Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati
|

Rahsia Hubungan Sesama Suami Isteri Ialah Hormat-menghormati

Sewaktu suami isteri hidup bersama-sama selepas berkahwin, mereka selalu bersikap selekeh disebabkan terlampau rapat. Ini menyebabkan sesetengah masalah timbul lalu menjejaskan perasaan dan hubungan suami isteri. Jika kita ingin memelihara keharmonian dan kebahagiaan dalam perkahwinan, maka suami isteri harus mengamalkan kesenian pergaulan yang tertentu. Hormat-menghormati ialah salah satu rahsia untuk menjalinkan hubungan suami isteri yang harmoni dan membina keluarga yang bahagia.

A. Harus Bernada Hormat Semasa Bertutur Dengan Jodoh

1. Semasa bertutur dengan jodoh, harus sentiasa penuh kasih. (Kel 4:6)

2. Jangan bersikap atasan memerintah bawahan dengan menggunakan arahan atau paksaan.

B. Harus Menghormati Pendapat Jodoh Semasa Membuat Keputusan

1. Merujuk dan mengambil cadangan yang bernilai daripada jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:33)

2. Jangan menganggap bahawa mengambil pendapat jodoh menunjukkan sendiri kurang pandai dan hilang maruah (Kel 18:14-26).

3. Jika tersilap langkah nanti, bukankah lebih memalukan? (Luk 1:1-5)

C. Harus Menghormati Jodoh di Depan Anak

1. Harus mengajar anak bersama-sama, jangan memihak kepada kesilapan anak. (Ams 22:6)

2. Di depan anak, kita harus mengakui pengorbanan jodoh demi keluarga dan anak supaya anak lebih menghormati ibu bapa (1 Yoh 4:16)

3. Selalu memahami dan memprihatinkan tindakan jodoh supaya menjadi teladan bagi anak (1 Ptr 3:7)

4. Semasa mendapati anak tidak menghormati ibu atau bapa, kita harus menasihati dan mengajarnya sehingga dia menghormati ibu bapa.

D. Harus Menghormati Jodoh di depan Orang Lain

1. Dalam keadaan yang sesuai, kita harus memuji kelebihan jodoh dan mengakui pencapaiannya secara ikhlas. (Kej 2: 18, 23)

2. Jangan melakukan hal yang menjatuhkan maruah jodoh. Contohnya, melacur, berjudi, tidak balik ke rumah pada waktu malam dan lain-lain. Sebaliknya, kita harus mengasihi dan memprihatinkan jodoh dengan sedaya upaya. (Ef 5:28)

E. Harus Menghormati Hiburan dan Cita-cita Jodoh yang Halal

1. Selepas bekerja, manusia memerlukan hiburan yang sesuai dan sihat untuk menghapuskan keletihan dan ketegangan. (1 Kor 10:23)

Fungsi Suami Sebagai “Kepala”

Fungsi Suami Sebagai “Kepala”

Ayat Kitab: 1 Kor11: 3; Ef 5: 23

1 Kor 11: 3 mencatatkan bahawa “kepala dari perempuan ialah laki-laki”, Ef5: 23 mencatatkan bahawa “suami adalah kepala isteri”,  nampaknya itulah status dan kepentingan yang Tuhan berikan kepada laki-laki, iaitu sebagai seorang suami di dalam sesebuah keluarga. Di samping itu, ia juga mewakili suatu penghormatan dan tanggungjawab. Fungsi “Kepala” ini bukanlah hanya memberikan arahan melainkan haruslah berjalan di hadapan seisi keluarga, dan sentiasa menjadi teladan, supaya keluarga sendiri mendapat pembangunan dan menjadi sebuah keluarga yang memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

Bagaimanakah suami dapat menyerlahkan fungsi sebagai “kepala” di dalam keluarga?

A. Gerakkan minda selalu

Suami, selaku tuan punya rumah (ketua rumah), perlu meluangkan lebih banyak masa dan semangat dalam keluarganya berbanding dengan anggota-anggota keluarga yang lain.

1. Bagaimana Membina Sebuah Keluarga yang Baik.

Lelaki yang telah berkahwin haruslah memahami bahawa keadaan kini telah berubah, dahulunya bujang, tiada tanggungjawab dan kerisauan, akan tetapi kini telah beristeri dan anak. Dahulunya boleh bersandar pada ayah dan ibu, kini perlu meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya(Kej 2: 24). Lelaki yang telah berkahwin, dikatakan telah dewasa, maka Tuhan mengangkatnya sebagai tuan atas keluarga (Kej 1:22), dengan menyerah kepadanya tanggungjawab sebuah keluarga, maka sejak hari itu, dia perlu menguruskan keluarga tersebut, dan memainkan peranan yang terpenting dalam sebuah keluarga (Kej 2:18). Semenjak itu, dia perlu sering menggerakkan minda, rajin membuat rancangan, mendirikan kerjaya yang baik demi tujuan menyara dan memenuhi keperluan keluarga, supaya hidup mereka tidak kekurangan makanan dan pakaian (Titus 3:14), di samping mengekalkan kebiasaan baik berjimat cermat (Yak 4:3).

2. Bagaimana menguruskan keluarga dengan baik.

Selain daripada kenikmatan kebendaan, sebuah keluarga yang bahagia juga memerlukan suasana kekeluargaan yang baik. Misalnya ayah yang penyanyang dan anak yang taat, menghormati orang yang tua, menyanyangi yang muda dan hidup berdamai. Ini juga merupakan tahap yang dikecapi oleh seorang ketua rumah sekira dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

B. Bertindak sebagai teladan dalam segala hal

1. Kebiasaan.

Demi menjadi kepala yang baik supaya diteladani oleh anak-anak, maka mereka yang berfungsi sebagai suami dan ayah perlulah memupuk kebiasaan-kebiasaan baik dalam kehidupan, misalnya hidup bertertib berdisiplin, tidak lewat pulang ke rumah tanpa sebab, tiada tabiat buruk seperti berjudi, mabuk, dan menikmati hiburan yang sesuai (1 Kor 10:23).

2. Pertuturan dan Tingkah Laku.

Bercakaplah dengan lemah lembut dan bersopan dengan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulut, (Ef 4: 29), menghormati yang tua dan menyayangi yang muda, tidak melakukan perkara yang merugikan keluarga dan tidak bermanfaat kepada masyarakat (Mat 5:16), janganlah merisaukan ayah dan ibu, adik beradik dan isteri.

3. Kasih.

Kata Paulus “suami adalah kepala isteri” (Ef 5: 23), pada masa yang sama, juga berkata bahawa “suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri” (Ef 5: 28), nampaknya jika suami inginkan isteri tunduk kepadanya, maka dia perlulah setia dan tidak mendua hati (Ams 5:18). Malah kekadangnya suami perlu mengorbankan kepentingan peribadi sendiri demi keluarga, supaya si isteri tunduk kepadanya dengan rela hati, dan menjadikannya sebagai “kepala” mereka.

4. Kehidupan kepercayaan.

Memandangkan suami adalah “kepala”, maka haruslah mengepalai kehidupan kepercayaan, sebagai pemimpin rohani, mengambil berat, mendorongi seisi keluarga untuk menyertai kebaktian, pembacaan Alkitab, dan berdoa dengan positifnya, sentiasa berketrampilan bersandar pada Tuhan dalam kehidupan, serta selalu memperkatakan kasih karunia Tuhan (1 Taw 16:23) .

Kesimpulan

Semoga Tuhan memberkati saudara-saudara yang menjadi suami, supaya mereka dapat menyerlahkan fungsi sebagai “kepala” dengan sepenuhnya, menunaikan tanggungjawab sebagai ketua rumah, menjaga anggota keluarga dengan lebih baik dan memimpin anggota keluarga ke hadirat Tuhan.

Firman Tentang Perkahwinan

Firman Tentang Perkahwinan

Pembacaan Kitab: 3 Yohanes; 2 Tim 2.

Ayat Alkitab: Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkahwinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah. (Ibr 13: 4)

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam hidup manusia, dan disebut sebagai perkara yang penting dalam sepanjang hayat,ia sepatutnya dihormati semua orang. Akan tetapi, terdapat ramai orang yang tidak menghormati perkahwinan pada akhir zaman ini, dan seterusnya membangkitkan penceraian, bersekedudukan, perkahwinan percubaan, mempunyai hubungan sulit selain suami isteri, ibu tunggal serta pelbagai  perkara yang kotor dan malang, tetapi perbuatan-perbuatan ini telah dikelirukan oleh “konsep moral baru” yang bertentangan dengan Alkitab sebagai tingkah laku “terbuka”. Maka ini telah mengakibatkan kewujudan ramai mangsa tingkah laku terbuka ini. Kita haruslah menuruti firman Tuhan, dan menghormati perkahwinan.

A Sistem Perkahwinan

1.  Ditubuhkan oleh Tuhan sendiri.

Dan dari rusuk yang diambil TUHAN dari manusia itu, iaitu Adam, dibangun Tuhan seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu, dipersatukan sebagai pasangan suami isteri pertama manusia. Tuhan Yesus juga memperakui bahawa suami isteri yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (Kej 2:22-24; Mat 19:4-6).

2.  Tuhan sendiri sebagai saksi perkahwinan.

Kita menghormati peraturan undang-undang dan adat istiadat yang sihat di kalangan manusia, menjemput seorang dari golongan senior untuk menjawat kerja sebagai saksi perkahwinan, akan tetapi orang yang menjadi saksi tersebut mestilah menjadi saksi perkahwinan dalam nama Tuhan Yesus, maka pada dasarnya Tuhan sendiri yang menjadi saksi perkahwinan tersebut (Mal 2:14).

3.  Tujuan Tuhan menubuhkan Perkahwinan.

(a)  Supaya manusia berteman, ada penolong, mendapat penghiburan (Kej 2:18; 24:67 ).

(b)  Untuk mendapat keturunan yang ilahi, memerintah atas bumi (Mal 2:15; Kej 1:28).

BSemua orang harus penuh hormat terhadap perkahwinan

Perkahwinan yang sah adalah yang suci, dan yang bersukacita; ini adalah kerana ia ditetapkan dan diberkati oleh Tuhan sendiri. Sebaliknya perkahwinan yang tidak sah adalah yang najis, yang menderita; ini adalah kerana ia dihalangi dan dibenci oleh Tuhan. Oleh itu pemercaya harus menghormati perkahwinan.

1.  Mengenai waktu.

(a) Sebelum perkahwinan: Orang yang menghormati perkahwinan akan mementingkan kekudusan sebelum berkahwin, sebelum berkahwin (termasuk suami isteri yang telah bertunang) sama sekali tidak boleh melakukan hubungan yang melampaui hubungan antara kawan (hubungan seks). Untuk mengelakkan hal ini berlaku, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak patut berpacaran berdua-duaan di tempat yang sunyi;  lebih-lebih lagi tidak patut melakukan perkara-perkara yang membelakangi Tuhan dan merosakkan tertib masyarakat dengan mengikuti konsep terkini yang salah seperti “bersekedudukan”,  “perkahwinan percubaan”  dan sebagainya.  Hubungan seks antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin ini dipanggil orang-orang “sundal” ataupun “cabul”, orang-orang yang melakukannya akan dihakimi oleh Tuhan dan tidak mendapat bagian dalam kerajaan Allah (Ibr 13:4; 1 Kor 6:9-10).

(b)  Upacara perkahwinan: orang yang menghormati perkahwinan akan mementingkan satu-satunya upacara yang berlaku hanya sekali dalam kehidupan, yakni upacara perkahwinan. Orang yang menjaga kekudusan diri sebelum berkahwin sahaja yang boleh menjalankan upacara perkahwinan secara besar-besaran dalam gereja serta menerima berkat daripada Tuhan dan saudara-saudari.

(c)  Selepas berkahwin: orang yang menghormati perkahwinan mementingkan sistem “satu suami satu isteri /monogami” (bersesuaian dengan pengajaran dalam Alkitab dan juga undang-undang) (1 Tim 3: 2, 12). Tidak “berkahwin lagi/ bigami”, dan tidak “tinggal berpisahan” atau “bercerai” (1 Kor 7:10-11; Mat 19:5-6). Selain berkahwin lagi, hubungan seks bersama jantina berlainan misalnya dengan pelacur serta mempunyai hubungan sulit dengan orang lain selain suami/isteri sendiri adalah dipanggil sebagai “perzinahan”. Pezinah akan dihakimi Tuhan dan tidak mendapat bahagian dalam kerajaan Allah (Ibr 13:4; 1 Kor 6:9-10).

2.  Mengenai jodoh pasangan.

(a)  Menghormati Tuhan: memandangkan sistem perkahwinan ditubuhkan dan disaksikan oleh Tuhan sendiri, maka orang yang hormat pada Tuhan sudah tentu akan menghormati perkahwinan. Dengan kata yang lain, penghormatan terhadap perkahwinan merupakan penampilan praktikal menghormati Tuhan (Mal 2:14).

(b)  Menghormati ibu bapa (Di dalam Tuhan) : Tuhan menghendaki supaya kita hormat pada ayah dan ibu, mentaati merupakan salah satu perkara yang diperlukan dalam soal menghormati ayah dan ibu. Orang yang menghormati ayah dan ibu juga akan menghormati pendapat ayah dan ibu dalam soal perkahwinan. Pendapat yang diberikan oleh ayah dan ibu (sekiranya mereka merupakan ayah dan ibu yang takut pada Tuhan, dan mempunyai hikmat dan pandangan rohani) hasil daripada pengalaman mereka yang berkelimpahan dalam masyarakat ini sememangnya adalah sungguh bernilai, maka adalah patut untuk kita menghormati mereka. Ishak dan Yakub merupakan teladan yang baik bagi kita (Ef 6:1; Kej 24,28:1-7).

(c)  Menghormati antara satu sama lain: pasangan perkahwinan juga merupakan anak Tuhan, sekiranya kita menghormati Tuhan, maka juga harus menghormati anak-anak Tuhan, yakni pihak yang lain. Dalam proses perbincangan perkahwinan, haruslah menghormati keluarga dan individu pihak yang lain, berunding dengan ikhlas dan sopan, dan tidak patut membuat pemilihan di antara beberapa orang bagaikan memilih bahan belian; melainkan patut berunding berdepan muka secara ikhlas, sekiranya tidak menjadi, haruslah membuat satu penamatan yang baik sebelum mencari jodoh seterusnya. Apa yang harus diperhatikan semasa pergaulan sebelum kahwin adalah akhlaknya, jangan membuat permintaan yang tidak sopan. Lebih-lebih lagi, haruslah menghormatinya selepas berkahwin, dengan itu, barulah ia dapat memuliakan Tuhan, dikenankan dan diberkati-Nya.

* Orang yang menghormati perkahwinan haruslah mencari pasangan jodoh di dalam Tuhan. Jika berkahwin dengan pasangan yang berlainan kepercayaan, maka sudah tentu akan timbulnya perselisihan di antara suami isteri dalam kehidupan praktikal selepas berkahwin melainkan jika anda melepaskan prinsip kepercayaan yang asal, misalnya corak kehidupan seharian, pekerjaan, kepercayaan dan pendidikan anak-anak dan sebagainya, masing-masing melibatkan suatu tempoh masa yang lama pada masa akan datang. Oleh itu, jika berkahwin dengan orang yang tidak percaya pada Tuhan (kafir), ini bukan sahaja akan menimbulkan kehuru-haraan dalam agama kepercayaan, malah dalam kehidupan praktikal menjadi tidak bahagia. Yang paling menyedihkan adalah terdapat ramai belia yang belum berkahwin tidak memahami perkara ini (kerana tidak mempunyai pengalaman sedemikian); sampailah mereka merasakan pengalaman tersebut selepas mereka berkahwin, barulah mereka menyesal, akan tetapi waktu itu sudahpun terlambat. Haruslah kita ingat bahawa: “Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji? (Amos 3:3; Neh 13:24; Mal 2:11-12; Mrk 10:11-12; 1 Kor7:2-5, 10-16).

C Kedudukan suami isteri

1.  Suami dan isteri adalah satu daging.

Pandangan Alkitab terhadap suami isteri bukannya “lelaki diagungkan manakala perempuan direndahkan”, juga bukannya “lelaki dan perempuan adalah setaraf”. Pasangan Adam, moyang kita bukannya dibangunkan secara sendirinya, tetapi dibangunkan daripada tubuh laki-laki, malah selepas mendewasa, kedua-duanya akan bersatu, sehingga kedua-duanya itu menjadi satu daging (Ef 5:31). Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu (Mrk 10:8). Perbandingan kedudukan sama ada siapa yang tinggi atau rendah hanya dapat dibuat jika terdapat 2 orang, tetapi memandangkan suami isteri telah menjadi satu, maka perbandingan adalah tidak diperlukan.

* Memandangkan suami isteri telah menjadi satu, maka hak kuasa dan tanggungjawab dalam perkahwinan juga adalah sama (1 Kor 7:2-5, 10-16).

2.  Suami adalah kepala, isteri adalah tubuh.

Walaupun suami isteri telah menjadi satu, hak kuasa dan tanggungjawab dalam perkahwinan adalah sama, akan tetapi, demi mempertahankan tatatertib sesebuah keluarga, Alkitab mencatatkan: Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki (suami) dan Kepala dari Kristus ialah Allah (1 Kor 11:3), dan dikatakan bahawa suami adalah kepala, manakala isteri adalah tubuh. Manusia tidak boleh kekurangan kepala, pada masa yang sama juga tidak boleh kekurangan tubuh badan; walaupun kepala merupakan tuan atas seluruh tubuh, banyak perkara yang penting diuruskan oleh kepala, akan tetapi kita tetap tidak dapat menafikan bahawa sumbangan daripada tubuh terhadap seluruh manusia tidaklah kurang daripada kepala (Ef 5:23, 28).

D Layanan yang seharusnya sesama suami isteri

1.  Suami harus mengasihi isterinya.

(a) Suami harus mengasihi isterinya sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya (Ef 5:25).

(b) Suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri (Ef 5:28-29).

(c) Hiduplah bijaksana dengan isterimu, hormatilah mereka, janganlah berlaku kasar terhadap dia (1 Pet 3:7; Kol3:19).

*Hormatilah isteri, tanpa marah dan tanpa perselisihan, supaya doamu jangan terhalang (1 Pet 3:7 kalimat akhir; 1 Tim 2:8).

2.  Isteri harus tunduk kepada suami.

(a) Isteri harus tunduk kepada suamimu seperti kepada Tuhan, sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu (Ef 5:22-24).
(b) Juga harus tunduk kepada suami yang tidak percaya kepada Tuhan (1 Pet 3:1-6).
(c) Juga harus tunduk kepada suami yang bengis (rujuk: 1 Pet 2:18, 20).

(d) Isteri janganlah mengajar dan memerintah laki-laki (1 Tim 2:12).
*Isteri perlu tunduk kepada suami, supaya jika ada di antara mereka yang tidak taat kepada Firman, walaupun mereka tidak mendengar firman, mereka juga tanpa perkataan dimenangkan oleh kelakuan isterinya (1 Pet 3:1).

*Perhiasan isteri haruslah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, dengan sopan dan sederhana, tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah (1 Pet 3:4; 1 Tim 2:9-11).

* “Pertengkaran seorang isteri” adalah seperti tiris yang tidak henti-hentinya menitik (Ams 19:13; 21:9-19; 25:24; 27:15).

Manusia sentiasa memberi penekanan kepada tradisi, menghormati adat resam masyarakat tempatan. Pada asalnya, adat resam negara kita agak konservatif, tetapi seiring dengan perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perindustrian, di samping itu juga dipengaruhi oleh kesan Eropah dan Amerika Syarikat, maka ini menyebabkan rakyat bertukar fikiran terhadap banyak konsep nilai; terutamanya perubahan pandangan terhadap perkahwinan yang mendadak dan mengejutkan. Sekiranya kita tidak membaca kitab dan berdoa selalu, maka senang saja akan dipengaruhi oleh konsep baru yang kelihatan benar tetapi hakikatnya tidak benar,   kemudiannya malang sekali menuju ke jalan salah (Kol 2:8). Kiranya Tuhan memimpin, supaya setiap seiman dapat menghormati firman Tuhan, menghormati perkahwinan, agar dapat melalui kehidupan perkahwinan yang bahagia.

Seiring Sejalan

Seiring Sejalan

Pendahuluan:

△ Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik (Kej 1:31),hanyalah tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. (Kej 2:18)

△ Perkahwinan adalah perkara yang baik, kerana mereka menerima upah yang baik dalam jerih payah mereka. (Kej 2:18, 24;Pkh 4:9)

△ Berjalan seiringan selepas perkahwinan memerlukan sehati (berjanji) barulah dapat berjalan bersama-sama (Amos 3:3).

Berikut diutarakan empat jenis keadaan sebagai dorongan bersama:

A. Menikmati bersama tetapi tidak menderita bersama

1. Seperti isteri Ayub. (Ayb 2:9-10)

2. Seperti isteri Potifar. (Kej 39:7-18)

△ Sewaktu berhadapan dengan kesusahan, suami isteri haruslah mengatasinya dengan sehati, janganlah berpisah kerana kesusahan.

B. Menderita bersama tetapi tidak menikmati bersama

1. Mikhal menderita bersama dengan Daud. (1 Sam18:20-28; 19:1-17)

2. Tetapi dia tidak dapat bergembira dan dihormati bersama dengan suaminya. (2 Sam 6:16-23)

△ Haruslah suami isteri saling berkongsi kehormatan, kemuliaan dan kejayaan; janganlah memandang ringan dan menyisihkan pihak yang lain.

C. Tidak menikmati bersama dan tidak menderita bersama

1. Pasangan suami isteri Nabal dan Abigail adalah jenis sebegini. (Rujuk 1 Sam fasal 25)

2. Bagi suami isteri jenis ini, kepercayaan mereka masing-masing berbeza, sikap tidak sesuai antara satu sama lain, tidak sehaluan,tekad dan minat/kepentingan pun berbeza. Maka menyebabkan penceraian, oleh itu haruslah berwaspada sejak bermulanya perkahwinan.

△ Ajaran ayat kitab:(2 Kor 6:14-18;Ams18:22;19:14;Ul 7:1-4;Mal 2:14-16)

D. Menikmati dan menderita bersama

1. Abraham dan Sara. (Kej 12:1-5;13:1;23:1-2;25:8-12;1 Pet 3:6)

2. Ishak dan Ribka. (Kej 24:67;25:21;28:8)

3. Elkana dan Hana. (1 Sam1:8, 23;Seluruh Fasal)

4. Akwila dan Priskila. (Rom 16:3-5;Kis 18:2-3, 26)

△ Ajaran ayat Kitab :1 Kor 7:3~5, 32~34;Ef 5:22~33;1 Petrus 3:7;Kol 3:19)。

Kesimpulan :

Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi seumur hidupmu yang sia-sia, yang dikaruniakan TUHAN kepadamu di bawah matahari, karena itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha yang engkau lakukan dengan jerih payah di bawah matahari. (Pkh 9:9)