Bab 14 HARI KUDUS
|

Bab 14 HARI KUDUS

I.   Proses Perkembangan Hari Sabat Dalam Sejarah

1.      Ditetapkan sejak penciptaan dunia

Δ        Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada hari itulah Ia berhenti daripada segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuatNya itu (Kej 2:3)

Δ         Kerja penciptaan Allah diselesaikan dalam masa 6 hari, maka ditetapkan ‘hari ketujuh’ sebagai ‘hari Kudus’, iaitu ‘hari Sabat’, serta ‘memberkati’ hari ini ~ inilah asal-usul hari Sabat. (Kej 2:1, 2; Kel 20:8-11).

2.      Ditunjukkan lagi di padang gurun Sin.

Δ        Alkitab tidak menyentuh hari Sabat lagi setelah Adam berdosa. Ketika orang Israel sampai di padang gurun Sin setelah keluar dari Tanah Mesir, Musa berkata kepada mereka: “Inilah yang dimaksudkan Tuhan:   Esok adalah hari Perhentian Penuh, Sabat yang kudus bagi Tuhan” (Kel 16:1, 23), sekali lagi menunjukkan hari Sabat.

Δ        Sewaktu umat Israel berada di padang gurun, Tuhan menurunkan manna kepada mereka sehingga mereka tidak perlu khuatir tentang ‘makan’ sama seperti sewaktu Adam tinggal di Taman Eden (Kej 2:16). Tetapi mereka yang berada dalam kasih karunia ini, tidak pula rela memegang hari Sabat terhadap Tuhan (Kej 16:35-30)

3.      Menyenaraikan dalam Kesepuluh Firman di Gunung Sinai.

Δ        Memandangkan umat tidak memegang hari Sabat, maka Tuhan memasukkan hari tersebut ke dalam Kesepuluh Firman yang ditulis oleh jariNya sendiri, membuktikan kepentingan memegang hari ini (Ul 9:10) Bahasa asal bagi hukum keempat dalam Kesepuluh Firman adalah seperti berikut: “Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat Tuhan, Allahmu. Sebab enam hari lamanya Tuhan menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya Tuhan memberkati hari Sabat dan menguduskannya” (Kel 20:8-11)

Δ        Tuhan menetapkan hukum ini dengan mengimbas kembali semasa penciptaan dunia, jelaslah pada zaman Adam lagi Tuhan menginginkan mereka memperingati hari ini.

4.      Ditawan ke Babel disebabkan tidak memegang hari Sabat

Δ        Umat Tuhan tidak menguduskan hari Sabat  (Yer 17:21-23; Yeh 20:12-13). Tuhan memberi amaran yang tegas melalui Yeremia: “Tetapi apabila kamu tidak mendengarkan perintahKu untuk menguduskan hari Sabat, maka di pintu-pintu gerbangnya Aku akan menyalakan api, yang akan memakan habis puri-puri Yerusalem, dan yang tidak akan terpadamkan” (Yer 17:27). Tetapi malangnya umat tidak mendengar, akhirnya pada zaman raja Zedekia, Bait Suci dan puri-puri dibakar oleh raja Nebukadnezar, banyak umat yang mati, yang tertawan ke Babel, menjadi hamba di sana, supaya tanah beristirahat, sehingga 70 tahun (II Taw 36:22,23) Antara umat pada masa itu masih ada yang melanggar hari Sabat, oleh itu Nehemia menegur pemuka-pemuka: “Kejahatan apa yang kamu lakukan ini dengan melanggar kekudusan hari Sabat? Bukankah nenek moyangmu telah berbuat demikian, sehingga Allah kita mendatangkan seluruh malapetaka ini atas kita dan atas kota ini? Apakah kamu bermaksud memperbesar murka yang menimpa Israel dengan melanggar kekudusan hari Sabat?” (Neh 13:15-18) Oleh sebab itu orang Lewi disuruh mengunci pintu gerbang, tidak dibuka sehingga lewat hari Sabat untuk menguduskan hari Sabat (Neh 13:19-22). Sejak itu, orang Yahudi terus memegang hari Sabat dengan tegas sehingga zaman rasul, tidak pernah terputus (Kis 15:21)

II.   Tujuan Tuhan Menetapkan Hari Sabat

Tuhan Yesus berkata: “Hari Sabat diadakan untuk manusia” (Mrk 2:27) Jelaslah hari Sabat diasaskan supaya manusia memperoleh faedah.

1.      Supaya manusia mengingati bahawa Tuhan ialah Pencipta.

Δ        Hari Sabat merupakan hari peringatan kerja penciptaan Tuhan yang sudah selesai. Tuhan menetapkan hari ini supaya manusia mengetahui Tuhan ialah Pencipta, tidak melupai anugerah Tuhan, atau digodai menyembah kepada tuhan-tuhan palsu lalu menerima akibat yang padah (Rujuk: Kel 20:8-11; Yeh 20:20)

2.      Supaya manusia menikmati istirahat dalam tubuh dan jiwa.

Δ        Tuhan berfirman: “Enam harilah lamanya engkau melakukan pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh haruslah engkau berhenti, supaya lembu dan keledaimu tidak bekerja dan supaya anak budakmu perempuan dan orang asing melepaskan lelah” (Kel 23:12). Alkitab menunjukkan: “Tuhan yang menciptakan bumi dari ujung ke ujung, Ia tidak menjadi lelah dan tidak menjadi lesu” (Yes 40:28). Tuhan tidak memerlukan istirahat, Dia menetapkan hari Sabat disebabkan kasihNya akan manusia, supaya yang diciptaNya, baik yang merdeka, ataupun hamba dan ternakan juga mendapat kelegaan. Keperluan hari ini bermula pada zaman Adam, kerana dia ‘mengusahakan dan memelihara’ (Kej 2:15) dan berkuasa atas bumi (Kej 1:28). Oleh itu Tuhan mengasaskan hari ini sejak mencipta bumi, supaya Adam menikmati hari ini. Hari ini merupakan hari yang diberkati Tuhan (Kej 2:3), orang-orang yang memperingatinya tidak akan menghadapi kesusahan dalam hidup semata-mata kerana berhenti bekerja (Rujuk : Kel 16:29)

3.      Supaya manusia mengingati anugerah keselamatan Tuhan.

Δ        “Sebab haruslah kau ingat, bahawa engkaupun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh Tuhan, Allahmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung, itulah sebabnya Tuhan, Allahmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat” (Ul 5:15). Manusia mudah sekali melupai kasih Tuhan, oleh itu Tuhan menghendaki orang Israel mengadakan Perhimpunan Khas pada hari Sabat, untuk memperingati kasih karunia Tuhan yang melepaskan mereka dari Tanah Mesir. Umat pilihan pada zaman Perjanjian Baru haruslah lebih memperingati kasih karunia Tuhan Yesus yang mengalirkan darah untuk menebuskan dosa pada hari ini (Im 23:3; Mzm 103:2-3; II Kor 5:14-15; Kis 26:18).

4.      Supaya manusia mengetahui Tuhan menguduskan manusia.

Δ        “Hari-hari SabatKu juga Kuberikan kepada mereka menjadi peringatan di antara Aku dan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa Akulah Tuhan, yang menguduskan mereka” (Yeh 20:12). Hari Sabat dikaruniakan oleh Tuhan, bagi orang yang menerimanya merupakan sejenis kasih karunia. Ketika mencipta langit dan bumi, Tuhan memberkati hari ketujuh, di samping itu ‘menetapkan sebagai hari kudus’ (Kej 2:3), menjadikan hari tersebut tidak sama dengan hari-hari yang lain. Tuhan menghendaki umat ‘menguduskan’ hari ini, tidak melakukan kerja-kerja duniawi (Neh 13:22; Yes 58:13-14), berhimpun menerima pengajaran, berhubung dengan Tuhan dan mengejar kekudusan, kerana tanpa kekudusan, manusia tidak dapat melihat Tuhan (I Ptr 1:15; Ibr 12:14). Di samping itu supaya manusia mengetahui bahawa hanyalah Tuhan yang dapat menguduskan manusia (Ibr 10:10, 14; II Tes 2:13)

5.      Supaya manusia mengharapkan istirahat di kerajaan Sorga.

Δ        Istirahat pada hari ketujuh mempunyai ‘perlambangan’nya. Ini melambangkan setelah Tuhan menyelesaikan kerja penebusan, Dia menghendaki umatNya menikmati istirahat yang kekal di kerajaan Sorga. Alkitab menyatakan:”Jadi masih tersedia suatu hari perhentian bagi umat Allah. Sebab barangsiapa telah masuk ke tempat perhentianNya, ia sendiri telah berhenti dari segala pekerjaannya (Ibr 4:9, 10. Versi Li Zhen Zhong). Di dalam dunia tiada tempat perhentian (Mzm 90:10), hanya Tuhan Yesus dapat memberikan istirehat kepada kita. (Mat 11:28, 29) Memandangkan kita memperoleh janji dapat masuk ke dalam perhentianNya, haruslah memegang hari Kudus di dunia, di samping mengharapkan kedatangan Juruselamat, dibawa memasuki istirehat yang kekal. (Ibr 4:1; Rm 8:22, 23)

III.   Adakah gereja awal memegang hari yang pertama dalam seminggu?

Hari Sabat ialah hari ketujuh (Kej 2:1-3), iaitu hari Sabtu sekarang (Luk 23:56-24:2). Banyak gereja sekarang menjadikan sebab-sebab berikut sebagai bukti untuk memegang hari Ahad, namun semua sebab ini tidak boleh menjadi bukti gereja awal memegang hari yang pertama (hari Ahad) dari tujuh hari.

1. Mereka berkata: Tuhan Yesus bangkit pada hari yang pertama dari tujuh hari, oleh itu haruslah memegang hari ini. Tetapi Alkitab tidak mencatatkan harus memegang hari kebangkitan sebagai hari Sabat.

Δ        Empat kitab Injil mencatatkan ‘hari pertama dari tujuh hari’ sebanyak 6 kali (Mat 28:1; Mrk 16:2, 9; Luk 24:1; Yoh 20:1, 19), tetapi tidak kelihatan murid-murid Tuhan mengadakan kebaktian untuk memperingati kebangkitan Tuhan pada hari tersebut.

Δ        Mat 28:1; Mrk 16:2, 9; Luk 24:1; Yoh 20:1 ~ Kelima-lima ayat kitab ini mengatakan ‘hari pertama dari tujuh hari’ adalah untuk membuktikan ketepatan nubuat tentang kebangkitan Tuhan setelah mati selama 3 hari.

Δ       Yoh 20:19 ~ Tuhan menampakkan diri pada ‘hari pertama dari tujuh hari’ juga tidak dapat membuktikan Tuhan menghendaki murid-muridNya memegang hari pertama. Ini disebabkan Tuhan bukan hanya menampakkan diri pada ‘hari pertama’, melainkan juga tercatat dalam Alkitab: “Tuhan menampakkan diri delapan hari kemudian” (Yoh 20:26; rujuk: Kis 1:3)

Δ        Ada orang menggunakan Yoh 20:19 sebagai bukti para rasul mengadakan kebaktian pada hari pertama untuk memperingati kebangkitan Tuhan. Tetapi Alkitab mencatatkan: “Berkumpullah murid-murid Yesus di suatu tempat dengan pintu-pintu yang terkunci kerana mereka takut kepada orang-orang Yahudi”. Setelah Tuhan menampakkan diri pada hari pertama, ada di antara murid-muridNya tidak percaya akan kebangkitanNya (Yoh 20:25; Mrk 16:14; Mat 28:17). Bagaimana dikatakan murid-murid Tuhan telah mengadakan kebaktian pada hari pertama minggu itu untuk memperingati kebangkitan Tuhan?

2. Kis 20:7 dijadikan dasar oleh mereka sebagai sebab memegang hari Ahad. Sebenarnya sebab ini tidak boleh diterima.

Δ        Pertama, mengadakan kebaktian dan memecahkan roti bukan pada suatu hari yang tertentu, tetapi diadakan di Bait Suci, di rumah setiap hari (Kis 2:46, 47). Kedua, kebaktian itu ialah kebaktian waktu malam, kerana kitab mengatakan: “Di ruang atas, di mana kami berkumpul, dinyalakan banyak lampu” (Kis 20:8) Di samping itu Paulus berbicara sehingga tengah malam (7, 11). Ketiga, kebaktian kali ini disebabkan: “Paulus akan berangkat pada keesokan harinya”, iaitu kebaktian perpisahan. Bagaimana pula dijadikan dasar untuk memegang hari pertama.

3. Mereka berdasarkan I Kor 16:2. Tetapi ini juga tidak dapat menjadi sebab memegang hari pertama.

Δ        “Pada hari pertama daripada tiap-tiap minggu hendaklah kamu masing-masing sesuai dengan apa yang kamu peroleh menyisihkan sesuatu dan menyimpannya di rumah.” Penterjemahan baru: “Berdasarkan lebihan yang diperoleh, menyimpannya di sisi”. Jelaslah bukan mengadakan kebaktian pada setiap hari pertama, cuma itu ialah tentang memberi persembahan. Hanya menyuruh para pemercaya supaya ‘menyimpan’ wang yang ingin dipersembahkan pada hari pertama minggu itu, agar jangan pengumpulan wang itu diadakan hanya apabila Paulus datang.

4. Mereka berdasarkan Why 1:10. Tetapi ‘hari Tuhan’ bukanlah ditujukan kepada hari kebangkitan.

Δ        Orang-orang yang memegang hari Ahad menjelaskan ‘hari Tuhan’ sebagai hari kebangkitan Tuhan, tetapi mereka hanya membuat andaian, tidak berasas dalam  Alkitab atau cara-cara yang lain.

Δ        Tuhan berkata: “Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat” (Mrk 2:28; Mat 12:8). Oleh itu ‘hari Tuhan’ sepatutnya hari Sabat. Kitab nabi berkata: “Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari KudusKu; apabila engkau menyebutkan hari Kudus Tuhan ‘hari yang mulia’ (Yes 58:13, 14). Di sini mengatakan ‘hari Sabat’ sebagai ‘hariKu (Tuhan) yang mulia’, sepatutnya ditujukan kepada hari Sabat iaitu hari ketujuh.

IV.   Adakah umat Kristian tidak perlu memegang hari Sabat?

Orang-orang yang memegang hari Ahad mengatakan umat Kristian tidak perlu memegang hari Sabat seperti orang Yahudi. Sebab-sebab mereka adalah seperti  berikut :

1.     Hari Sabat diberikan kepada orang Yahudi, tidak berkaitan dengan umat Kristian. Jawapan kita seperti berikut :

Δ        Tuhan menunjukkan hari Sabat kepada orang Yahudi sekali lagi disebabkan mereka adalah umat pilihan. Tuhan mahu menyampaikan kehendakNya melalui mereka (Rujuk: Rm 3:1, 2)

Δ        Tuhan Yesus berkata: “Hari Sabat diadakan untuk manusia” (Mrk 2:27). Oleh itu Tuhan mengasaskan hari Sabat setelah mencipta manusia pada hari keenam. Adakah ‘untuk manusia’ hanya ditujukan kepada orang Yahudi, tidak pula kepada bangsa-bangsa lain.

Δ        Alkitab menyatakan orang asing yang bersekutu dengan Tuhan juga berhak menikmati kasih karunia hari Sabat (Yes 56:2-7)

Δ        Antara satu tujuan Tuhan mengasaskan hari Sabat adalah supaya manusia memperingati kerja penciptaanNya. Adakah Tuhan hanya Allah bagi orang Yahudi? Apakah bangsa-bangsa asing tidak perlu memperingati Tuhan yang menciptanya? (Pkh 12:1, 13; I Kor 8:6)

2.     Memandangkan umat Kristian telah menerima anugerah keselamatan kerana kasih karunia, maka tidak perlu memegang hukum. Jawapan kita seperti berikut:

Δ        Diselamatkan kerana iman, dan darah Tuhan, bukan kerana melakukan hukum Taurat. Ini adalah yang mutlak. (Rm 3:28, 25)

Δ        Tetapi orang-orang yang di bawah kasih karunia, tidak dapat membatalkan hukum Taurat kerana iman, atau sembarangan melakukan dosa. Paulus mengatakan sebaliknya meneguhkan hukum Taurat (Rm 3:31; 6:15; Rujuk: Mat 19:17; I Kor 7:19; Why 14:12; 12:17). Tuhan telah meniadakan ketentuan-ketentuan hukum dengan kayu salib (Kol 2:14, 16; Ef 2:15; Ibr 9:10). Oleh itu kita tidak perlu memegangnya.

Δ        Tetapi tidak bermakna boleh melanggar Kesepuluh Firman, melainkan bersandarkan Roh Kudus memegangnya dengan lebih sempurna daripada orang-orang yang berada di bawah hukum Taurat (Rujuk: Mat 5:17, 18, 21-28)

Δ        Umat Kristian memegang hari Sabat bukanlah dengan takut dan gentar seperti orang Israel yang berada di bawah hukum Taurat (Kel 35:1-3; Bil 15:32-36), rasa amat terikat (Mat 12:1, 2; Mrk 3:1-2), sebaliknya seperti di dalam Taman Eden, tiada ketakutan, melainkan menikmati anugerah Tuhan dengan penuh sukacita (Rujuk: Kej 2:3; Kel 16:23-25)

3.     Hari Sabat ialah “bayangan dari apa yang harus datang”, memandangkan Kristus telah datang, maka tidak perlu memegang lagi. Jawapan kita seperti berikut:

Δ        Kitab Kolose 2:16-17 mengatakan: makanan dan minuman, hari raya, bulan baru, hari Sabat ialah bayangan dari apa yang harus datang, wujudnya ialah Kristus. ‘Bayangan’ ini ditiadakan kerana Kristus telah dipakukan di kayu salib. Seperti hari raya Paskah telah wujud dari bayangannya (I Kor 5:7, 8). Ketetapan-ketetapan yang ada pada makanan dan minuman pada zaman Perjanjian Lama, juga dituruti sehingga masa pemulihan yang ditentukan, namun makanan dan minuman itu tidak ditiadakan. Sama juga ketetapan-ketetapan memegang hari Sabat pada Perjanjian Lama tidak dipegang pada Perjanjian Baru; jangan kerana hal ini kamu dihakimi orang. Tetapi hari Sabat tidak ditiadakan, sama seperti makanan dan minuman tidak ditiadakan. Terselindung di sebalik hari Sabat ialah haruslah menanti kedatangan kembali Kristus untuk memasuki perhentian yang kekal.(Ibr 4:10)

4.     Berdasarkan Galatia 4:10 dan Roma 14: 5, 6. Orang-orang yang memegang hari Ahad menggunakan ayat-ayat kitab ini sebagai dasar: jangan bertelingkah kerana hari, memegang hari Sabat juga baik, memegang hari Ahad juga baik, kerana memegang untuk Tuhan. Jawapan kita seperti berikut:

Δ        ‘Hati yang satu’, ‘hari yang lain’, ‘semua hari’ dalam kitab Roma langsung bukan ditujukan kepada ‘hari Sabat’ atau ‘hari Ahad’. Konteks atas dan bawah nas kitab membincangkan persoalan ‘makan’, jelaslah ianya untuk peraturan makanan dan minuman (Ibr 9:10), atau ditujukan kepada hari berpuasa dan hari raya. Di dalam kitab Perjanjian Lama ada banyak hari perayaan, masih ada banyak hari berpuasa.

        Contohnya :

Δ        Puasa pada hari penghapus dosa (Im 16:29-31; 23:27-31)

Δ        Puasa pada hari Purim (Est 9:31)

Δ        Puasa pada bulan yang keempat, bulan yang kelima, bulan ketujuh dan bulan yang kesepuluh (Za 8:19; rujuk: Yer 39:2; 52:12, 13; II Raj 25:25; Yer 39:1)

Δ        Pemercaya pada masa itu masih memegang Perjanjian Lama, memegang hari (hari perayaan atau hari puasa), bulan, hari raya atau peraturan makanan dan minuman. Oleh itu Paulus berkata: “Aku khuatir tentang mereka” (Gal 4:11). Memandangkan Galatia 4:10 dan Roma 14:5-6 bukan ditulis untuk persoalan memegang hari Sabat, maka tidak patut digunakan sebagai bukti adakah perlu memegang hari Sabat.

V.   Kristus dan Hari Sabat

Orang-orang yang memegang hari Ahad menyangka Kristus telah meniadakan hari Sabat, oleh itu kita perlu mengkaji persoalan tentang hari Sabat berdasarkan sikap dan penjelasan tentang ‘Tuhan atas hari Sabat’ (Mat 12:8).

1.   Orang Yahudi salah menafsirkan hari Sabat.

Orang Yahudi ditawan ke Babel, menjadi hamba selama 70 tahun disebabkan mereka tidak memegang hari Sabat (Yer 17:27; II Taw 36:17-21). Oleh itu, setelah balik dari Babel, mereka menganggap bahawa kewujudan atau kemusnahan negara bergantung kepada adakah memegang hukum Tuhan dan hari Sabat (Neh 13:15-22). Mereka pun ‘bersumpah kutuk’ bahawa semenjak itu mesti memegang hari Sabat (Neh 10:29-31). Kemudian, para rabi orang Yahudi menambah banyak peraturan untuk memegang hari Sabat. Kononnya ada 39 jenis peraturan, serta bahagian, ayat, peraturan dan tajuknya. Sekiranya melanggar peraturan-peraturan itu dan diketahui para rabi, mereka akan dihukum atau diusir dari rumah ibadat.

2.   Kristus memegang hari Sabat.

Ketika Tuhan ada di dunia, kitab mencatatkan: “…dan menurut kebiasaanNya pada hari Sabat Ia masuk ke rumah ibadat, lalu berdiri hendak membaca dari Alkitab” (Luk 4:16). “Kemudian Yesus pergi ke Kapernaum, mengajar di situ pada hari-hari Sabat” (Luk 4:31). Bukan itu saja, Tuhan sebagai Anak Manusia di dunia, kerjaNya juga diatur selesai sehingga hari keenam (Yoh 19:31), kemudian beristirehat di dalam kuburan, menunggu kebangkitan dari kematian pada hari pertama, terus menjalankan kerja suci menyelamatkan orang dunia (Luk 23:55-56; 24:1, 2)

3.   Kristus menunjukkan cara memegang hari Sabat.

Disebabkan persoalan hari Sabat, selalu menimbulkan perbalahan antara Tuhan Yesus dengan orang Farisi, sehingga Tuhan dibunuh kerana hal ini (Mrk 3:1-6; Mat 12:9-14). Sebabnya bukan Yesus tidak memegang hari Sabat, tetapi pandangan mereka terhadap hari Sabat berlainan dengan Yesus (Rujuk: Yoh 9:14-16). Orang Yahudi pada masa itu menurut ajaran Musa, hidup di bawah hukum Taurat, ditambahi peraturan-peraturan para rabi untuk memegang hari Sabat. Menurut hukum Taurat:

Δ        Jangan melakukan sebarang pekerjaan pada hari Sabat (Kel 20:10)

Δ        Jangan memasang api di manapun dalam tempat kediaman pada hari Sabat (Kel 35:3)

Δ        Walaupun pada musim membajak dan musim menuai, haruslah berhenti kerja memegang hari Sabat (Kel 34:21)

Δ        Jika melanggar hari Sabat atau bekerja pada hari Sabat akan dihukum mati (Kel 31:12-17; 35:2; Bil 15:32-36)

Tuhan Yesus adalah Tuhan atas hari Sabat, Dia membawa kasih karunia yang berkelimpahan (Yoh 1:14, 17), mahu menebuskan kita dari hukum Taurat (Gal 4:5). Oleh itu Tuhan memegang hari Sabat dengan tidak terikat oleh peraturan-peraturan hukum Taurat, melainkan di bawah kasih karunia; berdasarkan kehendak Allah yang indah mengasaskan hari Sabat bagi manusia di Taman Eden, merupakan sejenis kenikmatan dan bukanlah bebanan; kebebasan bukanlah belenggu; yang menggembirakan bukanlah yang menggelisahkan (rujuk: Kej 2:3; Kel 16:23-25; Yes 58:13). Hari yang dipegang sama, tetapi disebabkan satu di bawah kasih karunia, satu lagi di bawah hukum Taurat. Oleh itu tidak hairan Tuhan Yesus dianggap melanggar hukum Taurat, dan tidak memegang hari Sabat oleh orang Farisi. Tetapi Tuhan tidak mengikuti ajaran turun-temurun yang salah, tidak takut terhadap ancaman dan penindasan di sekitarnya, menjadikan diri sebagai contoh, meninggalkan teladan bagaimana Anak Tuhan memegang hari Sabat.

4.   Titik perbalahan orang Farisi dengan Tuhan Yesus.

(1)   Orang Farisi membantah murid-murid Tuhan memetik bulir gandum dan memakannya pada hari Sabat.

Pada suatu hari Sabat, Tuhan dan murid-muridNya berjalan di ladang gandum. Kerana lapar, murid-muridNya memetik bulir gandum dan memakannya. Orang-orang Farisi menyerang Yesus dengan berkata: “Murid-muridMu berbuat sesuatu yang tidak diperbolehkan pada hari Sabat” (Mat 12:1, 2). Terhadap teguran ini, Tuhan Yesus menjelaskan 2 sebab bahawa tidak bersalah:

(a)     Daud dan pengikut-pengikutnya makan roti sajian yang tidak boleh dimakan tetapi tidak bersalah, disebabkan dilakukan semasa lapar (Mat 12:3, 4, 7)

(b)     Imam melanggar hari Sabat di Bait Suci juga tidak bersalah. Ini disebabkan apa saja yang dilakukan di dalam Bait Suci adalah pelayanan terhadap Allah. Bait Suci melambangkan Yesus (Yoh 2:19, 21). Murid-murid Tuhan ialah imam (Why 5:9, 10) Maksudnya murid-murid Tuhan melakukan kerja-kerja milik Tuhan dalam kasih karuniaNya, walaupun tidak berhenti bekerja pada hari Sabat juga tidak bersalah (Mat 12:5, 6, 8).

(2)   Orang-orang Farisi membantah Yesus menyembuhkan penyakit pada hari Sabat.

(a)     Suatu kali Tuhan Yesus ingin menyembuhkan seorang yang mati sebelah tangannya pada hari Sabat, tetapi dibantah oleh orang-orang Farisi. Tuhan berkata kepada mereka: “Jika seorang dari antara kamu mempunyai seekor domba dan domba itu terjatuh ke dalam lobang pada hari Sabat, tidakkah ia akan menangkapnya dan mengeluarkannya? Bukankah manusia jauh lebih berharga daripada domba? Kerana itu boleh berbuat baik pada hari Sabat” (Mat 12:9-13)

(b)     Tuhan menyembuhkan seorang pesakit yang sudah sakit selama 38 tahun, ketika difitnah dan diserang, Dia berkata: “Jikalau seorang menerima sunat pada hari Sabat, supaya jangan melanggar hukum Musa, mengapa kamu marah kepadaKu, kerana Aku menyembuhkan seluruh tubuh seorang manusia pada hari Sabat” (Yoh 7:22, 23; 5:5-18).

(c)     Sekali lagi Tuhan menyembuhkan seorang perempuan yang sakit selama 18 tahun kerana kerasukan roh jahat. Tetapi kepala rumah ibadat gusar dan berkata kepada orang banyak: Ada enam hari untuk bekerja. Kerana itu datanglah pada salah satu hari itu untuk disembuhkan dan jangan pada hari Sabat. Pada masa itu Tuhan berkata: “Hai orang-orang munafik, bukankah setiap orang di antaramu melepaskan lembunya dan keledainya pada hari Sabat dari kandangnya dan membawanya ke tempat minuman? Bukankah perempuan ini, yang sudah delapan belas tahun diikat oleh Iblis, harus dilepaskan dari ikatannya itu, kerana ia adalah keturunan Abraham?” (Luk 13:10-16)

Dari sini, jelaslah titik perbalahan Yesus dengan orang-orang Farisi bukanlah ‘hari’ (Dia tidak bermaksud mengubah hari Sabat), melainkan cara memegang hari Sabat. Mereka memegangnya berdasarkan hukum Taurat dan pengajaran melalui warisan keturunan. Yesus pula memegang hari itu berdasarkan ‘hari Sabat diadakan untuk manusia’. Kesimpulan daripada petunjuk Tuhan ada dua:

(a)     Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Tuhan pada hari Sabat diperbolehkan (Yoh 7:23; Mat 12:5)

(b)     Berbuat baik dan menyelamatkan jiwa pada hari Sabat juga diperbolehkan (Mat 12:12; Mrk 3:4)

Oleh itu umat Kristian haruslah mengikut jejak Kristus, menghentikan hal-hal duniawi pada hari Kudus yang ditetapkan oleh Tuhan, mengingati kasih karunia Tuhan pada hari ini, beribadah kepada Tuhan, di samping melakukan perkara-perkara yang memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia (Mat 15:9; Kej 2:3; Yes 58:13, 14)

VI.  Para Rasul Memegang Hari Sabat

Orang-orang yang memegang hari Ahad sentiasa mempertanggungjawabkan pertukaran memegang hari pertama kepada Tuhan Yesus dan rasul-rasulNya. Tetapi kita bukan sahaja tidak dapat mencari bukti Tuhan meniadakan hari Sabat dari Kitab Suci, malahan rasul-rasulNya seperti rasul Paulus juga memegang hari Sabat seperti yang biasa dilakukan (Kis 17:1, 2). Disenaraikan seperti berikut:

1.     Paulus dan Barnabas di Antiokhia: “Pada hari Sabat mereka pergi ke rumah ibadat, lalu duduk di situ. Setelah selesai pembacaan dari hukum Taurat dan kitab nabi-nabi, …; “Pada hari Sabat berikutnya datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman Allah” (Kis 13:14, 15, 44).

2.     Paulus dan Silas di Filipi: “Pada hari Sabat kami ke luar pintu gerbang kota. Kami menyusur tepi sungai dan menemukan tempat sembahyang Yahudi, yang sudah kami duga ada di situ; setelah duduk, kami berbicara kepada perempuan-perempuan yang ada berkumpul di situ (Kis 16:13).

3.     Paulus dan Silas di Tesalonika: “Di situ ada sebuah rumah ibadat orang Yahudi. Seperti biasa Paulus masuk ke rumah ibadat itu. Tiga hari Sabat berturut-turut ia membicarakan dengan mereka bagian-bagian dari Kitab Suci” (Kis 17:1, 2).

4.     Paulus di Korintus: “Dan setiap hari Sabat Paulus berbicara dalam rumah ibadat dan berusaha menyakinkan orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani (Kis 18:4)

5.     Ketika Yakobus menetapkan peraturan bagi bangsa-bangsa asing yang percaya kepada Tuhan di Yerusalem, menyaksikan kenyataan memegang hari Sabat: “Sebab sejak zaman dahulu hukum Musa diberitakan di tiap-tiap kota, dan sampai sekarang hukum itu dibacakan tiap-tiap hari Sabat di rumah-rumah ibadat” (Kis 15:21).

6.     Tuhan Yesus menunjukkan kepada murid-muridNya bahawa ketika melarikan diri semasa Kota Yerusalem dimusnahkan, berdoalah supaya jangan hari itu jatuh pada hari Sabat. Jelaslah ketika tentera Roma menyerang Kota Suci pada tahun 70 selepas masehi, murid-murid masih memegang hari Sabat. (Mat 24:20)

VII. Siapakah yang mengubahnya dengan memegang hari Ahad?

Tuhan dan para rasul tidak meniadakan hari Sabat, jadi siapakah yang mengubahnya sehingga memegang hari Ahad? Berikut dibentangkan bukti-bukti sebagai kajian bersama berdasarkan penulisan yang berwibawa:

 1.     Keluaran mingguan Akhbar Pentas New York pada 24 Mei 1900 ada catatan berikut: “Adakah tiada hukum yang nyata memesan kita memegang hari pertama dalam seminggu sebagai hari Sabat, untuk menggantikan hari ketujuh? Tiada. Biar Kristus, murid-muridNya, mahupun umat Kristian zaman awal, tidak memegang hari pertama dalam minggu itu sebagai hari Sabat untuk menggantikan hari ketujuh”.

2.     Dr.E.T.Hiscock, D.D., pengarang risalah Gereja Baptis, pernah berucap kepada para pastor Gereja Baptis yang berhimpun di New York: “Dahulu dan sekarang adanya hukum memegang hari Sabat sebagai hari yang kudus, tetapi hari Sabat bukanlah hari Ahad. Tetapi ada orang berkata, hari Sabat dan kewajiban hari itu, faedah dan persetujuan telah diubah dari hari ketujuh ke hari pertama setiap minggu. Saya telah mengkaji persoalan ini selama beberapa tahun, di samping mencari pengetahuan tentang persoalan ini dengan ikhlas. Saya pernah bertanya: Di manakah dapat dicari catatan tentang perubahan ini? Tidak dapat dalam Perjanjian Baru – yakin tiada di dalamnya. Sistem hari Sabat diubah dari hari ketujuh ke hari pertama setiap minggu, tidak dapat dicari bukti dari Kitab Suci” – Rujuk: Majalah Examiner, 16 November 1893.

3.     Pensyarah N. Summerbell merupakan seorang pastor terkenal di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Pengetua Universiti Antiokhia. Pada muka surat 418 “Sejarah Umat Kristian”, hasil penulisannya, beliau memberikan saksian secara langsung: “Ia (Gereja Roma) telah memutarbalikkan hukum keempat, membatalkan hari Sabat dalam Kitab Suci, dan menetapkan hari Ahad sebagai hari Kudus.” Pada muka surat 163 “Perbincangan Hari Tuhan” yang dikarang olehnya, menggunakan kata-kata Prynnes: “Para rasul dan umat Kristian zaman awal merayakan hari ketujuh sebagai hari Sabat, sehingga persidangan di Laodikia, barulah membatalkan sama sekali untuk memegang hari ini”. Bukti-bukti tersebut diambil dari Denominasi Reformasi. Yang berikut dipetik daripada karya agama Roman Katholik.

4.     Dalam terbitan Catholic Press, 25 Ogos 1900 di Sydney, Australia, adanya catatan berikut: “Hari Ahad ialah sistem agama Katholik, hanya berdasarkan prinsip Agama Katholik, barulah dapat membela pegangan terhadap hari ini. Tidak ada sebuah ayat dari permulaan hingga akhir Alkitab mengatakan hari perhimpunan setiap minggu diubah dari hari terakhir ke hari pertama minggu itu”.

5.     Soal jawab berikut dipetik daripada “Soal Jawab Doktrin Pemercaya” karya Geirermann, buku ini pernah diberkati oleh pope pada tahun 1910.

Soalan: Bilakah hari Sabat ?

                    Jawapan: Hari Sabtu ialah hari Sabat.

                    Soalan: Mengapakah kita memegang hari Ahad dan bukan hari Sabtu ?

Jawapan:  Disebabkan semasa persidangan Laodikia (tahun 336 atau tahun 364), Agama Katholik mengubah upacara ini dari hari Sabtu ke hari Ahad. Oleh itu kita memegang hari Ahad dan tidak memegang hari Sabtu.

6.     Ketika T. Enright sebagai pengetua di Redemptorist Fathers College, adanya seperenggan daripada ucapannya seperti ini (tahun 1893): “Di bumi hanya ada sebuah gereja yang berhak menetapkan hukum yang mengikat hati nurani, yang harus dipegang di hadirat Tuhan, di samping jika melanggarnya akan menerima hukum api di neraka. Contohnya sistem hari Ahad. Apakah hak gereja-gereja lain memegang hari ini? Kamu mengatakan berdasarkan hukum yang keempat: ‘Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat’. Namun hari Ahad bukan hari Sabtu. Gereja Roman Katholik yang mengubah hari Sabat dari hari Sabtu (hari ketujuh minggu itu) ke hari Ahad. Dunia bertamadun hari ini menurut gereja apa? Alkitab mengatakan: ‘Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.’. Tetapi Roman Katholik mengatakan: ‘Tidak! Haruslah memegang hari pertama setiap minggu’. Dengan itu seluruh dunia tunduk menuruti perintah Roman Katholik.”

Berdasarkan bukti-bukti yang tersenaraikan di atas membuktikan Roman Katholiklah yang meniadakan hari Sabat. Gereja tersebut bukan saja mengakui, malahan bermegah atas perubahan itu. Oleh itu setiap pemercaya yang benar, jangan menolak tanggungjawab mengubah hari Sabat kepada Tuhan dan para rasul, haruslah dengan berani menolak pengajaran keturunan Roman Katholik, memegang hari Sabat yang diasaskan oleh Tuhan (Rujuk: Mat 15:9; Why 22:18, 19)

VIII. Bagaimanakah Memperingati Hari Sabat yang Kudus?

Umat Kristian dapat memahami dasar dan semangat memegang hari Sabat dari butir-butir di atas. Pengajaran-pengajaran Alkitab berikut menunjuk kepada kita harus bagaimana mengingati hari Sabat.

1.   Ketepikan urusan duniawi: “Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudusKu; apabila engkau menyebut hari Sabat ‘hari kenikmatan’, dan hari kudus Tuhan ‘hari yang mulia’; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong” (Yes 58:13).

2.   Menghadiri pertemuan kudus: “Enam hari lamanya boleh dilakukan pekerjaan, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah ada Sabat, hari perhentian penuh, yakni hari pertemuan kudus” (Im 23:3). “Dan menurut kebiasaanNya pada hari Sabat Ia masuk ke rumah ibadat, lalu berdiri hendak membaca dari Alkitab” (Luk 4:16). “Pada hari Sabat berikutnya datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman Allah” (Kis 13:44).

3.   Memberitakan Injil, berbuat baik: “Mereka tiba di Kapernaum. Setelah hari Sabat mulai, Yesus segera masuk ke dalam rumah ibadat dan mengajar” (Mrk1:21). “Pada hari Sabat kami ke luar pintu gerbang kota. Kami menyusur tepi sungai dan menemukan tempat sembayang Yahudi, yang sudah kami duga ada di situ; setelah duduk, kami berbicara kepada perempuan-perempuan yang ada berkumpul di situ” (Kis 16:13). “Tuhan berkata, boleh berbuat baik pada hari Sabat” (Mat 12:11, 12; Mrk 3:4-5).

Δ     Tentang persoalan masa memegang hari Sabat, menurut pengiraan Alkitab ialah: “Dari matahari terbenam sampai matahari terbenam” (Im 23:32; Rujuk: Mrk 1:21, 32), iaitu malam hari Jumaat sehingga malam hari Sabtu sekarang. Tentang kita merentasi ‘Garisan Tarikh Antarabangsa’ seolah-olah menyukarkan pemegangan hari Sabat. Tetapi kita berdasarkan pengiraan kalendar orang tempatan, memegang hari Sabat pada hari ketujuh mengikut masa tempatan.

BAB 13 BAPTISAN ROH
|

BAB 13 BAPTISAN ROH

I.   Apakah Roh Kudus itu?

1.      Personaliti Roh Kudus

Δ        Ketika Yesus membicara tentang Roh Kudus, Dia selalu menggunakan ‘Dia’ (Yoh 14:26; 15:26; 16:8, 13, 14), membuktikan bahawa Roh Kudus mempunyai personaliti

(1)     Dari segi ‘intelek’, Dia dapat bersaksi (Yoh 15:26), tahu membedakan yang baik dan buruk (Ef 4:30), dapat menciptakan segala sesuatu (Kej 9:31), dapat menyelidiki segala sesuatu (I Kor 2:10).

(2)     Dari segi ‘sentimen’, Dia merasa khuatir (Ef 4:30), menghibur orang (Kis 16:7), berdoa untuk umat (Rm 8:27).

(3)     Dari segi ‘mental’, Dia tahu mengambil keputusan (Kis 15:28), melarang murid-murid memberitakan Injil di sesuatu tempat (Kis 16:7), mengutus pekerja (Kis 13:1-4), mempunyai kuasa untuk memberikan karunia yang berbeda-beda (I Kor 12:11), dari ketiga fakta yang disebut di atas tadi, dapat membuktikan kebenaran adanya personaliti Roh Kudus.

2.      Siapakah Roh Kudus itu?

Δ        Perkataan ‘Roh Kudus’ dalam Alkitab adalah ‘Roh Allah yang kudus’, juga ‘Roh Allah’, menunjukkan bahawa Roh Kudus adalah Roh Allah sendiri, Allah dan Roh Kudus tidak mempunyai personaliti yang berbeda.

(1)     Roh Kudus adalah Allah yang tunggal.

  1. Allah berfirman: “RohKu akan Kuberikan diam di dalam batinmu dan Aku akan membuat kamu hidup menurut segala ketetapanKu, …” (Yeh 36:27; Lihat: Yeh 37:14).
  2. Yesus berkata: “Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembahNya dalam roh dan kebenaran” (Yoh 4:24).
  3. Paulus berkata: “Tetapi Allah adalah satu yang mengerjakan semuanya dalam semua orang” (I Kor 12:6; Flp 2:13).
  4. Petrus berkata: “Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus, … engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah” (Kis 5:3, 4).
  5. Yohanes berkata: “Demikianlah kita ketahui, bahawa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita” (I Yoh 3:24).

(2)     Roh Kudus adalah Yesus Kristus.

  1. “Kerana kamu adalah anak, maka Allah telah menyuruh Roh AnakNya ke dalam hati kita yang berseru: “Ya Abba, ya Bapa” (Gal 4:6).
  2. “Sebab Tuhan adalah Roh; dan di mana ada Roh Allah, di situ ada kemerdekaan” (II Kor 3:17).
  3. Kis 8:26-39, pada permulaannya: Lalu kata Roh kepada Filipus: “Pergilah ke situ dan berkatilah mereka itu.” (29). Pada pengakhirannya: Roh Tuhan … (39).
  4. Kis 16:6 ~ “Roh Kudus mencegah mereka”, ayat 7 ~ “Roh Yesus tidak mengizinkan mereka”.
  5. “Sebab di dalam diri kamu tetap ada pengurapan yang telah kamu terima dari padaNya. Kerana itu tidak perlu kamu diajar oleh orang lain, tetapi sebagaimana pengurapanNya mengajar kamu tentang segala sesuatu” (I Yoh 2:27).

Δ        “Tetapi kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah diam di dalam kamu. Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus” (Rm 8:9). ‘Roh Allah’, ‘Roh Kudus’ dan  ‘Roh Kristus’ adalah satu, Roh Kudus adalah Allah, juga Yesus.

II.   Sebutan Roh Kudus

  1. Roh Allah:  Roh Tuhan Allah (Mat 3:16; Yes 11:2).
  2. Roh Bapa:  Roh Tuhan (Mat 10:20; Luk 4:18).
  3. Roh Kristus:  Roh Yesus (Rm 8:9; Kis 16:7).
  4. Roh Kebenaran:  Penghibur (Yoh 16:13; 14:26).
  5. Roh kekudusan:  Roh Kudus (Rm 1:4; Luk 2:26).
  6. Roh kebijaksanaan:  Roh Wahyu (Ul 34:9; Ef 1:17).
  7. Roh yang membakar:  Roh pengenalan dan takut (Yes 4:4 ; 11:2).
  8. Roh keadilan:  Roh yang teguh (Yes 28:6; Mzm 51:12).

III.   Pekerjaan Roh Kudus pada zaman Perjanjian Lama

1.      Tentang penciptaan.

(1)     Waktu menciptakan langit dan bumi, Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air (Kej 1:2).

(2)     “Apabila Engkau mengirim RohMu, mereka tercipta” (Mzm 104:30).

(3)     “Oleh nafasNya langit menjadi cerah” (Ayb 26:13).

(4)     “Roh Allah telah membuat aku, dan nafas yang maha kuasa membuat aku hidup” (Ayb 33:4).

2.      Memberi manusia kekuatan.

(1)     Yusuf mempunyai kebijaksanaan untuk memerintah (Kej 41:38-41).

(2)     Memberi Yosua kekuatan memimpin (Bil 27:18-20; Ul 34:9; Lihat: Yos 4:14).

(3)     Agar 70 tua-tua mempunyai kebijaksanaan untuk mengatur (Bil 11:16,17).

(4)     Memberi Bezabel keahlian yang istimewa (Kel 31:2-6; 35: 30,31).

(5)     Membuat Simson bertenaga raksaksa (Hak 14:6,19; 15:14; 16:28-30).

(6)     Memberi Daniel kepandaian menafsirkan mimpi (Dan 4:8,9,18; 5:14; Lihat: Dan 1:17-20).

3.      Melalui nabi mengatakan nubuat dan peringatan (Neh 9:30; Ibr 1:1; Za 7:12; II Ptr 1:19).

(1)     Menyampaikan firman melalui Daud (I Sam 16:13; II Sam 23:2; I Taw 28:12).

(2)     Memberi nasihat kepada raja Asa melalui Azarya (II Taw 15:1-7).

(3)     Bernubuat melalui Yahaziel bahawa raja Yosafat akan mengalahkan musuh (II Taw 20:14-17).

(4)     Menggerakkan Zakharia memberi dorongan kepada Yoas (II Taw 24:20-22).

(5)     Bernubuat melalui Mikha bahawa raja Ahab pasti kalah (I Raj 22:13-25).

(6)     Yehezkiel dibawa oleh Roh ke Tanah Kasdim untuk menyampaikan firman Allah pada umatNya (Yeh 11:22-25).

(7)     Mikha penuh dengan kuasa oleh Roh Allah, memberitahukan umat Israel akan kesalahan-kesalahan mereka (Mi 3:8).

IV.   Lambang Roh Kudus

1.      Seperti angin (Kis 2:2; Yoh 3:8).

Δ        Menurut bahasa Ibrani dan bahasa Yunani, ‘Angin’, ‘Nafas’, ‘Roh’ dan lain-lain menggunakan kata yang sama. Dengan ‘angin’ melambangkan Roh Kudus dapat memperoleh ajaran seperti berikut:

(1)     Angin ‘nafas’ membuat manusia hidup.

Δ        Manusia bernafas baru boleh hidup, angin adalah nafas (Yeh 37:9, 10).

Δ        Demikian juga, jiwa manusia mempunyai Roh Allah baru boleh hidup (Yeh 37:14).

(2)     Angin berembus menghilangkan awan (Ayb 37:21).

Δ        Angin meniup, maka cerahlah cuaca, ketika hati diliputi kerisauan dan kemurungan, asal dipenuhi Roh Kudus, maka hati kita menjadi ceria dan penuh sukacita (Lihat: Gal 5:22; I Ptr 4:12-14; Kis 5:41).

(3)     Dapat melihat pergerakkan (Yoh 3:8).

Δ        Walaupun angin tidak dapat dilihat, tetapi dapat melihat apabila ianya meniupkan sesuatu; begitu juga dengan Roh Kudus (Kis 2:33; Contoh: Kis 8:18; 10:44-47).

2.      Seperti api (Kis 2:3; Yes 4:4).

(1)     Api mempunyai kepanasan.

Δ        Roh Kudus membuat orang menjadi ghairah (Kis 2:44-47).

Δ        Yeremia didesak Roh Kudus, hatinya bernyala-nyala (Yer 20:9).

(2)     Api bersinar (Mzm 105:39).

Δ        Terang Roh Kudus menyinari hati kita (II Kor 4:6).

Δ        Supaya kita boleh membedakan mana yang baik dan buruk, benar dan palsu (I Kor 2:10; Ef 1:17, 18).

Δ        Memimpin jalan kita (Kel 13:21, 22; 40:38).

(3)     Api mempunyai daya lebur.

Δ        Membakar segala kenajisan (Yes 4:3, 4).

Δ        Melebur semua orang menjadi satu tubuh (I Kor 12:13; Ef 4:3).

3.      Seperti hujan (Za 10:1).

(1)     Membasahi bumi (Yes 55:10)

Δ        Allah (Roh Kudus) datang seperti hujan pada akhir musim yang mengairi bumi (Hos 6:3).

Δ        Hati manusia seperti ‘kebun yang kekurangan air’ (Yes 1:30).

Δ        Sampai dicurahkan Roh Kudus dari atas, maka padang gurun akan menjadi ladang subur, berbuah segala macam buah (Yes 32:15, 16; Gal 5:22, 23).

(2)     Sebab terjadinya hujan – Allah menarik ke atas titik-titik air, dan memekatkannya menjadi kabut (Ayb 36:27).

Δ        Bila awan-awan sarat dengan hujan, maka hujan itu dicurahkan ke atas bumi (Pkh 11:3).

Δ        Roh Kudus dicurahkan oleh sebab doa yang cukup (Luk 11:5-13; Kis 1:14; 2:1).

4.      Seperti air (7:37-39).

(1)     Melegakan dahaga (Yoh 4:13; Mzm 104:10, 11).

Δ        Roh Kudus membuat orang tidak haus selama-lamanya (Yoh 4:14; Why 22:17; Flp 4:11).

(2)     Membersihkan noda (Bil 31:23, 24; Ibr 10:22).

Δ        Roh Kudus membuat orang menjadi kudus (Rm 15:16; II Tes 2:13).

Δ        Air mengalir ke bawah, orang yang rendah hati baru akan menerima Roh Kudus (Kis 5:23; I Ptr 5:5).

5.      Minyak urap (Ibr 1:9; I Yoh 2:27).

(1)     Minyak urap adalah benda yang digunakan oleh Allah untuk menguduskan sesuatu (Kel 30:25-29).

Δ        Diurapi menjadi nabi (I Raj 19:16).

Setelah memperoleh Roh Kudus baru boleh memberitakan Injil (Luk 4:18; Kis 1:4,5,8).

Δ        Diurapi menjadi imam (Kel 40:12-15).

Orang yang diurapi oleh Roh Kudus adalah imam yang kudus (I Ptr 2:5).

Δ        Diurapi menjadi raja (I Sam 16:13).

Mendapat Roh Kudus adalah memegang kekuasaan raja (Yoh 20:22,23; Why 5:10).

(2)     Boleh digunakan untuk menyalakan pelita (Im 24:2).

Δ        Dipenuhi Roh Kudus baru dapat bersinar (Mat 25:1-13; 5:16).

6.      Merpati (Mat 10:16).

(1)     Tulus (Mat 10:16).

Δ        Roh Kudus membuat orang damai sejahtera, baik hati dan lemah lembut (Gal 5:22, 23 ; Lihat: Yes 65:25).

(2)     Lambang dari Nuh melepaskan burung merpati (Kej 8:8-12).

Δ        Pertama kali, kembali sebab air belum surut; melambangkan bahawa zaman Perjanjian Lama belum matang, maka Roh Kudus tidak boleh diam di bumi. Sebabnya ada dua:  (a) Waktunya belum genap, Yesus belum dilahirkan (Gal 4:4).  (b) Yesus belum mati menggantikan manusia, dosa manusia belum ditebus, maka Roh Kudus tidak diturunkan (Yoh 7:37-39).

Δ        Kedua kalinya pulang membawa sehelai daun zaitun (Lihat: Yer 11:16; Hos 14:6). Melambangkan bahawa Roh Kudus pertama kali turun pada hari Pentakosta, menunaikan tugas kembali membawa buah-buah yang elok (Lihat: Yak 1:18; Why 14:4).

Δ        Ketiga kali, setelah 7 hari (melambangkan waktu yang ditentukan Allah), burung merpati dilepaskan, dan tidak kembali lagi. Melambangkan bahawa pada akhir zaman, ketika waktu yang ditentukan Allah sudah tiba, maka Roh Kudus hujan akhir akan datang, membangun gereja benar di bumi, dan terus bekerja sampai Tuhan datang lagi (Lihat: Yak 5:7,8; Yl 2:28-31).

7.      Meterai (Ef 1:13)

(1)     Membuktikan prosedurnya selesai (Yer 32:10).

Δ        Membubuh meterai menunjukkan prosedurnya sudah selesai, menerima meterai Roh Kudus merupakan bukti dari Allah bahawa prosedur keselamatan telah selesai: percaya, bertobat, dibaptis, dosa diampuni (Lihat: Mat 3:15-17; Kis 2:38; 19:2-7).

(2)     Membuktikan sudah menjadi milik Allah (II Tim 2:19).

Δ        Yang tidak mempunyai Roh Kudus, bukan milik Kristus (Rm 8:9).

(3)     Mendapat jaminan memperoleh Sorga (Ef 4:30).

Δ        Masalah yang sudah dimeteraikan tidak dapat dihapus (Est 8;8; Dan 6:15-17).

Δ        Roh Kudus adalah jaminan untuk memperoleh Kerajaan Sorga (II Kor 5:4, 5; Ef 1:14).

V.   Janji akan pemberian Roh Kudus

Allah akan memberikan RohNya yang mulia pada manusia yang rendah hati, bertobat daripada dosa sendiri. Ini merupakan janji yang tinggi nilainya dan patutlah bersyukur. Berikut adalah nubuat dan lambang tentang janji akan memberikan Roh Kudus.

1.      Nubuat para nabi

(1)   Janji yang jelas.

  1. “Berpalinglah kamu kepada teguranKu! Aku hendak mencurahkan isi hatiku kepada kamu” (Ams 1:23).
  2. “Aku akan mencurahkan RohKu ke atas keturunanmu”.(Yes 44:3; 32:15).
  3. “Aku akan memberikan mereka Roh yang baru di dalam batin mereka” (Yeh 11:19, 20 ; 36:26, 27; 37:14; 39:29).
  4. “Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahawa Aku akan mencurahkan RohKu ke atas semua manusia” (Yl 2:28, 29; Za 12:10).
  5. Yohanes Pembaptis berkata: “Ia akan membaptiskan kamu dengan Roh Kudus dan dengan api”  (Mat 3:11).

(2)   Janji yang tersembunyi.

  1. “Maka Ia akan memberikan hujan untuk tanahmu pada masanya, hujan awal dan hujan akhir” (Ul 11:14; Yl 2:23, 24; Yer 5:24).
  2. “Ada sebuah sungai, anak-anak sungainya membuat kota Allah bersukacita” (Mzm 46:4; Lihat: Why 22:1; Yoh 7:38; Yeh 47:9).
  3. “Pada waktu itu, akan ada air yang hidup yang keluar dari Yerusalem, setengah mengalir ke Laut Timur, setengah mengalir ke Laut Barat” (Za 14:8).

2.      Janji Tuhan Yesus

(1)     Janji sebelum mati.

  1. “Barangsiapa percaya kepadaKu, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup” (Yoh 7:37-39).
  2. “Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain” (Yoh 14:16-18).
  3. “Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran” (Yoh 16:13; Lihat: Yoh 14:26; 15:26; 16:7, 16; Luk 11:13).

(2)     Janji setelah bangkit.

  1. Ia mengembusi mereka dan berkata: “Terimalah Roh Kudus” (Yoh 20:21-23).
  2. “Aku akan mengirim kepadamu apa yang dijanjikan BapaKu” (Luk 24:49).
  3. “Tidak berapa hari lagi, kamu akan menerima baptisan Roh” (Kis 1:4, 5, 8).

VI.   Roh Kudus benar-benar turun

Allah adalah maha pengasih dan berpegang pada janji (Ul 7:9), Dia tidak akan menyangkal diriNya (II Tim 2:13), apa yang dijanjikan olehNya pasti akan terjadi pada waktunya.

1.      Menurunkan dulu hujan awal.

(1)     Yohanes mengetahui lebih dahulu bahawa Yesus akan membaptiskan orang dengan Roh Kudus (Yoh 1:32, 33; Mat 3:11).

(2)     Pada waktu Tuhan masih berada di dunia, Roh Kudus belum turun, sebab Dia belum mati demi orang berdosa, dan bangkit naik ke Sorga (Yoh 7:38, 39).

(3)     Tuhan berkata: “Jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia (Penghibur) datang” (Yoh 16:7).

(4)     Murid-murid menurut perintah Tuhan, menanti Roh Kudus turun di Kota Suci (Kis 1:4, 5, 12-14).

(5)     Pada hari Pentakosta (10 hari setelah Tuhan naik ke Sorga) Roh Kudus yang dijanjikan turun (Kis 2:1-4; 16-18).

(6)     Pada zaman para rasul, setiap yang percaya pada Yesus dan tekun memohon, pasti mendapat baptisan Roh  (Kis 8:14-20; 10:44-47; 11:15-17; 15:8; 19:1-7; Ef 1:13, 14).

(7)     Dia memberi hujan pada waktunya, yaitu hujan awal dan hujan akhir (Yer 5:24). ‘Hujan awal’, ‘hujan akhir’ adalah lambang Roh Kudus. Hujan awal turun pada musim gugur sebelum menabur, hujan akhir turun pada musim semi sebelum menuai. Roh Kudus yang pertama kali turun pada waktu gereja zaman permulaan sedang menabur (Kis 1:8), maka dapat diketahui bahawa itu adalah Roh Kudus Hujan Awal.

2.      Roh Kudus berhenti turun

Δ        Roh Kudus yang dijanjikan sudah berhenti turun, sebab gereja sudah berubah, diganti oleh ajaran-ajaran sesat, maka Roh Kudus meninggalkan gereja yang duniawi. Hal ini bukan kebetulan, tetapi adalah kehendak Allah, buktinya seperti berikut:

(1)     Nubuat tentang Roh Kudus akan berhenti diturunkan.

(a)     Kerana perzinahan (bersekutu dengan dunia, tidak setia pada Allah) dirus hujan tertahan dan hujan pada akhir musim tidak datang (Yer 3:2, 3).

(b)     Sebab berbuah anggur yang asam (berubah jenis), maka Allah memerintahkan awan-awan supaya jangan diturunkannya hujan ke atasnya (Yes 5:3-7).

(c)     Kerana dosa penduduk, Tuhan akan membuat sungai-sungai menjadi padang gurun, dan pancaran-pancaran air menjadi tanah gersang (Mzm 107:33, 34).

(d)     “Sebab kamu berbuat jahat dan meninggalkanNya, maka Dia akan menurunkan hujan abu dan debu ke atas negerimu” (Ul 28:20-24).

(e)     Pada zaman Elia, sebab kedurhakaan raja Ahab dan Izebel, maka Allah tidak menurunkan hujan ke atas negerinya. Ini melambangkan bahawa Allah tidak akan menurunkan Roh Kudus ke atas gereja-gereja yang sudah berpaling dari kebenaran (I Raj 16:29-17:7).

            (2)   Rosaknya gereja para rasul.

(a)   Pada zaman para rasul sudah ada yang memberitakan ‘injil yang lain’, mengubah Injil (Gal 1:6-9; II Kor 11:4).

(b)   Maka dikatakan dalam surat Yudas “Berjuang untuk mempertahankan kebenaran yang telah disampaikan kepada orang-orang kudus” (Yud 3).

(c)   Menurut isi kitab Wahyu fasal 2 dan 3 tentang tujuh jemaat, menunjukkan jemaat zaman rasul memang sudah rosak dan diduniawikan.

(d)   Jika tidak menuruti perintah Tuhan, bagaimanakah Tuhan mahu menyertai jemaat (Mat 28:20; Lihat: Yos 7:12).

3.      Hujan akhir turun kemudian

(1)     Nubuat tentang turunnya hujan akhir.

(a)     “Hai bani Sion, bersorak-soraklah …, sebab telah diberikanNya kepadamu hujan pada awal musim dengan adilnya dan diturunkanNya kepadamu hujan, hujan pada awal dan hujan pada akhir musim seperti dahulu” (Yl 2:23; Ul 11;14; Yer 5:24)

Δ        Petani menantikan hasil yang berharga dari tanahnya dan ia sabar sampai telah turun hujan musim gugur dan hujan musim semi (Yak 5:7). Hujan musim gugur turun pada akhir bulan Oktober sampai akhir bulan Disember; hujan musim semi turun pada bulan Mac dan April. ‘Hujan’ melambangkan Roh Kudus, hujan turun dalam dua masa, menunjukkan bahawa Roh Kudus akan turun dua kali. Allah sudah menurunkan Roh Kudus hujan awal pada zaman rasul-rasul, supaya menyelesaikan pekerjaan besar menuai di akhir zaman (menyelamatkan manusia), maka pasti akan menurunkan Roh Kudus hujan akhir sebelum hari yang besar dan dahsyat, yaitu sebelum tibanya hari Tuhan datang kembali untuk menghakimi dunia (Yl 2:28-31).

(b)     “Mintalah hujan dari pada Tuhan pada akhir musim semi” (Za 10:1).

(2)     Lambang tentang penurunan Roh Kudus hujan akhir untuk membangun gereja benar.

(a)     Lambang dari Elia memohon hujan.

Δ        Elia adalah seorang nabi besar yang memohon Tuhan menurunkan hujan yang sudah tidak turun selama tiga setengah tahun. Kitab Maleakhi fasal empat ayat lima bernubuat bahawa Tuhan akan mengutus nabi Elia menjelang datangnya hari Tuhan yang besar dan dahsyat itu. Ini menubuatkan bahawa pada akhir zaman akan timbul satu gereja benar yang sama pekerjaannya dengan nabi Elia. Bagaimana Elia memimpin umat meninggalkan ajaran-ajaran sesat sehingga murka Allah lenyap lalu mencurahkan belas kasihan dan menurunkan hujan (Lihat: I Raj 17:1; 18:1,21,22,41-45; Yak 5:17)

(b)     Lambang membangun kembali Bait Allah

Δ        Pada zaman Perjanjian Lama, raja Salomo membangun Bait Allah, namun disebabkan raja-raja dan rakyatnya terus-menerus berbuat dosa, dan tidak bertobat, akhirnya dibakar musuh, manakala rakyat yang tersisa ditawan ke Babel (II Raj 25:8-12). Setelah genap 70 tahun, kerana ingin mengenapkan nubuat dari nabi, Allah menggerakkan hati raja Persia, mengizinkan mereka pulang untuk membangun kembali Bait Allah (II Taw 36:17-23).

Δ        Ini melambangkan bahawa Bait Allah yang rohani – gereja benar (I Kor 3:16, 17; 6:19; Ef 2:19, 20; I Ptr 2:5), juga akan melalui jalan yang sama – dibangun – dihancurkan – dibangun kembali. 70 tahun melambangkan suatu masa yang sudah ditentukan Allah (sekarang ini adalah masa genap 70 tahun, sudah mulai membangun kembali Bait Allah (Lihat: Yes 58: 12; 61:4; Am 9:11). Zaman dahulu membangun kembali Bait Allah material harus bersandar pada Roh Allah (Za 4:6); maka pada akhir zaman jika ingin membangun kembali gereja benar, Allah pasti akan menurunkan Roh Kudus. Sesungguhnya Roh Kudus hujan akhir sudah turun, umat Allah sedang melakukan pekerjaan besar dengan kuasa Roh Kudus (Lihat: Neh 6:3; Kis 1:8). Menurut janji, kemuliaan Bait Allah ini akan melebihi yang terdahulu (Hag 2:9)

(3)     Gereja benar hujan musim akhir muncul dari sebelah mana?

(a)     “Tuhan Allah membuat taman di Eden, di sebelah Timur di situlah ditempatkanNya manusia yang dibentukNya itu” (Kej 2:8).

(b)     “Pintu taman Eden berada di sebelah Timur, di dalamnya ada pohon kehidupan” (Kej 3:24).

(c)     “Kemuliaan Allah datang seperti suara air terjun yang menderu” (Yeh 43:2; Lihat: Why 19:6, 7; 21:10, 11).

(d)     “Aku melihat seorang malaikat lain muncul dari tempat matahari terbit. Ia membawa meterai Allah yang hidup” (Why 7:2; Lihat: Ef 1:13).

Δ        Yesus dilahirkan di Betlehem (Mat 2:5, 6), dan pindah ke Mesir (Mat 2:13), setelah pulang dari Mesir, mereka memilih Nazaret, tempat yang belum pernah mempunyai nabi dan dibesarkan di sana (Yoh 1:46; 7:52; Mat 2:23).

VII. Pekerjaan Roh Kudus pada zaman Perjanjian Baru

  1. Memberi kekuatan (Kis 1:8; Luk 24:49; I Kor 2:4; Ef 3:16; Kis 4:13, 31; 13:9-12).
  2. Supaya orang mengetahui dosanya (Yoh 16:8; Kis 2:37; Lihat: I Yoh 2:27, 28).
  3. Memimpin orang mengenal Tuhan (I Kor 12:3; Yoh 15:26; Kis 16:14).
  4. Mewahyukan kebenaran (Yoh 16:12, 13; Ef 3:5; 1:17-19; I Kor 2:11).
  5. Membantu doa (Rm 8:26, 27; Za 12:10; I Kor 14:2, 14, 15; Ef 6:18; Yud 20).
  6. Menguduskan orang (Rm 15:16; II Tes 2:13; I Ptr 1:2).
  7. Supaya manusia menghasilkan buah Roh Kudus (Gal 5:22, 23; Why 22:1, 2).
  8. Memberi bermacam-macam karunia roh (I Kor 12:4-11).

VIII. Hubungan Roh Kudus dengan keselamatan

  1. Masuk ke dalam kerajaan Allah harus dilahirkan kembali oleh Roh Kudus (Yoh 3:5; Tit 3:5; Kis 2:38; I Sam 10:6).
  2. Memberi hidup kekal (Gal 5:25; Yeh 37:14; I Kor 15:45; Why 22:17; I Yoh 5:12; Rm 8:2).
  3. Tidak mempunyai Roh Kudus bukan milik Kristus (Rm 8:9; II Tim 2:19; I Yoh 3:24).
  4. Membuktikan menjadi anak Allah (Rm 8:16; Gal 4:6, 7; Mat 3:16, 17).
  5. Sebagai jaminan menerima warisan kerajaan Sorga (Ef 1:13, 14; II Kor 1:21, 22).
  6. Membangkitkan orang pada hari kiamat (Rm 8:11; II Kor 5:1-5; Flp 3:21).

IX.   Bukti menerima Roh Kudus

Δ        Percaya Tuhan dan menerima Roh Kudus merupakan dua hal berlainan (Kis 19:1, 2; Lihat: Kis 1:4, 5).

Δ        Menerima baptisan air berbeda dengan menerima baptisan Roh (Kis 8:15, 16).

Para rasul menganggap bahasa Roh adalah bukti memperoleh Roh Kudus (Kis 10:44-46; 2:4; 19:6, 7; Mrk 16:17).

Ketika Roh Kudus turun, badan boleh bergerak, maka dapat dilihat (Kis 8:18; 2:33; Lihat: Kis 4:31; 16:25, 26). Keadaan waktu menerima Roh Kudus kekadang dianggap orang sedang mabuk (Kis 2:13), atau gila (I Kor 14:23).

X.   Penjelasan tentang bahasa Roh

  1. Suara lidah yang dikatakan ketika menerima Roh Kudus (Kis 2:4; 19:6).
  2. Biasanya tidak dapat difahami (I Kor 14:2, 14, 16; Kis 2:13).
  3. Bukan bahasa di dunia (I Kor 14:10, 11, 13).
  4. Roh Kudus berdoa bagi umat suci dengan bahasa Roh (Rm 8:26, 27; I Kor 14:15).
  5. Berbahasa Roh boleh membina moral sendiri (I Kor 14:4).
  6. Bahasa Roh sesungguhnya mempunyai erti; apabila perlu, Allah akan menggerakkan manusia untuk menterjemahkannya (I Kor 12:10; Kis 2:5-11).
  7. Bila ada yang dapat menterjemahkan bahasa Roh, maka boleh digunakan untuk berkhotbah (I Kor 14:26-28).
  8. “Supaya yang seorang berbahasa Roh, yang lainnya menafsirkan bahasa Roh” (I Kor 12:10), Bahasa Roh adalah bahasa Roh untuk membangunkan orang lain (I Kor 14:26-28), dapat ditafsirkan. Ini merupakan karunia yang istimewa, tidak boleh diperoleh oleh setiap orang lain (I Kor 12:30; 14:5, 13, 28).
  9. Kekadang boleh menyanyi nyanyian roh (I Kor 14:15; Kol 3:16; Ef 5:19).
  10. Jangan melarang orang berbahasa Roh ( I Kor 14:39; Lihat: I Tes 5:19).

XI.   Harus bagaimana baru menerima Roh Kudus

  1. Harus mempunyai kepercayaan yang benar (Gal 3:14; Ef 1:13; Yoh 14:15, 16, 21, 22; Kis 5:32; 10:44-48).
  2. Harus menerima baptisan pengampunan dosa (Kis 19:2-6; 2:38).
  3. Meminta penatua, diaken yang diurapi untuk menumpangkan tangan (Kis 8:14-17; 19:6; Lihat: Bil 11:17-25).
  4. Memohon dengan tekun (Kis 1:14; 2:1-4; Luk 11:5-13).
  5. Menanti di Kota Suci – gereja (Kis 1:4, 5; Luk 24:49; Za 14:17; Lihat: Ibr 12:22; Gal 4:26).

XII.   Perbedaan antara Roh benar dan roh palsu (I Yoh 4:1; I Kor 12:10).

Δ        Roh Kudus dapat menggetarkan orang, roh jahat juga dapat menggetarkan orang, tetapi keadaannya berbeda.

  1. Bergetar waktu menerima Roh Kudus adalah tertib, juga menurut aturan. Walaupun waktu menerima Roh Kudus ada yang tertawa atau menangis, bergetar atau bertepuk tangan, berbahasa Roh atau menyanyi nyanyian roh, namun sekali baptisan Roh selesai, sikapnya tenang, dan tidak kacau bilau, bahasa dan nyanyian roh yang dikatakan mempunyai kekuatan dan diluahkan dari hati. Lagi pula setelah mendapat gerakan di dalam hati akan penuh sukacita, jiwa rohani meningkat tinggi ~ keadaan yang tidak tergambarkan (Lihat: I Kor 14:32, 33, 39, 40; Rm 14:17; Yoh 7:38).
  2. Jika digerakkan oleh Iblis adalah tidak tertib, tertawa atau tidak dapat dikawal, berkata-kata bahasa roh yang palsu, suaranya pendek, lemah tidak bertenaga. Suara yang dikeluarkan adalah suara bibir kadang-kadang bercampur baur dengan bahasa akal, menyombongkan diri, kadang-kadang menyebut dirinya Yesus, atau Roh Kudus, atau umat suci yang besar pada Perjanjian Lama. Kekadangnya mengatakan juga perkataan-perkataan dalam Alkitab, pura-pura menjadi malaikat yang terang (II Kor 11:14), namun di antaranya banyak berkaitan dengan masalah-masalah dunia, menyanyi lagu-lagu drama dunia, sehingga orang jemu mendengarnya. Dan waktu digerakkan, hati tidak tenang dan tidak sedar. Setelah gerakan, hatinya sangat sengsara, bagai berbeban berat atau mengeluh, muntah, pucat, kaki tangan dingin (Lihat: I Sam 18:10; Yes 8:19; Mrk 5:5; 9:18; Yoh 3:31; I Yoh 4:3, 5; Kis 16:16-18).
BAB 12 PERJAMUAN KUDUS
|

BAB 12 PERJAMUAN KUDUS

I.             Penetapan Perjamuan Kudus

1. Perjamuan Kudus adalah didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri (Luk 22:19, 20)

Δ        Pada malam Tuhan Yesus dijual, Dia makan Perjamuan Paskah bersama-sama murid-muridNya di sebuah rumah di Yerusalem (Luk 22:7-15).

Δ        Perjamuan Kudus didirikan pada waktu mengadakan Perjamuan Paskah. Cawan dalam Lukas fasal 20 ayat 17 adalah cawan hari Paskah; ayat 19 adalah roti Perjamuan Kudus, ayat 20 adalah cawan Perjamuan Kudus.  Kerana firman dan pemberkatan Tuhan atas roti dan cawan itu, maka jadilah Perjamuan  Kudus.

2. Tuhan menetapkan Perjamuan Kudus, juga memerintahkan murid-muridNya berbuat seperti apa yang Dia lakukan (Luk 22:19), oleh sebab itu, gereja harus mengadakan Perjamuan Kudus.

3. Setelah naik ke Sorga, Tuhan memberi petunjuk lagi kepada Paulus tentang Perjamuan Kudus (I Kor 11:23-25; Lihat: Gal 1:11, 12).

 

II.          Erti Perjamuan Kudus

1.      Memperingati kematian Tuhan Yesus (I Kor 11:26)

Hari Raya Paskah pada zaman Perjanjian Lama adalah untuk memperingati anugerah besar Allah yang menyelamatkan bani Israel di Mesir (Kel 11:21-27; 13:3).  Perjamuan Kudus pada zaman Perjanjian Baru adalah khusus untuk memperingati Tuhan Yesus mati demi kita (Luk 22:19; I Kor 11:24, 25).  Maka pelaksana harus menguraikan penderitaan dan kematian Tuhan sebelum memecahkan roti dan mengucap syukur, supaya jemaat mengenang dan bersyukur pada Tuhan.  Intinya seperti berikut:

Δ        Demi kita Tuhan dilahirkan di palungan, miskin seumur hidup, tidak ada tempat untuk meletakkan kepalaNya (II Kor 8:9; Luk 2:6, 7 ; 9:58).  Demi kesalahan kita Tuhan ditangkap, diolok-olok, dicambuk, dicaci maki, diludahi, dikenakan mahkota duri, kemudian dipakukan di atas kayu salib, mencucurkan darah, menderita dan mati (Rm 4:25; Mat 27:18-50; Mzm 22:12-16).

Δ        Kerana menanggung dosa kita, RohNya ditinggalkan oleh Allah, turun ke dunia orang mati dan mengalami maut untuk kita (Mat 27:45-52; Ibr 2:9; Kis 2:30-32).

Δ        Terima kasih pada Tuhan, ganjaran yang mendatangi keselamatan bagi kita ditimpakan kepadaNya dan oleh bilur-bilurNya kita menjadi sembuh (Yes 53:4-6).

2.       Persekutuan dengan darah dan tubuh Tuhan (I Kor 10:16)

Δ        Memecah roti menunjukkan pengorbanan Tuhan (I Kor 11:24; Luk 22:20).

Δ        Setelah mengucap syukur, roti dan cawan menjadi tubuh dan darah Tuhan (Mat 26:26-28; I Kor 11:29).

Δ         Barangsiapa makan daging Tuhan dan minum darah Tuhan, ia mempunyai hidup yang kekal dan Tuhan akan membangkitkan dia pada akhir zaman (Yoh 6:53, 54).

Menerima Perjamuan Kudus adalah suatu hal yang amat rahsia. Paulus berkata pada waktu tersebut di antara jemaat Korintus, kerana ada yang tidak mengakui tubuh Tuhan, sembarangan menerimanya, sehingga ada yang sakit atau mati (I Kor 11:28-30).  Dia juga mengambil perbandingan dari memakan persembahan berhala, menganggap bahwa memakan persembahan berhala adalah: “Bersekutu dengan roh-roh jahat” (I Kor 10:19, 20), dan menerima Perjamuan Kudus adalah memakan Perjamuan Tuhan, bersekutu dengan Tuhan (I Kor 10:21, 22).  Tuhan Yesus pernah berkata: “Barangsiapa makan dagingKu dan minum darahKu, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam Dia” (Yoh 6:56).  Maka dapat diketahui, bahwa Perjamuan Kudus adalah Persekutuan Roh yang rahsia, yang menerimanya menurut aturan, akan mendapat hidup Tuhan yang berlimpah-limpah dari Perjamuan Kudus, dan dipelihara Tuhan, pada hari kiamat akan bangkit dan berubah diangkat naik ke Sorga.  Maka harus mengenal bahwa Perjamuan Kudus adalah anugerah Tuhan, pahala yang besar dan menerimanya dengan penuh syukur dan saleh.

 

III.       Pelaksanaan Perjamuan Kudus

1.      Jumlah kalinya dan waktu

Δ        Ada yang berpendapat 1 tahun 1 kali pada Hari Raya Paskah.  Namun hari raya merupakan lambang, jadi kita tidak perlu melakukannya (Gal 4:10, 11).  Kalau memang Perjamuan Kudus untuk ‘memperingati kematian Tuhan’, juga bersekutu dengan Tuhan olehnya, maka tidak perlu membatasi jumlah kalinya, sebelum Tuhan datang kembali, boleh sering-sering mengadakannya (I Kor 11:26).

Δ        Mengenai waktu, walaupun Perjamuan Kudus Tuhan didirikan pada malam hari, tapi penderitaan Tuhan adalah pada siang hari, maka waktu pelaksanaannya tidak terbatas malam atau siang.

2.      Bahan Perjamuan Kudus

Δ        Harus menggunakan roti tidak beragi: Pada zaman Perjanjian Lama, tidak boleh menggunakan ragi pada hari raya Paskah, maka roti yang digunakan Tuhan pada Perjamuan Kudus tidak beragi (Im 23:4-6).  Ragi menunjukkan dosa, kejahatan, tidak boleh memakan roti yang beragi sebagai tubuh Tuhan (I Kor 5:7, 8; Lihat: Mat 16:5-12).

Δ        Hanya satu roti: tubuh Tuhan hanya satu, maka biar bagaimana banyak orangnya, hanya menggunakan satu roti, besar kecilnya roti adalah menurut banyak sedikitnya bilangan orang (Ef 4:4; I Kor 10:16, 17).

Δ        Harus menggunakan jus anggur: arak sudah beragi, tidak dapat mewakili darah Tuhan yang tak berdosa.  Menggunakan arak pada Perjamuan Kudus adalah tidak sesuai (Im 10:8, 9; Yeh 44:21).  Cawan Tuhan harus menggunakan jus anggur (Mat 26:29; Mrk 14:25).

3.      Pelaksana Perjamuan Kudus

Δ        Secara prinsipnya, melaksanakan hal-hal kudus harus dilakukan oleh penatua, diaken atau penginjil (Lihat: Kel 30:30).

Δ        Harus dilaksanakan dalam nama Tuhan Yesus, sebab Tuhan adalah Tuan dari Perjamuan Kudus (Mat 18:20).  Gereja Roh Kudus adalah kerajaan Allah, Perjamuan KudusNya adalah Perjamuan yang disertai Tuhan (Mat 26:29).

Δ        Setelah inti kebenaran Perjamuan Kudus disampaikan lalu berlutut bersama-sama, pelaksana mengucap syukur dengan doa akal, kemudian memecahnya dengan tangan, dan membagikannya pada jemaat (Mat 26:26).  Selanjutnya mengangkat cawan dan mengucap syukur, lalu dibagikan pada jemaat (Mat 26:27).

4.       Bagaimana menerima Perjamuan Kudus

Δ        Harus siap dengan kekudusan; harus memberitahu jemaat sebelum Perjamuan Kudus, supaya mempersiapkan diri dengan kekudusan – membuang ragi (I Kor 5:6-8; 11:27, 28; 10:18-21).

Δ        Mengakui daging dan darah Tuhan: roti dan cawan telah menjadi daging dan darah Tuhan setelah diucap syukur oleh firman Tuhan, maka jangan menganggap sebagai roti dan cawan biasa, supaya jangan sampai dihukum (I Kor 11:29, 30).

Δ        Harus menerimanya di satu tempat: ketika menerimanya harus penuh ketenangan, serius dan saleh, saling menunggu, jangan kacau, jangan dibawa keluar gereja, harus menerimanya dalam satu tempat (I Kor 11:33; 10:16, 17; Lihat Kel 12:46).  Sisa Perjamuan Kudus tidak boleh disimpan sampai esok pagi (Lihat: Kel 12:10).

Δ        Orang yang belum dibaptis di gereja kita tidak boleh menerimanya, demikian juga orang yang melakukan dosa maut (Lihat: Kel 12:43, 45; Ezr 2:62, 63; I Kor 11:27-30).

5.      Setelah menerima Perjamuan Kudus

Δ        Harus bertekad hidup demi Tuhan, sebab Tuhan mengasihi kita sehingga mengorbankan diri untuk kita (II Kor 5:14, 15; Rm 14:7, 8).

Δ        Harus hidup dalam kekudusan, seperti pada zaman dulu, setelah makan Perjamuan Paskah, harus memegang Hari Raya Tak Beragi (I Kor 5:6-13; Kel 12:15-20).

Δ        Harus saling mengasihi, bukan saja bersekutu dengan Tuhan, harus juga bersekutu dengan saudara seiman dalam Tuhan, menjadi satu tubuh, sebab kita semua bersekutu dalam satu roti (I Kor 10:17; 12:12-27).

Δ        Harus menanti kedatangan Tuhan, bangkit pada hari kiamat, pulang ke Sorga  (I Kor 11:26; Yoh 6:54; Why 19:7-9)

Bab 11 PEMBASUHAN KAKI
|

Bab 11 PEMBASUHAN KAKI

I.   Asal Usul Sakramen Pembasuhan Kaki

1.      Pembasuhan kaki Tuhan berbeda dengan adat istiadat

Pada malam Paskah, ketika makan malam, Tuhan menuangkan air ke dalam sebuah basi, lalu membasuh kaki murid-muridNya (Yoh 13:1-5). Daripada perkataan-perkataan yang diucapkan Tuhan sewaktu Dia membasuh kaki, kita boleh melihat sejelas-jelasnya pembasuhan kakiNya tidak sama dengan adat istiadat. Sama seperti Perjamuan Kudus yang ditetapkan pada perjamuan malam Paskah, atas perkataan-perkataan yang diucapkan Tuhan maka walaupun roti dan cawan yang digunakan pada Perjamuan Kudus sama dengan yang digunakan pada hari raya Paskah, namun ertinya sudah berubah (Rujuk: Luk 22:19, 20). Tuhan berkata kepada Petrus: “Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku” (Yoh 13:8). KataNya lagi: “Kamu sudah bersih, hanya tidak semua” (Yoh 13:10). Kalau pembasuhan kaki Tuhan sama dengan pembasuhan kaki biasa, terima atau tidak, apa hubungan ‘bersih’ (iaitu bersih dalam hati) dengan ‘mendapat bagian dalam Tuhan’!

2.      Tuhan memerintah murid-muridNya agar melakukannya (Yoh 13:15).

Setelah selesai membasuh kaki murid-murid, Tuhan berkata kepada mereka: “Sebab Aku sudah memberikan suatu teladan kepada kamu, supaya kamu juga berbuat sama seperti yang telah Kuperbuat kepadamu” (Yoh 13:15). Sebelum naik ke Sorga, Tuhan berkata pula kepada murid-muridNya: “Ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu, maka Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman” (Mat 28:20). Pembasuhan kaki adalah salah satu perintah Tuhan, bagaimana kita boleh mengabaikannya !

3.      Tuhan berjanji bahawa berbahagialah jika melakukannya (Yoh 13:16, 17)

Perintah-perintah Tuhan sememangnya banyak, namun tidak satupun di antaranya kita berani pandang rendah maupun tolak. Justeru demikian, pembasuhan kaki yang disertai janji Tuhan: “Berbahagialah kamu, jika kamu melakukannya” (Yoh 13:16), bukankah kita lebih harus melakukannya dan menjadi anak-anak yang taat?

 

II.   Erti Sakramen Pembasuhan Kaki

1.      Menyatakan kasih Tuhan sampai pada kesudahannya (Yoh 13:1)

Δ        Kerana kasih, Tuhan Yesus telah memilih murid-muridNya, tetapi apabila sampai waktu Tuhan akan meninggalkan dunia, mereka masih penuh sentimen darah daging, saling berdebat siapa yang lebih besar (Rujuk: Mrk 10:30-45). Yang lebih menyedihkan ialah Yudas disesatkan Iblis sehingga ingin menjual Tuhan (Yoh 13:2). Untuk memperbaiki keadaan tersebut dan meninggalkan teladan yang penting, maka Tuhan pun bangun dan membasuh kaki murid-murid (Rujuk: Mat 12:20; Yeh 18:32)

Δ        Kita harus mencontohi teladan Tuhan, dengan kasih yang abadi dan tulus ikhlas kita saling mengasihi (Yoh 13:34, 35; I Yoh 3: 16-18)

2.      Menyatakan bahawa Tuhan ingin murid-muridNya kudus (Yoh 13:10, 11)

Δ        Tuhan berkata: “Barangsiapa telah mandi, ia tidak usah membasuh diri lagi selain membasuh kakinya, kerana ia sudah bersih seluruhnya. Juga kamu sudah bersih, hanya tidak semua” (Yoh 13:10). ‘Mandi’ diumpamakan ‘baptisan’ ertinya ialah siapa yang percaya kepada Tuhan dan dibaptis, dosanya diampuni; andaikata ia memelihara ‘kaki’ supaya bersih (kaki melambangkan perbuatan: Ams 4:14, 26, 27) maka dia adalah seorang kudus. Waktu tersebut, Yudas sudah dinodai, maka Tuhan ingin mereka memahami maksudNya melalui pembasuhan kaki, yakni mereka harus membuang semua kejahatan di dalam hati, namun malangnya Yudas berkeras hati, tidak bertobat sehingga binasa (Yoh 13:26, 27).

Δ        Orang yang dibaptis ke dalam Tuhan dan menerima pembasuhan kaki Tuhan, harus memhami erti sakramen pembasuhan kaki; harus mengawasi langkah kaki sendiri dan menjauhi segala kejahatan (Ams 4:26, 27). Jika sengaja kena najis harus senantiasa menerima baptisan firman (air melambangkan firman), untuk memelihara kekudusan seluruh diri (Ef 5:26, 27; Yoh 17:17, 19)

3.      Menyatakan kerendahan hati dan pelayanan Tuhan (Yoh 13:12-14)

Δ        Setelah membasuh kaki, Tuhan berkata kepada murid-muridNya: “Jadi jikalau Aku membasuh kakimu, Aku yang adalah Tuhan dan Gurumu, maka kamupun wajib saling membasuh kakimu” (Yoh 13:14). Pada waktu itu bukan saja Yudas tidak bersih, murid-murid juga merebut-rebut kedudukan tinggi, sehingga timbul rasa dengki (Mat 20:20-28). Maka Tuhan mengambil rupa seorang hamba, membasuh kaki mereka, memberi teladan supaya mereka memperingati teladan Tuhan, saling melayani dengan rendah hati.

Δ        Sistem dan semangat di gereja tidak sama dengan di negara dan masyarakat (Mrk 10:42-45), juga berbeda dengan organisasi pertubuhan ugama-ugama duniawi (Mat 23:1-12). Maka kita harus selalu mengingatkan ajaran-ajaran Tuhan dari pembasuhan kaki. Jangan gilakan kemuliaan yang sia-sia, jangan tinggi hati, harus rendah hati dan rela melayani orang (Gal 5:26; Flp 2:3; Rm 12:16)

4.      Menyatakan pengampunan Tuhan yang mulia

Δ        Yudas dipilih mengikut Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan, namun dia tidak mengenang budi, ingin pula menjual Tuhan. Walaupun demikian, Tuhan masih tidak menolaknya bahkan membasuh kakinya dengan tujuan supaya ia bertobat dan berbalik ~ ini menampakkan kepada kita semangat pengampunan Tuhan yang sekian mulia (Rujuk: Yoh 13:11, 12; Mzm 41:9)

Δ        Dalam keluarga besar Allah sering timbul salah faham dan perselisihan, atau wujudnya hinaan, fitnahan, pemberontakan dan lain-lain. Waktu itulah kita harus memperingati semangat pengampunan yang ditunjukkan Tuhan dalam pembasuhan kaki, tidak menghitung kesalahan orang lain melainkan mengampuninya hingga pada akhirnya (Kol 3:12, 13; Mat 18:21-35)

5.      Supaya murid-muridNya mendapat bagian dalamNya (Yoh 13:8)

Δ        Ketika Petrus menolak pembasuhan kaki Tuhan, Tuhan berkata kepadanya: “Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku”. Maka ia ketakutan, sebab dia tahu bahawa perkataan Tuhan sememangnya benar dan berkuasa (Rujuk: Mat 5:37; 24:35; Yoh 12:48). ‘Tidak mendapat bagian dalam Tuhan’ ertinya tidak ada hubungan dengan Tuhan, tidak dapat selamat (Rujuk: Ef 2:12). Perkataan ini membezakan pembasuhan kaki Tuhan dengan pembasuhan kaki adat istiadat. Maka yang mahu mendapat bahagian dalam Tuhan harus menerima pembasuhan kaki Tuhan.

Δ        Namun demikian, jika ingin mendapat bagian dalam anugerah Tuhan untuk selama-lamanya, bukan saja harus menerima pembasuhan kaki Tuhan setelah dibaptis, melainkan dalam kehidupan seharian, jika berbuat salah haruslah menerima nasihat kebenaran – baptisan firman (Rujuk: Mat 18:15-18; Why 22:14)

 

III.   Cara Sakramen Pembasuhan Kaki

1.      Bagi pelaksana pembasuhan kaki

Δ        Pembasuh kaki mewakili Tuhan: Sakramen pembasuhan kaki ialah menerima pembasuhan kaki Tuhan, di mana orang yang membasuh kaki mewakili Tuhan (pada prinsipnya dilakukan oleh penatua, diaken atau penginjil). Sebab Tuhan menjanjikan: “Barangsiapa menerima Aku, ia menerima Dia yang mengutus Aku” (Yoh 13:20)

Δ        Harus mencontohi teladan Tuhan (Yoh 13:15-17); rendah hati berbuat seperti seorang  hamba, mengikat pinggang dengan kain tuala, menuangkan air ke dalam sebuah basi dan membasuh mereka satu per satu kemudian menyeka kering dengan kain pada pinggang (Yoh 13:4, 5)

Δ        Harus dalam nama Tuhan Yesus: dalam nama Tuhan Yesus menunjukkan mewakili Tuhan (Kol 3:17). Pada waktu mengadakan sakramen Pembasuhan Kaki, kaki kaum lelaki dibasuh ahli pekerja suci lelaki manakala bagian perempuan dilakukan oleh ahli pekerja suci perempuan.

2.      Orang yang menerima pembasuhan kaki

Orang yang percaya kepada Yesus dan dibaptis, barulah boleh menerima pembasuhan kaki, dan pembasuhan kaki adalah satu sakramen yang hanya boleh diterima satu kali, yang menerimanya harus memahami erti sakramen pembasuhan kaki, menerimanya dengan penuh syukur dan bertekad melakukan ajaran-ajaran Pembasuhan Kaki yang ditinggalkan Tuhan, juga bersedia menerima baptisan kebenaran seumur hidup, agar tetap kudus dan beroleh bagian dalam Tuhan sampai selama-lamanya (Rujuk: Yoh 13:8; Ef 5:26).

3.      Saling membasuh kaki

Pembasuhan Kaki Tuhan adalah sakramen yang mengandungi pengajaran, di mana pengajaran tersebut adalah yang sangat penting untuk membangunkan jemaat. Mengenai ‘saling membasuh kaki’, tempat yang ada adat istiadat membasuh kaki, harus melakukannya dengan rendah hati. Tempat yang tidak ada adat sedemikian, haruslah mengamalkan semangat saling membasuh kaki dalam kehidupan dari sehari ke sehari (Yoh 13:14).

 

BAB  10  BAPTISAN
|

BAB 10 BAPTISAN

I.             ASAL USUL BAPTISAN

1.      Baptisan dalam Perjanjian Lama

Δ        Apabila orang Israel kena yang najis, haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air, barulah bersih (Im 15:5-13, 16; 16:26, 28 ; 17:15, 16). Upacara pembersihan ini adalah baptisan dalam Perjanjian Lama.

Δ        Kitab Perjanjian Lama ada mengatakan perihal bangsa asing masuk menjadi jemaah Yahudi. Seperti: Kaleb orang Kenas (Yos 14:6), Rahab, perempuan pelacur di Kanaan (Yos 6:15), Rut, orang Moab (Rut 1:22),  dan lain-lain. Menurut cerita: pada zaman dulu apabila laki-laki bangsa asing jemaah Yahudi, dia harus disunat (Lihat: Kej 17:12, 23; Kel 12: 43, 44, 48, 49). Kemudian melakukan upacara merendamkan diri di sungai.

2.      Baptisan Yohanes Pembaptis

Δ        Tuhan Yesus pernah bertanya pada para kepala imam dan ahli-ahli Taurat: “Baptisan Yohanes itu dari Syurga atau dari manusia?” (Luk 20:4). Dapat diketahui bahawa Tuhan Yesus menganggap baptisan Yohanes adalah berasal dari kehendak Allah. Tujuannya adalah supaya manusia bertobat, bersiap sedia untuk menerima Juruselamat yang akan datang (Mat 3:1-12; Luk 3:7-17; 7:29). Caranya ialah baptisan (Yoh 3:23; Mat 3:15, 16).

3.      Baptisan Gereja Perjanjian Baru

Δ        Apakah baptisan Yohanes dipengaruhi oleh Upacara Penyucian Perjanjian Lama dan Upacara Perendaman Diri yang dilakukan agama Yahudi sewaktu menerima murid? Apakah Perjanjian Baru dipengaruhi oleh baptisan Yohanes? Semua ini bukanlah merupakan hal yang penting. Asal mengetahui bahawa baptisan Yohanes bukan berasal dari kehendak sendiri (Luk 20:4) manakala baptisan yang dilakukan Gereja diperintahkan sejelas-jelasnya oleh Tuhan (Mat 28:19; Mrk 16:15, 16). Namun khasiat dan erti dari baptisan Yohanes dan Gereja tidak sama (Lihat: Kis 19:3-5).

II.          Khasiat Baptisan

1.      Dilahir kembali

(1)     Kata Tuhan: “Jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah” (Yoh 3:3).

(2)     Dilahirkan dari air dan Roh merupakan syarat mutlak untuk masuk ke Kerajaan Allah (Yoh 3:5).

(3)     Menerima baptisan ialah dilahirkan dari air, maka Paulus menyebutnya ‘permandian kelahiran kembali’ (Tit 3:5).

Δ        Adam melambangkan Tuhan Yesus (Rm 5:14; I Kor 15:45). Allah membuat Adam tidur nyenyak, mengambil tulang rusuknya (mengalirkan darah), lalu membangunkan Hawa (Kej 2:21-25); melambangkan Tuhan akan mati, ditusuk tulang rusukNya dan mengalirkan darah, lantas menciptakan manusia baru melalui baptisan, membangun jemaat  – mempelai perempuan (Yoh 19:30-35; Ef 5:25-27; Kis 20:28).

2.      Dosa diampuni

(1)     Pengampunan dosa hanyalah bersandar pada darah Tuhan Yesus (Ef 1:7; I Ptr 1:18, 19).

(2)     Darah Tuhan adalah melalui air (baptisan) supaya orang menggunakannya untuk diri sendiri, mendapat khasiat dari darah Tuhan (Ibr 9:13, 14; 10:19-22; Za 13:1; I Yoh 5:6-8).

(3)     Maka baptisan boleh ‘mengampuni dosa’, ‘mencuci dosa’ (Kis 2:38; 22:16).

Δ        Paulus berkata bahawa dibaptis adalah masuk ke dalam kematian Tuhan, menyalibkan manusia lama (orang berdosa) bersama-sama Tuhan; supaya tubuh yang berdosa binasa, dan tidak lagi menjadi hamba dosa, sebab orang yang sudah mati adalah lepas dari dosa (Rm 6:3-7). Dapat diketahui ‘binasanya tubuh yang berdosa’ hanya oleh baptisan, tidak ada cara lain.

3.      Diselamatkan dan dibenarkan

(1)     ‘Diselamatkan’ mengandung erti diselamatkan dari kuasa dosa dan lembah maut. Memandangkan baptisan adalah untuk pengampunan dosa, maka kata Tuhan: “Barangsiapa yang percaya dan dibaptis pasti akan diselamatkan” (Mrk 16:16).

(2)     Kata Petrus: “Air ini yang melambangkan baptisan, sekarang menyelamatkan kita oleh kebangkitan Yesus Kristus” (I Ptr 3:20, 21).

(3)     Darah Tuhan sudah membersihkan dosa kita, maka kita dapat dibenarkan di depan Allah (Rm 5:9; 3:25).

4.      Masuk ke dalam Kristus

(1)     Kita dulu adalah: ‘Tanpa Kristus’, di luar warga Israel, adalah orang asing dari semua Perjanjian yang dijanjikan (Ef 2:12).

(2)     “Dengan darahNya Tuhan telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa” (Why 5:9, 10).

(3)     Dibaptis adalah supaya kita ‘masuk dalam Kristus’, ‘mengenakan Kristus’, ‘menjadi milik Kristus’, sehingga menjadi keturunan Abraham, menurut janjiNya akan menerima warisan (Gal 3:27-29; Rm 6:3).

Δ        Perempuan yang diciptakan dari tulang rusuk Adam – Hawa – adalah tulang dan daging (Kej 2:22-25). Begitu juga, anak-anak yang dilahirkan kembali oleh darah Tuhan, barulah menjadi pengantin perempuan Tuhan, dia bukan saja akan masuk ke dalam Tuhan, juga akan menjadi satu tubuh dengan Tuhan (Kis 20:28; II Kor 11:2; Ef 5:29-32).

5.      Menjadi anak Allah

(1)     Manusia sebenarnya adalah anak Allah (Luk 3:28), tetapi berdosa sehingga kehilangan hak anak sulung (Yoh 8:44; I Yoh 5:19).

(2)     “Allah menebus orang-orang yang takluk kepada hukum Taurat, supaya diterima menjadi anak” (Gal 4:4, 5). Kita ditebus oleh darah Tuhan (I Ptr 1:18, 19). Darah Tuhan bukan saja menebus kita kembali kepada Allah (Ibr 10:19-22), juga menjadikan kita anak-anak Allah (Ef 1:4, 5).

(3)     Ketika Tuhan Yesus dibaptis dan keluar dari air, Roh Tuhan turun ke atasNya, ada suara dari Syurga berkata: “Inilah AnakKu yang Kukasihi” (Mat 3:16, 17). Jika baptisan yang kita terima sesuai dengan ajaran Alkitab maka dosa pasti dapat diampuni dan menjadi anak Allah. Allah pasti akan memberikannya Roh Kudus, membuktikan bahawa Dia adalah anak Allah yang diperkenan (Gal 4:6; Rm 8:15, 16).

III.   Cara Baptisan

1.      Seluruh badan masuk dalam air

(1)     Berdasarkan lambang.

Δ        Lambang dari sekeluarga Nuh diselamatkan oleh air ~ “Air ini melambangkan baptisan” (I Ptr 3:20, 21). Pada waktu itu hujan dan air bah mengelilingi bahtera (Kej 7:17-20).

Δ        Lambang dari orang Israel melewati Laut Merah ~ melewati Laut Merah melambangkan baptisan, pada waktu itu Allah membuka jalan keluar bagi bani Israel di tengah-tengah laut besar. Mereka turun ke laut berjalan di tanah kering, air menjadi tembok yang tinggi dari kepala mereka di sebelah kanan dan kiri mereka (I Kor 10:1, 2; Yes 43:16; Kel 14:21).

(2)     Berdasarkan nubuat.

Δ        “Allah melemparkan segala dosa kita ke dalam tubir-tubir laut” (Mi 7:19).

Δ        “Pada waktu itu akan terbuka suatu sumber bagi keluarga Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membasuh dosa dan kecemaran” (Za 13:1).

Δ        Dasar laut adalah jalan yang harus dilewati oleh umat tebusan (Yes 51:10).

(3)     Aturan pembersihan zaman Perjanjian Lama.

Δ        Aturan pembersihan zaman Perjanjian Lama mempunyai hubungan dengan baptisan zaman Perjanjian Baru. Apabila mereka kena yang najis, harus membasuh tubuh baru boleh menjadi bersih. Jadi bagaimanakah cara mereka membasuh tubuh? ‘Mandi’ seperti dicatatkan pada Im 15:5-8, 10, 11, 18; Bil 19:19, dan lain-lain, sama dengan ‘membasuh tubuh’ dalam bahasa aslinya pada Im 15:13, 16; 16:4, 24, 26, 28; Bil 19:7, 8 dan lain-lain; semua istilah ‘dengan air’ pada ayat-ayat tadi, bahasa aslinya ‘dalam air’ sama dengan ‘mandi’ dalam bahasa asli II Raj 5:10. Dari sini dapat diketahui bahawa mereka mandi di air.

(4)     Berdasarkan penelitian cendekiawan bahasa asli.

Δ        Membaptis, dibaptis atau baptisan, bahasa aslinya adalah rendam, masuk, celup atau selam (dalam bahasa Yunani ada juga kata kerja basuh, siram, percik, bersih, tetapi membaptiskan, dibaptis dan baptisan yang tertulis di Alkitab tidak menggunakan kata-kata tersebut). Maka baptisan adalah seluruh badan ditutupi oleh air barulah sesuai dengan bahasa aslinya.

(5)     Agama Yunani yang hanya menggunakan kitab bahasa Yunani.

Δ        Mereka mengerti akan cara baptisan dari bahasa aslinya, maka dari mula sampai sekarang terus melakukan baptisan selam, membuktikan bahawa cara baptisan yang sebenarnya adalah selam.

(6)     Contoh Tuhan Yesus dan para rasul.

Δ        “Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air” (Mat 3:16). “Yesus dibaptis di sungai Yordan oleh Yohanes. Pada saat Ia keluar dari air …” (Mrk 1:9, 10). Yohanes pernah melakukan baptisan di Ainon, dekat Salim, sebab di situ banyak air (Yoh 3:23). Yohanes membaptis di tempat yang banyak airnya, jika bukan baptisan selam buat apa demikian, maka baptisan yang Tuhan terima adalah baptisan selam.

Δ        Filipus membaptis sida-sida: “Keduanya turun ke dalam air dan Filipus membaptis dia, setelah keluar dari air, …..” (Kis 8:38, 39). Jika baptisan percik buat apa mereka turun ke dalam air.

Δ        Mengenai aturan baptisan, ada satu bukti nyata yaitu: “Pada tahun 1923, Pangeran Ethiopia pergi ke Amerika, katanya sampai sekarang, mereka tidak mengubah Injil yang diberitakan Filipus. Baptisan yang mereka terima adalah baptisan selam, memegang hari Sabat pada hari Sabtu, di negaranya ada 36 juta orang yang memegang hari Sabat” (dipetik dari majalah Assembly of God di Beijing).

(7)     Penjelasan Paulus tentang baptisan.

Δ        Paulus menjelaskan bahawa baptisan adalah dikubur bersama-sama Tuhan dan bangkit bersama-sama (Kol 2:12; Rm 6:4). Jika memang dikubur, haruslah tertutup seluruh badan, jika hanya baptisan percikan maka tidak dapat menggambarkan dikubur dan bangkit.

(8)     Masalah 3 ribu orang dibaptis.

Δ        Ada orang bertanya tentang 3 ribu orang dibaptis pada hari Pentakosta, jika dilakukan secara baptisan selam, apakah di Yerusalem ada tempat yang banyak airnya? Tetapi menurut catatan di Yerusalem ada kolam Raja (Neh 2:14), kolam Siloam (Neh 3:15; Yoh 9:7), kolam Hizkia (II Raja 18:17; Yes 7:3; 36:2) dan kolam Bawah, dan lain-lain di luar kota masih ada sungai Kidron (Yoh 18:1).

2.      Muka menghadap ke bawah

(1)     Mencontoh rupa kematian Tuhan (Rm 6:5, 8).

Δ        Rupa kematian Tuhan adalah menundukkan kepala (Yoh 19:30).

(2)     Menyerupai seorang berdosa

Δ        Dosa melebihi kepala maka tidak boleh menengadah ke atas (Mzm 38:4; Ezr 9:6).

Δ        Kerana beban dosa sehingga tidak dapat mengangkat kepala (Mzm 40:12 ; Luk 18:13).

Δ        Orang berdosa tidak pantas mengeraskan tengkuk (Kis 7:15; Ayb 10:15).

3.      Dalam nama Tuhan Yesus

(1)     Perintah Tuhan Yesus (Mat 28:19).

Δ        Nama Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah ‘Yesus’.

(2)     Para rasul mengerti rahsia ini, maka mereka membaptiskan orang dalam nama Tuhan Yesus (Kis 2:38; 8:16; 10:48; 19:5)

Δ        “Kerana namaNya dosa diampuni” (Kis 10:43; 4:12).

IV.  Orang yang dibaptis dan pembaptis

1.   Syarat-syarat orang yang dibaptis

(1)     Harus percaya (Mrk 16:16).

  1. Percaya bahawa Yesus adalah Juru selamat yang tunggal (Kis 4:12; 16:31-33).
  2. Percaya Dia mati menggantikan kita dan bangkit pada hari ketiga (I Kor 15:3, 4; Rm 10:9).
  3. Percaya darahNya akan mencuci-bersihkan dosaku oleh baptisan (I Ptr 1:18, 19; Rm 3:25; Ibr 9:13, 14, 22; Yoh 19:34; I Yoh 5:6-8; Za 13:1).

Δ        Gereja kita waktu melakukan baptisan, pembaptis dan penonton sering melihat air tempat baptisan menjadi merah seperti darah. Hal ini membuktikan bahawa air ketika mengadakan baptisan dalam nama Tuhan adalah darah Tuhan. Ada yang lumpuh dapat berjalan setelah dibaptis; ada juga yang gila, yang menderita penyakit yang aneh, mendapat damai sejahtera ketika keluar dari air. Fakta-fakta ini merupakan bukti dari Allah supaya kita percaya bahawa baptisan bukan hanya merupakan upacara, tetapi mempunyai kuasa dan anugerah pengampunan dosa (Lihat: Mrk 2:5-12).

4. Percaya bahawa gereja yang disertai Roh Kudus adalah Gereja Benar, harus melayani Tuhan di sana, jangan meninggalkannya (Rm 8:9; Ef 1:23; 4:4; Gal 4:26; Yoh 15: 1-6; I Yoh 2:19).

(2)     Harus bertobat.

  1. Mengaku dosa (Mat 3:6; Mzm 32:3-5; Kis 19:18, 19).
  2. Meninggalkan kejahatan (Kis 3:26; Yun 3:5-10; Mzm 37:27)
  3. Kembali kepada Allah (Yes 55:7; Kis 26:20; 20:21).
  4. Bertekad berbuat baik (Luk 3:7-14; Mi 6:6-8).

(3)     Harus bertekad.

  1. Harus sedar memikul salib ikut Tuhan (Luk 14:25-33).
  2. Sebab masuk ke dalam kerajaan harus melalui banyak kesukaran (Kis 14:22; I Tes 3:3).
  3. Orang yang membajak tidak boleh menoleh ke belakang, harus bertekad mengatasi segala kesulitan, bersabar di dalam Tuhan, menempuh jalan sehingga selesai (Luk 9:61, 62; Mat 24:13; Kis 20:24).

Δ        Jika ada orang yang percaya dengan sesungguh hati dan bertobat, bertekad, maka dia boleh dibaptis bila-bila saja menurut permintaannya (Kis 2:37-41; 8:36-38; 16:15,30-33).

2.   Syarat Pembaptis

(1)     Orang yang sudah dibersihkan (Bil 19:18).

Δ        Pembaptis harus menerima baptisan sah, barulah dapat dikatakan orang yang bersih (Kis 2:38). Setelah sendiri bersih, barulah boleh membaptis orang yang tidak bersih. Sebelum imam memegang jabatan, harus membasuh tubuh dengan air (Kel 29:4). Tuhan Yesus sebelum keluar bekerja juga menerima baptisan, – sesungguhnya Dia tidak berdosa, hanya ingin memberi teladan bagi kita (Mat 3:13-16).

(2)     Orang yang diutus Allah.

Δ        “Bagaimana mereka dapat memberitakanNya, jika mereka tidak diutus?” (Rm 10:15). Jika hanya diutus dan diangkat oleh manusia, tidak layak mencampuri pekerjaan kudus Allah. Tuhan berkata: “Sama seperti Bapa mengutus kamu” Dan sesudah berkata demikian, Ia mengembusi mereka dan berkata: “Terimalah Roh Kudus” (Yoh 20:21, 22). Bapa mengutus Yesus melalui Roh Kudus” (Luk 4:18, 19; Yoh 1:32-34). Maka Tuhan juga mengutus murid-murid melalui Roh Kudus. Orang yang tidak mempunyai Roh Kudus, tidak mendapat utusan Tuhan. Demikianlah, dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukan baptisan pengampunan dosa (Yoh 20:22, 23). Sebelum naik ke Syurga, Tuhan melarang murid-murid meninggalkan Yerusalem, harus menunggu sampai Roh Kudus turun ke atas mereka, barulah mengizinkan mereka pergi memberitakan Injil. Itulah sebabnya mereka mesti tunggu di Yerusalem (Kis 1:4-8).

Δ        Khasiat baptisan untuk pengampunan dosa adalah berdasarkan darah Tuhan, iman manusia, nama Tuhan dan kuasa Roh Kudus (Rm 3:25; I Kor 6:11). Justeru demikian, jika pembaptis tidak menerima Roh Kudus, Allah tidak menyertainya, lantas baptisannya tidak berkhasiat.

Δ        Baptisan hanya boleh diterima satu kali, tetapi jika menerima baptisan yang salah, dia harus menerima sekali lagi baptisan yang sah, seperti jemaat di Efesus. Dengan demikian, barulah dosanya diampuni dan menerima Roh Kudus yang dijanjikan (Ef 4:5; Kis 19:1-7; 2:38).

V.   Apakah bayi boleh dibaptis?

  1. Ketika dilahirkan, bayi sudah mempunyai dosa asal (Mzm 51:5; Rm 5:13, 14).
  2. Bani Israel melewati Laut Merah, tidak meninggalkan anak-anak di Mesir (Kel 10:10; Bil 14:31).
  3. Anak laki-laki Israel, disunat menjadi kudus dalam Allah pada hari kedelapan (Kel 17:9-14; Kol 2:11, 12).
  4. Alkitab mencatat peristiwa ‘sekeluarga dibaptis’, maka termasuk bayi (Kis 16:15, 32-34; 18:8; I Kor 1:16).
  5. Anugerah Allah juga diberikan pada anak-anak (Mzm 115:13; Kis 2:38, 39).
  6. Tuhan Yesus tidak menolak anak-anak (Mat 18:13-15; Luk 18:15, 16).

Δ        Bayi dibaptis berdasarkan iman orang tua (Lihat: Mat 15:28; Yoh 4:49-51).

Δ        Setelah bayi dibaptis, orang tua harus menjalankan kewajipan membimbing (Ef 6:4; Ams 22:6; Kej 18:19; Ul 6:6, 7).

Δ        Setelah dibaptis tidak boleh berbuat dosa (Ibr 10:26-29; 6:4-8; Yoh 5:14).

BAB 9 PERTOBATAN
|

BAB 9 PERTOBATAN

I.   PENTINGNYA PERTOBATAN.

1.      Apa yang diinginkan Allah pada manusia adalah ‘bertobat’.

(1)   Waktu Adam berdosa.

Δ        Pertanyaan Allah kepada Adam mengandung erti supaya dia bertobat (Kej 3:11).

Δ        Namun Adam melemparkan dosa kepada Hawa. Dan Hawa kepada ular, mereka berdua tidak ada sikap bertobat (Kej 3:12, 13).

Δ        Maka Alkitab berkata: “Adam adalah orang yang menyembunyikan kesalahan” (Ayb 31:33).

(2)   Zaman Nuh.

Δ        Pada zaman Nuh, bumi sudah penuh dengan dosa dan kejahatan (Kej 6:5, 11, 12).

Δ        Allah menyuruh Nuh membuat bahtera, memberitakan jalan kebenaran, supaya manusia pada zaman itu bertobat dan dapat hidup terus (II Ptr 2:5).

Δ        Sayang sekali pada waktu Allah bersabar, tiada seorang pun bertobat, sehingga binasa semuanya selain sekeluarga Nuh (Kej 6:3; 7:21).

(3)     Sodom dan Gomora.

Δ        Dosa kedua kota itu sangat berat, sampai terdengar oleh Allah (Kej 18:20; 19:13).

Δ        Allah mengutus dua malaikat ke Sodom dan Gomora supaya menyelamatkan beberapa orang yang mengaku dosa (Kej 19:12-14).

Δ        Mereka dimusnahkan oleh api dari langit kerana berdosa dan tidak bertobat (II Ptr 2:6-8; Yud 7; Kej 9:23-25).

(4)     Orang di kota Niniwe.

Δ        Kejahatan mereka sudah sampai kepada Allah (Yun 1:1, 2).

Δ        Allah menyuruh Yunus berseru bahawa 40 hari lagi Niniwe akan dimusnahkan, ini bererti bahawa Allah memberi kelonggaran pada mereka suatu saat, agar mereka bertobat dalam saat itu (Yun 3:1-4).

Δ        Orang di Niniwe bertobat, maka Allah tidak menurunkan malapetaka atas mereka (Yun 3:5-10; 4:11; Mat 12:41).

(5)     Kepada bani Israel yang durhaka

Δ        Ketika bani Israel mendurhakai Allah, Allah berkali-kali menyuruh mereka bertobat melalui peringatan-peringatan para nabi (Yer 26:12, 13; 8:6; 17:27; Yeh 14:6; 18:30-32).

Δ        Namun umat yang keras hati dan tegar tengkuknya tidak mahu berpaling, sehingga banyak yang terbunuh dan sisanya ditawan ke Babel menjadi budak (II Taw 36:11-20).

Δ        Alkitab tertulis: “Janganlah kamu seperti nenek moyangmu yang kepadanya para nabi yang dahulu telah menyerukan, demikian beginilah firman Tuhan semesta alam: Berbaliklah dari tingkah lakumu yang buruk dan dari perbuatanmu yang jahat! Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan dan tidak mahu menghiraukan Aku”, demikianlah firman Tuhan (Za 1:3, 4).

2.      Zaman Perjanjian Baru sering menyebut jalan pertobatan.

(1)     Pembaptis Yohanes menasihati orang bertobat.

Δ        Katanya: “Bertobatlah, sebab Kerajaan Syurga sudah dekat!” (Mat 3:2, 8, 11).

Δ        Banyak orang yang datang kepada Yohanes dan mengakui dosa (Mat 3:5, 6; Mrk 1:5).

Δ        Yohanes membaptis bani Israel dengan baptisan pertobatan (Kis 19:4; 13:24).

(2)     Tuhan Yesus mementingkan pertobatan.

Δ        Yesus menyuruh orang bertobat ketika berada di dunia, dan setelah naik ke Syurga mendesak jemaat bertobat (Mat 4:17; Why 2:5, 16, 21; 3:3, 19).

Δ        Ia berkata, seorang berdosa bertobat akan ada sukacita di Syurga (Luk 15:7, 10).

Δ        Jika tidak bertobat, pasti akan binasa (Luk 13:1-5).

(3)     Rasul-rasul mementingkan kebenaran ini.

Δ        Pada hari Pentakosta, Petrus pertama-tama berkata kepada para pendengar: “Bertobatlah” (Kis 2:38).

Δ        Paulus memberitakan Injil di mana-mana, menasihati orang supaya bertobat dan berbalik pada Allah (Kis 26:20; 17:30).

Δ       Kelonggaran dan kesabaran Allah adalah supaya manusia bertobat (Rm 2:4; II Ptr 3:9).

 

II.   ERTI PERTOBATAN.

1.      Menyedari dosa sendiri.

Δ        Menyedari dosa sendiri adalah permulaan pertobatan (I Raj 8:47; Luk 10:13).

Δ        Orang yang menganggap dirinya benar tidak tahu bertobat (Luk 18:9-12; Yer 2:35).

Δ        Setiap orang bersalah di hadapan Allah (Yak 3:2; Pkh 7:20).

2.      Sedih kerana dosa.

Δ        Bersedih dan mengalirkan air mata menunjukkan bahawa dia tahu akan kedurhakaan dan kelemahan sendiri (Mzm 38:18; Luk 7:36-38; Ul 2:12, 13).

Δ        Dukacita menurut kehendak Allah menghasilkan pertobatan yang tidak akan disesalkan (II Kor 7:9,10; Luk 22:61, 62).

Δ        Hati yang berdukacita, Allah pasti tidak meremehkannya (Mzm 51:17; Yes 57:15; 66:2).

3.      Mengaku dosa dan meminta pengampunan

Δ        Mengaku dosa kepada Allah dan memohon pengampunanNya (Mzm 32:5; Im 26:40; Bil 14:39, 40).

Δ        Saling mengaku dosa, saling memaafkan dan mendoakan (Yak 5:16; Mat 5:23, 24; Kis 19:18).

Δ        Siapa menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung (Ams 28:13; Kis 5:1-10).

4.      Kembali kepada Allah.

Δ        Meninggalkan berhala dan kejahatan, kembali kepada Allah dengan sepenuh hati, hanya melayani Dia (I Sam 7:3; Kis 26:20; I Tes 1:9).

Δ        Rendah hati dan turut perintah Allah (II Taw 32:26; 33:10-13; Kis 2:38-41).

Δ        Hanya tobat diluarnya namun hati tidak kembali kepada Allah bukanlah pertobatan yang sungguh (Kel 9:27; I Sam 15:24).

5.      Menginggalkan kejahatan.

Δ        Hati benci akan kejahatan (Mzm 97:10; Am 5:15; Ayb 42:6).

Δ        Bertekad membuang kejahatan (Yes 55:7; Yun 3:8-10; II Taw 7:14).

Δ        Tidak berbuat kejahatan (I Tes 5:22; Mzm 34:13, 14; 19:13).

6.      Menghasilkan buah yang baik.

Δ        Melakukan pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan pertobatan (Kis 26:20; Mat 3:8).

Δ        Yang merugikan orang, harus dikembalikan (Bil 5:5-7; Luk 19:8).

Δ        Menghasilkan buah yang baik yaitu menghormati Allah dan mengasihi manusia (Luk 7:37, 38; 3:11; 19:8).

 

III.     KHASIAT PERTOBATAN

1.      Dosa diampuni.

Δ        Segala dosa yang dilakukan dulu, pada zaman Perjanjian Baru dapat dibersihkan pada waktu dibaptis oleh Roh Allah melalui darah Yesus kerana percaya Tuhan dan bertobat (I Kor 6:11; I Ptr 3:20, 2 1; Kis 2:38).

Δ        Setelah percaya Tuhan, dosa akan diampuni setelah bertobat dan mengaku dosa (Yak 5:15, 16; I Yoh 1:9; 5:16, 17).

Δ        Bertobat adalah syarat utama untuk memperoleh pengampunan dosa (Mzm 32:5; II Taw 7:14; Luk 7:37, 38, 47).

2.      Lepas dari hukuman.

Δ        Jika manusia bertobat berbalik kepada Allah, Dia tidak akan menurunkan malapetaka yang dinyatakanNya itu (Ul 2:12, 13).

Δ        Raja Hizkia dan rakyatnya kerana merendahkan diri sehingga murka Tuhan tidak menimpa mereka (II Taw 32:26).

Δ        Orang-orang di Niniwe dapat terhindar daripada kebinasaan kerana mereka bertobat dengan sungguh-sungguh (Yun 3:8-10; Mat 12:41).

3.      Dilindungi Allah.

Δ        Jika manusia meninggalkan kejahatan, dan berbalik kepada Allah dengan segenap hati, Dia pasti akan menolong mereka dari tangan musuh-musuhnya (I Sam 7:3).

Δ        Kerana bertobat, maka Zakheus mendapat anugerah keselamatan (Luk 19:8, 9).

Δ       Jika jemaat tidak bertobat, pasti tidak dapat berdiri teguh (Why 2:5; 3:19).

 

IV.   DAYA PENGGERAK PERTOBATAN.

1.      Kerana mendapat sinar kebenaran.

Δ        Orang Israel pada zaman Nehemia bertobat kerana mendengar Firman Allah, maka mendapat pemulihan iman (Bil 8:8-10, 18; 9:1-4).

Δ        Orang-orang Niniwe percaya pada pemberitaan Yunus dan bertobat (Yun 3:1-5).

Δ        Firman Allah lebih tajam dari pada pedang bermata dua, dapat menusuk dalam sampai memisahkan jiwa dan Roh, sehingga orang tahu akan dosa (Ibr 4:12; Kis 2:37; I Kor 14:24, 25).

2.      Kerana melihat tanda mujizat.

Δ        Umat di zaman Elia bertobat kerana melihat tanda mujizat (I Raj 18:21-23, 37-39).

Δ        Tuhan berkata, manusia harus bertobat kerana melihat kuasa Allah (Mat 11:20-24).

Δ        Allah membuat Paulus bertobat melalui tanda mujizat (Kis 9:1-9; I Tim 1:13-16).

3.      Dihajar Tuhan.

Δ        Menurunkan malapetaka merupakan suatu penghajaran, supaya orang bertobat (I Raj 8:46-50; Why 9:20, 21; 16:9).

Δ        Umat zaman hakim-hakim selalu berseru pada Allah ketika ditindas musuh (Hak 3:7-9,12-15; 4:1-3; 6:1-6; 10:6-10).

Δ        Pada hari malang ingatlah dan bertobat (Why 2:5; Pkh 7:14).

4.      Karunia Allah.

Δ        Hati yang bertobat adalah pemberian Allah (Kis 5:31; 11:8).

Δ        Mengaruniakan Roh Kudus supaya manusia mengetahui dosa dan mencela diri sendiri (Yoh 16:8).

Δ        Haruslah memohon pada Allah supaya kita mengetahui kesalahan sendiri, dan berbalik kepadaNya (I Raj 18:37; Mzm 19:12; Yer 31:18; II Tim 2:25).