Views: 375

Rahab adalah seorang tuna susila yang telah berbuat zinah, tetapi ia percaya, sehingga diselamatkannya, serta namanya termasuk di dalam silsilah Tuhan Yesus.  Para rasul pun sangat memuji imannya, sehingga mencantumkannya pada Alkitab sebagai pelajaran bagi kita (Ibr 11 : 31;  Yak 2 : 25).

I.       TERHADAP ALLAH

1.      Percaya bahawa Allah adalah pengatur segalanya, yakni Allah pemegang janji – memberikan tanah Kanaan kepada orang Israel (Yos 2 : 8-9;  Kej 17 : 8).

  • Dia adalah Allah yang setia, memegang perjanjian (Ul 7 : 9;  Bil 23 : 19;  2 Tim 2 : 13;  Yes 43 : 13).

2.      Percaya bahawa Allah MahaKuasa – mengeringkan lautan Merah (Yos 2 : 10).

  • Allah adalah MahaKuasa (Why 1 : 8;  Yer 32 : 17-19).

3.      Percaya bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta langit dan bumi (Yos 2 : 11).

  • Allah adalah Tuhan pencipta langit bumi yang tunggal (Kis 17 : 24;  Yes 44 : 6, 24).

II.     TERHADAP ORANG ISRAEL

1.      Percaya bahawa mereka adalah umat Allah (Tuhan Allahmu – Yos 2 : 11).

  • Gereja Benar adalah Rumah Allah, jemaat adalah umatNya (1 Tim 3 : 15;  Ef 1 : 23;  2 : 19;  Mzm 33 : 12).

2.      Percaya bahawa umat Israel pasti menang, dan memusnahkan penduduk tanah Kanaan (Yos 2 : 9-11).

  • Tuhan memberi kekuatan melebihi dari segala musuh (Luk 10 : 19;  1 Yoh 5 : 18;  Why 6 : 2).

3.      Melayani pengintai dengan iman (Yos 2 : 4-6, 15-16;  Ibr 11 : 31;  Yak 2 : 25).

  • Hendaklah melayani umat Allah (Mat 10 : 40-42;  Yoh 13 : 20).

III.    TERHADAP KOTA YERIKHO

1.      Percaya bahawa kota Yerikho pasti jatuh (Yos 2 : 9-11).

  • Dunia yang cabul ini pun pasti akan rubuh (Why 18 : 2).

2.      Tidak mahu binasa bersama dengan penduduk kota Yerikho, maka ia memohon kepada para pengintai untuk menyelamatkan seisi rumahnya (Yos 2 : 12-13).

  • Ingin keluar dari kota yang akan binasa itu (Why 18 : 4-5).

3.      Menuruti akan petunjuk pengintai, sehingga diselamatkan (Yos 2 : 17-21;  6 : 22-23, 5).

  • Hendaklah melaksanakan kehendak Allah (Mat 7 : 21;  Yak 2 : 26).
  • Hendaklah memelihara orang seisi rumah (1 Tim 5 : 8).

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *