Views: 105
Gereja Purun terletak di kawasan pantai di bahagian pedalaman. Pada tahun 1974, Sdra Jungin Apok dengan seisi keluarga berpindah dari Lupak ke Kampung Purun. Walaupun semua ahli keluarga dibaptis, Sdra Junggin Apok tidak menyebarkan Injil di sekeliling tempat kediaman atau memimpin Kebaktian Sabat untuk keluarganya disebabkan kekurangan pengalaman serta pengetahuan rohani.
Dalam tahun 1980, orang yang pertama dibaptiskan di Purun ialah Sdra Juis bin Mani diikuti oleh beberapa orang dalam Julai 1982.
Pada 13 Oktober 1982, 7 orang telah dibaptis oleh Pdt Titus di Kampung Purun, termasuk saudara-mara Junggin. Apabila bilangan bertambah, mereka mula berhimpun di ruamh Sdra Opok bin Intan setiap Hari Sabat. Tempat ibadah bertukar ke rumah Sdra Junggin apabila Sdra Opok meninggal dunia. Kenudian, rumah Sdra Mani digunakan untuk Kebaktian Sabat, kerana ruangan rumahnya lebih besar. Akan tetapi disebabkan Kg Purun masih kekurangan pemimpin anggota yang cekap untuk memimpin kebaktian maka Sdra Panak Liamat dari Menunggang dijemput membantu memimpin Kebaktian Sabat setiap minggu.
Kini, bilangan pemercaya berjumlah 38 orang. Dalam 1985, sebuah gereja yang sederhana besarnya telah dibina. Tanah tapak gereja telah didermakan oleh Sdra Mani dengan bantuan kewangan dari Ibu Gereja dan juga Sdra Chong Chee Leh. Penguasa Gereja ialah Sdra Mani. Baru-baru ini Sdra Atim Kaling dari Menunggang juga datang untuk membantu memimpin Kebaktian Sabat.
