Peringkat Akhir Riwayat Hidup Raja Asa
| | |

Peringkat Akhir Riwayat Hidup Raja Asa

[Shu Yin Guang]

Nas Kitab:  II Taw 16:1-14

I.             Prakata

Raja Asa menjadi raja atas Yehuda selama 41 tahun. Di antaranya dari tahun pemerintahannya yang ke-36 hingga ke-41 ~ masa 6 tahun yang singkat tersebut, pengalamannya tidak lagi sekembang-maju berbanding peringkat awalnya. Kejatuhannya boleh dijadikan peringatan kita (I Kor 10:11-12)

II.          Perbuatan Jahat Raja Asa

1. Meminta pertolongan manusia, tak lagi meminta pada Allah (1-9; Mzm 14:1-2)

2. Membenci pelihat [yakni nabi] (10a; I Raj 4:29)

3. Menganiaya beberapa orang dari rakyat (10b; Kol 4:1)

4. Sewaktu sakit [ditimpa kesusahan] tidak meminta pada Allah (12; Mat 8:7; I Ptr 5:7)

III.       Kesudahan Berbuat Jahat

1. Dibelenggu roh jahat penyakit (12-13; Ul 28:15, 21-24)

2. Mati dalam penyakit (13;Ul 28:20)

Kesimpulan:

1. Harus menempuhi  jalan ke surga dengan takut dan gentar (Flp 3:12-15; 2:12)

2. Setiap yang ada bagian di dalam Kristus ~ pertahankahlah iman benar yang pada semulanya (Ibr 3:12-14)

Peringkat Awal Riwayat Hidup Raja Asa
| | |

Peringkat Awal Riwayat Hidup Raja Asa

[Shu Yin Guang]

Nas Kitab:  II Taw fasal 14-15; I Raj 15:9-24

I.             Prakata

Dalam tahun kedua puluh zaman Yerobeam, raja Israel, Asa menjadi raja atas Yehuda. Empat puluh satu tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Antaranya, 35 tahun pertama merupakan peringkat awal zaman baik-baik riwayat raja Asa. Ia seorang raja sebagaimana? (I Raj 15:9-10; II Taw 14:1; 15:19)

II.          Kelebihan Kebaikan Raja Asa

1. Melakukan apa yang baik dan benar di mata Tuhan (I Raj 15:9-11; II Taw 14:2)

2. Berbuat seperti Daud, bapa leluhurnya (I Raj 15:11)

3. Memerintahkan seluruh rakyat supaya mencari Tuhan (II Taw 14:4)

4. Bersandar dengan segenap hati kepada Allah untuk mengalahkan musuh (II Taw 14:9-14)

5. Menaati nasihat nabi (II Taw 15:1-15)

III.       Hasil Berbuat Baik

1. Negara aman damai dan diberkati Allah (II Taw 14:16, 5-7; 15:9; Mzm 33:12)

2. Allah menaklukkan negara-negara jiran kepadanya; sehingga mereka tidak berani menyerangnya (II Taw 14:14; 15;4-6; Ams 16:7)

3. Disanjung dan dikasihi seluruh rakyat (II Taw 14:8, 13; 15:10-15)

Penutup:

Kata Paulus: Kerana itu marilah kita, yang sempurna, berpikir demikian. Dan jikalau lain pikiranmu tentang salah satu hal, hal itu akan dinyatakan Allah juga kepadamu. Tetapi baiklah tingkat pengertian yang telah kita capai, kita lanjutkan menurut jalan yang telah kita tempuh (Flp 3:15-16).

Garis Panduan Membaca Riwayat Hidup Raja-Raja
| | |

Garis Panduan Membaca Riwayat Hidup Raja-Raja

Garis Panduan Membaca Riwayat Hidup Raja-Raja

[Yohanes Yang]

Sewaktu nabi Samuel telah tua, umat Israel memohon untuk melantik seorang raja untuk memerintah atas mereka dan Allah meluluskannya (I Sam 8:4-9). Tiga dinasti pertama peringkat awal mornaki berlangsung selama 120 tahun, terdiri daripada raja Saul, raja Daud dan raja Salomo, di mana setiap mereka memerintah selama 40 tahun (Kis 13:21; II Sam 5:4; I Raj 11:41).

Sehinggalah keturunan ke-4, iaitu Rehabeam, negara berpecah kepada dinasti selatan dan dinasti utara. Dinasti Utara ditubuhkan oleh sepuluh suku, dipanggil Kerajaan Israel. Manakala Dinasti Selatan terdiri daripada suku Yehuda dan Benyamin, yang dipanggil Kerajaan Yehuda (I Raj 12:21). Raja-raja sebelah utara berjumlah seramai sembilan belas orang, berlanjutan selama  kira-kira 200 tahun, dan binasa pada 721 sebelum masihi.

Raja-raja sebelah selatan juga terdiri daripada sembilan belas raja (tidak termasuk Atalya, ibu Ahazia). Sama juga dengan keturunan Daud, berlanjutan selama kira-kira tiga ratus tahun dan akhirnya binasa dalam tangan kerajaan Babel pada 586 sebelum masihi.

Bermula daripada raja Saul sampai kepada raja terakhir tanah Yehuda, iaitu raja Zedekia (termasuk juga Kerajaan Israel), kesemuanya ada 42 orang raja. Berikut dibentangkan secara ringkas riwayat dan peristiwa-peristiwa berkenaan mereka, silalah baca dan kajikan dengan teliti, di samping memohon Roh Kudus membantu agar kita beroleh ajaran-ajaran rohani daripadanya, lantas membangunkan diri sendiri. Amin.