8. Tujuan Allah Memilih Kita
|

8. Tujuan Allah Memilih Kita

Setiap kali orang melakukan sesuatu perkara, tentu ada tujuannya;  Untuk percaya kepada Tuhan juga mempunyai tujuan iaitu untuk memperoleh ketenteraman, kesembuhan, terlepas dari dosa, dan diselamatkan.  Namun Alkitab menunjukkan kepercayaan manusia terhadap Tuhan, bukan berasal dari diri sendiri, melainkan dipilih oleh Allah, sehingga baru dapat menjadi umat Kristian (Yoh 15 : 16).

Sekalipun dipilih oleh Allah, kalau dibicarakan dalam pihak Tuhan, Ia memilih manusia untuk menjadi bangsanya, mempunyai tujuan yang lebih penting, iaitu agar umat harus mengerti, serta rajin untuk mencapai tujuan yang diinginkan oleh Tuhan kepada umatnya, barulah tepat pada sasarannya/tujuannya.

I.       SUPAYA ORANG YANG PERCAYA DISELAMATKAN

Tujuan ini sesuai dengan tujuan orang yang percaya akan Tuhan, yakni dasar dari Inji, berasal dari Kasih Allah, yang mengutus JuruSelamat datang, supaya orang yang percaya kepadaNya dapat diselamatkan (Yoh 3 : 16;  Mrk 16 : 16).

Tetapi bagaimana harus percaya serta melakukannya baru dapat diselamatkan?  Ada caranya yang tertentu, iaitu yang dilakukannya harus sesuai dengan Alkitab, dilahirkan dari air dan Roh Kudus (Yoh 3 : 5;  Tit 3 : 5).

Selain itu, masih harus mentaati perintah dan nasihat yang ditunjukkan dari Alkitab, tidak seperti Gereja lain yang mengubah Injil (Gal 1 : 6-8) baru dapat mencapai tujuan Tuhan memilih kita.

II.     SUPAYA UMAT MELAKUKAN KEBAJIKAN (Ef 2 : 10)

Umat manusia semua mengetahui tentang pentingnya melakukan kebajikan, namun kenyataannya tidak ada seorang pun yang dapat melakukannya hal tersebut.  Alkitab telah memberi petunjuk dengan jelas (Rm 3 : 12;  Pkh 7 : 20).

Orang bijaksana kuno pun pernah mengatakannya, seperti nabi Khung Tze berkata : “Orang baik aku belum pernah melihatnya”.

Bahkan pepatah orang dunia pun berkata dengan jelas : “Seorang pun tidak ada yang baik, sekalipun lubang hidungnya menghadap ke bawah”.

“Manusia yang berhati baik masih belum dilahirkan”.

  • Hanya orang yang dipilih Allah untuk menjadi umatNya, yang diahirkan di dalam Tuhan, yang mempunyai tabiat “baik” Allah, pada dasarnya mempunyai kekuatan untuk melakukan kebajikan.

Maka tujuan utama Tuhan memilih murid-murid, menurut petunjuk dari Ef 2 : 10 adalah untuk melakukan kebajikan.

Tetapi kebajikan yang diinginkan Tuhan oleh umatNya, bukan kebajikan yang dilihat oleh orang dunia pada umumnya, melainkan seperti yang dikatakan oleh Alkitab “Untuk melakukan pekerjaan yang dipersiapkan Allah sebelumnya” iaitu yang dilakukan di dalam Tuhan barulah kebajikan yang sesungguhnya.

  • Sebenarnya Allah pribadi adalah baik (Mrk 10 : 18).

Firman Allah adalah “Harta yang indah” (2 Tim 1 : 14).

Pekerjaan bagi Allah adalah “Pekerjaan yang indah” (1 Tim 3 : 1;  Neh 2 : 18).

Motto :    Iaitu memberitakan Injil, membawa orang berbalik kepada Allah, melakukan berbagai macam pekerjaan kudus bagi Gereja Allah, menolong, meneguhkan iman para umat, menggenapi penyelamatan, dan hal lain-lainnya, barulah melakukan kebajikan yang sesungguhnya.

  • Allah mempersiapkan kebajikan yang harus dilakukan oleh kita, maka kita harus

–  melakukan dengan rajin (Tit 2 : 14).

–  saling mendorong (Ibr 10 : 24).

–  melakukan apabila ada kesempatan (Gal 6 : 10).

–  melaksanakan dengan tekun, sebab apabila sudah datang waktunya akan mendapat pahala (Rm 2 : 7;  Gal 6 : 9).

III.    SUPAYA UMAT MENYATAKAN KEMULIAAN ALLAH (Yes 43 : 7)

Sebenarnya Allah menciptakan alam semesta, serta manusia, adalah ingin menyatakan KemuliaanNya, akan tetapi manusia yang telah berdosa ini, telah kehilangan Kemuliaan Allah (Rm 3 : 23).

Kemudian, Allah menggenapi kehendakNya, dari pemilihan murid yang diselamatkan untuk memuliakanNya.  Maka dasar utama umat Kristian adalah harus memuliakan perkara Allah dengan rajin.

1.      Perbuatan terang dari umat (Mat 5 : 16; 1 Ptr 2 : 12), iaitu mengeluarkan buah yang terang (Ef 5 : 8-9;  Yoh 15 : 8).

Untuk hal ini, Paulus memohon serta menasihatkannya (Flp 1 : 10-11;  2 : 15).

2.      Kesempurnaan dari Gereja (Ef 3 : 21) yang penting ada 3 hal :

a.      Orang yang menjadi umat Kerajaan Syurga akan bertambah jumlahnya (Ams 14 : 28).

b.      Umat beriman tekun, sehati, saling mengasihi (Kis 2 : 44-47).

c.      Kesempurnaan mengurus di dalam Gereja/Jemaat, mentaati keputusan, saling mematuhi/menurut (Kis 6 : 1-7;  16 : 4-5;  Ef 5 : 19-21).

Beberapa hal ini adalah tujuan Allah memilih kita untuk menjadi umat Kristian, yang harus dimengerti oleh setiap umat dengan jelas, rajin agar tercapai dengan segera, supaya Tuhan puas dipermuliakan, barulah umat Kristian yang sempurna, yang memperoleh berkat selama-lamanya/ kekal.

Bagaimanakah Memilih Jodoh Dalam Tuhan?
|

Bagaimanakah Memilih Jodoh Dalam Tuhan?

A.  Bertekad Atau Berazam (Kej 24:1-3)

1.  Tidak dipengaruhi konsep dan piawaian pemilihan jodoh yang bercorak duniawi.

2.  Bertekad atau berazam untuk memilih jodoh dalam Tuhan.

3.  Disokong oleh ibu bapa.

B.  Berserah Kepada Tuhan Dalam Hal Perkahwinan (Kej 24:12 ; Ams 3:5-6)

1.  Berdoa dengan tumpukan perhatian dan berserah kepada Tuhan dengan ikhlas.

2.  Menerima bantuan daripada seiman dan bekerjasama dengannya secara positif.

3. Jika tidak dapat mencari jodoh pada masa itu, jangan kecewa dan berundur. Seharusnya, berdoa dengan lebih tekun.

C.  Menitikberatkan Kepercayaan Pihak Lain (Kej 24:4 ; Ams 31:30)

1.  Hanya orang yang takut akan Tuhan tahu menghormati perkahwinan.

2.  Hanya orang yang mengasihi Tuhan tahu mengasihi manusia.

D.  Menitikberatkan Akhlak Pihak Lain (Kej 24:15 ; Ams 31:10)

1.  Tidak menitikberatkan kecantikan rupa luaran pihak lain.

2.  Hanya menitikberatkan akhlak dalaman pihak lain.

E.  Merendahkan Syarat-syarat Pemilihan Jodoh (Pkh 2:4-11 ; 1 Tim 6:10,17)

1. Jika kita meninggikan syarat-syarat duniawi, tidak senang mendapat jodoh yang sesuai.

2.  Harus mengikis konsep status dan merendahkan syarat-syarat duniawi.

F.  Jangan Menganggap Perkahwinan Sebagai Perjudian (Kitab Hakim-hakim fasal 14-16)

1.  Sesetengah seiman beranggapan bahawa jika tidak dapat mencari jodoh yang sesuai dalam Tuhan lalu mencari orang kafir tidak semestinya kurang baik, kerana berpeluang untuk membawanya percaya Tuhan. Namun, hakikatnya bukan sedemikian. Biasanya, pihak yang sudah percaya akan dipengaruhi dan dihalang oleh pihak yang tidak percaya sehingga melepaskan kepercayaannya.

G.  Menjaga Kekudusan Sebelum Berkahwin (Ibr 13:4 ; Rm 7:2-3)

1.  Sebelum berkahwin, tidak boleh bertemu di tempat yang tersembunyi. Seharusnya, bertemu di tempat yang terbuka.

2.  Sebelum berkahwin, tidak boleh terlalu rapat dan mesra supaya tidak berdosa dalam ketidakwaspadaan.

H.  Menghormati Perkahwinan yang Dipersatukan Tuhan (Kej 2:18-25 ; Mrk 10:6-12)

1.  Menunaikan kewajiban untuk memprihatin dan mengasihi jodoh sendiri, tidak meninggalkannya seumur hidup.

2.  Berusaha untuk mencipta kehidupan yang bahagia untuk jodoh.