39. Empat Kabar Kesukaan Besar
|

39. Empat Kabar Kesukaan Besar

Di atas dunia ini banyak kabar kesukaan, tetapi semuanya itu tidak dapat dibandingkan dengan keempat kabar kesukaan yang diuraikan di bawah ini, sebab kabar kesukaan ini berhubungan sekali dengan kehidupan, kematian, kebahagiaan dan celaka umat manusia pada masa lalu, masa kini, dan masa yang akan datang.

I.       KELAHIRAN JURUSELAMAT (Luk 2 : 11)

1.      Kesukaan besar untuk segenap bangsa (Luk 2 : 10;  Mat 1 : 21).

2.      Sebab Ia ingin menebus manusia yang takluk kepada Hukum Taurat (Gal 4 : 4-5).

3.      Agar kita diterima menjadi anak Allah (Gal 4 : 5-6).

II.     KEBANGKITAN JURUSELAMAT (Luk 24 : 41;  Yoh 20 : 20)

1.      Dosa dihapuskan (Rm 6 : 10).

2.      Mengalahkan maut (Rm 6 : 9;  1 Kor 15 : 55-57).

3.      Sebagai buah sulung (1 Kor 15 : 20).

III.    JURUSELAMAT DIANGKAT (Kis 1 : 9)

1.      Untuk memerintah (1 Ptr 3 : 22).

2.      Menurunkan Roh Kudus (Kis 1 : 4-5;  Yoh 16 : 7-8).

3.      Sebagai perantara kita (1 Tim 2 : 5;  1 Yoh 2 : 1).

IV.    KEDATANGAN JURUSELAMAT (Kis 1 : 10-11)

1.      Tuhan sendiri berjanji pasti akan datang kembali (Yoh 14 : 3).

2.      Ia datang untuk melaksanakan hukuman (Mat 25 : 31-41;  Why 20 : 12, 15).

3.      Menjemput pulang bangsa pilihanNya (Yoh 14 : 3b;  1 Tes 4 : 16-18).

KESIMPULAN:

Hendaklah percaya akan ke – 4 Kabar Kesukaan yang besar ini, dan juga harus memberitakannya.

Petrus dan Penglihatan Kain Besar
|

Petrus dan Penglihatan Kain Besar

Nas Alkitab : Kis 10:9-16

A. Semasa Doa Pukul 12 Tengah Hari

1. Orang Yahudi mempunyai amalan doa 7 kali sehari.

2. Alkitab ada mencatatkan bahawa Petrus ada berdoa pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang.

3. Doa itu adalah berkomunikasi dengan Tuhan, komponen terpenting dalam penyempurnaan rohani.

4. Berdoa pada setiap waktu, memohon dan bersyukur. (Ef 6:18, Flp 4:6)

B. Langit terbuka

1. Langit terbuka, anugerah Tuhan melimpah kepada manusia, sejak itu terbukalah pintu penginjilan untuk bangsa kafir.

2. Berdoa sampai langit terbuka, Petrus pada ketika itu sedang memberitakan injil ke merata-rata tempat. (Kis 9 :32)

3. Murid-murid berdoa memohon Roh Kudus pada hari Pentakosta.

4. Petrus ditangkap, jemaat mendoakannya sehingga dia terselamat.

5. Elia berdoa memohon hujan.

6. Hizkia berdoa menumpaskan musuh.

C. Penglihatan datangnya dari langit

1. Petunjuk itu berasal dari Tuhan, disediakan oleh Tuhan.

2. Tuhan berhak penuh dalam soal pemilihan manusia. (Rm 9:15-16)

  • Seperti Ishak. (Kej 17:19-21)
  • Yakub. (Kej 25:23, Rm 9:10-13)

D. Kain itu mengikat 4 penjuru, di atasnya ada pelbagai binatang hidup

1. Orang yang dipilih Tuhan berasal dari segenap pelosok dunia.

2. Tuhan tidak membezakan lelaki dengan perempuan, tua dengan muda, hormat dengan hina, cantik dengan hodoh, kaya dengan miskin, hitam dengan putih.

3. Asalkan percaya kepada Tuhan, Tuhan menyukainya dan memilihnya. (Gal 3:26-29)

E. Apa yang ditahirkan Tuhan tidak boleh dianggap haram

1. Tidak boleh menghakimi orang. (Yak 4:11-12,3:9-10)

2. Tidak boleh memandang hina terhadap saudara. (Yak 2:1-7)

3. Cara Tuhan memilih orang sangat menghairankan.

  • Seperti Paulus, Kornelius, kepala penjara, Zakheus.

Pengajaran Rohani 153 Ekor Ikan Besar
|

Pengajaran Rohani 153 Ekor Ikan Besar

Nas Alkitab : Yoh 21:1-14

A. Kelemahan Manusia dan Kasih Tuhan

1. Kelemahan Petrus dan rakannya. (21:1-3)

a. Yesus meninggalkan mereka sementara waktu.

b. Memikirkan kepentingan jasmani sendiri.

c. Kelemahan Petrus telah mempengaruhi rakannya.

Akibatnya: semalam-malaman tidak mendapat apa-apa, bukan kerana tiada kemahiran menangkap ikan, melainkan kerana tiada penyertaan Yesus. ( Yoh 15:5)

2. Kasih Tuhan (21:4-6)

a. Hari hampir siang, Yesus datang melihat mereka.

Tuhan dapat merasakan kelemahan manusia. (Ibr 4:15-16)

b. Tuhan bertanya kepada mereka dengan mesra, “Hai anak-anak, adakah kamu mempunyai lauk-pauk?”

Tuhan tahu akan kelemahan kita. (Mat 6:31-32)

c. “Tebarkanlah jalamu di sebelah kanan perahu, maka akan kamu peroleh.”

Firman Tuhan membawa kuasa. (Luk 1:37)

B. 153 Ekor Ikan Besar – Tuhanlah yang memberi (21:6, 11)

1. Tuhan yang Mahakuasa membuat tiada menjadi ada.

a. Ada ikan di sebelah kanan perahu adalah perbuatan Tuhan.

b. Tuhan tahu di mana ikan besar, cuma murid tidak menemukannya.

2. Segala pemberian ada pada Tuhan, malah anugerah Tuhan melebihi permintaan manusia.

a. Segala sesuatu milik Tuhan. (I Twk 29:11-14)

b. Tuhan membuat orang miskin, juga membuat orang kaya. (I Sam 2:7)

c. Kekuatan memperoleh harta adalah pemberian Tuhan. (Ul 8:17-18)

C. Bawalah beberapa ekor Ikan (21:10)

1. Tuhan mahu murid menyedari anugerah.

a. Anugerah besar penebusan. (Mzm 86:13)

b. Anugerah makanan dan pakaian yang mencukupi. (Mat 6:31-33)

c. Anugerah damai sejahtera di luar sangkaan. (Yoh 16:33)

d. Anugerah seisi keluarga percaya kepada Tuhan. (Kis 16:34)

2. Tuhan mau murid rela memberi persembahan.

a. Sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita. (II Kor 9:6-7, 8:12)

b. Sewaktu umat Israel membina khemah pertemuan, baik lelaki mahupun perempuan semuanya memberi persembahan dengan rela hati. (Kel 35:20-23, 29)

c. Anak kecil rela mempersembahkan 5 roti dan 2 ikan. (Yoh 6:9)

d. Dua peser dari janda. (Mrk 12:42-44)

3. Serahkan ke dalam tangan Tuhan.

a. Mengumpulkan harta di Syurga. (Mat 6:19-20)

b. Membuat persediaan untuk mancari hidup yang sebenarnya. (I Tim 6:17-18)

4. Tuhan memberi banyak, menuntut sedikit sahaja. (II Kor 8:1-4)

Ibu bapa memberikan banyak kepada anak-anaknya, tapi menuntut sedikit daripada anak-anaknya. (Mlk 3:8-11)

D. Lalu pergilah Petrus

1. Mendengar dan menuruti perintah. (I Sam 15:22-23)

2. Petrus merebut peluang. (Pkh 9:11)

a. Maria Magdalena kehilangan peluang untuk meminyaki Tuhan. (Luk 24:1-3)

b. Maria Betania merebut peluang untuk meminyaki Tuhan. (Mat 26:6-13)