Sahabat Orang Dosa ~ Yesus
| | |

Sahabat Orang Dosa ~ Yesus

[Hua Jia Hua]

Dikatakan dalam Alkitab: Tidak ada yang benar, seorangpun tidak (Rm 3:9-10). Justeru, Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa, memberikan nyawaNya untuk sahabat-sahabat dosaNya (I Tim 1:15; Yoh 15:13)

I.       Mengapa Tuhan Bersahabat Dengan Orang Dosa?

  1. Berharap orang berdosa akan bertobat (Mat 4:17; Luk 19:7-9)
  2. Menyatakan kasih Allah (Yoh 3:16; I Yoh 4:9)
  3. Menyerahkan nyawa untuk orang-orang dosa (Yoh 15:13)

II.     Bagaimana Tuhan Bersahabat Dengan Orang Dosa?

  1. Selalu mendekat pada orang-orang dosa dan berfirman kepada mereka (Luk 15:1)
  2. Kekadangnya duduk makan bersama orang dosa (Mat 9:10)
  3. Menyembuhkan penyakit orang-orang dosa (Mat 4:24)

III.    Apakah Sikap Yang Harus Seorang Dosa Tunjukkan?

  1. Bertobat dan percaya pada Yesus (Mat 4:17; Kis 26:20)
  2. Beri diri dibaptis untuk kelahiran kembali (Yoh 3:5; Mrk 16:16)
  3. Usahakan diri berada dalam rumah Tuhan (Ef 2:19; I Tim 3:15)

Penutup:

Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi pengantara mereka.

52. Dosa Bunuh Diri
|

52. Dosa Bunuh Diri

“Bunuh diri” iaitu membunuh nyawa sendiri.

I.       BUNUH DIRI TERMASUK DOSA APA?

1.      Sama dengan dosa membunuh orang.

a.      Manusia diciptakan oleh Allah (Kis 17 : 25-28).

b.      Bunuh diri termasuk membunuh orang yang diciptakan, yakni melakukan dosa pembunuhan (Kel 20 : 13).

2.      Merosak Bait Allah.

a.      Bait Allah yang dihormati Yesus (Mat 21 : 12-13).

b.      Umat Kristian adalah Bait Allah (1 Kor 3 : 16-17;  6 : 19).

  • Bunuh diri sama dengan merosak Bait Allah, sehingga Allah tidak akan mengampuninya.

3.      Memburukkan nama Allah.

a.      Allah ingin oleh kerana mereka memperoleh kemuliaan (Yes 44 : 23;  49 : 3).

b.      Muliakanlah Allah dengan tubuh (1 Kor 6 : 20).

4.      Tidak berbakti kepada ibu-bapa.

a.      Pepatah kuno mengatakan : Keadaan tubuh adalah diwariskan oleh ibu-bapa, sehingga tidak boleh melukainya.

b.      Bunuh diri adalah tidak berbakti, yakni melanggar hukum ke-lima (Kel 20 : 12).

II.     MENGAPA BUNUH DIRI?

  • Sifat manusia adalah tamak hidup dan takut mati, pepatah mengatakan : “Pengemis tidak berjalan pada jambatan yang rosak”.  Kalau demikian mengapa manusia bunuh diri?

1.      Keadaan yang menekan, buntu jalan (2 Raj 16 : 8-10;  1 Sam 31 : 1-4).

2.      Iblis mengendalikan, atau berbagai macam pukulan, tidak mempunyai muka untuk bertemu dengan orang (2 Sam 15 : 12-31;  17 : 23;  Mat 27 : 3-5).

III.    BAGAIMANA MENCEGAH BUNUH DIRI?

1.      Sering menyimpan ketekadan hati yang teguh.

  • Merasakan bahawa kehidupan manusia merupakan pergumulan dengan penderitaan (Ayb 14 : 1;  Mzm 119 : 75;  1 Ptr 4 : 1).

2.      Merasa cukup.

Orang kuno berkata : “Merasa cukup sering memberi kesenangan”.

Seperti : Paulus (Flp 4 : 11-12).

3.      Sabar.

  • Seperti Ayub (Ayb 2 : 9-10;  1 : 21;  Yak 5 : 11).

4.      Mengusir iblis.

  • Iblis adalah pembunuh manusia (Yoh 8 : 44;  Kej 3 : 4-6;  4 : 6-8;  Yoh 15 : 13;  Mrk 9 : 29).

5.      Melaksanakan untuk saling mengasihi (Yak 2 : 15-16;  1 Yoh 3 : 17).

  • Apabila mengetahui bahawa pihak lain berikhtiar ingin bunuh diri, dan mengerti sebabnya, maka hendaklah menasihati dan mencegah dengan Kasih atau memberi bantuan, yakni mengerti akan kehangatan di antara sesama, sehingga bersemangat kembali untuk menghadapi kenyataan hidup.

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang  Berbuat Dosa
| | |

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

Proses Dan Pengajaran Nenek Moyang Berbuat Dosa

[Lai Yin Fu]

Prakata

Kehidupan lautan pahit manusia penuh dengan jerih payah, kegelisahan; tambahannya adalah singkat dan sementara serta penuh kesia-siaan. Kesemuanya adalah berpunca daripada nenek moyang berbuat dosa melanggar perintah Allah. Bukan saja mengakibatkan manusia sejagat jatuh ke dalam dosa, bahkan pada akhirnya, orang-orang dosa akan masuk neraka menerima hukuman neraka, betapa malang!  Dengan mengkaji secara teliti nenek moyang berbuat dosa maka kita akan memahami taktik muslihat Iblis dan kelemahan manusia dan darinya kita boleh belajar ajaran-ajaran mengawasi dan menjaga diri.

Nas Kitab:  Kej 3:1-6

I.             Iblis Memperalatkan Ular Yang Licik ~ Perempuan Bersahabat Dengan Ular (1)

Δ       Bergaul dengan sembarangan mendatangkan kecelakaan (Ams 18:24)

II.          Membangkitkan Kecurigaan Hawa Dalam Perbualan ~ ‘Tentulah Allah Berfirman’ (1)

Δ       Orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan kian ke mari oleh angin; orang yang mendua hati tidak akan mempunyai pendirian tetap (Yak 1:6-8) ~ sehingga tidak reti membezakan antara yang baik dengan jahat.

III.    Hawa Tidak Jelas Mengenai Perintah Allah ~ Lantas Mengubahkan Perkataan Allah (2-3)

Δ       Yang difirmankan Allah ialah: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati” (Kej 2:16-17), tetapi Hawa pula berkata: “…….. ataupun raba buah itu, nanti kamu mati” [menambahi dan mengubahkan perkataan Allah]

 Δ       Jangan lupakan hukum Allah; umat binasa kerana tiada pengenalan dan pengertian (Hos 4:6)

IV.       Penyesatan Antara Betul Atau Salah ~ Sekali-Kali Kamu Tidak Akan Mati (4)

Δ       Firman Allah hanyalah ‘ya’, sekali-kali tidak ada ‘ya’ atau ‘tidak’ (II Kor 1:18-20)

V.       Memberangsangkan Perasaan Ingin Tahu ~ Setelah Makan, Mata Akan Menjadi Terang (5)

Δ       Perasaan ingin tahu nabi tua menyebabkan ia menipu abdi Allah dan menggodainya untuk ikut kembali ke rumahnya dan makan minum di situ. Ini menyebabkan abdi Allah mengubah maksud dan arah asalnya. Akibatnya dia melanggar perintah Allah dan mati diterkam singa  (I Raj 13:6-24).

VI.          Memberangsangkan Hati Ingin Menang ~ Ingin Menjadi Seperti Allah Yang Tahu Akan Yang Baik Dengan Jahat (5)

Δ       Kain sebagai abang beranggapan diri sendiri lebih utama dari orang lain, bahawa ia pasti melebihi adiknya; justeru, apabila Allah berkenan kepada persembahan adik dan tidak berkenan padanya, terus hatinya menjadi panas dan muka muram (Kej 4:3-5)

VII.       Keinginan Mata ~ Sedap Kelihatan (6) ~ Ingin Melihat

Δ       Daud berjalan-jalan di atas sotoh istana, terlihat seorang perempuan cantik sedang mandi, mengakibatkan ia berbuat zinah dan membunuh (II Sam 11:2-5, 14-15)

VIII.    Keinginan Daging ~ Baik Untuk Dimakan (6) ~ Ingin Makan

Δ       Oleh sedikit makanan, Esau telah menjualkan hak kesulungannya (Ibr 12:16-17)

IX. Keangkuhan Hidup ~ Memberi Pengertian (6)

Δ       Puji-pujian naif kaum perempuan telah menyebabkan raja Saul menjadi marah; disebabkan perasaan congkak dan iri hati, mulailah ia membenci Daud menaruh niat jahat di hati, sehingga ia berkata-kata sembarangan, beriktiar mahu membunuh Daud (I Sam 18:6-12)

X.     Tindakan Berbuat Dosa ~ Mengambil Dari Buahnya Dan Dimakannya (6)

Δ       Kain berkata-kata dengan adiknya, tiba-tiba memukulnya lalu membunuhnya (Kej 4:8)

XI.       Mengalah Kerana Sentimen ~ Diberikannya Kepada Suami Dan Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Raja Ahab yang mengingini kebun anggur Nabot merasa kesal dan gusar lalu menerima dan mendengar muslihat Izebel, membelakangi hati nurani dengan mencari saksi dusta untuk mencari alasan membunuh Nabot lalu merampas kebun anggur, namun menimpakan kecelakaan atas diri sendiri (I Raj 21:1-10, 19).

XII.    Kepercayaan Kaum Kerabat ~ Suaminya Pun Memakannya (6)

Δ       Anak perempuan Herodias tidak reti membezakan antara betul dengan salah, lalu mendengar perkataan ibunya, memintakan kepala Yohanes Pembaptis lalu menyebabkan kematian seorang yang setia dan baik (Mrk 6:22-25).

Penutup

Dengan mengkaji secara teliti proses dan sebab-musabab nenek moyang berbuat dosa, maka kita akan beroleh hikmat menghindari pekerjaan Iblis, agar kita berjaga-jaga dan berdoa pada setiap hari supaya jangan jatuh ke dalam pencobaan (Mat 26:41)

Nadab Berbuat Dosa
| | |

Nadab Berbuat Dosa

Nadab Berbuat Dosa

[Chen Jing Rong]

Nas Kitab: Imamat Fasal Sepuluh

Prakata

Ia adalah anak sulung Harun (Kel 6:22; Bil 3:2). Ia pernah juga mengikut Musa, Harun dan tujuh para tua-tua Israel naik ke gunung menghadap Tuhan (Kel 24:1)

[1]   Sebab-Musabab Mempersembahkan Api Asing

Api asing: bukan api yang diambil dari mezbah. Api pada mezbah adalah api dari Allah, yakni api kudus. Api lain adalah ‘api asing’.

  1. Sebab kecongkakan telah melahirkan hati yang tidak hormat dan takut. Ini disebabkan ia baru mendapat kedudukan yang hormat dan mulia sebagai imam.
  2. Kemungkinan ia baru meminum anggur dan mabuk lalu melanggar perintah Tuhan (Im 10:8-9)
  3. Kemungkinan terlalu beremosi atau terburu-buru disebabkan ia telah melihat Allah memanifestasikan cahaya kemuliaan, menurunkan api membakar bahan-bahan korban manakala suara sorak-sorai umat seperti bunyi gurun; disebabkan terlalu gembira sehingga lupa menjaga dan menguasai diri, lalu ia bertindak melampaui batas.

[2]   Akibat Mempersembahkan Api Asing

  1. Keluarlah api dari hadapan Tuhan, lalu menghanguskan keduanya, sehingga mati di hadapan Tuhan (Im 10:2)
  2. Walaupun telah mati, namun tubuh dan pakaian tidak terbakar (Im 10:5)
  3. Allah memberi perintah kepada Harun, jangan berkabung dan jangan berdukacita atas anak-anaknya yang telah berbuat dosa (Im 10:6)

[3]   Pengajaran Kepada Kita

  1. Setiap yang menduduki tempat tinggi, haruslah berwaspada, haruslah taat dalam segala hal.
  2. Jangan mabuk oleh anggur (Ams 31:4-5; I Tim 3:3, 8; Ef 5:18)
  3. Kita merupakan bangsa terpilih, mempunyai identiti imamat rajani (I Ptr 2:9); andainya berbuat dosa lagi, akan menerima hukuman berat.

 

Sahabat Orang Dosa – Yesus
|

Sahabat Orang Dosa – Yesus

Kitab Suci memberitahukan : Tidak ada orang yang benar, seorang pun tidak. (Rom 3:9-10)

Oleh yang demikian, Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa, malah Dia memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatNya. (1Tim 1:15; Yoh 15 :13)

1. Mengapakah Tuhan menjadi sahabat orang dosa?

(i) Mengharapkan manusia bertaubat. (Mat 4:17; Luk 19:7-9)

(ii) Menyatakan kasih Allah. (Yoh 3:16, 4:9)

(iii) Memberikan nyawaNya untuk orang dosa. (Yoh 15:13)

(iv) Tidak ingin menjadi Raja. (Yoh 6:15)

(v) Tidak mencaci maki musuhNya. (1 Pet 6:15)

2. Bagaimanakah Tuhan menjadi sahabat orang dosa?

(i) Sentiasa menyampaikan firman dan mendekati orang dosa. (Yoh 15:1)

(ii) Kadang kala, Tuhan makan bersama-sama dengan orang dosa. (Mat 9:10)

(iii) Menyembuhkan penyakit orang dosa. (Mat 4:24)

3. Sikap sepatutnya ada pada seorang orang dosa?

(i) Bertaubat dan  percaya kepada Tuhan. (Mat 4:17; Kis 26:20)

(ii) Beri diri dibaptis dan dilahirkan kembali. (Yoh 3:5; Mrk 16:16)

(iii) Hidup sebagai keluarga Tuhan. (Ef 2:19; 1 Tim 3:15)

Penutup:

Dia sanggup menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. (Ibr 7:25)

Membincangkan Perihal Dosa Dari Buku Yakobus
| | | | |

Membincangkan Perihal Dosa Dari Buku Yakobus

Pendahuluan:

Semua orang telah berbuat dosa dan kehilangan kemuliaan Allah. (Rm 3: 23)

A. Pembentukan dosa
1. Dosa ialah pelanggaran hukum Allah. (Yak 2: 9 – 13; 1 Yoh 3: 4)
2. Keinginan dibuahi dan melahirkan dosa. (Yak 1: 14 – 15; 2 Ptr 2: 14)
3. Dosa menjadi matang dan melahirkan maut. (Yak 1: 15; Rm 6: 23)

  • Menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya. (Gal 5: 16 – 26; Rm 6: 10 – 14)

B. Contoh-contoh dosa
1. Memandang muka. (Yak 2: 9)
a. Jangan memandang bulu. (Ul 1: 17, 16: 19)
b. Jangan membuat pembedaan di dalam hati. (Yak 2: 1 – 5; Im 19: 15)

  • Allah tidak membedakan orang. (Kis 10: 34, 1 Sam 16: 7)

2. Tidak berbelas kasihan. (Yak 2; 13)
a. Tidak ada kasih. (Yak 5: 1 – 3; 1 Yoh 3: 17 – 18)
b. Akan dihakimi. (Mat 18: 21 – 35)

  • Belas kasihan akan menang atas penghakiman. (Mat 25: 31 – 40; 1 Yoh 4: 16 – 18)

3. Yang memfitnah dan menghakimi. (Yak 4: 11 – 12)
a. Menghakimi orang lain sebenarnya turut menghakimi diri sendiri. (Rm 2: 1 – 3)
b. Tuhan yang menghakimi. (1 Kor 4: 3 – 5)

  • Hendaklah ramah seorang terhadap yang lain, membangunkan orang lain dengan kasih. (Mat 7: 12, 1 – 5)

4. Tahu bagaimana harus berbuat baik tetapi tidak melakukannya. (Yak 4: 17)
a. Melakukan kebajikan adalah kewajipan. (Ams 24: 11 – 12, Luk 17: 9 – 10)
b. Melakukan kebajikan adalah peluang. (Gal 6: 9 – 10, Ams 22: 2)
5. Bersungut-sungut dan saling mempersalahkan. (Yak 5: 9)
a. Bersungut-sungut kepada Tuhan dan manusia. (Bil 12: 1 – 15)
b. Berdendam dan membenci dalam hati. (1 Yoh 3: 7 – 15)

  • Mengucap syukur dalam segala hal. (1 Tes 5: 15 – 18; Flp 2: 14 – 16)

6. Bersumpah sesuka hati. (Yak 5: 12)
a Janganlah sekali-kali bersumpah. (Mat 5: 33 – 37)
b. Agar tidak terjatuh dalam penghakiman. (Bil 30: 2; Pkh 5: 4 – 6)

  • Jika ya, hendaklah kamu katakan: ya, jika tidak, hendaklah kamu katakan: tidak. (Mat 12: 34 – 37)

C. Pentahiran dosa
1. Menjaga diri. (Yak 1: 27; Ams 4: 23)
2. Tidak dicemarkan oleh dunia. (Yak 1: 27, 4: 1 – 7)
3. Saling mengaku dosa dan mendoakan. (Yak 5: 15 – 16; Yes 59: 1 – 2)
4. Harus berbalik kepada Tuhan. (Yak 5: 19 – 20; Gal 6: 1 – 2)

Penutup:

Tahirkanlah tanganmu, sucikanlah hatimu. (Yak 4: 8 – 9)