Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.5)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.5)

3.2.5 Perbincangan lanjut terhadap penterjemahan perjanjian baru Alkitab Chinese Union Version (國和本)

Alkitab mandarin versi Guo He Ben menterjemahkan perkataan Yunani σαββατον dan σαββατα ini ke dalam istilah-istilah berikut:

1. Paling kerap diterjemah kepada hari Sabat (安息日). Jumlah 147 kali.

2. Sembilan tempat yang lain menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘hari pertama’ (第一日) ataupun ‘hari yang pertama’(頭一日) dalam ‘tujuh hari’ (七日的) yang bermaksud hari minggu. Contohnya:

A. ‘Hari pertama dalam minggu itu’ (七日的第一日) seperti dalam Mat 28:1; Mrk 16:2; Luk 24:1; Yoh 20:1,19; Kis 20:7; 1 Kor 16:2 dan seumpamanya dalam bahasa asal adalah miai ton sabbaton. Perkataan pertama sebagai ‘satu’, perkataan seterusnya sebagai kata sandang (article), perkataan ketiga sebagai ‘hari Sabat’. Boleh diterjemahkan secara langsung sebagai ‘hari pertama dalam satu Sabat’. Maksud diterjemahkan sebagai ‘Sabat satu’ (安息一) menunjukkan hari pertama bagi satu Sabat, yakni hari Ahad. Perkataan ‘tujuh’ tidak wujud pada bahagian depan dan belakang perkataan itu. Jelaslah terjemahan sebagai tujuh hari tidak bersesuaian dengan prinsip ‘Kebolehpercayaan, Kesahan dan Keindahan’ dalam penterjemahan. Dari sini dapatlah diketahui bahawa Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya tidak mencipta sistem mingguan selain sistem Sabat ini, lebih-lebih lagi tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan mereka ingin membuat perubahan sistem Sabat.

B. Perkataan bahasa asal bagi ‘Hari pertama minggu itu’ dalam Markus 16:9 adalah προτη σαββατον. Perkataan depan sebagai ‘Pertama’, perkataan seterusnya sebagai ‘hari Sabat’; boleh diterjemahkan secara langsung sebagai ‘pertama dalam satu Sabat’, yang bermaksud ‘Sabat satu’. Begitu juga tidak sesuai ditafsirkan sebagai ‘hari pertama dalam tujuh hari’. [1]

3. Alkitab Mandarin Chinese Union Version menterjemahkan Lukas 18: 12 sebagai ‘dua kali dalam seminggu’. Tetapi perkataan ini dalam bahasa asal adalah δις του σαββατουPerkataan pertama adalah ‘dua’, perkataan seterusnya adalah kata sandang milik (article). Perkataan akhir adalah ‘bagi hari sabat’. Oleh itu, penterjemahan secara langsung adalah ‘dua bagi hari sabat, yang bermaksud ‘dua kali dalam satu sabat’.

  • Istilah satu ‘li bai’ (禮拜) yang membawa maksud satu minggu adalah istilah Cina moden.[2] Bangsa-bangsa dalam zaman awal tidak ada yang menyebut minggu (xing qi星期) dengan istilah ini. Oleh yang demikian, penterjemahan yang berdasarkan peristiwa pada masa itu adalah yang lebih tepat.

Dengan demikian, dapat dilihat pada ketika itu Tuhan Yesus dan murid-murid-Nya telah biasa menggunakan ‘metrik Sabat’, dan langsung tidak mengubah bilangan ataupun gelaran minggu.

[1]Nota 3: Ayat-ayat dalam bahasa asal sabbaton atau sabbata yang tidak diterjemahkan sebagai Sabat seperti berikut:

Ayat Alkitab Bahasa Yunani Mandarin Inggeris [KJV]
Mat 28:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Mrk 16:2 σαββατα Tujuh Hari Week
Mrk 16:9 σαββατον Tujuh Hari Week
Luk 24:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Luk 18:12 σαββατον Minggu Week
Yoh 20:1 σαββατα Tujuh Hari Week
Yoh 20:19 σαββατα Tujuh Hari Week
Kis 20:7 σαββατα Tujuh Hari Week
Kis 21:27 ’ηεπτα’ηεμεραι Tujuh Hari Seven days
1 Kor 16:2 σαββατα Tujuh Hari Week
Ibr 4:4 εβδομος Tujuh Hari Seven days
Ibr 11:30 ’ηεπτα’ηεμαρας Tujuh Hari Seven days

[2] Sistem mingguan Cina dan gelarannya: Pada zaman awal, negara China tidak mempunyai konsep tentang sistem mingguan. Negara China awal mengukur masa ‘bulan’ mengikut fasa bulan (Tian Gan天干) dan mengukur tahun dan hari dengan batang samawi (Di Zhi地支). Pengukuran yang demikian digunakan secara meluas untuk menetapkan tarikh dan geomancy. Tian Gan mempunyai sepuluh batang samawi (kayu +, kayu -, api +…). Di Zhi pula mempunyai 12 dahan duniawi (12 zodiak, tikus, lembu, harimau…) Satu kitaran adalah enam puluh hari, kira-kira dua bulan lebih (kalendar lunar mempunyai 29 hingga 30 hari sebulan). Menurut catatan Encik Yin Deng Guo dalam satu majalah mingguan suratkhabar Zhong Yang keluaran Feb 1995, negara China hanya mempunyai satu kali cuti rehat (休沐) dalam setiap 5 hari bermula pada zaman dinasti Han. Selepas zaman dinasti Tang, ada satu hari cuti rehat (旬休) dalam setiap 10 hari. Namun masih belum ada kiraan 7 hari seminggu.

Sehinggalah buku pengukuran masa (時憲書) dalam zaman dinasti Qing, baru wujudnya kiraan 7 hari seminggu dengan tujuh planet, iaitu matahari, bulan, api, air, kayu, logam dan tanah. Setiap hari diwakili dengan salah satu planet tersebut. Oleh kerana satu minggu ini diwakili dengan tujuh planet, maka kemungkinan istilah ‘星期xing qi’ (minggu maksud secara langsung dalam bahasa Mandarin ialah “tempoh planet”) berasal daripada ketujuh-tujuh planet ini. Demikian juga negara Jepun menggunakan putaran ketujuh-tujuh planet ini sebagai satu minggu. Contohnya, hari Ahad dinamakan sebagai hari Matahari, hari Isnin dinamakan sebagai hari Bulan dan seterusnya. Perkataan ‘li bai ji禮拜幾’ (hari ke berapa – atau ibadah ke berapa mengikut maksud secara langsung dalam Mandarin) bermula ketika agama Kristian tiba di negara China. Disebabkan rata-rata mazhab agama yang masuk ke negara China pada masa awal memegang hari minggu sebagai hari Tuhan dan mengadakan ibadah pada hari itu, maka hari minggu juga digelar ‘li bai re禮拜日’ yang bermaksud ‘hari ibadah’. Dengan itu, hari Isnin disebut sebagai ‘li bai yi 禮拜一’, hari Selasa disebut sebagai ‘li bai er 禮拜二’ dan selanjutnya. Walau bagaimanapun, dalam pelbagai versi terjemahan Alkitab, ‘sabbath’ masih diterjemahkan sebagai ‘hari Sabat’, ‘Sabat satu’ (hari Ahad) pula diterjemahkan sebagai ‘hari pertama dalam tujuh hari.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.4 – Bahasa Mandarin Dan Bahasa-bahasa Timur Yang Lain)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.4 – Bahasa Mandarin Dan Bahasa-bahasa Timur Yang Lain)

3.2.4 Bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa Timur yang lain

Dalam Perjanjian Lama Alkitab Chinese Union Version (CUV) (國合本), istilah-istilah ini diterjemahkan sebagai:

  1. Hari Sabat: merangkumi hari ketujuh dalam seminggu dan juga hari sabat dalam perayaan. Jumlah 89 kali.
  2. Tahun Sabat: tahun perhentian tanah sekali dalam setiap tujuh tahun. Jumlah 4 kali.
  3. Sabat: Merujuk kepada ketandusan tanah untuk tempoh yang panjang. Jumlah 6 kali.

Selain itu, dalam Ratapan 1:7, Alkitab Chinese Union Version (CUV) menterjemahkan perkataan bahasa Ibrani ‘mishabattim’ secara langsung sebagai ketandusan.

Dalam perjanjian baru, terjemahan dalam bahasa Mandarin bagi perkataan ‘Sabbath’ dan kata tambahannya termasuklah:

  1. Dalam bahasa Mandarin, maksud yang terkandung dalam perkataan σαββατον dan σαββατα kebanyakannya diterjemahkan sebagai ‘hari Sabat’ untuk menunjukkan hari ketujuh dalam seminggu yang ditetapkan Tuhan untuk berehat. Selain itu, terdapat juga terjemahan yang lain (rujuk butir kedua untuk selanjutnya). Bahasa Jepun juga menggunakan perkataan ‘hari Sabat’ (安息日) bahasa Mandarin. Kebanyakan bahasa-bahasa Asia Timur yang merujuk perkataan bahasa Mandarin turut menggunakan istilah hari Sabat (安息日) bahasa Mandarin.
  2. σαββατισμος: Alkitab Chinese Union Version (CUV) menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘Istirahat dalam hari Sabat’ (安息日的安息). Alkitab versi Joseph Schereschewsky pula menterjemahkannya sebagai ‘Sabat’ (安息), manakala Alkitab versi Lü Zhenzhong menterjemahkannya sebagai ‘Istirahat yang bercorakkan hari Sabat’    (安息日式的安息).
  3. προσαββατον: Alkitab Chinese Union Version (CUV) menterjemahkan perkataan ini sebagai ‘hari persiapan’ (預備日). Alkitab versi Joseph Schereschewsky pula menterjemahkannya sebagai ‘hari untuk persiapan Sabat’ (備安息之日). Berikut disenaraikan istilah-istilah terjemahan yang berbeza mengikut versi-versi terjemahan Mandarin.

Versi Penterjemahan σαββατον

σαββατα

σαββατισμος προσαββατον μιαι τον σαββατον
Joseph Schereschewsky

(施約瑟淺文理)

Hari Sabat

(安息日)

Sabat (安息) Hari Persiapan Sabat

(備安息之日)

Hari pertama dalam tujuh hari

(七日之首日)

Wen Li He He Ben

(文理和合本)

Hari Sabat

(安息日)

Sabat (安息) Hari Persiapan Perayaan

(備節之日)

Hari pertama dalam tujuh hari

(七日之首日)

Guo Yu He He Ben (國語和合本) Hari Sabat

(安息日)

Istirehat pada hari Sabat

(安息日之安息)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari pertama dalam tujuh hari

(七日的第一日)

Xie He Wen Li

(協和文理)

Hari Sabat

(安息日)

Sabat

(安息)

Hari Persiapan Perayaan

(備節日)

Hari pertama dalam tujuh hari

(七日之首日)

Terjermahan Li Zheng Zhong

(呂振中譯本)

Hari Sabat

(安息日)

Istirehat pada hari Sabat

(安息日之安息)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari Pertama Minggu Sabat

(安息週的第一日)

Terjemahan Mandarin Kotemporari

(現代中文本)

Hari Sabat

(安息日)

Hari Sabat yang lain

(另外的安息日)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari Ahad

(星期天)

Terjemahan Baru (新譯本) Hari Sabat

(安息日)

Istirehat Hari Sabat

(安息日的安息)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari Ibadah

(禮拜天)

Terjemahan Xi Gao (思高譯本) Hari Sabat

(安息日)

Waktu dan Hari Sabat

(安息的時日)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari pertama dalam seminggu

(一週的第一日)

Terjemahan Xiao Jin Shan

(蕭靜山譯本)

Hari Tidak Bekerja

(罷工日)

Hari Sabat yang tidak bekerja

(罷工的安息日)

Hari Persiapan

(預備日)

Hari pertama dalam tujuh hari

(七日的第一日)

 

Banyak alkitab terjemahan bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain Asia Timur juga menggunakan istilah yang sama dalam terjemahan bahasa Mandarin, dan menterjemahkan ‘Sabbath’ sebagai hari Sabat (安息日).

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.2 – 3.2.3)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.2 – 3.2.3)

3.2.2 Bahasa Yunani dan Bahasa Latin

Perkataan Yunani σαββατον dan σαββατα berasal daripada bahasa Aram; perkataan yang pertama adalah bentuk tunggal, perkataan yang kedua adalah bentuk jamak namun disalahgunakan sebagai bentuk tunggal. Kedua-duanya merujuk kepada hari ketujuh dalam seminggu ataupun bersamaan dengan sistem tujuh hari seminggu dalam sistem Sabat. Malah ia terus digunakan sehingga masa sekarang. Ia juga membawa maksud hari istirahat.

Bahasa Latin juga menggunakan perkataan Yunani secara langsung, berbunyi sabbathum. Pelbagai dialek Eropah yang berasal daripada sistem bahasa Yunani Roma (seperti bahasa Inggeris, Jerman…) kebanyakannya juga menggunakan terjemahan langsung daripada bahasa Yunani.

3.2.3 Bahasa Inggeris

Dalam perjanjian lama, berdasarkan korpus bahasa asal ‘Young’, terjemahan istilah-istilah ini dalam bahasa Inggeris termasuklah:

  1. shabath’ : cease [berhenti] 14 kali, celebrate [memperingati] 1 kali, keep [memegang] 1kali, keep sabbath [memegang sabat], rest [berehat] 10 kali, (Niph.) cease [berhenti] 4 kali, (Hiph.) cause to cease [menyebabkan berhenti] 18 kali, cause to fail [menyebabkan terputus] 1 kali, leave [meninggalkan] 1 kali, let cease [menyebabkan berhenti] 1 kali, make to cease [menjadikan berhenti] 10 kali, make to fail [menjadikan terputus] 1 kali, make to rest [menjadikan berehat] 1 kali, put away [mengalihkan] 2 kali, put down [meletakkan] 1 kali, rid [menanggalkan] 1 kali, still [tenang] 1 kali, suffer to lacking [mengosongkan] 1 kali, take away [menghapus] 1 kali. Jumlah 71 kali.
  2. shabbath’: sabbath [hari Sabat] 110 kali, another [yang lain] 1 kali. Jumlah 111 kali.
  3. shabbathon’: rest [berehat] 8 kali, sabbath [hari Sabat] 3 kali. Jumlah 11 kali.
  4. shabua’: seven [pl. Tujuh] 1 kali, week [minggu] 49 kali. Jumlah 50 kali.

Nampaknya kebanyakan maksudnya adalah hari Sabat, berehat, berhenti bekerja, sama dengan satu Sabat dalam seminggu.

Dalam perjanjian baru, berdasarkan korpus bahasa asal ‘Young’, terjemahan istilah-istilah ini dalam bahasa Inggeris termasuklah:

  1. σαββατον, σαββατα: sabbath [hari Sabat] 16 kali, [M. week minggu 1], sabbath day [hari Sabat] 34 kali, week [minggu] 9 kali [sabbaton 2, sabbata 7], sabbath [sabat adj. kata adjektif] 7 kali. Jumlah 67 kali [sabbaton40, sabbata27]
  2. σαββατισμος  : rest [berehat] 1 kali. Jumlah 1 kali.
  3. προσαββατον: day before sabbathday [hari sebelum hari Sabat] 1 kali. Jumlah 1 kali.

Nampaknya maksudnya adalah hari Sabat, berehat, ataupun sama dengan satu Sabat dalam seminggu.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.1 – Bahasa Ibrani)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.2.1 – Bahasa Ibrani)

3.2.1 Bahasa Ibrani

Perkataan שַׁבָּת ‎(shabath) dalam bahasa Ibrani berdasarkan Kamus Ibrani-Inggeris Gesenius mengandungi maksud [1]:

  1. Hari Sabat, hari ketujuh dalam seminggu, setiap hari Sabat, tahun Sabat, setiap tahun ketujuh tidak mengusahakan tanah.
  2. Mungkin adalah satu minggu.

Maksud asal bagi kata kerja perkataan ini, ‘shebeth’ adalah duduk. Jika dihuraikan, ia boleh membawa maksud berhenti bekerja dan berehat, beristirahat, memegang hari Sabat. Ia juga mengandungi maksud berhenti, meninggalkan, tamat, terputus, mengambil dan sebagainya. Ia juga sering digunakan untuk menunjukkan istirahat pada hari Sabat.

Jelas bahawa dalam perjanjian lama perkataan ini ditujukan kepada dua jenis hari berikut:

  1. Hari ketujuh dalam setiap minggu, iaitu tema utama hari Sabat dalam Alkitab
  2. Hari Sabat/perhentian dalam perayaan, iaitu hari dalam perayaan perjanjian lama selain hari Sabat mingguan yang ditetapkan Tuhan di mana seluruh umat perlu beristirahat dan tidak dibenarkan bekerja. Contohnya: Hari itu harus menjadi sabat, hari perhentian penuh, bagimu dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya. (Im 16:31)

23 Tuhan berfirman kepada Musa: 24 “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. 25Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat dan kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan.” 26 Tuhan berfirman kepada Musa: 27“Akan tetapi pada tanggal sepuluh bulan yang ketujuh itu ada hari Pendamaian; kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan harus merendahkan diri dengan berpuasa dan mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan. 28 Pada hari itu janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah hari Pendamaian untuk mengadakan pendamaian bagimu di hadapan Tuhan, Allahmu. 29 Kerana setiap orang yang pada hari itu tidak merendahkan diri dengan berpuasa, haruslah dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya. 30 Setiap orang yang melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, orang itu akan Kubinasakan dari tengah-tengah bangsanya. 31Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun di segala tempat kediamanmu. 32 Itu harus menjadi suatu sabat, hari perhentian penuh bagimu, dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Mulai pada malam tanggal sembilan bulan itu, dari matahari terbenam sampai matahari terbenam, kamu harus merayakan sabatmu.” 33 Tuhan berfirman kepada Musa: 34 “Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi Tuhan tujuh hari lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan. Itulah hari-hari raya yang ditetapkan Tuhan, yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada Tuhan, iaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, 38 belum termasuk hari-hari Sabat Tuhan dan belum termasuk persembahan-persembahamu atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan kepada Tuhan. 39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan harus ada perhentian penuh. (Im 23:23-39)

Selain itu, ia juga merujuk kepada maksud lain seperti berikut:

  1. Tahun sabat :

Setiap tahun ketujuh, seluruh kawasan tanah berhenti daripada bercucuk tanam agar tanah beroleh perhentian dan kekuatan tanah dipulihkan. Contohnya: Hasil tanah selama sabat itu haruslah menjadi makanan bagimu, yakni bagimu sendiri, bagi budakmu laki-laki, bagi budakmu perempuan, bagi orang upahan dan bagi orang asing di antaramu, yang semuanya tinggal padamu. (Im 25:6) Selanjutnya engkau harus menghitung tujuh tahun sabat, yakni tujuh kali tujuh tahun; sehingga masa tujuh tahun sabat itu sama dengan empat puluh sembilan tahun (Im 25:8) Selama ketandusannya tanah itu akan menjalani sabat yang belum dijalaninya pada tiap-tiap tahun sabatmu, ketika kamu masih diam di situ. (Im 26:35)

  1. Istirahat yang panjang:

Pada zaman akhir perjanjian lama, kerajaan utara dan selatan telah dibinasakan, bangsa telah ditawan ke negara asing. Perkataan ini turut digunakan untuk menggambarkan pemandangan tanah yang tandus buat jangka masa yang panjang tanpa orang bercucuk tanam. Contohnya:

“Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu telah masuk ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, maka tanah itu harus mendapat perhentian sebagai sabat bagi Tuhan. (Im 25:2)

Tetapi pada tahun yang ketujuh haruslah ada bagi tanah itu suatu sabat bagi Tuhan. Ladangmu janganlah kautaburi dan kebun anggurmu janganlah kaurantingi. (Im 25:4)

Pada waktu itulah tanah itu pulih dari dilalaikannya tahun-tahun sabatnya selama tanah itu tandus dan selama kamu tinggal di negeri musuh-musuhmu; pada waktu itulah tanah itu akan menjalani sabatnya dan dipulihkan tahun-tahun sabat yang belum didapatinya. (Im 26:34)

Jadi tanah itu akan ditinggalkan mereka dan akan pulih dari akibat tahun-tahun sabat yang dilalaikan selama tanah itu tandus, oleh kerana ditinggalkan mereka, dan mereka akan membayar pulih kesalahan mereka, tak lain dan tak bukan kerana mereka menolak peraturan-Ku dan hati mereka muak mendengarkan ketetapan-Ku. (Im 26:43)

Dengan demikian genaplah firman Tuhan yang diucapkan Yeremia, sampai tanah itu pulih dari akibat dilalaikannya tahun-tahun sabatnya, kerana tanah itu tandus selama menjalani sabat, hingga genaplah tujuh puluh tahun. (2 Taw 36:21)

Istilah-istilah yang mempunyai kaitan dengan ini adalah:

1. mishabattim: daripada sabath, bermaksud Sabat

2. shabua: menurut kamus Ibrani-Inggeris Gesenius bermaksud [2]:

A. Tujuh

B. Perkataan ‘tujuh’ dalam zaman awal orang Ibrani:

(a) Ia adalah satu nombor sempurna yang lebih kecil (sama seperti ‘sepuluh’ pada hari ini, atau ‘satu dozen’ bagi orang British).

(b) Sebagai angka kudus.

Apabila diungkitkan ‘tujuh hari’ dalam perjanjian lama, istilah ini sering digunakan. Oleh itu, ‘tujuh hari’ dan ‘satu Sabat’ kadang-kadang digunakan secara bersilih ganti.

[1] Penjelasan bagi shabath dalam Gesenius’ Hebrew-English Lexicon to O.T. adalah:

      (1) sabbath, the seventh day of the week, every sabbath, the sabbath year, every seventh year, in which the land was not till.

(2) perhaps a week.

Maksud kata kerjanya ‘shebeth’ adalah:

     (1) to rest, to keep as a day of rest. The primary idea appears to be that of to sit down, to sit still. It is used for men (opp. to labour); of land which is not tilled.

    (2)  to cease, to desist, leave off, absol. to cease to be, to have an end.

    (3)  to celebrate the sabbath.

Niphal, to have an end.

Hiphal,

    (1) to cease to rest, or to cause a work to cease, i.e. to interrupt, to make an enemy to rest, i.e. to restrain, to still.

   (2)   to cause to cease ─

       (a) any person.

       (b) any thing. i.e. to put an end to.

   (3) to remove, to take away.

[2] Istilah bahasa Ibrani ‘shabua’ dalam kamus tersebut bermaksud:

SEVEN. Farther, a septenary number was used amongst the Hebrews

(1) as a smaller round number (as in modern languages ten [Eng. a dozen]), [This appears, in most of these instances, to be the exact number.]

(2) as a holy number.

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.1 – Penggunaan Istilah Dalam Pelbagai Bahasa)
| |

Doktrin Hari Sabat: Bab 3 (3.1 – Penggunaan Istilah Dalam Pelbagai Bahasa)

3.1.1 Bahasa Babel

Istilah ‘hari Sabat’ yang terawal dalam sejarah muncul di Babel. Sebelum orang Babel memiliki kalendar, mereka sering mengira satu bulan sebagai empat Sabat dan menetapkan hari Sabat berdasarkan fasa bulan. Kemudiannya, barulah kedua-duanya dipisahkan. Selepas itu, wujud perkataan ‘Shabattum’ (atau ‘Shapattum’), bermaksud hari istirahat bagi fikiran/hati ataupun jiwa [um nuh libbi, day of rest of the heart, day of the appeasement of the mind, day when the heart [of the gods] is propitiated]. Ia adalah satu hari rehat/ cuti. Dalam Enuma Elish, suatu mazmur kuno Babel, ‘shabattum’ disebut sebagai bulan penuh. Kata kerjanya ‘shapatu’ bermaksud sempurna dan puas. Ia mempunyai maksud yang hampir sama dengan istirahat Tuhan selepas menyempurnakan kerja penciptaan-Nya pada hari Sabat dalam Kej 2:1-3.[1] Konsep ini telah menjadi umum di sekitar kawasan dalam empayar Babel pada ketika itu: Babel, Syria, Asyur, Palestin dan tempat-tempat lain.

3.1.2 Bahasa Ibrani

Bahasa Ibrani adalah daripada satu sistem bahasa yang sama dengan bahasa Kasdim dari Kasdim, Babel [tempat asal Abraham] dan bahasa Aram dari Padan-Aram [tempat Nahor, adik Abraham]. Perkataan ‘hari Sabat’ bahasa Ibrani adalah hampir serupa dengan bahasa Babel. Sila rujuk 3.2 untuk keterangan lanjut.

3.1.3 Bahasa Mesir

Terdapat juga perkataan dalam tulisan lambang (hiroglif) Mesir kuno yang hampir serupa dengan perkataan Ibrani: sabattu atau sabattum. Perkataan ini juga bermaksud istirahat, ataupun ‘hari istirahat/ketenangan bagi jiwa’. Setiap orang perlu berjaga-jaga dalam melakukan perkara pada hari itu dan tidak membangkitkan murka Tuhan. Melalui penerangan di atas, dapat dilihat bahawa banyak suku bangsa pada zaman dahulu kala mempunyai kebiasaan memegang hari Sabat dan istirahat bagi tubuh dan jiwa[2]. Daripada sini juga dapat dibuktikan bahawa keturunan Nuh memegang hari Sabat menurut kehendak Tuhan lebih awal daripada orang Ibrani.

3.1.4 Bahasa lain

Kita juga boleh mendapati perkataan yang menyerupai perkataan ‘Sabbath’ dalam bahasa pelbagai bangsa dalam dunia ini. Sebagai contoh:

  1. Orang Hawaii purbakala juga mempunyai ‘tabu day’ iaitu tidak boleh menyalakan api, memasang lampu, belayar dan sebagainya[3].
  2. Orang Armenia menyebut hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabath’.
  3. Orang Arab dalam negara Islam menyebut hari Sabtu sebagai ‘As-sabt’.
  4. Orang Yunani menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabbato’.
  5. Orang Sepanyol menggelar hari Sabtu dalam kalendar mereka sebagai ‘Sabado’.

Fakta-fakta sejarah ini dapat membuktikan bahawa hari Sabat adalah aset yang dimiliki bersama oleh segenap umat manusia dan ia bukanlah hak milik tunggal bagi orang Ibrani.

[1] Rujuk nota Bab 2.1.

[2] Sila rujuk nota kedua Bab 2.1 bagi maklumat tentang orang Mesir kuno dan orang Hawaii; atau kategori Sabbath-origin dalam Encyclopedia Britannica.

[3] 96 Rujuk Hutton Webster: Rest Day, 1911.