Views: 243

Prakata : Hidup manusia adalah tempoh kehidupan semasa ia dilahirkan sehingga ia meninggalkan dunia. Apakah hidup manusia sebenarnya? Apakah yang diperlukan dalam hidup manusia ?

Apakah hidup manusia?

(I) Untuk hidup tubuh jasmani : Bersusah-payah dalam sepanjang umur, akhirnya kembali menjadi debu tanah. (Kej 3: 17-19)

  • Hidup manusia penuh dengan kesusahan dan kegelisahan. (Maz 90: 10; Kej47:9)
  • Hidup manusia bagaikan banduan yang dipenjarakan berpuluh-puluh tahun, akan menjadi bebas kalau sudah meninggalkan dunia. (Luk 2:29)

(II) Hidup manusia terbatas : Menjadikan hidup manusia singkat dan sia-sia belaka.

  • Hidup manusia seperti satu lakonan : Harus berhias semasa berlakon, watak sampingan harus disingkir.
  • Hidup manusia seperti mimpi : Menjadi kosong apabila terjaga dari mimpi.
  • Hidup manusia seperti pendatang yang melawat mengelilingi dunia, perjalanannya terhad.
  • Hidup manusia seperti pendatang, orang asing. Tempat yang kekal bukan dalam dunia.

(III) Dunia penuh dengan dosa, banyak bencana alam dan malapetaka yang menimpa manusia. Hidup manusia dalam ketakutan dan tidak selamat. Segala takhayul, perkara larangan dan adat istiadat karut terjadi oleh kerana rasa kurang selamat ini.

  • Itulah hidup manusia seperti lautan pahit, akan menemui pelbagai rintangan dan kesusahan.
  • Jadi, apa yang kurang dalam hidupmu? Apakah yang engkau inginkan sebenarnya?


Apakah yang diperlukan dalam hidup manusia sebenarnya?

  • Kebendaan hanya diperlukan oleh tubuh jasmani, tidak dapat memuaskan hati manusia. (Pkh 5: 10-13)
  • Kita tidak membawa sesuatu ke dalam dunia dan tidak dapat membawa apa-apa ke luar. Keadaannya seperti pendatang yang tinggal di tempat penginapan saja. (1Tim 6: 7)

(I) Memerlukan damai sejahtera : (Mengatasi kesusahan) (2 jenis hidup : tubuh jasmani dan jiwa rohani memerlukan damai sejahtera.)

(i) Banyak penderitaan dalam dunia. (Yoh 16: 33; Ayb 5: 6-7) Pepatah : Cuaca sering berubah, bulan tidak tetap bentuknya. Manusia juga sering menghadapi keadaan yang datang secara mendadak.

(ii) Hidup manusia memerlukan damai sejahtera. Pepatah: Perkataan damai sejahtera, nilainya seperti emas.

    • Tuhan Yesus menampakkan diri kepada murid-muridNya dan berkata: “Damai sejahtera bagi kamu!” (Yoh 20 : 19, 21)
    • Tuhan memesan kepada murid-muridNya : “Apabila kamu masuk rumah orang, berilah salam kepada mereka.” (Mat 10 : 11-13)

(iii) Ada damai sehajtera di dalam Tuhan. (Yoh 16 : 33…)

    •  Damai sejahtera yang benar, yang sempurna dan tidak diambil oleh orang lain. (Yoh 14: 27)

(II) Memerlukan sukacita : (mengatasi kegelisahan) (Pkh 3: 12)

(i) Banyak kegelisahan dalam dunia.

(ii) Ada sukacita di dalam Tuhan. (Fil 4: 6) Dipelihara oleh Tuhan dan dapat bersandar kepada Tuhan.

(iii) Sukacita yang benar tidak dihalangi oleh kebendaan atau persekitaran.

    • Dosa diampuni, dibebaskan dalam rohani dan mempunyai sukacita.
    • Bersandar dan menyerahkan kepada Tuhan, hati berasa tidak tertekan tetapi mempunyai sukacita dan pengharapan terhadap kerajaan sorga.
    • Menghapuskan keinginan nafsu : seperti sifat congkak, tamak, cemburu, mementingkan diri dll. Hati berasa sukacita kerana kerajaan Tuhan ada di dalamnya.
    • Mengenali hidup manusia, dapat melihat jelas dan menembusi dunia, tidak mempunyai permintaan tinggi dalam harta kekayaan, tetapi tahu berasa cukup.
    • Berjaga-jaga dalam doa, dipenuhi Roh Kudus, ada sukacita. (Roh Kudus digelar minyak sukacita)
    • Menuruti perintah-perintah Tuhan supaya diperkenankanNya, maka sukacita dapat dipuaskan. (Yoh 15: 9-12)
    • Kejarlah kekudusan untuk melihat Tuhan, kesukacitaan ini sampai selama-lamanya. ( Yoh 20: 20, Ibr 12: 14)
    • Orang kaya yang muda itu kasihan kerana tidak mahu sukacita dan hanya mementing wang saja. Maka pergilah ia dengan sedih. (Mat 19 : 21-22)

Memerlukan hidup kekal. (Memenuhi hati yang kosong) (Mat 16: 26 Nyawa sangat bernilai)

(I) Hidup manusia sama seperti uap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap. (Yak 4: 14; Ibr 9: 27)

(II) Menyelamatkan manusia yang hampir binasa. Segala sesuatu dalam dunia tidak berkesan, (kerana sering mendengar orang minta ‘tolong’).

(III) Dunia penuh dengan penderitaan dan kegelisahan, tidak ada yang baik  untuk selamanya.

(IV) Akan menikmati hidup kekal dan segala kebahagiaan pada langit dan bumi yang baru.

(V) Ikutilah Tuhan yang mempunyai firman hidup kekal. (Yoh 6: 68; 14: 6; 3: 16-18)

(i) Menerima kelahiran kembali dari air dan Roh. (Yoh 3 : 1-7; Kis 2: 38)

(ii) Menuruti firman kebenaran Tuhan dan perintah-perintahNya. (Mat 19: 17; Why 14: 12)

    • Orang kaya yang tidak mengejarkan hidup kekal, berasa sangat kesal pada akhirnya.(Luk 16: 19-31)

Kesimpulan : Keperluan hidup manusia yang sebenar bukan saja semata-mata untuk harta kekayaan yang fana, tetapi untuk memperolehi hidup kekal, supaya dapat hidup dengan damai sejahtera dan bersukacita. Ini adalah hidup manusia yang sangat bahagia dimana bermula dari sekarang sampai selama-lamanya. Kesemua berkat ini hanya kita beroleh dalam Kristus. Semoga kita berusaha mengejarkan untuk percaya kepada Tuhan Yesus dan menikmati segala berkat yang berkelimpahan untuk hidup sekarang mahupun hidup yang akan datang. Haleluya, Amin!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *