Hujan Musim Semi 45: Mezbah Keluarga

Hujan Musim Semi 45: Mezbah Keluarga


[dflip id="7839" ][/dflip]

Mezbah Keluarga merupakan tema Majalah Hujan Musim Semi terbitan kali ini. Tema ini memberi gambaran dan pengetahuan kepada pembaca tentang apakah maksud “Mezbah Keluarga”. Tuhan yang kita kita sembah merupakan Bapa Syurga yang penuh kasih. Pada tahun sebelum masihi, Tuhan telah memilih umat pilihannya dan memimpin umat-Nya. Hamba Tuhan seperti Abraham, Ishak, Yakub dan lain-lain mendirikan mezbah serta mempersembahkan korban bakaran untuk memanggil nama Tuhan dan memohon keampunan daripada Tuhan.

Buku Panduan Penubuhan Kumpulan Keluarga atau Unit Keluarga

Buku Panduan Penubuhan Kumpulan Keluarga atau Unit Keluarga


[dflip id="7794" ][/dflip]

Prakata

Dalam Persidangan Perwakilan Global 2007, salah satu isu perbincangan dalam simposium yang telah mendapat konsensus bersama ialah ‘ Sekeluarga dalam Gereja”. Demi merealisasikan matlamat ini, Ibu Gereja Antarabangsa (IA) menerbitkan dan membekalkan risalah tentang prinsip sekeluarga dalam gereja kepada seluruh negara.

Gereja Yesus benar mempunyai amanat besar untuk menyelamatkan jiwa, menuntun manusia dunia agar mempercayai Gereja Yesus Benar. Dalam Persidangan Perwakilan dunia pada tahun 2007, semua wakil bersetuju dengan (Gereja Sekeluargaa) merupakan matlamat penting dalam penggembalaan gereja yang dicadangkan dalam seminar pekerja suci. Dengan pelancaran (Unit Keluarga) menarik manusia menganut Gereja Yesus Benar supaya mereka sedar bahawa Gereja Yesus Benar memang dapat merelisasikan matlamat (Gereja Sekeluarga).

5. Keluarga Kristian
|

5. Keluarga Kristian

Sebagian besar dari umat manusia di dunia, ada keinginan untuk menikah dan membentuk sebuah rumah tangga/keluarga.

Tetapi bentuknya berlainan, hanylah keluarga Kristian yang paling diidam-idamkan.

Bagaimanakah suasananya?

I.       IAITU KELUARGA YANG SUAMINYA MENGASIHI DAN YANG ISTERINYA DAPAT MEMATUHI

1.      Suami harus mengasihi isterinya (Kol 3 : 19;  Ef 5 : 28).

2.      Isteri harus tunduk kepada suaminya (Kol 3 : 18;  Ef 5 : 22-24).

3.      Antara suami-isteri menikmati hidup yang senang (Pkh 9 : 9).

II.     IAITU KELUARGA YANG BAPANYA PENGASIH DAN ANAKNYA BERBAKTI

1.      Ibu-bapa tidak menyakiti hati anak-anaknya (Kol 3 : 21;  Ef 6 : 4).

2.      Anak-anak harus mentaati ibu-bapanya (Ef 6 : 1-3).

3.      Umat manusia bahkan harus mentaati Bapanya yang di Syurga.

III.    IAITU KELUARGA YANG TUAN DAN HAMBANYA SALING MELAYANI

1.      Tuan memperlakukan hambanya dengan baik (Kol 4 : 1).

2.      Hamba taat kepada tuannya (Kol 3 : 22-23;  Ef 6 : 6).

3.      Allah pun tidak memandang muka orang (Ef 6 : 9).

IV.    IAITU KELUARGA YANG SALING MENGASIHI

1.      Di antara saudara saling mengasihi (Ams 17 : 17).

2.      Hidup dengan rukun (Mzm 133 : 1).

3.      Tidak berselisih, tidak mencelakai, mengalah, mengampuni dan menolong.

KESIMPULAN :

Keluarga Kristian iaitu keluarga jemaat (Kol 4 : 15;  Flm 1-2), iaitu Kristus menjadi Tuhannya, dengan mentaati Firman Tuhan dan Tuhan memberkatinya, sehingga menjadi keluarga yang gembira, harum serta bahagia.

Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia
| | |

Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia

Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia

[Shu Yin Guang]

I.             Kepentingan Keluarga

  1. Segala jenis kasih bermula dari kelurga.
  2. Keluarga ialah tempat kediaman sendiri dan ahli keluarga, juga tempat istirehat sepanjang perjalanan kehidupan seorang insan.
  3. Keluarga ialah tempat terbaik untuk merawati kepanasan hati dan melepaskan kegeraman.

II.          Bagaimana Mendirikan Keluarga Yang Bahagia?

Bukanlah senang mendirikan keluarga yang bahagia, tambahan pula, keluarga adalah berhubungan rapat dengan seluruh manusia disebabkan keluarga berkembangan ke skop kawasan yang agak luas. Bagaimana mendirikan keluarga yang bahagia, berikut dibentangkan beberapa butir sebagai rujukan para seiman:

1. Ibubapa harus beri perhatian khas kepada bimbingan anak-anak (Ef 6:4; Ams 22:6)

   Uruskan dengan berhati-hati masalah-masalah kecil baik dalam kehidupan maupun kepercayaan.

‚   Berprihatin dan memperbanyakkan galakan (Ams 31:1-9; I Tes 4:1)

Δ       Amaran (I Sam 2:12-36)

Hidup berdamai (Mzm 133:1; Ibr 12:14)

2.    Diperkenankan Allah, diendahkan orang lain (Rm 14:17-19)

Allah sentiasa menyertai orang-orang yang berdamai (II Kor 13:11)

3. Takutlah akan Tuhan dan turuti firmanNya (Mzm 128:1-6)

Allah mempunyai damai sejahtera dan berkat (Dan 22:21)

Jauhkan kecurangan dari kemah (Ayb 22:23)

4. Dirikanlah mezbah doa (Ayb 22:27; Flp 4:6-7)

Δ       Kata (pg 55): Keluarga bukan hanya tempat kediaman tubuh fizikal bahkan tempat kediaman jiwa dan roh.

   Keluarga Akwila dan Priskila (I Kor 16:19)

‚   Rumah yang disewa Paulus (Kis 28:30-31)

Bangunkan Keluarga Kristiani
| | |

Bangunkan Keluarga Kristiani

Bangunkan Keluarga Kristiani

Firman Tentang Bapa Dan Anak

[Chen Deng Tian]

Prakata

  1. Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mzm 127:3). Sebagai ibubapa haruslah menjaga dan menguruskan dengan sebaik-baiknya, jangan lalaikan apa yang telah diamanahkan Tuhan.
  2. Hormatilah ayahmu dan ibumu (Kel 20:12) ~ ini merupakan perintah Allah. Sebagai anak-anak haruslah turuti perintah Allah dan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

[1]   Bagaimana Harus Ibu bapa Melayani Anak-Anak?

i. Dari segi kehidupan

Memelihara dan mengasuh anak-anak (Ams 31:15)

‚Mengjar anak-anak (Ams 13:24)

ƒBergaul rapat dengan anak-anak (Kej 22:7a)

ii. Dari segi iman kepercayaan

Bawalah anak-anak percaya kepada Tuhan (Kis 16:31-33)

‚Pimpinlah anak-anak melayani Tuhan (Kis 16:33,34)

ƒDoakan anak-anak pada setiap waktu (Ayb 1:5)

iii. Dari segi budi pekerti

Memupuk akhlak ketulusan (I Taw 29:19)

‚Memupuk akhlak mengasihi (II Ptr 1:7; Kej 50:21)

ƒMemupuk akhlak adil dan benar (MI 6:8; I Pr 6:11)

iv. Dari segi perkahwinan

Mengajar konsep yang tepat tentang perkahwinan seperti di dalam Alkitab (Kej 2:18-25; Ibr 13:4)

‚Membimbing dan menasihati supaya mengikat perkahwinan di dalam Tuhan (I Kor 7:39b; II Kor 6:14; Neh 13:25-27)

v. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap anak-anak

Jangan mendera anak-anak

‚Jangan membiarkan anak-anak

ƒJangan manjakan anak-anak

„Jangan ketepikan, tidak menjaga (Kej 21:14-18)

…Jangan bangkitkan amarah di dalam hati anak-anak (Ef 6:4)

Jangan menghormati anak-anak lebih dari pada Tuhan (I Sam 2:29-30)

Jangan mengasihi anak-anak lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

[2]   Bagaimana Harus Anak-Anak Melayani Ibu bapa?

  1. Taatilah orang tua di dalam Tuhan (Ef 6:1)
  2. Pelihara kehidupan ibu bapa (Mat 15:3-6)
  3. Mengambil berat akan keperluan ibu bapa (Kej 48:1-2)
  4. Menghormati ibu bapa dari dalam hati (Mal 1:6)
  5. Adik-beradik diam bersama dengan rukun (Mzm 133:1-3)
  6. Tetap berbakti walaupun sendiri telah dewasa (Yoh 19:26-27)
  7. Tetap berbakti walaupun telah menjadi terkenal (Kej 43:27; 45:3,11)
  8. Tujuh perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap ibu bapa

Jangan membiarkan ibu bapa hidup keseorangan dan kesepian

Jangan mendukakan ibu bapa (Kej 21:11; Ams 10:1)

ƒJangan manghina ibu bapa (Ams 23:22; 15:30)

Jangan ketepikan dan tidak menjaga ibu bapa

Jangan mengutuki ibu bapa (Im 20:9; Mat 15:4)

Jangan merampasi ibu bapa (Ams 28:24)

‡Jangan mengasihi ibu bapa lebih daripada Tuhan (Mat 10:37)

Kesimpulan

Bapa dan anak mempunyai pertalian darah dan daging di mana hubungan ini adalah tersangat erat. Antara bapa dan anak haruslah saling menjaga, bangunlah kehidupan yang indah dan sempurna, sama-sama mempraktikkan firman Tuhan, memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia.

Kajian Kitab Amsal : Keluarga
|

Kajian Kitab Amsal : Keluarga

Unit Sebelas: KELUARGA

Keluarga memainkan kedudukan paksi dalam masyarakat. Kesetiaan dalam sesebuah keluarga adalah ditunjukkan dalam cara-cara membesarkan anak-anak di dalam iman dan bagaimana ibu bapa bersatu dalam kegirangan. Amaran diberikan secara langsung kepada dosa-dosa yang membelakangi peraturan ilahi ini (1.18; 2.18). Amsal merujuk kepada ajaran-ajaran dalam Firman ke-5 demi kestabilan dan kehidupan keluarga yang aman bahagia (4.10).

[1] Suami Dan Isteri

Suami dan isteri berkongsikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan dijangka seia sekata (1.8,9; 6.20). Terhadap pasangannya, kaum lelaki digesa berlaku setia dan ghairah: ‘senantiasa berahi kerana cintanya’ (5.17-19); sumpah pada perkahwinan yang musnah adalah dosa terhadap teman lama (2.17).

Isteri adalah rahmat pemberian Tuhan (18.22; 19.14); sesungguhnya ialah mahkota atau sebaliknya ‘kebusukan’ ~ tertakluk kepada stabiliti keluarga tersebut (14.1).

Seandainya ia memiliki karunia-karunia istimewa, maka ianya akan mempunyai skop yang lebih besar untuk menampung yang lebih banyak tanggungjawab: pentadbir, saudagar, wanita-kraf, dermawan dan pemimpin. Pengaruhnya tersebar luas dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sumbangannya kepada kebahagiaan dan kedudukan baik suaminya (31.11,23).

Terhadap pandangan yang tinggi akan perkahwinan, dosa seksual akan memusnahkan keluarga yang bahagia, dijalin-erat dan keluarga yang diberkati Tuhan (5.9-23). Ia adalah pertukaran kemesraan dari satu hubungan yang sejati kepada hubungan yang penuh penipuan (5.19,20); perpisahan degnan kehormatan seseorang (5.9; 6.33) dan kebebasan (23.27,38). Ia merupakan seorang yang membuang dan membazirkan masa keemasannya (5.9,11) dan kemungkinan terlepaskan satu-satunya yang menjadi milik kepunyaannya (29.3; 6.26). Ia merangsang bahaya fizikal dan penghinaan sosial (6.26-35). Mereka yang meneroka hidup dengan cara ini adalah mencarikan maut sendiri (2.18-19).

[2] Ibubapa dan Anak-Anak

Penggunaan rotan secara betul (13.24) merupakan urutan daripada dogma serius yang terkandung dalam hikmat, kerana hikmat adalah hidup (8.35,36). Cara keras ke arah hikmat adalah lebih baik daripada cara lembut ke arah maut (23.14; 19.18). Caranya perlu tegas dan keras atas dua sebab:

(1) ‘Kebodohan melekat pada hati orang muda’ ia akan meresapkan segala yang dimaktubkan dalam hikmat; bagaikan satu tumbuhan yang semakin membesar (yang memerlukan sesuatu yang lebih berkesan daripada perkataan untuk menanggalkannya (22.15).

(2) Karaktor dibentuk dengan hajaran yang sesuai (cf. 15.32,33; 5.1-13; Ibr 12.11), dan pimpinan betul harus bermula semenjak awal (13.24b: ‘pada waktunya’; cf.22.6). Bagi ‘kanak-kanak yang dibiarkan mengikut kehendak sendiri’ satu saja hasil yang dijangka, yakni membawa malu (29.15).

Sumber utama didikan ibu bapa ialah ‘hukum’, ‘arahan’ dan ‘prinsip-prinsip’ dan diajarkan berdasarkan kasih sayang yang tabah (3.1-4; 7.1-4). Pada dasarnya, ajaran-ajaran Tuhan bertujuan membina tabiat pemikiran dan tingkah laku yang bijak (di dalam ‘hati’ dan di ‘jari-jari’. 7.3; Ul 6.4ff), yang mana akan melengkapinya untuk menempuhi kehidupannya dengan penuh keyakinan (3.21-26; 4.10-14) dan kewibawaan (1.7-9; 4.8,9).

Perhatikan bahawa seorang anak yang tidak berhati perut dan yang berat tulang, mungkin akan keras kepala dan tidak suka menerima didikan (13.1; cf. 17.21). Sebuah keluarga yang baik-baik belaka kemungkinan akan menghasilkan seorang pemalas (10.5) atau seorang pemboros (29.3) dan dengan demikian dia mungkin akan memberontak untuk menghina (15.20), memperolok-olok (30.17) atau mengutuki ibu bapa (10.10; 30.11) dan tidak berhati perut sanggup merampasi kekayaan ayah (28.24) dan mengusir janda ibunya dari rumah (19.26).

[3] Saudara-mara

Subjek ini hanya diketemukan dalam beberapa amsal. Istilah Ibrani ini adalah menggunakan istilah sepupu atau saudara-mara. Perhatikan hubungan persaudaraan yang tidak baik: ‘Orang miskin dibenci oleh semua saudaranya, apalagi sahabat-sahabatnya, mereka menjauhi dia. Ia mengejar mereka, memanggil mereka tetapi mereka tidak ada lagi’ (19.7). Sewaktu timbulnya pertengkaran (6.19) atau kebahagiaan sesebuah keluarga terjejas, maka ianya akan mengakibatkan kepahitan dan ketegaran yang berpanjangan (18.19).

Keadaan pertalian ‘persaudaraan’ yang sihat adalah yang berkekalan dan berketetapan: menjadi saudara dalam kesukaran (17.17), dan ikatan persahabatan mengatasi persaudaraan (18.24; 27.10).