4. Beberapa Perkara Yang Perlu ( Kis 15 : 29 )
|

4. Beberapa Perkara Yang Perlu ( Kis 15 : 29 )

Beberapa larangan ini telah diputuskan bersama oleh para penatua dan para rasul di Yerusalem;  Yang memperoleh pimpinan dari Roh Kudus, maka harus dipegang oleh Gereja pada zaman Perjanjian Baru kini.

I.       DILARANG MAKAN DARI MAKANAN YANG DIPERSEMBAHKAN KEPADA BERHALA (Kis 15 : 29)

1.      Jangan makan dari makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala (Kel 34 : 15).

2.     Makan dari makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala adalah makan perjamuan dari iblis, serta bersekutu dengan iblis (1 Kor 10 : 20-21).

3.      Makan dari makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala dapat membangkitkan murka Allah (1 Kor 10 : 21-22;  Bil 25 : 1, 3, 9).

II.     DILARANG MAKAN DARAH (Kis 15 : 29)

1.      Janganlah makan darah segala makhluk yang hidup (Im 17 : 14;  7 : 26-27).

2.      Allah memberikan darah bagi kita adalah untuk menebus dosa kita (Im 17 : 11;  Ibr 9 : 12).

3.      Harus mencurahkan darahnya dan ditimbun dengan tanah (Im 17 : 13).

III.    DILARANG MAKAN DAGING DARI BINATANG YANG MATI LEMAS (Kis 15 : 29)

1.      Jangan makan daging yang masih berdarah (Kej 9 : 4).

2.      Jangan makan daging binatang yang mati sendiri/bangkai (Yeh 4 : 14;  44 : 31).

3.      Bagi yang telah makan pasti tidak tahir (Im 17 : 15-16).

IV.    DILARANG MELAKUKAN PERCABULAN (Kis 15 : 29)

1.      Allah menentukan seorang suami dan seorang isteri (Kej 2 : 24;  Mat 19 : 3-12;  Mal 2 : 15).

2.      Barangsiapa yang berbuat zinah, tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah (1 Kor 5 : 11, 13;  6 : 9-10).

3.      Di dalam hati tidak boleh timbul keinginan (Mat 5 : 27-28;  1 Tes 5 : 23).

KESIMPULAN :

Apabila kita tidak melanggar larangan di atas, maka kita telah berbuat baik (Kis 15 : 29).

42. Hanya Satu Saja Yang Perlu
|

42. Hanya Satu Saja Yang Perlu

Luk 10 : 38-42 – Yang dituju itu apa dan yang perlu itu apa?

Di dalam ayat ke – 39 dikatakan : “Bahawa Maria duduk dekat kaki Tuhan dan terus mendengarkan FirmanNya”.  Maka dapatlah diketahui bahawa “Satu saja yang perlu” tidak lain iaitu Firman Tuhan.

I.       MENGAPA FIRMAN ALLAH ITU PERLU

1.      Sebab Firman itu adalah Allah (Yoh 1 : 1, 14) – Ada Allah baru dapat bersandar kepadaNya.

2.      Sebab Firman itu adalah Terang dunia (Yoh 8 : 12;  Mzm 119 : 105) – Ada terang baru ada pengharapan.

3.      Sebab Firman itu membawa kepada Kehidupan yang Kekal (Yoh 8 : 51) – Ada Kehidupan yang Kekal barulah ada Kebahagiaan yang sesungguhnya.

  • Beribu-ribu kebahagiaan di dunia tidak diperlukan, namun Firman Allah itu benar-benar perlu.

II.     TIDAK BOLEH SIBUK PERKARA JASMANI

1.      Sebab nama adalah hampa (Gal 5 : 26;  Ref : Mzm 146 : 3-4).

2.      Keuntungan juga tidak berguna (Ayb 27 : 8;  1 Tim 6 : 6-10).

3.      Menikmati kemewahan dunia pasti akan menderita (Luk 16 : 19-31) – Tanpa Firman Allah.

  • Lebih rela dengan kehidupan yang hina, miskin, menderita, namun asal ada Firman Alah.

III.    HENDAKAH GIAT DAN TEKUN MENCARI FIRMAN ALLAH

1.      Meninggalkan perkara dunia (Ibr 12 : 1;  Flp 3 : 7-8).

2.      Menghadap kepada Tuhan (Ibr 10 : 22;  1 Ptr 2 : 5) – Berbakti, mendengarkan Firman Allah dan Berdoa.

3.      Tekun mencari Allah – Firman (Yer 29 : 13;  Yoh 1 : 1).

  • Setelah ada Firman Allah, barulah ada Kehidupan (Flp 2 : 16).

KESIMPULAN:

Firman Allah tetap untuk selama-lamanya;  Inilah Firman yang melahirkan kembali (1 Ptr 1 : 23-25).