Views: 187

[8]  Anak Merdeka Tidak Diikat (Gal 4:21-31)

Prakata

  1. Perbandingan perjanjian perbuatan dan perjanjian iman.
  2. Memperbandingkan kasih karunia dan hukum Taurat dengan peristiwa sejarah sebagai perumpamaan.

[1]      Kedua Anak Abraham (Gal 4:21-23)

  1. Sumber tidak sama.
  2. Dilahirkan oleh Sara, perempuan yang merdeka.
  3. Dilahrikan oleh Hagar, perempuan yang menjadi hamba.
  4. Keadaan kelahiran.
    1. Dilahirkan menurut daging:
      1. Menolak janji Allah, tidak menempuh jalan iman (Kej 16:2).
      2. Melambangkan penganut hukum Taurat yang mengandalkan diri sendiri.
      3. Tetap mempunyai status sebagai hamba.
      4. Dilahirkan oleh kerana janji:
        1. Kerana iman (Rm 4:19-22).
        2. Melambangkan orang yang dilahirkan kembali oleh Roh Kudus (Yoh 3:1-8).
        3. Berubah status menjadi merdeka.

[2]      Penjelasan Perumpamaan (Gal 4:24-27)

i. Hagar: Melambangkan hukum Taurat dan janji yang mengikat (24-25).

    1. Ia menjadi hamba: Anak yang dilahirkannya juga menjadi hamba.
    2. Melambangkan perjanjian Sinai: Hukum Taurat dan ikatan.
    3. Diusir dari tanah yang dijanjikan: Milik pusaka berada di luar tanah perjanjian, tidak mempunyai hubungan dengan kasih karunia (Mat 6:16).
    4. Yerusalem duniawi: Simbol hukum Taurat agama Yahudi, juga menjadi hamba.
    5. Sara: Melambangkan kasih karunia dan perjanjian merdeka (26-27).
      1. Ia merdeka: Anak yang dilahirkannya menjadi tuan.
      2. Melambangkan janji Allah: Membuat orang merdeka dan menerima milik pusaka.
      3. Yerusalem sorgawi: Adalah ibu orang rohani, yang merdeka, gereja sejati.

ii. Menggenapi nubuat Alkitab (Yes 54:1-3)
iii. Bersukacitalah si mandul (Yes 54:1-3)

– Pada mulanya ditujukan kepada umat pilihan yang dibuang ke Babel (umat setia yang tersisa).

– Diterapkan pada diri Sara: Pada mulanya tidak dapat melahirkan.

– Melukiskan Yerusalem sorgawi: Selama Perjanjian Lama berada dalam kehampaan dan tidak melahirkan.

iv. Bersorak-sorailah yang tidak pernah menderita sakit bersalin.

– Menunjukkan umat setia yang tersisa secara ajaib kembali ke negerinya.

– Menunjukkan Sara secara ajaib melahirkan.

– Menunjukkan Yerusalem sorgawi didirikan kerana kebangkitan Kristus yang ajaib dari antara orang mati.

v. Yang ditinggalkan suaminya akan mempunyai lebih banyak anak daripada yang bersuami.

– Menunjukkan umat yang setia: Seakan-akan telah kehilangan sandaran (selama pembuangan tidak ada negara dan raja).

– Menunjukkan Sara tidak dapat melahirkan: Seakan-akan tidak mempunyai suami.

– Menunjukkan Yerusalem sorgawi: Kumpulan yang dibenarkan kerana iman di dalam kesusahan seakan-akan ditinggalkan Allah. Kristus telah mati disalibkan kerana dosa-dosa manusia, tetapi Ia telah dibangkitkan oleh kuasa Allah sehingga menggenapkan janji. Sekarang, jemaat rohani telah bertambah banyak dan melebihi umat agama Yahudi.

[3]     Diterapkan Pada Galatia (Gal 4:28-31)

  1. Kita adalah anak-anak janji (28): Sama seperti Ishak dilahirkan kerana iman orang tuannya.
  2. Pengenalan yang harus dimiliki anak-anak janji (29-31).
    1. Dianiaya oleh panganut hukum Taurat (29; II Tim 3:12); Yang diperanakkan menurut daging menganiaya yang diperanakkan menurut Roh.
    2. Menjadi ahli waris rohani (30): Yang menurut daging akan diusir, ia tidak layak menjadi anak.
    3. Menikmati kemerdekaan di dalam Kristus (31): Tidak diikat oleh hukum Taurat.

Kata Penutup

Jemaat harus menjaga statusnya sebagai anak yang merdeka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *