol 2:14, 15).

V.  KEBANGKITAN YESUS

1.      Nubuat dan lambang kebangkitan.

(1)     Nubuat dan lambang kebangkitan.

Δ        “Engkau tidak menyerahkan Aku ke dunia orang mati, dan tidak membiarkan Orang KudusMu melihat kebinasaan” (Mzm 16:10; Lihat: Kis 2:31)

(2)     Pernyataan Tuhan sebelumnya.

Δ        Tuhan berkali-kali bernubuat kepada murid-murid, bahawa setelah mati, Dia  akan bangkit pada hari ketiga (Mat 16:21; 17:23; 20:19; 26:32).

(3)     Lambang dari Yunus.

Δ        Yunus berada di perut ikan selama tiga hari tiga malam, kemudian dimuntahkan kembali; ini melambangkan bahawa setelah mati dan dikubur, Tuhan akan bangkit pada hari ketiga (Yun 1:17; Mat 12:40).

2.      Kesaksian tentang kebangkitan Tuhan

(1)     Kesaksian Maria Magdalena (Mat 28:1-10; Yoh 20:1, 2).

(2)     Kesaksian Petrus (Yoh 20:3-8; Kis 2:24-32).

(3)     Kesaksian malaikat (Mat 28:5, 7; Luk 24:5-8).

(4)     Kesaksian penjaga (Mat 28:4, 11-15; Lihat:  Mat 27:62-66).

(5)     Kesaksian Paulus (II Tim 2:8; I Kor 15:3; Lihat: Kis 9:3-8).

3.      Kesudahan kebangkitan Tuhan

(1)     Membuktikan Dia adalah Anak Allah (Rm 1:4).

(2)     Menghapus kematian dan menampakkan hidup kekal (I Kor 15:54, 55; II Tim 1:10; I Kor 15:22).

(3)     Membuktikan penghakiman pasti datang (Kis 17:31; Lihat: Yoh 5:22, 27-29).

(4)     Membuktikan bahawa umat yang beriman pasti akan bangkit (I Kor 15:13, 14; I Ptr 1:3, 4; I Tes 4:14).

 

VI.  KEBERANGKATAN YESUS KE SYURGA.

1.   Kenyataan-kenyataan keberangkatan Tuhan ke Syurga.

(1)     Ia naik ke Syurga ketika mengangkat tanganNya dan memberkati murid-murid (Luk 24:50, 51).

(2)     Ketika murid-murid sedang menatap ke langit waktu Ia naik, tiba-tiba berdirilah dua orang malaikat, membuktikan Dia telah terangkat ke Syurga (Kis 1:9-11).

(3)     Yesus telah masuk ke Syurga dan segala kekuatan ditaklukkanNya (I Ptr 3:22; Ibr 4:14).

2.      Kesudahan keberangkatan Tuhan ke Syurga.

(1)     Agar manusia mengetahui kuasa Allah (Ef 1:18-21).

(2)     Memegang segala kuasa di Syurga dan di bumi (Mat 28:18; Flp 2:9, 10).

(3)     Menurunkan Roh Kudus yang dijanjikan – sepuluh hari setelah naik ke Syurga, Roh Kudus turun pertama kali pada hari Pentakosta (Kis 2:33; Yoh 7:39; 16:7; Kis 1:5; Yoh 14:16, 17).

Δ        Tuhan Yesus yang telah naik ke Syurga akan datang lagi dalam kemuliaan bersama-sama para malaikat untuk menyambut umat suci dan menghakimi dunia (Why 22:12).

VII.  YESUS ADALAH ALLAH.

1.      Dia memiliki nama Allah.

(1)     Adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Why 1:17; 2:8; 23:13; Lihat: Yoh 8:57, 58).

(2)     Alfa, Omega (Why 1:8; 21:6; 22:13).

(3)     Tuhan (Kis 2:36; 3:15; 10:36; Mat 22:43-45; Rm 10:12).

(4)     Imanuel (Mat 1:23; Yes 7:14).

(5)     Allah (Ibr 1:8; Yoh 20:28; Kis 20:28; Rm 9:5; I Tim 3:16; Tit 2:13; I Yoh 5:20; Yes 9:6; Lihat: Yoh 14:9-11, 18; 10:30).

2.      Dia mempunyai sifat Allah.

(1)     Maha kuasa.

Δ        Menyembuhkan orang sakit (Mat 9:27-30; 14:14, 35, 36; Yoh 9:1-3, 6, 7).

Δ        Membangkitkan orang mati (Luk 7:14, 15; 8:54, 55; Yoh 11:43, 44).

Δ        Menakluki Iblis (Mat 8:14; 12:22; Luk 13:10-13).

Δ        Mengatur segala sesuatu (Mat 8:26, 27; 14:24-32; 17:24-27; 21:18, 19).

Δ        Menopang segala sesuatu (Ibr 1:3; Kol 1:17).

Δ        Memegang kekuasaan (Mat 28:18; Yoh 3:35; Ef 1:20-22; Flp 2:9-11).

(2)     Maha tahu.

Δ        Tahu masa lampau manusia (Yoh 4:5-19; 1:47,48; 11:3-14).

Δ        Tahu fikiran manusia (Mat 9:3, 4; Mrk 2:8; Luk 6:7, 8; Yoh 2:24, 25).

Δ        Tahu perkara yang jauh (Yoh 1:48; Mrk 14:12-16).

Δ        Dia adalah sumber hikmat dan pengetahuan (Kol 2:3; I Kor 1:24; 2:7).

(3)     Maha berada

Δ        Dia tetap berada di Syurga ketika di bumi (Yoh 3:13; 14:9-11; 17:21).

Δ        Dia dapat berada bersama-sama murid-murid di mana saja (Mat 28:20; 18:19, 20; Kis 18:9, 10; 23:11).

Δ        Tinggal di dalam orang yang beriman (Yoh 14:20; 17:21-23; II Kor 13:5).

Δ        Memenuhi segala sesuatu (Ef 1:21-23; 4:10).

3.      Dia mempunyai posisi Allah.

(1)     Mencipta (Yoh 1:3; Kol 1:16; Ibr 1:2, 10).

(2)     Mengampuni dosa (Mrk 2:5-10; Yoh 5:14; Luk 7:40-49).

(3)     Menghakimi (II Tim 4:1; II Kor 5:10; Why 22:12).

(4)     Membangkitkan orang mati dan mendapat kemuliaan (Yoh 6:39, 44; Flp 3:21; I Kor 15:52, 53).

4.      Yesus adalah Jehovah pada Perjanjian Lama.

(1)     Jehovah adalah Pencipta alam semesta (Kej 1:1; Yes 42:5; Neh 9:6).

Δ        Yesus adalah Pencipta alam semesta (Yoh 1:1-3; Kol 1:16; Ibr 1:10).

(2)     Jehovah adalah Juru Selamat (Yes 43:11; Hos 13:4).

Δ        Yesus adalah Juru Selamat (Kis 4:12; Luk 2:11; Yud 24).

(3)     Jehovah adalah Raja (Mzm 10:16; 96:10).

Δ        Yesus adalah Raja (Why 11:15).

(4)     Jehovah adalah Tuhan yang mulia (Mzm 24:10).

Δ        Yesus adalah Tuhan yang mulia (I Kor 2:8).

(5)     Jehovah adalah Allah di atas segala allah, Tuhan di atas segala tuhan (Ul 10:17; Dan 2:47).

Δ        Yesus adalah Tuan di atas segala tuan, dan Raja di atas segala raja (Why 17:14; 19:16).

(6)     Jehovah adalah Tuhan kehidupan (Ul 32:39; Yer 38:16).

Δ        Yesus adalah Tuhan kehidupan (Yoh 1:4; 11:25; 14:6).

(7)     Jehovah adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Yes 44:6; 48:12).

Δ        Yesus adalah Yang Awal dan Yang Akhir (Why 1:17; 22:13).

BAB 5 UMAT MANUSIA
|

BAB 5 UMAT MANUSIA

I. ASAL USUL MANUSIA.

1.      Dicipta Allah.

Δ        Pada hari ke-6 Allah menciptakan laki-laki dan perempuan (Kej 1:27,31).

Δ        Adam adalah anak Allah – dilahirkan oleh Allah (Luk 3:38).

Δ        Tuhan Yesus membuktikan bahawa Allah menciptakan manusia (Mat 19:4; Mrk 10:6).

2.      Dari satu orang menjadi semua bangsa.

Δ        Dari satu orang saja Ia telah menjadikan semua bangsa (Kis 17:26).

Δ        Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam (Kej 2:21-23; I Tim 2:13).

Δ        Allah hanya menciptakan satu orang, supaya manusia mendapat keturunan yang ilahi (Mal 2:15).

II. RUPA ASAL MANUSIA.

1.      Mempunyai rupa Allah.

Δ      Allah menciptakan manusia menurut gambarNya (Kej 1:26, 27).

Δ      Gambar ini menunjukkan kebenaran yang adil dan kudus (Ef 4:24; Pkh 7:29).

Δ      Kerana berdosa sehingga manusia kehilangan gambar Allah, dan Kristus datang untuk membangun kembali manusia, supaya manusia memulihkan semula gambar Allah (II Kor 5:17; 3:18; Kol 3:9, 10).

2.      Mempunyai kemuliaan sebagai anak Allah

Δ        Adam disebut anak Allah (Luk 3:28).

Δ        Mempunyai hak untuk berhubungan dengan Allah (Lihat: Kej 2:16; 3:8).

Δ        Diberi kuasa untuk mengatur segala sesuatu (Lihat: Kej 1:26-28; 2:19).

3.      Hidup bahagia dan sukacita

Δ        Hidup tanpa kekhuatiran akan makanan dan pakaian (Lihat: Kej 2:8, 16, 25; 3:7).

Δ        Hidup bersama dengan rukun (Lihat: Kej 2:18, 22-24).

Δ        Hidup tanpa ancaman maut (Lihat: Kej 2:9; 3:22).

III. NENEK MOYANG BERBUAT DOSA.

1.      Kenyataan-kenyataan berbuat dosa.

Δ        Allah berfirman: “Adam melangkahi perjanjian dan di sana mereka telah berkhianat terhadapKu” (Hos 6:7).

Δ     Ayub berkata: “Jikalau aku menutupi pelanggaranku seperti manusia dengan menyembunyikan kesalahanku dalam hatiku” (Ayb 31:33).

Δ        Paulus berkata: “Tetapi aku takut, kalau-kalau fikiran kamu disesatkan dari kesetiaan kamu yang sejati kepada Kristus, sama seperti Hawa diperdayakan oleh ular itu dengan kelicikannya” (II Kor 11:3; Lihat: I Tim 2:13; Rm 5:14; I Kor 15:22).

2.      Ketaatan Hawa

Δ        Hawa senang berbicara dengan setan, sehingga dia mendapat kesempatan untuk membujuknya lebih lanjut (Kej 3:1-2; Lihat: Yak 4:7).

Δ        Dia tidak memegang teguh perkataan Allah, mengubah perkataan Allah (Kej 3:2; bandingkan: 2:16, 17).

Δ        Dia kena tipu muslihat Iblis, melanggar perintah Allah, menuruti Iblis, memetik buah larangan dan memakannya serta diberikan kepada Adam (Kej 3:4-6).

3.      Akibat berbuat dosa.

(1)     Dikutuk Allah.

Δ        Hawa:  menambah kesakitan mengandung dan melahirkan (Kej 3:16).

Δ        Adam:  bersusah payah seumur hidup, baru dapat makan (Kej 3:17-19).

(2)     Diusir dari Taman Eden.

Δ        Allah takut mereka mengambil pula dari buah pohon kehidupan dan memakannya, sehingga ia hidup selama-lamanya di dunia, ini merupakan hal yang paling malang.

Δ        Maka Tuhan mengusir mereka dari Taman Eden dan ditempatkanNya beberapa kerub dengan pedang yang bernyala-nyala dan menyambar-nyambar untuk menjaga jalan ke pohon kehidupan.(Kej 3:23, 24).

(3)     Daging dan roh pasti mati.

Δ        Allah berfirman: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati” (Kej 2:17). Pada waktu mereka berbuat dosa, bukan saja jiwa mereka mati dan terpisah dengan Allah bahkan tubuh mereka akan kembali ke tanah (Kej 3; Yes 59:2).

Δ        Oleh ketidak-taatan satu orang semua orang telah menjadi orang berdosa (Rm 5:12-19).

IV. KESUDAHAN MANUSIA.

1.      Semua orang sudah berdosa.

(1)     Dosa tidak mengasihi orang.

Δ        Hukum Allah disimpulkan kepada dua, yakni:

  • Mengasihi Tuhan Allah dengan segenap hati.
  • Mengasihi orang lain seperti diri sendiri (Mat 22:36-40).

Δ        Tidak mengasihi orang, misalnya: tidak berbakti pada orang tua, tidak mengasihi ahli-ahli keluarga, tidak mengasihi jiran tetangga ~ semuanya ini adalah dosa (Kel 20:12; I Tim 5:8; Luk 10:28-37).

Δ        Tidak mencelakai orang, misalnya: melukai tubuh orang, menjejaskan kepentingan orang, menindas semangat orang, hal-hal ini lebih-lebih merupakan dosa (Kel 20:13-17; Rm 1:28-32).

(2)     Dosa tidak mengasihi Allah.

Δ        Andai kata engkau dapat melakukan hukum ‘mengasihi orang lain seperti diri sendiri’, namun engkau tidak kasih dan hormat pada Allah yang menciptakan engkau, tidak mengaku Yesus yang menyelamatkan engkau, maka di hadapan Allah, engkau adalah seorang dosa (Rm 1:19, 20; Yoh 3:16-18; Pkh 12:1-13, 14).

Δ        Menyembah berhala, menentang Yesus merupakan dosa di atas dosa (Kel 20:3-5; Rm 1:21-25; Yes 2:8, 9).

(3)     Dosa yang diturunkan oleh nenek moyang – dosa asal. (Dosa yang dilakukan sendiri disebut ‘dosa peribadi’)

Δ        Alkitab tertulis: “Kerana satu orang berdosa, maka semua orang sudah menjadi orang berdosa” (Rm 5:19), dan: “Semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam” (I Kor 15:22). Ini menunjukkan bahawa keturunan Adam harus menanggung dosanya, dan sesungguhnya juga sudah mewarisi sifat dosanya.

Δ        Maka penyair Mazmur berkata: “Sesungguhnya, dalam kesalahan aku diperanakkan, dalam dosa aku dikandung ibuku” (Mzm 51:7; Lihat: Mzm 58:3; Ayb 25:4; 14:4; Rm 7:17, 18).

Δ        Sejak Adam berdosa, maut telah menjalar kepada semua orang, ini membuktikan bahawa manusia sudah mewarisi dosa asal, kerana maut datang dari dosa (Rm 5:12, 14, 17 ; 6:23).

Δ        Berdasarkan tiga hal yang disebut di atas, semua umat manusia baik tua maupun muda, semua berada di dalam dosa, seperti apa yang tertulis di dalam Alkitab: “Semua orang sudah berdosa.” (Rm 3:23).

2.      Kesudahan orang berdosa.

(1)     Menjadi hamba Iblis (I Yoh 3:8; 5:19).

Δ        Menjadi hamba dosa (Yoh 8:34; Tit 3:3).

Δ        Tiada kesejahteraan (Yes 48:22; Rm 3:13-17).

Δ        Tiada pengharapan (Ef 2:12; Ams 11:7).

(2)     Menerima penghakiman Allah.

Δ        Bersusah payah seumur hidup (Kej 3:16-19; Mzm 90:10).

Δ        Tubuh pasti akan mati (Ibr 9:27; Rm 6:23).

Δ        Binasa selama-lamanya (Why 21:8; II Tes 1:8, 9).

BAB  4   IBLIS
|

BAB 4 IBLIS

BAB 4 IBLIS

I. ASAL USUL IBLIS

1. Asal usulnya adalah malaikat

Δ Pernah berada di Taman Eden Allah (Yeh 28:13).
Δ Adalah kerub penjaga tabut yang diurapi (Yeh 28:14).
Δ Adalah bintang terang, putera raja (Yes 14:12).

2. Diusir kerana berdosa.

Δ Tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaan kemudian terdapat kecurangan (Yeh 28:15).
Δ Hati menjadi sombong kerana kecantikan (Yeh 28:17).
Δ Tidak taat, ingin mengatasi bintang-bintang Allah, hendak menyamai yang Maha Tinggi (Yeh 14:12, 14; Yud 6).
Δ Diusir dari Gunung Allah kerana sudah berdosa (Yeh 28:16; Yes 14:14, 15; II Ptr 2:4; Luk 10:18).

3. Berkerajaan sendiri.

Δ Tuhan berkata, kalau Iblis terbagi-bagi melawan dirinya sendiri; bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan (Mat 12:26).
Δ Mereka mempunyai penghulu dan utusan (Mat 12:24; 25:41).
Δ Jumlah mereka sangat banyak (Lihat: Mrk 5:6-9; Luk 8:30).

4. Sebutan Iblis.

Δ Iblis (Mat 4:1) – artinya ‘memfitnah, ‘mendakwa’; memfitnah Allah di hadapan manusia (Kej 3:1, 4, 5), di hadapan Allah memfitnah manusia (Ayb 1:9, 11; 2:4, 5), mendakwa manusia (Why 12:10).
Δ Setan (Luk 10:18) – artinya ‘melawan, ‘menentang’; fikiran dan perbuatannya semata-mata melawan Allah, menentang kebaikan (Lihat: Mat 16:22,23).
Δ Ular tua (Why 12:9) – arti bahasa aslinya ‘bersinar’, ‘menggoda’. Melambangkan dia licik, pendusta (Lihat: I Tes 3:5; II Kor 11:3).
Δ Naga besar (Why 12:9) – artinya ‘menelan’, ‘keji; dia ingin menelan Anak Allah (Why 12:4, 5; I Ptr 5:8).
Δ Ilah zaman (II Kor 4:4; I Yoh 5:19); raja dunia (Yoh 12:31; 14:30; 16:11); si jahat (Mat 6:13); seteru (Mat 13:39) dan lain-lain.

II. SIFAT IBLIS.

1. Sombong.

Δ Kerana cantik dia menjadi sombong (Yeh 28:17).
Δ Dia ingin mengatasi bintang-bintang, hendak menyamai Allah (Yes 14:13, 14).
Δ Barangsiapa yang sombong sudah kena hukuman Iblis, masuk ke dalam perangkapnya (I Tim 3:6; I Yoh 2:16).

2. Tidak jujur.

Δ Dalam hatinya tidak ada kebenaran, adalah bapa segala pendusta (Yoh 8:44; Kej 3:4, 5, 9).
Δ Dia curang dan penyamar (II Kor 11:3, 13-15).
Δ Setiap perbuatan dan pertuturan yang tidak setia berasal dari Iblis (Mat 5:37; Kis 5:1-3).

3. Najis.

Δ Disebut roh najis (Why 16:13; Luk 4:33).
Δ Orang yang kerasukan setan tidak suka bersih (Mrk 5:2).
Δ Orang yang melakukan perzinahan, kenajisan, percabulan ~ semuanya berasal dari Iblis (Gal 5:19-21; Ef 2:2, 3).

4. Keji.

Δ Ia adalah pembunuh manusia sejak dahukukala – membunuh nenek moyang kita juga membunuh Habel (Yoh 8:44; Kej 2:17; 3:19; 4:8).
Δ Membangkitkan peperangan di mana-mana jua (Why 16:13-16).
Δ Menelan anak-anak Allah (I Ptr 5:8; Why 12:4,5).

5. Sumber kejahatan.

Δ Dia adalah musuh segala kebenaran (Kis 13:9, 10).
Δ Segala kejahatan berasal dari dia (Yak 3:14-16).
Δ Barangsiapa yang berbuat dosa, berasal dari Iblis (I Yoh 3:8).

III. PEKERJAAN IBLIS.

1. Melawan Allah.

Δ Merosak ciptaan Allah (Kej 3:1-6).
Δ Merintangi penyelamatan Allah (Mat 2:13; 16:22, 23).
Δ Membengkokkan Jalan Tuhan yang lurus (Kis 13:10; Gal 1:6-9).
Δ Menganiaya jemaat Allah (Kis 8:1; 12:1-4).

2. Mencelakai manusia.

Δ Menghancurkan kebahagiaan manusia (Kej 2:8-16; 3:16-24).
Δ Menganiaya tubuh manusia (Luk 13:11-16; Mat 17:14, 15, 18).
Δ Merintangi manusia untuk percaya Tuhan (Kis 13:10-13; Mat 23:13, 14).
Δ Menyesatkan umat beriman meninggalkan kebenaran (Mat 24:11, 23, 24; Yer 10:14, 15; Mat 4:5-7).

IV. KEKUATAN IBLIS.

1. Menguasai manusia.

Δ Kerana berbuat dosa, maka umat manusia menjadi hamba Iblis (I Yoh 3:8; Yoh 8:24).
Δ Seluruh dunia berada di bawah kuasanya (I Yoh 5:19; Kis 26:18).
Δ Manusia tidak dapat melepaskan diri dari kuasa Iblis dengan kekuatan sendiri (Rm 7:15-24; Mrk 5:2-4).
Δ Namun dia tidak dapat mencelakai Anak Allah (I Yoh 5:18; Bil 23:23).

2. Boleh melakukan mujizat.

Δ Melakukan tanda mujizat melalui ahli sihir (Kel 7:10-12, 20-22).
Δ Melakukan tanda mujizat melalui nabi palsu dan kristus palsu (Mat 24:23, 24).
Δ Melakukan tanda mujizat melalui orang-orang yang jahat (II Tes 2:9).
Δ Boleh menurunkan api dari langit (Why 13:12,13).
Δ Kuasanya kalah kepada Allah (Kel 8:16-19).

3. Dibatasi Allah.

Δ Pertama kali tidak mengizinkan setan mencelakai Ayub (Ayb 1:12).
Δ Kedua kali tidak mengizinkan setan mengambil nyawa Ayub (Ayb 2:6).
Δ Semua kekuasaan berada pada Allah (Mat 6:13; Luk 4:6).

V. KESUDAHAN IBLIS.

1. Tuhan Yesus sudah menang atas dia.

Δ Tuhan berfirman: “Aku telah mengalahkan dunia” (Yoh 16:33).
Δ Oleh kematianNya, Tuhan memusnahkan Iblis (Ibr 2:14; Kol 2:15).

2. Mereka pasti dihakimi

Δ Tuhan pasti menghakimi mereka (II Ptr 2:4).
Δ Melemparkan mereka ke dalam lautan api dan belerang (Why 20:10; Mat 25:41).
Δ Iblis pun mengetahui bahawa waktu penghakiman bagi mereka sudah tiba (Why 12:12; Lihat: Mat 8:29).

VI. CARA MENGALAHKAN IBLIS.

1. Bersandar pada Yesus

Δ Bersandar pada darah Tuhan (Why 12:11; Kol 1:13, 14; Gal 3:27).
Δ Bersandar pada Roh Tuhan (Mat 12:28; Rm 8:13).
Δ Taat pada firman Tuhan (Yak 4:7; Mat 4:7-11).

2. Rendah hati

Δ Jangan gila hormat (Gal 5:26).
Δ Menganggap orang lain lebih utama dari diri sendiri (Flp 2:3).
Δ Hendaklah tunduk dan rendah hati di bawah kuasa Allah (I Ptr 5:5, 6).

3. Jujur tak bercela

Δ Tak ada kelicikan (Yoh 1:47).
Δ Berkata jujur (Za 8:16; Ef 4:15).
Δ Setia (Dan 6:4,22; Flp 2:15).

4. Kudus sempurna

Δ Tiada fikiran busuk di hati (Mat 5:27, 28; Kej 39:7-10).
Δ Tidak tamak akan dunia (I Yoh 2:15, 16; Luk 4:5-8).
Δ Tidak melakukan kejahatan (II Tim 2:19; I Kor 6:9, 10).

5. Mengasihi orang lain seperti diri sendiri.

Δ Tidak iri hati pada orang lain (I Kor 13:4; I Yoh 3:12).
Δ Tidak mencelakai orang lain (Rm 13:10; I Kor 13:5).
Δ Rela mengorbankan diri (I Yoh 3:16; Rm 15:1,2).

6. Setia sampai mati

Δ Iman tak berubah sampai mati (II Kor 11:2-4; Why 2:10).
Δ Setia pada Kristus sampai mati (Rm 8:15-39; Yoh 6:68).
Δ Tidak takut mati untuk Tuhan (Why 12:11; Kis 2:22-24).

BAB 3   MALAIKAT
|

BAB 3 MALAIKAT

BAB 3 MALAIKAT

I. ASAL USUL MALAIKAT

1. Alkitab memberitahukan adanya Malaikat.

Δ Ada dua malaikat, tiba di Sodom pada waktu petang (Kej 19:1).
Δ Elia berbaring dan tidur di bawah pohon arar, dan seorang malaikat menyentuh dia (I Raj 19:5).
Δ Tuhan berkata: Ada malaikat mereka di Syurga yang selalu memandang wajah BapaKu yang di Syurga (Mat 18:10).
Δ Setelah Yesus naik ke Syurga sesudah segala malaikat, kuasa dan kekuatan ditaklukkan kepadaNya (I Ptr 3:22).

2. Malaikat dicipta oleh Allah.

Δ Pujilah Dia, hai segala malaikatNya, pujilah Dia, hai segala tentaraNya ….. sebab Dia memberi perintah, maka semuanya tercipta (Mzm 148:2, 5).
Δ Engkau (malaikat) tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu (Yeh 28:15, 13, 14).
Δ Kerana di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di Syurga dan ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgahsana maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa (termasuk malaikat); segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia (Kol 1:16).
Δ Malaikat diciptakan sebelum langit dan bumi (Lihat: Ayb 38:6, 7; Kej 3:1).

3. Sebutan malaikat.

Δ Kerub (Kej 3:24; Yeh 11:22).
Δ Serafim (Yes 6:2, 6).
Δ Malaikat Allah (Mzm 34:7; Dan 6:22).
Δ Malaikat (Kis 12:7,8).
Δ Orang-orang kudus (Mzm 89:5-7; Dan 4:13).
Δ Tentera Syurga (I Raj 22:19; Why 19:14).
Δ Bala tentera Syurga (Luk 2:13).
Δ Roh-roh yang melayani (Ibr 1:14).

4. Tempat tinggal malaikat.

Δ Disebut malaikat di Syurga, maka dapat diketahui bahawa mereka tinggal di Syurga (Mat 20:30).
Δ Setelah selesai bekerja, lalu ‘naik ke Syurga’ (Luk 2:13-15).
Δ Segenap tentera Syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri Allah (I Raj 22:19; Dan 7:10).
Δ Tinggal di Yerusalem Syurgawi (Ibr 12:22).
Δ Diutus ke mana-mana (Mat 18:10; Mzm 34:7).

II. ORGANISASI MALAIKAT

1. Jumlah malaikat

Δ Seribu kali beribu-ribu melayani Dia, dan selaksa kali berlaksa-laksa berdiri di hadapanNya (Dan 7:10).
Δ Tuhan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang-orang yang kudus (Ul 33:2).
Δ Datang ke Yerusalem Syurgawi dan kepada beribu-ribu malaikat (Ibr 12L22; Why 5:11).
Δ Jumlah malaikat sangat banyak (Lihat: Ayb 25:3; II Raj 6:17).

2. Malaikat mempunyai tingkatan.

Δ Ada penghulu malaikat, yang bernama Mikhael (I Tes 4:16; Yud 9; Dan 12:1).
Δ Ada singgasana, kerajaan, pemerintah, penguasa, semuanya ini adalah tingkatan-tingkatan malaikat (Kol 1:16; I Ptr 3:22).
Δ Tuhan pernah berkata: ‘Duabelas pasukan malaikat’ (Mat 26:53), maka dapat diketahui bahawa malaikat mempunyai organisasi. Menurut sistem militer kerajaan Roma, satu pasukan ada 6000 orang lebih.

III. SIFAT MALAIKAT.

1. Malaikat adalah roh ciptaan (Ibr 1:14).

Δ Dia dapat menampakkan diri dalam rupa manusia atau rupa-rupa lain (Kej 18:1, 2; Yoh 20:12; Yes 6:1-3).
Δ Dia dapat makan dan berbicara pada manusia (Kej 19:12-22, 1-3).
Δ Mereka tidak kahwin, tidak dikahwinkan; tidak dapat mati (Luk 20:35, 36).

2. Mereka kudus

Δ Disebut ‘orang-orang kudus’ atau ‘malaikat kudus’ (Mzm 89:5; Mrk 8:38).
Δ Disebut ‘malaikat terang’ (II Kor 11:14, 15).
Δ Wajahnya bagaikan kilat dan pakaiannya putih bagaikan salji (Mat 28:3).

3. Mereka sangat rendah hati.

Δ Tidak berani menerima sembah sujud dari manusia (Why 19:10; 22:8,9).
Δ Memuliakan Tuhan (Why 5:11, 12; Yes 6:2, 3).

IV. TUGAS MALAIKAT.

1. Melayani Allah di Syurga.

Δ Tidak henti-henti memuji Allah di sekeliling takhta (Wah 5:11-13).
Δ Berdiri di hadapan Allah dan melayaniNya (Dan 7:9, 10).

2. Diutus Allah mengerjakan berbagai pekerjaan.

Δ Memberi peringatan menolong umat manusia (Kej 19:12-22).
Δ Menyampaikan hukum Allah (Kis 7:53, 38).
Δ Mengabarkan kabar kesukaan Allah (Luk 2:10, 11).
Δ Menyerang setan menolong umat suci (Why 12:7, 8; Dan 10:21).
Δ Mengawali peperangan di dunia (Why 7:1-3; 9:13-15).

3. Bekerja bagi orang-orang yang menerima anugerah keselamatan (Ibr 1:14).

Δ Melindungi umat suci di mana saja (Mzm 91:11; 34:7; Kel 23:20).
Δ Menolong umat suci lepas dari bahaya (Kis 5:17-20; 12:6-11).
Δ Memberi petunjuk dan menghibur murid-murid (Mat 2:12, 13, 19, 20; Kis 27:23, 24).
Δ Membawa umat suci pulang ke Syurga (Luk 16:22).

V. KEKUATAN MALAIKAT.

1. Mempunyai kekuatan yang melampaui manusia.

Δ Dapat mengatup mulut singa (Dan 6:21, 22).
Δ Dapat membuka kunci penjara (Kis 12:6-10).
Δ Satu malaikat boleh membunuh seratus lapan puluh ribu orang (II Raj 19:35; II Taw 32:21).

2. Kekuatannya melebihi Setan

Δ Mikhael mengalahkan raja Iblis (Dan 10:13-21).
Δ Mempunyai kuasa membelenggu setan (Why 20:1, 2).

3. Namun jauh di bawah Allah.

Δ Disebut malaikat yang perkasa (Mzm 103:20).
Δ Penuh hikmat dan maha indah (Yeh 28:12; II Sam 14:17, 20).
Δ Malaikat bukan maha kuasa dan maha boleh (Ayb 4:18; Mat 24:36: I Ptr 1:10-12).
Δ Jangan jadikan malaikat sebagai pengantara. Jangan menyembah malaikat (I Tim 2:5; Why 19:10; 22:8, 9).

VI. PERBANDINGAN ANTARA MALAIKAT DENGAN MANUSIA

1. Malaikat adalah hamba Allah (Ibr 1:5, 14).

Δ Manusia adalah anak-anak Allah (Luk 3:38; I Yoh 3:1).

2. Malaikat tidak kahwin dan dikahwinkan (Mat 22:30; Luk 20:35, 36).

Δ Manusia kahwin dan dikahwinkan (Kej 1:28).

3. Malaikat masih boleh berbuat dosa (Lihat: II Ptr 2:4).

Δ Orang yang dibenarkan tak boleh berdosa lagi (Ibr 12:23; Why 3:12).