Kebaikan Dan Kasih Setia Allah
[Lai Yin Fu]
Prakata
Mengenali Allah akan beroleh ketenteraman dan keuntungan, namun perlu mengenaliNya melalui firmanNya sendiri (Ayb 22:21, 22). Berikutnya kita akan mengenali kebaikan dan kasih setia Allah melalui Mazmur Daud (Mzm 86:5).
[1] Kebaikan Tuhan ~ Rela Mengampuni Orang
Rela mengampuni orang ialah titik kemuncak kebaikan
i. Allah mengabulkan enam kali berturut-turut doa syafaat Abraham untuk kota Sodom
¬ Daripada lima puluh orang benar meminta sehingga sepuluh orang benar (Kej 18:20-24, 32)
Kota Sodom ialah kota yang penuh kekerasan dan pecabulan yang sesungguhnya tidak layak diampuni (Kej 19:4-9)
® Disebabkan tidak tercarikan orang benar dalam kota tersebut maka akhirnya ia tetap dimusnahkan (Kej 19:24, 25)
¯ Namun, malaikat telah memimpin Lot dan seisi keluarga keluar dari kota itu (Kej 19:15-17)
ii. Allah mendengar doa syafaat Musa untuk umat Israel
¬ Ketika Musa mengundur-undurkan turun dari gunung, umat Israel telah sujud menyembah anak lembu emas dan mempersembahkan korban kepadanya (Kel 32:1, 7, 8)
Musa memohon kepada Tuhan agar berbalik dari murkaNya dan jangan membinasakan umat Israel (Kel 32:9-14)
® Bani Lewi telah membunuh seramai kira-kira tiga ribu orang dari bangsa itu demi menghapuskan dosa (Kel 32:25, 28, 35)
Δ Terbukti bahawa Allah sesungguhnya amat rela mengampuni manusia, namun yang telah berbuat dosa tidak akan dianggap tidak berdosa.
iii. Tuhan Yesus rela mengampuni para penganiayaNya yang fasik (Luk 23:33, 34)
¬ Sewaktu Tuhan dipakukan pada kayu salib, seluruh tubuhNya cedera, mengalirkan darah dan menderita kesakitan tak terhingga, namun mengampuni orang-orang Yahudi yang menganiayaNya.
Oleh kerana kasih, sewaktu di atas kayu salib, Tuhan telah memanjatkan beberapa patah perkataan yang amat penting kepada Bapa di Syurga, iaitu memohon mengampuni orang-orang yang menganiayaiNya.
® Kesabaran Tuhan yang begitu penuh kebaikan dan kemurahan sepatutnya menggerakkan hati kita untuk mengampuni orang lain.
iv. Mengakui dosa dan bertaubat kepada Tuhan pasti diampuni dan disucikan (I Yoh 1:8-9)
¬ Perkataan ‘menyucikan’ dalam tatabahasa asal Ibrani ialah ‘mulai dari sekarang sampai selama-lamanya’. Ini menunjukkan setiap orang yang telah melalui baptisan air, darah bernilai Tuhan akan terus-menerus berada pada diri orang tersebut, yakni mempunyai khasiat menyucikan kita dari segala kejahatan.
Berkenaan dosa yang mendatangkan maut, kita tidak boleh bantu berdoa untuk memohon pengampunan (I Yoh 5:16-17)
® Berkenaan dosa yang tidak mendatangkan maut, asal sahaja kita mengakui dosa, kita akan diampuni, ini disebabkan Tuhan rela mengampuni manusia.
v. Pengajaran-pengajaran
¬ Yang mengasihi musuhnya boleh menjadi anak-anak Allah (Mat 5:43-45, 48)
Barangsiapa yang mengampuni kesalahan orang, Bapa di Syurga juga akan mengampuninya (Mat 6:14, 15)
® Ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain (Kol 4:12-13)
[2] Kasih Setia Tuhan ~ Memberi Kepada Yang Meminta
Memberi secara cuma-cuma adalah titik kemuncak kasih setia.
i. Allah mendengar permohonan raja Hizkia
¬ Sewaktu raja Hizkia mendengar bahawa ia akan mati, ia pun menangis dan memohon kepada Tuhan agar memanjangkan umurnya (Yes 38:1-3)
Tuhan memperpanjangkan hidupnya lima belas tahun lagi dan memberikan tanda kepadanya (Yes 38:4-8)
ii. Tergeraklah Tuhan Yesus oleh belas kasihan dan menyembuhkan seorang pesakit kusta
¬ Seorang pesakit kusta datang berlutut di hadapan Tuhan Yesus dan memohon belas kasihanNya (Mrk 1:40)
Tuhan Yesus mengulurkan tanganNya, menjamah orang itu dan mentahirkannya (Mrk 1:41-42)
iii. Tuhan mengasihani dan menyembuhkan seorang anak yang kerasukan roh jahat
¬ Memohon bantuan Tuhan demi anak yang diganggu oleh roh jahat (Mrk 9:20-22)
Tuhan tidak akan menolak semata-mata kerana iman manusia tidak mencukupi (Mrk 9:23-24)
® Tuhan Yesus menegur roh jahat dengan keras dan memberi ketenteraman kepada anak tersebut (Mrk 9:25-27)
iv. Panggilan Tuhan ingin menyelamat-sembuhkan orang buta
¬ Bartimeus, seorang buat telah berseru memohon Tuhan Yesus agar mengasihaninnya (Mrk 10:46-47)
Walaupun ditegur oleh orang banyak, namun ia semakin keras memohon kepada Tuhan (Mrk 10:48)
® Tuhan Yesus bertanya akan keperluannya lalu menyembuhkannya sehingga ia dapat melihat semula (Mrk 10:49-52)
v. Pengajaran-pengajaran
¬ Sebagaimana kita kehendaki supaya orang perbuat kepada kita, perbuatlah juga demikian kepada mereka (Luk 6:31)
Bagi orang yang sebagaimana, kita menjadi seperti dia (I Kor 9:22)
® Janganlah menahan dari berbuat baik seandainya kita mampu melakukannya (Ams 3:27)
Penutup
Menaruh fikiran dan perasaan seperti mana yang terdapat dalam Yesus.