Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar
| |

Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan Yang Benar

PRAKATA

Sewaktu kita merentas jalan kehidupan, kita bergerak menuju ke arah-arah tertentu. Adakalanya kita akan bertembung dengan sekatan ataupun lencongan. Adakala pula kita terpaksa mendaki gunung atau bukit, menyeberang sungai ataupun mengharungi lautan. Biarpun apa jalan yang direntasi, semuanya akan berakhir di satu destinasi yang sama – Maut. Kebanyakkan kita takut menghadapi titik penamat perjalanan tersebut memandangkan ia adalah kesudahan kepada segala sesuatu yang telah kita usahakan sepanjang hayat kita. Walaupun demikian, ada di antara kita yang mengharapkan ketibaan hari “Pengakhiran Muktamad”. Ini disebabkan kita sedang berada di tangga yang menuntun ke arah satu tempat indah iaitu tempat istirehat kekal abadi yang bernama Syurga. Adakah anda berada di tangga yang menuju ke Syurga?

Risalah ini menyampaikan langkah pertama daripada empat langkah untuk seseorang menempuh tangga ke kerajaan Syurga. Sewaktu anda menyempurnakan langkah yang pertama, iaitu Setiap Insan Perlu Menyembah Tuhan yang Benar, badan editor mempelawa anda untuk menyelidiki tiga langkah yang lain: Kesemua Manusia Jatuh Disebabkan Dosa, Setiap Insan Perlu Percaya Kepada Yesus dan Setiap Insan Perlu Kembali Ke Gereja Yang Benar. Badan editor telah memetik keempat-empat topik ini dari bab-bab sebuah buku yang berjudul ‘Tangga Menuju Ke Sorga’. Dalam tahun 1981, Penatua Shuenn-Taw Hsieh menuliskan teks asalnya dalam bahasa Cina. Isu yang kelima berkembang dalam tahun 1985. Dengan bertambahnya keperluan terhadap material penginjilan kesusasteraan dalam bahasa Melayu, Ibu Gereja Antarabangsa Gereja Yesus Benar telah melancarkan projek penterjemahan, penerbitan serta penyusunan risalah ini, yang bermula dalam tahun 1993. Badan editor telah berikhtiar untuk menghasilkan bahasa penterjemahan yang sesuai agar para pembaca bahasa Inggeris boleh memelihara idea-idea yang asal. Tujuan mutlak buku risalah dan tiga risalah yang lain ialah membekalkan para pembaca suatu rujukan bagi menuntun mereka ke tangga yang menuju Sorga.

Matlamat

Bagaimana seseorang boleh membuat penyataan yang begitu berimperatif seperti: “Setiap manusia perlu menyembah Tuhan Benar?” Tindak balas anda yang pertama mungkin: “Patutkah setiap insan? Mengapa?” Justru itu, anda akan berfikir sendiri: “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Tuhan Benar’ ?” Adakah terdapatnya tuhan-tuhan yang palsu?” Ataupun anda hanya bertanya, “Dasarnya, siapakah sebenarnya Tuhan?”

Soalan-soalan yang ringkas ini mewakili soalan-soalan yang paling asas terhadap makna kehidupan. Mengenali Tuhan bermaksud mempunyai jawapan-jawapan kepada sumber sejagat kehidupan dan alasan kewujudan kita. Adalah matlamat risalah ini dan juga teman-temannya untuk menjawab soalan-soalan yang berumur panjang ini. Seandainya anda seorang yang sedang mencari Tuhan, yang sedang mencuba untuk mencarikan siapa dan apakah Dia, maka inilah tempat yang baik untuk bermula. Seandainya anda adalah seorang Kristian, sila terus membaca dan anda mungkin dapat menemui sesuatu yang biasa, namun yang mencabarkan terhadap pengetahuan rohani anda pada masa kini.

Sila beri perhatian bahawa hikmat dan pengetahuan Tuhan adalah teramat besar. Risalah ini ataupun kesusasteraan yang lain hanya boleh meliputi sebahagian kecil tentang alam rohaniah. Dengan demikian, apabila anda bertembung dengan soalan-soalan tambahan di mana buku ini tidak terjawabkan kepuasan anda, sila tuliskan soalan-soalan anda dan kirimkan kepada alamat yang bersesuaian yang terpapar di ruangan belakang risalah ini. Terdapatnya pihak-pihak berkenaan yang akan membalas soalan-soalan ataupun pertanyaan-pertanyaan anda.