Pesanan Terakhir Yakub
| | |

Pesanan Terakhir Yakub

Pesanan Terakhir Yakub

[Lin Feng Lai]

Nas Suci:  Kej 48:15-16

¨       Ini merupakan perkataan Yakub berdasarkan kasih (Ibr 11:21).

¨       Di antaranya ada dua kalimat yang teramat penting: yakni “Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang” dan “Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya”.

¨       Dalam seumur hidup Yakub, ia mempunyai dua kali pengalaman melihat Allah. Yaitu pengalaman di Betel dan di Penyeberangan sungai Yabok.

[1]      Pengalaman Di Betel (Kej 28:10-22)

¨       Masa hidup Yakub selama dua puluh tahun menderita di rumah pakcik (Kej 31:1-3, 21, 22-29, 30-42)

[2]      Pengalaman Di Penyeberangan Sungai Yabok (Kej 32:1-33:17)

Per: Maksud ‘Israel’ ialah: bergumul dengan Allah dengan tidak mengalah dan tidak mengundur (versi Li Jern Zhong)

¨       Kemenangan Yakub dalam perebutannya dengan Esau untuk mendapatkan hak kesulungan serta berkat (Kej 25:21-26, 27-34; 27:1-40; Ibr 12:16-17)

¨       Kemenangan Yakub dalam berdamai semula dengan Esau adalah disebabkan ia sendiri dengan rendah hati memohon pengampunan Esau (Kej 33:1-11). Lantas, keputusannya yang sedemikian telah menjadi sebab kemenangan Yakub dalam perjuangan tersebut

¨       Kemenangan Yakub dalam pergumulan dengan Tuhan disebabkan ia inginkan berkat dari Allah (Kej 33:26). Malaikat tersebut pada hakekatnya ialah manifestasi Allah (Kej 32:27-30). Dalam pesanan terakhir Yakub, khasnya kalimat keduanya tadi “Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya”. Itulah Malaikat yang dimaksudkan.

[3]     Ajaran

Pada waktu tersebut, disebabkan Yakub menjadi pincang, ingin berperang dengan Esau pasti kalah, mahu melarikan diri tidak dapat, maka terpaksalah ia bersandar kepada Allah dengan segenap hati dan atas itulah ia menerima pertolongan Allah.

¨       Paulus memegahkan kelemahan sendiri (II Kor 12:7-10)

¨       Salah satu fasal Mazmur yang paling disukai Martin Luther ialah fasal 118:5-14. Perenggan ini merupakan Lagu Kemenangan Musa (Kel 15:1-2). Itu adalah waktu di mana Allah membuka jalan tatkala Musa memimpin umat Israel menyeberangi Laut Terberau, memusnahkan tentera Israel (Kel 14:10-31).

¨       Ayat suci yang paling disukai Martin Luther: Yes 30:15

¨       Sewaktu dicobai (diterjemahkan juga kepada ‘diuji’), Allah pasti membuka jalan (I Kor 10:31)

¨       Allah tetap menjaga kehidupan para pemercaya; oleh itu jangan tamakkan kekayaan, melainkan tahu merasa cukup (Ibr 13:5-6; Ruj: I Tim 6:5-11). Kata Lao Tze: orang yang tahu cukup adalah orang kaya.

Isteri Yakub
|

Isteri Yakub

Ayat Alkitab : Kej 29-30

Permulaan : Yakub adalah anak Ishak, oleh kerana merampas berkat hak kesulungan, meninggalkan bapanya pada umur 77 tahun (Bapanya Ishak memperanakkan anak lelaki pada umur 60, pada masa itu sudah berumur 137. (Kej 25:26) Berumur 84 sewaktu berada di Padan-Aram, rumah pakciknya; memperisterikan 2 orang saudara perempuannya. 7 tahun berkahwin, mendapat 4 orang isteri dan gundik, 11 anak lelaki, 1 anak perempuan. Yakub adalah seorang yang kahwin lewat dan tidak mempunyai perancangan keluarga. Dia adalah seorang yang mahir menguruskan kewangan dan subur melahirkan anak. Dari segi melahirkan anak, 7 tahun melahirkan 12 orang dalam 7 tahun, persaingan timbul antara isteri dan gundiknya melahirkan anak. Lea melahirka 7 orang, 1 orang perempuan dan 6 orang lelaki. Bilal melahirkan 2 orang anak lelaki, Zilpa melahirkan 2 orang anak lelaki, Rahel melahirkan 2 orang anak lelaki (salah seorang dilahirkan ketika dalam perjalanan pulang, Rahel mati ketika bersalin).

1. Lea (Kej 29:21-26) bermaksud letih

Adalah orang Padan-Aram, anak sulung Laban, isteri Yakub, kakak Rahel.

Paras rupa : Mata tidak berseri, tidak disayangi Yakub. (29:31)

(1) Diberkati Tuhan. (29:31)

a. Percaya dan bersandar Tuhan, memuji Tuhan, memberikan nama anak sebagai:

* Simeon – bermaksud Tuhan telah mendengar. (29:33)

* Yehuda – bermaksud memuji Tuhan.

b. Setia mengasihi suaminya, memberikan nama kepada anaknya:

* Lewi – bermaksud dia lebih erat kepadaku. (29:34)

* Zebulon – bermaksud suami pasti tinggal bersama-samaku. (30:20)

c. Hati yang bersyukur atas berkat, memberi nama kepada anak lelakinya:

* Isakhar – bermaksud Tuhan telah memberi upahku (bernilai kerana mengenali Tuhan). (30:18)

Memberi nama anak lelaki daripada dua orang budak perempuannya sebagai “Gad”, “Asyer” bermaksud mujur telah datang, berbahagia (30:11-13) dapat bersabar, mengharapkan Tuhan memberkati (29:31 ; 30:15).

Anak lelaki yang dilahirkan Lea berada di dalam silsilah Yesus Kristus (Yehuda) (Mat 1:2)

Selepas Lea meninggal dunia, dikuburkan di dalam gua di padang Makhpela tanah Kanaan, dikuburkan bersama-sama nenek moyang, umat pilihan (Kej 49: 30-31; 50: 12-13)

2. Rahel (29: 16-)

i. Latar belakang : Isteri Yakub, adik Lea

ii. Paras rupa : Cantik berseri

Hati bersandar kepada Tuhan, hanya tahu besungut-sungut tanpa sebab (30:1-2)

Berseru kepada Tuhan, memberikan nama kepada anak lelaki daripada budak perempuannya “Dan” bermaksud memberikan keadilan.

a. Penampilan :

i. Cemburu (30:1)

ii. Bergulat (30:8)

iii. Mementingkan diri sendiri, berebut (30:14)

b. Pengalaman:

i. Disayangi oleh Yakub yang mementingkan rupa lahiriah. (30:30)

ii. Tidak mendapat berkat dari Tuhan. (30:2)

Hanya mendapat 2 anak lelaki yang diberikan Tuhan kepadanya (Yusuf & Benyamin).

Masa kematian : Ketika melahirkan Benyamin, mati kerana bersalin di pertengahan jalan, kemudian dikuburkan di sisi jalan Erat (Betlehem). (35:16-20)

Yakub demi mengingati Rahel, telah mendirikan tugu di atas kuburnya, itulah tugu kubur Rahel sampai sekarang.

3. Bilal (30:4-8) “Takut”, “Lemah-lembut”

* Budak perempuan Rahel, Rahel melihat dirinya tidak dapat melahirkan anak, demi berebut dengan kakaknya, maka memberi budak perempuannya Bilal kepada Yakub sebagai gundik. Dia melahirkan 2 anak lelaki : “Dan” (memberikan keadilan) “Naftali” (Bergulat).

4. Zilpa (30:9-13) bermaksud jatuh gugur

* Dia adalahbudak perempuan Lea (hamba) gundik Yakub. Lea melihat dirinya berhenti melahirkan anak, maka memberikan budak perempuannya Zilpa kepada Yakub sebagai gundik. Dia melahirkan 2 anak lelaki “Gad” bermaksud mujur “Asyer” bermaksud berbahagia.

Renungan :

  • Apakah yang patut kita pelajari dari Lea?
  • Anda berpendapat apakah kekurangan yang harus diperbaiki oleh Rahel?
  • Apakah peringatan besar yang ada pada Rahel?

** Bersungut-sungut, “mahu mati” (Kej 30:1-2)

Mati di pertengahan jalan, mayat tidak termasuk di kuburan nenek moyang (Kej 35:16-20)

Perhatian : Mengikut kiraan ketika Yakub memasuki Padan-Aram dan umur perkahwinannya.

Yusuf menjadi penguasa di Mesir ketika berumur 30 tahun. Melalui 7 tahun kelimpahan dan 2 tahun kelaparan (semasa masih ada 5 tahun kelaparan belum dilaluinya), dia berumur 39 tahun bertemu semula dengan saudara-saudaranya. (Kej 45:6) Ketika Yakub turun ke Mesir dia berumur 130 tahun. (47:9) Boleh lihat Yakub memperanakkan Yusuf ketika berumur 91 tahun. (130 tahun – 39 tahun = 91 tahun) Yakub memperanakkan Yusuf ketika bermur 91 tahun. Sesudah berada di Padan-Aram, keluarga Laban 14 tahun (kerana Yakib melayani Laban selama 14 tahun demi kedua-dua isterinya. (Kej 29: 18-20 ; 27-30) Rahel memperanakkan Yusuf, kerana sudah berjanji apabila penuh tempoh 14 tahun, barulah berhak mengemukkan permintaan kepada Laban untuk balik ke rumah. (30:25-26)

Boleh dilihat ketika Yakub meninggalkan rumah ayahnya dan memasuki Padan-Aram, keluarga Laban, dia berumur 77 tahun *(77 tahun + 14 tahun = 91 tahun). Yakub memperanakkan Yusuf dan bekerja menjaga kawanan domba, menetap lagi 6 tahun, jumlahnya 20 tahun (31:41). Boleh dilihat ketika Yakub meninggalkan rumah Laban, berumur 97 tahun, Yusuf 6 tahun. Yakub 77 tahun memasuki rumah Laban, selepas 7 tahun berkahwin (84 tahun). Selepas 13 tahun berkahwin, meninggalkan rumah Laban. Pada masa itu, anak sulung berusia tidak melebihi 12 tahun, anak bongsu berumur 6 tahun. Oleh itu ketika Yakub bertemu dengan saudaranya, dia berkata: anak-anak ini masih muda, kurang kuat (33:13). Yusuf dijual pada umur 17 tahun. Yakub sudah berumur 108 tahun (+ 60 tahun Ishak memperanakkan Yakub).

Ishak berumur 168 tahun, Yusuf menjadi penguasa pada umur 30 tahun, Yakub sudah berumur 121 tahun. Ishak berumur 181 tahun (baru meninggal dunia 1 tahun). Yakub berumur 77 tahun memasuki rumah Laban, demi Rahel bekerja 7 tahun dan berkahwin.

Berkahwin pada umur 84 tahun, selepas 7 tahun memperanakkan Yusuf (91 tahun memperanakkan Yusuf).

  • 97 tahun meninggalkan Padan-Aram
  • 108 tahun Yusuf dijual
  • 121 tahun Yusuf menjadi penguasa
  • 130 tahun memasuki Mesir menikmati kabahagian pada hari-hari tuanya
  • 147 tahun meninggal dunia

 

Pentahiran di Rumah Yakub
|

Pentahiran di Rumah Yakub

Ayat Alkitab: (Kejadian 35: 1-7)

Pendahuluan:

Yakub diberkati Tuhan dalam segala jalan yang ditempuhinya. Dia pernah melarikan diri ke Betel dengan seorang diri, dan kembali selepas dua puluh tahun dalam kegemilangan. Tetapi kini, dia telah kehilangan pimpinan Tuhan, dan menghadapi malapetaka yang amat besar. Dengan hikmat, Yakub telah mengimbas kembali secara mendalam. Selepas itu, dia mengumpulkan seluruh keluarganya untuk menyucikan diri sendiri, mengalihkan langkah mereka untuk kembali kepada Tuhan, berbalik ke dalam pangkuan Tuhan.

  • Menghadapi Kesukaran (Kejadiaan 34: 1-2, 7, 25-31).

(1)   Anak perempuan dicemari, memalukan seluruh keluarga (Kejadiaan 34: 7).

(2)   Anak lelaki membunuh, nama menjadi busuk (Kejadiaan 34: 25-30).

(3)   Penduduk-penduduk sekitar menjadi marah, dikelilingi oleh malapetaka (Kejadian 34:30).

(4)   Tiada keamanan dalam seluruh keluarga, tidak dilindungi dalam anugerah Tuhan.

◎ Sudah lupakah Tuhan menaruh kasihan? (Mazmur 77: 10).

◎ Apakah Tuhan menolak satu rumah yang diberkati? (Mazmur 77: 5-10).

◎ Haruslah merenung ketika hari-hari malang! (Pengkhotbah 7: 14).

  • Renungan Yakub.

(1)   Tiada cara penyelesaian yang lain, jalan buntu.

(2)  Hanya Tuhan ialah sandaran, merendahkan diri dan merenung kembali (Kejadian 35: 1: Tuhan  berfirman kepadanya “Bersiaplah”, ini disebabkan dulu dia bersujud di tanah dengan rendah hati).

(3)   Ditunjuk oleh Tuhan, dan menyiasat sebab-sebab (Kejadian 35:1: Tidak melaksanakan nazarnya; Pengkhotbah 5: 4-6; rujuk Kejadian 28: 18-22).

◎ Kita seharusnya menyelidiki perbuatan diri sendiri dengan secara mendalam, dan kembali kepada Tuhan (Ratapan 3: 40-42).

◎ (Rujukan: Amsal 21:2; Amsal 16: 2; Ayub 22: 21-23; Daniel 4: 27; Lukas 2: 14).

  • Pentahiran Seluruh Keluarga (Kejadian 35: 2-4)

(1)   Menguji hati diri sendiri, berpuasa dan berdoa (Kejadian 35: 1; Ayub 1:5).

(2)   Menukarkan pakaian, memperbaharui tubuh dan hati (Kejadian 35:2; Efesus 4: 20-24).

(3)   Bertaubat, membayar nazar dan membalas budi (Kejadian 35: 3:  berangkat ke Betlehem).

(4)   Menanam dewa-dewa asing/patung-patung berhala, berangkat dengan tangan yang ringan (Kejadian 35: 4-5).

    • Membuang tabiat-tabiat buruk.

(2 Timotius 2:21: mengubah kehidupan yang bersandar pada kebendaan dan segala tabiat buruk dalam intipati kehidupan, iaitu patung berhala dalam hati rohaniah)

    • Menghapuskan ketamakan.

 (Efesus 5:5; Kolose 3:5 : dosa ketamakan disamakan dengan menyembah kepada berhala)

      • Tamak akan kenamaan yang sia-sia (anting-anting adalah barang perhiasan: melambangkan kenamaan yang sia-sia) (Galatia 5: 25-26).
      • Tamak akan harta benda (anting-anting diperbuat daripada emas dan perak, melambangkan harta benda) (1 Timotius 6: 9-10).

▲Menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlumba dengan tekun dalam perlumbaan yang diwajibkan bagi kita.

(5)   Bersandar kepada Tuhan dengan sepenuh hati, mempunyai arah tujuan yang jelas (Amsal 3: 5-12; Mazmur 25: 12).

  • Selepas Pentahiran

(1)   Seluruh rumah bersatu hati, berlumba di atas jalan yang kudus (Kejadian 35:5 Kalimat pertama).

(2)   Membangkitkan kerja-kerja bagi Tuhan, perubahan pada keadaan mereka (Kejadian 35: 5 kalimat kedua).

(3)   Sampai di “Kanaan” , “ Betlehem” (Kejadian 35: 6, 1 kalimat pertama: tinggal di sana).

    • “ Kanaan” : Tanah yang dijanji Tuhan, tanah yang mengalirkan susu dan madu

▲ lambang:

1. Diberkati Tuhan, penuh dengan anugerah dan rahmat, sukacita, tempat yang sejahtera.

2. Mengelar Tuhan sebagai raja, Roh Kudus berkuasa atas kerajaan Tuhan (Rujukan: Roma 14: 17; Matius 12: 28; 11: 12; Kisah Para Rasul 14: 22; Lukas 17: 20-21).

      • “ Betlehem” : Bait Suci Tuhan, pintu gerbang syurga (Kejadian 28: 17-19).

 ▲Lambangan: Keluarga bercorak gereja, sekeluarga melayani Tuhan, mendirikan mezbah Tuhan; menjadi keluarga Kristiani rohani yang diberkati Tuhan.

    1. “ Tinggallah di situ” : Tinggal dalam lindungan Tuhan, berjalan bersama-sama dengan Tuhan, sekerja dengan Tuhan, selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan (berkomunikasi dalam roh)!

▲2 Korintus 6: 16-18: Tuhan berjanji akan hidup di tengah-tengah kita.

Kesimpulan:

Yakobus 4: 8-10; Wahyu 2: 2-5; 3: 15-22.