Views: 72

Saksian oleh: Puan Dn. Luke Tham
Catatan: Dituliskan pada tahun 1988.

Haleluya, dalam nama Tuhan Yesus saya bersaksi.

“Sesungguhnya, anak-anak lelaki adalah milik pusaka daripada TUHAN, dan buah kandungan adalah suatu upah.” (Mzm 127:3) Syukur kepada Tuhan kerana Dia telah mengaruniakan saya lima orang anak perempuan yang dikasihi dan taat, dan yang paling  bongsu adalah kembar. Mereka sentiasa mengingatkan saya akan berkat yang Tuhan karuniakan kepada saya. Saya juga merasai akan jagaan Tuhan ke atas mereka dari peringkat mengandung kepada peringkat kelahiran.

Pada 23 Jun, bila saya diberikan penggambaran bunyi-ultra oleh seorang pakar Ginekologi (ilmu sakit puan) untuk melihat perkembangan fetus, dia kelihatan bimbang kerana sangsi/curiga bahwa bayi tersebut abnormal dengan dua kepala dan satu badan. Saya terkejut dan tidak dapat menerima apa yang telah diberitahu. Saya kemudian berdoa secara senyap kepada Tuhan Yesus: “Tuhan! Bagaimana saya mengharapkan bahawa pemeriksaan doktor itu adalah satu kesilapan.” Untuk mengesahkan bahwa fetus itu adalah abnormal, saya diberitahu untuk mengambil pemeriksaan X-ray. Saya berasa gementar pada masa mengisi borang permohonan untuk pemeriksaan X-ray. Walaupun demikian, saya berdoa dalam hati berkali-kali meminta Tuhan mengaruniakan saya kekuatan untuk menerima kenyataan (kebenaran/realiti).

Sementara menunggu keputusan dari pemeriksaan X-ray, saya masih meneruskan doa, berharap diagnosis (perihal menentukan jenis penyakit) doktor adalah salah. Pada waktu yang sama, saya meminta Tuhan mengaruniakan saya kekuatan untuk menerima jikalau ianya benar. Kemudian rakan sekerja saya (saya adalah seorang jururawat hospital) datang dengan keputusan pemeriksaan X-ray dan memberikan saya khabar baik iaitu bayi dalam kandungan (rahim) adalah anak kembar yang normal. Saya penuh dengan kegembiraan dan memuji Tuhan.

Oleh kerana saya ada sejarah kebocoran cecair iaitu pecah beg air, doktor menasihatkan saya agar berehat di hospital untuk mengelakkan kelahiran awal. Syukur kepada Tuhan, semasa saya dalam rawatan hospital, saya diizinkan mengambil cuti rumah setiap petang sabtu dengan itu saya boleh menghadiri kebaktian Sabat.

Pada 9 Julai 1983, lebih kurang 5.00p.m selepas saya kembali ke rumah dari kebaktian Sabat, beg cecair saya mulai pecah, serta-merta saya berlutut dan berdoa kepada Tuhan untuk menyimpan/menghalang bayi dalam rahim kerana masih ada lebih kurang sebulan lagi sebelum tiba masanya. Saya juga berdoa kepada Tuhan bahwa saya mengalami kelahiran awal, semuanya akan berjalan lancar. Selepas berdoa, saya menelefon suami saya di mana pada waktu itu sedang memimpin Seminar Guru-guru (Pendidikan) Agama di gereja.

Bila saya tiba di hospital, doktor menegur saya kerana tidak mengambil rehat yang sempurna. Dia kemudian memeriksa saya dan memberikan “drip” di mana dapat menghalang kelahiran awal. Lebih kurang jam 9.00pm pada malam itu, saya mulai muntah dan denyutan jantung meningkat dengan kesakitan bersalin yang berulang-ulang. Saya berdoa secara senyap kepada Tuhan, memohonNya mengurangkan kesakitan yang tidak tertanggung. Bila jururawat melihat keadaan saya, dia melaporkan kepada doktor di mana dia mengarahkan jururawat itu melambatkan “drip” itu. Lebih kurang pada jam 5.00 keesokan pagi saya melahirkan anak kembar.

Apabila bayi-bayi itu selamat dilahirkan, mereka menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mereka cuma mulai menangis 10 minit selepas dilahirkan. Doktor memberitahu saya peluang bayi-bayi ini untuk hidup cuma 50%. Bila saya mendengarnya, saya berdoa kepada Tuhan agar membenarnya mereka hidup dan dapat menerima baptisan dan menjadi anak-anak Tuhan. Bayi-bayi ini dimasukkan ke dalam incubator (alat menggunakan kepanasan badan untuk membela bayi yang dilahirkan sebelum cukup bulan) di Wad Rawatan Bersalin.

Syukur kepada Tuhan, Dia mengabulkan doa saya. Keadaan bayi-bayi bertambah baik dan berupaya menyusu. Pada waktu malam itu, yang sulung, Yong Yong mengalirkan banyak tahi darah kotor. Doktor mengarahkan jururawat menghentikan menyusu kepadanya dan sebaliknya memberikannya “dextrose drips”. Menurut doktor, tahi darah kotor disebabkan oleh penghadaman darah bayi plasenta dipisahkan dari uterus.

Syukur kepada Tuhan, Dia menjawab doa saya dan bayi-bayi itu mengatasi segala jenis kesukaran. Jikalau bukan berkat Tuhan, darah yang tidak dapat memasuki paru-paru akan menyebabkan pneumonia (penyakit radang paru-paru) iaitu penyakit yang amat merbahaya, khususnya kepada bayi baru lahir. Pada hari ketiga, tahi (najis) Yong Yong bebas dari kekotoran darah. Ini merupakan berkat, rahmat Tuhan yang menjadikan darah itu dihadamkan oleh bayi dan dikeluarkan (kumuhkan) kemudian. Pada hari kesepuluh, anak kembar ini dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar dari hospital.

Anak kembar ini dibaptiskan pada 18 September 1983. Kini mereka berusia lima tahun. Mereka adalah aktif dan comel (dikasihi) dan sudah menghadiri kelas pendidikan agama tadika. Semoga Tuhan memimpin mereka berjalani di atas jalan benar agar tidak akan lupa membalas anugerah Tuhan pada masa depan.

Semoga semua kemuliaaan diberikan kepada Tuhan. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *