53. Allah Melihat Dalam Hati Manusia
|

53. Allah Melihat Dalam Hati Manusia

KITAB BACAAN : 1 Sam 16 : 6-7, 10-13;  Mzm 139 : 1-2.

I.       KEINDAHAN DALAM HATI LEBIH PENTING DARIPADA KEINDAHAN WAJAH/RUPA

1.      Orang yang berwajah cantik, dalam hatinya belum tentu baik.

Orang kuno berkata : “Mengetahui orang dan rupanya, namun tidak mengetahui hatinya”.

a.      Absalom – pemuda tampan (2 Sam 14 : 25-27;  18 : 9-10, 14-15).

b.      Zakheus – orang yang pendek (Luk 19 : 1-10).

  • Jangan menilai orang menurut wajahnya (2 Kor 5 : 16;  Yoh 7 : 24).

2.      Allah mengasihi akan orang yang jujur dalam hatinya (Mzm 51 : 6).

  • Jujur :  Iaitu lurus, memegang janji, tidak tamak, tidak palsu, tidak pura-pura (Yoh 1 : 45-47).
  • Tidak jujur :  Iaitu mudah berjanji, hilang kepercayaan, menyangkal, sembarangan, tamak, berdusta, …… Saul adalah orang yang semacam ini (1 Sam 10 : 8;  13 : 9-10;  15 : 1-15). Kerajaannya dihapuskan oleh Allah.

3.      Allah menyenangi akan orang yang adil, pemurah dan rendah hati (Mi 6 : 8).

a.      Allah membenci orang yang berlaku tidak adil (Ams 17 : 15;  Yes 5 : 20-23).

Allah mengasihi bagi yang adil (1 Sam 30 : 21-24;  Kis 13 : 22).

b.      Murah hati (menaruh kasihan, bersimpati). (Mat 5 : 7;  9 : 13).

c.      Rendah hati, mahu menerima pendapat orang lain (Kel 18 : 13-24;  1 Ptr 3 : 8).

II.     PENYATAAN KEINDAHAN DALAM HATI

1.      Dalam doa (Luk 18 : 9-14).

2.      Dalam persembahan (Mat 6 : 21).

  • Maria (Mrk 14 : 3-9).
  • Janda miskin (Mrk 12 : 41-44).

3.      Dalam saat menerima Kasih.

  • “Orang baik sekali pun miskin tidak akan meminta, bahkan kaya pun tidak sombong”.

Seperti : Mordekhai (Est 3 : 1-2;  6 : 5-12).

  • (Yak 2 : 2;  Kis 24 : 16;  Ams 4 : 23;  1 Ptr 1 : 13).

 

Mengapa Berdiri Melihat Ke Langit?
|

Mengapa Berdiri Melihat Ke Langit?

Nas Alkitab: Kis 1:11

Malaikat bertanya kepada murid-murid, juga bertanya kepada kita, satu soalan yang harus kita renungkan. Di bawah ini, kita akan menjawab, memahami, dan memberi respon.

Maksud pertanyaan ini:

(1) Tuhan Yesus telah berangkat ke syurga, masuk ke dalam kemuliaan dan duduk di sebelah kanan Yang Tertinggi. Mengapakah masih terpegun berdiri di sana melihat ke langit yang luas?

(2) Sekiranya mengharapkan kedatangan semula Tuhan untuk masuk ke dalam kemuliaanNya, mengapakah masih “berdiri” dengan tidak bergerak, bukankah harus cepat-cepat bertindak untuk persediaan mencari kehendak Tuhan.

Tidak sedikit umat Kristian pada hari ini mengharapkan kedatangan semula Tuhan pada zaman akhir ini. Mereka berharap dapat masuk ke dalam kerajaan syurga dan menikmati hidup kekal bersama dengan Tuhan. Tetapi masih berdiri di tahap yang belum sempurna, tidak rela meninggalkan “tempat asal” dengan serta merta, untuk mencari injil yang menyeluruh, dan masuk ke dalam kesempurnaan. Sesungguhnya, kamu orang-orang yang mengasihi Tuhan, mengapakah berdiri melihat ke langit”? Tidak rela meninggalkan tempat asal yang tidak sempurna? Sebab tempat asal sudah tidak dapat melihat Dia, maka berdiri melihat ke langit juga sia-sia melihat sahaja. (Kis 1:9)

1. Mengapakah berdiri melihat ke langit?

Ikatan perasaan jasmani: Tuhan terangkat ke syurga dalam tubuh jasmani, mereka sememangnya berasa tidak sampai hati dan kaki mereka juga tidak rela untuk meninggalkan tempat itu. Pada hari ini, orang-orang yang berbalik kepada Yang Benar juga ada yang lambat maju kerana ikatan perasaan. (Rujuk Luk 9:61-62)

Tidak dapat meninggalkan tempat yang ada kelebihan: Tuhan Yesus menjalankan tanda mukjizat di tempat ini (Terangkat ke syurga). Tempat ini pasti sangat ilahi, dan yang dikenan oleh Tuhan. Kini, pelbagai jenis demominasi agama juga ada tanda mukjizat. Jadi tidak boleh berdiri dan tidak bergerak, harus berusaha untuk mendengar kata-kata dari Alkitab, meninggalkan tempat asal dan masuk ke dalam kesempurnaan (Ibr 6:1-3).

Bukit Zaitun ialah tempat yang sering digunakan sebagai tempat kebaktian dan menyampaikan khotbah oleh Tuhan Yesus dan murid-muridNya sebelum terangkat ke syurga. Sudah tentu murid-murid akan berasa lebih biasa berkebaktian di sini daripada tempat yang lain. Tetapi Tuhan berkata: “Aku ada domba-domba yang lain, yang bukan dari kandang ini.” (Yoh 10:16, 27)

2. Apa yang harus saya lakukan?

(a) Kembali ke kota (Kis 1:12).

Sebab Tuhan pernah berpesan jangan meninggalkan Yerusalem, untuk menantikan apa yang dijanjikan Bapa (Kis 1:4-5).

* Iaitu kota memohon hujan (Roh kudus), ibu kota Raja (Za 14:17).

* Iaitu melambangkan khemah Tuhan bagi Yerusalem baru pada zaman akhir (Why 21:2-3).

Dengan itu, kita tahu Tuhan diam di dalam kita, sebab ada Roh Kudus (1 Yoh 3:24).

* Iaitu tempat untuk menegakkan nama Tuhan, tidak boleh sembarangan (Ul 12:5-7, 13).

Murid-murid mengetahui peringatan malaikat, kembali ke kota Yerusalem dan berkumpul dalam satu hati, berdoa dengan bersungguh-sungguh, menantikan penurunan Roh Kudus secara hidup, yang nyata, yang dapat dilihat dan dapat didengar. (Kis 1:12-14; 2:1, 33; 8:16-18; 18:44-47; 19:1-7).

Menerima firman kebenaran, karunia Roh, pembaptisan untuk pengampunan dosa (Kis 9:17-19, 22; 16).

Tuhan berkata kepada Saulus: Bangunlah, pergilah ke dalam kota Damsyik, di sana akan dikatakan kepadamu, apa yang harus kauperbuat. (Kis 9:6; 22:10) “Damsyik” bermaksud “Tuan yang menghakimi”, Roh kudus ialah tuan yang menghakimi (Yoh 16:8), iaitu masuk ke dalam gereja yang mempunyai Roh Kudus, menerima Roh Kudus dan pembaptisan untuk pengampunan dosa. (Rujuk Kis 9:17-19)

(b) Menjadi saksi (Kis 1:8).

(i) Kesaksian menerima kasih karunia.

(ii) Kesaksian firman kebenaran.

(iii) Kesaksian kedatangan kembali Tuhan.

(c) Bersedia menyambut Tuhan (Kis 1:11b)

(i) Sentiasa menambah minyak dalam pelita, pelita sentiasa menyala (Mat 25:1-10).

(ii) Harus selalu putih pakaianmu, jangan tidak ada minyak di atas kepalamu (Pkh 9:8), harus dipenuhi dengan Roh Kudus dan menjaga kekudusan (Why 3:4-5; 19:7-8; 22:12,14).

(iii) Berjaga-jaga, berusaha dalam pekerjaan (1Ptr 4:7-8), menuruti firman kebenaran, menjaga kekudusan (2 Ptr 3:8-11).

Kesimpulan:

Barangsiapa yang mengharapkan kedatangan kembali Tuhan, mengharapkan untuk masuk ke dalam syurga, janganlah berdiri dan melihat yang kosong. Harus berusaha mengejarkan kesempurnaan: iaitu kesempurnaan dari segi firman yang dipercayai, kesempurnaan kasih, iman, perbuatan, pertuturan dan kekudusan.

Kerana Percaya, Bukan Kerana Melihat
|

Kerana Percaya, Bukan Kerana Melihat

Pendahuluan
Allah  terus membangun dan mempersiapkan kita dan mengaruniakan Roh Kudus kepada kita sebagai jaminan, supaya kita hidup adalah kerana percaya, bukan kerana melihat. (2 Korintus 5: 5-7)

A. Yang diminta manusia adalah yang dapat dilihat

1. Manusia meminta bukti untuk percaya.

∆  Zakharia berkata: “Bagaimana aku tahu, bahawa hal ini akan terjadi?” (Lukas 1:13-20)

∆ Tomas berkata: “Sebelum aku melihat bekas paku pada tanganNya, sekali-kali aku tidak akan percaya.”  (Yohanes 20:25)

∆ Mereka yang kenyang kerana telah makan roti berkata: “Tanda apakah yang Engkau perbuat, supaya dapat kami melihatnya dan percaya kepada-Mu?” (Yohanes 6:29-30)

∆  Yesus berkata: “Jika kamu tidak melihat tanda dan mujizat, kamu tidak percaya.” (Yohanes 4:48)

2. Orang yang tidak percaya akan mengejek dan memperolok-olokkan.

∆ Serdadu-serdadu berkata: “Baiklah Mesias, Raja Israel itu, turun dari salib, supaya kita lihat dan percaya.”  (Markus 15:32)

 ∆ Sesungguhnya orang ini telah melihat, mereka pun tidak  percaya. (Yohanes 6:36, 12:37) (Lukas 22: 67 )

B. Belajar “Melihat kerana iman”

1. Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. (Ibrani 11:1-2)

2. Mengalami dan mengetahui  Allah dengan  mata hati. (Efesus 1:18-23)

3. Elia percaya kepada firman Tuhan, telah mendengar “bunyi derau hujan”. (I Raja-raja 18:1,41-46)

4. Kerana iman maka Musa telah meninggalkan Mesir dengan tidak takut akan murka raja, ia bertahan sama seperti ia melihat apa yang tidak kelihatan. (Ibrani 11:27)

5. Telah melihat dan memahami “kemah tempat kediaman di bumi” dan “tempat  kediaman di sorga yang kekal”, sebab itu, berusaha supaya berkenan kepada Tuhan. (2 Korintus 5:1-9)

C. Membantu orang lain supaya  dapat  melihat  Allah

1. Berdoa meminta Tuhan membuka mata hati seseorang. (Efesus 1:15-18)

 ∆ Elisa berdoa supaya Tuhan membuka mata bujang itu, sehingga ia malihat.” (2 Raja-raja 6:15)

2. Mempergunakan perkataan yang diajar oleh Roh. (1 Korintus 2:13)

∆ Bagaimanakah aku dapat mengerti, kalau tidak ada yang membimbing aku?”. (Kis 8:31)

 ∆ Jangan menghakimi saudaramu yang lemah iman, menasihati dan mengajar dalam segala hikmat. (Roma 14:1-6) (Kolose 1:28)

3. Memelihara kekudusan diri, tidak bercacat, memuliakan Tuhan. (Matius 5:13-16) (1 Petrus 2:12)

∆ Kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai Tuhan, memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada pada kamu. (1 Petrus 3:15)

∆ Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-murid-Ku, iaitu jikalau kamu saling mengasihi. (Yohanes 13:35)

Kesimpulan

1. Kita diselamatkan dalam pengharapan.  Kita mengharapkan apa yang tidak kita lihat, kita menantikannya dengan tekun. ( Roma 8:24)

2. “Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.” (Yohanes 20:28-29) “Jikalau engkau percaya, engkau akan memlihat kemulian Allah.” (Yohanes 11:40)