| | | |

Bahagian 3 Dengarkanlah Nabi Yang Dibangkitkan

Nas Kitab: Ulangan fasal 18 ayat 15-19

Prakata:

Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarlah (Ul 18:15)

I.             Dialah Yang Harus Kamu Dengarkan (Ul 18:15)

Δ       Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadany: “Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? …… (II Raj 5:13)

II.          Allah Tidak Berfirman Kepada Manusia (Ul 18:16)

Δ       Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, kerana Tuhan turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapar …… kemudian Tuhan berfirman kepada Musa: “Turunlah, peringatkan kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan Tuhan hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa” (Kel 19:18-21).

III.       Ia Harus Menyampaikan Firman Tuhan (Ul 18:18)

Δ       Lalu Tuhan mengulurkan tanganNya menjemah mulutKu; Tuhan berfirman kepadaKu: “Sesungguhnya Aku menaruh perkataan-perkataanKu ke dalam mulutmu” (Yer 1:9).

Δ       Aku telah mengutus kepadamu segala hambaKu, yakni para nabi, terus-menerus, mengatakan: kembalilah kamu masing-masing dari tingkah-langkahmu yang jahat itu. Perbaikilah perbuatan-perbuatanmu, janganlah mengikuti allah lain untuk beribadah kepada mereka, maka kamu akan tetap diam di tanah yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu …… (Yer 35:15).

Δ       Lalu datanglah firman Tuhan kepadamu: “…… oleh kerana itu katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan Allah:  Tidak satupun dari firmanKu akan ditunda-tunda. Apa yang Kufirmankan akan terjadi, demikianlah firman Tuhan Allah” (Yeh 12:26-28).

IV.       Orang Yang Tidak Mendengar Akan Dituntut Pertanggungjawab (Ul 18:19)

Δ       Namun Tuhan, Allah nenek moyang mereka, berulang-ulang mengirim pesanan melalui utusan-utusanNya, kerana Ia sayang kepada umatNya dan tempat kediamanNya menghina segala firmanNya, dan mengejek nabi-nabiNya. Oleh sebab itu murka Tuhan bangkit terhadap umatNya, sehingga tidak mungkin lagi pemulihan (II Taw 36:15-16)

Δ       Disebabkan umat Israel tidak perdengarkan para nabi, maka mereka diselerakkan ke negara asing (Dan 9:4-7)

V.          Kesimpulan

Δ       Jangan mengusik orang-orang yang Kuurapi dan jangan berbuat jahat tehadap nabi-nabiKu” (I Taw 16:22)

Nabi Kecil Yang Dibunuh
| | |

Nabi Kecil Yang Dibunuh

[Zhu Rong Dao]

Nas Kitab: I Raj 13:7-20

Δ       Ceritakan kisah berkenaan

I.     Proses Pengutusan

1. Diutus untuk bekerja di Kerajaan sebelah utara (I Raj 13:1)
2. Dengan penuh keberanian bernubuat dan mengor raja (13:2-3)

Δ       Penggenapan nubuat (I Raj 13:5; 23:15-20)

3. Mendoakan raja (13:4, 6)
4. Menuruti perintah Allah, menolak pemberian raja (13:7-10)

II.          Sebab-Musabab Dibunuh

1. Kehilangan kewaspadaan dan melalaikan peringatan Allah (13:14-19)
2. Senang mempercayai ucapan nabi tua, tersesatkan oleh kerana tamak (13:18, 19)
3. Mengengkari perintah Allah (13:20-22)
4. Mati diterkam singa (13:23-25) 

III.       Pengajaran

1. Jangan ubahkan perkaaan Allah (Ul 4:1-2; Ams 30:5-6; Yoh 22:18, 19)
2. Bertahanlah sampai kepada kesudahannya (Kol 3:16; II Tim 1:13, 14; Ibr 3:14; Why 2:25, 26)
3. Berjaga-jaga dan bersabar sampai akhir (Mat 26:41; 24:13; Ibr 10:36)
4. Matikanlah keinginan daging (Rm 8:5-6, 13; Gal 5:24)

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas
| | |

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas

Natan, Nabi Yang Setia Ikhlas

[Chen Jin Rong]

Prakata

Natan merupakan seorang nabi yang terkenal di zaman dinasti Daud dan Salomo. Sewaktu Daud telah berbuat dosa, Natan pernah menegur akan perbuatan salahnya (II Sam fasal 12). Pada waktu tua Daud, Natan telah diutus untuk mengurapi Salomo sebagai raja (I Raj 1:11-45); akhirnya ia telah mencatatkan peristiwa riwayat Daud dan Salomo sebagai sebahagian catatan sejarah (I Taw 29:29; II Taw 9:29).

[1]   Personaliti Natan

i. Taat setia kepada Tuhan

Nabi yang bertanggungjawab

‚Taat kepada perintah Tuhan

ii. Setia kepada Daud

Adonia berkomplot merampas takhta Salomo, tetapi Natan tetap setia kepada Daud (I Raj 1:8-10)

Mencatatkan peristiwa riwayat Daud sebagai sebahagian dari catatan sejarah (I Taw 29:29)

iii. Berani menegakkan keadilan

Menegor Daud bahawa ia pasti menerima hukuman atas dosanya (II Sam 12:1-15)

iv. Mempunyai hikmat

Tidak disesatkan oleh komplotan Adonia, bahkan menasihatkan Batsyeba supaya menghadap Daud untuk mengingatkan sumpahan Daud tentang Salomo yang akan menjadi raja (I Raj 1:11-45)

Dengan hikmatnya, Natan telah mereka-cipta satu perumpamaan demi menuntun Daud untuk mengakui dosa sendiri

[2]   Kesudahan

i. Membuat Daud menyesali diri lalu berbalik kepada Tuhan dengan sesungguhnya (II Sam 12:13; Mzm 51)
ii. Berjaya mempertahankan tahkta raja Salomo

[3]   Pengajarannya Kepada Kita

  1. Kita merupakan bangsa terpilih Allah, imamat yang rajani (I Ptr 2:9)
  2. Dengan berani menyatakan kesalahan saudara-saudara (Mat 18:15); lebih baik teguran yang nyata-nyata dari pada kasih yang tersembunyi (Ams 27:5). Menyelamatkan satu jiwa (Yak 5:19-20)
  3. Taat setia kepada Tuhan (Yak 4:4)
  4. Siapa membenci suap akan hidup (Ams 15:27; Ul 19:16)
  5. Nasihati dan ajari tiap-tiap orang dalam segala hikmat untuk memimpin tiap-tiap orang kepada kesempurnaan dalam Kristus (Kol 1:28)