Views: 180
Ayat Suci : Yoh 14 : 27
Dunia terdapat banyak perkara yang sukar diramal, ada ancaman dari maut dan neraka. Justeru itu, manusia amat memerlukan damai sejahtera. Jika tubuh dan hidup kita mempunyai damai sejahtera, maka kehidupan kita sangat bahagia. Damai sejahtera yang benar berasal daripada Tuhan Pengasih yang kuasaNya mengatasi alam semula jadi.
Damai sejahtera yang benar : Iaitu mempunyai damai sejahtera dalaman, damai sejahtera kekal dan damai sejahtera yang sempurna.
(1) Tuhan adalah Yang Benar. (1 Yoh 5: 20)
(I) Yang Benar bermaksud dapat dilihat, dijamah dan bukan hanya dapat merasakannya di dalam hati. (Yoh 20: 26-29)
(II) Yang Benar bermaksud mempunyai bukti dan bukan hanya dibuat-buatkan saja.
(III) Kebendaan dan kerohanian dicipta oleh Tuhan, melalui kebendaan dapat menyatakan kerohanian, seperti kemunculan Tuhan dalam tubuh jasmani membolehkan manusia dalam kebendaan dapat melihat Tuhan. Tuhan menciptakan mata dan telinga supaya kita melihat tentang Dia Yang Benar dan mendengar tentang Dia Yang Benar. Di samping itu dapat mengenal Tuhan dan memahami bahawa ciptaanNya bukan semata-mata hanya untuk kehidupan manusia.
(2) Damai sejahtera yang dijanjikan Tuhan, pasti ada tandanya. (Yoh 14: 27; 16: 33)
(I) Apakah damai sejahtera : Tubuh, jiwa, hidup sekarang dan hidup akan datang.
(II) Mesti mempunyai tanda sebagai bukti yang menyatakan bahawa Tuhan adalah Yang Benar.
(i) Tuhan telah menaruh tanda pada Kain bahawa ia akan selamat. (Kej 4: 14-15)
(ii) Tuhan menyelamatkan umat Israel dengan memberikan tanda : Darah domba dibubuhkan pada tiang pintu. ( Kel 12: 5-7; 12-13, 23)
(iii) Dalam penglihatan Yehezkiel, Tuhan melindungi semua orang yang ditandai dengan huruf ‘T’ pada dahi mereka, dan membunuh orang-orang yang tidak mempunyai tanda ‘T’ itu. (Yeh 9: 4-6)
(iv) Kelahiran Juruselamat : Damai sejahtera akan diberi kepada orang-orang yang berkenan kepada Tuhan, supaya mereka mempunyai pengharapan damai sejahtera. Malaikat berkata : Dan inilah tandanya bagimu : Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan. (Luk 2: 10-14) Tanda ini dipandang rendah oleh orang Yahudi dan orang Farisi malahan Roh Kudus dipandang rendah oleh manusia hari ini.
(3) Apakah tanda damai sejahtera? Apakah kegunaan?
(I) Meterainya ialah : Tuhan mengenal siapa kepunyaanNya (2Tim 2: 19).
(II) Pada akhir zaman akan ada malapetaka besar yang memusnahkan tubuh jasmani dan kerohanian manusia. Pada masa itu, malaikat akan memeteraikan pada dahi orang-orang yang diselamatkan agar mereka mempunyai tanda karunia di hadirat Tuhan, mempunyai tanda kemenangan di depan syaitan dan tanda damai sejahtera dalam jiwa rohani. (Why 7: 1-3)
(III) Yang dimeteraikan tidak akan dirosakkan/ dimusnahkan.(Why 9: 4, 15)
(IV) Tanda ini merupakan Roh Kudus yang dijanjikan Tuhan. (Efs 1: 13-14) dan ‘Janji’ inilah yang telah dijanjikanNya sendiri kepada kita, yaitu hidup yang kekal. (1Yoh 2: 25)
(4) Bagaimanakah untuk mendapatkan tanda ini?
(I) Bertobatlah (Yeh 9: 4)
(II) Terimalah firman kebenaran Gereja ini.(Efs 1: 13; Kis 5: 32)
(III) Mintalah dengan bersungguh-sungguh (Luk 18: 1-8; 11: 5-13).
Kesimpulan : Orang milik Kristus akan dimeteraikan oleh Kristus. (Rm 8:9)
