Views: 103

TUHAN, perisaiku (Mazmur 28:1-9)

1 Dari Daud,
Kepada-Mu, ya TUHAN, gunung batuku, aku berseru,
janganlah berdiam diri terhadap aku,
sebab jika Engkau tetap membisu terhadap aku,
aku menjadi seperti orang yang turun ke dalam liang kubur.

2 Dengarkanlah suara permohonanku,
apabila aku berteriak kepada-Mu minta tolong,
dan mengangkat tanganku
ke arah tempat-Mu yang maha kudus.

3 Janganlah menyeret aku bersama-sama dengan orang fasik
ataupun dengan orang yang melakukan kejahatan,
yang ramah dengan teman-temannya,
tetapi yang hatinya penuh kejahatan.

4 Ganjarilah mereka menurut perbuatan mereka
dan menurut kelakuan mereka yang jahat;
ganjarilah mereka setimpal dengan perbuatan tangan mereka,
balaslah kepada mereka apa yang mereka lakukan.

5 Karena mereka tidak mengindahkan pekerjaan TUHAN
dan perbuatan tangan-Nya;
Ia akan menjatuhkan mereka
dan tidak membangunkan mereka lagi.

6 Terpujilah TUHAN, kerana Ia telah mendengar
suara permohonanku.

7 TUHAN adalah kekuatanku dan perisaiku;
kepada-Nya hatiku percaya.
Aku tertolong sebab itu beria-ria hatiku,
dan dengan nyanyianku aku bersyukur kepada-Nya.

8 TUHAN adalah kekuatan umat-Nya
dan benteng keselamatan bagi orang yang diurapi-Nya!

9 Selamatkanlah kiranya umat-Mu
dan berkatilah milik-Mu sendiri,
gembalakanlah mereka dan dukunglah mereka untuk selama-lamanya.

Tajuk:
Kiranya melihat upah dan hukuman

Tema:
Memohon Tuhan menghukum dan memberkati menurut keadilan

Latar belakang:
Sewaktu negara Daud ditimpa bencana, dia memohon Tuhan membantu, menambahkan kekuatan untuk memukul kalah musuh.
1. Ada pihak beranggapan ini ialah sewaktu Absalom mengadakan pemberontakan.

2. Ada pihak beranggapan ini ialah sewaktu Daud terlalu yakin akan diri sendiri dan menghitungkan jumlah rakyat lalu TUhan menimpakan penyakit sampar (2 Taw 21)

Kategori:
Nyanyian ratapan kumpulan, bahagian pertama ialah nyanyian kutukan dan bahagian kedua ialah nyanyian pujian.

Garis kasar:
I. Berdoa memohon kepada Tuhan (1-2)
a. Memohon Tuhan jangan berdiam diri (1) ~ Supaya jangan aku mati
b. Dengarkanlah suara permohonanku (2)

II. Memohon Tuhan menghukum musuh (3-5)
(1) Kekejaman di sebalik kemanisan musuh (3)
a. Mulut berbicara secara ramah
b. Namun hati penuh kejahatan

(2)Memohon ganjari mereka (4)
a. Ganjari mereka menurut perbuatan mereka
b. Yang patut mereka terimakan

(3) Hapuskan mereka (5)
a. Kerana mereka tidak mengindahkan pekerjaan Tuhan
b. Mereka tidak akan dibangunkan lagi

III. Puji-pujian dikaruniai (6-7)
(1) Kerana Dia mendengar suara permohonan manusia
(2) Kerana Dialah sandaranku (7)
a. Adalah kekuatanku umat
b. Adalah perisaiku
c. Adalah pertolonganku

(3) Kerana Dialah sukacitaku

IV. Memohon Tuhan memberkati umat (8-9)
a. Menjadi kekuatan umat
b. Menjadi benteng keselamatan orang yang diurapi
c. Berdoa untuk umat
(1) Selamatkan
(2) Berkati
(3) Gembalakan
(4) Dukungan

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *