Pengalaman Antara Kerajaan Syurga Dan Neraka
| |

Pengalaman Antara Kerajaan Syurga Dan Neraka

Sdri. Wong Oi Chu

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus memberi kesaksian. Saya ialah saudari Wong Oi Zhu, berasal dari gereja Kota Kinabalu. Saya ingin mengisah tentang penglihatan saya yang berkaitan dengan pengalaman saya melihat kerajaan Syurga dan neraka.

Pada hujung bulan Jun 2004, saya mengalami penyakit batuk yang serius. Saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Penyakit ini telah berterusan selama 3 hari. Saya telah berjumpa dengan doktor sebanyak 3 kali, namun tidak ada kelihatan sebarang tanda perubahan yang positif pada penyakit saya. Sehingga 2 Julai, ibu kepada kakak ipar saya, Mary menemani saya ke klinik Damai Specialist untuk berjumpa dengan doktor. Selepas pemeriksaan, doktor mengatakan bahawa saya perlu tinggal di dalam wad untuk membuat peninjauan selanjutnya. Pada masa itu, pendeta Thomas Kam dan saudari Liew datang menjenguk saya dan membantu doa untuk saya.

​Pada masa itu, saya mula mengambil pil ubat tidur namun kesannya tidak memberangsangkan. Keadaan ini berlanjutan sehingga 4hb Julai. Selama lima hari empat malam saya tidak dapat melelapkan mata saya. Selepas doktor menjalankan rawatan fisioterapi akhirnya barulah saya dapat tidur dengan nyenyak. Dalam mimpi, saya melihat saya sedang menelefon kakak saya, Ai Yan, yang berada di Kuala Lumpur. Saya memberitahunya bahawa Tuhan ingin menyambut saya pulang ke Syurga. Saya berpesan kepadanya agar menjaga anak perempuan saya, Sherlyn dan membawanya ke Gereja Yesus Benar sehingga dia menjadi dewasa. Saya juga memberitahu kepada suami kakak saya, saudara Tang bahawa saya melihat kerajaan Syurga dan ia merupakan satu tempat yang sungguh indah. Di sana saya juga berjumpa dengan seorang yang tua.

Saya berterbang dengan gembira dan mengikuti orang tua itu menuruni satu lurah. Saya terjaga dari mimpi dan mendapati Penatua Tham bersama dengan anak perempuannya, Khen Siung serta adik saya berada di depan katil saya untuk menjenguk saya. Penatua Tham berkata kepada saya bahawa kerja saya masih belum selesai, maka Tuhan tidak akan menyambut saya pulang dengan begitu cepat. Selepas itu, mereka membantu doa bagi saya.

​Selepas itu, doktor datang melihat keadaan saya. Dia ingin menyuntik ubat ke dalam badan saya dan membuat pengimbasan otak. Saya memberitahu doktor bahawa saya tidak mahu disuntik kerana saya percaya Tuhan merupakan doktor yang paling agung. Saya juga meminta agar dia datang ke gereja benar kerana ia merupakan satu-satunya gereja benar yang dapat diselamatkan. Saya juga memberitahunya bahawa saya baru balik dari Syurga. Selepas doktor mendengar kata-kata saya, dia tidak mempercayainya. Selepas itu, dia menghantar saya untuk membuat pemeriksaan bahagian otak. Namun, laporan pemeriksaan menunjukkan keadaan saya normal segalanya. Selepas menjalani pemeriksaan, saya masih lagi insomnia. Pada malam itu, saya terasa seakan-akan telah masuk ke neraka.

​Saya melihat banyak orang yang sedang dibakar secara hidup-hidup. Saya bukan sahaja melihat keadaan ini dengan mata saya sendiri, malahan saya juga terhidu bau hangus. Saya berasa terperanjat sehingga berpeluh dan ingin melarikan diri dari tempat yang menakutkan itu. Kemudian, ada seorang yang muncul dari kegelapan dan menanyakan saya apakah cara yang saya ingin untuk melangsungkan upacara pengkebumian saya, sama ada menggunakan cara Hindu atau cara Buddhist? Saya menjerit dengan kuat bahawa saya tidak mahu apa-apa pun! Kemudian saya terjaga dari mimpi. Saya sangka saya telah meninggal dunia namun saya masih dapat merasa badan saya sedang bergerak. Tambahan pula, kata-kata penatua Tham mengingatkan saya sekali lagi bahawa Tuhan tidak akan menyambut saya pulang dengan begitu cepat kerana kerja saya masih belum selesai. Kata-kata ini telah menghiburkan hati saya. Oleh itu, saya dapat tidur dengan nyenyak untuk beberapa jam. Selepas itu, roh jahat datang mengganggu saya lagi. Namun selepas berdoa, saya kembali tidur semula.

​ Pada 5 Julai, pihak gereja telah mengadakan Seminar Penyempurnaan Rohani Para Penatua dan Pendeta. Saya telah dibantu doa oleh pihak gereja. Selepas itu, ada juga beberapa orang pendeta yang datang melawat saya. Pada masa itu, saya telah mendapat satu mimpi. Saya melihat diri saya diikat di atas satu rangka besi. Di bawahnya adalah api alam maut. Saya terdengar suara bantu doa gereja untuk saya.

Disebabkan saya berasa amat takut, maka saya berdoa dengan suara yang kuat. Saya berdoa dalam nama Tuhan Yesus, “Ya Tuhan, saya ialah seorang yang berdosa, memohon kiranya Tuhan mengampuni dosaku, memohon kiranya Engkau menyelamatkan aku!” Pada jam 7:30 pagi, ada banyak seiman yang datang melawat saya, termasuk penatua James Wong dan ahli keluarganya yang berasal dari Tenom. Anak buah saya juga datang melawat saya dan menyanyi 2 buah lagu kidung kanak-kanak bagi saya, ’Dalam hatiku ada dua raja, seorang mahu saya masuk ke Syurga, seorang lagi mahu saya masuk ke neraka…’. Saya berasa terharu dengan kidung ini. Sememangnya ada 2 orang raja di dalam hati saya. Ia terpulang kepada saya ingin mengikuti raja yang mana satu. Pada malam itu, saya diganggu oleh roh jahat sekali lagi. Waktu itu adalah jam 2 pagi. Suami saya asyik menggunakan kata-kata penatua Tham untuk menasihati saya, maka barulah saya dapat tidur.

​Pada 6 Julai, akhirnya doktor membenarkan saya untuk pulang ke rumah. Sewaktu tiba di rumah, saya dan keluarga saya berdoa untuk bersyukur kepada Tuhan. Saya berfikir, mungkin Tuhan masih ingin saya menjaga ibu mertua saya. Lantaran itu, saya masih diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di dunia ini. Pada jam 2 pagi hari tersebut, si iblis datang lagi mengganggu saya. Namun selepas berdoa, saya dapat tidur semula. Syukur kepada Tuhan.

​Pada 7 Julai, saya mengikuti kebaktian malam di gereja Kota Kinabalu. Semasa berdoa, penatua Timotius menumpangkan tangan ke atas saya. Selepas itu, saya pulang ke rumah bapa saya dan tinggal di sana selama 10 hari. Adapun pada jam 2 pagi ada roh jahat yang datang mengganggu, namun selepas berdoa saya masih dapat tidur semula.

​Pada 10 Julai, semasa saya duduk bersama dengan koir gereja Kolombong, saya terdengar sebuah kidung yang berbunyi, ’Ada orang yang berdoa bagimu’. Saya terharu sehingga mencucurkan air mata. Bukankah kidung ini merupakan gambaran bagi keadaan saya sekarang?

​Syukur atas kasih Tuhan. Syukur atas bantu doa yang bersungguh-sungguh dari saudara dan saudari gereja sekalian. Dengan adanya bantuan doa daripada mereka, barulah penyakit saya dapat disembuhkan, membolehkan saya mendapat kesejahteraan sehingga dapat mengharungi lembah kekelaman serta berjalan di atas jalan Tuhan. Ya Tuhan! Tongkat-Mu dan gada-Mu menghiburkan hatiku. Saya mahu diam di dalam bait-Mu dan melayani-Mu dalam kehidupan saya ini untuk membalas kasih besar-Mu terhadap saya, sampai selama-lamanya. Amin!

Pengalaman Dan Pengenalan Yang Wajib  Bagi Seorang Gembala
| | |

Pengalaman Dan Pengenalan Yang Wajib Bagi Seorang Gembala

Pengalaman Dan Pengenalan Yang Wajib Bagi Seorang Gembala

[Shu Yin Guang]

Prakata:

Tuhan Yesus pernah berpesan pada Petrus: Gembalakanlah domba-dombaNya [pemercaya]; ini merupakan tanggungjawap dan amanat setiap gembala dan janganlah menyia-nyiakan amanat Tuhan (Yoh 21:13-15; Ams 27:23; 22:6)

 I.             Mengapa Perlu Menggembalakan Domba Tuhan?

  1. Demi membalas anugerah (Mzm 103:1-5; II Kor 6:1-4; Luk 17:11-19)
  2. Demi mempergunakan kesempatan untuk melayani (Pkh 9:10-12; Luk 24:1-8)
  3. Demi memperkayakan diri (I Kor 9:26-27; I Tim 4:16)
  4. Demi menuruti perintah Tuhan (Yoh 21:13-15; I Tim 3:14-15)

 II.          Bagaimana Memainkan Peranan Gembala Dengan Baik

  1. Jadikan sendiri sebagai teladan (I Ptr 5:3; Yoh 10:10, 27)
  2. Hormati jawatan sendiri (Rm 1:1-6; 11:13)
  3. Percaya bahwa segala yang dilakukan pasti diganjarkan Tuhan (Ibr 6:10; Why 14:13)

Kesimpulan:

  1. Kerja suci gereja harus berterusan turun-temurun; utama kerja latihan bakal-bakal pengganti (I Tim 1:18; 4:13-14)
  2. Inginkan pekerjaan yang baik (I Tim 3:1; Yes 6:8; Neh 2:17-18)

 

Bahagian 21: Pengalaman Rohani
| | | |

Bahagian 21: Pengalaman Rohani

Bahagian 21: Pengalaman Rohani

Nas kitab: 12:1-21

[1]      Wahyu Penglihatan (12:1-6)

i. Harus bermegah: “Aku harus bermegah, sekalipun memang hal itu tidak ada faedahnya”.

Δ Maksud ia harus bermegah ialah Paulus memang tidak pernah memegahkan diri, tetapi disebabkan jemaat pada waktu tersebut mulai berubah, dan demi membuktikan ia diutus dan diamanahkan Tuhan, maka ia terpaksa memperkatakannya.

ii. Melancung ke Sorga: “Aku tahu tentang seorang Kristen; empat belas tahun yang lampau, ia tiba-tiba diangkat ke tingkat yang ketiga di sorga” (2).

Δ Supaya jangan ada orang yang memandang tinggi akannya, maka Paulus menggunakan ganti nama pihak ketiga: ‘aku tahu tentang seorang …’. Tambahannya selama empat belas tahun ini ia tidak  pernah ceritakan hal tersebut dan tidak akan mengungkitkannya lagi.

‘Tingkat yang ketiga dari sorga’ ~ langit yang mengatasi segala langit (II Taw 2:6); ‘langit yang mengatasi segala langit dan air yang di atas langit’ (Mzm 148:4). Terbukti ‘langit’, di mana Tuhan    berada adalah tingkat yang ketiga dari sorga.

iii. Perasaan di dalam penglihatan: “Entah di dalam tubuh, aku tidak tahu, entah di luar tubuh, aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya” (2b).

iv. Di Firdaus, mendengar kata-kata yang tak terkatakan, yang tidak boleh diucapkan manusia (4).

Δ Taman Firdaus ialah di alam rohaniah, di mana bahasa pertuturan alam rohaniah sememangnya tidak difahami manusia dari dunia.

Δ Selama ini Paulus tidak pernah bermegah, selain dari pada memegahkan kelemahan diri sendiri, yang lain-lain sama sekali tidak pernah diungkitkannya; “Sebab sekiranya aku hendak bermegah juga, aku bukan orang bodoh lagi, kerana aku mengatakan kebenaran. Tetapi aku menahan diriku, supaya jangan ada orang yang menghitungkan kepadaku lebih dari pada yang mereka lihat padaku atau yang mereka dengar dari padaku” (6).

[2]      Duri Dan Kasih Karunia

i. Makna utama duri ditambahkan pada diri seseorang.

“Supaya aku jangan meninggikan diri kerana penyataan-penyataan yang luar biasa itu”.

“Maka aku diberi suatu duri di dalam dagingku, yaitu seorang utusan Iblis untuk mengocohkan aku, supaya aku jangan meninggikan diri”.

Δ ‘Suatu duri’ penderitaan yang Allah benarkan Iblis timpakan pada seseorang.

Δ Mengikut sesetengah cendekiawan Alkitab, duri pada Paulus adalah sejenis penyakit mata (ruj: Gal 4:14-15; 6:11).

ii. Cukuplah kasih karunia Tuhan bagimu (7-9).

À Duri sememangnya sangat menyiksa dan meyakitkan.

“Tentang hal itu aku sudah tiga kali berseru kepada Tuhan” (8a).

Á Janji kasih Tuhan ~ “Jawab Tuhan kepadaku”.

“Cukuplah kasih karuniaKu bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasaKu menjadi sempurna”   (9).

 Kuasa Kristus menaungi aku.

“Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku” (9).

Δ Tujuan duri pada diri seseorang ialah Allah menginginkan hamba-hambaNya mengenali kelemahan-kelemahan sendiri sepanjang pengalaman itu. Dan dari kelemahan-kelemahan tersebut boleh mengenali kuasaNya. Justeru itu, akan belajar menjadi tidak kuatir akan duri berkenaan, melainkan bersandar kepada naungan kuasa Kristus ~ itulah tujuan Allah menempatkan duri pada hamba-hambaNya.

iii. Dari lemah menjadi kuat (10).

À Bermegah atas kelemahan sendiri.

“Kerana itu aku senang dan rela di dalam kelemahan, di dalam siksaan, di dalam kesukaran, di dalam penganiayaan dan kesesakan oleh kerana Kristus” (10a).

Δ Sebab merasa senang:  “Sebab Dia berjanji padaku: ‘Justru dalam kelemahanlah kuasaKu menjadi sempurna” (9b).

Á Dari lemah menjadi kuat.

“Sebab jika aku lemah, maka aku kuat” (10b).

 [3]     Pengalaman Manis-Pahit Menggembala Jemaat (13:11- 21)

i. Menghadapi seiman yang naif  kerohanian (11a).

“Sungguh aku telah menjadi bodoh, tetapi kamu yang memaksa aku”.

“Sebenarnya aku harus kamu puji. Kerana meskipun aku tidak berarti sedikitpun, namun di dalam segala hal aku tidak kalah terhadap rasul-rasul yang luar biasa itu” (11b).

Δ “…menjadi bodoh…kamu yang memaksa aku”.

Selama ini Paulus tidak pernah memegahkan diri, tetapi disebabkan seiman-seiman yang naif, maka terpaksa ia bentangkan tanda bukti kerasulannya, katanya: “Meskipun aku tidak berarti sedikitpun, namun di dalam segala hal aku tidak kalah terhadap rasul-rasul yang luar biasa itu”.

 ii. Menunjukkan dua tanda bukti kerasulannya (12).

À ‘Telah dilakukan di tengah-tengah kamu dengan segala kesabaran’ (12a).

Δ Sabar menderita, melakukan pekerjaan Injil dan menunaikan tugas pelayanan (II Tim 4:5).

Á Oleh tanda-tanda, mujizat-mujizat dan kuasa-kuasa membuktikan ia seorang rasul (12b).

Δ Memimpin bangsa-bangsa lain kepada ketaatan oleh kuasa tanda-tanda dan mujizat-mujizat dan oleh kuasa Roh (Rm 15:18-19).

iii. Menunjukkan kasih keibubapaan.

À Tidak pernah menyusahkan jemaat Korintus, tidak menerima sebarang pembekalan mereka, melainkan masih berprihatin akan mereka dalam segala hal (13).

Á “Sebab bukan hartamu yang kucari, melainkan kamu sendiri” (14a).

Δ Paulus merancang untuk mengunjungi jemaat Korintus buat kali ketiga, namun dia takut jemaat di situ akan salah faham bahwa, apakah kunjungannya kali ini ialah untuk meminta pembekalan dari mereka. Lalu ia menjelaskan bahwa ia pergi bukan untuk membebani mereka…. ‘Kerana bukan hartamu yang kucari, melainkan kamu sendiri. Kerana bukan anak-anak yang harus mengumpulkan harta untuk orang tuanya, melainkan orang tualah untuk anak-anaknya’ (14).

 Jemaat Korintus seperti anak-anak kecil yang naif, yang tidak tahu menghormati Paulus. Sebaliknya Paulus sendiri ‘suka mengorbankan milikku; bahkan mengorbankan diri untuk kamu’ demi menggembalakan mereka sama seperti ibubapa mengasihi anak-anak kecil yang naif (15a).

Δ Keluhannya: “Jadi jika aku sangat mengasihi kami, masakan aku  semakin kurang dikasihi?” (15b).

iv.  Disalah-fahamkan dan pembelaan.

À Baiklah … kamu katakan: ‘dalam kelicikanku, aku telah menjerat kamu dengan tipu daya’ (16).

Á Penjelasan: menyoal balas mereka.

a) “Jadi pernahkah aku mengambil untung dari pada kamu oleh semua orang dari antara mereka , yang kuutus kepada kamu?” (17).

b) “Adakah Titus dan saudara-saudara yang bersamanya mengambil untung dari pada kamu?” (18a).

Δ “Kami hidup menurut roh yang sama dan berlaku menurut cara yang sama” (18b).

v. Segala-gala adalah untuk membangunkan jemaat.

À Analisa: “Di hadapan Allah dan demi Kristus kami berkata”.

“Semua ini, saudara-saudaraku yang kekasih, terjadi untuk membangun iman kamu” (19).

Á Kuatir akan pemercaya ~ 3 kekuatiran.

a) Kuatir semua orang akan merasa hampa dan kecewa apabila bertemu muka: ‘Aku mendapati kamu tidak seperti yang kuinginkan’ dan ‘kamu mendapati aku tidak seperti yang kamu inginkan’.

Δ Takut dan kuatir jemaat Korintus tidak benar-benar bertobat seperti yang diharap-harapkan oleh  Paulus.

b) Kuatir hal-hal dosa terus berlanjutan dalam jemaat Korintus. Misalnya, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri, fitnah, …kerusuhan (20).

c) Kuatir Allah akan merendahkannya di depan jemaat Korintus (21a).

Δ “Dan bahwa aku akan berdukacita terhadap banyak orang yang di masa yang lampau berbuat dosa dan belum lagi bertobat dari kecemaran, percabulan dan ketidak-sopanan yang mereka lakukan” (21b).