Firman Perihal Hamba Tuhan
| | |

Firman Perihal Hamba Tuhan

[Lai Yin Fu]

Prakata:

Dalam pekerjaan dan kehidupan sememangnya tidak terelak daripada hubungan majikan dengan pekerja upahan. Bagaimanakah menunaikan tanggungjawap menjadi seorang tuan yang baik (pengurus, pegawai, pihak atasan) ataupun seorang pekerja yang baik (staf, pegawai, askar)?

I.       Bagaimana Menjadi Seorang Tuan Yang Baik?

1. Berlaku adil dan jujur terhadap hamba (Kol 4:1) – jelas tentang yang betul dan salah
2. Gantikan kepimpinan dengan pelayanan

Δ       Barangsiapa ingin menjadi besar, menjadi terkemuka hendaklah ia menjadi hamba dan pelayan (Mat 20:26-28)

Δ       Rela menjadi hamba dari semua orang demi memenangkan orang (I Kor 9:19)

3. Kasihi hamba-hamba

Δ       Tuhan mengasihi orang-orang kepunyaanNya sampai kepada kesudahannya (Yoh 13:1)

Δ       Perwira meminta Yesus menyembuhkan hambanya (Mat 8:5-8)

4. Tidak memandang muka dan tidak mengancam para hamba (Ef 6:9)

5. Jangan menahan upah para hamba (Yak 5:4)

6. Hormatilah semua orang (I Ptr 2:17a)

II.    Bagaimana Menjadi Seorang Hamba Yang Baik

1. Kenali-pasti identiti sendiri (Yoh 13:16)
2. Tunduk kepada semua lembaga manusia (I Ptr 2:13)
3. Hormati dan segani tuan (I Tim 6:1-2)

Δ       Hendaklah berkenan keapda tuan-tuan jangan membantah (Tit 2:9)

4. Taati tuan dengan takut dan gentar dan dengan tulus hati (Ef 6:5)

Δ       Apapun juga yang diperbuat, perbuatlah dengan segenap hati (Kol 3:22-23)

5. Layani tuan dengan rela (Ef 6:7-8)

Δ       Anggapkan diri sebagai hamba yang tidak berguna (Luk 17:9-10)

6. Haruslah setia dan bijaksana (Mat 24:45-47)

7. Jadilah baik dan setia (Mat 25:21)

8. Tidak munafik [mengakun di depan, mendurhaka di belakang] (Mat 21:28-30)

Δ       Jangan hanya melayani di hadapan mereka (Mat 21:28-30)

9. Tunduk juga kepada tuan yang bengis (I Ptr 2:18-19)

10. Jangan berlaku curang (Tit 2:10; Ruj: Ams 28:24)

Penutup:

Jadilah seorang hamba yang baik, terhadap Allah, generasi tua dan majikan kita. Tunaikan tanggungjawap dengan sungguh-sungguh. Jadilah seorang tuan yang baik di rumah, di gereja dan di masyarakat ~ memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia

15. Lima Macam Hamba
|

15. Lima Macam Hamba

Menurut penyelidikan dalam 2 Raj pasal 5 :

I.       PANGLIMA RAJA ARAM

1.      Tumbuh penyakit kusta (1).

2.      Mandi dan disembuhkan (10, 14).

3.      Setelah sembuh lalu memberikan hadiah (15, 17).

  • Kita sebenarnya adalah orang berdosa (Rm 3 : 23) seperti penyakit kusta;  Tetapi kini bersandar pada Anugerah Keselamatan Tuhan, dibaptis dan disucikan (Kis 22 : 16), maka hendaklah kita mengucap syukur, untuk membalas Anugerah Tuhan tersebut.  (2 Kor 6 : 1-2).

II.     PELAYAN ISTERI PANGLIMA (2)

1.      Bersaksi selama ada kesempatan (3).

2.      Supaya tuannya diselamatkan (4).

  • Apabila kita mempunyai kesempatan, maka setiap saat harus bersaksi, sehingga tanpa sadar lagi dapat menyelamatkan banyak jiwa (Ams 24 : 11-12;  2 Tim 4 : 2).

III.    HAMBA PANGLIMA (13)

1.      Telah menolong tuannya.

  • Meskipun teguran tidak enak didengar, tetapi berguna bagi manusia (Ams 27 : 5, 9;  25 : 11).

IV.    ELISA HAMBA ALLAH

1.      Beriman kuat (8).

2.      Memberitakan Firman kesucian (10).

3.      Tidak mengharapkan imbalan (16).

  • Menolong orang sebagai dasar kesukaan, namun tidak menuntut pembalasan (Ruj : Kis 20 : 35).

V.     GEHAZI HAMBA DARI ELISA

1.      Tamak (20).

2.      Berdusta (22, 25).

3.      Menerima kutuk (27).

  • Tamak akan harta adalah akar dari segala kejahatan (1 Tim 6 : 9-10).

Belajar Dari Hamba Tua: Taat Dalam Apa yang Diamanahkan

Belajar Dari Hamba Tua: Taat Dalam Apa yang Diamanahkan

Ayat Alkitab: Kej 24: 1-60

Pengenalan: Kerja mencari jodoh merupakan salah satu bahagian yang penting dalam kerja penggembalaan. Ia memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan para belia, iman kepercayaan keluarga jemaat dan juga rohani.

Tuhan mengilhamkan “Alkitab” mencatatkan peristiwa tentang hamba tua Abraham. Ini memberi inspirasi kepada para hamba yang melayani Tuhan, khasnya memberikan arahan yang nyata dalam kerja mencari jodoh.

 

Perlambangan:

  1. Abraham: Tuhan.
  2. Ishak yang bujang: Anak-anak Allah,  belia-belia yang belum bernikah.
  3. Hamba tua: Teman sekerja yang dipercayakan dan diamanahkan tugas dalam kumpulan mencari jodoh.

 

Hamba tua diamanahkan tugas mencari jodoh untuk Ishak:

  • Arah pencarian jodoh.
    1. Jangan perkenalkan perempuan Kanaan (orang kafir) (24: 3).
    2. Perkenalan di dalam negeri dan bangsa yang sama (Memperkenalkan seiman dalam gereja) (24: 4).
  • Prinsip pencarian jodoh.
    1. Tempat di mana mereka berada adalah tempat yang diberkati yang dijanjikan Tuhan (Gereja adalah Tanah Kanaan rohaniah).
    2. Tidak membenarkan Ishak meninggalkan tempat yang dijanjikan Tuhan (Mencegah iman kepercayaan seiman dalam gereja menjadi tawar, malahan diasimilasikan lalu meninggalkan gereja benar) (24: 5).
  • Sikap pencarian jodoh.
    1. Sehati bersandar kepada Tuhan pastinya akan dipimpin (24: 7).
    2. Berusaha sedaya upaya; berjaya atau tidak, itu urusan Tuhan (24: 8).

 

Hamba tua bersumpah akan menyempurnakan amanah yang diberikan: (24: 9)

 

Proses pencarian jodoh hamba tua:

  • Berdoa sepanjang perjalanan, menguasai semua perkara (24: 11-24, 26-27).
  • Memperhatikan dengan teliti, mengenalpasti kehendak Tuhan (24: 21).
    1. Adakah dipadankan oleh Tuhan (24: 14).
    2. Bagaimana akhlaknya (24: 14: kasih, memahami, sopan, rajin).
    3. Memerhatikan bagaimana Tuhan memimpin (24: 21: Apa yang dipimpin Tuhan pastinya berjaya tanpa halangan).
  • Tidak mahu dilayani sebelum menjayakan urusan yang baik (24: 33).
    1. Tidak berputus asa sebelum tugas diselesaikan, menampakkan ketaatan.
    2. Kerja tidak dapat berkembang dengan baik jika menerima layanan terlebih dahulu.
  • Gunakan kesaksian dengan baik, hapuskan keraguan (24: 34-50).
    1. Kesaksian tentang keluarga pihak yang lain diberkati (Berkat dari Tuhan, kepercayaan, dan kelebihan yang lain) (24: 34-36).
    2. Kesaksian tentang pernikahan dipimpin Tuhan (24: 37-50).
  • Mantap dalam tugas, baik dalam mengatur langkah.
    1. Kenal pasti sasaran (lelaki, perempuan), fahami keadaan terlebih dahulu (Terlebih dahulu memahami situasi Ribka) (24: 13–26).
    2. Merisik kepada ibu bapa (presiders) (24: 50).
    3. Minta pernyataan yang pasti dari pihak yang berkenaan (24: 58).
  • Hadiah ganjaran, kedua-dua pihak berpuas hati (24: 22, 53).
    1. Pihak lelaki rela hati.
    2. Pihak perempuan berpuas hati.
    3. Kedua-dua pihak mensyukuri nikmat Tuhan.
    4. Mas kahwin yang sederhana, bergantung kepada keupayaan.
  • Pantas dan cekap, tidak meninggalkan masalah untuk masa hadapan (24: 33, 54-60).
    1. Sesuai dengan kehendak Tuhan, tidak perlu bimbang.
    2. Mimpi yang banyak untuk malam yang panjang, takut memberi peluang kepada si Iblis.
  • Bersyukur setelah berjaya, memberi kemuliaan kepada Tuhan (24: 26. 52).
  • Tidak meminta ganjaran setelah berjaya, memainkan peranan yang baik (Rujuk 2 Raj 5: 15-17; Luk 17: 9-10).

 

Kesimpulan: Kerja mencari jodoh merupakan kerja suci agung yang menunjukkan kasih dan juga mulia di hadapan Tuhan. Kita seharusnya mencontohi hamba tua Abraham, melaksanakannya dengan taat dan teliti.