Views: 102

GEREJA TENOM

Setelah injil diberitakan ke kawasan pedalaman, ianya bertunas di pekan Tenom. Pada mulanya seorang penduduk Tenom bernama Chong Liam, setelah berpenyakit sekian lama, telah disembuhkan kemudian dia dibaptiskan. Berikutan itu stu rumah doa diadakan di rumah Sdra Tham Kang di Kampung Tun. Kebaktian Sabat dipimpin oleh Sdra Wong Fun Thau [ Dn Luke Wong . Kemudian  seorang kafir, Yong Kim Chiang
[ Dn John Yang ], telah percaya kepada Injil Kebenaran. Untuk membalas anugerah Tuhan, ia telah dengan murah hati mempersembahkan sekeping tanah seluas 0.4 hektar [ 1 ekar ] sebagai tapak bangunan gereja. Di samping itu, Sdra Chung Chao lung telah mempersembahkan kayu-kayan manakala Dn Thomas Chew telah sendiri menyelia kerja pembinaannya. Pada penghujung tahun 1965, bangunan disiapkan untuk ditahbiskan kepada Tuhan. Kerja suci kian bertambah dan bilangan pemercaya telah pun meningkat.

Oleh kerana tapak pembinaan gereja ini selalu dibanjiri oleh air pada musim hujan, maka pihak penguasa gereja telah membeli sekeping tanah di Km 3 di Jalan Sapong untuk mendirikan sebuah gereja baru. Gereja simen tersebut yang beru telah disiapkan dan ditahbiskan pada Disember 1984. Semoga segala kemuliaan diberikan kepada Tuhan.

Pada 1986 bilangan pemercaya berjumlah 94. Ada 4 orang diakon. Selain daripda kebaktian Sabat, kebaktian pada malam Ahad, Rabu dan Jumaat juga diadakan. Guru-guru Pendidikan Agama berjumlah 15 orang dengan 56 kanak-kanak dalam 6 kelas. Penguasanya ialah Dn James Wong.

Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada berikut:-

Hal Ehwal Agama         :           James Wong

Hal Ehwal Am              :           Thomas Chew

Bendahari                     :           Barnabas Yong

Setiausaha                    :           Fung Pui Chee

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *