Bahagian 9: Konsep Kehidupan – Hidup Demi Tuhan
| | | | | |

Bahagian 9: Konsep Kehidupan – Hidup Demi Tuhan

Bahagian 9: Konsep Kehidupan – Hidup Demi Tuhan

Nas kitab: 5:14-21

[1]      Sebab-Musabab Hidup Demi Tuhan (5:14-15)

i. Kasih Kristus menguasai kita.

“Ia, satu orang mati untuk semua orang, maka mereka semua seudah mati” (14).

¬    Ia menjadi Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia (Yoh 1:29).

Ia sendiri telah memikul dosa kita di dalam tubuhNya di kayu salib, supaya kita yang telah mati terhadap dosa, hidup untuk kebenaran. Oleh bilur-bilurNya kamu telah sembuh (I Ptr 2:23,24).

“Supaya mereka yang hidup, tidak lagi hidup untuk dirinya sendiri, tetapi untuk Dia, yang telah mati dan telah dibangkitkan untuk mereka” (15).

a) “Persembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup dan kudus dan yang berkenan kepada  Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati” (Rm 12:1, 2).

b) Sebab jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan (Rm 14:8, 9).

ii. Kita telah menjadi manusia ciptaan baru (16-17).

‘Tidak lagi menilai seorang jugapun menurut ukuran manusia’ (16).

Tidak lagi mempunyai konsep nilai menurut pandangan mata jasmani maupun duniawi.

Dan jika kami pernah menilai Kristus menurut ukuran manusia, sekarang kami tidak lagi menilaiNya demikian (16b).

Δ Sebelum Paulus dipanggil, dia melihat Kristus hanya dari ukuran mata jasmaninya, di mana ia melihat bahawa Kristus hanyalah datang dari Nazaret, dan berdasarkan ukuran mata jasmani juga ia menganiayai jemaat. Setelah dipanggil ia mengenali Kristus sebagai yang tak ternilai, oleh itu: sekarang kami tidak lagi menilaiNya menurut ukuran manusia.

Δ Kristus memberikan kita hidup baru, iaitu manusia ciptaan baru, oleh demikian kita harus miliki objektif baru ~ Hidup Demi Tuhan.

[2]      Amanat Hidup Demi Tuhan (5:18-21)

i. ‘Pelayanan’ mendamaikan semua orang (18a).

‘Dengan perantaraan Kristus telah mendamaikan kita dengan Allah’ (18a).

Δ “Oleh darah Kristus, Ia mempersatukan kedua pihak dan yang telah merubuhkan tembok pemisah”  (Ef 2:13,14).

“Dan mempercayakan pelayanan pendamaian itu kepada kami” (18b).

Δ Dengan perantaraanNya kami menerima kasih karunia dan jabatan rasul untuk menuntun semua bangsa, supaya mereka percaya dan taat kepada namaNya (Rm 1:5).

“Sebab Allah mendamaikan dunia dengan diriNya oleh Kristus dengan tidak memperhitungkan pelanggaran mereka” (19a).

Δ Dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma kerana penebusan dalam Kristus Yesus… untuk menunjukkan keadilan Allah, kerana Ia telah membiarkan dosa-dosa yang telah terjadi dahulu pada masa kesabaranNya (Rm 3:24,25).

ii. ‘Ia telah mempercayakan berita pendamaian itu (firman) kepada kami’ (19b).

Δ …pemberitaan Injil yang telah dipercayakan kepadaku sesuai dengan perintah Allah, Juruselamat kita (Tit 1:3).

Δ Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk (Mrk 16:15,16).

Δ  Pergilah dan beritakanlah……kamu telah memperolehnya dengan cuma-cuma, kerana itu berikanlah pula dengan cuma-cuma (Mat 10:7, 8).

iii. Jadi ‘utusan’ mendamaikan manusia dengan Allah (5:20-21)

¬ Dengan sikap yang tekun, tabah dan sungguh-sungguh, para rasul menyelamatkan orang-orang  Korintus berdamai dengan Allah (20).

‘Kami ini adalah utusan-utusan Kristus’ (20a).

Δ Versi terjemahan baru: kami ini adalah utusan-utusan Kristus (20a).

‘Seakan-akan Allah menasihati kamu dengan perantaraan kami’ (20b).

Δ Versi terjemahan baru: Allah sendiri menasihati kamu dengan perantaraan kami (20b).

Meminta kepada mereka yang berbuat dosa agar memulihkan hubungan yang normal dengan Allah.

‘Dalam nama Krsitus kami meminta padamu: berilah dirimu didamaikan dengan Allah’ (20c).

Δ Versi terjemahan baru: ‘Dalam nama Kristus kami meminta padamu: biarkanlah Allah mengubahkan kamu, agar kamu berdamai semula denganNya’ (5:20c).

iv. Tanda bukti mendamaikan manusia dengan Allah.

¬ ‘Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuatNya menjadi dosa kerana kita (21a).

Δ Versi terjemahan baru: Pada hakekatnya, Kristus tidak berdosa tetapi oleh kerana kita, Allah membiarkanNya memikul dosa kita (21a).

 ‘Supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah’ (21b).

Δ Versi terjemahan baru: supaya kita berdamai semula dengan Allah, olehNya (21b).

Bahagian 8: Konsep Kehidupan Berdasarkan Iman Bukan Melihat
| | | | | |

Bahagian 8: Konsep Kehidupan Berdasarkan Iman Bukan Melihat

Bahagian 8: Konsep Kehidupan Berdasarkan Iman Bukan Melihat

Nas kitab: 5:1-13

[1]      Kemah Tempat Kediaman Di Bumi Pasti Dibongkar

i. “Kerana kami tahu” (5:1).

¬ Seumur hidup yang Tuhan berikan kepada manusia (Mzm 90:3-10).

a) Seperti suatu giliran jaga di waktu malam (4).

b) Seperti mimpi (5).

c) Seperti dihanyutkan air (5).

d) Seperti rumput yang tumbuh, di waktu pagi berkembang dan bertumbuh, di waktu petang lisut dan layu (6).

e) Masa hidup ialah tujuh puluh tahun, jika kuat delapan puluh tahun (10).

ii. Selama di dalam kemah ini, kita mengeluh:

¬ Kehidupan manusia di dunia tetap ada penderitaan (Ayb 5:7) [singkat dan tersiksa] (Kej 47:9).

­- Kebanggaan hidup manusia ialah kesukaran dan penderitaan; sebab berlalunya buru-buru, dan kami melayang lenyap (Mzm 90:10; Pkh 1:2).

– Kerana kita rindu mengenakan tempat kediaman sorgawi (5:2).

Δ Itu memang jauh lebih baik (Flp 1:23).

– Tidak persimis, tidak membenci dunia.

‘Tanpa menanggalkan yang lama’ (5:4c), bukanlah bermakna awal-awal meninggalkan dunia ini (ruj: Yoh 17:15), melainkan hidup demi Tuhan menurut kehendakNya.

‘Mau mengenakan pakaian yang baru’ (5:4b) ~ maksudnya ialah tubuh rohaniah yang bangkit kerana itu adalah jauh lebih baik (Flp 1:23; Rm 8:18).

‘Supaya yang fana itu ditelan oleh hidup’ ~ versi terjemahan baru: ‘supaya yang fana itu digantikan hidup’ (5d).

Δ Kita berharap di masa kelak kita akan bangkit dan sepenuhnya berubah kepada tubuh rohaniah yang mulia (I Kor 15:43).

[2]      Tujukan Pandangan Kepada Hidup Kekal ~ Kerana Percaya, Bukan Kerana Melihat (5:1, 5-13)

i. ‘Allah telah menyediakan’ (5:1).

Δ Terjemahan bahasa Cina: “Dibangunkan Allah’.

– Yang direncanakan Allah (Ibr 11:10).

– Tempat kediaman yang kekal di sorga (5:1) ~ tidak dapat binasa, tidak dapat cemar dan tidak dapat layu ( I Ptr 1:4).

– Dengan demikian kita berpakaian (5:2,3) ~ betapa mulia dan hormat.

ii. ‘Allah mempersiapkan kita’ (5:5) ~ Tetapi Allahlah yang mempersiapkan kita untuk hal itu.

Δ Versi terjemahan baru: “Allah sendiri mempersiapkan kita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu (5:5).

¬  Mula-mula menanamkan firman hidup (benih) ke dalam hati kita (Yak 1:21; Yoh 1:16).

Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah (Kol 3:3). Di masa kelak, kita akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan (Kol 3:4).

iii. Roh sebagai jaminan ~ “Roh Kudus sebagai tanda bukti” [kata asalnya: sebagai aset / modal] (5:5).

Δ Aset bermakna gadai janji, cagaran ataupun jaminan.

iv. Sebab hidup kami ini adalah hidup kerana percaya, bukan kerana melihat (5:7).

“Maka oleh kerana itu hati kami senantiasa tabah, meskipun kami sedar, bahawa selama kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh dari Tuhan” (5:6).

“Tetapi hati kami tabah, dan terlebih suka kami beralih dari tubuh ini untuk menetap pada Tuhan” (5:8).

Δ Walaupun kita tidak pernah melihat Tuhan, juga tidak pernah melihat Sorga, namun disebabkan kita percaya bahawa Dia adalah Allah maha setia, dengan Roh Kudus sebagai jaminan yang paling nyata, maka siang dan malam kita mengharapkan penyataan kemuliaan tersebut. Justeru itu, kita tabah menghadapi hidup maupun mati – itulah pengharapan hidup yang dijanjikan Tuhan (I Ptr 1:3-5; II Ptr 1:4).

v. Berusaha melakukan segala yang berkenan kepada Allah (5:9) ~ hidup layak di hadapanNya (Kol 1:10).

Δ Haruslah hidup berkenan kepada Allah. Hal itu memang telah kamu turuti, tetapi baiklah kamu melakukannya lebih bersungguh-sungguh lagi (I Tes 4:1).

Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus (5:10a).

Supaya setiap orang memperoleh apa yang patut diterimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat (5:10b).

vi. Takut akan Tuhan.

– Kami tahu apa ertinya takut akan Tuhan, kerana itu kamu berusaha menyakinkan orang (11).

¬ Bagi Allah hati kami nyata terang (5:11a).

Aku berharap hati kami nyata juga demikian bagi pertimbangan kamu (5:11b).

vii. Muliakan Allah dalam segala hal (12).

Dengan ini kami tidak berusaha memuji-muji diri kami sekali lagi kepada kamu, tetapi kami mau memberi kesempatan kepada kamu untuk memegahkan kami (12a).

Supaya kamu dapat menghadapi orang-orang yang bermegah kerana hal-hal lahiriah dan bukan batiniah (12b).

Δ Memberi kesempatan kepada kamu untuk memegahkan kami ~ itu adalah demi kebaikan jemaat, di mana jemaat memuliakan Allah atas kesaksian-kesaksian baik para gembala.

Δ Orang-orang yang bermegah kerana hal-hal lahiriah bukan batiniah – ditujukan kepada orang-orang Yahudi yang tidak percaya. Sudahpun hati tidak percaya, mulut pula mahu memfitnah; juga ditujukan kepada pertuturan dan perbuatan para pendeta.

Δ Versi terjemahan baru: agar kamu boleh menjawap mereka yang hanya mengutamakan lahiriah, tidak mengutamakan perwatakan seseorang (5:12).

viii. Bergiat untuk Allah, menguasai diri kerana orang lain “Sebab jika kami tidak menguasai diri, hal itu adalah untuk Allah”.

Terjemahan bahasa Cina: Sebab jika kami gila, itu adalah untuk Allah.

¬ Kegairahan Paulus untuk firman menyebabkan orang beranggapan ia sudah gila (Kis 26:24).

Disebabkan ketidakpercayaan bangsa Yahudi, Paulus berdukacita dan selalu bersedih hati – suara hatinya turut bersaksi dalam Roh Kudus, bahkan ia mau terkutuk demi saudara-saudaranya (Rm 9:1-3); demi menyelamatkan jiwa, ia tidak menghiraukan apa jua sehingga disalah-fahamkan bahawa ia telah menjadi gila.

‘Dan jika kami menguasai diri, hal itu adalah untuk kepentingan kamu’ (13b).

Δ  ‘Supaya jangan dipandang tidak waras oleh para pemercaya, maka mereka menguasai diri dengan upaya’.

Δ Kuasailah diri dalam segala hal (I Kor 9:25).