67. Bahaya Tamak Akan Harta
|

67. Bahaya Tamak Akan Harta

KITAB BACAAN : Ef 5 : 5.

I.       KEROHANIAN TIDAK MAJU

1.      Tidak dapat melayani Tuhan dengan tekun (Mat 6 : 21-24).

2.      Tidak dapat mengeluarkan buah-buah roh (Mat 13 : 22).

II.     SUKAR MASUK KERAJAAN SYURGA

1.      Sebab bersandar kepada harta (Mrk 10 : 17-22).

2.      Sebab di hadapan Allah tidak kaya (Luk 12 : 15-21).

III.    SEHINGGA BINASA

1.      Pasti menderita (1 Tim 6 : 9).

2.      Mencari kebinasaan sendiri (Kej 19 : 23-26).

  • Yudas sebagai contohnya (Kis 1 : 18-20).

IV.    SIKAP TERHADAP HARTA

1.      Jangan hanya bersandar akan harta (1 Tim 6 : 7).

  • Takut apabila telah cukup akan menjadi sombong (Ul 8 : 11-14).

2.      Cukuplah dirimu dengan apa yang ada padamu (Ibr 13 : 5).

  • Mohon Tuhan jangan memberi kemiskinan atau kekayaan (Ams 30 : 7-9).

3.      Banyak mengumpulkan harta di Syurga (1 Tim 6 : 19).

  • Paling tepat (Mat 6 : 19-20).

50. Bahaya Dari Cemburu
|

50. Bahaya Dari Cemburu

“Cemburu” iaitu irihati dan dendam, apabila dalam hati manusia terhadap rasa cemburu, maka akan berdaya upaya ingin mencari kesempatan untuk membalasnya, namun hasilnya tidak mengenal belas kasihan (Ams 6 : 34-35;  Kid 8 : 6).

I.       BAHAYA DARI CEMBURU

1.      Membuat kekacauan (Ams 10 : 12).

Erti mengorbankan keributan iaitu apabila manusia telah cemburu terhadap satu pihak, maka dengan tanpa sebab mengobarkan keributan terhadap dia, sehingga dapat terjadi angin badai, mengganggu ketertiban serta merintangi ketenangan (Kis 17 : 1-9;  Yak 3 : 16).

2.      Mengakibatkan pembunuhan.

a.      Kain membunuh adiknya (Kej 4 : 1-8;  1 Yoh 3 : 12;  Yud 11).

b.      Kesepuluh para kakak Yusuf (Kej 37 : 1-28).

c.      Saul mengancam untuk membunuh Daud (1 Sam 18 : 6, 9, 28-29;  1 Sam 20 : 30-31).

d.      Kepala imam cemburu (Mrk 15 : 9-15).

II.     SEBAB DARI CEMBURU

1.      Melihat orang lain diangkat untuk mengerjakan pekerjaan penting, sedangkan dirinya tidak mampu mengatasinya.

2.      Kemampuan pengetahuan orang lain semakin maju, namun saling membandingkan dirinya.  Saul, Kain, iaitu orang yang semacam itu.

3.      Orang lain lebih unggul dari dirinya, maka hatinya tidak rela, tidak mahu mengalah, sehingga timbul kecemburuan, mengumpulkan bukti-bukti kesalahan orang lain, memperbesar persoalan, menghasut dan menyerang, dengan maksud tidak memberi keuntungan kepada pihak lain.

III.    BAGAIMANA MENCEGAH CEMBURU

  • Cemburu sesungguhnya sukar untuk ditahan (Ams 14 : 30;  27 : 4).

1.      Melaksanakan Kasih (1 Kor 13 : 4-5;  Rm 13 : 10).

2.      Menyimpan hati ketaatan.

  • Korah yang tidak taat, sehingga binasa (Bil 16;  Mzm 106 : 16-17;  1 Ptr 5 : 5-6).

3.      Mengusir iblis (Yak 3 : 14-15;  1 Sam 16 : 14-15;  Yak 4 : 7).

46. Bahaya Dari Membenarkan Diri Sendiri
|

46. Bahaya Dari Membenarkan Diri Sendiri

“Membenarkan diri sendiri” iaitu merasa dirinya benar, memperlihatkan segala keadaan dirinya (seperti iman, kasih, pemupukan rohani, perbuatan, persembahan dan sebagainya) yang melampaui daripada orang lain.  Orang yang semacam ini, di dalam hatinya penuh dengan kecongkakan, dan tidak menghargai orang lain.  Membenarkan diri semacam itu pasti berbahaya, maka harus diperingati.

I.       APAKAH BAHAYA DARI MEMBENARKAN DIRI SENDIRI

 1.      Di dalam kesalahan, tidak dapat sadar.

  • Contohnya seperti orang Farisi (Mat 23 : 1, 23;  Mat 3 : 8, 10).

2.      Doanya tidak diperkenankan Allah (Luk 18 : 9, 13;  Mzm 51 : 17).

3.      Dosa mudah menghina orang lain.

  • Orang yang membenarkan diri sendiri, pura-pura berbuat baik, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, seperti orang Farisi (Mat 23 : 5, 7;  6 : 6).
  • Mereka membanggakan diri, dan mentertawakan orang lain adalah perbuatan dosa yang menghina (Ams 14 : 21).

4.      Di dalam ujian mudah bersungut-sungut terhadap Allah.

  • Orang yang membenarkan dirinya menganggap bahawa segalanya adalah benar, bersikap keras kepala, mudah bertengkar, tidak menurut akan nasihat orang lain.  Orang yang semacam ini, sewaktu menerima pengajaran dari Allah atau ujian, pasti hatinya tidak tenang dan bersungut-sungut kepada Allah.
  • Seperti Ayub (Ayb 27 : 2, 6).
  • Janganlah bersungut-sungut (1 Kor 10 : 10).
  • Kemudian Allah menggunakan banyak pertanyaan untuk menguatkan Ayub (Ayb. pasal 38 dan 39), barulah ia merendahkan diri terhadap Allah dan menyesal dalam abu, sehingga memperoleh akhir yang baik (Ayb 42 : 2-6, 10-11).

II.     BAGAIMANA MENCEGAH UNTUK MEMBENARKAN DIRI SENDIRI

1.      Banyak membaca Alkitab, mendengarkan Firman, menghampiri Allah (Yak 1 : 23;  Yoh 1 : 1-9, 14;  Yes 6 : 1, 5).

2.      Rajin melaksanakan Firman (Yak 1 : 22-24;  1 Kor 4 : 4;  Flp 3 : 12).

3.      Sering berdoa (Yud 20;  Kis 10 : 1-2, 22).

  • Penyakit membenarkan diri, seringkali orang tidak memperhatikannya, semoga saudara-saudara seiman saling mengoreksi (membetulkan), untuk mencapai yang diperkenan oleh Allah dengan sempurna.

 

44. Bahaya Dari Salah Faham
|

44. Bahaya Dari Salah Faham

“Salah faham” iaitu segala perkataan yang baik dan segala kebajikan yang dilakukan oleh pihak lain, semuanya dianggap sebagai kesalahan yang tidak baik.  Kesalah fahaman baik di antara keluarga, masyarakat, sanak keluarga sering terjadi perkara tersebut.

Adakalanya kerana salah faham yang kecil, namun dapat terjadi suatu tragedi yang berakhir dengan kesedihan.

I.       APAKAH BAHAYA DARI KESALAH FAHAMAN ITU?

1.      Merosak hubungan.

Kehidupan bersama di antara sesama manusia, terletak pada hubungan.  Dan dasar dari hubungan tersebut dibentuk atas saling pengertian, semakin jelas pengertiannya, maka hubungannya semakin dalam/intim.

Salah faham dengan pengertian adalah berbalikan, ketika terjadi kesalah fahaman, maka lenyaplah pengertian tersebut, sehingga hubungan pun menjadi retak juga.

Banyak suami isteri yang saling mengasihi, oleh kerana salah faham, telah mengakibatkan tidak sefikir, sehingga cedera dan berpisahan.

Saudara sekandung saling berpisahan, kerana terjadi salah faham.

Sahabat yang bertahun-tahun menjadi putus hubungan, kerana timbulnya salah faham tersebut.

2.      Sehingga orang menggerakkan senjata dan membunuh.

a.      Pada zaman Sam Kok, seisi keluarga Lie Phe Tjhoe terbunuh.  Ketika Chao Chao melarikan diri ke rumah Lie, dengan maksud hati yang baik Lie melayani dia untuk bermalam di rumahnya dan memerintahkan kepada pembantunya untuk menyembelih babi, sedangkan ia sendiri pergi ke pasar untuk membeli sayur dan arak;  Ketika pembantunya sedang mengasah pisau, di antara pembantu itu saling bertanya, bilamana akan menyembelih? (Maksudnya memotong babi);  Pada saat itu Chao Chao berada di kamar sebelah, ia hanya mendengar suara pisau yang diasah, serta pertanyaan “Bilamana akan disembelih?”.  Maka timbullah kesalah fahaman di dalam hatinya, lalu tanpa fikir ia turun tangan dan membunuh semua orang dalam keluarga Lie itu.

b.      Pegawai raja Daud terhina.

Sebab yang sebenarnya adalah kesalah fahaman raja Amon terhadap maksud Daud yang baik, sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan (Ruj : 2 Sam pasal 10).

II.     SEBABNYA TIMBUL KESALAH FAHAMAN

1.      Tidak mengerti jelas akan maksud dari pihak lain.

Ada beberapa orang, terhadap suatu pendapat yang dikatakan atau perkara yang dilakukan tidak ditinjau dengan jelas, lalu dengan cepat telah menaruh anti-pati dan memutuskan bahawa itu tidaklah demikian adanya.  Tidak lain kerana pandangannya sempit seperti bangsa kecil yang tidak beretiket atau seorang bangsawan yang sombong.

Pada zaman dahulu, mengenai perkara suku Ruben, suku Gad dan suku Manasye yang setengahnya itu mendirikan mezbah di tepi sungai Yordan bagi keturunannya, telah menimbulkan salah faham bagi orang Israel yang ada di tanah Kanaan (Yos 22 : 10-12).

2.      Melalui kesan yang seketika

Banyak orang yang mempertimbangkan pendapat atau perbuatan orang lain dengan kesan yang seketika saja, akan tetapi kerana sifat setiap orang tidak sama dan keadaannya pun berbeza, maka tingkah laku dan sikapnya pun mengikutinya.

Kehidupan yang dialaminya, baik celaka atau untung, juga merupakan keadaan yang mempengaruhinya.

Apabila hanya mempertimbangkan melalui kesan yang seketika saja adalah salah.

Misalnya ketika Hana mengutarakan isi hatinya di hadapan Allah, lalu Eli mengiranya ia mabuk (1 Sam 1 : 12-16);  Juga ketika Paulus di pulau Malta digigit oleh seekor ular beludak, maka penduduk di sana menyangka bahawa dia adalah pembunuh besar (Kis 28 : 4).

3.      Pendapat yang keras di dalam hati.

“Pendapat yang keras” iaitu terhadap pribadi pihak lain telah mempunyai pandangan sendiri.  Yakni menaruh pendapat yang keras, baik bagaimana sikapnya, selalu diterka dengan maksud yang jahat.

Terutama terhadap orang yang langsung pernah terjadi bentrokan, apabila terdapat hal yang dicurigainya, maka dijadikannya sebagai arah tujuannya.

Dalam sebuah desa ada seorang kaya raya yang telah memelihara beberapa puluh ekor itik.  Pada suatu hari, itik itu telah menginjak ladang si A, sehingga merosak tanaman padinya, lalu timbullah amarah orang itu, maka dibunuhnya beberapa puluh ekor itik tersebut.  Ketika orang kaya itu melihat bahawa itiknya banyak yang telah dibunuhnya, maka dengan sekejap ia beranggapan bahawa itik itu telah dibunuh oleh si B yang dulu pernah bentrok dengan dia, lalu mencari kesempatan untuk membalasnya.

Daud sejak semula dan sampai akhir setia terhadap Saul, yakni seorang yang sukar diperolehnya.  Namun dalam hati Saul sudah menyimpan pendapat yang keras terhadap Daud, dan membenci Daud (1 Sam 18 : 6-9), maka setiap saat selalu mempunyai maksud untuk berselisih, bahkan sampai pada puncak kematian barulah puas (1 Sam 20 : 31-32).  Dari sini dapat diketahui akan bahaya dari pendapat yang keras itu.

III.    BAGAIMANA HARUS MENGHILANGKAN SALAH FAHAM ITU

1.      Kedua belah pihak harus mengerti jelas (Yos 22 : 13-34).

2.      Jangan dengan pandangan yang sekejap untuk menentukan sesuatu perkara (Yak 1 : 19;  Kej 18 : 20-21).

3.      Menghapus pendapat yang keras (1 Tim 5 : 21).

Dalam kehidupan setiap hari harus berjaga-jaga, jangan mencurigai orang, dan jangan melakukan perkara yang dicurigainya.  Pepatah kuno mengatakan “Di ladang ketimun janganlah memakai sepatu but, dan dibawah pohon Lee (buah yang serupa dengan anggur di RRT) janganlah membereskan topi”;  Peribahasa ini sangat benar, ertinya supaya tidak dicurigai orang dalam tingkah laku kita.

Juga jangan memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4 : 26-27).