Tuhan Allah Ialah Pengembala Ku, Aku Tidak Akan Kekurangan
| |

Tuhan Allah Ialah Pengembala Ku, Aku Tidak Akan Kekurangan

Sdri. Teo Syn Yie

Dalam nama Tuhan Yesus menyampaikan kesaksian. Saya ialah saudari Teo Syn Yie, berasal dari gereja Kota Kinabalu.

Dalam ingatan saya, selepas saya menamatkan pembelajaran di sekolah menengah Kota Kinabalu, Sabah, saya pun melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia.

Masa berlalu dengan cepat, dalam sekelip mata saya telah tinggal di luar selama empat tahun. Dalam masa empat tahun ini, saya telah beralih dari peringkat diberi minum susu ke peringkat menerima makanan keras, daripada sikap yang bergantung menjadi sikap yang berdikari. Walaupun pengalaman dalam empat tahun ini agak sukar tetapi berbaloi.

Dalam masa empat tahun ini, Tuhan telah membentuk saya menjadi seorang yang lain. Saya memahami bahawa Tuhan ingin membentuk saya menjadi perkakas yang berkenan kepada-Nya, dan melaksanakan kehendaknya. Oleh itu, saya belajar bersabar. Apabila saya jatuh, saya bersabar. Apabila saya keseorangan dan tiada pertolongan, saya bersabar. Apabila saya rasa sakit hati, saya bersabar. Mengimbas kembali masa lampau, saya mendapati sejak saya kecil lagi, Tuhan tetap berada di sisiku. Dia tidak pernah meninggalkan saya, sekali pun tidak. Terutama pada waktu saya pada titik yang paling rendah dalam hidup saya, Dia mengharungi bersama dengan saya. Saya tidak pernah mengetahui adanya kekuatan yang begitu kuat dalam diri saya, saya juga tidak sedar akan kekuatan itu sehinggalah saya mengimbas kembali. Rupa-rupanya Tuhan adalah kekuatanku.

​Hidup bersendirian di luar bukanlah sesuatu perkara yang senang. Saya meninggalkan rumah, ahli keluarga dan kawan, datang ke satu tempat yang tidak dikenali dan hidup di luar lingkungan yang aman dan selesa. Saya bertanya kepada diri saya, ”Apakah saya mampu melakukannya?” Oleh itu, dengan membawa perasaan hati yang teringin sangat dan takut, saya memulakan kehidupan yang baru.

Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar di Malaysia. Seperti bandar yang lain, apa pun ada, dari pangkal kepala ke hujung kaki, tidak ada yang berkurangan. Namun disebaliknya, iman saya sedang menghadapi cabaran yang besar. Ibu saya telah menemani saya selama sebulan di sana. Selepas mengatur segala-galanya, dia pun pulang ke rumah.

Ibu telah meninggalkan dua benda kepada saya, iaitu kunci ke arah kebebasan dan kepercayaan. Hidup keseorangan, saya memegang kunci kebebasan ini, saya boleh memilih untuk makan atau tidak makan. Saya boleh memilih untuk hadir ke kelas atau ponteng. Sebenarnya apa yang paling penting ialah saya boleh memilih untuk pergi ke gereja atau tidak. Ibu saya telah memberi saya hak kebebasan ini, dia percaya bahawa saya mempunyai kebijaksanaan yang cukup untuk membuat pilihan. Dia juga melihat perkara ini sebagai masa dan peluang untuk melepaskan tangan supaya saya boleh membesar.

Ibu selalu mengajar saya memancing ikan dan bukan memberi ikan kepada saya. Oleh itu, dia ingin melihat berapa banyak yang telah saya belajar daripada kelas memancingnya.

Sebenarnya saya tahu bahawa untuk melepaskan tangan bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi ibu. Saya masih ingat kesakitan yang ada di dalam matanya. Apabila ibu menghantar saya ke lapangan terbang setiap kali, masing-masing kami akan menahan air mata dan matanya yang penuh dengan kegembiraan semasa menyambut saya pulang di lapangan terbang. Kami pun tahu perkara ini tidak mudah tetapi ia merupakan apa yang terbaik untuk saya. Oleh itu, ibu saya menahan air matanya. Dia percaya Tuhan dan menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dia percaya bahawa Tuhan pasti akan memimpin hidupku dan Tuhan memang memimpin hidupku.

Semasa berada di Kuala Lumpur, Tuhan telah mengatur banyak peluang supaya saya boleh mengikuti kebaktian. Setiap hari Jumaat dan Sabtu, ada orang yang menghantar saya ke gereja. Ada seorang saudari yang bekerja di tempat yang berhampiran dengan universiti saya. Pada setiap Jumaat, saya akan pergi ke syarikatnya selepas tamat kuliah dan dia akan membawa saya pulang ke rumah untuk makan malam dan pergi ke kebaktian selepas itu. Selepas kebaktian, saudari itu akan menghantar saya pulang ke rumah makcik saudara saya yang perlu mengambil masa setengah jam untuk tiba. Jika berlaku kesesakan lalu lintas, maka kena mengambil masa selama sejam untuk tiba di situ. Saya menghabiskan masa hujung minggu di rumah makcik saudara dan mengikutinya ke kebaktian Sabat. Saya telah mengharungi kehidupan yang begitu baik ini di Kuala Lumpur selama setahun setengah.

Kehidupan di Kuala Lumpur yang sibuk membuat saya berasa tertekan. Kehidupan juga tidak menentu, tetapi saya memberitahu kepada diri saya di mana saya harus bertahan dan Tuhan tetap menyertai aku sepanjang tahun itu. Akhirnya saya mendapati bahawa jika kehidupan menjadi semakin susah, kita harus makin kuat berdoa, tidak ada cara yang lain. Oleh itu, saya telah belajar untuk berdoa dengan pelbagai jenis cara, daripada doa yang memohon kepada doa yang bersyukur. Pada waktu dahulu, saya selalu berdoa memohon banyak perkara daripada Tuhan, tetapi tidak tahu untuk bersyukur kepada Tuhan atas segala sesuatu. Lama-kelamaan, saya semakin kurang memohon daripada Tuhan, melainkan kerap bersyukur kepada Tuhan. Tetapi apabila saya bersedia untuk menuntut di Brisbane, bapa saya telah jatuh sakit.

Ayah saya telah menghidapi barah limfa. Penyakitnya telah sampai ke fasa terakhir semasa kami menyedari akan penyakit itu. Dalam masa setahun yang singkat, Tuhan telah menyambutnya pulang ke Syurga dan itu juga merupakan tahun yang paling ajaib dalam hidup saya.

Saya teah melihat pelbagai pekerjaan Tuhan yang ajaib. Seperti yang diketahui orang ramai, pesakit yang menghidapi barah tidak dapat melarikan diri daripada kesakitan. Tetapi sungguh ajaib, walaupun bapa mengalami penyakit yang tenat, tetapi dia tidak mengalami sebarang kesakitan. Penyakit tersebut telah menyebabkan kekuatan tubuh ayah saya semakin lemah dari hari ke sehari. Walaupun demikian, saya dapat melihat kekuatan Tuhan atas tubuh bapa saya. Bapa saya tetap berusaha, kami berusaha sehingga ke akhir dan Tuhan senantiasa menyertai kami. Saya dapat merasa damai sejahtera Tuhan berada di antara kami.

Dari saat kami tahu bapa telah menghidapi penyakit barah, kami tidak pernah menjadi cemas dan huru-hara. Terutamanya ibu saya, dia tetap berani. Ibu memberitahu saya, segala-galanya berada di dalam tangan Tuhan buat selama-lamanya. Kita hanya perlu belajar untuk mentaat dan bersandar saja. Dorongan daripada ibu memberikan saya kekuatan di dalam iman. Syukur kepada Tuhan kerana terdapat seorang pendeta yang memberitahu saya bahawa dia melihat kepercayaan yang hidup pada ibu saya.

Setiap lawatan ke hospital yang saya pernah alami, proses-proses kemoterapi, dan prosedur-prosedur pemindahan sum-sum tulang masih begitu baru dalam ingatan saya. Melalui bapa, Tuhan mengeratkan hubungan keluarga kami dengan-Nya. Tuhan mengertikan saya apa itu kehidupan. Ia bukan hanya keperluan dan perolehan sahaja, tetapi juga adalah memberi dan menerima. Walaupun saya telah kehilangan perkara yang paling bernilai dalam hidupku, tetapi ini membolehkan saya lebih mengenali ayah saya.

Saya masih ingat, apabila ayah melihat saya pulang dari Brisbane buat pertama kali, senyumannya itu merupakan senyuman yang paling indah yang pernah saya lihat. Saya menemani ayah dalam minggu yang terakhir sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor berkata bahawa dia telah hidup melebihi masa yang dijangkakan. Ini merupakan satu keajaiban.” Syukur kepada Tuhan. Itulah yang dapat saya katakan dan juga ingin katakan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya berpeluang menemani ayah pada saat-saatnya yang terakhir. Dalam masa tujuh hari yang singkat itu, ayah mengajar saya tentang keberanian, mengasihi dan dikasihi. Dia membuatkan saya memahami perkara yang paling penting, iaitu apa itu perbuatan yang beriman. Ayah saya tekun berdoa, dia memegang imannya sampai akhir. Bapa telah meninggal dunia, tetapi dia telah meninggalkan kenangan yang indah. Kenangan ini memenuhi hati saya dan menjadi kekuatan yang mendorong saya untuk berusaha sampai ke Kerajaan Syurga. Saya harus lebih berusaha dalam penyempurnaan rohani agar boleh memperoleh Syurga yang indah itu dan berjumpa dengan ayah saya di sana. Oleh itu, saya akan terus berjuang.

Akhirnya , saya ingin mengakhiri kesaksian saya dengan beberapa ayat di bawah.

(Mzm 23: 1~4)
“TUHAN adalah gembalaku, takkan kekurangan aku. Ia membaringkan aku di padang yang berumput hijau, Ia membimbing aku ke air yang tenang; Ia menyegarkan jiwaku. Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh karena nama-Nya. Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku.”

(1 Sam 2: 6~10)
“TUHAN mematikan dan menghidupkan, Ia menurunkan ke dalam dunia orang mati dan mengangkat dari sana. TUHAN membuat miskin dan membuat kaya; Ia merendahkan dan meninggikan juga. Ia menegakkan orang yang hina dari dalam debu, dan mengangkat orang yang miskin dari lumpur, untuk mendudukkan dia bersama-sama dengan para bangsawan, dan membuat dia memiliki kursi kehormatan.”

“Sebab TUHAN mempunyai alas bumi; dan di atasnya Ia menaruh daratan. Langkah kaki orang-orang yang dikasihi-Nya dilindungi-Nya, tetapi orang-orang fasik akan mati binasa dalam kegelapan, sebab bukan oleh karena kekuatannya sendiri seseorang berkuasa.”

“Orang yang berbantah dengan TUHAN akan dihancurkan; atas mereka Ia mengguntur di langit. TUHAN mengadili bumi sampai ke ujung-ujungnya; Ia memberi kekuatan kepada raja yang diangkat-Nya dan meninggikan tanduk kekuatan orang yang diurapi-Nya.”

(Rm 8:28)
“Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. Amin!”

24. Berkelebihan Dan Berkekurangan
|

24. Berkelebihan Dan Berkekurangan

Kedua hal ini merupakan suatu perkara penting dalam kehidupan manusia.  Apabila memperoleh kelebihan akan merasa puas, dan apabia “kekurangan” akan bersedih/ menderita.  Tetapi apabila kelebihannya hanya sedikit, lalu mengeluh, kerana kurang banyak – terhadap harta benda, ilmu, pakaian dan makanan, waktu, dan lain-lain.

Kita harus memeriksa Injil Kebenaran, bagimana mengenai “Kelebihan” dan “Kekurangan”.  Apabila dapat mengerti Kebenaran ini, maka akan menambah iman kepercayaan kita.

I.       APABILA MENINGGALKAN ALLAH, MAKA SEGALANYA AKAN KURANG.  APABILA KEMBALI KEPADA ALLAH, MAKA AKAN BERLEBIHAN (Yer 17 : 5-8)

Dari Alkitab dapat ditunjukkan beberapa contoh sebagai bukti:

1.      Perumpamaan tentang anak hilang yang dikatakan oleh Tuhan Yesus (Luk 15 : 11-24).

Bukan saja bagi orang kafir yang meninggalkan Allah, namun orang yang sudah bertobat dan kembali kepada Allah juga demikian halnya, yakni seperti kita umat Kristian, apabila meninggalkan Kaabah Allah, setelah bertobat, maka kembali dan rajin melayani Allah, juga demikian pula.

2.      Cerita dalam Kitab Rut (Rut 1 : 20-21;  4 : 14-15).

(Penginjilan harus menguraikan dengan singkat tentang penderitaan yang dialami oleh Naomi, ketika meninggalkan Batlehem dan pergi ke Moab.  Setelah kembali ke negerinya, menantunya yang berbakti melayani dia, sehingga memperoleh berkat dari Allah dan akhirnya telah mencapai kehidupan yang lebih senang dari yang dahulu…….).

3.      Injil Kebenaran yang diberikan oleh tuhan Yesus (Yoh 4 : 13), serta pengajaran Musa yang jelas dalam Kitab Ulangan (Ul 28 : 1-24;  30 : 10).

II.     SEMAKIN MEMPERSEMBAHKAN, AKAN SEMAKIN BERKELEBIHAN, YANG TIDAK MEMPERSEMBAHKAN, MAKA AKAN KEKURANGAN (Ams 11 : 24-25)

Juga contoh dalam Alkitab sebagai bukti:

1.      Janda di kota Sarfat, ketika dalam bahaya kelaparan dan kekurangan makanan, ia telah mempersembahkan segala yang dimilikinya dan menyambut nabi Elia (1 Raj 17 : 10-16).

2.      Anak yang mempersembahkan roti (Yoh 6 : 9-13).  Keempat Injil mencantumkannya.

3.      Ketika Elisa membahagikan 20 roti jelai untuk dimakan sebanyak 100 orang (2 Raj 4 : 42-44).

4.      Ketika pada zaman Hizkia yang memerintahkan rakyatnya untuk memberi persembahan perpuluhan (2 Taw 31 : 5-10).

  • Bukan hanya mempersembahkan kepada Allah, apabila mengasihi dan memberikan dana untuk membantu orang lain pun sama dengan pengajaran ini (Luk 6 : 38;  2 Kor 9 : 9-11).
  • Orang muda yang datang kepada Yesus, kerana ia tidak mahu memberikan apa yang dimilikinya kepada orang miskin, lalu pergi dengan hati yang sedih.

Meskipun banyak hartanya, namun ia kekurangan juga (Mat 19 : 16-22).

III.    TERHADAP PEKERJAAN KUDUS KERAJAAN SYURGA, SEMAKIN MELAKUKAN, SEMAKIN BERKELEBIHAN; APABILA TIDAK MELAKUKAN MAKA AKAN MENJADI KEKURANGAN (Mat 25 : 14-30), SERTA AKAN TERKUTUK (Yer 48 : 10).

  • Selain itu, iman kasih, hikmat, kekuatan …… apabila semua itu semakin dilaksanakan, maka akan semakin berkelebihan;  Apabila tidak melaksanakan, pasti akan sering kekurangan, bahkan semuanya akan diambil (Luk 8 : 18;  19 : 26).

Sebagai umat Kerajaan Syurga, harus mengerti akan pengajaran ini, dengan segenap hati melaksanakan firman, memberi persembahan, mengerjakan Pekerjaan Kudus, dan di dalam segala hal merasa berkelebihan serta puas (2 Kor 6 : 10).  Barulah dapat menjadi umat Kristian yang benar dan memperoleh kebahagiaan kekal.