1. Korban persembahan dan ibadah untuk Hari Sabat dan bulan baru (46:1-8). Gerbang timur hanya boleh dibuka pada Hari Sabat untuk memberi laluan kepada raja yang datang beribadah (46:1-3). Pintu timur harus ditutup selepas kemuliaan Allah masuk ke Bait Suci kecuali dibuka kepada raja pada Hari Sabat (44:3).
2. Ketetapan perayaan-perayaan lain dan korban persembahan tiap hari (46:9-15).
a. Peraturan ibadah yang hanya maju tanpa berundur.
Umat yang masuk melalui pintu gerbang utara untuk sujud menyembah wajib keluar melalui pintu gerbang selatan; jika masuk dari pintu gerbang selatan haruslah keluar melalui pintu gerbang utara. Jangan ada orang yang keluar dari pintu gerbang yang sama (9). Menunjukkan dilarang berundur dan jatuh merosot dalam perjalanan iman. Ini ada persamaan dengan cara pergerakan empat makhluk, mereka hanya boleh maju ke depan dan tidak berundur (1:9,12,17). Dalam Hukum Taurat melarang Umat Israel kembali ke jalan Mesir (Ul 17:16), kerana Tuhan tidak berkenan dengan orang benar yang mengundurkan diri (Ibr 10:38-39).
b. Bersama dengan raja semasa ibadah Sabat.
Ketika umat masuk ke Bait Suci, raja akan masuk bersama; apabila umat keluar, raja turut keluar bersama. Ini menunjukkan ibadah Sabat yang berkenan kepada Tuhan dan pasti disertai Tuhan Yesus, raja mereka (10).
(c) Peraturan mewarisi milik pusaka daripada raja (46:16-18).
– Anak raja boleh mewarisi tanah sebagai bagian tetap 916).
– Tanah raja yang diberi kepada hamba-hamba-Nya hanya menjadi kepunyaan mereka sehingga tahun kebebasan (Tahun Sabat) wajib dikembalikan. Hanya putera boleh mewarisi tanah raja.
– Raja tidak akan mengambil tanah dari milik pusaka rakyat (18).
(d) Tempat memasak bahan korban persembahan (46:19-24).
– iman-iman memasak korban penebus salah dan korban imam sebelah utara tempat kudus, pelataran dalam (19-20).
– Petugas-petugas Bait Suci memasak korban sembelihan umat Tuhan di dapur tempat masak di pelataran luar (23-24).
Fasal 47 Sungai Air kehidupan dan sempadan tanah perjanjian
a. Sungai air kehidupan (47:1-12). Rujuk dan bandingkan dengan Wahyu 22:2.
1. Ada air kehidupan mengalir dari bawah ambang pintu, di sebelah kanan Bait Suci, di selatan mezbah, mengalir ke arah pintu gerbang timur.
2. Air semakin dalam. Dari paras air di pergelangan kaki, sampai ke lutut, kemudian sampai ke pinggang, akhirnya ia menjadi sungai dalam yang tidak dapat diseberangi.
3. Air mengalir menurun ke Araba Yordan, sehingga di Laut Asin, iaitu Laut Maut. Namun ia menghidupkan Laut Mati menjadi laut yang hidup, air mejadi tawar, sehingga segala makhluk hidup yang berkeriapan di sana menjadi hidup. Disebabkan ikan-ikan menjadi banyak, nelayan-nelayan datang menangkap ikan dan menjadikan daerah itu tempat penjemuran pukat.
Keadaan ini menunjukkan kerja Roh Kudus yang menyertai kehidupan umat Tuhan. Mengingatkan umat Tuhan agar taat setia sepenuhnya kepada pimpinan Roh Kudus (Yoh 4:10-14; 7:37-39; Gal 5:25;6:8-9). Rawa-rawanya ada payanya tidak menjadi tawar atau tidak dapat disembuh / dipulihkan)
Bermakna jika seseorang tidak rela taat pada gerakan dan pimpinan Roh Tuhan, dia mendukakan Roh Allah dan tetap tidak akan mengalami perubahan dan pembaharuan dalam hidupnya.
Bukan bermakna Tuhan tidak mampu mengubahnya tetapi kesudahannya telah ditetapkan dan muktamad (11; Why 22:11).
4. Pohon yang tumbuh di sebelah menyebelah sungai kehidupan sangat subur kerana setiap bulan berbuah. Ia tidak disebut sebagai Pohon Kehidupan namun bersifat sama dengan catatan dalam Kitab Wahyu. Keadaan ini menunjukkan orang yang dipenuhi Roh Kudus akan menghasilkan buah Roh yang bagaikan makanan yang memberi kepuasan dan ubat yang menyembuhkan penyakit rohani (12; Gal 5:22-23).
5. Rujuk dan bandingkan dengan Kejadian 2:9-14 dan Wahyu 22:1-2.
B. Pembahagian Tanah dan menentukan Sempadan (47:13-23)
1. Menentukan sempadan tanah perjanjian (13-23)
Yusuf mendapat dua bahagian, iaitu Efraim dan Manasye, menegaskan kepentingan hak kesulungan untuk mewarisi pusaka Tuhan (15-21).
Suku Lewi tidak termasuk:
a. Utara: Dari Laut Tengah ke Hamat (15-17).
b. Timur: Dari sempadan utara ke Sungai Yordan (18);
c. Selatan: Meriba dekat Kadesh sampai Sungai Mesir (19);
d. Barat : Laut Tengah (20).
2. Membahagikan tanah untuk umat Tuhan termasuk orang asing yang diam di tengah-tengah mereka. Anak-anak orang asking diiktiraf sebagai orang Israel dan layak mewarisi tanah pusaka (21-23).
Berbeza dengan pembahagian tanah zaman Yosua, iaitu bangsa kafir langsung tidak mendapat bahagian dalam pusaka perjanjian Tuhan. Namun hari ini bangsa-bangsa bukan Yahudi turut mendapat bahagian di dalam perjanjian Abraham apabila percaya Injil Tuhan Yesus dan menjadi keturunan Abraham secara rohani (Gal 3:26-29).
FASAL 48 PEMBAHAGIAN MILIK PUSAKA 12 SUKU DAN PINTU GERBANG YERUSALEM
Menetapkan sempadan tanah 12 suku.
1. 7 suku mendapat tanah bahagian dari utara ke selatan (48:1-7).
a. Bahagian suku Dan (1).
b. Bahagian suku Asyer (2).
c. Bahagian suku Naftali (3).
d. Bahagian suku Manasye (4).
e. Bahagian suku Efraim (5).
f. Bahagian suku Ruben (6)
g. Bahagian suku Yehuda (7).
2. Tanah persembahan khusus – Tempat kudus (48:8-22).
a. Tanah imam-imam (48:8-12).
– Persembahan khusus iaitu tanah imam (45:1-4).
– Bersambung dengan sempadan selatan bahagian suku Yehuda (48:8).
– Panjang 25,000 hasta, lebar 10,000 hasta.
– Tanah kudus milik TUHAN Allah untuk Bait Suci terletak di tengah-tengah negeri itu; tanah yang Maha Kudus.
– Sempadan selatan tanah kudus bersambungan dengan orang Lewi di selatan (45:5).
b. Bahagian suku Lewi (48:13-14).
– Bahagian suku Lewi juga dimiliki dan dikuduskan bagi TUHAN.
– Tanah ini dilarang jual dan bertukar.
c. Tanah kota (48:15-19)
– Rujuk 45:6
– Ada tanah lapang berukuran 5,000 hasta lebarnya untuk keperluan kota sebagai tempat tinggal dan tanah perladangan (15).
– Kawasan kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta (16).
– Ada tanah lapang di utara dan selatan berukuran 250 hasta, demikian juga di sebelah timur dan barat terdapat tanah lapang yang berukuran sama (17).
– Umat Tuhan bekerja di tanah sebelah timur (10,000 hasta) dan barat (10,000 hasta) tanah kudus untuk mendapat rezeki makan (18).
3. Bahagian 5 suku Israel di selatan tanah kudus, dikira dari selatan ke utara (48:1-8).
a. Bahagian suku Benyamin
b. Bahagian suku Simeon
c. Bahagian suku Ishakar
d. Bahagian suku Zebulon
e. Bahagian suku Gad
4. Keunikan pembahagian tanah yang berbeza dengan zaman dahulu:
a. Milik pusaka tanah hanya di seberang barat Sungai Yordan. Tidak termasuk tanah dua suku setengah di timur Sungai Yordan.
b. Tidak lagi membahagikan kerajaan selatan dan utara.
5. Dimensi kota dan pintu gerbang kota (48:30-35).
a. Kota berukuran 4,500 hasta x 4,500 hasta, dalam bentuk empat persegi.
b. 12 pintu-pintu kota (rujuk Why 21:21). Setiap pintu merupakan mutiara di Yerusalem Baru yang dilihat oleh Yohanes.
– Tiga pintu di utara: Pintu Ruben, Pintu Yehuda dan Pintu Lewi.
– Tiga pintu di timur: Pintu Yusuf, Pintu Benyamin, Pintu Dan.
– Tiga pintu di selatan: Pintu Simeon, Pintu Ishaka, Pintu Zebulon.
– Tiga pintu di barat: Pintu Gad, Pintu Asyer, Pintu Naftali.
c. Apabila membahagikan tanah, Yusuf mendapat dua bahagian, namun dalam soal pintu gerbang Yusuf dianggap satu suku dan nama Lewi tersenarai.
d. Nama 12 suku kemungkinan mengikut urutan senarai nama 12 batu permata yang terletak pada tutup dada imam besar (Kel 28:5-30).
Perbandingan dengan kota Yerusalem Syurgawi di Wahyu fasal 21
1. Kota suci ada 12 pintu. Setiap arah ada tiga pintu, masing-masing pintu ditulis nama 12 Suuku Israel (Yeh 48:31-34). Demikian juga Kota Suci Yerusalem ada 12 pintu, setiap arah ada tiga pintu, masing-masing ditulis nama 12 suku Israel. Setiap pintu ialah Mutiara (Why 21:11,21).
2. Bait Suci tiada di Kota Suci, tetapi di tanah persembahan khusus untuk imam. Sebaliknya, tiada Bait Suci di dalam Kota Suci. Allah sendiri dengan domba menjadi Bait Suci bagi umat-Nya (Why 21:22).
3. Nama kota ini akan disebut Adonay Shamma @ TUHAN HADIR DI SITU (48:35). Demikian juga khemah Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama dengan mereka (Why 21:3ff).
Bibliografi:
Lin Yung Ji, Komentar Kitab Yehezkiel, 2007,
John B. Taylor, Ezekiel, Tyndale Old Testament Commentaries, 2003.
Meishi Tsai, The Return of the Glory, 2008.
RHEMA Bible App. 2022, True Jesus Church.