Pengenalan Kitab Mazmur (1) : Fasal 6
Doa dalam pergumulan (Mazmur 6:1-11)
1 Untuk pemimpin biduan. Dengan permainan kecapi.
Menurut lagu: Yang kedelapan. Mazmur Daud.
2 Ya TUHAN, janganlah menghukum aku dalam murka-Mu,
dan janganlah menghajar aku dalam kepanasan,
amarah-Mu.
3 Kasihanilah aku, TUHAN, sebab aku merana;
sembuhkanlah aku, TUHAN, sebab tulang-tulangku gementar,
4 dan jiwaku pun sangat terkejut;
tetapi Engkau, TUHAN, berapa lama lagi?
5 Kembalilah pula, TUHAN, luputkanlah jiwaku,
selamatkanlah aku oleh kerana kasih setia-Mu.
6 Sebab di dalam maut tidaklah orang ingat kepada-Mu;
siapakah yang akan bersyukur kepada-Mu di dalam dunia orang mati?
7 Lesu aku kerana mengeluh;
setiap malam aku menggenangi tempat tidurku,
8 Mataku mengidap kerana sakit hati,
rabun kerana semua lawanku.
9 Menjauhlah daripadaku, kamu sekalian yang melakukan kejahatan,
sebab TUHAN telah mendengar tangisku;
10 TUHAN telah mendengar permohonanku,
TUHAN menerima doaku.
11 Semua musuhku mendapat malu dan sangat terkejut;
mereka mundur dan mendapat malu dalam sekejap mata.
Tajuk:
Doa sewaktu sakit
Tema:
Doa penyesalan Daud sewaktu dalam penyakit
Latar belakang:
1. Inilah waktunya Daud kepada dalam keseksaan penyakit setelah berbuat dosa dengan Batsyeba (2 Sam 11:12)
2. Waktunya kira-kira pada tahun 990 BC
3. Ini merupakan sebahagian pengalaman Daud di mana doanya didengar Tuhan pada waktu seluruh jiwa raganya dalam keseksaan.
Kategori:
Nyanyian penyelasan; nyanyian ratapan peribadi
Hubungan dengan gulungan kitab lain:
Nyanyian penyesalan ini kesemuanya ada 7 buah : 32,38,51,102,130,143 dan 6 ini adalah yang pertama di antaranya.
Garis kasar:
~ Pembuka fasal ini berbunyi: “Untuk pemimpin biduan. Dengan permainan kecapi. Menurut lagu: Yang kedelapan. Mazmur Daud”. Menurut lagu: Yang kedelapan adalah ditujukan kepada nada nyanyian dinaikkan satu oktaf ke atas dengan iringan alat muzik nada satu oktaf ke bawah.
1. Ratapan pertaubatan (2-4)
a. Memohon Tuhan janganlah menghukum aku di dalam murkaMu dan jangan menghajar dalam kepanasan murkaMu.
b. Meluahkan keadaan terseksa sendiri
1) Aku merana
2) Tulangku gementar
3) Jiwaku sangat terkejut
4) Berapa lama lagi baru Tuhan menyelamatkanku?
2. Permohonan yang beriman (5-8)
a. Oleh kerana kasih setiaMu
1) Kembalikan
2) Luputkan dan selamatkan
b. Sebab di dalam maut tidaklah orang ingat kepadaMu.
c. Sebab musuh menjadikan aku buta.
3. Sorak-sorai pujian (9-11)
a. Tuhan telah mendengar doaku
b. Semua musuhku mendapat malu dan sangat terkejut dalam sekejap mata
