[4] Memanifestasikan Kebaikan Injil (2:11-21)
Prakata
- Dalam hal menegur rasul besar, Paulus menyatakan kelayakannya sebagai rasul.
- Menegaskan kalau Injil berubah, sia-sialah Kristus mati, dan sia-sia jugalah kepercayaan manusia.
[1] Berani Membela Injil (Gal 2:11-14)
i. Menentang Petrus (11-12)
- Petrus berbuat salah: Paulus menentangnya secara terang-terangan
- Petrus mengetahui erti kasih karunia yang sebenarnya (Kis 10:9-18; Mrk 7:19; Ef 2:13-15)
- Takut kepada orang-orang dari kalangan Yakobus
-Orang-orang yang mencanangkan sunat datang dari Yerusalem.
-Kerana takut kepada mereka: Merosak semangat kesatuan (I Kor 10:17), menyangkal kebenaran (Kis 10:9-18).
ii. Orang yang lainnya turut berlaku munafik (13): Terpengaruh oleh Petrus
- Barnabas juga turut terseret oleh kemunafikan mereka.
- Merasa malu kerana Injil adalah dosa besar.
iii. Menyingkapkan kemunafikannya di hadapan orang banyak (Mat 14; 18:17; I Tim 5:20)
- Kerana Petrus tidak berjalan dengan tulus: Orang yang berada di dalam kasih karunia malah berkompromi kepada hukum Taurat.
- Orang yang hidup di dalam kasih karunia mana boleh memaksa orang lain hidup di dalam hukum Taurat lagi? Berbuat menurut keinginan daging?
[2] Menegaskan Pentingnya Injil (Gal 2:15-16)
- Walaupun orang Yahudi bukan bangsa kafir (15), mereka diselamatkan juga harus melalui iman.
- Dibenarkan kerana iman (16).
- Manusia datang ke hadapan Allah kerana iman, dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus.
- Kami (orang Yahudi) juga dibenarkan kerana iman: Orang Yahudi juga dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus.
- Setiap orang harus dibenarkan kerana iman, tiada seorangpun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat
Δ Melakukan hukum Taurat tidak dapat dibenarkan: Kerana mengandalkan cara-cara manusia tidak akan dapat mengalahkan dosa.
Δ Perbuatan Petrus sepertinya mengacaukan kasih karunia.
[3] Bersaksi Tentang Kebaikan Injil (Gal 2:17-21) – Pengalaman Paulus
i. Apakah Kristus pelayan dosa? (17-18)
- Kristus menghendaki bangsa Yahudi dan bangsa bukan Yahudi menjadi satu; menjadi satu kerana dibenarkan oleh kerana iman.
- Apakah berdosa kalau berada bersama jemaat bukan Yahudi? (17) Bangsa bukan Yahudi dibenarkan kerana iman, apakah mereka tetap orang berdosa?
Δ Jika perbuatan Petrus benar, bererti keselamatan Kristus menjadi sia-sia.
ii. Setelah menerima keselamatan masih melakukan hukum Taurat, ia adalah orang berdosa (18), kerana telah kehilangan iman.
- Hendaklah mati oleh hukum Taurat (19a).
- Hukum Taurat hanya membuat orang menjadi lemah: Pengalaman yang lalu (Rm 7:18-19).
- Hukum Taurat membunuh orang (menghukum orang) (Rm 3:23; 7:1).
- Hendaklah mati oleh hukum Taurat: Tidak lagi berbuat oleh hukum Taurat. Sebelum mengakui dosa dan ketidakmampuan diri sendiri tidak akan bersandar kepada Allah (I Tim 1:15).
- Hendaklah hidup di dalam Kristus (19b-21)
- Hidup untuk Allah:
- Disalibkan bersama dengan Kristus: Terpisah dari dosa dan dibenarkan, yakni menerima baptisan (Rm 6:3-8) 15
- Kristus hidup didalam aku: Kristus menjadi tuan, biarkan Roh Kudus diam di dalam hati (Rm 8:9)
iii. Hidup oleh iman dalam Anak Allah.
-Percaya Ia mengasihi aku dan menyerahkan diriNya untuk aku: DarahNya berkhasiat, kasih karuniaNya tak terlupakan (II Kor 5:14).
-Percaya bahwa kasih Tuhan dapat mengubah hidup manusia (Kol 1:27; Ef 3:20; II Ptr 1:4), memiliki sifat Allah.
- Tidak berani meremehkan kasih karunia Allah
- Tidak hidup menurut daging: Menunjukkan tidak berbuat menurut hikmat dunia.
- Tidak berdasarkan perbuatan baik atau pengekangan diri: Menunjukkan tidak berbuat menurut cara manusia
- Kalau dibenarkan kerana melakukan hukum Taurat, buat apa percaya Yesus.
Kata Penutup
Orang benar akan hidup oleh iman (Rm 1:17), menunjukkan manusia dibenarkan buakn kerana melakukan hukum Taurat, melainkan kerana percaya kepada Tuhan Yesus. Kerana kasih dan penyelamatan Kristus telah menggenapi hukum Taurat (Rm 4:16; 13:8; Mat 5:17-19).