Betapa Indahnya Jalan Tuhan, Siapa Yang Dapat Menemukannya?
| |

Betapa Indahnya Jalan Tuhan, Siapa Yang Dapat Menemukannya?

Sdra. Teo Jing Horng

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus Kristus saya menyampaikan kesaksian.

Keluarga saya merupakan keluarga bersifat tradisional iaitu menyembah nenek moyang. Saya masih ingat pada tahun 2006, pada masa itu saya sedang belajar di sebuah sekolah menengah tempatan. Seorang rakan telah menjemput saya untuk menyertai satu kelas sim baptisan di sebuah gereja karismatik. Kelas ini telah menyampaikan doktrin Kristus dengan bersistematik. Selepas menyertainya selama beberapa minggu, saya merasa kursus ini amat menarik terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan kasih Kristus. Kemudian saya mendapati bahawa terdapat banyak mazhab yang berlainan dalam dunia ini. Saya berpendapat bahawa gereja yang benar haruslah mamatuhi Alkitab sepenuhnya. Oleh itu, saya mula mengkaji alkitab dan ingin mencari sebuah gereja yang sesuai.

Menerima Tuhan Dalam Kehidupan Saya

Pada November 2006, ibu bapa saya mencadang supaya saya pergi ke Gereja Yesus Benar dengan seorang saudara. Ini merupakan kali pertama saya berkenalan dengan Gereja Yesus Benar. Saya telah dikejutkan dengan cara berdoa mereka, tetapi setelah saya menjadi biasa dengan doa mereka, hati saya amat mendahagakan karunia Roh Kudus. Oleh itu, pada suatu kebaktian malam Jumaat, apabila pemimpin khotbah mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin ditumpangkan tangan boleh tampil ke hadapan, tanpa berasa ragu-ragu lagi saya pun berdoa di depan. Selepas mengkaji Alkitab untuk satu tempoh masa, hati saya yakin bahawa Gereja Yesus Benar merupakan gereja yang saya cari-carikan selama ini, kerana gereja ini disertai kebenaran. Selepas itu, saya senantiasa mengikuti kebaktian di gereja.

​Syukur kepada Tuhan, dalam satu Kebaktian Kebangunan Rohani pada pertengahan tahun 2008, saya telah mendapat gerakan Roh Kudus. Saya masih ingat dalam doa kali itu, saya memohon dengan hati yang bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, saya merasa badan saya mula bergoyang, seperti terdapat suatu tenaga yang sedang menggoyangkan saya. Ini merupakan goyangan yang amat berdisiplin dan mempunyai rentak tertentu, amat bertenaga, tetapi tidak akan menyebabkan orang kehilangan keseimbangan dan terjatuh. Pada masa itu, saya berfikir ini mestilah Roh Kudus yang sedang menggerakkan saya. Namun, saya berasa kecewa kerana saya masih belum berkata-kata dalam bahasa Roh.

Pada Ogos 2008, saya pergi ke Singapura untuk belajar. Saya juga menghadiri kebaktian di gereja tempatan. Pada masa itu, saya mempunyai keinginan untuk menerima pembaptisan kerana saya semakin merasakan kasih Tuhan yang memenuhi hati saya. Saya berfikir mungkin Tuhan ingin saya menerima anugerah keselamatan-Nya yang berharga. Saya berkeputusan untuk menerima pembaptisan pada bulan November, tetapi bapa saya membantah pula. Dia ingin saya menangguhkannya sehingga saya berumur 21 tahun barulah membuat keputusan menerima pembaptisan atau tidak.

Pada suatu malam dalam bulan Januari tahun 2009, semasa saya sedang berdoa seperti biasa, saya merasa lidah saya sedang berputar. Dengan serta-merta hati saya memberitahu saya bahawa itu merupakan Roh Kudus! Saya telah berbahasa Roh! Saya berasa sangat sukacita dan mengucap syukur kepada Tuhan tanpa berhenti-henti. Selepas beberapa hari, saya mendapat penglihatan dalam mimpi. Saya melihat seorang yang berpakaian putih, badan-Nya sangat besar dan tinggi, penuh dengan kemuliaan. Saya tidak dapat melihat muka-Nya dengan jelas tetapi saya mengetahui bahawa Dia merupakan Tuhan Yesus. Selepas itu, Tuhan Yesus menghulurkan tangan-Nya dan memeluk saya ke dalam pangkuan kasih-Nya. Hati saya berasa hangat, iaitu perasaan yang digerakkan oleh kasih Tuhan.

Selepas mengalami kasih Tuhan ini, hasrat hati saya untuk menerima pembaptisan menjadi semakin kuat. Saya meminta abang saudara saya untuk menanyakan perkara ini kepada ayah. Sekali lagi saya ditolak olehnya. Dia inginkan saya menundakannya lagi buat seketika. Walaupun saya tidak memperoleh kelulusan daripada ayah saya, tetapi hati saya telah bertekad untuk menerima baptisan. Akhirnya, pada Mei 2009, saya mendaftarkan nama untuk menerima pembaptisan di Singapura. Selepas ibu saya mengetahui hal ini, dia telah datang ke Singapura hanya kerana ingin menyaksikan sakramen ini. Selepas itu, dia memberitahu saya haruslah menyebarkan injil kepada semua saudara mara terutamanya ayah saya. Saya bertanya kepadanya ‘Bagaimana pula dengan engkau?’, dengan suara yang lembut dia mengatakan ‘Jangan pedulikan saya’.

Mempelajari Bersadar Kepada Tuhan

Syukur kepada Tuhan, pada November 2009 saya telah menyertai kumpulan koir. pada bulan Disember, ada kebaktian penginjilan melalui kidung dan kami akan menbuat persembahan koir. Pada hari tersebut sebelum persembahan koir, tekak saya telah tercekik dengan tulang ikan sewaktu makan, saya berdoa dan cuba mengeluarkan tulang ikan itu, tetapi tidak dapat. Oleh sebab waktu itu amat tergesa-gesa, saya tidak ingin mendapatkan rawatan daripada doktor kerana saya tidak ingin kehilangan peluang untuk membuat persembahan koir. Saya memberitahu hal ini kepada saudara-saudari yang duduk semeja dengan saya. Mereka turut berdoa untuk saya. Selepas itu, saya mendapati tulang ikan itu telah hilang. Walaupun hal ini merupakan perkara yang kecil tetapi saya belajar untuk bersandar pada Tuhan dalam apa jua keadaan melalui peristiwa ini.

Pada pertenghan April 2010, saya telah mengalami masalah kesihatan buat seketika. Pada awalnya, tekak saya telah sakit selama 3 bulan. Selepas berjumpa dengan doktor, dia memberikan saya ubat antibiotik. Pada awalnya, ubat tersebut juga berhasil tetapi selepas itu badan saya penuh dengan bintik-bintik merah akibat alahan terhadap ubat. Doktor telah menukarkan ubat saya tetapi keadaan saya juga tidak bertambah baik. Saya berasa lenguh pada seluruh badan, suara menjadi garau, gigi juga sakit akibat keradangan. Apa yang menghairankan ialah sakit ini bukan datang secara serentak, tetapi datang satu demi satu. Selepas itu, gigi saya telah dicabut.

​Dalam tempoh itu, para seiman berasa aneh terhadap keadaan saya, kerana melihat kesakitan saya datang satu demi satu, malah ada saudara yang menanyakan saya adakah saya telah melakukan dosa, kerana saya seperti menghadapi banyak masalah. Saya juga tidak dapat menjawab soalannya itu. Mungkin Tuhan sedang memberi pengajaran kepada saya. Saya memohon Tuhan mengampuni segala dosa saya yang tersembunyi itu.

Pada suatu malam, saya menangis dalam doa kerana tidak dapat bertahan dengan penderitaan yang dibawa oleh sakit ini. Selepas itu, saya membuka Alkitab dan ayat yang terpapar di hadapan mata saya ialah Mazmur fasal 73 ayat 26 “Sekalipun dagingku dan hatiku habis lenyap, gunung batuku dan bagianku tetaplah Allah selama-lamanya.”

Saya percaya Tuhan pasti akan mengubati penyakit saya, sama seperti Dia menghilangkan tulang ikan yang tercekik pada tekak saya. Pada masa yang sama, saya juga menyedari bahawa Tuhan inginkan saya bersabar dengan segala kesusahan. Tuhan akan menambahkan kekuatan saya dalam kesusahan.

Berkat Dalam Kesusahan

​Pada Jun 2010, saya balik ke kampung saya, Kota Kinabalu, Sabah untuk berehat di samping merawat penyakit. Saya berdoa kepada Tuhan agar saya dapat berehat dengan tenteram dan tidak perlu melakukan sebarang hal lagi. Namun, sangat menghairankan iaitu apabila saya berdoa sedemikian, bahasa Roh yang dihasilkan dari lidah saya menjadi tidak lancar. Saya memohon dan bertanya kepada Tuhan, apakah tujuan sebenar saya balik ke sini? Selepas itu, saya berfikir saya sepatutnya menyebarkan injil kepada ahli keluarga saya, meskipun saya pernah mengingati mereka dalam doa saya. Saya memilih ibu saya sebagai sasaran pertama untuk menyebarkan injil. Saya tidak mengenal penat dan letih untuk memberitahunya tentang perbezaan antara Gereja Yesus Benar dengan denominasi gereja Kristian yang lain. Namun, saya sedar dia tidak menumpukan perhatian semasa saya menyampaikan injil kepadanya. Akhirnya, saya telah berputus asa. Saya hanya berdoa dan memohon agar Tuhan memimpin ahli keluarga saya percaya kepada-Nya. Pada masa itu, apabila saya melihat diri saya di depan cermin, saya mendapati ada satu tumor besar di bahagian leher saya. Ia lebih kurang sebesar biji bola ping pong. Saya pergi mendapatkan rawatan. Saya mendapat tahu bahawa ia adalah satu tumor yang baru saja tumbuh. Ahli keluarga saya menasihati saya supaya menjalankan pembedahan untuk menyingkirkan tumor ini. Saya berdoa kepada Tuhan sama ada saya dapat mengelak daripada pembedahan ini. Saya juga memohon agar Tuhan menggenapkannya menuruti kehendak-Nya dan bukannya kehendak saya.

Pada Ogos 2010, saya telah menjalani dua pembedahan di Singapura. Saya balik untuk mendapatkan pemeriksaan semula pada 20 Ogos. Apa yang menggembirakan saya ialah Tuhan telah mengabulkan doa saya. Kesakitan ini telah berlalu. Namun, apabila doktor rawatan memberitahu saya bahawa tumor itu belum dibuang sepenuhnya kerana ia adalah satu tumor yang berbahaya, lalu perasaan hati saya ibarat jatuh ke dalam gaung gunung. Terutamanya ibu saya, dia terperanjat sehingga tidak dapat berkata apa-apa lagi. Bermula dari saat itu, ibu saya belajar berdoa untuk saya. Apa yang menghairankan adalah hati saya menjadi tenang kembali selepas berdoa beberapa hari. Selepas dua minggu ibu saya berdoa, dia mendapat gerakan roh. Badannya mula bergetar dan bergoyang. Tidak lama kemudian, dia mula berbahasa roh. Saya amat bersyukur kepada Tuhan.

Saya berasa amat pilu kerana mendapat penyakit barah ini. Saya berfikir mengapa saya mendapat penyakit yang tidak dapat diubati ini sementara masih muda. Pada masa itu, pendeta gereja tempatan mendapat tahu tentang perkara ini, maka dia pun datang menasihati saya. Dia menggunakan buku Roma fasal 8 ayat 28 yang berbunyi “Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah” untuk menasihati saya. Hati saya asyik merenung nas kitab ini. Saya percaya bahawa Tuhan membiarkan saya mengalami kesukaran ini adalah bertujuan supaya ahli keluarga saya berpeluang untuk percaya kepada Tuhan. Bukankah ibu saya telah menerima Roh Kudus sekarang? Ini membuktikan tanggapan saya itu adalah benar.
Pada 9 September 2010, saya telah dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani pembedahan kali yang kedua. Pembedahan ini adalah bertujuan membuang tiroid. Saya memohon agar Tuhan dapat mengelakkan saya daripada pembedahan ini. Namun sesudah itu, saya berfikir, biarlah kehendak Tuhan itu digenapi. Pembedahan ini sangat berjaya. Namun, ia meninggalkan kesan sampingan. Kesan pertama ialah tekanan darah saya menjadi tinggi tanpa sebab. Saya perlu tinggal di wad rawatan khas supaya keadaan saya dapat dipantau. Selepas beberapa hari, luka saya pula dijangkiti kuman. Saya perlu menggunakan ubat antibiotik. Kemudian, tekak saya hilang suara dan saya tidak dapat bercakap. Saya perlu menggunakan sebuah mesin untuk menyingkirkan nanah di dalam badan saya. Saya juga terpaksa tinggal di dalam hospital selama dua minggu kerana luka saya yang belum sembuh.

​Apabila luka saya pulih, doktor mendapati bahawa hidung saya tumbuh dua tumor kecil. Maka, doktor itu mengambil tisu-tisu untuk diperiksa. Syukur kepada Tuhan kerana ia bukan tisu barah yang merebak. Ia cuma tumor yang tidak merbahaya. Oleh itu, doktor membuat keputusan untuk membuangkannya. Pada malam itu, luka saya tidak berhenti berdarah. Dengan itu, saya perlu mendapatkan rawatan yang lebih teliti dan mendalam lagi. Pada November, akhir tahun 2010, saya telah keluar dari hospital.

​Syukur kepada Tuhan! Dalam proses menerima rawatan, hati saya berasa damai dan tenang kerana Tuhan menyertai saya. Kadang kala, saya terfikir mungkin saya tidak dapat terlepas daripada kesusahan ini namun saya berfikir apakah saya dapat berjumpa dengan Tuhan dengan hati yang tenang? Semasa hati saya berasa pilu, Tuhan juga menasihati dan mendorong saya dengan perantara saudara dan saudari. Terdapat nas kitab suci yang mencatatkan ”Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskannya, dan sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkannya, tetapi dengan setia ia akan menyatakan hukum.” (Yes 42:3). Syukur kepada Tuhan, saya mendapat dorongan daripada-Nya semasa dalam kesusahan.

Jalan Tuhan Melebihi Manusia

​Sepanjang waktu saya sakit, ibu saya telah menemani saya untuk melaluinya. Pada waktu saya tidak perlu tinggal di dalam wad hospital, saya akan mengambil kesempatan untuk menghadiri kebaktian bersama dengan ibu. Pada mulanya, ibu saya tidak menghirau tentang kepercayaan saya, namun selepas mendapat tahu bahawa saya menghidapi penyakit, dia mula menyembah Tuhan dengan hati yang saleh. Ibu saya berharap agar Tuhan dapat menolong saya. Dia pun meminta saya mengajarnya cara untuk berdoa supaya Tuhan dapat mengubati penyakit saya.

​Apabila dia berasa panik dan tidak mendapat sebarang bantuan, dia akan berlutut untuk berdoa. Syukur kepada Tuhan, setiap kali selepas dia berdoa, hatinya mendapat kelegaan daripada Tuhan. Hatinya menjadi lebih tenang. Dalam hal ini, dia juga dapat mengalami penyertaan Tuhan. Selepas itu, dia juga menerima Roh Kudus yang berharga. Kasih Tuhan telah menggerakkan hatinya. Pada hujung bulan November 2010, ibu saya telah dibaptis ke dalam nama Tuhan.

​Pada awal tahun 2011, saya mula kembali ke sekolah. Rakan sekolah memberitahu saya bahawa sebenarnya dia telah nampak ada sesuatu yang timbul di bahagian leher saya setahun yang lepas. Saya bertanya kepadanya mengapa tidak memberitahu saya dari awal lagi. Syukur kepada Tuhan, pada waktu itu saya masih belum percaya kepada Tuhan dan mungkin pada masa itu masih awal bagi saya untuk mengetahuinya. Pada masa itu, mungkin saya masih belum dapat menerima tamparan yang sebegini. Saya percaya semuanya ini adalah aturan Tuhan yang indah.

​Pada Julai 2011, saya kembali ke hospital untuk membuat pemeriksaan seluruh badan. Laporan yang dikeluarkan menyatakan bahawa semua sel barah yang ada dalam tubuh saya telah dihapuskan. Saya hanya perlu membuat pemeriksaan badan secara tetap dan mengambil ubat. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memimpin setiap langkah kaki kami. Pertama, saya mendapat tahu bahawa Tuhan sememangnya adalah Tuhan yang Mahakuasa. Kedua, saya dapat mempelajari bagaimana untuk menanti Tuhan sewaktu dalam penderitaan dan kesakitan. Ketiga, semasa dalam proses mengubati penyakit saya itu, Tuhan meringankan penderitaan saya supaya saya dapat menanggung segala penderitaan daripada pembedahan. Keempat, Tuhan membolehkan saya mengetahui apakah jenis ubat antibiotik yang saya alah supaya saya tidak akan tersalah mengambil ubat semasa dalam kecemasan.

Kesimpulannya, semasa saya merenung kembali semua pengalaman saya itu, saya bersyukur kepada Tuhan dengan sedalam-dalamnya. Ia juga membolehkan saya mengalami ”Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman TUHAN.” (Yes 55:8-9) Betapa indahnya jalan Tuhan, jalan-Nya tidak dapat dijangka manusia. Walaupun secara permukaannya kelihatan seperti yang ternyata dalam kidung rohani bilangan 164, “Walau lalui jalan bahaya, penuh dengan semak duri, Roh Kudus selalu jaga, tetap sejahteralah” Kiranya segala kemuliaan dan kesyukuran diberikan kepada nama Tuhan Yesus Kristus.

18. Suatu Perkara Yang Indah Dalam Masa Kanak – Kanak Yesus
|

18. Suatu Perkara Yang Indah Dalam Masa Kanak – Kanak Yesus

Luk 2 : 40-52:  Sejak antara masa kanak-kanak Tuhan Yesus sampai pada usia 30 tahun pergi memberitakan Injil, Alkitab tidak mencantumkan riwayat hidupNya.  Sebab dalam hal ini, Yesus bertugas sebagai anak manusia, yang membantu ayah ibuNya di rumah.

Sebelum keluar untuk mengerjakan pekerjaan Kudus mengenai Kerajaan Syurga, maka tidak perlu untuk mencantumkanNya.

Tetapi hanya dalam Kitab Lukas ada pengajaran Firman yang sangat penting yang harus kita pelajari dan melaksanakannya.

I.       SUATU TELADAN BAIK SEBAGAI IBU BAPA :

Sejak anak-anak masih kecil, maka harus memimpin mereka untuk berbakti kepada Allah.

1.      Perjalanan dari Nazaret sampai ke Yerusalem sangat jauh, sebelum Yesus berusia 12 tahun, meskipun ibu bapaNya belum pernah membawa Dia ke kota kudus untuk berbakti kepada Allah, namun di dalam rumah sudah mengajar Dia untuk takut akan Allah, serta memperlajari Alkitab, sehingga telah memupuk imanNya dengan baik.

2.      Perjalanan dari Nazaret ke Yerusalem, harus ditempoh 4 sampai 5 hari;  Ketika Yesus berusia 12 tahun, setelah sampai pada masa raya, maka ibu bapaNya membawa anak kecil itu dalam perjalanan jauh untuk beribadah kepada Allah.  Yakni lebih menyatakan sikap orang tua (ibu bapa) yang memperhatikan anaknya untuk berbakti kepada Allah.

3.      Keluarga Maria sangat miskin, perjalanan pulang pergi ke Yerusalem untuk beribadah kepada Allah, memerlukan waktu 10 hari;  Demi untuk beribadah kepada Allah, mereka rela meningglakan tugas kehidupan jasmaninya.

Untuk teladan yang baik ini, sungguh patut kita mencontohnya.

4.      Dalam Luk 4 : 16 mencantumkan :

Menurut “Kebiasaan” pada hari Sabat Yesus masuk ke rumah “Ibadat” iaitu sejak masih kecil dibiasakan oleh orang tuanya.

  • Kerajinan Timotius adalah dipupuk oleh nenek serta ibunya sejak kecil (2 Tim 1 : 5).
  • Sebagai ibu bapa harus memperhatikan anak-anaknya, sejak masih kanak-kanak sudah harus mendidik mereka tentang Kebenaran untuk berbakti kepada Allah (Ams 22 : 6).

II.     TELADAN BAIK BARI ORANG MUDA :

Yang dilakukan oleh Yesus semuanya baik (Mrk 7 : 37).

Semuanya adalah contoh bagi kita (Yoh 13 : 15).

Yakni sejak masih kanak-kanak sudah demikian keadaannya.

1.      Yerusalem adalah kota yang ramai, pada masa kanak-kanak, Ia tidak pergi main ke luar, hanya di dalam Bait kudus, bahkan setelah masa raya, meskipun semua orang telah meninggalkan tempat ibadah, namun Ia masih berada dalam Bait Kudus sedang mendengarkan Firman dan mempelajari Kebenaran Alkitab.

2.      Ia mempunyai semangat yang baik terhadap Firman pengajaran dan dipelajari sampai mengerti betul, apabila orang lain bertanya kepada Dia, maka dijawabNya dengan baik (46-47).

3.      Ia senang tinggal di dalam rumah Allah, serta memperhatikan perkara Allah Bapa.

(Dalam ayat 49 terjemahan lama “Wajib ada di dalam pekerjaan Bapa” dan terjemahan baru “Harus berada di dalam rumah BapaKu”, dalam ayat ini terdapat 2 macam erti).

 

Hidup Yang Lebih Sempurna  Nan Indah
| | |

Hidup Yang Lebih Sempurna Nan Indah

Hidup Yang Lebih Sempurna Nan Indah

[Lin Yung Ji]

Prakata

  1. Manusia selalunya tidak henti-henti mengejari kesempurnaan, namun selalunya juga yang ideal itu tidak sepadanan dengan kenyataan; sebabnya ialah sifat manusia yang sukar diubahkan.
  2. Demi menangani sifat kelemahan manusia, ianya memerlukan iman kepercayaan yang sihat demi menjadikan kehidupan kita lebih sempurna indah, barulah ideal boleh menjadi realiti (Rm 1:17)
  3. Bagaimanakah menjadikan kehidupan lebih sempurna melalui kepercayaan yang sempurna?

[1]      Bertekad Menjadi Seorang Benar

i. Apa maksud orang benar? (I Yoh 3:7).
ii. Orang benar adalah sedikit.

 Berdasarkan perbuatan (Rm 7:18-22)

‚ Berdasarkan kepercayaan (II Kor 4:4)

iii. Orang benar perlu dilahirkan dari Allah (I Yoh 3:8-10); agar ianya dapat menunjukkan kehidupan yang lebih sempurna nan indah (I Yoh 3:13-16)

[2]      Percaya Pada Tuhan Yesus

  1. Orang-orang yang percaya pada Tuhan Yesus adalah dilahirkan Allah (I Yoh 5:1)
  2. Yesus adalah Juruselamat manusia (I Yoh 5:4-8)
  3. Orang yang percaya pada Yesus dapat mengalahkan si-jahat lalu memanifestasikan kehidupan yang lebih sempurna (I Yoh 5:19)

[3]     Kehidupan Dibaharui

  1. Percaya pada Tuhan beroleh hidup baru (I Yoh 5:12)
  2. Percaya pada Tuhan beroleh hidup kekal (I Yoh 5:13)

Penutup

Oleh iman, kehidupan orang benar beroleh pembaharuan lalu memanifestasikan nilai kehidupan (II Kor 5:17).

Rumah Yang Jauh Lebih Indah
| | |

Rumah Yang Jauh Lebih Indah

Rumah Yang Jauh Lebih Indah

[Lin Yung Ji]

Prakata

Rumah ialah tempat ayunan umat manusia, dasar masyarakat bertamadun dan pusat kasih sayang di mana setiap kesilapan dan kegagalan ditutupi dengan kasih.

Secara amnya manusia selalu berkeluh ‘kehidupan umpama pendatang’, di manakah destinasi roh manusia masa akan datang? Apakah lebih indah daripada rumah hidup masa kini? Marilah kita sama-sama renungi soal-soal tersebut.

[1]      Kenal Pastikan Jalan Kembali Ke Rumah

  1. Utamakan kesudahan hidup manusia (Pkh 3:11; 7:2; Luk 16:27-31)
  2. Tuhan Yesus telah menunjukkan sejelas-jelasnya jalan pulang ke rumah (Yoh 14:6)

    Jalan (II Ptr 1:3-4, 14-18)

‚    Kebenaran (I Kor 15:14; Mrk 13:30)

ƒ    Hidup (Kis 1:3-5; Rm 8:9)

[2]      Menjadi Anggota Rumah Allah

  1. Rumah hanya satu, memandangkan jemaat adalah rumah Allah maka hanya satu jemaat (Ef 1:22)
  2. Sesudah baptisan air, bukan lagi orang luar melainkan sudah menjadi anggota rumah Allah (Ef 2:13, 19)
  3. Sesudah baptisan Roh, maka sudah beroleh tanda bukti jaminan mewarisi pusaka rumah Allah (Yak 2:26; Ef 1:13)
  4. Bertumbuh di dalam kasih dengan berasaskan kebenaran (Ef 4:13-14; Gal 1:6-9)

[3]     Dirikan Rumah Yang Lebih Indah

  1. Pekerjaan iman (Ibr 11:1; Gal 1:1-3)
  2. Pengorbanan kasih (I Kor 15:9-10; Ams 15:16)
  3. Pengharapan yang lahir dari ketekunan (Flp1:21; Mzm 17:15)

Penutup

Hanya dengan mengenalpasti bahwa diri sendiri pada hakikatnya merupakan pendatang dan perantau di dunia ini, barulah seseorang akan berfikir secara positif serta merindukan rumah yang lebih indah, di samping mempraktikkan ajaran-ajaran dalam Alkitab, barulah berpeluang pulang ke rumah di Sorga yang dinanti-nantikan sekian lama.

Kehidupan Yang Lebih Indah
| | |

Kehidupan Yang Lebih Indah

Kehidupan Yang Lebih Indah

[Lin Yung Ji]

 Prakata

  1. Daya motivasi kehidupan hari ini ialah pengharapan hidup hari esok.
  2.  Masa depan manusia kini terancam, apakah kehidupan esok hari akan menjadi baik?
  3. Sewaktu seluruh bumi berkeluh kesah atas kenajisan dosa kejahatan, Allah telah memberikan kita janji akan langit dan bumi yang baru (I Ptr 3:8-13) agar kita akan berusaha ke arah mencari satu kehidupan yang lebih indah; bagaimana pula menjalani kehidupan yang lebih indah?

[1]      Kehidupan Menjadi Satu Antara Allah Dengan Manusia

  1. Tuhan mendamaikan manusia dengan Allah (Luk 24:5)
  2. Pergunakanlah waktu yang ada untuk mendekat pada Allah (Ef 5:15-16)
  3. Melihat dengan jelas akan kehendak Allah dalam perjalanan ke Sorga (Ef 5:17-18)

[2]      Kehidupan Keluarga Yang Bahagia

  1. Kebahagiaan keluarga melebihi segala kejayaan di masyarakat (Mzm 127:3)
  2. Keluarga yang bahagia menjadikan Kristus sebagai pusat kehidupan (Yoh 1:12)
  3. Akuilah Tuhan, maka Ia akan mengaruniakan keluarga yang bahagia (Ams 3:6)

[3]     Kehidupan Sebagai Terang, Sebagai Garam

  1. Kehidupan kasih (I Kor 13:3)
  2. Kehidupan bersyukur (I Kor 4:7)
  3. Kehidupan memberi persembahan (Kis 3:16)

Penutup

Seorang budiman menguatiri jalannya dan bukan kekayaannya; kehidupan yang dikejari seorang budiman ialah kehidupan di dalam Kristus ~ itulah kehidupan terindah (Mzm 32:1).

Hidup Manusia yang Indah
|

Hidup Manusia yang Indah

Ayat Suci : Pkh 2 : 3

Raja Salomo yang menjalankan hidupnya yang kaya-raya, namun ia masih memikirkan perkara yang terindah dalam hidupnya. Ini bereti ia masih belum mendapatkan hidup manusia yang indah.

Setiap orang mengejarkan — hidup manusia yang bahagia, namun demikian ramai orang yang tidak berjaya kerana mereka hanya mengejarkan tujuan dan arah piawaian yang tidak tepat. Dengan itu, mereka bukan saja tidak dapat mencapai hidup manusia yang indah, melainkan penuh dengan pelbagai penderitaan, kekhuatiran, kesedihan, ketakutan bahkan terasa bosan terhadap kehidupan mereka. Demikianlah malapnya hidup manusia. Bagaimana mengejarkan hidup manusia yang indah, adalah persoalan utama yang patut kita selidik pada hari ini.

(1) Mempunyai hidup manusia yang tahu berasa cukup. (Sukacita) (Fil 4: 11-12; 4 : 6-7)

  • Pepatah : Bersukacita kerana tahu berasa cukup.

(I) Hidup manusia di dunia, datang dalam kesia-siaan dan pergi dalam kegelapan.(Pkh 6:4; Ayb 1: 21)

(II) Manusia yang hina, kediaman terbatas (perumahan), kehidupan terbatas (makanan dan pakaian), hari-hari dan tahun-tahun juga terbatas. Kerana hidup manusia yang singkat ini, “Segala jerih-payah manusia adalah untuk mulutnya, namun keinginannya tidak terpuaskan.” (Pkh 6: 7)

(i) Harus mempunyai taraf permintaan yang rendah dalam kehidupan, “Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah.” (1 Tim 6: 6-7)

(ii) Menaruh pengharapan tinggi, kekecewaan semakin besar. (Bertambahnya kerisauan); tetapi kalau permintaan kurang, lebih banyak kepuasannya. (Bertambahnya sukacita).

(iii) Pepatah : Hati manusia bercondong tinggi. Orang yang mempunyai keinginan tinggi, tidak akan dipuaskan oleh kekayaan hartanya. (Pkh 5: 10-12)

(iv) Berasa cukup : Bukan kerana kekayaan harta, melainkan mempunyai konsep hidup manusia yang tepat dalam hati. Berasa cukup dalam keadaan sekarang (Fil 4:10-12), inilah salah satu rahsia kesukacitaan bagi pemercaya.

(2)  Hidup manusia yang mempunyai sandaran. (Damai Sejahtera) (Yes 26 : 3-4)

Ada orang yang sangat mengkagumi kehidupan bahagia seperti bayi, mempunyai sandaran, tanpa kekhuatiran, kehidupan yang selamat dan boleh bersandar kepada pangkuan ibu bapanya, kasih ibu bapa yang ikhlas, dapat  dipercayai. Tetapi apabila ibu bapa berlanjut usia, menjadi lemah maka tidak dapat disandar lagi. (Ayb 5: 6-7)

Hidup manusia akan menemui banyak penderitaan, terutamanya pada akhir zaman ini mempunyai banyak bencana alam yang mengancam kehidupan manuisa. Walaupun manusia bijaksana tetapi masih mempunyai kelemahan seperti tidak dapat mangalahkan bakteria halus yang tidak kelihatan itu. Jadi, jelaslah menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan satu sandaran yang melampau kekuatan manusia.

(I) Sandaran-sandaran orang sekarang.

(i) Sandar pada keperkasaan, namun keperkasaan tidak berlanjutan (Maz 146 : 3-4).

(ii) Sandar pada kewangan. Sungguhpun wang sangat berguna namun bukan serba boleh.(1 Tim 6 :17)

(a) Dapat membeli makanan tetapi tidak dapat membeli nafsu makan.

(b) Dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli tidur yang nyenyak.

(c) Dapat membeli makanan yang berkhasiat tetapi tidak dapat membeli hidup yang tidak akan mati.

(d) Dapat membeli tiket penerbangan tetapi tidak dapat membeli tiket memasuki kerajaan sorga.

  • Hati yang taat, cinta yang murni, tidak dapat dibeli oleh wang. Sebaliknya wang menjadikan kecelakaannya sendiri. Contohnya : rompak, culik dan sebagainya.

(iii) Syarikat Insurans : Dapat menjamin keselamatan dan kewangan tetapi tidak dapat menjamin nyawa manusia.(Ayb 8: 13-14)

(II) Tuhan Yesus adalah sandaran terbaik. (Kis 4: 12)

(i) Dia merupakan Pencipta Maha Kuasa, yang mempunyai kuasa  melampau alam semula jadi.

(ii) Dia merupakan Bapa segala bangsa yang mempunyai kasih setia yang kekal.

(iii) Dia berjanji supaya mereka beroleh damai sejahtera dalam-Nya. (Kesetiaan) (Yoh 16:33; 14:27 ).

(a) Kesejahteraan tubuh : Saksian tentang Tuhan menyembuhkan penyakit dan menyelamatkan manusia.

(b) Kesejahteraan semangat (Batin) : Roh kudus menghiburkan  dalam kegelisahan.

(c) Kesejahteraan hidup (Jiwa) : Tidak takut berdepan dengan maut, Tuhan akan menyelamatkan kita masuk ke Sorga. (2 Tim 4;18 )

(iv) Percayalah dan memeluk dalam Tuhan, hidup manusia mempunyai sandaran.

(a) Ada sandaran dalam kehidupan.

(b) Ada sandaran dalam pekerjaan.

(c) Ada sandaran pada hari siang.

(d) Ada sandaran pada hari malam. (Dalam mimpi ngeri, Tuhan menyelamatkan.)

(e) Ada sandaran di rumah.

(f) Ada sandaran di luar.

(g) Ada sandaran di daratan.

(h) Ada sandaran di lautan dan di udara.

(i) Ada sandaran hidup sekarang.

(j) Lebih lagi ada sandaran selepas meninggal dunia.

  • Alangkah baiknya hidup manusia yang mempunyai sandaran–sandaran ini.

(3) Hidup manusia yang berpengharapan. (Bersikap positif dan yang terhibur) (Rm 8: 24-25; Ykb 1: 2-4)

  • Manusia yang mempunyai pengharapan tepat, hidupnya tidak akan menjadi pasif dan membosankan melainkan ia dapat menghadapi segala kesusahan dengan bersikap positif. Ia dapat bertahan untuk  menyelesaikan sehingga sempurna, tidak berputus asa dan tidak berasa hampa. Ia juga dapat hidup dengan baik dan begitu nyata sekali.

(I) Pengharapan orang sekarang : Iaitu segala yang kelihatan dan keuntungan-keuntungan yang akan menjadi fana. (1Kor 15: 19)

(i) Mempunyai hikmat (Pengertian) : bertambah pula kegelisahan. (Pkh 1: 16-18), menjadi kosong selepas meninggal dunia.

(ii) Banyak harta kekayaan : bertambah pula kekhuatiran, bahaya dan rasa tidak tenteram. (Pkh 5: 12-13)

(iii) Panjang umur, beranak-cucu banyak : bertambah pula jerih-payah.

(iv) Berkedudukan tinggi : Pokok yang besar mendatangkan angin, seperti Daniel juga dicemburu dan dicelakakan oleh orang lain.

(v) Hidup hanya untuk makan, minum dan bersukaria saja. Orang demikian adalah paling menderita dalam jiwanya kerana semua ini tidak mungkin terjadi dalam hidupnya.

  • Semua perkara realistik dalam hidup manusia ini adalah sesuatu yang kelihatan tetapi bukan pengharapan, kerana diperolehi dengan mudah, maka akan kehilangan dengan mudah. Tujuan pengharapan ini tidak tepat.

(II) Pengharapan yang tepat (Rm 8: 24; 2 Kor 4: 18)

(i) Menantikan kedatangan Juruselamat dari sorga.(Fil 3: 20)

(ii) Mengharapkan hidup kekal yang tidak dapat binasa. (1Kor 15 : 50-54)

(iii) Mengharapkan tubuh kita akan bangkit, diubah dan diangkat ke Sorga.(Rm 8: 11; Fil 3: 21)

Kesimpulan :  Jadi, sesiapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru. (2 Kor 5: 17) Hidup manusia bukan lagi yang berjerih-payah, yang membosankan, yang sia-sia atau yang pasif melainkan adalah hidup manusia yang tahu berasa cukup, iaitu hidup manusia yang indah dari sekarang sampai hidup kekal.