Views: 152

Ayat Suci : Yoh 4 : 23-24

Kepercayaan merupakan persoalan dalaman individu. Seorang hanya percaya secara lahiriah dan tidak mempunyai kepercayaan dalaman, kepercayaannya tidak wujud. Seperti yang diingatkan Tuhan kepada umat Isreal “Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh daripadaKu. Percuma mereka beribadah kepada Ku.” (Mat 15: 8-9) Percaya dalam roh dan kebenaran merupakan kepercayaan yang benar.

Mengapakah kita harus menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran?

(I) Allah itu Roh (Yoh 4 :24)

(i) Roh bebas daripada kekangan masa.

(ii) Tuhan itu Maha tahu dan Maha berada. (Maz 139 : 1-12)

(II) Prinsip asas kepada penyembah-penyembah benar. (Yoh 4 : 23-24)

(III) Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. (Yoh 4  : 23…)

  • Tuhan tidak berkenan kepada orang yang percaya dengan tidak jujur, yang palsu. Sebab Tuhan adalah Tuhan yang benar. (Maz 51: 6)

Bagaimanakah kita menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran ?

(I) Dalam roh: Percaya di dalam hati dan percaya dengan sesungguhnya.

(i) Batiniah melebihi lahiriah. (Mat 23 :25-28)

(ii) Hukum Tuhan melebihi adat istiadat. (Rm 2: 26-29)

(a) Tuhan mementingkan mereka yang memegang hukumNya, menjadi ciptaan baru. Bersunat atau tidak bersunat tidak penting. (1Kor 7:19; Gal 6: 15)

(b) Tuhan menyukai kasih setia, bukan dari korban sembihan. (Hos 6:6; Mat: 12: 7; Mrk 12: 33)

(iii) Ciri-ciri dalaman melebihi rupa luaran.

(a) Tanpa ciri-ciri dalaman, rupa luaran tidak bermakna.

(b) Ciri-ciri dalaman tidak dapat diubah, tetapi rupa luaran dapat diubah.

    • Ketiga-tiga syarat utama gereja tidak boleh diubah.
    • Mereka yang mengantungkan salib di luar tidak bermaksud mereka itu umat Kristian.
    • Seorang Kristian kalau hanya mementingkan rupa  luaran dan tidak mementingkan definisi ciri-ciri dalaman, maka ia hampir menjadi seperti berhala.
    • Pada zaman Musa, umat mengharapkan ular tembaga yang dibuat itu dapat menyembuhkan mereka daripada dipagut oleh ular tedung. Tetapi sampai zaman Hikia, ia dihapuskan sama sekali. (Bil 21: 9 ; 2 Raj 18 :4) Ini bukan bermaksud memusnahkan kemuliaan Tuhan melainkan mengkehendaki umat Tuhan lebih suci dalam kehidupan dan mendirikan iman kepercayaan yang lebih teguh, kerana di antara umat itu ada yang meninggalkan Tuhan ketika mereka menyembah ular tembaga itu.

(II) Kebenaran: Yang benar, tanpa kepalsuan dan kemunafikan.

(i) Lahiriah dan batiniah adalah sama.

(a) Seperti memuji Tuhan dengan sehati sefikir.

(b) Secara lahiriah, ia berdoa tetapi dalam batinnya tidak menfokus. Doa ini tidak jujur.

(c) Secara lahiriah, ia berkebaktian tetapi dalam batinnya tidak menumpukan perhatian dalam kebaktian. Ibadah ini tidak jujur.

(d) Secara lahiriah, ia memberikan persembahan, tetapi tidak rela dalam batinnya. Persembahan ini tidak jujur.

(ii) Perkataan dan perbuatan adalah sama. (Mat 21: 28-31; 23: 3)

(iii) Iman dan perbuatan adalah sama. (Yak 2: 14-20)

(iv) Pendengar dan pelaku firman adalah sama. (Yak 1 : 21-25)

(v) Kepercayaan yang benar tidak akan berubah selama-lamanya. (Yusuf: Menghadapi penggodaan, tetapi hati yang takut akan Tuhan tetap tidak berubah. Demikianlah kepercayaan yang jujur benar.)

Kesimpulan : Adakah kita mempunyai iman kepercayaan yang sedemikian? Apakah Bapa sorga menerima kita?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *