Hidup Manusia yang Diberkati
|

Hidup Manusia yang Diberkati

Ayat Suci : (Maz 90:14) Kenyangkanlah kami di waktu pagi dengan kasih setia-Mu, supaya kami bersorak-sorai dan bersukacita semasa hari-hari kami.

(Maz 23 : 6) Kebajikan dan kemurahan belaka akan mengikuti aku seumur hidupku.

(Yes 65 : 23-24) Maka sebelum mereka memanggil, Aku sudah menjawabnya, ketika mereka sedang berbicara, Aku sudah mendengarkannya.

(Kej 12 : 3) Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau.

(Maz 121 : 8) Tuhan akan menjaga keluar masukmu.

(Ul 28 : 6) Diberkatilah engkau pada waktu masuk dan diberkatilah engkau pada waktu keluar.

Pra Kata : Sejak nenek-moyang jatuh dalam dosa, hidup manusia bukan saja kehilangan berkat malahan diikuti dengan kutukan sehingga terkutuklah tanah kerana manusia berdosa. (Kej 3: 17) Pelbagai bencana alam dan malapetaka yang berlaku tanpa berhenti-henti. Taman Firdaus yang diberkati pada mulanya menjadi tidak ada lagi, kehidupan yang seperti Tuhan, hidup, rupa, sukacita, damai sejahtera, kesihatan, kebebasan, kehormatan dan kekekalan menjadi tidak ada lagi.

(1) Tidak ada kebahagiaan dalam hidup manusia : (Hidup manusia yang terkutuk) (kej 3: 17-19)

(I) Hidup manusia yang pendek, penuh dengan kesusahan dan kegelisahan. (Kej47 : 9; Maz 90: 90)

(II) Sejak manusia dilahirkan, kehidupannya seperti banduan dunia. (Lahir dengan tangisan)

(III) Akan terdapat bayangan maut mengikuti sejak dilahirkan. (Ibr 9: 27) kerana maut, menjadikan hidup manusia yang tidak ada bezanya seperti haiwan-haiwan lain. (Pkh 3: 18-20)

(IV) Hidup manusia pada akhirnya adalah sia-sia belaka. (Yang tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan tidak dapat membawa apa-apa ke luar.) [(1 Tim 6:7; Ayb 1: 21 Hanya berjerih-payah namun keinginannya tidak terpuaskan. (Pkh 6:7)]

(2) Hidup manusia yang diberkati

(I) Hidup manusia yang mengenal Tuhan. (Ayb 22: 21)

(i) “Tuhan menyelamatkannya”. (Maz 34: 7)

(a) Tuhan akan menjaga keluar masukmu. (Maz 121:8; Maz 91:  1-16)

(b)  Tuhan akan melepaskan mereka dari segala kesesakannya. (Maz 34:17; 2Ptr 2:9)

(ii) “Tuhan memberkati”. (Ul 28: 6)

(a) Tuhan memberi kebajikan dan kemurahan. (Maz 23: 6)

(b) Bertambah maju. (Ul 28: 1-6)

[Bersandar dan menyerahkan kepada Tuhan maka : Hidup tanpa kekhuatiran, mempunyai kebahagiaan perkahwinan, sukacita keluarga, kesihatan tubuh dan kemajuan kerjaya.]

(II) Hidup manusia yang tanpa dosa. (Maz 32:1-2)

(i) Berbahagialah orang yang diampuni dosanya oleh anugerah Tuhan. (Dianggap tidak berdosa oleh Tuhan).

  • Dosa — Maut : Dosa diampuni, luput daripada maut. Dosa — Kutuk : Dosa diampuni, kutuk dihapuskan.
  • Percaya dan dibaptis, dosa diampuni. (Kis 2: 38; 22:16) Berkat dicurahkan.

(ii) Menguasai keinginan nafsu, tidak lagi berbuat dosa. (Rm 6: 12-14; 2Ptr 2: 20-22)

  • Dosa dan hukuman adalah serentak, yang tidak berdosa akan menerima kesejahteraan, manakala yang berdosa akan menantikan hukuman.

(III) Hidup manusia yang bebas. (Luk 4: 18-19)

  • Hidup manusia tidak dapat dikatakan bahagia jika tidak mempunyai kebebasan. Ada pepatah Cina dalam sejarah China: Hidup sangat bernilai, cinta sangat berharga. Tetapi  kerana kebebasan, sanggup melepaskan kedua-duanya. Jelaslah kebebasan amat penting dalam hidup manusia.

 (i) Menuruti nafsu dan bebas adalah dua perkara yang tidak sama.

  • Menuruti nafsu adalah kebebasan yang tidak bahagia, akan mengakibatkan penderitaan selepas keseronokan.

 (ii) Tidak terkongkong. (Dari luar dan dalam)

(a)  Terlepas dari tekanan luar dan nikmat dalam bebas : Umat Isreal ditindas di Mesir, kehilangan kebahagiaan dalam kehidupan, tetapi Tuhan menuntun mereka keluar dari tempat perbudakan dan menjadikan mereka sebagai tuan rumah yang bebas untuk menjalankan hidup yang bahagia.

(b) Berbahagialah orang yang terlepas dari belenggu si Jahat.

(c) Terlepas dari tekanan jiwa, mendapatkan kebebasan yang sebenar dan kebahagiaan yang benar. (Tidak dikawal oleh rokok, minuman keras, tarian, tontonan, pendengaran dan sebagainya).

  • Selalu menegur diri bahawa sungguhpun mengetahui yang mendatangkan akibat teruk namun masih tidak dapat melepaskannya, ini tidak bebas. Jiwa dibelenggu sampai binasa pada akhirnya, ini tidak bahagia. Ini disebabkan bebas menurut nafsu menyebabkan jiwa terbelenggu. Ini adalah hidup manusia yang paling menderita. (Rm 7: 23-25)
  • Roh Tuhan telah memerdekakanku (Yoh 8:36; 2Kor 3: 17)  [1 Kor 6:12 : Memperoleh kebebasan jiwa, Gal 5:1: Jangan lagi dikenakan kuk perhambaan.]

(IV) Hidup manusia yang mempunyai pengharapan hidup kekal. (Rm 5: 1-5)

(i) Hidup manusia diberkati, tidak terasa kecewa dan hampa.

(ii) Harapan hidup sering mengecewakan manusia. (Mudah menjadi sia-sia)

(iii) Hidup manusia berharga yang melebihi segala harta kekayaan dunia. Berbahagialah orang yang hidup di dalam Tuhan.

(iv) Mempunyai pengharapan yang menuju ke tanah air yang indah, ada berkat masa hidup mahupun mati. Inilah hidup manusia yang diberkati Tuhan. (Maz 116,15; Why 14: 13)

Kesimpulan : Tuhan memberi berkat dalam sepanjang hayat, mempunyai damai sejahtera, sukacita, tanpa dosa, tanpa maut melainkan hidup berpengharapan, inilah hidup manusia yang diberkati. Oleh itu, teman-teman sekalian, terimalah injil dengan segera agar hidupmu diberkati oleh Tuhan.

Hidup Manusia yang Indah
|

Hidup Manusia yang Indah

Ayat Suci : Pkh 2 : 3

Raja Salomo yang menjalankan hidupnya yang kaya-raya, namun ia masih memikirkan perkara yang terindah dalam hidupnya. Ini bereti ia masih belum mendapatkan hidup manusia yang indah.

Setiap orang mengejarkan — hidup manusia yang bahagia, namun demikian ramai orang yang tidak berjaya kerana mereka hanya mengejarkan tujuan dan arah piawaian yang tidak tepat. Dengan itu, mereka bukan saja tidak dapat mencapai hidup manusia yang indah, melainkan penuh dengan pelbagai penderitaan, kekhuatiran, kesedihan, ketakutan bahkan terasa bosan terhadap kehidupan mereka. Demikianlah malapnya hidup manusia. Bagaimana mengejarkan hidup manusia yang indah, adalah persoalan utama yang patut kita selidik pada hari ini.

(1) Mempunyai hidup manusia yang tahu berasa cukup. (Sukacita) (Fil 4: 11-12; 4 : 6-7)

  • Pepatah : Bersukacita kerana tahu berasa cukup.

(I) Hidup manusia di dunia, datang dalam kesia-siaan dan pergi dalam kegelapan.(Pkh 6:4; Ayb 1: 21)

(II) Manusia yang hina, kediaman terbatas (perumahan), kehidupan terbatas (makanan dan pakaian), hari-hari dan tahun-tahun juga terbatas. Kerana hidup manusia yang singkat ini, “Segala jerih-payah manusia adalah untuk mulutnya, namun keinginannya tidak terpuaskan.” (Pkh 6: 7)

(i) Harus mempunyai taraf permintaan yang rendah dalam kehidupan, “Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah.” (1 Tim 6: 6-7)

(ii) Menaruh pengharapan tinggi, kekecewaan semakin besar. (Bertambahnya kerisauan); tetapi kalau permintaan kurang, lebih banyak kepuasannya. (Bertambahnya sukacita).

(iii) Pepatah : Hati manusia bercondong tinggi. Orang yang mempunyai keinginan tinggi, tidak akan dipuaskan oleh kekayaan hartanya. (Pkh 5: 10-12)

(iv) Berasa cukup : Bukan kerana kekayaan harta, melainkan mempunyai konsep hidup manusia yang tepat dalam hati. Berasa cukup dalam keadaan sekarang (Fil 4:10-12), inilah salah satu rahsia kesukacitaan bagi pemercaya.

(2)  Hidup manusia yang mempunyai sandaran. (Damai Sejahtera) (Yes 26 : 3-4)

Ada orang yang sangat mengkagumi kehidupan bahagia seperti bayi, mempunyai sandaran, tanpa kekhuatiran, kehidupan yang selamat dan boleh bersandar kepada pangkuan ibu bapanya, kasih ibu bapa yang ikhlas, dapat  dipercayai. Tetapi apabila ibu bapa berlanjut usia, menjadi lemah maka tidak dapat disandar lagi. (Ayb 5: 6-7)

Hidup manusia akan menemui banyak penderitaan, terutamanya pada akhir zaman ini mempunyai banyak bencana alam yang mengancam kehidupan manuisa. Walaupun manusia bijaksana tetapi masih mempunyai kelemahan seperti tidak dapat mangalahkan bakteria halus yang tidak kelihatan itu. Jadi, jelaslah menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan satu sandaran yang melampau kekuatan manusia.

(I) Sandaran-sandaran orang sekarang.

(i) Sandar pada keperkasaan, namun keperkasaan tidak berlanjutan (Maz 146 : 3-4).

(ii) Sandar pada kewangan. Sungguhpun wang sangat berguna namun bukan serba boleh.(1 Tim 6 :17)

(a) Dapat membeli makanan tetapi tidak dapat membeli nafsu makan.

(b) Dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli tidur yang nyenyak.

(c) Dapat membeli makanan yang berkhasiat tetapi tidak dapat membeli hidup yang tidak akan mati.

(d) Dapat membeli tiket penerbangan tetapi tidak dapat membeli tiket memasuki kerajaan sorga.

  • Hati yang taat, cinta yang murni, tidak dapat dibeli oleh wang. Sebaliknya wang menjadikan kecelakaannya sendiri. Contohnya : rompak, culik dan sebagainya.

(iii) Syarikat Insurans : Dapat menjamin keselamatan dan kewangan tetapi tidak dapat menjamin nyawa manusia.(Ayb 8: 13-14)

(II) Tuhan Yesus adalah sandaran terbaik. (Kis 4: 12)

(i) Dia merupakan Pencipta Maha Kuasa, yang mempunyai kuasa  melampau alam semula jadi.

(ii) Dia merupakan Bapa segala bangsa yang mempunyai kasih setia yang kekal.

(iii) Dia berjanji supaya mereka beroleh damai sejahtera dalam-Nya. (Kesetiaan) (Yoh 16:33; 14:27 ).

(a) Kesejahteraan tubuh : Saksian tentang Tuhan menyembuhkan penyakit dan menyelamatkan manusia.

(b) Kesejahteraan semangat (Batin) : Roh kudus menghiburkan  dalam kegelisahan.

(c) Kesejahteraan hidup (Jiwa) : Tidak takut berdepan dengan maut, Tuhan akan menyelamatkan kita masuk ke Sorga. (2 Tim 4;18 )

(iv) Percayalah dan memeluk dalam Tuhan, hidup manusia mempunyai sandaran.

(a) Ada sandaran dalam kehidupan.

(b) Ada sandaran dalam pekerjaan.

(c) Ada sandaran pada hari siang.

(d) Ada sandaran pada hari malam. (Dalam mimpi ngeri, Tuhan menyelamatkan.)

(e) Ada sandaran di rumah.

(f) Ada sandaran di luar.

(g) Ada sandaran di daratan.

(h) Ada sandaran di lautan dan di udara.

(i) Ada sandaran hidup sekarang.

(j) Lebih lagi ada sandaran selepas meninggal dunia.

  • Alangkah baiknya hidup manusia yang mempunyai sandaran–sandaran ini.

(3) Hidup manusia yang berpengharapan. (Bersikap positif dan yang terhibur) (Rm 8: 24-25; Ykb 1: 2-4)

  • Manusia yang mempunyai pengharapan tepat, hidupnya tidak akan menjadi pasif dan membosankan melainkan ia dapat menghadapi segala kesusahan dengan bersikap positif. Ia dapat bertahan untuk  menyelesaikan sehingga sempurna, tidak berputus asa dan tidak berasa hampa. Ia juga dapat hidup dengan baik dan begitu nyata sekali.

(I) Pengharapan orang sekarang : Iaitu segala yang kelihatan dan keuntungan-keuntungan yang akan menjadi fana. (1Kor 15: 19)

(i) Mempunyai hikmat (Pengertian) : bertambah pula kegelisahan. (Pkh 1: 16-18), menjadi kosong selepas meninggal dunia.

(ii) Banyak harta kekayaan : bertambah pula kekhuatiran, bahaya dan rasa tidak tenteram. (Pkh 5: 12-13)

(iii) Panjang umur, beranak-cucu banyak : bertambah pula jerih-payah.

(iv) Berkedudukan tinggi : Pokok yang besar mendatangkan angin, seperti Daniel juga dicemburu dan dicelakakan oleh orang lain.

(v) Hidup hanya untuk makan, minum dan bersukaria saja. Orang demikian adalah paling menderita dalam jiwanya kerana semua ini tidak mungkin terjadi dalam hidupnya.

  • Semua perkara realistik dalam hidup manusia ini adalah sesuatu yang kelihatan tetapi bukan pengharapan, kerana diperolehi dengan mudah, maka akan kehilangan dengan mudah. Tujuan pengharapan ini tidak tepat.

(II) Pengharapan yang tepat (Rm 8: 24; 2 Kor 4: 18)

(i) Menantikan kedatangan Juruselamat dari sorga.(Fil 3: 20)

(ii) Mengharapkan hidup kekal yang tidak dapat binasa. (1Kor 15 : 50-54)

(iii) Mengharapkan tubuh kita akan bangkit, diubah dan diangkat ke Sorga.(Rm 8: 11; Fil 3: 21)

Kesimpulan :  Jadi, sesiapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru. (2 Kor 5: 17) Hidup manusia bukan lagi yang berjerih-payah, yang membosankan, yang sia-sia atau yang pasif melainkan adalah hidup manusia yang tahu berasa cukup, iaitu hidup manusia yang indah dari sekarang sampai hidup kekal.

Hidup Manusia yang Bernilai
|

Hidup Manusia yang Bernilai

Ayat Suci : Pkh 2:3

Pra Kata : Hidup manusia merupakan hari sejak seorang  dilahirkan sampai ia meninggalkan dunia.  Jadi, apakah yang harus diusahakan oleh manusia sebagai yang ternilai dalam hidupnya?

(1)  Apakah hidup manusia ?

(I) Hidup manusia sama seperti kita menumpangkan kenderaan, yang akan turun bila sampai ke destinasinya.(Hidup manusia seperti  menumpang kenderaan, bermula dari stesen pertama ke stesen terakhir dan akan turun ke stesen yang menuju destinasi kita.)

(i) Turun pada stesen yang tidak sama : Ada yang turun pada stesen terakhir, ada pula yang turun pada stesen yang pertama atau stesen yang kedua.

(ii) Permintaan berbeza semasa naik kenderaan : Ada yang terus tidur (penat dalam sepanjang hayat), ada yang terus makan (makan & minum saja dalam sepanjang hayat), ada pula yang sibuk mencari tempat duduk (sibuk dalam sepanjang hidup).

(II) Hidup manusia seperti lakonan yang akan tamat pada akhirnya.

(III) Hidup manusia seperti suatu mimpi yang akan menjadi kosong apabila terjaga dari mimpinya.

(IV) Hidup manusia seperti banduan yang akan dibebaskan bila dipenuhkan hukumannya.

(i) Diganggu oleh konsep kehidupan manusia yang tidak betul.

(ii) Didesak oleh keinginan daging.

(iii) Kelemahan daging, yang tidak dapat memuaskan keinginan nafsu.

(iv) Penuh dalam kesusahan dan kegelisahan sepanjang hayat.

(v) Apabila genap waktunya, seperti memenuhi hukuman, akan dibebaskan ‘pulang’ dengan tangan yang kosong.

(V) Hidup manusia seperti bunga, akan gugur dalam masa yang singkat (1Ptr 1: 24).

(VI) Hidup manusia  seperti wap yang sebentar saja kelihatan lalu  lenyap. (Yak 4: 14)

(VII) Hidup manusia seperti bayang-bayang memanjang, sebentar saja akan hilang. (Maz 102 :11 )

(2)  Pilihan Manusia

(I) Memilih yang berkekalan atau kesingkatan yang sia-sia.

(II) Pemilihan di antara tubuh dan jiwa.

(i) Tubuh adalah singkat tetapi jiwa adalah yang kekal.

(ii) Haiwan mementingkan tubuh kerana nilai haiwan dalam tubuh, tetapi manusia mementingkan jiwa kerana nilai manusia dalam jiwa.

(III) Sorga atau Neraka merupakan pilihan hidup sekarang. (Mat 7 : 13-14)

  • Masa berlalu dengan cepat dan tidak akan berpatah balik. Kita harus mempergunakan waktu yang ada dengan baik!
  • Pepatah : Hari-hari berlalu dengan cepat, jika tidak memegang peluang untuk membuat pilihan baik, maka peluang akan mudah terlepas. (Mzm 90:12; Mzm 144 : 4)

(3) Mengejarkan hidup manusia yang bernilai

  • Hidup manusia sama seperti wap dan seperti bunga, yang tidak  tetap.
  • Pepatah : Masa itu emas. Harus menghargai dan menjalankan hidup yang lebih bernilai. Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. (1 Tim 6 : 6-8)

(I) Mengejarkan sukacita dan damai sejahtera — hidup manusia yang bahagia.

(i) Yesus merupakan sumber kesukacitaan dan kesejahteraan. (Yoh 16 :33; Fil 4:4, 6)

(ii) Roh Tuhan dan FrimanNya memberikan sukacita dan damai sejahtera. (Gal 5: 22 Yeh 15:16)

(iii) Ada perlindungan Tuhan, ada sukacita dan damai sejahtera.(Maz 34: 7; Yoh 14: 27)

(II) Mengejarkan hidup yang takut akan Tuhan dan mengasihi sesama manusia — hidup manusia yang mulia. (Mat 5: 16)

(i) Mengasihi Tuhan pencipta, mengasihi manusia seperti sendiri merupakan ahklak yang mulia. Sifat yang mementingkan diri dan mementingkan tubuh jasmani adalah hidup manusia yang bercorak haiwan.

(ii) Tuhan menyinari jiwa yang baik,  yang tahu bersinar untuk Tuhan. Memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia akan dikenan oleh Tuhan dan disukai manusia. Itulah hidup manusia yang cemerlang!

(III) Pengharapan  dalam kehidupan — hidup manusia yang tidak fana. (2Kor 5:1-4)

(i) Yang tidak fana adalah yang tidak hampa dan tidak sia-sia.

(ii) Yang tidak fana adalah tidak rasa tertekan dan tidak berputus asa.

(iii) Yang tidak fana adalah berubah semasa bangkit, mengenakan tubuh roh dan memasuki langit dan bumi yang baru.

  • Bagi dia tidak ada lagi ketakutan maut, kerana itulah hidup manusia yang tidak takut dan gementar.

Kesimpulan : Hidup manusia yang bernilai harus ada penyertaan daripada Tuhan Yesus, harus bertobat, percaya dan mengikuti Tuhan sesungguhnya,  menjalankan kehidupan yang giat untuk melayani Tuhan.  “Barangsiapa yang percaya dan dibaptis  akan diselamatkan”. Ini merupakan pintu yang membawa kita keluar dari hidup yang pasif dan memasuki dalam hidup yang bernilai. Sekiranya kita  menerima Tuhan dan memelihara diri di dalam Tuhan, maka mulai dari sekarang hidup kita akan menjadi lebih bernilai.

‘Yang Paling’ dalam Hidup Manusia
|

‘Yang Paling’ dalam Hidup Manusia

(1) Hidup manusia yang paling panjang umur.

(I) Boleh hidup mencapai umur berapa dikatakan panjang umur? Tidak dapat menunjukkan kepiawaiannya.

(i) Orang sekarang : Jika mencapai seratus tahun boleh dikatakan panjang umur.

(ii) Zaman dinasti : “Ya, raja, kekallah hidup mu!”

(iii) Zaman purba : Metusalah mencapai umur sembilan ratus enam puluh sembilan tahun, merupakan orang yang paling panjang umur dalam sejarah, namun tidak mencapai seribu tahun, jadi tidak dianggap juga yang paling panjang umur. (Kej 5: 27)

(II) Sebenarnya hidup yang akan mati tidak dianggap yang paling panjang umur.

(III) Hidup yang tidak akan mati barulah dikatakan yang paling panjang umur.

(i) Hidup sebenarnya ialah roh. (Yak 2: 26; Kej 2: 7; Luk 9: 56) Tubuh seperti pakaian dan tempat kediaman bagi roh. (2Kor 5: 1-4)

(ii) Percayalah Tuhan Yesus akan beroleh hidup kekal. (Yoh 3: 16-18 hidup kekal; Yoh 11: 25-26 tidak mati; 1Kor 15: 50- 54 tidur dan diubah: 1Tes 4: 13-17) (Percaya harus mempunyai isi kandungan : Rm 10: 9-10; Mrk 16: 16; Yoh 3: 3-5; Kis 2: 28)

(IV) Hanyalah umat Kristian merupakan oang yang paling panjang umur di dunia!

(2) Hidup manusia yang paling kaya.

(I) Kekayaan tidak mempunyai piawai.

(II) Keinginan hati manusia besar, kekayaan tidak dapat memuaskan hatinya. (Pkh 5: 10)

(III) Dua jenis orang yang paling kaya:

(i) Orang yang memiliki Pencipta segala-galanya.

(ii) Orang yang berpengharapan dan tahu rasa cukup.

(IV) Hanyalah umat Kristian merupakan orang yang paling kaya di dunia!

(i) Merupakan anak-anak Allah Pencipta segala-galanya yang memiliki keseluruhannya. (1 Yoh 5: 1; 3:1; 1Kor 3: 21-22)

(ii) Mempunyai pengharapan dan hati yang berasa cukup. (1Tim 6: 6-8)

(3) Hidup manusia yang paling damai sejahtera.

(I) Dalam dunia ada derita penganiayaan (Yoh 16: 33; Ayb 5: 6-7; Kej 3: 17: terkutuklah tanah kerana manusia berdosa)

(II) Batin manuisa lemah, mudah tercedera.

(III) Hidup manusia yang paling damai sejahtera jika tahu bersandar kepada Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Berada dan Maha Pengasih. (Ayb 22: 21;Yoh 14: 27; Ibr 13: 5-6; Yes 26: 3-4)

(IV) Hanyalah umat Kristian merupakan orang yang paling damai sejahtera!

(4) Hidup manusia yang paling sukacita.

(I) Hidup manusia penuh dengan kegelisahan dan penderitaan, tidak ada sukacita sesungguhnya (Maz 90: 10)

(II) Kekayaan kebendaan tidak dapat memuaskan hati manusia bersukacita. (Jiwa hampa) (Am 8: 11)

(III) Kelahiran Kristus membawa khabar sukacita terbesar bagi manusia dunia. (Sukacita) (Luk 2: 10)

(IV) Mempunyai hidup kekal (usah takut mati), rasa cukup (tak kekurangan), damai sejahtera (usah gentar), penyertaan Roh Kudus (Kerajaan Tuhan dalam hati) hidup manuisa yang paling sukacita.

(V) Hanyalah umat Kristian merupakan orang yang paling sukacita di dunia! (Fil 4: 4, 10)

 

Kesimpulan : Sebelum nenek-moyang keluar dari Taman Eden, manusia masih menikmati ‘yang paling’ dalam hidup manusia : yang paling panjang umur (hidup kekal), yang paling kaya (merupakan anak Tuhan yang mewarisi segala-galanya, tak kekurangan), yang paling damai sejahtera (tanpa bencana alam dan malapetaka, tanpa pertempuran dan tanpa sebarang kesakitan), yang paling sukacita (tanpa ketakutan, tanpa nafsu jahat dan dosa). Ini disebabkan mereka dicipta oleh Tuhan, hidup bergaul bersama dengan Tuhan dan dipenuhi oleh terang kemuliaan Tuhan. Jadi, pada hari ini kita harus percaya kepadaTuhan yang pengasih, sekali lagi kembali ke Taman Eden yang rohani — menganut Gereja Yesus Benar untuk menerima kelahiran kembali dari Air dan Roh (ciptaan baru) (Yoh 3: 3-5), berusaha mengejarkan hidup bergaul bersama dengan Tuhan. Dengan itu, pasti kita akan menikmati hidup manusia ‘yang paling’.

Haleluya, Amin !

Apakah yang Diperlukan dalam Hidup Manusia?
|

Apakah yang Diperlukan dalam Hidup Manusia?

Prakata : Hidup manusia adalah tempoh kehidupan semasa ia dilahirkan sehingga ia meninggalkan dunia. Apakah hidup manusia sebenarnya? Apakah yang diperlukan dalam hidup manusia ?

Apakah hidup manusia?

(I) Untuk hidup tubuh jasmani : Bersusah-payah dalam sepanjang umur, akhirnya kembali menjadi debu tanah. (Kej 3: 17-19)

  • Hidup manusia penuh dengan kesusahan dan kegelisahan. (Maz 90: 10; Kej47:9)
  • Hidup manusia bagaikan banduan yang dipenjarakan berpuluh-puluh tahun, akan menjadi bebas kalau sudah meninggalkan dunia. (Luk 2:29)

(II) Hidup manusia terbatas : Menjadikan hidup manusia singkat dan sia-sia belaka.

  • Hidup manusia seperti satu lakonan : Harus berhias semasa berlakon, watak sampingan harus disingkir.
  • Hidup manusia seperti mimpi : Menjadi kosong apabila terjaga dari mimpi.
  • Hidup manusia seperti pendatang yang melawat mengelilingi dunia, perjalanannya terhad.
  • Hidup manusia seperti pendatang, orang asing. Tempat yang kekal bukan dalam dunia.

(III) Dunia penuh dengan dosa, banyak bencana alam dan malapetaka yang menimpa manusia. Hidup manusia dalam ketakutan dan tidak selamat. Segala takhayul, perkara larangan dan adat istiadat karut terjadi oleh kerana rasa kurang selamat ini.

  • Itulah hidup manusia seperti lautan pahit, akan menemui pelbagai rintangan dan kesusahan.
  • Jadi, apa yang kurang dalam hidupmu? Apakah yang engkau inginkan sebenarnya?


Apakah yang diperlukan dalam hidup manusia sebenarnya?

  • Kebendaan hanya diperlukan oleh tubuh jasmani, tidak dapat memuaskan hati manusia. (Pkh 5: 10-13)
  • Kita tidak membawa sesuatu ke dalam dunia dan tidak dapat membawa apa-apa ke luar. Keadaannya seperti pendatang yang tinggal di tempat penginapan saja. (1Tim 6: 7)

(I) Memerlukan damai sejahtera : (Mengatasi kesusahan) (2 jenis hidup : tubuh jasmani dan jiwa rohani memerlukan damai sejahtera.)

(i) Banyak penderitaan dalam dunia. (Yoh 16: 33; Ayb 5: 6-7) Pepatah : Cuaca sering berubah, bulan tidak tetap bentuknya. Manusia juga sering menghadapi keadaan yang datang secara mendadak.

(ii) Hidup manusia memerlukan damai sejahtera. Pepatah: Perkataan damai sejahtera, nilainya seperti emas.

    • Tuhan Yesus menampakkan diri kepada murid-muridNya dan berkata: “Damai sejahtera bagi kamu!” (Yoh 20 : 19, 21)
    • Tuhan memesan kepada murid-muridNya : “Apabila kamu masuk rumah orang, berilah salam kepada mereka.” (Mat 10 : 11-13)

(iii) Ada damai sehajtera di dalam Tuhan. (Yoh 16 : 33…)

    •  Damai sejahtera yang benar, yang sempurna dan tidak diambil oleh orang lain. (Yoh 14: 27)

(II) Memerlukan sukacita : (mengatasi kegelisahan) (Pkh 3: 12)

(i) Banyak kegelisahan dalam dunia.

(ii) Ada sukacita di dalam Tuhan. (Fil 4: 6) Dipelihara oleh Tuhan dan dapat bersandar kepada Tuhan.

(iii) Sukacita yang benar tidak dihalangi oleh kebendaan atau persekitaran.

    • Dosa diampuni, dibebaskan dalam rohani dan mempunyai sukacita.
    • Bersandar dan menyerahkan kepada Tuhan, hati berasa tidak tertekan tetapi mempunyai sukacita dan pengharapan terhadap kerajaan sorga.
    • Menghapuskan keinginan nafsu : seperti sifat congkak, tamak, cemburu, mementingkan diri dll. Hati berasa sukacita kerana kerajaan Tuhan ada di dalamnya.
    • Mengenali hidup manusia, dapat melihat jelas dan menembusi dunia, tidak mempunyai permintaan tinggi dalam harta kekayaan, tetapi tahu berasa cukup.
    • Berjaga-jaga dalam doa, dipenuhi Roh Kudus, ada sukacita. (Roh Kudus digelar minyak sukacita)
    • Menuruti perintah-perintah Tuhan supaya diperkenankanNya, maka sukacita dapat dipuaskan. (Yoh 15: 9-12)
    • Kejarlah kekudusan untuk melihat Tuhan, kesukacitaan ini sampai selama-lamanya. ( Yoh 20: 20, Ibr 12: 14)
    • Orang kaya yang muda itu kasihan kerana tidak mahu sukacita dan hanya mementing wang saja. Maka pergilah ia dengan sedih. (Mat 19 : 21-22)

Memerlukan hidup kekal. (Memenuhi hati yang kosong) (Mat 16: 26 Nyawa sangat bernilai)

(I) Hidup manusia sama seperti uap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap. (Yak 4: 14; Ibr 9: 27)

(II) Menyelamatkan manusia yang hampir binasa. Segala sesuatu dalam dunia tidak berkesan, (kerana sering mendengar orang minta ‘tolong’).

(III) Dunia penuh dengan penderitaan dan kegelisahan, tidak ada yang baik  untuk selamanya.

(IV) Akan menikmati hidup kekal dan segala kebahagiaan pada langit dan bumi yang baru.

(V) Ikutilah Tuhan yang mempunyai firman hidup kekal. (Yoh 6: 68; 14: 6; 3: 16-18)

(i) Menerima kelahiran kembali dari air dan Roh. (Yoh 3 : 1-7; Kis 2: 38)

(ii) Menuruti firman kebenaran Tuhan dan perintah-perintahNya. (Mat 19: 17; Why 14: 12)

    • Orang kaya yang tidak mengejarkan hidup kekal, berasa sangat kesal pada akhirnya.(Luk 16: 19-31)

Kesimpulan : Keperluan hidup manusia yang sebenar bukan saja semata-mata untuk harta kekayaan yang fana, tetapi untuk memperolehi hidup kekal, supaya dapat hidup dengan damai sejahtera dan bersukacita. Ini adalah hidup manusia yang sangat bahagia dimana bermula dari sekarang sampai selama-lamanya. Kesemua berkat ini hanya kita beroleh dalam Kristus. Semoga kita berusaha mengejarkan untuk percaya kepada Tuhan Yesus dan menikmati segala berkat yang berkelimpahan untuk hidup sekarang mahupun hidup yang akan datang. Haleluya, Amin!